pemakaian dan skop · web viewsyarat-syarat dan terma perkhidmatan skim b kandungan muka surat...

42
42 SYARAT-SYARAT SYARAT-SYARAT DAN DAN TERMA PERKHIDMATAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B SKIM B SATU/HR/2001/1/1

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

67 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

34

SYARAT-SYARAT SYARAT-SYARAT DAN DAN

TERMA PERKHIDMATANTERMA PERKHIDMATAN

SKIM BSKIM B

SATU/HR/2001/1/1

Page 2: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

KANDUNGAN MUKA SURAT

PEMAKAIAN DAN SKOP 1

TAFSIRAN 1

PENGENALAN 3

FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT 4

FASAL 2 GRED DAN TANGGAGAJI 5

FASAL 3 PENAMATAN PERKHIDMATAN 7

FASAL 4 WAKTU BEKERJA 8

FASAL 5 CUTI 9

FASAL 6 TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB 13

FASAL 7 KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DAN PERKESO 15

FASAL 8 FAEDAH PERSARAAN 15

FASAL 9 FAEDAH PERUBATAN 17

FASAL 10 ELAUN SEMASA BERTUGAS DI LUAR PEJABAT 19

FASAL 11 ELAUN SEMASA BERTUGAS DI LUAR NEGERI 21

FASAL 12 ELAUN-ELAUN LAIN 21

1

Page 3: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

FASAL 13 FAEDAH DAN KEMUDAHAN 22

FASAL 14 BONUS 25

FASAL 15 PERATURAN RUNGUTAN PERSEORANGAN 25

FASAL 16 SEMAKAN DAN PINDAAN KE ATAS TERMA 26

DAN SYARAT PERKHIDMATAN

PEMAKAIAN DAN SKOP

1. Skim ini akan dipakai bagi semua anggota Jabatan Bekalan Air Terengganu yang diberi tawaran dan telah memilih untuk berkhidmat dengan Syarikat Air Terengganu, Skim B.

2. Terma-terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan ini adalah ditawarkan kepada anggota Jabatan Bekalan Air Terengganu yang perkhidmatannya bertaraf tetap dan sementara sebelum tarikh kuatkuasa pengkorporatan.

TAFSIRAN

Dalam Syarat-Syarat dan Terma Perkhidmatan ini melainkan jika kandungannya mengandungi makna yang lain.

' Doktor Panel Syarikat '

Ertinya pegawai perubatan yang berdaftar yang namanya disenaraikan dalam Senarai Doktor Panel yang diluluskan oleh Syarikat dan diedarkan kepada pegawai dari masa ke semasa.

' Gaji '

Ertinya bayaran pokok bulanan mengikut tafsiran Akta Kerja 1955.

2

Page 4: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

' Hari '

Ertinya satu tempoh berterusan selama dua puluh empat ( 24 ) jam mulai dari pukul 12.00 tengah malam dan bagi pegawai yang bekerja mengikut giliran, hari bererti satu tempoh berterusan selama 24 jam bermula dari bila-bila detik masa.

' Keluarga Pegawai '

Ertinya jika pegawai lelaki, ialah isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai perempuan,ialah suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan dalam Syarat-Syarat dan Terma Perkhidmatan ini tentang tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat bagi keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang belum mencapai umur 18 tahun kecuali yang masih belajar sehingga 21 tahun. Walau bagaimanapun, anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum atau selepas had umur di bawah tanggungannya seperti yang ditetapkan, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah ' anak ' akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diiktiraf mengikut undang-undang.

' Kuasa Tertentu '

Ertinya Ketua Pegawai Eksekutif atau Pegawai yang diberi kuasa bagi menjalankan tugas.

' JBAT '

Ertinya Jabatan Bekalan Air Terengganu

' Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional '

Ertinya tiap-tiap orang yang sebelum pada tarikh perkhidmatan operasi Jabatan Bekalan Air Terengganu disyarikatkan ialah pegawai Jabatan yang dikategorikan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan dan Profesional ( Kategori I – IV ) di bawah Sistem Saraan Baru.

' Pegawai Kumpulan Sokongan '

3

Page 5: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

Ertinya tiap-tiap orang yang sebelum pada tarikh perkhidmatan operasi Jabatan Bekalan Air Terengganu disyarikatkan ialah pegawai yang dikategorikan dalam Kumpulan Sokongan ( Kategori V – XI ) di bawah Sistem Saraan Baru dan Kumpulan ‘D’ di bawah Jawatankuasa Kabinet.

' Pekeliling/Surat Pekeliling '

Ertinya Pekeliling/Surat Pekeliling Induk dan Pindaan-Pindaannya.

' Tempoh Perkhidmatan '

Ertinya tempoh perkhidmatan dengan Jabatan adalah dikira dengan kiraan tahunan di mana setiap bulan disempurnakan dikira sebagai 1/12 dalam setahun. Tempoh perkhidmatan selama 15 hari dikira sebagai sebulan. Tempoh perkhidmatannya yang kurang dari 15 hari dalam sebulan tidak akan diambilkira.

' Syarikat '

Ertinya Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.

PENGENALAN

Semua pegawai di Jabatan Bekalan Air Terengganu yang berkhidmat sepenuh masa dengan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. yang memilih Skim B adalah tertakluk kepada Syarat-Syarat dan Terma Perkhidmatan yang terkandung dalam dokumen ini.

4

Page 6: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

1.1. PELANTIKAN

1.1.1.Semua Pegawai JBAT yang memilih untuk memasuki perkhidmatan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd di bawah Skim B mestilah anggota JBAT yang dilantik secara tetap dan sementara.

1.1.2.Semua calon-calon untuk lantikan ke dalam perkhidmatan Syarikat mestilah warganegara Malaysia.

5

Page 7: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

1.1.3.Calon-calon bukan warganegara yang diperlukan oleh sebab ketiadaan calon-calon warganegara yang berkelayakan dalam tugas-tugas tertentu hanya boleh dilantik secara kontrak.

