pembangunan-ekonomi2

54
7 Konteks Hubungan Etnik D MALAYSIA Azatul Binti Ismail Izzah Binti Sanuri Pensyarah : n! H"! #hzali Bin Ism Penga"ian Ka"ian Sosial PEMBANGUNAN EKONOMI

Upload: chen-peck-lian

Post on 03-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pembangunan ekonomi

TRANSCRIPT

Konteks Hubungan Etnik Di MALAYSIA Azatul Binti Ismail Izzah Binti Sanuri Pensyarah : Tn. Hj. Ghzali Bin Ismail Pengajian Kajian Sosial 1

Konteks Hubungan Etnik DiMALAYSIA

Azatul Binti IsmailIzzah Binti SanuriPensyarah : Tn. Hj. Ghzali Bin IsmailPengajian Kajian Sosial 1

PEMBANGUNANEKONOMI7Rancangan MalaysiaRancangan 5 tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua Perang Dunia.

Rancangan 5 tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

Setelah penubuhan Malaysia 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970.

Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan kali ini dan seterusnya untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Pelbagai usaha turut diusahakan tanpa mengira batasan etnik ke arah perpaduan kaum dan pengukuhan ekonomi

Rancangan Malaya (RM)RM Pertama (1956-1960)Memberi tumpuan kepada 2 matlamat : - membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan antara penduduk.- mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar.

Jurang ini dapat dilihat berdasarkan purata bulanan orang Melayu berbamding kaum utama yang lain.

Rancangan ini dimulakan dengan memulakan perusahaan getah dengan meningkatkan pendapatan penduduk.

Menubuhkan RIDA - Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar bagi merancang ekonomi,sosial dan infrastruktur desa.

Pada 1966 RIDA ditukar kepada MARA Majlis Amanah Rakyat.

MARA menggalak,bimbing dan bantu dalam pelbagai bidang.

Berperanan juga dalam melahirkan sebuah masyarakat pengusaha yang maju dan berdikari supaya dapat mengubah cara hidup dan ada nilai keushawanan.

LKTP 1956 adalah usaha membaiki taraf hidup luar bandar.

Ditukar kepada FELDA 1971 dan ditugaskan untuk membuka tanah baharu bagi penempatan semula, tambah hasil pertanian dan tingkatkan tarah hidup luar bandar.

44.5% digunakan pembangunan ekonomi.RM Kedua (1961-1965)Tumpuan lebih banyak kepada kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi luar bandar.

Penekanan kepada matlamat :-mengurangkan perbezaan taraf hidup.-wujudkan peluang pekerjaan luar bandar.-menyediakan kemudahan asas.-pelajaran.-perumahan penduduk.-pelbagaikan kegiatan pertanian.

2 strategi pelaksanaan:-menggalakkan penyertaan rakyat.-pelaksanaan dan perancangan oleh kerajaan.

Bilik gerakan mengadakan kawalan rapi terhadap pembangunan ekonomi.

RANCANGAN MALAYSIA (RMK)RMK-1 (1966-1970)Tumpuan kepada pembangunan negara secara menyeluruh meliputi semua bidang ekonomi.Matlamat utamanya mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustrian bagi mengurangkan pergantungan getah dan bijih timah.Mengadakan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran.Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber mempercepatkan integrasi.Strategi dijalankan dengan melaksanakan skim pembangunan tanah di luar bandar dengan mengadakan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran serta menyediakan infrastruktur.Memberi bantuan kredit luar bandar dengan menubuhkan beberapa institusi seperti Bank Pertanian.

