malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat · minta menteri pelancongan, seni dan budaya...

24
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 20 MAC 2019, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 7 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1421-L03546 Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status terkini projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Adakah kerajaan akan meneruskan projek ECRL demi pembangunan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Pantai Timur. 2. PR-1421-L03304 Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rasional Kementerian dan Kerajaan menambah pemasangan AES di Lebuh Raya Malaysia, berapa jumlah AES akan dipasang dan berapa jumlah kos pemasangan tambahan dan apa perbezaan kos dengan yang dipasang semasa Kerajaan BN dahulu. 3. PR-1421-L04246 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status dasar dan pelaksanaan Industri 4.0 dan apakah inisiatif-inisiatif yang boleh dipohon para syarikat atau pengeluar tempatan. 4. PR-1421-L03132 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan :- (a) apakah langkah-langkah positif yang diambil oleh Kerajaan untuk merapatkan jurang kemajuan ekonomi diantara bandar dan luar bandar dan sejauh manakah keberhasilan langkah-langkah tersebut dalam meningkatkan pendapatan rakyat diluar bandar ; dan

Upload: others

Post on 31-Oct-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 20 MAC 2019, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

7

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1421-L03546

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status terkini projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Adakah kerajaan akan meneruskan projek ECRL demi pembangunan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Pantai Timur.

2. PR-1421-L03304

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah rasional Kementerian dan Kerajaan menambah pemasangan AES di Lebuh Raya Malaysia, berapa jumlah AES akan dipasang dan berapa jumlah kos pemasangan tambahan dan apa perbezaan kos dengan yang dipasang semasa Kerajaan BN dahulu.

3. PR-1421-L04246

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status dasar dan pelaksanaan Industri 4.0 dan apakah inisiatif-inisiatif yang boleh dipohon para syarikat atau pengeluar tempatan.

4. PR-1421-L03132

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah positif yang diambil oleh Kerajaan untuk merapatkan jurang kemajuan ekonomi diantara bandar dan luar bandar dan sejauh manakah keberhasilan langkah-langkah tersebut dalam meningkatkan pendapatan rakyat diluar bandar ; dan

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

2 AUM DR 20/3/2019

(b) setakat manakah tahap ketahanan ekonomi negara dalam tempoh 5 tahun akan datang.

5. PR-1421-L03091

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam membantu meningkatkan kemajuan perniagaan penjaja dan peniaga kecil.

6. PR-1421-L03989

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan akan mengkaji semula Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) yang memberi kuasa mutlak kepada semua pihak berkuasa melakukan siasatan mengikut AMLA dan apakah justifikasi AMLA digunakan untk menyiasat kes yang bersangkut paut dengan kutipan cukai pendapatan dan kastam yang menjadi kontroversi dalam kalangan rakyat.

7. PR-1421-L03395

Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang dihadapi dan langkah-langkah yang telah/akan diambil untuk bersaing dan memajukan industri pelancongan Malaysia.

8. PR-1421-L03707

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos bayaran menunaikan haji bagi pengiring bakal haji yang berstatus uzur, mahram dan rayuan awal mengerjakan ibadat haji.

9. PR-1421-L03904

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah inisiatif dan insentif yang ditawarkan kepada golongan belia dan lepasan sekolah yang ingin menceburi bidang TVET bagi menambah baik taraf kehidupan mereka.

10. PR-1421-L03559

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [ Ketereh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sasaran kemasukan pelaburan asing pada 2019 ke dalam negara dan apakah usaha bagi mengembalikan kepercayaan para pelabur ke negara ini.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 3

11. PR-1421-L03791

Tuan Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi memastikan keadaan guru kondusif dan terapeutik terutama di kawasan persekitaran bilik guru.

12. PR-1421-L04079

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian berkaitan persijilan halal terutama di medan selera, pasar raya, hotel, lapangan terbang serta tempat tumpuan ramai. Adakah Kerajaan mahu mewajibkan sijil halal untuk kawasan tersebut.