1.1.4.Syarikat akan melantik mana-mana calon yang mempunyai kelayakan sepertimana yang ditetapkan dari masa ke semasa dan memenuhi syarat-syarat berikut :-

1.1.4.1. Lulus ujian kelayakan jika berkenaan dan temuduga yang dijalankan oleh Syarikat;

1.1.4.2. Lulus sepenuhnya pemeriksaan kesihatan oleh doktor Panel Syarikat; dan

1.1.4.3. Pengesahan bertulis, menerima dan bersetuju serta mematuhi Syarat-Syarat dan Terma Perkhidmatan Syarikat.

1.1.5.Pegawai JBAT adalah dikecualikan daripada syarat-syarat 1.1.4.1. dan 1.1.4.2. tersebut di atas dan akan dilantik secara tetap ke jawatan yang bersesuaian dalam perkhidmatan syarikat.

1.2. TARIKH LANTIKAN

1.2.1.Tarikh lantikan ke dalam perkhidmatan Syarikat bagi semua anggota Jabatan Bekalan Air Terengganu yang layak ialah pada tarikh kuatkuasa pengkorporatan. Perkhidmatan semua pegawai bermula daripada tarikh tersebut adalah satu perkhidmatan baru dan hendaklah dianggap BUKAN sambungan daripada perkhidmatan Kerajaan sebelum ini. Tarikh ini juga akan digunakan sebagai tarikh mula perkhidmatan, persaraan dan sebagainya dengan Syarikat.

1.3. TEMPOH PERCUBAAN

1.3.1.Semua calon yang dilantik buat pertama kalinya ke dalam perkhidmatan dikehendaki menjalani tempoh percubaan tidak melebihi dua belas (12) bulan mulai dari tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas.

1.3.2.Syarikat boleh melanjutkan tempoh percubaan seseorang pegawai selama tiga (3) bulan tetapi tempoh yang dilanjutkan tidak melebihi enam (6) bulan. Dalam

6

Page 8: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

hal ini, Syarikat akan memberitahu pegawai yang berkenaan akan lanjutan tempoh percubaannya dengan cara bertulis.

1.3.3.Hanya pegawai yang telah menamatkan tempoh percubaan dengan memuaskan akan disahkan dalam jawatannya oleh Syarikat.

1.3.4.Pegawai JBAT yang telah disahkan di dalam jawatan terdahulu adalah dikecualikan dari syarat 1.3.1., 1.3.2. dan 1.3.3. tersebut di atas.

1.3.5.Pegawai JBAT yang belum disahkan dalam jawatan pada tarikh perkhidmatan operasi JBAT disyarikatkan boleh dipertimbangkan bagi disahkan dalam jawatan dalam tempoh asal semasa dalam JBAT atau mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Syarikat mengikut yang mana terdahulu.

1.4. KENAIKAN PANGKAT

1.4.1.Kenaikan pangkat akan diuruskan apabila diperlukan.

1.4.2.Kenaikan pangkat mengambilkira prestasi kerja, kelakuan, sikap, pengalaman dan kelulusan yang bersesuaian bagi jawatan yang berkenaan.

FASAL 2 GRED DAN TANGGAGAJI

2.1. KUMPULAN PERKHIDMATAN DAN SKIM GAJI

2.1.1.Kumpulan perkhidmatan anggota Syarikat telah dibahagikan kepada dua ( 2 ) kumpulan iaitu Kumpulan Eksekutif (E) dan Bukan Eksekutif (NE).

2.1.2.Kumpulan Eksekutif mempunyai 5 gred jawatan di bawah Jawatan Pengarah Urusan. Gred-gred jawatan dan Skim Gaji adalah seperti di Jadual I.

JADUAL I

GRED NAMA JAWATAN SKIM GAJI

E1 Pengarah Urusan -

E2 Pengurus Kanan/Pengurus Daerah KananRM6,000 - RM9,500

7

Page 9: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

E3 Pengurus/Pengurus Daerah RM4,000 - RM7,700

E4 Pen. Pengurus I RM3,000 - RM5,000

E5 Pen. Pengurus II RM1,690 - RM3,700

E6 Eksekutif ( Pembantu Pengurus ) RM1,268 - RM2,900

2.1.3.Kumpulan Bukan Eksekutif mempunyai 5 Gred Jawatan dan gred jawatan 1 hingga 3 didapati 2 tanggagaji iaitu Gred Biasa dan Gred Kanan.Gred-gred Jawatan dan Skim Gaji adalah seperti di

Jadual II

JADUAL II

GRED NAMA JAWATAN SKIM GAJI

Gred NE1

KANAN Sila lihat Lampiran A RM 1730 - RM 2714BIASA RM 874 - RM 2240

GRED NE2

KANAN Sila lihat Lampiran A RM 1717 - RM 2692BIASA RM 855 - RM 2100

GRED NE3

KANAN Sila lihat Lampiran A RM 1200 - RM 1806BIASA RM 702 - RM 1592

GRED NE4 Sila lihat Lampiran A RM 659 - RM 1390

GRED NE5 Sila lihat Lampiran A RM 658 - RM 1135

8

Page 10: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

2.1.4.Walau bagaimanapun tanggagaji untuk semua pegawai adalah tertakluk kepada semakan Lembaga Pengarah Syarikat dari masa ke semasa.

2.2. PENETAPAN GAJI MASUK

2.2.1.Seseorang calon yang dilantik buat pertama kalinya oleh Syarikat akan dibayar gaji minimum dalam tanggagaji Gred yang dimasukinya. Walau bagaimanapun bila melantik seseorang calon, Syarikat atas budibicaranya berhak meletakkan ke mana-mana matagaji dalam tanggagaji grednya.

2.3. FORMULA PEMINDAHAN GAJI

2.3.1.Bagi pegawai JBAT yang memilih untuk berkhidmat dengan Syarikat di bawah syarat-syarat dan terma perkhidmatan ini, gaji pokok di gred gaji baru adalah ditetapkan mengikut formula perkiraan berikut :

[GAJI POKOK + IMBUHAN TETAP] X ANGKALI + 1 KENAIKAN

di mana IMBUHAN TETAP- Imbuhan Tetap Khidmat Awam;

- Imbuhan Tetap Keraian;- Imbuhan Tetap

Perumahan;- Imbuhan Tetap Jawatan

Utama

yang dibayar oleh JBAT

di mana ANGKALI - 1.175 ( 17.5% )

2.3.2.Gaji pokok dalam formula dalam pemindahan gaji di Fasal 2.3.1 bermakna gaji pokok akhir.

2.3.3.Bagi pegawai yang telah berada di matagaji maksima, gaji pokok mengikut formula di atas ialah gaji pokok + perbezaan matagaji maksima dengan matagaji sebelumnya (kedua akhir).

