pemanasan global, perubahan sikap - mima.gov.mymima.gov.my/mima/wp-content/uploads/nk - pemanasan...

4
1 Pemanasan global, perubahan sikap Nazery Khalid Agenda pemanasan global: Beku di Copenhagen Mesyuarat Conference of Parties 15 (COP 15) Bangsa Bangsa Bersatu (BBB) mengenai pemanasan global yang berlangsung di Copenhagen pada bulan Disember lalu gagal mencapai kata sepakat untuk memajukan agenda mengurangkan pelepasan karbon di peringkat global. COP 15 menyerlahkan betapa sukarnya untuk masyarakat antarabangsa untuk bersetuju dengan kerangka yang boleh diterima semua pihak untuk mengurangkan pelepasan karbon ke atmosfera bumi yang semakin panas. Industri perkapalan yang merupakan kaedah pengangkutan utama dagangan global juga tidak terkecuali dari kegagalan ini. Pengamal industri ini masih jauh dari mencapai persetujuan untuk menerima dengan sebulat suara satu kerangka yang boleh digunapakai untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dari kapal-kapal dagangan. Perlu diakui yang beberapa langkah telah, sedang dan akan diambil oleh industri penting ini untuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (GHG). Pertubuhan Martitm Antarabangsa (IMO), badan BBB yang bertanggungjawab untuk memastikan yang lautan dunia terpelihara keselamatan dan integriti alam sekitarnya telah mendahului usaha-usaha untuk ‘menghijaukan’ industri perkapalan. Antara usaha-usaha ini termasuklah pembangunan enjin kapal yang lebih bersih, penggunaan cat mesra alam untuk badan kapal, pengurusan air ballast yang digunakan untuk mengimbangi kapal, dan penggalakkan operasi yang bertujuan mengurangkan pelepasan GHG dari kapal. Melalui Jawatankuasa Perlindungan Persekitaran Marin (MEPC), IMO tekun mengenengahkan isu pelepasan karbon oleh industri perkapalan. Langkah-langkah serius juga telah diambil oleh Persekutuan Eropah (EU) dan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand untuk mengawalselia pelepasan karbon di perairan tempatan masing-masing. Walaubagaimanapun, penyelesaian menyeluruh untuk mengurangkan pelepasan GHG oleh kapal-kapal dagangan masih belum nampak bayangnya. Ini terserlah sewaktu mesyuarat COP 15. Jelas yang IMO dan pengamal industri perkapalan masih jauh dari mencapai persetujuan untuk menyediakan rancangan jangkapanjang untuk ‘membersihkan’ industri ini. Penyelesaian global untuk masalah pelepasan karbon oleh industri yang dijangka terus berkembang sejajar dengan perkembangan jumlah dagangan dunia dan aktiviti pesisiran masih jauh di ufuk.

Upload: buikhanh

Post on 07-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemanasan global, perubahan sikap - mima.gov.mymima.gov.my/mima/wp-content/uploads/nk - pemanasan global utk dm... · ini untuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau ... Apakah

1

Pemanasan global, perubahan sikap

Nazery Khalid

Agenda pemanasan global: Beku di Copenhagen

Mesyuarat Conference of Parties 15 (COP 15) Bangsa Bangsa Bersatu (BBB) mengenai

pemanasan global yang berlangsung di Copenhagen pada bulan Disember lalu gagal

mencapai kata sepakat untuk memajukan agenda mengurangkan pelepasan karbon di

peringkat global. COP 15 menyerlahkan betapa sukarnya untuk masyarakat antarabangsa

untuk bersetuju dengan kerangka yang boleh diterima semua pihak untuk mengurangkan

pelepasan karbon ke atmosfera bumi yang semakin panas.

Industri perkapalan yang merupakan kaedah pengangkutan utama dagangan global juga

tidak terkecuali dari kegagalan ini. Pengamal industri ini masih jauh dari mencapai

persetujuan untuk menerima dengan sebulat suara satu kerangka yang boleh digunapakai

untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon dari kapal-kapal dagangan.

Perlu diakui yang beberapa langkah telah, sedang dan akan diambil oleh industri penting

ini untuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau (GHG). Pertubuhan Martitm

Antarabangsa (IMO), badan BBB yang bertanggungjawab untuk memastikan yang lautan

dunia terpelihara keselamatan dan integriti alam sekitarnya telah mendahului usaha-usaha

untuk ‘menghijaukan’ industri perkapalan. Antara usaha-usaha ini termasuklah

pembangunan enjin kapal yang lebih bersih, penggunaan cat mesra alam untuk badan

kapal, pengurusan air ballast yang digunakan untuk mengimbangi kapal, dan

penggalakkan operasi yang bertujuan mengurangkan pelepasan GHG dari kapal.