13. PR-1421-L03391

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah majikan yang dikenakan tindakan kerana gagal mematuhi kadar had gaji minimum di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

14. PR-1421-L03155

Tuan Arthur Joseph Kurup [ Pensiangan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membaiki bangunan Klinik Kesihatan Sapulut yang mengalami kerosakan akibat struktur tanah yang tidak stabil.

15. PR-1421-L03062

Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah pendirian Kerajaan tentang pembaikan sekolah-sekolah daif di Sabah. Berapakah peruntukan yang sudah diturunkan ke Sabah untuk tujuan ini.

16. PR-1421-L03178

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan benarkah KHAZANAH ada mempertimbangkan untuk melupuskan sebahagian daripada hartanah dan pelaburan teknologi di luar negara serta rasional pelupusan itu dilaksanakan.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

4 AUM DR 20/3/2019

17. PR-1421-L03831

Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah pendekatan dan langkah penyelesaian yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menangani masalah kesihatan mental yang dihidapi oleh ramai rakyat Malaysia memandangkan nisbah pakar psikiatri kepada pesakit adalah 1:100,000 walhal ianya sepatutnya 1:10,000 dan adakah Kerajaan bercadang untuk mengenakan subsidi atau pengurangan kos perubatan bagi pesakit kesihatan mental ini.

18. PR-1421-L03053

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan eksport, mengurangkan import barangan dan perkhidmatan. Berikan data 5 tahun terkini perdagangan dan juga data eksport perniagaan milik Bumiputera serta langkah untuk meningkatkannya.

19. PR-1421-L04193

Tuan Jonathan Yasin [ Ranau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan projek Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau yang telah diluluskan dalam RMK-11 adakah akan dilaksanakan seperti yang telah dirancang dan apa status terkini tentang projek ini.

20. PR-1421-L04098

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah matlamat Kerajaan mengawal aset digital dan mata wang crypto (cryptocurrencies) memandangkan banyak negara masih belum berbuat demikian sebab ianya boleh menjejaskan perkembangan industri fin-tech ini di Malaysia pada masa yang akan datang; dan

(b) apakah rancangan Kerajaan untuk industri fin-tech, digital aset dan mata wang crypto (crypto-currencies) di Sabah dan Sarawak.

21. PR-1421-L03640

Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk menggubal undang-undang atau akta yang akan menghalang wakil rakyat yang dipilih daripada meninggalkan parti asalnya tanpa mengosongkan kerusi yang telah dimenangi di bawah tiket parti asalnya.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 5

22. PR-1421-L03259

Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senario keadaan ancaman jenayah, kekerasan, harta benda, dan komersial bagi tahun 2018 berbanding tahun 2017 sama ada wujud peningkatan jenayah dalam kategori tersebut dan jika wujud apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh pihak Kementerian dan PDRM bagi mengurangkan perasaan kurang selamat dalam kalangan rakyat Malaysia.

23. PR-1421-L03649

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan hubungan dua hala dalam menggiatkan sektor pelancongan di antara Malaysia dan India. Apakah usaha-usaha promosi pelancongan Malaysia yang dilakukan di India dan keberkesanannya.

24. PR-1421-L03676

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kerajaan ingin menggabungkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dengan Jabatan Marin Polis bagi mengurangkan kos pentadbiran serta meningkatkan aset penguatkuasaan terutama di Laut China Selatan dan Selat Melaka. Apakah benar pada masa yang sama, berlakunya pencerobohan nelayan asing di Laut China Selatan yang berada ditahap berleluasa dan aset Kerajaan Malaysia tidak mampu menanganinya.

25. PR-1421-L04284

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah program atau aktiviti yang dirangka RISDA dengan peruntukan sedia ada dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup pekebun kecil dalam menjana pendapatan tambahan untuk mengurangkan kebergantungan kepada komoditi getah dan sawit semata-mata.