9

Page 11: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

2.4. PEMBAYARAN GAJI

2.4.1.Untuk tujuan keselamatan dan kemudahan pekerja, gaji dan elaun-elaun terpilih akan dibayar dengan cek atau melalui bank-bank atau syarikat kewangan berdaftar syarikat. Walau bagaimanapun ini tidak akan menyekat Syarikat membayar gaji dan elaun-elaun pekerja secara tunai.

2.5. KENAIKAN GAJI TAHUNAN

2.5.1.Kenaikan gaji tahunan akan ditentukan berdasarkan kepada prestasi pegawai dan pencapaian prestasi Syarikat keseluruhannya, Syarikat boleh menahan kenaikan gaji mana-mana pegawai atas sebab tingkahlaku yang buruk atau prestasi kerja tidak memuaskan.

2.5.2.Tarikh kenaikan gaji tahunan akan ditentukan oleh Syarikat berdasarkan tarikh lantikan. Bagi pegawai Jabatan Bekalan Air Terengganu yang memilih masuk Syarikat dengan Skim B, tarikh kenaikan gaji mereka kekal.

FASAL 3 PENAMATAN PERKHIDMATAN

3.1. PEGAWAI DALAM PERCUBAAN

3.1.1.Pihak Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai dalam percubaan dengan memberi notis satu (1) bulan secara bertulis atau membayar satu (1) bulan gaji. Dalam hal yang sama, seseorang pegawai yang hendak meletakkan jawatannya hendaklah terlebih dahulu memberi notis berhenti kerja satu (1) bulan atau membayar sebulan gaji sebagai ganti notis.

3.2. PEGAWAI YANG TELAH DISAHKAN DALAM JAWATAN

3.2.1.Pihak Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai yang disahkan dalam jawatan dengan memberi notis tiga (3) bulan secara bertulis atau membayar tiga (3) bulan gaji. Dalam hal yang sama seseorang pegawai yang hendak meletakkan jawatannya hendaklah terlebih dahulu memberi notis berhenti kerja tiga (3) bulan atau membayar tiga (3)

10

Page 12: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

bulan gaji sebagai ganti notis. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu serta kebenaran pihak Syarikat boleh membenarkan tempoh notis berhenti kerja yang dinyatakan di atas dipendekkan.

3.3. PEMBUANGAN KERJA

3.3.1.Pihak Syarikat boleh membuang kerja tanpa sebarang notis atau bayar ganti notis di mana seseorang pegawai telah melanggar kaedah-kaedah am kelakuan dan tatatertib Syarikat seperti di dalam Fasal 6.

FASAL 4 WAKTU BEKERJA

4.1. WAKTU BEKERJA PEJABAT

4.1.1.Waktu bekerja biasa bagi pegawai Syarikat, kecuali yang bekerja giliran, adalah seperti berikut :-

Minggu Pertama

Sabtu Hari Rehat Sabtu

Ahad – Khamis 0800 – 1615

Jumaat Hari Rehat Mingguan

Minggu Seterusnya

Sabtu – Rabu 0800 – 1615

Khamis 0800 – 1238

Jumaat Hari Rehat Mingguan

4.1.2.Waktu rehat tengah hari adalah seperti berikut :-

Sabtu hingga Rabu - 12.45 tengahari

hingga 2.00 petangdan Khamis (minggu pertama)

11

Page 13: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

4.1.3.Waktu bekerja giliran sepertimana di JBAT akan dikekalkan oleh Syarikat.

4.1.4.Walau apapun peraturan di atas, Syarikat berhak menukar waktu bekerja sesuai dengan keperluan operasi mengikut yang dibolehkah di bawah Akta Kerja 1955.

FASAL 5 CUTI

5.1. HARI REHAT MINGGUAN

5.1.1.Adalah diuruskan mengikut peruntukan Akta Kerja 1955.

5.2. CUTI UMUM

5.2.1.Semua pegawai akan diberi cuti bergaji pada semua cuti am yang diwartakan oleh Kerajaan.

5.2.2.Apabila hari cuti am itu jatuh pada hari rehat mingguan seseorang pegawai itu, maka hari itu digantikan dengan hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu pula sedia menjadi hari cuti am atau hari rehat mingguan, maka hari berikutnya dijadikan hari cuti am.

5.2.3.Sekiranya sesuatu hari cuti am itu jatuh pada hari seseorang pegawai itu sedang dalam cuti tahunan, pegawai berkenaan akan menerima satu hari cuti tambahan bagi setiap hari cuti am dan akan dikira sebagai tambahan kepada cuti tahunannya.

5.3. CUTI TAHUNAN

5.3.1.Pegawai yang berkhidmat kurang dari satu (1) tahun akan diberi cuti tahunan mengikut bahagian tempoh perkhidmatannya yang telah selesai pada tahun itu dan dikira seperti berikut :-

KADAR CUTI = 1/12 X KELAYAKAN CUTI X JUMLAH BULAN

TAHUNAN PERKHIDMATAN

Jika sekiranya terdapat pecahan cuti yang lebih daripada setengah hari, hendaklah dikira sebagai satu (1) hari.

12

Page 14: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

5.3.2.Kadar cuti tahunan yang layak bagi seseorang pegawai adalah seperti berikut:-

GRED/KATEGORI

KURANG DARI 10 TAHUNPERKHIDMAT

AN

LEBIH DARI 10 TAHUNPERKHIDMAT

AN

Eksekutif (E1-E5)

27 hari 32 hari

Eksekutif (E6) 22 hari 27 hariBukan Eksekutif

17 hari 22 hari

5.3.3.Pegawai tidak dibenarkan mengumpul cuti tahunannya

kecuali atas sebab-sebab tertentu dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

5.3.4.Syarikat berhak memanggil balik pegawai yang bercuti atau membatalkan cuti yang telah diluluskan pada bila-bila masa jika tugas pegawai berkenaan diperlukan.

5.3.5.Pihak Syarikat boleh meminta pegawai mengemukakan tarikh yang dicadangkan untuk mengambil cuti tahunannya dan Syarikat boleh menjadual semula kerja pegawai yang bercuti.

5.3.6.Seseorang pegawai dikehendaki memohon cuti tahunannya dengan terlebih dahulu daripada pihak Syarikat, sebelum bercuti kecuali cuti kecemasan.

