pembangunan ppbk.ppt

29
PEMBANGUNAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER(PPBK) DISEDIAKAN OLEH YEFRIZAL BIN NADZIR P79860 SAMSUL BIN HAMDAN P79106 M SHAHRUL ABDUL RAHMAN P76188

Upload: ayoi

Post on 09-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • PEMBANGUNAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER(PPBK)

    DISEDIAKAN OLEH YEFRIZAL BIN NADZIR P79860SAMSUL BIN HAMDAN P79106M SHAHRUL ABDUL RAHMAN P76188

  • Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.

    PPBK juga dikenali sebagai:(a) Computer Assisted Instruction (CAI) di Amerika Syarikat(b) Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom(c) Computer Managed Instruction (CMI)(d) Computer Mediated Communication (CMC)(e) Computer Based Multimedia (CBM)

  • Pembangunan PPBK bermula pada 1960 di Amerika Syarikat menggunakan komputer IBM. PPBK terawal yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan oleh Universiti Illinois untuk di gunakan di sekolah-sekolah.Di Malaysia, PPBK mula di perkenalkan kepada 60 buah sekolah menengah dengan dibekalkan 20 buah komputer bagi setiap sekolah pada tahun1993. PPBK terawal yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Kini pembangunan PPBK diteruskan untuk semua mata pelajaran dan dikelolakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM (BTP)

    KPLI : PPBK*

    KPLI : PPBK

  • KPLI : PPBK*

    KPLI : PPBK

  • Teori Behaviouris perubabahan tingkah laku setelah peneguhan berulang.

    Teori Kognitif proses yang berlaku untuk menerima dan menyimpan maklumat

    Teori Konstruktivis Pembentukan pengetahuan baru dari pengetahuan sedia ada.

  • Teori Behaviouris PPBK bentuk tutorial dan latih tubiPersembahan kandungan berstruktur bagi mencapai perubahan tindaklaku yang spesifikRangsangan mesti diberi semasa setiap kali pengguna memberi tindakbalasPeneguhan positif seperti Tahniah!", Bagus!", Anda Hebat!"

  • Teori Kognitif Pembelajaran didefinasikan sebagai perubahan pengetahuan yang disimpan dalam memoriTumpuan kepada isi kandungan PPBK dan cara ia dipersembahkanMemasukkan teks dan gambar yang tidak terlalu banyak dalam satu antaramuka. Kemudian kesan-kesan visual pula diperkenalkan untuk mendapat persembahan yang lebih menarik.

  • Teori Konstruktivis Pelajar membina kefahaman sendiri dengan pengalaman lepas untuk membentuk pengetahuan baru.Navigasi PPBK membolehkan penerokaan untuk membina pengeahuan baru. Pelajar mengaplikasikan pengetahuan sedia mereka untuk menyelesaikan masalah untuk membina pengetahuan baruKandungan PPBK memberi peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah.

  • Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid.Meningkatkan motivasi murid untuk belajar.Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan mencabar.Memaparkan kepada murid situasi sebenar dalam kehidupan dan dikaitkan dengan pembelajaran..Mengulangi pembelajaran dalam PPBK jika kurang faham.Murid dapat memberi maklum balas dalam PPBK yang mempunyai latih tubi atau penilaian.PBBK merupakan bahan yang boleh diguna berulang kali dan diubahsuai.

  • Kos tinggi untuk membangunkan PPBKPPBK yang dibekal KPM tidak untuk semua mata pelajaranKelengkapan yang terhad untuk guru menggunakan PPBK di sekolahMasa yang lama diperlukanGuru perlu mempunyai kemahiran mengolah grafik, audio, video, teks dan animasi.Guru perlu mempunyai kemahiran pengaturcaraanMelibatkan beberapa individu dalam perancangan membangunkan PPBK

  • Langkah-langkah pembelajaranTutorial - (Alessi & Trollip, 1985)

    PPBK tutorial, perisian menyampaikan isi dan maklumat pembelajaran secara berperingkat kemudian diikuti dengan soalan pengukuhan.Ianya sesuai digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan untuk murid kurang menguasai topik pembelajaran.

  • PPBK jenis ujian membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan cepat. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK jenis ini. Jawapan berbentuk ayat atau karangan jarang digunakan

  • Latih tubi menyediakan latihan yang bertujuan memberi pengalaman dan kemahiran topik berkaitan. Murid menjawab soalan yang disediakan dan mendapat maklumbalas di waktu yang sama.

    Latih tubi disediakan mengikut tahap kebolehan pelajar misalnya latih tubi tahap rendah, sederhana dan tinggi.

  • Permainan komputer adalah PPBK yang semakin popular masa kini. Permainan menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar dan untuk menjadikan pembelajaran suatu yang menyeronokkan.Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran

  • Simulasi ialah objek atau proses yang dimodelkan menggunakan komputer. Mengandungi maklumat dan cara berfungsi sebenar.(Thomas & Milligan,2004)Simulasi bertujuan memudahkan pelajar membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu dan tugasan tertentu. Simulasi banyak digunakan dalam bidang sains yang memerlukan kajian atau modul yang mahal, berbahaya atau mengambil masa yang lama. Misalnya juruterbang pelatih menggunakan simulasi komputer sebelum melakukan penerbangan sebenar.

