pelancongan dan warisan aku

11
1.0 Pengenalan Istana Tengku Anjang Zahab telah dibina pada tahun 1880 iaitu semasa pemerintahan Tengku Chik yang merupakan Raja Palembang yang ketiga. Istana ini dibina lebih kurang 10 tahun lebih awal daripada Masjid Kampung Raja yang berada di hadapan istana tersebut. Pembinaan istana ini dipengaruhi istana oleh seni bina Siam, Riau dan Islam. Pengaruh Riau amat ketara pada reka bentuk istana ini kerana Tengku Chik adalah kerabat di raja Riau .Istana ini terdiri daripada kelompok rumah yang berasingan dan disambungkan dengan titian antara satu rumah ke rumah yang lain. Namun begitu, istana ini terbahagi kepada dua kelompok iaitu istana puteri dan rumah pengasuh. Keseluruhan istana ini dibina daripada kayu cengal dan bumbungnya dibina secara dua lapis dan dikenali sebagai bumbung limas Belanda. Tangga di dalam istana ini secara keseluruhannya mempunyai bentuk yang sama. Namun begitu reka bentuknya agak ringkas dan boleh disesuaikan menurut keadaan dan kegunaannya. Dinding kayu bagi rumah puteri amat menarik yang menggunakan kaedah pemasangan janda berhias dan tindih kasih manakala bagi rumah pengasuh pula ialah daripada dinding sasa secara tindih kasih serta berbentuk menegak dan dibina dari kayu cengal. Istana ini terdiri daripada surung, bilik santapan, bilik khas, bilik beradu, dapur dan pelantar, serambi di sekeliling ruang utama dan bilik bersiram.

Upload: fatieyhahraniesyasuffian

Post on 11-Apr-2016

48 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pp

TRANSCRIPT

Page 1: Pelancongan Dan Warisan Aku

1.0Pengenalan

Istana Tengku Anjang Zahab telah dibina pada tahun 1880 iaitu semasa

pemerintahan Tengku Chik yang merupakan Raja Palembang yang ketiga. Istana

ini dibina lebih kurang 10 tahun lebih awal daripada Masjid Kampung Raja yang

berada di hadapan istana tersebut. Pembinaan istana ini dipengaruhi istana oleh

seni bina Siam, Riau dan Islam. Pengaruh Riau amat ketara pada reka bentuk

istana ini kerana Tengku Chik adalah kerabat di raja Riau .Istana ini terdiri

daripada kelompok rumah yang berasingan dan disambungkan dengan titian

antara satu rumah ke rumah yang lain. Namun begitu, istana ini terbahagi

kepada dua kelompok iaitu istana puteri dan rumah pengasuh.

Keseluruhan istana ini dibina daripada kayu cengal dan bumbungnya dibina

secara dua lapis dan dikenali sebagai bumbung limas Belanda. Tangga di dalam

istana ini secara keseluruhannya mempunyai bentuk yang sama. Namun begitu

reka bentuknya agak ringkas dan boleh disesuaikan menurut keadaan dan

kegunaannya. Dinding kayu bagi rumah puteri amat menarik yang menggunakan

kaedah pemasangan janda berhias dan tindih kasih manakala bagi rumah

pengasuh pula ialah daripada dinding sasa secara tindih kasih serta berbentuk

menegak dan dibina dari kayu cengal. Istana ini terdiri daripada surung, bilik

santapan, bilik khas, bilik beradu, dapur dan pelantar, serambi di sekeliling ruang

utama dan bilik bersiram.