5.4. CUTI BERSALIN

5.4.1.Semua pegawai wanita akan diberi cuti bersalin dengan gaji penuh selama 60 hari berturut-turut. Cuti bersalin hanya akan diberi selepas minggu yang ke 28 mengandung. Tidak kira bila tarikh persalinan, hanya

13

Page 15: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

60 hari cuti berturut-turut dengan gaji penuh dibenarkan bagi satu kandungan. Sebarang tempoh ketidakhadiran yang melebihi 60 hari tersebut akan dianggap sebagai cuti tanpa gaji.

5.4.2.Pegawai wanita akan diberi cuti bersalin sehingga 5 kelahiran anak kandungan yang hidup (5 kelahiran anak kandung yang hidup termasuk kelahiran sebelum memasuki Syarikat).

5.4.3.Tidak hadir kerja kerana keguguran sebelum minggu kedua puluh lapan (28) tidak akan dianggap sebagai cuti bersalin, tetapi dikira sebagai cuti sakit biasa.

5.4.4.Sebarang cuti bersalin selepas jumlah yang tersebut di atas akan ditolak dari cuti tahunan dan sekiranya tiada cuti tahunan, baki cuti bersalin tersebut akan dikira sebagai cuti tanpa gaji.

5.5. CUTI ISTERI BERSALIN

5.5.1.Pegawai lelaki boleh diberi cuti isteri bersalin sebanyak 3 hari semasa isteri melahirkan anak.

5.5.2.Cuti isteri bersalin bergaji penuh adalah diberi tertakluk kepada maksimum lima (5) orang anak kandung yang hidup termasuk kelahiran sebelum masuk Syarikat.

5.6. CUTI SAKIT

5.6.1.Cuti sakit bergaji penuh hanya boleh diberi dengan perakuan Panel Doktor Syarikat. Dalam hal-hal kecemasan bila masa seseorang pegawai tidak dapat diperiksa oleh Doktor Panel Syarikat atau Pihak Berkuasa Hospital, satu sijil perakuan daripada doktor perubatan yang berdaftar boleh diterima.

5.6.2.Seseorang pegawai akan ditamatkan perkhidmatannya atas sebab kesihatan, dengan syarat Syarikat meminta nasihat Doktor Panel Syarikat sebelum berbuat demikian.

5.6.3.Cuti sakit tidak akan diberi kepada pegawai yang menjadikannya sakit dengan kecederaan dan kesakitan atau penyakit yang dialami akibat penyertaan pegawai dalam aktiviti haram atau aktiviti merbahaya.

14

Page 16: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

5.7. CUTI TANPA GAJI

5.7.1.Syarikat atas budi bicara boleh membenarkan seseorang pegawai bercuti tanpa gaji.Semua permohonan untuk Cuti Tanpa Gaji hendaklah dikemukakan kepada pihak pengurusan dan pegawai hanya layak bercuti setelah mendapat kelulusan bertulis.

5.8. CUTI TANPA REKOD

5.8.1.Cuti tanpa rekod boleh diberi atas budibicara Syarikat atas sebab-sebab berikut:-

5.8.1.1. mewakili Syarikat, Negeri atau Negara dalam acara sukan;

5.8.1.2. hari peperiksaan bagi kursus yang diluluskan oleh Syarikat;

5.8.1.3. latihan untuk Pasukan Simpanan Askar Wataniah dan Tentera Kor Jurutera 60 Rejimen;

5.8.1.4. menghadiri mesyuarat Persatuan/Kesatuan yang diluluskan oleh Syarikat;

5.8.1.5. mewakili Syarikat dalam aktiviti-aktiviti belia dan kebudayaan.

5.8.2.Seseorang pegawai yang terlibat dengan panggilan mahkamah untuk hadir dalam perbicaraan sebagai saksi bagi pihak syarikat atau Kerajaan adalah layak diberi cuti tanpa rekod bergaji penuh seperti yang dikehendaki dalam ' waran sapena '. Tempoh sebenar ialah mengikut bilangan hari yang beliau perlu hadir di mahkamah. Tarikh perjalanan pergi dan balik untuk tujuan ini juga diambilkira.

5.9. CUTI BELAJAR

5.9.1.Lembaga Pengarah Syarikat atas budibicara mutlaknya, boleh membenarkan seseorang pegawai mengambil cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji bagi suatu tempoh masa atas syarat-syarat yang akan ditentukan olehnya.

15

Page 17: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

5.9.2.Pegawai yang hendak mengambil cuti belajar boleh dikehendaki mengikat perjanjian dengan syarikat menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat dari masa ke semasa.

5.10. CUTI HAJI

5.10.1. Seseorang pegawai Syarikat yang beragama Islam boleh diberi kelulusan Cuti Haji dengan bergaji penuh untuk menunaikan fardu haji di Mekah sebanyak empat puluh (40) hari termasuk cuti mingguan dan hari kelepasan am. Cuti Haji ini diberi hanya sekali sahaja sepanjang perkhidmatannya dengan JBAT dan Syarikat dan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa. Sekiranya atas apa-apa alasan sekalipun, lanjutan cuti melebihi 40 hari diperlukan, seseorang pegawai bolehlah memohon untuk menggunakan cuti tahunannya ataupun cuti tanpa gaji.

5.11. CUTI IKHSAN

5.11.1. Cuti ikhsan adalah cuti yang diberikan atas sebab-sebab malapetaka semulajadi seperti banjir, ribut, kebakaran dan gempa bumi dan kematian yang menimpa ahli keluarga yang rapat seperti suami/isteri, anak-anak termasuk anak angkat dan anak tiri, ibu/bapa, mertua dan adik-beradiknya. Dokumen sokongan diperlukan bagi tujuan kelulusan di atas.

5.11.2. Seseorang pegawai boleh diberi cuti ikhsan bergaji penuh untuk jumlah maksimum tiga (3) hari bekerja dalam setahun.

5.11.3. Cuti ini tidak boleh dikumpul dan hanya diberi setelah cuti tahunan telah kehabisan.

FASAL 6 TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB

6.1. TATATERTIB

6.1.1.Semua pegawai Syarikat adalah tertakluk kepada peraturan dan prosedur tatatertib Syarikat.

16

Page 18: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

6.1.2.Bagi pegawai-pegawai Keselamatan yang telah ditauliahkan dengan Kuasa Polis Bantuan, mereka juga adalah tertakluk kepada Akta Polis 1967.