Usaha ini disokong oleh dua agensi yang baru ditubuhkan iaitu FELCRA dan MARDI.Bagi memajukan perindustrian pula, peringkat awal meluluska Akta Pelaburan.Menubuhkan MIDA yang memberikan pengecualian cukai selama 5 tahun kepada insudtri baharu.Pada penghujung RMK-1 pendapatan purata isi rumah Melayu meningkat sedikit namun masih jauh di belakang kaum lain.Pemilikan modal dan harta yang kecil sebagai punca kemiskinan.Ini membawa kepada pelaksanaan DEB, Dasar Ekonomi 1971.RMK-2 (1971-1975)Dilaksanakan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang punca berlaku 13 Mei 1969.Ini juga digubal seiring dengan DEB 1971 melalui strategi serampang dua mata :- mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan.- mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia.Tahun 1970 kadar kemiskinan masih berada pada tahap yang tinggi dan jurang kemiskinan juga besar.Usaha bagi membasmi kemiskinan :- mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.- mengurangkan jurang perbezaan pendapatan.- meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan.- membaiki taraf hidup dan kualiti kehidupan.Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.DEB menetapkan pelbagai program dalam beberapa sektor ekonomi supaya setiap kaum mendapat agihan yang adil.Dasar Ekonomi Baru, DEBBagi memodenkan masyarakat luar bandar, pusat pertumbuhan ekonomi diwujudkan melalui pembukaan rancangan tanah seiring penubuhan agensi pembangunan wilayah.Beberapa agensi lain seperti RISDA turut ditubuhkan bagi mempercepatkan matlamat DEB.Strategi pembangunan dalam DEB adalah bagi memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat bagi mencapai perpaduan.RMK-3 (1976-1980)Berada pada peringkat kedua DEB.Isu perpaduan masih diberi perhatian sebagai salah satu matlamat utama yang ingin dicapai melalui pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan usaha menyusun semula masyarakat.Rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan bagi memajukan ekonomi pertanian yang tumpuannya diberi kepada penanaman getah dan kelapa sawit bagi tujuan eksport.Pembangunan sektor pertanian dan industri diteruskan.Rancangan pembangunan wilayah diteruskan dan agensi - agensi kerajaan seperti RISDA diberi peranan penting bagi melaksanakan pembangunan ini.RMK-4 (1981-1985) & RMK-5 (1986-1990)Ekonomi dunia mengalami pertumbuhan yang lembab menimbulkan masalah kepada ekonomi negara.Kedua RMK ini diperkenalkan bagi memperkemas langkah dan program pembangunan ekonomi seperti yang terkandung dalam RMK-2 & RMK-3 bagi mencapai matlamat DEB.Pembangunan diteruskan dengan memberi keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. HICOM Perbadanan Industri Berat Malaysia turut diperkenalkan.Banyak kawasan di buka bagi memajukan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing.Pembangunan pertanian masih diteruskan dengan penggunaan tanah lebih cekap dan juga menambah peluang latihan kemahiran. Bagi keseimbangan antara kaum, Permodalan Nasional Berhad, PNB ditubuhkan 1979.PNB diberi tanggungjawab mengurus pelaburan dalam Skim Amanah Saham Nasional, ASN 1981.Mempergiat usaha pembuatan dengan membuat kereta nasional seperti PROTON.Sepanjang tempoh ini 1990 ekonomi Malaysia berkembang pesat walaupun banyak cabaran seperti ekonomi meleset pertengahan 1980.Pada penghujung RMK-5 banyak perubahan positif dapat dilihat dalam matlamat DEB iaitu penurunan kadar kemiskinan.Dari segi menyusun semula masyarakat, matlamat untuk meningkatkan Bumiputera setanding dengan kaum lain dalam sektor guna tenaga menunujukkan kesan positif juga.Kepentingan Rancangan 5 Tahun Terhadap Perkembangan Sosio-ekonomi.Dapat mengelakkan tragedi berdarah berlaku iaitu Peristiwa 13 Mei 1969.Penyusunan lapisan masyarakat dengan kegiatan ekonomi yang seimbang.Bidang perindustrian dan pertanian serta bidang-bidang yang lain dapat dikembangkan sehingga berlaku eksport yang meluas.Pengagihan ekonomi yang adil antara kaum.Membina sistem ekonomi yang teratur.Kadar kemiskinan dan pengangguran dapat dikurangkan.Dapat mengurangkan masalah kekurangan pekerjaan.

RANCANGAN MALAYSIA KEENAMRancangan Malaysia Keenam (RMK-6) bermula pada tahun 1991-1995.Merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang bermula pada tahun 1991-2000. Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif Dasar Pembangunan Nasional.Jumlah peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah :a) $104 bilion iaitu 56.8% untuk sektor ekonomib) 24.5% untuk sektor sosialc) 15.35% untuk sektor pertahanan d) 3.4% untuk sektor pentadbiran.

Strategi pembangunan seimbang yang akan dijalankan ialah :DASAR PEMBANGUNAN NASIONALTERAS DASAR PEMBANGUNAN NASIONALPENCAPAIAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONALKEMISKINANPeratus kemiskinan menurun daripada 17.1% (1990) kepada 9.6% (1995)Kadar kemiskinan golongan termiskin menurun daripada 4% kepada 2.2% pada tempoh yang sama. Kadar kemiskinan golongan termiskin luar bandar & bandar semakin berkuranganPRESTASI RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (RMK-6)Penilaian prestasi ekonomi makro - Ekonomi negara telah mencatatkan pertumbuhan purata sebanyak 8.7 peratus setahun, mengatasi sasaran 8.1 peratus mengikut kajian separuh penggal serta sasaran asal RME iaitu sebanyak 7.5 peratus. Permintaan dalam negeri yang berkembang pada kadar 11.3 peratus setahunPendapatan per kapita meningkat daripada RM6,099 pada tahun 1990 kepada RM9,786 pada tahun 1995 dan telah menarik kemasukan pelaburan asing yang tinggi.Sektor pertanian juga turut mencatatkan kadar pertumbuhan purata sebanyak 2.0 peratus setahun.Sektor perlombongan yang telah mencapai pertumbuhan purata sebanyak 2.9 peratus setahun iaitu lebih tinggi daripada sasaran 1.1 peratusDilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2.