Page 2: Pelancongan Dan Warisan Aku

2.0Kelebihan dan kelemahan Istana Tengku Anjang

Hiasan dalaman dan luar bangunan terutamanya Istana Tengku anjang

mempunyai fungsi yang tersendiri. Ada hiasan yang dibuat bagi memenuhi

tuntutan spiritual, ada juga juga gambaran kepada status sosial, tanda

peringatan, apresiasi dan pelbagai maksud lagi. Lumrah bagi manusia

yang sukakan pada keindahan dan kecantikan. Jadi tidak menjadi satu

kehairanan apabila masyarakat dahulu mementingkan nilai-nilai tersebut

dalam pembinaan sesuatu tempat kediaman. Sebelum kedatangan Islam

ke Tanah Melayu,kepercayaan terhadap animisme sangat meluas dan

menjadi anutan kepada masyarakat pada masa itu dan secara tidak

langsung ia telah meresap ke atas seni ukiran. Motif yang digunakan pada

masa itu lebih kepada figura dan binatang. Apabila Islam mula memasuki

Page 3: Pelancongan Dan Warisan Aku

Tanah Melayu,ajaran Islam mula meresapi pemikiran masyarakat pada

masa itu dan secara tidak langsung Islam melarang penggunaan motif

figura dan binatang yang bertentangan akidah Islam.

2.1Kelebihan

2.1.1 Bahan binaan

Rumah ini masih kukuh walaupun telah ditelan arus zaman

serta banyak menyimpan sejarah dan khazanah lama yang tidak

ternilai harganya. Istana ini akan dibuka kepada pelancong dan

akan dikenali `muzium hidup’ atau ’The Living Museum’.

Hampir keseluruhan bahan binaan yang digunakan pada

Istana ini merupakan kayu. Seperti yang kita tahu, kayu

merupakan bahan binaan yang tidak menyerap haba seperti

konkrit, maka ia juga telah menyumbang kepada keselesaan

suhu dalaman rumah ini.

Bilangan pintu yang banyak memberikan pengudaraan

yang maksima kepada rumah kajian. Pengudaraan silang juga

mudah berlaku sekali gus memberikan keselesaan dalaman

yang baik. Tingkap merupakan antara elemen yang paling

penting kerana ianya mampu mempengaruhi dan mengawal

kualiti pengudaraan serta pencahayaan dalam sesebuah rumah

Page 4: Pelancongan Dan Warisan Aku

itu. Saiz dan jenis bahan yang digunakan adalah berbeza

mengikut fungsi ruang dimana tingkap ditempatkan. Sama

dengan pintu, tingkap juga tempat berlakunya pengudaraan

silang. Seperti rumah tradisional yang lain, bukaan tingkap yang

besar menggalakkan pengudaraan semulajadi di mana berlaku

‘cross ventilation’, di mana udara sejuk masuk masuk dan udara

panas mudah di bawa keluar. Berbeza dengan rumah masa kini,

saiz bukaan tingkap dipandang remeh dan tidak lagi menjadi

satu kepentingan. Pada masa kini, kita boleh mendapatkan

tingkap dengan saiz bukaan yang besar. Seperti yang kita sedia

maklum, rumah Melayu Tradisi kaya dengan ukiran dan hiasan

pada dindingnya. Ukiran dan hiasan ini bukan sahaja membawa

maksud atau cerita tetapi juga membantu pengaliran udara di

dalam rumah. Kedudukannya yang berada di atas membenarkan

udara panas yang ringan keluar. Ini mengelakkan udara panas

berkumpul dan menyebabkan suhu di dalam rumah kurang

selesa.

Selain itu, rekabentuk rumah kajian yang mempunyai sisip

udara dan ukiran bertebuk pada bahagian di atas tingkap

juga membantu pengaliran pengudaraan terutamanya

semasa waktu malam di mana tingkap akan ditutup. Begitu

juga pada bahagian courtyard, bumbung bertingkat dan juga

lantai bertingkat. Maka tidak hairanlah jika suhu dalaman

rumah tradisional adalah jauh lebih baik daripada rumah

moden pada masa kini. Cucur atap merupakan elemen yang

Page 5: Pelancongan Dan Warisan Aku

sangat penting dalam membantu memberikan keselesaan

suhu dalaman kepada sesebuah rumah itu. Elemen ini

melindungi dinding rumah atau sebarang bukaan dari

pancaran matahari secara terus. Pancaran matahari secara

terus ke atas dinding rumah atau sebarang bukaan akan

memberikan impak yang besar kepada suhu di dalam rumah.

