pembangunan industri sayur-sayuran dan tanaman ladang

2
PEMBANGUNAN INDUSTRI SAYURAN DAN TANAMAN LADANG I. LATAR BELAKANG PROJEK 1. Pengeluaran dan pengeksportan makanan perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan defisit perdagangan makanan. Untuk itu dalam usaha ke arah pencapaian unjuran pertumbuhan sektor makanan bagi tempoh RMK-9, Jabatan Pertanian akan memberi fokus kepada salah satu tanaman makanan utama, iaitu Sayur-sayuran dan Tanaman Ladang. Penumpuan adalah kepada dua golongan sasar iaitu usahawan tani dan sektor swasta bagi memastikan matlamat pengeluaran tersebut dicapai melalui projek-projek yang akan dilaksanakan. Selain meningkatkan pendapatan usahawan tani dan penglibatan sektor swasta, produktiviti ladang juga akan dipertingkatkan. 2. Bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti di kawasan sedia ada, pengamalan teknologi terkini seperti penggunaan benih yang berkualiti, penggunaan teknologi persekitaran terkawal seperti sistem fertigasi, struktur pelindung hujan, kecekapan sistem pengairan dan saliran, teknologi perladangan persis, mekanisasi dan automasi serta amalan pengendalian pasca tuai perlu diteruskan dan dipertingkatkan. Justeru itu, berbagai infrastruktur dan kemudahan yang sesuai perlu disediakan bagi mengatasi masalah pemasaran, produktiviti dan memberi nilai tambah kepada sesuatu produk komoditi seperti pelabelan jenama produk bebas racun kimia akan terlaksana. Projek pembangunan aktiviti pasca tuai juga akan dilaksanakan di projek-projek kelompok yang terpilih dengan kemudahan logistik. II. PENJELASAN MENGENAI PROJEK 3. Sasaran peningkatan pengeluaran makanan sehingga mencapai peningkatan eksport dan lebihan dagangan dalam tahun 2010 adalah satu matlamat yang sungguh mencabar. Walau bagaimanapun, matlamat ini hanya dapat dicapai dengan tindakan yang drastik apabila pembangunan industri ini disokong dengan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan (capacity building) yang lengkap. Dengan infrastruktur dan kemudahan yang lengkap, bahan tanaman yang berkualiti dapat dikeluarkan untuk dibekalkan kepada pengusaha dan teknologi terkini dalam pengeluaran tanaman makanan serta pengendalian lepas tuai dapat diamalkan. Sehubungan ini peningkatan produktiviti ladang dan kualiti hasil akan tercapai. Seterusnya rangkaian pemasaran hasil ladang

Upload: linda-yius

Post on 14-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

usahawan tani

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan Industri Sayur-sayuran Dan Tanaman Ladang

PEMBANGUNAN INDUSTRI SAYURAN DAN TANAMAN LADANG

I. LATAR BELAKANG PROJEK

1. Pengeluaran dan pengeksportan makanan perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan

defisit perdagangan makanan. Untuk itu dalam usaha ke arah pencapaian unjuran

pertumbuhan sektor makanan bagi tempoh RMK-9, Jabatan Pertanian akan memberi

fokus kepada salah satu tanaman makanan utama, iaitu Sayur-sayuran dan Tanaman

Ladang. Penumpuan adalah kepada dua golongan sasar iaitu usahawan ta ni

dan sektor swasta bagi memastikan matlamat pengeluaran tersebut dicapai melalui

projek-projek yang akan dilaksanakan. Selain meningkatkan pendapatan usahawan tani

dan penglibatan sektor swasta, produktiviti ladang juga akan dipertingkatkan.

2. Bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti di kawasan sedia ada, pengamalan

teknologi terkini seperti penggunaan benih yang berkualiti, penggunaan teknologi

persekitaran terkawal seperti sistem fertigasi, struktur pelindung hujan, kecekapan

sistem pengairan dan saliran, teknologi perladangan persis, mekanisasi dan automasi

serta amalan pengendalian pasca tuai perlu diteruskan dan dipertingkatkan. Justeru itu,

berbagai infrastruktur dan kemudahan yang sesuai perlu disediakan bagi

mengatasi masalah pemasaran, produktiviti dan memberi nilai tambah kepada

sesuatu produk komoditi seperti pelabelan jenama produk bebas racun kimia akan

terlaksana. Projek pembangunan aktiviti pasca tuai juga akan dilaksanakan di

projek-projek kelompok yang terpilih dengan kemudahan logistik.

II. PENJELASAN MENGENAI PROJEK

3. Sasaran peningkatan pengeluaran makanan sehingga mencapai peningkatan eksport

dan lebihan dagangan dalam tahun 2010 adalah satu matlamat yang sungguh mencabar.

Walau bagaimanapun, matlamat ini hanya dapat dicapai dengan tindakan yang drastik

apabila pembangunan industri ini disokong dengan kemudahan infrastruktur dan

perkhidmatan (capacity building) yang lengkap. Dengan infrastruktur dan kemudahan

yang lengkap, bahan tanaman yang berkualiti dapat dikeluarkan untuk dibekalkan

kepada pengusaha dan teknologi terkini dalam pengeluaran tanaman makanan serta

pengendalian lepas tuai dapat diamalkan. Sehubungan ini peningkatan produktiviti

ladang dan kualiti hasil akan tercapai. Seterusnya rangkaian pemasaran hasil ladang

Page 2: Pembangunan Industri Sayur-sayuran Dan Tanaman Ladang

dapat diperluaskan dan pendapatan usahawan tani yang menyertai projek-projek

komersil dapat pertingkatkan.

4. Oleh itu, di bawah RMK9, pembangunan dan kemudahan infrastruktur, peralatan, dan

perkhidmatan pengembangan perlu disalurkan untuk projek-projek komersil supaya

pengamalan teknologi terkini seperti fertigasi, pengeluaran makanan organik dan

pengamalan Pengurusan Ladang secara Amalan Pertanian Baik (APB) dapat diamalkan.

Langkah ini dapat meningkatkan produktiviti serta mengeluarkan produk berkualiti dan

selamat untuk dimakan.

5. Infrastruktur dan kemudahan ladang yang lengkap akan meningkatkan kemampuan

sesebuah ladang sedia ada bagi pengeluaran tanaman makanan secara besar-besaran.

Pelaksanaan projek-projek komersil secara berkelompok dan penubuhan koperasi atau

syarikat oleh projek-projek kelompok terlibat adalah satu mekanisma yang berkesan

untuk mempercepatkan proses penyatuan tanah-tanah kecil di bawah satu pengurusan

dan mempermudahkan pemasaran.