Melalui Jawatankuasa Perlindungan Persekitaran Marin (MEPC), IMO tekun

mengenengahkan isu pelepasan karbon oleh industri perkapalan. Langkah-langkah serius

juga telah diambil oleh Persekutuan Eropah (EU) dan negara-negara seperti Amerika

Syarikat, Australia dan New Zealand untuk mengawalselia pelepasan karbon di perairan

tempatan masing-masing.

Walaubagaimanapun, penyelesaian menyeluruh untuk mengurangkan pelepasan GHG

oleh kapal-kapal dagangan masih belum nampak bayangnya. Ini terserlah sewaktu

mesyuarat COP 15. Jelas yang IMO dan pengamal industri perkapalan masih jauh dari

mencapai persetujuan untuk menyediakan rancangan jangkapanjang untuk

‘membersihkan’ industri ini. Penyelesaian global untuk masalah pelepasan karbon oleh

industri yang dijangka terus berkembang sejajar dengan perkembangan jumlah dagangan

dunia dan aktiviti pesisiran masih jauh di ufuk.

Page 2: Pemanasan global, perubahan sikap - mima.gov.mymima.gov.my/mima/wp-content/uploads/nk - pemanasan global utk dm... · ini untuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau ... Apakah

2

Mengurangkan pelepasan gas dari kapal

Lloyd’s List melapurkan yang industri perkapalan menyumbang hanya 3.3 peratus dari

jumlah pelepasan karbon dunia, berbanding dengan 21 peratus oleh pengangkutan jalan.

Pun begitu, kadar pelepasan karbon industri perkapalan semakin meningkat dalam dekad

kebelakangan ini. Sebagai perbandingan, kadar pelepasan GHG dari kapalterbang

semakin kurang berbanding dengan kapal laut, walaupun ‘sumbangan’ pelepasan karbon

industri penerbangan lebih tinggi dari industri perkapalan,. Ini menggariskan betapa

masih banyak yang perlu dilakukan oleh industri perkapalan untuk ‘membersihkan’

imejnya sebagai sumber pengeluar GHG dan meningkan tahap penggunaan teknologi

pengurusan tenaga secara efisen.

Pada kadar pelepasan karbon industri perkapalan kini, adalah dijangkakan yang sekiranya

langkah serius tidak diambil untuk mengurangkan kadar ini, pengotoran atmosfera oleh

industri perkapalan bakal meningkat. Satu lapuran oleh DNV, salah satu syarikat

klasifikasi perkapalan utama dunia dari Denmark, memberi amaran yang sekiranya tiada

usaha diambil untuk mengurangkan pelepasan karbon industri perkapalan, sumbangannya

terhadap pelepasan karbon dunia bakal meningkat sehingga 20 peratus menjelang 2020.

Walaupun perkapalan merupakan aktiviti yang ketat peraturannya, pengawalseliaan

pelepasan karbon dalam industri ini masih agak longgar. Diperhatikan yang pendekatan

kawalan pelepasan karbon di peringkat kebangsaan serta kewilayahan yang diamalkan

sekarang adalah tidak berkesan. Memandangkan yang perkapalan merupakan satu

aktiviti global, adalah wajar yang pendekatan menyeluruh diperlukan melalui

perundangan antarabangsa untuk memastikan yang pelepasan karbon oleh industri ini

boleh diterimapakai secara meluas dan dilaksanakan secara berkesan.

Mengatasi halangan, melangkaui batasan

Apakah faktor yang menghalang usaha-usaha untuk memperkenalkan kerangka global

untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam industri perkapalan? Antara halangan

utama ialah kepentingan politik yang sering menggugat usaha untuk memperkenalkan

penyelesaian antarabangsa untuk sesuatu isu atau permasalahan. Perkapalan merupakan

satu aktiviti yang boleh menjana sentimen kuat di kalangan negara-negara dunia.

Perspektif emotif terhadap perkapalan sering menjurus ke arah pengenalan dasar-dasar

perlindungan untuk memastikan kepentingan nasional terpelihara. Oleh yang demikian,

adalah sukar untuk memperkenalkan penyelesaian global untuk mengurangkan pelepasan

karbon oleh industri perkapalan. Apa jua cadangan yang diunjurkan di atas pelantar

global untuk diadaptasikan oleh para pengamal industri di seluruh dunia tentunya bakal

menghadapi tentangan dari negara-negara maritim yang tegas mempertahankan

kepentingan nasional masing-masing.

Perbincangan mengenai pengurangan pelepasan karbon yang sudah sedia kompleks

semakin dirumitkan lagi oleh kepentingan politik dan tambah menyukarkan usaha untuk

memperkenalkan penyelesaian global kepada persoalan ini. Beberapa tahun telahpun

Page 3: Pemanasan global, perubahan sikap - mima.gov.mymima.gov.my/mima/wp-content/uploads/nk - pemanasan global utk dm... · ini untuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau ... Apakah

3

berlalu semenjak Protokol Kyoto diperkenalkan di bawah Kerangka Perundangan

Perubahan Iklim BBB (UNFCC). Namun, pengamal industri masih terkial-kial dengan

persoalan pokok seperti siapa yang harus membayar, bagaimana untuk membayar dan

skala bayaran apa yang harus digunakan untuk mengawalselia pengeluaran karbon oleh

kapal-kapal dagangan.

