pemahaman bahagian b

7
BAHAGIAN B [30 MARKAH] Soalan 21 Pilih kata ganda separa yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi. pepara kekisi pepohon tetupai tetingkap kekuda kekura pepatung Haikal sekeluarga ke rumah neneknya di Temerloh, Pahang. Pemandangan di sana sangat menarik dengan ________________ kelapa yang menghiasi kawasan rumah neneknya itu. Menurut ibu, rumah nenek ini rumah tradisional Melayu Pahang. Rumah ini berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tebar layar yang terdapat ukiran pada _______________nya. ___________________ dipasang pada bahagian bawahtingkap rumah untuk peredaran udara keluar dan sebagai palang keselamatan anak-anak kecil. Di ruang dapur pula terdapat pelantar untuk memasak dan membasuh. Pinggan dan mangkuk yang telah keing disimpan di atas __________________ yang dibina agak tinggi dari aras lantai. Haikal teruja menikmati keindahan rumah neneknya sambil mendapat penerangan daripada ibunya. Soalan 22 [ 4 markah]

Upload: noaharuto86

Post on 01-Feb-2016

215 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

soalan bm

TRANSCRIPT

Page 1: Pemahaman BAHAGIAN B

BAHAGIAN B

[30 MARKAH]

Soalan 21

Pilih kata ganda separa yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam

petikan yang diberi.

pepara kekisi pepohon tetupai

tetingkap kekuda kekura pepatung

Haikal sekeluarga ke rumah neneknya di Temerloh, Pahang. Pemandangan di sana

sangat menarik dengan ________________ kelapa yang menghiasi kawasan rumah

neneknya itu. Menurut ibu, rumah nenek ini rumah tradisional Melayu Pahang.

Rumah ini berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tebar layar yang

terdapat ukiran pada _______________nya. ___________________ dipasang pada

bahagian bawahtingkap rumah untuk peredaran udara keluar dan sebagai palang

keselamatan anak-anak kecil. Di ruang dapur pula terdapat pelantar untuk memasak

dan membasuh. Pinggan dan mangkuk yang telah keing disimpan di atas

__________________ yang dibina agak tinggi dari aras lantai. Haikal teruja

menikmati keindahan rumah neneknya sambil mendapat penerangan daripada

ibunya.

[ 4 markah]

Page 2: Pemahaman BAHAGIAN B

Soalan 22

a) Tuliskan respons terhadap ayat tanya yang mengandungi kata tanya berikut

berdasarkan frasa yang diberikan.

i. .

Sultan : Bendahara, mengapakah kamu kelihatan cemas?

Bendahara : Tuanku, ____________________________________________

___________________________________________________.

ii. .

Bendahara : Tuanku, apakah yang tuanku mahu patik lakukan?

Sultan : Kerahkan __________________________________________

___________________________________________________.

b) Garisi perkataan berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam ayat di bawah.

i. Semua penduduk berkumpul bagi menunjukkan sikap proaktif dan tidak

antisosial mereka bagi menjayakan Pogam Kejiranan Mesra tersebut.

ii. Perjumpaan itu diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kanak-

kanak prasekolah dan pertunjukan silat yang dibimbing mahaguru silat

terkenal.

hendak diserang kerajaan Beruas

[ 2 markah]

membina tembok menggunakan kulit kerang

[ 2 markah]

[ 1 markah]

[ 1 markah]

Page 3: Pemahaman BAHAGIAN B

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jika Aku Pereka Perisian

Aku menyimpan impian hendak menjadi seorang pereka ciptas perisian komputer. Aku

berharap agar impian aku menjadi kenyataan pada usiaku 35 tahun. Aku bercadang untuk

membina perisian komputer berunsurkan pendidikan khusus untuk kanak-kanak. Perisian itu

dapat membina kecerdasan mental dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mereka.

Bolehkah aku berjaya sebagai pereka perisian alat pembelajaran yang canggih itu?

Tugas mereka cipta perisian seperti itu tentunya memerlukan modal yang besar. Di manakah

aku hendak mendapatkan modal? Aku perlu menabung mulai sekarang.