6.2. TATAKELAKUAN

6.2.1.Seseorang pegawai Syarikat boleh diambil tindakan tatatertib sekiranya didapati melakukan perkara-perkara berikut :-

6.2.1.1. Membelakangkan kewajipannya pada Syarikat ke arah kepentingan persendiriannya;

6.2.1.2. Berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan kewajipannya dengan Syarikat;

6.2.1.3. Berkelakuan dengan cara yang menjatuhkan reputasi atau kepercayaan terhadap Syarikat;

6.2.1.4. Kurang cekap atau kurang berusaha;

6.2.1.5. Tidak jujur atau tidak amanah;

6.2.1.6. Tidak bertanggungjawab;

6.2.1.7. Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah;

6.2.1.8. Cuai dalam melaksanakan tugasnya.

6.3. PENERBITAN BUKU

6.3.1.Pegawai Syarikat tidak boleh menerbit atau menulis apa-apa buku, majalah atau lain-lain karya yang berdasarkan maklumat rasmi terperingkat Syarikat melainkan dengan kebenaran bertulis Syarikat.

6.4. PERNYATAAN AWAM

6.4.1.Pegawai Syarikat tidak boleh sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain membuat apa-apa pernyataan awam mengenai dasar atau

17

Page 19: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

keputusan Syarikat melainkan dengan kebenaran bertulis Syarikat.

6.5. RAHSIA

6.5.1.Seseorang pegawai Syarikat hendaklah merahsiakan segala transaksi, akaun, maklumat atau mana-mana aktiviti mengenai Syarikat dan pelanggannya atau mana-mana orang atau Syarikat, firma atau organisasi yang ada hubungan dengan pihak Syarikat.

6.5.2.Seseorang pegawai Syarikat hendaklah sepanjang perkhidmatannya dengan Syarikat dan selepasnya menyimpan segala maklumat mengenai semua aktiviti Syarikat dan boleh didakwa sekiranya didapati melanggar peraturan di dalam Fasal ini.

6.5.3.Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas seseorang pegawai Syarikat yang didapati telah membocorkan apa-apa rahsia, maklumat transaksi, akaun atau mana-mana aktiviti mengenai Syarikat kepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya.

6.6. PEKERJAAN LUAR

6.6.1.Seseorang pegawai syarikat tidak dibenarkan mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa pengurusan atau perjalanan mana-mana institusi, syarikat, firma, koperasi, politik, orang perseorangan atau persendirian bagi tujuan untuk mendapat upah atau komisyen atau memberi apa-apa laporan atau keterangan dengan percuma atau diberi upah atau komisyen kecuali setakat mana kakitangan itu dikehendaki dalam menjalankan tugasnya atau diberi kuasa dengan nyata dan bertulis untuk berbuat demikian oleh syarikat.

6.6.2.Seseorang pegawai yang ada kepentingan dalam mana-mana syarikat, firma atau perniagaan, sama ada secara langsung atau tidak langsung hendaklah melaporkan kepada syarikat akan kepentingannya itu.

6.6.3.Sebarang kebenaran yang telah diberikan boleh ditarikbalik oleh syarikat pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa alasan.

6.7. DADAH

18

Page 20: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

6.7.1.Seseorang pegawai Syarikat tidak boleh menggunakan atau mengambil (kecuali bagi maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971) atau menyalahgunakan atau menagih dadah merbahaya.

6.7.2.Bagi maksud peraturan ini, ' dadah berbahaya ' ertinya apa-apa dadah atau bahan yang dinyatakan dalam jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.

6.8. TUGAS PENGAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB

6.8.1.Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai Syarikat untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dalam tiap-tiap hal pelanggaran mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

6.8.2.Seseorang pegawai Syarikat yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melakukan perlanggaran tatatertib, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

6.8.3.Urusan dan proses tindakan tatatertib hendaklah diuruskan mengikut prosedur dan undang-undang yang terpakai di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

6.8.4.Walau apapun dinyatakan di atas, peluang untuk didengar dan membela diri hendaklah diberi kepada pegawai berkenaan sebelum hukuman diputuskan.

FASAL 7 KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA DAN PERKESO

7.1. CARUMAN KWSP

19

Page 21: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

7.1.1.Pihak Syarikat dan begitu juga pihak pegawai akan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sekurang-kurangnya menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

7.2. CARUMAN PERKESO

7.2.1.Pihak Syarikat dan begitu juga pihak pegawai akan mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja sekurang-kurangnya menurut kadar yang ditetapkan oleh Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

FASAL 8 FAEDAH PERSARAAN

8.1. UMUR PERSARAAN

8.1.1 Umur persaraan adalah seperti berikut :-

8.1.1.1. Umur persaraan wajib :* Lelaki - 55 tahun* Wanita - 55 tahun

8.1.1.2. Umur persaraan pilihan :* Lelaki - 50 tahun* Wanita - 45 tahun

8.2. PERSARAAN WAJIB

8.2.1.Seseorang pegawai yang bersara apabila mencapai umur 55 tahun adalah layak dibayar faedah persaraan seperti berikut :-

‘ F ‘ X GAJI POKOK BULANAN X TEMPOH PERKHIDMATAN

AKHIR DENGAN SYARIKAT (TAHUN)

8.3. PERSARAAN PILIHAN

8.3.1.Seseorang pegawai yang diperakukan oleh Syarikat bersara apabila mencapai umur 50 tahun bagi lelaki dan 45 tahun bagi wanita adalah layak dibayar faedah persaraan seperti berikut :-

20

Page 22: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

‘ F ‘ X GAJI POKOK BULANAN X TEMPOH PERKHIDMATAN

AKHIR DENGAN SYARIKAT (TAHUN)

8.3.2.Faktor ' F ' adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan dengan Syarikat, seperti berikut :-

Tempoh PerkhidmatanDengan Syarikat ‘ F ‘

0 - 5 tahun 0.505 - 10 tahun 0.7510 tahun ke atas 1.00

8.4. FAEDAH KEMATIAN / FAEDAH HILANG UPAYA

8.4.1. Jika seseorang pegawai meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan sebelum mencapai umur persaraan wajib, faedah kematian akan dibayar kepada waris mengikut perkiraan berikut :-

2 X GAJI POKOK BULANAN X TEMPOH PERKHIDMATAN

AKHIR DENGAN SYARIKAT(TAHUN)

8.5. FAEDAH PENAMATAN PERKHIDMATAN ( RETRENCHMENT BENEFITS )

8.5.1.Seseorang pegawai tetap Syarikat yang telah disahkan dalam jawatan, yang ditamatkan perkhidmatannya dengan Syarikat sebelum mencapai umur persaraan wajib, persaraan pilihan, kematian atau hilang upaya akan dibayar jumlah Faedah Penamatan Perkhidmatan seperti berikut :-

1.5 X GAJI POKOK BULANAN X TEMPOH PERKHIDMATAN

21

Page 23: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

AKHIR DENGAN SYARIKAT (TAHUN)

8.6. HAK KE ATAS FAEDAH PERSARAAN

8.6.1.Semua faedah yang patut diberi kepada seseorang pegawai tidak akan diberi jika perkhidmatan pegawai tersebut ditamatkan atas sebab-sebab tatatertib ataupun pegawai tersebut meletakkan jawatan bagi tujuan mengelakkan daripada tindakan tatatertib.