26. PR-1421-L03542

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan senarai projek mega berimpak tinggi yang sedang dan akan dilaksanakan Kerajaan Pakatan Harapan dalam memacu sektor ekonomi negara bagi tahun 2018 – 2019.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

6 AUM DR 20/3/2019

27. PR-1421-L03565

Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan keputusan laporan polis yang dibuat pada Februari 2019 di Kuala Lumpur tentang hubungan akrab Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat dan tindakan undang-undang susulannya.

28. PR-1421-L03873

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan serta elaun yang diberikan kepada Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya. Apakah aktiviti yang telah dijalankan sehingga kini.

29. PR-1421-L03231

Dato' Mansor Othman [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar, jika ada, yang ditetapkan oleh JAWHAR dalam hal penyaluran peruntukan kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan membangunkan tanah-tanah wakaf. Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan kepada MAINPP (Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang) setakat ini dan apakah kategori projek pembangunan yang dibenarkan.

30. PR-1421-L04116

Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian terkini Kerajaan terhadap ratifikasi kesemua enam konvensyen antarabangsa di negara ini.

31. PR-1421-L04171

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) apakah rancangan Kementerian untuk menaik taraf fasiliti-fasiliti dan mengembangkan kapasiti hospital di Sibu yang kini tidak mampu menampung jumlah pesakit yang kian meningkat; dan

(b) bilakah Kementerian dapat menempatkan doktor pakar kanser dan doktor pakar lain di Hospital Sibu memandangkan keperluan doktor pakar semakin meningkat di Sibu.

32. PR-1421-L04210

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan hubungan kaum dan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mewujudkan rakyat yang bersatu padu.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 7

33. PR-1421-L02942

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan proses semakan kepada pusat jagaan kanak-kanak dan taska bagi mencegah kes penderaan seksual kanak-kanak.

34. PR-1421-L03678

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah dasar Kerajaan sedia ada berkenaan tentang pembangunan kemudahan sukan di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di Sarawak.

35. PR-1421-L04203

Tuan Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berkenaan dengan status terkini pelaksanaan projek menaik taraf SK Abang Leman, Kabong.

36. PR-1421-L04181

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan hasil pelaksanaan Dasar Perumahan Negara 2018-2025 dalam memastikan golongan B40 dan M40 dapat memiliki rumah yang selesa untuk diduduki.

37. PR-1421-L04263

Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mewartakan Tapak Pertempuran Kampar (Battle of Kampar) seluas 6.474 hektar di Green Ridge, Kampar sebagai tapak warisan Taman Peringatan Perang (War Memorial Park) demi menjaga dan melindungi tapak warisan yang masih mempunyai artifak perang dan penuh bersejarah.

38. PR-1421-L03769

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pencapaian dan kejayaan pelantikan duta khas ke China serta bila akan memansuhkan keperluan visa melawat China.

39. PR-1421-L02870

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat manakah kutipan SST telah berjaya menurunkan harga barang keperluan rakyat dan nyatakan jumlah syarikat yang berdaftar dengan SST serta jumlah kutipan yang telah berjaya dikutip semenjak dilancarkan sehingga kini.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

8 AUM DR 20/3/2019

40. PR-1421-L03992

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan negara dan bilangan asal pelancong-pelancong asing termasuk mereka yang mempunyai visa sah yang telah ditolak kemasukan ke dalam Malaysia di berbagai pusat pemeriksaann imigresen dan nyatakan sebab-sebab penolakan.

41. PR-1421-L04294

Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa syarikat koperasi berdaftar yang ada atau tidak membayar cukai pendapatan dan apakah koperasi yang boleh dikecualikan pembayaran cukai pendapatan.

42. PR-1421-L03924

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan pihak Kementerian ke atas pemegang ijazah palsu.

43. PR-1421-L03895

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras rasuah dalam pentadbiran Kerajaan dan negara sejajar dengan Pelan Antirasuah Nasional yang dilancarkan pada awal tahun ini.

