pemahaman komsas tingkatan 4

9
Soalan 2(b)- Petikan Cerpen Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah sudah kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga. Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh kerana air Ceper benar-benar tohor. Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah mengunung boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk-tunduk. Tapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu sahaja. Yang kuning pun Nampak saja besar biji-biji padinya, tapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung. Cerpen Ibu dan Ceper Shahnon Ahmad Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009 i. Nyatakan kesan kemarau pada Sungai Ceper. P1 Sawah menjadi kering P2 Semua telaga dan kubang sawah kering P3 Kerbau asyik diheret ke Sungai Ceper untuk menghilangkan dahaga

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 19-Jun-2015

8.279 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

CERPEN : IBU DAN CEPERPROSA KLASIK: PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWASAJAK: MENGINTAI RUANG INSAF

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 4

Soalan 2(b)- Petikan Cerpen

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sekali ibu kembali mengamuk lagi dan puncanya daripada Ceper itu juga. Kali ini bukan kerana banjir yang dibawa oleh ceper yang melanda padi. Musim itu musim kemarau. Tidak sangka kemarau akan memanjang sampai berbulan-bulan. Sawah sudah kering. Lembu kerbau asyik diheret ke Ceper saja untuk menghilangkan dahaga kerana semua telaga dan

kubang di sawah kering. Baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

Sungai Ceper semakin hari semakin tohor sehingga air sampai paras buku lali. Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh main air lagi. Sungai menjadi busuk kerana najis tidak boleh mengalir. Hendak mandi menyelam kepala dalam-dalam pun tidak boleh kerana air Ceper benar-benar tohor.

Ibu mengamuk juga. Dia maki-maki Ceper yang boleh jadi begitu sehingga menyusahkan semua. Baruh habis kering. Padi pun kecut di dalam sawah. Yang sudah mengunung boleh jadi tahan-tahan sampai benar-benar tunduk-tunduk. Tapi banyak yang belum masuk isi habis kering dan mati menjadi jerami begitu sahaja. Yang kuning pun Nampak saja besar biji-biji padinya, tapi banyak yang hampa kerana kemarau panjang sangat dan air Sungai Ceper tidak boleh menolong langsung.

Cerpen Ibu dan CeperShahnon Ahmad

Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka 2009

i. Nyatakan kesan kemarau pada Sungai Ceper.P1 Sawah menjadi keringP2 Semua telaga dan kubang sawah keringP3 Kerbau asyik diheret ke Sungai Ceper untuk menghilangkan dahagaP4 Air sungai sampai ke paras buku lali sahajaP5 Sungai menjadi busuk kerana najis tidak dapt mengalirP6 Baruh habis keringP7 Padi menjadi kecut/isi habis kering/mati jadi jeramiP8 tidak dapat menyelam dalam-dalam

[2 markah ]

ii. Andaikan anda seorang pegawai pertanian, apakah cadangan-cadangan yang akan anda kemukakan kepada kerajaan untuk menangani masalah penanaman padi yang tidak menjadi pada musim kemarau?P1 membina lebih banyak empangan dan tali air ke kawasan sawahP2 menanam padi dari jenis padi bukit yang tidak memerlukan air seperti

Page 2: PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 4

padi sawahP3 menjalankan kajian dan penyelidikan bagi menghasilkan benih padi yang tahan kemarau P4 melaksanakan projek tanaman kontan yang lain seperti tembakau/ubi kayu/tembikai semasa musim hampir kemarau.

P5 menanam pokok-pokok buah-buahan yang berbuah sepanjang masa seperti mangga di sepanjang batas-batas sawahP6 menubuhkan koperasi pesawah supaya pesawah-pesawah dapat memasarkan hasil tanaman kontan .

[ 3 markah ]

iii. Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen.

Latar masyarakat dalam petikan

P1 Masyarakat petani/ Masyarakat tradisional yang bergantung hidup pada sungai Ibu mengerjakan sawah dan berasa sangat kecewa

apabila padinya rosak akibat musim kemarau yang panjang ( 1+ 1)

Latar masyarakat dalam cerpen

P1 Masyarakat bertanggungjawab Aku mengurus diri ibunya yang lumpuh untuk membuang air besar./

Aku mengerjakan sawah ibu bersama-sama isteri setelah ibu lumpuh (1+1)

P2 Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan Ibu sering menziarahi rumah jiran jiran-jiran semasa upacara kematian di kampungnya/ musim kenduri ibu berderau di rumah yang mengadakan kenduri

( 1+ 1)

P3 Golongan wanita yang bekerja di sektor pertanian Ibu mengusahakan sawah/ menetak mengkuang/ke paya untuk sumber rezeki keluarga (1+1)

P4 Masyarakat yang tidak menghargai kepentingan alam sekitar Sungai Ceper dipenuhi bangkai biawak/ular/babi/ikan/ nasi manusia/sisa makanan/karung plastik sepuluh tahun

Page 3: PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 4

selepas ibu diserang lumpuh. (1+1)

[ 4 markah ]

_______________________________________________________________

Soalan 2(c)- Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mendengar suara itu lanun-lanun itu mulai gementar. Mereka kenal itulah suara Awang Sulung. “Hai, baru ini kita kiamat, kita sudah derhaka kepada penghulu kita sendiri dan kepada diri kita sendiri!” bisik mereka sesama sendiri.