FASAL 9 FAEDAH PERUBATAN

9.1. FAEDAH PERUBATAN

9.1.1.Pegawai Syarikat layak mendapat kemudahan rawatan perubatan percuma di Doktor Panel yang ditetapkan oleh Syarikat.

9.1.2.Syarikat atas budibicaranya boleh meluluskan rawatan atau pembedahan dibuat di mana-mana hospital Kerajaan/swasta di Malaysia atau luar negeri jika pada pendapat Doktor Panel Syarikat atau Doktor Kerajaan, rawatan atau pembedahan diperlukan. Keutamaan akan diberikan kepada rawatan pakar/pembedahan di Hospital Kerajaan.

9.1.3.Faedah perubatan dalam Fasal ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-

9.1.3.1. Syarikat atas perakuan Doktor Panel atau Pegawai Perubatan Kerajaan boleh menimbangkan apa-apa bantuan yang berpatutan untuk membiayai pembelian alat pemulihan anggota bagi pegawainya yang memerlukan peralatan tersebut.

9.1.3.2. Syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan yang bersangkutan dengan kecederaan, kesakitan atau penyakit yang dialami akibat penyertaan pegawai dalam aktiviti haram atau merbahaya.

22

Page 24: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

9.1.3.3. Bayaran-bayaran rawatan hospital yang diluluskan oleh Syarikat kerana bersalin akan ditanggung oleh Syarikat sehingga untuk maksimum lima (5) kali bersalin dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai perempuan.

9.1.3.4. Dengan persetujuan Syarikat, seseorang pegawai bolehlah memilih mana-mana hospital atau klinik swasta dengan syarat ia membuat jaminan bertulis yang ia akan menjelaskan semua perbelanjaan rawatan yang diperolehi daripada hospital atau klinik swasta yang dipilih sendiri dan pegawai boleh menuntut kepada Syarikat perbezaan, sekiranya ada, antara bayaran yang dikenakan oleh hospital atau klinik swasta dengan bayaran yang dikenakan oleh hospital atau klinik Kerajaan.

9.2. Sehingga dikaji semula kelayakan kelas wad adalah sepertimana dalam Lampiran B.

9.3. Syarikat tidak akan membayar kos-kos berikut :-

9.3.1. Bayaran rawatan pergigian dan cermin mata;

9.3.2. Sebarang perbelanjaan yang bersangkutan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan kakitangan dalam aktiviti haram atau merbahaya.

9.3.3. Perawatan yang diberikan oleh akupunktur,

homeopati dan rawatan tradisional.

9.3.4.Percubaan membunuh diri.

9.3.5.Kelakuan yang melanggar udang-undang.

9.3.6.Mendedahkan kepada bahaya yang tidak bersebab ( melainkan dalam percubaan menyelamatkan nyawa manusia ).

9.3.7.Mencetuskan pergaduhan.

9.3.8.Menyalahgunakan dadah.

9.3.9.Kecacatan kandungan.

9.3.10. Menggugurkan kandungan secara haram.

23

Page 25: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

9.3.11. Mengambil alkohol berlebihan.

9.3.12. Menggugat keamanan atau berkelakuan buruk.

9.3.13. Pembedahan kulit untuk tujuan kecantikan.

9.3.14. Rawatan perubatan berkaitan dengan perbuatan yang tidak bermoral ataupun perbuatan maksiat yang menyebabkan penyakit kelamin, penyalahgunaan dadah dan lain-lain.

FASAL 10 ELAUN SEMASA BERTUGAS DI LUAR PEJABAT

10.1. Seseorang pegawai yang dikehendaki menjalankan tugas rasmi di luar ibu pejabatnya semasa menjalankan tugas-tugas rasmi akan berkelayakan menuntut elaun-elaun berikut apabila syarat-syarat pemberian elaun-elaun itu dipenuhi.

10.2. BAYARAN ELAUN, SEWA HOTEL, ELAUN LOJING DAN ELAUN MAKAN

10.2.1. Sehingga dikaji semula, semua pegawai yang diarah menjalankan tugas rasmi Syarikat di luar kawasan ibu pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai dari waktu bertolak adalah layak menuntut elaun makan dan penginapan mengikut kadar Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992.

10.2.1. Bagi hotel-hotel yang dikenalpastikan oleh Syarikat untuk pegawai yang mana bayaran penginapan melebihi kadar yang ditetapkan, seseorang pegawai layak menuntut elaun penginapan berdasarkan resit sebenar yang telah diluluskan oleh Syarikat.

10.2.2. Tugas rasmi bagi tempoh melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam termasuk waktu dalam perjalanan adalah layak menuntut elaun harian, separuh (1/2) dari kadar elaun makan di Fasal 10.2.1 di atas.

10.3. ELAUN PERJALANAN HITUNGAN KILOMETER

10.3.1. Seseorang pegawai yang diberi kebenaran oleh Syarikat menggunakan kenderaannya sendiri bagi

24

Page 26: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

menjalankan tugas Syarikat layak menuntut elaun perjalanan hitungan kilometer mengikut kadar-kadar berikut :-

Kereta : RM0.40 per km

Motosikal : RM0.15 per km

10.4. PERJALANAN UDARA

10.4.1. Pihak Syarikat boleh membenarkan pegawai menggunakan perkhidmatan kapalterbang untuk menjalankan tugas.

Gred Kelayakan

Eksekutif( Gred E1 & E2 ) Kelas Business

Pegawai -Pegawai Lain Kelas EkonomiKumpulan Eksekutif

10.5. PENGANGKUTAN AWAM

10.5.1. Seseorang pegawai yang menggunakan kenderaan-kenderaan lain atas urusan rasmi Syarikat akan dibayar balik perbelanjaan ataupun tambang sebenar yang telah dibelanjakan, tetapi perbelanjaan atau bayaran sedemikian adalah terhad kepada kadar sebenar yang munasabah yang telah dibelanjakan.

