pelestarian bahasa dan arus komunikasi · pdf filekertas kerja undangan ini dibentangkan di...

Download PELESTARIAN BAHASA DAN ARUS KOMUNIKASI · PDF fileKertas kerja undangan ini dibentangkan di Persidangan Antarabangsa ... kemahiran berkomunikasi sosial dalam media baru termasuk mengetahui

If you can't read please download the document

Upload: buinhan

Post on 06-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 1

    KELESTARIAN INSAN DAN BAHASA DALAM

    ARUS TELEKOMUNIKASI GLOBAL

    Supyan Hussin

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    Kertas kerja undangan ini dibentangkan di Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014:

    Kelestarian Insan Menjana Transformasi Pembangunan Negara: Isu, Cabaran dan masa Depan.

    Dewan Tunku Ismail Ibrahim, Unversiti Teknologi Tun Hussien Onn Batu Pahat Johor, 9-10

    April 2014.

    Abstrak

    Kelestarian insan dan bahasa tidak dapat dipisahkan dalam arus telekomunikasi global

    yang berjalan deras sejak teknologi internet digabungkan dalam telefon bimbit atau

    telefon pintar. Bagi menjana transformasi pembangunan negara dan tamadun bangsa,

    kelestarian insan atau mengekalkan kekuatan dan kelebihan seseorang insan ditakuk lama

    sahaja tidak memadai bagi menghadapi kelangsungan hidup yang lebih mencabar di masa

    depan tetapi harus ada penambahbaikan nilai pada insan tersebut. Dalam masa yang sama

    sesuatu bahasa yang menjadi aset kepada seseorang insan yang digunakan dalam

    komunikasi global haruslah bersifat dinamis, relevan dan boleh dilestarikan dengan

    dengan trend keperluan semasa berdasarkan kepada bukan sahaja literasi visual dan

    literasi teks tetapi yang lebih utama sekarang ialah literasi digital. Kajiselidik mengenai

    trend penggunaan bahasa SMS terkini menunjukkan bahawa kelestarian insan perlu

    menguasai literasi digital, memiliki akses teknologi maklumat dan komunikasi masa kini,

    berada dalam rangkaian yang boleh dihubungi dan menghubungi orang lain, mempunyai

    kemahiran berkomunikasi sosial dalam media baru termasuk mengetahui etika dan

    protokol mengenainya, mampu mengimbangi antara perubahan pesat teknologi

    telekomunikasi termasuk kod SMS dan memulihara jati diri dan nilai bahasa ibunda

    dalam komunikasi.

    1.0 PENGENALAN

    Kelestarian adalah leksikon bahasa Melayu yang dikaitkan dengan leksikon

    sustainability dalam bahasa Inggeris. Makna denotatif kelestarian dalam Kamus

    Dewan Edisi 4 berlegar dalam mengekalkan sesuatu yang ada seperti sediakala seperti

    dibayangi dalam konteks hutan dan sistem ekologi persekitaran. Manakala makna

    denotatif sustainability dalam Oxford Dictionary pula ialah ability or capacity to

    endure. Bagaimanapun jika dilihat dari sudut konotatif kelestarian, ia bukan sahaja

    mengekalkan sesuatu yang ada seperti sediakala tetapi menambah nilai pada sesuatu itu

    supaya terus relevan dalam kelangsungan suasana hidup atau survival masa depan.

    Dalam konteks kelestarian insan pula ialah mengekalkan kekuatan dan kelebihan yang

    ada pada makhluk bergelar insan. Tetapi bagi menjana transformasi pembangunan negara

  • 2

    dan tamadun bangsa, kelestarian atau mengekalkan sesuatu kekuatan dan kelebihan

    seseorang insan ditakuk lama sahaja tidak memadai bagi menghadapi kelangsungan

    hidup yang lebih mencabar di masa depan. Oleh itu, maksud kelestarian insan bukan

    sahaja mengekalkan sesuatu yang baik pada insan tetapi harus diberi nafas baru iaitu

    menambah nilai pada insan dan menjadikan ia terus relevan dengan suasana semasa. Jika

    seseorang insan hanya kekal dalam keadaan sedia ada tanpa ada peningkatan

    keupayaannya, maka ia bukanlah satu bentuk kelestarian. Kelestarian insan membawa

    konotasi penambahaikan, relevan, berdaya saing, keupayaan terkini, kebolehpasasaran,

    dan dinamis.

    Salah satu aset yang menjadikan seseorang insan itu dapat melestarikan dirinya agar terus

    relevan mengikut peredaran zaman ialah kemampuannya menguasai bahasa yang

    dperlukan di persekitarannya. Bahasa adalah kod yang boleh terdiri dari sebutan, simbol,

    grafik, isyarat, dan tulisan yang boleh membentuk menjadi makna yang dikongsi bersama

    dan difahami bersama dalam komunikasi sesama manusia.

    Chomsky, seorang linguis tersohor, percaya manusia dilahirkan dengan satu mekanisma

    fitrah dalam sistem kognitif atau minda manusia untuk memahami dan memperolehi

    sesuatu bahasa. Menurut teori pemerolehan bahasa beliau, mekanisma ini dikenali

    sebagai Language Acquisition Device atau LAD. Mekanisma ini mampu menyesuaikan

    kemampuan potensi minda untuk mempelajari dan memahami apa jua bahasa. Dengan

    ertikata lain, samaada bahasa itu bersifat sebutan, simbol, grafik, atau tulisan, manusia

    berkemampuan untuk menguasai sesuatu bahasa itu untuk digunakan dalam komunikasi

    sesama manusia. Oleh itu, Hipotesis Sapir-Whorf atau Whorfianisme yang dicabar akan kesahihannya oleh beberapa ahli linguis masih menjadi asas perbincangan dalam polemik

    menentukan adakah bahasa menentukan proses berfikir atau proses berfikir yang

    menentukan bahasa.