  • Tunjuk cara adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepada pelajar suatu prosedur.Kaedah ini digunakan untuk membolehkan pelajar memahami suatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar.

  • Apabila hendak membina bahan PPBK, beberapa aspek perlu diambil kira seperti ahli-ahli kumpulan dan jenis perisian yang sesuai digunakan supaya mencapai objektif yang ditetapkan pada mula-mula lagi. Menurut Tay Vaughan (1994) kumpulan yang akan membina bahan perisian akan terdiri dari :

    i)seorang ketua projek,ii)pakar pedagogi, iii)pakar pengaturcara,iv)pakar grafik, v)pakar audio danvi)pakar video.

  • Model-model Reka bentuk Pengajaran boleh digunakan sebagai prosedur untuk membangunkan PPBK.Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan sebagai prosedur pembagunan. Terdapat lebih daripada 40 model. Antaranya ialah seperti: Model ADDEI Model ASSURE Model Dick & Carrey

  • Kebanyakan model reka bentuk pengajaran melibatkan 4 atau 5 fasa kerja yang utama iaitu. 4 fasa ini digunakan sebagai prosedur pembangunan PPBK.

    Fasa menganalisis keperluan PPBKFasa perancangan atau reka bentuk PPBKFasa pembangunan PPBKFasa penilaian PPBK

  • Fasa menganalisis keperluan PPBK.Mengenalpasti masalah pengajaran Senaraikan bahan rujukan yang digunakanKenalpasti isi pelajaran yang ingin disampaikanKenalpasti pelajar sasaranKenalpasti objektif pengajaran PPBKKenalpasti kaedah penyampaianKenalpasti isi kandungan pelajaranKenalpasti persekitaran penggunaan

  • Fasa perancangan dan reka bentuk PPBKPemilihan media atau bahan yang paling sesuai, seperti video, audio, grafik, gambar dan sebagainya Pemilihan perisian pembangunan yang sesuai seperti flash, authorware, director, power point dan sebagainyaDokumen ringkas mengenai PPBK yang dibangunkan; Buat lakaran dalam bentuk carta alir Buat lakaran papan cerita

  • Fasa pembangunan PPBKMembina setiap antaramuka dengan menggabungkan media media seperti audio, video, teks dan animasiMenguji kefungsian dan aliran pergerakan setiap antaramuka PPBK yang telah siap dibina.Menghasilkan prototaip untuk diuji dan diperbaiki kefungsian dan aliran sempura PPBK.Memastikan PPBK mudah digunkan dan mesra pengguna dari segi bentuk dan susunan butang pergerakkan pada antaramuka PPBK

  • Fasa pengujian dan penilaian PPBKPPBK yang telah siap dibangunkan diuji dalam PdP bersama murid dan penilaian dilakukan oleh guru dan murid.Terdapat dua jenis penilaian; Penilaian formatif sepanjang proses pembangunan PPBKPenilaian sumatif- diuji setelah bahan siap untuk digunakan.Antara kaedah penilaian seperti memerhati penggunaan, data latihan, soal-selidik, temubual dan ulasan pakar

  • 1) Pembangunan Perisian Berpandukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Satu Bertajuk Luas (Abdul Razak Idris & Kevin Kellen Anis, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ) - 2011 Projek ini adalah untuk membangunkan satu perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Matematik Tingkatan Satu bagi tajuk Luas. Perisian ini dibangunkan dalam Bahasa Inggeris dan isi kandungannya disusun mengikut Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan Satu. PBK ini dibangunkan berdasarkan Model ADDIE dan berdasarkan strategi pengajaran tutorial, latih tubi, permainan dan kaedah penyelesaian masalah. Perisian pengarangan Adobe Macromedia Authorware 6.5 digunakan sebagai perisian utama dalam membangunkan PBK ini dan disokong oleh perisian-perisian sampingan seperti Adobe Photoshop CS, Adobe Macromedia Flash MX 2004, SwiSHmax dan Adobe Audition 1.5. Kajian PBK ini mengandungi elemen-elemen multimedia yang menjadikan perisian ini lebih menarik dan interaktif dan seterusnya dapat membantu pelajar memahami konsep luas.

  • 2.) PEMBANGUNAN PERISIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MULTIMEDIA INTERAKTIF PENGURUSAN JENAZAH POLITEKNIK MALAYSIA (Ahmad Fakrudin Mohamed Yusoff, Mohd Isa Hamzah, Wan Norina Wan Hamat) - 2014Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai pengajaran berbantukan komputer dan perisian kursus pembelajaran (PPBK) berdasarkan pendekatan tutorial bertajuk Pengurusan JenazahPerisian ini disediakan berdasarkan sukatan pelajaran Pendidikan Islam 2 (AA201) Politeknik Malaysia. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan Adobe Flash CS3 Profesional pengarangan berdasarkan model ADDIE reka bentuk pengajaran yang mempunyai lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa perisian ini telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan proses pengajaran dan pembelajaran. Perisian ini juga telah menerima pakai konsep pengajaran dan pembelajaran. Gabungan pelbagai media dalam perisian seperti teks, grafik, animasi dan audio membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, aktif dan menyeronokkan.

    *