Teras RMK-7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan yang seimbang.

Tumpuan RMK-7 adalah untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti dan kecekapan terutamanya melalui inisiatif sektor swasta.

Strategi pertumbuhan ekonomi dalam RMK-7 didorong oleh produktiviti manakala strategi pertumbuhan ekonomi dalam rancangan terdahulu didorong oleh pelaburan atau input.Rancangan malaysia ketujuhPenekanan yang diberikan dalam RMK-7

Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui kesedaran yang lebih tinggi terhadap pemuliharaan alam sekitar

b) Menekankan pertimbangan yang bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial.

c) Menekankan usaha yang lebih gigih ke arah pengagihan pertambahan pendapatan dan kekayaan negara dengan saksama bertujuan mengekalkan kestabilan sosioekonomi yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat dan akhir sekali menangani masalah sosial yang semakin meningkat.

d) Memberi penekanan kepada konsep pembangunan seimbang iaitu memastikan bahawa hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik

LANGKAH YANG DI AMBILLANGKAH YANG DI AMBILPada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010).

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menetapkan sasaran supaya mencapai lebihan (surplus) dalam imbangan perdagangan makanan menjelang tahun 2010 melaluiPlan Tindakan BOT (Balance Of Trade).

Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) bertujuan untuk meningkatkan daya saing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.DASAR PERTANIAN NEGARA KETIGA (DPN 3)Antara matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga(DPN3) (1998-2010) adalah untuk:Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 2005Merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 2010Matlamat mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasiRANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (RMKe-8)Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan.

RMK-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta.

Penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia, peningkatan aktiviti dan P&P serta penggunaan teknologi terkini terutamanya ICT.Menggabungkan teras Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) .

Objektif utama ialah untuk mencapai perpaduan nasional dimana pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang ditekankan.DASAR WAWASAN NEGARA Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan

Menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan nilai positif dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi

Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro

Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakya

Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan

Meneruskan pembangunan alam sektor yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.TERAS DASAR WAWASAN NEGARASTRATEGI PROGRAM RMK-8PENCAPAIAN RMK-8Rancangan Malaysia ke-9 bermula dari tahun 2006-2010 dan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006

Objektif utamanya ialah Mengukuhkan Perpaduan Nasional dan tema RMKe-9 adalah Bersama ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Perancangan yang dilakukan dalam RMKe-9 ialah :Tekanan harga sentiasa di kawalAmalkan dasar kewangan yang sesuaiUruskan perbelanjaan kerajaan secara berhemat & berkesan(d) Kurangkan defisit fiskal kerajaan secara beransur-ansur(e) Kekalkan imbangan pembayaran dan kedudukan rizab yang kukuhRANCANGAN MALAYSIA KE-9PERUNTUKAN RANCANGAN MALAYSIA KE-9Sejumlah RM 200 bilion telah diagih-agihkan mengikut sektor di mana : 44.9 % akan diagih kepada projek pembangunan di bawah sektor ekonomi37.5 % sosial 10.6 % sektor keselamatan 6.9 % sektor pentadbiran am20.6sub-sektor pendidikan dan latihan15.9 % sub-sektor pengangkutan, 10.9 % kemudahan awam dan tenaga 9.9% perdagangan dan perindustrian 5.7% pertanian5.4% kesihatan p 5.0% perumahan

STRATEGI YANG DILAKSANAKAN DALAM RMKe-9PROGRAM PEMBANGUNAN WILAYAHWILAYAH EKONOMI KORIDOR UTAMADibangunkan untuk menjadi destinasi antarabangsa bagi pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan.

Projek yang akan dijalankan ialah :

a) Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johorb) Pelabuhan Tanjung Pelepasc) Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai)d) Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggie) Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara)f) Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara bertaraf dunia (Hab Pendidikan)g) Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskinh) Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan

WILAYAH EKONOMI PEMBANGUNAN ISKANDARWILAYAH EKONOMI KORIDOR TIMURPRESTASI RMK-9PRESTASI RMK-9RMKe-10 dilaksanakan meliputi tahun 2010-2015.

Ia telah dirangka menggunakan pendekatan baru untuk menuju ke arah ekonomi berpendapatan dan berproduktiviti tinggi.

Model Baru Ekonomi telah diperkenalkan.

Langkah yang akan dilaksanakan ialah:Meningkatkan seterusnya menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan dan pembuatan.

b) Menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi serta penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan.

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUHRancangan ini digagaskan daripada 10 idea besar diterjemahkan sebagai 10 premis utama seperti berikut:

TERAS DALAM RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMK-10)SASARAN RACANGAN MALAYSIAKESEPULUH