    Polemik ini telah dijawab 1400 tahun yang lalu pada pandangan Islam. Dalam sejarah

    penciptaan manusia, yang bermula dengan Nabi Adam, al Quran telah merakamkan

    anugerah bahasa oleh Tuhan kepada manusia.

    Allah berfirman ...dan Dia (Tuhan) telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala

    nama benda-benda

    Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.

    maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka,

    Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku

    mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa Yang kamu

    nyatakan dan apa Yang kamu sembunyikan? (AlQuran 2:31-33)

    Dalam hal ini, Nabi Adam telah diajar akan nama-nama benda dalam bahasa yang

    dianugerah kepadanya, dan nama-nama ini menjadi asas kepada teknologi maklumat

    supaya manusia boleh mengkonsepsikan sesuatu objek dan mahir dalam menggunakan

    nama-nama benda untuk berkomunikasi dengan manusia lain di kemudian hari. Bahasa

    Nabi Adam adalah terdiri dari bahasa lisan berdasarkan kepada input pancaindera yang

  • 3

    menggunakan deria mata, telinga, sentuhan, rasa, dan bau selain daripada ilmu wahyu

    yang diberikan terus kepada Nabi Adam. Kemampuan manusia berbahasa ini akan

    memulihara kelestarian insan dalam proses kehidupan yang dilalui oleh manusia.

    2.0 PERKEMBANGAN SISTEM BAHASA

    Di zaman batu, bahasa komunikasi terdiri dari lisan dan isyarat bahasa badan, manakala

    bahasa komunikasi tulisan berbentuk dan lakaran simbol serta grafik yang dikenali

    sebagai litografi. Simbol dan grafik boleh dilihat pada dinding gua, batu, dan batang

    pokok kayu. Penguasaan literasi visual ini menjadikan anggota komuniti boleh

    berkomunikasi untuk menyampaikan mesej dan cerita kepada suku kelompok kecil kaum

    masing-masing. Malangnya litografi yang dilakarkan hanya terhad kepada media statik,

    tidak kekal lama, dan tidak boleh dikongsikan secara meluas.

    Peralihan dari zaman batu ke zaman logam dan seterusnya ke zaman pertanian dan

    perusahaan industri dan disusuli dengan era sains dan teknologi serta teknologi maklumat

    dan komunikasi telah turut sama meningkatkan keupayaan literasi visual dari simbol dan

    grafik kepada literasi teks yang mempunyai morfem dan fonem berdasarkan sistem ejaan

    yang lebih komprehensif dan padu serta dapat dikongsi bersama dengan bilangan penutur

    yang lebih ramai dan lebih meluas. Anggota masyarakat yang tidak menguasai kemahiran

    berbahasa atau gagal menggunakan kod bahasa dengan baik di zamannya akan terpinggir

    dari sudut maklumat, pendidikan, sosio-ekonomi, dan sosio-politik. Suasana menjadi

    lebih mencabar kepada kelestarian insan apabila literasi sistem tulisan menjadi pra-syarat

    kepada kemajuan diri dan masyarakat dan negara agar dapat bersaing di peringkat global

    (Supyan Hussin, 2013a).

    Arus globalisasi yang melanda dunia di akhir abad ke 20 telah memperkenalkan

    teknologi internet kepada umum. Pacuan teknologi moden menggunakan komputer yang

    digabungkan bersama internet dan telekomunikasi telah menuntut anggota masyarakat

    supaya menguasai literasi digital yang bukan sahaja terdiri dari sistem tulisan, tetapi

    kombinasi teks, simbol, grafik, ikon, audio, dan video supaya diri seseorang itu terus

    relevan dengan suasana semasa (Supyan Hussin, 2013). Insan hari ini bukan sahaja perlu

    menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira tetapi juga kemahiran teknologi

    maklumat dan komunikasi yang menggunakan literasi digital sebagai pra-syarat dalam

    komunikasi masa kini. Penguasaan literasi digital dalam bahasa yang boleh difahami

    menjadi aset penting untuk menentukan kelestarian insan di era globalisasi.

    Bahasa yang hidup dan relevan pula ialah bahasa yang mengamalkan proses dinamika

    dalam perkembangan dan kemajuan sesuatu bahasa itu. Manakala sesuatu bahasa yang

    jumud akan mengalamai susut nilai atau mati apabila ia tidak sedia untuk berubah, nilai

    ekonominya menurun, nilai komunikasinya mula pudar, dan bilangan penuturnya

    semakin kurang atau seterusnya mati secara perlahan. Proses dinamika yang menjadikan

    sesuatu bahasa terus relevan dengan peredaran zaman pula termasuklah (1) proses

    pinjaman kosakata dari bahasa lain, (2) proses pengubahsuaian sistem bahasa sedia ada

    untuk keperluan terkini, (3) proses penciptaan kosakata baru, dan (4) proses peningkatan

    nilai dalam ekonomi, komunikasi, pentadbiran, pendidikan, teknologi, dan hubungan

  • 4

    antarabangsa. Tanpa proses ini, kelangsungan nilai sesuatu bahasa itu akan

    ditenggelamkan oleh arus globalisasi. Sementara itu, bahasa yang hidup dan kemampuan

    seseorang dalam menguasai kemahiran berbahasa dengan bahasa yang hidup pastinya

    akan memberi nilai yang lebih tinggi ke