10.5.2. Syarikat akan membayar balik apa-apa bayaran meletak kenderaan dan bayaran tol yang telah dibayar oleh pegawai yang terlibat dengan disokong dengan resit atau tuntutan yang disahkan.

10.6. BELANJA PELBAGAI

25

Page 27: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

10.6.1. Seseorang pegawai yang bertugas di luar pejabatnya layak menuntut belanja pelbagai mengikut peraturan yang sedia ada di JBAT seperti berikut :-

10.6.1.1.Tambang pengangkutan Awam;

10.6.1.2.Bayaran telefax, telefon, telegram dan bayaran pos atas urusan rasmi;

10.6.1.3.Belanja dobi yang disokong dengan resit;

10.6.1.4.Bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit;

10.6.1.5.Bayaran ' excess baggage ' untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit; dan

10.6.1.6.Bayaran tempat letak kereta dan tol yang disokong dengan resit (jika ada).

FASAL 11 ELAUN SEMASA BERTUGAS DI LUAR NEGERI

11.1. ELAUN MAKAN

11.1.1. Seseorang pegawai yang diarah menjalankan tugas rasmi di luar negeri layak menuntut elaun makan bagi tiap-tiap 24 jam ia berada di luar negeri mulai dari jam ianya bertolak ke luar negeri sehingga jam pada tarikh ianya sampai kembali dalam negeri. Sehingga dikaji semula kadar kelayakan adalah mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992.

11.2. BAYARAN SEWA HOTEL ATAU LOJING

11.2.1. Seseorang pegawai layak menuntut bayaran sewa bilik hotel atau lojing. Sehingga dikaji semula kadar kelayakan adalah mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1992.

11.3. BELANJA PELBAGAI

11.3.1. Seseorang pegawai boleh menuntut perbelanjaan yang dibuat atas urusan rasmi di luar negeri mengikut

26

Page 28: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

kadar kelayakan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa seperti berikut :-

11.3.1.1.Tambang pengangkutan awam;

11.3.1.2.Bayaran telefon, telegram, pos dan telefax;

11.3.1.3.Belanja dobi yang disokong dengan resit;

11.3.1.4.Lima belas peratus (15%) dari Elaun Makan bagi maksud ' tips ';

11.3.1.5.Bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit;

11.3.1.6.Bayaran ' excess baggage ' yang disokong dengan resit.

FASAL 12 ELAUN-ELAUN LAIN

12.1. ELAUN TANGGUNGAN KERJA

12.1.1. Seseorang pegawai layak dibayar elaun ini apabila diarah menjalankan kerja satu jawatan yang lain di dalam skim yang sama/berlainan di samping menjalankan tugas-tugasnya sendiri selama tidak kurang dari dua puluh lapan (28) hari berturut-turut.

12.2. ELAUN KRITIKAL

12.2.1. Pegawai yang layak menerima elaun ini akan terus menerimanya sehingga dikaji semula oleh Syarikat.

12.3. ELAUN PERPINDAHAN

12.3.1. Pegawai-pegawai yang berpindah ke rumah yang dimiliki melalui Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan atau Syarikat adalah layak dibayar elaun ini mengikut kadar Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.

27

Page 29: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

12.4. RUMAH KEDIAMAN ( QUARTERS ) JBAT

12.4.1. Pegawai-pegawai yang sedang menduduki rumah-rumah Kerajaan akan dibenarkan terus mendiami rumah-rumah tersebut selama dua (2) tahun lagi atas kadar-kadar sewaan dan syarat-syarat yang sama seperti sekarang. Selepas tempoh itu, Syarikat akan berunding dengan pihak Kerajaan sama ada untuk membenarkan mereka terus menduduki rumah-rumah tersebut dengan kadar yang akan dikenakan oleh Kerajaan atau sebaliknya.

12.5. ELAUN-ELAUN LAIN DALAM PERKHIDMATAN

12.5.1. Elaun-elaun dan kemudahan-kemudahan serta syarat-syarat yang terpakai baginya seperti yang terdapat di JBAT akan terus dipakai dan dengan itu menjadi sebahagian dari Syarat-Syarat dan Terma Perkhidmatan ' SKIM B ' ini. Satu Pekeliling berasingan mengenai hal-hal elaun, bayaran dan kemudahan akan dikeluarkan oleh Syarikat dari masa ke semasa.

12.6. ELAUN DAN BAYARAN PERTUKARAN

12.6.1. Seseorang pegawai yang diarah bertukar oleh Kuasa Tertentu dalam Syarikat akan dibayar Elaun Pertukaran mengikut kadar-kadar dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/95.

FASAL 13 FAEDAH DAN KEMUDAHAN

13.1. PINJAMAN UNTUK MEMBELI KOMPUTER PERSENDIRIAN

13.1.1. Pegawai yang tidak mempunyai apa-apa baki pinjaman kategori ini apabila dan selepas memasuki Syarikat boleh memohon pinjaman tidak melebihi RM5,000.00 untuk membeli komputer persendirian mengikut kemampuan Syarikat. Pinjaman ini tidak akan dikenakan faedah dan bayaran tidak lebih dari 60 bulan.

28

Page 30: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

13.2. PINJAMAN KENDERAAN

13.2.1. Pengurusan Syarikat berhak atas budibicara mutlaknya meluluskan permohonan mana- mana pegawai untuk membeli kenderaan sendiri yang difikirkan perlu dalam menjalankan tugas rasmi Syarikat atas syarat dan kelayakan seperti yang terdapat dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1993.

13.2.2. Pinjaman kenderaan yang sedang dinikmati oleh pegawai Jabatan Bekalan Air Terengganu yang memasuki Syarikat akan diteruskan atas syarat-syarat yang sama.

13.3. PINJAMAN PERUMAHAN

13.3.1. Subsidi Faedah Untuk Pinjaman Perumahan

13.3.1.1.Pegawai Syarikat yang telah membuat pinjaman perumahan dengan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan yang diambil semasa di dalam perkhidmatan Kerajaan bolehlah meneruskan pinjamannya dengan syarat pinjaman terjamin sepenuhnya mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang berkuasa.