44. PR-1421-L03016

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah kerajaan mempertimbangkan untuk membina Balai Bomba dan Penyelamat untuk Pulau Banggi. Pulau Banggi merupakan pulau yang terbesar di Malaysia namun sehingga kini belum mempunyai Balai Bomba dan Penyelamat sendiri walaupun permohonan telah dibuat sebelumnya. Tanpa kemudahan ini, ia amat menyukarkan penduduk terutamanya ketika berlakunya kebakaran yang besar sepertimana yang berlaku baru-baru ini.

45. PR-1421-L04275

Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan beberapa kes permohonan kewarganegaraan di bawah Artikel 15(1), 15(2), 15A dan 19(1) yang diterima dan masih tiada keputusan selepas 12 bulan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 9

46. PR-1421-L03095

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah terkini warga asing yang berada di dalam tahanan penjara di Malaysia dan berapakah jumlah yang telah diekstradisi ke negara masing-masing.

47. PR-1421-L03459

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan warganegara yang sedang bermastautin di negara asing dan menjelaskan keadaan “brain drain” negara kita.

48. PR-1421-L03713

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah kelainan dan nilai tambah yang ada pada program "Profesional Training and Education for Graduating Entreprenuers" (PROTEGE) berbanding Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) dan apakah perkembangan terkini program tersebut dalam usaha meningkatkan kemahiran dan kemampuan usahawan muda menyiapkan diri menghadapi Revolusi Industri 4.0.

49. PR-1421-L02916

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah seriusnya gejala dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah dan apakah langkah yang dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

50. PR-1421-L03036

Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa banyakkah pengeluaran ikan air tawar yang dikeluarkan dalam negara pada tahun 2016, 2017 dan 2018. Nyatakan peratus pengeluaran ikan air tawar berbanding dengan ikan laut. Apakah usaha Kementerian untuk meningkatkan lagi pengeluaran ikan air tawar.

51. PR-1421-L03834

Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pelarian Rohingya yang bermastautin di Malaysia secara sah dengan status pelarian oleh UNHCR serta jumlah tenaga kerja bangsa Rohingya di negara kita.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

10 AUM DR 20/3/2019

52. PR-1421-L04187

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [ Bukit Gantang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah penyelesaian jangka panjang Kerajaan bagi mengatasi permasalahan banjir di Temelok, Batu Hampar, dan Padang Gajah bagi kawasan DUN Trong serta Matang dan Simpang Halt bagi kawasan DUN Kuala Sepetang. Apakah jaminan Kerajaan, bahawa pembangunan Lebuh Raya Pantai Barat (The West Coast Expressway - WCE), Banting ke Changkat Jering tidak akan memberi implikasi baharu berhubung permasalahan banjir terutamanya di kawasan DUN Trong.

53. PR-1421-L04166

Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] boleh dipinda agar pengambilan kawasan atau tanah rizab Orang Asli akan dibayar pampasan yang setimpalnya dan setanding dengan Akta Pengambilan Tanah 1960 [Akta 486].

54. PR-1421-L03221

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan mengenai program keusahawanan untuk wanita MYSME Lady. Sejauh manakah program ini dapat membantu usahawan wanita untuk menembusi pasaran global.

55. PR-1421-L03364

Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tempoh masa Lebuh Raya Sungai Udang, Paya Rumput, Ayer Keroh (SPA) bakal disiapkan.

56. PR-1421-L03200

Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan aset yang dimiliki oleh Tabung Haji dan adakah terdapat sebarang aset Tabung Haji yang telah dijual semenjak Mei 2018, jika ada, apakah aset yang dijual beserta nilai jualannya.

57. PR-1421-L03577

Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah Kementerian untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang untuk memantau serta mencegah perkhidmatan rumah penjagaan paliatif yang tidak sah serta tidak terurus memandangkan perkhidmatan ini semakin berleluasa.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 11

58. PR-1421-L04042

Datuk Aaron Ago Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan peratusan dan jumlah anggota kaum Dayak dalam Angkatan Tentera Malaysia ( Darat, Laut dan Udara ). Berapakah jumlah pengambilan setiap tahun keseluruhannya dan berapakah kuota untuk kaum Dayak dari Sarawak.