Fenomena ini akan menyebabkan haba dipindahkan dari

dinding rumah ke dalam rumah sekali gus mempertingkatkan

suhu di dalam rumah.

Bagi rumah kajian ini, cucur atapnya juga agak lebar jika

dibandingkan dengan rumah pada masa kini. Cucur atap yang

lebar bukan sahaja sebagai elemen peneduh dan membantu

sistem pengudaraan di dalam rumah tetapi juga membantu

mengelakkan tempias semasa hari hujan. Cucur atap yang lebar

sudah menjadi identiti bagi rumah Tradisional Melayu.

2.1.2 Aksesori Dalam Rumah

Aksesori dalaman rumah juga turut mengaplikasikan seni

ukiran ini pada barangan seperti katil, lampu tidur,

seramik, lampu syiling, meja bersolek dan pelbagai lagi

hiasan dinding. Aksesori tersebut masih lagi terdapat di

dalam Istana yang telah membuktikan nilai sejarah dan

estetika Istana tersebut. Konsep pembinaan Istana

Tengku Ajang Zahab juga berbeza dengan Istana atau

Page 6: Pelancongan Dan Warisan Aku

rumah moden. Potensi Ukiran Kayu yang ada pada

Aksesori rumah Istana ini boleh dijadikan kelebihan dan

batu loncatan untuk mempromosikan Ukiran pada

aksesori Istana tersebut ke persada dunia.

3.0Kelemahan Istana Tengku Anjang

3.1Kekurangan

Tetapi dari sudut negatifnya, bilangan pintu yang banyak boleh memberi

kesan kepada factor keselamatan. Ianya memerlukan kawalan yang rapi oleh

pemilik terhadap kesemua pintu masuk yang terdapat di sesebuah rumah itu.

Jika dibandingkan factor keselamatan masa dahulu dan sekarang, keadaan

keselamatan masa kini tidak begitu menggalakkan mempunyai pintu masuk

yang banyak.

3.1.1 Tidak dikenali oleh orang ramai

Hal ini kerana, kawasan istana Tengku Anjang ini terletak

jauh dari bandar dan terletak pada hujung Kampung Raja di

Daerah Besut Terengganu. Dengan ini kedudukan Istana

yang agak terpencil ini sukar di ketahui oleh orang ramai dan

pelancong.

Page 7: Pelancongan Dan Warisan Aku

3.1.2 Pengabaian

Masalah pengabaian antara masalah yang kerapkali

berlaku pada sesebuah senibina tradisional Melayu

termasuk seni bina Istana Tengku Anjang akibat daripada

sikap tidak endah sesetengah pihak berkuasa dan kesedaran

masyarakat itu sendiri. Akibatnya sikap yang tidak endah ini

mengakibatkan warisan seni bina melayu usang dan reput

sehinggakan aktiviti pemeliharaan, pemuliharaan, pemulihan,

pembaikpulihan atau pembinaan semula tapak warisan ini

mejadi lebih sukar.

3.1.3 Kurang Kesedaran dalam keprihatinan

Masyarakat tidak mengambil berat atau kurang

menyedari tentang kepentingan bangunan bersejarah

walaupun pelbagai usaha yang telah dijalankan.

Masyarakat zaman kini juga tidak memahami atau tidak

tahu menilai kesan-kesan sejarah dan kebudayaan yang

ada di sekitar kawasan mereka sebagai contohnya Istana

Tengku Anjang Zahab di Kg. Raja , Besut Terengganu. Di

samping tidak mempunyai kefahaman yang boleh

menaikkan rasa bangga masyarakat tentang latar

belakang kebudayaan mereka.

Page 8: Pelancongan Dan Warisan Aku

3.1.4 Pengubahsuaian tidak terancang

Pengubahsuaian major serta tidak terancang berpotensi

menghilangkan sebahagian besar keaslian dan ketulenan

yang ada pada sesebuah seni bina tradisional Istana ini

contohnya pengubah suaian terhadap struktur seni

bina,bahan,beranda, tangga,tandas dan sebagainya.

