pelaporan praktikum

2
PELAPORAN PRAKTIKUM Saya telah membuat pemerhatian terhadap keputusan dan pencapaian akademik mata pelajaran Pendidikan Islam pelajar tahun 1, Sekolah Kebangsaan Batu 4, Jalan Apas, Tawau. Pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian adalah seramai 10 orang dipilih secara rawak daripada 30 orang pelajar dalam kelas tahun 1. Masalah yang dikenalpasti adalah kurangnya kemahiran penggunaan tulisan jawi dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Dari pemerhatian yang telah dilakukan, pelajar kurang berminat untuk belajar jawi dan kurang menumpukan perhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menemuduga guru matapelajaran Pendidikan Islam tentang isu ini serta pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Berdasarkan rekod keputusan Ujian 1, didapati bahawa Jawi merupakan kelemahan pelajar yang begitu ketara. Oleh itu, untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengenal, membaca dan menulis Jawi, saya merangkan satu pelan tindakan yang dikenali “Keberkesanan Penggunaan Kad Huruf Dengan Kaedah Latih Tubi Meningkatkan Penguasaan Huruf Jawi Tunggal Murid Tahun 1”. Berdasarkan rekod Ujian 1 yang dijalankan, didapati bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya tulisan Jawi adalah sangat rendah. Guru matapelajaran menyatakan bahawa mereka tidak celik jawi dan mereka tidak boleh menulis jawi walaupun perkataan jawi mudah. Malahan ada yang

Upload: mohdradzlee77

Post on 20-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

wetgrewgreg

TRANSCRIPT

PELAPORAN PRAKTIKUMSaya telah membuat pemerhatian terhadap keputusan dan pencapaian akademik mata pelajaran Pendidikan Islam pelajar tahun 1, Sekolah Kebangsaan Batu 4, Jalan Apas, Tawau. Pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian adalah seramai 10 orang dipilih secara rawak daripada 30 orang pelajar dalam kelas tahun 1. Masalah yang dikenalpasti adalah kurangnya kemahiran penggunaan tulisan jawi dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Dari pemerhatian yang telah dilakukan, pelajar kurang berminat untuk belajar jawi dan kurang menumpukan perhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menemuduga guru matapelajaran Pendidikan Islam tentang isu ini serta pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Berdasarkan rekod keputusan Ujian 1, didapati bahawa Jawi merupakan kelemahan pelajar yang begitu ketara. Oleh itu, untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengenal, membaca dan menulis Jawi, saya merangkan satu pelan tindakan yang dikenali Keberkesanan Penggunaan Kad Huruf Dengan Kaedah Latih Tubi Meningkatkan Penguasaan Huruf Jawi Tunggal Murid Tahun 1.Berdasarkan rekod Ujian 1 yang dijalankan, didapati bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya tulisan Jawi adalah sangat rendah. Guru matapelajaran menyatakan bahawa mereka tidak celik jawi dan mereka tidak boleh menulis jawi walaupun perkataan jawi mudah. Malahan ada yang tidak mengenal langsung huruf jawi. Berdasarkan pemerhatian dan temuramah, pelajar mengatakan bahawa susah untuk menguasai bahasa jawi. Kemungkinan guru menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik. Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana bahasa jawi adalah bahasa Al-Quran. Ia tidak kurang pentingnya dengan bahasa lain. Jika masalah ini tidak ditangani, ia akan menyebabkan pelajar tidak celik Al-Quran seterusnya menyukarkan pelajar dalam hafazan. Kaedah yang sesuai perlu diterapkan supaya pelajar boleh sekurang-kurangnya menguasai jawai mudah atau celik jawi agar warisan kesenian Islam ini tidak pupus ditelan zaman.Secara rasionalnya, kajian ini dilakukan kerana pencapaian pelajar Tahun 1 dalam matapelajaran Pendidikan Islam amat 2