59. PR-1421-L03434

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan bercadang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan kemudahan-kemudahan seperti tempat letak kereta di lapangan terbang tersebut kerana semua kemudahan telah mencecah tahap kegunaan sepenuhnya sekarang.

60. PR-1421-L03482

Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah mekanisme terbaik yang telah direncana oleh Kementerian bagi melaksanakan kaedah pemberian subsidi untuk jemaah haji yang membuat rayuan kali pertama atau pengiring mahram untuk menunaikan Rukun Islam Kelima tersebut.

61. PR-1421-L02989

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tarikh pelaksanaan baik pulih jalan raya di kawasan Parlimen Kapar yang mana peruntukannya telah diluluskan.

62. PR-1421-L03800

Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian berkenaan laporan dalam “Executive Review Committee Report” pada muka surat 79 – 81 yang menyatakan melalui stesyen pengawasan air bawah tanah berlakunya pencemaran air bawah tanah di sekitar kawasan simpanan sisa Lynas semenjak tahun 2015.

63. PR-1421-L03028

Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kadar caj meletak kenderaan di semua bandaraya seluruh negara tidak seragam dan munasabah. Apakah langkah-langkah Kementerian untuk memastikan penyeragaman dilakukan supaya pengguna parkir tidak terbeban.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

12 AUM DR 20/3/2019

64. PR-1421-L03179

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan projek pembinaan bangunan 6 tingkat atas tanah Kerajaan Lot 568, Medan Imbi, Kuala Lumpur tanpa mendapat hakmilik terlebih dahulu yang telah diluluskan pembinaannya oleh DBKL, apakah tindakan Kerajaan ke atas pembinaan tersebut sama ada tindakan meroboh, diserah semula kepada DBKL ataupun dijual kepada pemaju.

65. PR-1421-L03743

Tuan Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah pembiayaan oleh Syarikat Da Ma Chai bagi membiayai lawatan pegawai kanan polis ke Istanbul dan apakah kaitan pasukan keselamatan negara iaitu Polis Diraja Malaysia dengan syarikat perjudian ini.

66. PR-1421-L02901

Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha baru Kerajaan untuk menandatangani Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama Dalam Hal Jenayah (Mutual Legal Assistance In Criminal Matters) serta Perjanjian Ekstradisi (Extradiction Treaty) dengan negara-negara lain.

67. PR-1421-L03478

Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi penambahbaikan terhadap program-program PERMATA dan selepas pelajar-pelajar tersebut menamatkan pengajian mereka adakah pelajar-pelajar tersebut diberi keistimewaan seperti ruang untuk mendapatkan pekerjaan pada masa yang sama terus digilap bakat mereka untuk menjadi tenaga-tenaga pakar buat negara kelak.

68. PR-1421-L03629

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status permohonan untuk dua buah flat guru lama di kawasan bandar Labuan untuk ditukar kepada pusat Tingkatan 6 mode 1.

69. PR-1421-L03206

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah status projek pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) sehingga kini; dan

(b) berapakah jumlah pelaburan serta pulangan semula yang dijangka oleh pihak Kementerian kepada 1MDB apabila projek ini telah disiapkan.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 13

70. PR-1421-L04020

Tuan Mordi Bimol [ Mas Gading ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian akan meneruskan pembinaan baru bagi sekolah daif di Sarawak menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang dikatakan kualitinya tidak setimpal dengan kos jika dibandingkan dengan kaedah pembinaan konvensional yang lebih tahan lama.