Pengubah suaian telah mengikis nilai keaslian dan ketulenan

serta nilai estetika yang terdapat pada seni bina warisan

Istana ini yang menjadi identiti masyarakat melayu.

4.0Penambahbaikan

4.1Promosi

Promosi boleh dilakukan melalui jalur lebar(internet) boleh

mendatangkan kesedaran terhadap kepentingan Sejarah

Senibina Warisan yang unik seterusnya identiti warisan melayu

diketahui sehingga ke peringkat antarabangsa kerana jaringan

jalur lebar ini.

4.2Cadangan Kepada Pihak Bertanggungjawab

Page 9: Pelancongan Dan Warisan Aku

Memperkuat kuasa Akta dalam Akta Warisan Kebangsaan

2005 oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan

kuat kuasa Akta ini bagi bahagian yang berlainan dalam

Malaysia. Bangunan Istana yang disebabkan oleh seni binanya,

kehomogenannya atau tempatnya dalam landskap, mempunyai

nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah,seni atau

sains.

P

4.3Kesedaran

Penduduk setempat serta masyarakat melayu perlu

mempunyai kesedaran kepentingan gabungan kerja alam dan

manusia, dan kawasan yang mempunyai nilai sejagat yang

menonjol dari pandangan sejarah, estetik,etnologi atau

antropologi.

Kepentingan Warisan Senibina Melayu sepaatutnya

dijadikan silibus ataupun program dalam bidang pendidikan. Di

Page 10: Pelancongan Dan Warisan Aku

Peringkat Sekolah Menengah ia patut dimasukkan ke dalam

matapelajaran Sejarah sebagai suatu yang boleh dibanggakan

oleh masyarakat melayu. Begitu juga dengan pusat pengajian

Tinggi Awam dan Swasta harus mengambil langkah yang

sewajarnya dengan memasukkan Warisan Senibina Melayu ke

dalam sistem pendidikan seperti yang dipraktikkan di Universiti

Malaysia Kelantan menjadikan Ukiran kayu serta struktur

binaannya berteraskan Warisan yang perlu diagungkan.

4.4Perbanyakkan Aktiviti

Pihak Kerajaan, Organisasi, NGO, Pihak Muzium dan juga

pengukir-pengukir seluruh Malaysia patut menyertai seminar dan

pameran kerana ia adalah ilmu yang sangat bernilai. Di Tempat

sebiginilah yang patut diperbincangkan mengenai halatuju dan

juga potensi Sejarah Senibina Warisan Melayu

4.5 Penyelidikan

Meningkatkan lagi usaha dari segi penyelidikan, pembaharuan,

pengumpulan data dan pelbagai seminar. Sebagai contoh usaha

memulihara Seni Ukiran Kayu Tradisi yang telah dilakukan oleh

Universiti Malaysia Kelantan, Institut Alam & Tamadun Melayu

Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan

usahasama di antara Nik Rashiddin Resource Centre patut

dijadikan contoh sebagai pemangkin dalam usaha memulihara

Warisan Melayu.

Page 11: Pelancongan Dan Warisan Aku

5.0Kesimpulan

Warisan kita seharusnya dijagai dan disimpan sebaik mungkin agar

potensinya tidak terkubur begitu sahaja. Walaupun pelbagai produk

ukiran atau senibina tradisi yang masih mengekalkan ciri tradisi namun

ianya tidak setanding dengan Senibina zaman dahulu yang mempunyai

nilai estetetik sejarahnya yang tersendiri sebagai identiti masyarakat

melayu. Tetapi harus diingat jika tiada yang lama maka tidak akan ada

yang baru. Jadi kekalkanlah apa yang ada dan perbaharuilah dengan

melakukan pemeliharaan, pemuliharaan, pemulihan, pembaikpulihan

atau pembinaan semula warisan. Tiada yang lama, maka tidak akan

ada yang baru. Jadi kekalkanlah apa yang ada dan perbaharuilah

dengan sempurna agar warisan itu terus kekal dan mekar selamanya.

Page 12: Pelancongan Dan Warisan Aku

6.0Lampiran

7.0Bibiografi