13.3.1.2.Permohonan yang telah didaftarkan sebelum pada tarikh pengambilalihan bagi maksud membuat pinjaman perumahan adalah bermakna pinjaman yang didaftarkan dengan Bahagian Pinjaman Perbendaharaan Malaysia atau mana-mana skim pinjaman perumahan yang diluluskan.

13.3.1.3.Potongan Pinjaman Perumahan akan dibuat oleh Syarikat bagi pihak Kerajaan.

13.3.2. Bagi pegawai syarikat yang belum mendapat kemudahan perumahan Kerajaan atau tidak layak menikmatinya, Syarikat boleh memberi kemudahan tersebut dengan budibicara mutlak Syarikat.

13.4. PAKAIAN SERAGAM, KELENGKAPAN DAN PERALATAN KESELAMATAN

13.4.1. Syarikat akan membekalkan pakaian seragam, kelengkapan dan peralatan keselamatan kepada

29

Page 31: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

pegawai-pegawai pada setiap tahun mengikut yang sedia ada di JBAT.

13.4.2. Pegawai yang diberikan pakaian seragam dan kelengkapan-kelengkapan lain dikehendaki memakainya semasa bertugas.

13.4.3. Semua keperluan pakaian seragam, kelengkapan dan peralatan keselamatan akan dikaji dari semasa ke semasa.

13.5. KEMUDAHAN MENGURUS JENAZAH

13.5.1. Kemudahan mengurus jenazah bagi pegawai yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akan diberi sebagai tanda penghargaan. Kadar tersebut akan ditetapkan oleh Syarikat.

13.6. YURAN IKTISAS

13.6.1. Pegawai dari kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menjadi ahli kepada badan-badan iktisas akan terus menikmati kemudahan di mana Syarikat akan membayar yuran tahunan berkenaan.

13.7. BANTUAN GUAMAN

13.7.1. Tertakluk kepada kelulusan oleh Lembaga Pengarah Syarikat, Pegawai yang menerima notis pembicaraan mahkamah atau tuntutan undang-undang terhadapnya berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dari tugas beliau akan diperuntukkan dengan perkhidmatan Bantuan Guaman oleh Syarikat.

13.8. SKIM PEMILIKAN SAHAM SYARIKAT

13.8.1. Pegawai Syarikat layak menyertai sesuatu skim pemilikan saham yang diperkenalkan oleh Syarikat mengikut kaedah, syarat-syarat kelayakan dan had-had yang ditetapkan kelak oleh Syarikat.

30

Page 32: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

13.9. POLISI INSURAN KEMALANGAN KUMPULAN

13.9.1. Syarikat akan melindungi pegawainya dengan insuran selama dua puluh empat (24) jam bersangkut dengan kematian atau kecacatan kekal yang berpunca dari mana-mana kemalangan.

13.9.2. Syarikat telah ditetap sebagai penerima faedah polisi insuran ini dan Syarikat akan memberikan faedah ini kepada waris Pegawai yang berkenaan.

FASAL 14 BONUS

14.1. BAYARAN BONUS

14.1.1. Bayaran bonus boleh dibuat atas budibicara Syarikat.

14.1.2. Sekiranya pihak Syarikat membayar bonus, pembayaran akan berdasarkan kepada prestasi Syarikat dan individu.

FASAL 15 PERATURAN RUNGUTAN PERSEORANGAN

15.1. Rungutan adalah ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang seseorang pegawai merasa tidak puashati di mana perkara itu ingin dibawa ke perhatian ketuanya ( immediate superior ) dan perkara tersebut kemudiannya tidak dapat diselesaikan secara yang dapat memuaskan pegawai tersebut.

15.2. Tatatcara rungutan adalah seperti berikut :-

Peringkat 1

15.2.1. Jika seseorang Pegawai tidak dapat memperolehi penyelesaian dalam tempoh tiga (3) hari daripada ketua di atasnya, maka bolehlah beliau membawa perkara itu

31

Page 33: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

kepada Ketua Jabatannya dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja. Pada peringkat ini, Pegawai tersebut boleh membawa seorang wakil Kesatuan/Persatuan jika beliau memerlukannya.

Peringkat 2

15.2.2 Sekiranya rungutan berkenaan masih tidak dapat diselesaikan di dalam tempoh tambahan tujuh (7) hari bekerja itu, Pegawai tersebut bolehlah mengemukakan secara bertulis sama ada terus, ataupun melalui Kesatuan/Persatuan, kepada pihak yang lebih tinggi daripada Ketua Jabatannya di dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.

Peringkat 3

15.2.3. Sekiranya di dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja itu, perkara di atas masih tidak dapat diselesaikan, Pegawai bolehlah melalui Ketua/Persatuan, membawa rungutan secara bertulis kepada Ketua Eksekutif di dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja. Setelah rungutan diterima, Ketua Eksekutif, akan mengadakan mesyuarat dengan Kesatuan/Persatuan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

Peringkat 4

15.2.4. Sekiranya rungutan ini masih tidak dapat diselesaikan melalui mesyuarat ini ataupun mesyuarat-mesyuarat tambahan yang diadakan, rungutan itu bolehlah diselesaikan mengikut peraturan-peraturan Akta Perhubungan Perusahaan, 1967.

15.3. Di setiap peringkat penyelesaian di mana tempoh tertentu ditetapkan, tempoh tersebut bolehlah dilanjutkan dengan persetujuan kedua-dua pihak.

15.4. Setiap rungutan yang tidak dikemukakan di dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh kejadian yang membawa kepada rungutan tersebut akan membuatkan rungutan tersebut tidak dapat dipertimbangkan lagi.

32

Page 34: PEMAKAIAN DAN SKOP · Web viewSYARAT-SYARAT DAN TERMA PERKHIDMATAN SKIM B KANDUNGAN MUKA SURAT PEMAKAIAN DAN SKOP 1 TAFSIRAN 1 PENGENALAN 3 FASAL 1 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

FASAL 16 SEMAKAN DAN PINDAAN KE ATAS TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN

16.1. Terma dan syarat perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari masa kesemasa dan apabila perlu oleh pihak-pihak berkenaan dalam Syarikat. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan atau pindaan yang dibuat hendaklah tidak kurang baik dari apa yang diperuntukan dalam Akta Pekerjaan 1995.

33