71. PR-1421-L03010

Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha memperkasakan dan penambahan perjawatan pegawai kesihatan persekitaran dan logistik di Sabah untuk menangani kes-kes penyakit berjangkit, kawalan dan penguatkuasaan berhubung kebersihan dan keselamatan makanan. Usaha-usaha untuk menyalurkan perkhidmatan perkhidmatan tersebut dengan efektif sentiasa berdepan dengan kekangan kekurangan kakitangan dan jangkauan lokasi-lokasi penduduk di pedalaman terbantut disebabkan kekurangan kenderaan bersesuaian dan jaringan jalan raya yang kurang baik.

72. PR-1421-L02869

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah tindakan penguatkuasaan yang telah atau sedang diambil terhadap pengeluar-pengeluar produk yang menggunakan jenama sebagai produk Muslim serta menggunakan logo halal sedangkan produk-produk tersebut dikeluarkan oleh pengusaha bukan Muslim dan melalui proses pengeluaran yang bertentangan dengan syariat Islam serta tidak mendapat kelulusan sijil halal.

73. PR-1421-L03586

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kesudian Kerajaan untuk mengehadkan pengagihan tidak seimbang (malapportionment) dalam sistem pilihan raya kepada maksimum 15% supaya jurang besar antara kawasan parlimen Klang (pemilih 149,348) dan Sabak Bernam (pemilih 40,863) boleh dikurangkan kepada tahap yang munasabah.

74. PR-1421-L04298

Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan strategi yang digunakan oleh PERHEBAT untuk membantu veteran mendapatkan kerja dan keberkesanan strategi tersebut dalam mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan veteran, terutamanya kumpulan baru berpencen (dalam linkungan usia 40-50).

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

14 AUM DR 20/3/2019

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] dan masalah dicadangkan:-

"Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:- "Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kedua , Parlimen Yang Keempat Belas." Menyambung semula perbahasan atas masalah (19 Mac,2019)

2. ( D.R 33/2018 ) Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Perdana Menteri ]

3. ( D.R 35/2018 ) Rang Undang-Undang Undang-Undang Sivil (Pindaan) 2018

"

[ Perdana Menteri ]

4. PR-1421-U(27)029 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan apakah strategi Kerajaan dalam rundingan dengan Singapura berhubung kait isu persempadanan dan kedaulatan ruang udara kedua-dua negara yang timbul sejak kebelakangan ini. Senario diplomatik Malaysia dan Singapura telah banyak berubah apabila isu-isu persempadanan ruang udara timbul secara spesifiknya melibatkan pemakaian Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar dan kewujudan Kawasan Larangan Kekal (PRA) untuk aktiviti ketenteraan di ruang udara Pasir Gudang. Kerajaan perlu melihat situasi ini secara serius apabila Singapura membantah kewujudan PRA di ruang udara Pasir Gudang kerana pada anggapan mereka ia akan mengekang aktiviti penerbangan awam walaupun begitu jelas PRA itu hanya ditujukan kepada aktiviti ketenteraan sahaja. Cabaran juga timbul dan perlu diselesaikan oleh Kerajaan apabila Malaysia membuat bantahan terhadap penggunaan ILS yang memerlukan pesawat mengguna ruang udara Pasir Gudang yang akan mengundang kekangan pembangunan

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 15

fizikal bandar itu terutamanya membabit isu had ketinggian bangunan dalam laluan ILS. Rundingan antara kedua negara ini amat penting dalam mempertahankan kedaulatan persempadanan negara dan seharusnya Malaysia bertegas dan berhati-hati supaya akhirnya kedua-dua negara mendapat penyelesaian yang terbaik dalam hal ini." [ Menteri Pengangkutan ]

5. PR-1421-U(27)030 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menjelaskan kegelisahan anak muda mengenai perancangan dan dasar yang menyeluruh melibatkan pembangunan golongan belia meliputi semua golongan masyarakat dan kaum di negara ini. Kerajaan perlu mempunyai perancangan dasar yang jelas seperti yang dilaksanakan Kerajaan terdahulu melalui Transformasi Nasional 2050 yang menggariskan enam teras tumpuan pembangunan belia masa hadapan yang dinamik dan berwawasan. Anak muda kini dibelenggu kerisauan berkenaan dasar pembangunan belia dan dasar pembangunan sukan yang tidak jelas sehingga memberi kesan terhadap kemajuan serta penambahbaikan organisasi belia dan sukan secara keseluruhan. " [ Menteri Belia Dan Sukan ]