“Ampun Tuanku, patik tidak tahu bahwa Tuanku rupanya di dalam geliung panjang ini,” sembah mereka beramai-ramai dengan tubuh yang gementar.

“Beta tidak beritahukan pelayaran beta pada kalian kerana beta menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kembali ke negerinya. Lagipun beta telah berhutang kepadanya sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga untuk melangsaikan hutang beta kepada Datuk Batin Alam.”

“Ampun Tuanku, janganlah Tuanku dukacita dengan hutang itu. Sekiranya Tuanku hendak kembali ke Bandar Mengkalih, biarlah patik isikan geliung ini penuh sarat dengan rial batu dan emas.”

Mendengar percakapan itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa tidak bersabar lalgi lalu menyampuk, “Wahai tuan-tuan sekalian, adakah patut orang yang serupa ini berhutang rialkepada patik? Sebenarnya dagang yang hina inilah menjadi tawanannya. Dia seorang pahlawan yang handal.”

Pelayaran Yang Penuh PeristiwaAntologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka 2009

i. Berikan maksud berhutang rial.berhutang rial bermaksud- meminjam wang/duit

[ 2 markah ]

ii. Mengapakah Awang Sulung tidak memberitahu lanun-lanun itu tentang perlayarannya?P1 Awang Sulung sedang menemani Tuan Puteri Dayang Seri Jawa untuk balik ke negerinya.

Page 4: PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 4

P2 Awang Sulung ada berhutang sebanyak dua puluh lapan rial batu dan emas sejangka tiga dengan Tuan Puteri Dayang Seri JawaP3 Awang Sulung berhutang untuk melangsaikan hutangnya dengan Datuk Batin Alam

[ 3 markah ]

iii. Sekiranya anda Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, apakah yang akan anda lakukan setelah mengetahui Awang Sulung ialah penghulu kepada lanun-lanun yang menyerang geliung panjangnya?

P1 Meminta Awang Sulung terus mengemudi/menemami saya hingga sampai ke negeri sayaP2 Meminta Awang Sulung mengarahkan lanun-lanun tersebut tidak mengganggu perjalanan saya pada bila-bila masaP3 Melantik Awang Sulung sebagai ketua kemudi kapal sayaP4Meminta Awang Sulung mengarahkan lanun-lanun mengiringi/melindungi perlayaran saya hingga sampai ke negeri saya.P5Mengadakan perjajian kerjasama dengan lanun-lanun untuk menjaga perairan negeri saya.P6 Mengadakan perjanjian kerjasama dengan lanun-lanun untuk melindungi semua kapal-kapal yang berurusan dengan negeri saya.

[ 3 markah ]___________________________________________________________________________

Soalan 2(d)- Sajak

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MENGINTAI RUANG INSAF

Semakin berat kejahilanterpikul di bahusemakin jauh perjalananmemburu nur-Mu

Page 5: PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 4

Sewaktu berlari di padang hidupkerap kakiku tersadung selirat akartubuhku tercalar duri pidanapada samar kejauhanancala mulia makin kaburdan menghilang

Sekadar songsong aksara katatanpa kembali ke tunjang makna“Apakah dalam saraf khilafMasih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?”

Rabb,Moga pintu taubat-Mu terbukasebelum api dari bara itu menyala

Shukri AbdullahSesudah Hujan Dahlia , 2002Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka 2009

i. Berikan maksud bait keempat sajak di atas.- Penyajak berharap Allah SWT masih membuka pintu taubatnya/menerima

taubatnya/menerima pengakuan bersalahnya ( 1 markah )

- agar terindar dari siksa api neraka ( 1 markah )

[2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri daripada sering melakukan dosa kepada tuhan.P1 Sentiasa mendengar nasihat yang baik daripada ibu bapa/guru/rakan-rakanP2 Sentiasa berusaha menghadiri majlis keagamaan/mendengar ceramah agamaP3 Berkawan dengan rakan-rakan yang baik akhlak dan kuat pegangan agamaP4 Menghindari diri dari mengunjungi tempat-tempat berunsur hiburan dan sosial yang tidak sesuai dengan tuntutan agamaP5 Sentiasa mematuhi arahan dan menjauhi larangan agama P6 Sentiasa bertanya dengan orang yang arif tentang agama tentang larangan- larangan agama

Page 6: PEMAHAMAN KOMSAS TINGKATAN 4

[ 3 markah ]

iii. Jelaskan dua pengajaran daripada sajak di atas.P1 Hendaklah berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara/ agar tidak melanggar larangan agama ( 1+1)

P2 Hendaklah sentiasa meminta ampun daripada Allah SWT / agar kita sentiasa tenang menjalani kehidupan ( 1+ 1)

P3 Hendaklah ingat akan seksa Allah SWT apabila mahu melakukan dosa / agar kita terhindar dari melakukannya ( 1+1)

P4 Janganlah bertangguh-tangguh untuk memohon keampunan / agar kita sentiasa dilindungi Allah SWT dari siksa api neraka (1+1)