Antara isu yang menimbulkan keresahan di kalangan pengamal industri ialah pendekatan

No More Favorable Treatment (NMFT) yang mengutarakan konsep kesamarataan di

kalangan kapal-kapal dari setiap negara dunia. Pemilik kapal dari negara-negara

membangun yang tidak mempunyai sumber dan kapasiti teknologi berbanding negara-

negara maju merasakan yang penerapan konsep NMFT tidak mengambilkira kekurangan

mereka. Mereka mengadu tentang ketidakadilan satu sistem yang mengenakan denda

sama berat ke atas pemilik kapal dari negara membangun dan negara maju yang jauh

beza kapasiti kewangan serta keupayaan teknolgi mereka dalam memerangi pelepasan

karbon. Juga di bawah Protokol Kyoto UNFCC, negara-negara dunia mempunyai

tanggungjawab berbeza untuk mengurangkan kadar pelepasan karbon, seperti yang

termaktub di dalam konsep Common But Differentiated Responsibilities (CBDR). Di

bawah konsep CBDR, negara-negara membangun tidak ‘diikat’ untuk komited terhadap

pengurangan pelepasan karbon.

Tarikh luput Protokol Kyoto pada tahun 2012 semakin hampir. IMO harus segera

mengolah perancangan untuk merangka satu penyelesaian global untuk isu pelepasan

karbon dalam industri perkapalan. Paling penting ialah untuk mendapatkan persetujuan

di kalangan negara-negara maju untuk memainkan peranan mereka untuk mengurangkan

kadar pelepasan karbon mereka. Juga, negara-negara membangun harus dituntut untuk

akur terhadap konsep NMFT. Mereka harus diyakinkan yang sebarang perbezaan dalam

kadar pelepasan karbon yang timbul dari penerapan konsep NMFT tidak akan

mendatangkan ketidakadilan kepada mereka. Perlu diingat yang sebahagian besar

kapasiti kapal-kapal dagangan dunia didaftarkan di negara-negara membangun. Oleh

yang demikian, mereka juga wajar dipertanggungjawabkan untuk komited terhadap usaha

mengurangkan pelepasan karbon.

Ke arah industri perkapal yang lebih ‘hijau’

Kita terdorong yang IMO menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mengolah strategi

untuk ‘menghijaukan’ industri perkapalan. Strategi ini merangkumi pengenalan

garispanduan ke arah pengurusan tenaga yang efisen dan memperkenalkan indeks

mengukur tahap amalan lestari dalam rekaan kapal dan operasi perkapalan. Melalui

MEPC, IMO juga telah memperkenalkan rancangan untuk pengamal industri untuk

mengadaptasikan mekanisme ‘dagangan karbon’ untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Walapun pengenalan instrumen berdasarkan pasaran ini mendapat bangkangan dari

negara-negara maju yang kadar pelepasan karbonnya kurang dari negara-negara

membangun, konsep yang diutarakan merupakan langkah positif yang boleh diperbaiki

untuk diamalkan oleh seluruh industri ini.

Page 4: Pemanasan global, perubahan sikap - mima.gov.mymima.gov.my/mima/wp-content/uploads/nk - pemanasan global utk dm... · ini untuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau ... Apakah

4

Adalah diharapkan yang IMIO akan menunjukkan kepimipinan berwibawa untuk

mendorong Negara-negara ahlinya serta para pengamal industri perkapalan untuk

memperkenalkan insiatif mengurangkan pelepasan karbon secara sukarela. Dalam masa

yang sama, IMO jugs harus merangka satu set tatacara global untuk ‘menghijaukan’

industri ini. Ini tentunya akan mengambil masa yang lama dan sumber yang besar,

namun adalah penting langkah-lengkah bermakna diambil mulai sekarang untuk

mempersiapkan industri ini untuk beroperasi di dalam persekitaran karbon rendah.

Seperti yang telah ditekankan, perkapalan merupakan aktiviti sejagat. Maka itu, adalah

wajar yang ia dikawalselia dengan satu set peraturan serta piawaian yang boleh

diterapkan secara efektif serta diterimapakai oleh semua pihak. Apa yang diperlukan

dalam usaha ‘menghijaukan’ industri ini ialah komitmen, pelaburan, kerjasama, tolak

ansur serta perubahan sikap di kalangan negara-negara maritim dan para pengamal

industri perkapalan untuk mengurangkan ‘kesan tapak kaki karbon’ mereka di lautan dan

di dalam persekitaran marin. Kita tidak harus berlengah lagi untuk menangani isu yang

besar dan rumit ini.