Aku yakin aku akan berjaya sebagai pereka perisian yang canggih. Aku tidak mahu

impianku itu gagal. Oleh itu, aku mesti merancang hidupku dari sekarang. Langkahku yang

utama ialah aku mesti belaja bersungguh-sungguh mulai hari ini. Semoga impianku itu akan

menjadi kenyataan?

a) Mengapakah penulis mahu membina perisian komputer berunsurkan pendidikan

khusus untuk kanak-kanak?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

b) Selain daripada menabung sejak kecil, apakah cara lain untuk penulis

mendapatkan modal bagi mencipta perisian tersebut?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

c) Perkataan lain yang sesuai untuk menggantikan perkataan canggih dalam

petikan ialah ____________________.

[ 1 markah]

[ 2 markah]

[ 1 markah]

Page 4: Pemahaman BAHAGIAN B

Soalan 24

Baca petikan berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ipoh, 15 Januari – Othman bin Shafe, 63 tahun telah terpilih sebagai tokoh keluarga

Mithali peringkat negeri Perak bagi tahun 2013. Beliau dan isterinya, Rojaah binti

Shamsuri, 57 tahun, telah berjaya mendidik kesemua 11 orang anak mereka

menghadapi cabaran hidup dengan penuh disiplin.

“Walaupun mempunyai ramai anak dengan pendapatan yang tidak lumayan,

saya tetap mengharungi kehidupan dengan penuh sabar. Saya akan memastikan

anak-anak diberi bimbingan agama dan pendidikan yang secukupnya. Sebagai ketua

keluarga, saya sentiasa mendekatkan mereka dengan agama,” kata Othman kepada

pemberita.

Othman yang ditemani isterinya, meluahkan rasa gembira apabila 10 orang

anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Ada yang berkhidmat

sebagai penolong jurutera, guru dan penyelia kilang. Beliau juga mempunyai

seorang anak istimewa berumur 19 tahun.

Othman yang berasal dari Perak itu tidak menjangka akan menerima

anugerah tersebut. Beliau yang juga bekas pegawai agama di salah sebuah jabatan

kerajaan berazam untuk menabur khidmat baktinya sebagai pendakwah bebas.

Beliau kini bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti

menyampaikan ceramah motivasi, terutamanya kepada golongan belia dan dewasa.

Selain itu, beliau juga menjadi fasilitator bagi kursus-kursus yang ditawarkan oleh

badan kerajaan dan swasta.

Page 5: Pemahaman BAHAGIAN B

a) Cabaran yang dihadapi Encik Othman ialah mendidik ______________________

________________________________________________________________.

b) Nyatakan perasaan kamu sekiranya ketua keluarga kamu dianugerahi Tokoh

Keluarga Mithali. Mengapa?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

________________________________________________________________

c) Peribahasa “melentur buluh biarlah waktu rebungnya” sesuai untuk teks di atas.

Jelaskan maksud peribahasa tersebut.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

________________________________________________________________.

d) Tandakan (√) pada penyataan yang betul atau ( X) pada penyataan yang salah

berdasarkan petikan di atas.

i. Encik Othman merupakan seorang yang berpendapatan tinggi.

ii. Encik Othman menekankan nilai-nilai keagamaan dalam mendidik anak-anaknya.

iii. Encik Othman masih bertugas sebagai pendakwah di sebuah jabatan kerajaan.

[ 1 markah]

[ 2 markah]

[ 2 markah]

[ 3 markah]

Page 6: Pemahaman BAHAGIAN B

Soalan 25

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ingat Pesan

Ingatlah pesan ibu

Simpanlah kasut selepas diguna

Susunlah kasut selepas dipakai

Agar mudah diguna semula.

Ingatlah pesan ayah

Nasihat dan budaya baik jadikan amalan

Usah diabai keselamatan diri

Sepanjang masa harus berhati-hati.

Ingatlah pesan guru

Berjalan biar tertib jangan tergesa

Berhati-hati gunakan tangga

Patuhilah peraturan sekolah

Agar menjadi murid cemerlang

Page 7: Pemahaman BAHAGIAN B

a. Mengapakah ibu menasihatkan kita agar menyimpan dan menyusun kasut?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

b. Apakah akan terjadi jika kasut tidak disimpan dan disusun dengan elok?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

c. Nyatakan dua perkara penting yang dipesan ayah.

i. _________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

d. Senaraikan empat nilai atau pengajaran yang dapat kamu peroleh

berdasarkan sajak di atas.

i. _________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

iii. _________________________________________________________

iv. _________________________________________________________

[ 1 markah]

[ 1 markah]

[ 2 markah]

[ 4 markah]