6. PR-1421-U(27)031 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan dasar dan pelan yang menyeluruh berkenaan halatuju negara jangka masa panjang selepas tamatnya Wawasan 2020. Kerajaan perlu memberi penjelasan kepada kebimbangan rakyat serta membuka ruang perbincangan disamping mendapatkan input daripada rakyat berkenaan apakah rancangan Kerajaan merangkumi seluruh lapisan masyarakat pelbagai umur menyentuh kesinambungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat jangka masa panjang. Kegusaran rakyat kini adalah apa yang akan berlaku pada 30 tahun akan datang. Rakyat gusar mengenai cabaran taraf hidup yang semakin kompleks di samping keadaan sosioekonomi dan keselamatan yang tidak menentu menyebabkan kegagalan kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan akan terbantut. " [ Perdana Menteri ]

7. PR-1421-U(27)032 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan perincian laporan penggunaan kewangan, perkembangan laporan pembangunan dan prestasi terkini Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (JKPTVET). Fungsi dan peranan penubuhan

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

16 AUM DR 20/3/2019

jawatankuasa ini semenjak diperkenalkan pada 21 Jun 2018 dilihat belum memberikan gambaran jelas berkenaan pelan perkembangan dan strategi pencapaian yang amat penting untuk diketahui oleh rakyat khususnya anak muda pemegang taruh meliputi pelajar, komuniti, industri dan penyedia TVET awam dan swasta yang terlibat secara langsung dalam bidang kemahiran. Kerajaan secara serius perlu memberikan perhatian terhadap perkara ini kerana ia melibatkan pendidikan dan masa hadapan anak muda yang inginkan jaminan Kerajaan memastikan mereka berjaya dalam bidang kemahiran. " [ Menteri Pendidikan ]

8. PR-1421-U(27)033 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi perhatian terhadap kebimbangan keadaan tidak selamat melibatkan banduan dalam penjara di seluruh negara merangkumi isu kepadatan sel, masalah kemudahan dalam penjara, tahap kawalan kesihatan dan keselamatan penjara serta penyebaran wabak penyakit. Kebanjiran jumlah banduan di dalam sesetengah penjara di negara ini menyebabkan keadaan yang tidak kondusif berlaku seterusnya mengakibatkan risiko penyebaran wabak penyakit yang lebih tinggi seperti penyakit TB dan kencing tikus. Sebuah kajian menyeluruh dan komprehensif harus dibentang dan dibincangkan segera bagi mendapatkan penyelesaian memandangkan situasi ini akan memberikan kesan terhadap persekitaran sekeliling dan ia akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Dalam Negeri ]

9. PR-1421-U(27)034 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi penjelasan terhadap kerisauan rakyat berhubung usaha mendukung Perlembagaan Negara dengan memperkasa identiti kenegaraan dan perpaduan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang dilihat semakin lesu dan tidak aktif. Kerajaan perlu membentangkan serta memberi ruang perbincangan dengan segera apakah perancangan terperinci dan strategi jangka masa panjang JPNIN untuk mengukuhkan perpaduan dan menyemai semangat Rukun Negara dalam diri setiap warganegara disamping membentangkan laporan kewangan dan prestasi JPNIN bagi suku ketiga dan keempat tahun 2018. Kerisauan yang timbul adalah Kerajaan baharu ini dilihat tidak memperkasa fungsi dan peranan JPNIN yang mempunyai struktur jawatankuasa yang efisyen dan tersusun malah Kerajaan dilihat hilang fokus terhadap strategi menyediakan perancangan khusus bagi perpaduan dan integrasi nasional secara keseluruhan." [ Perdana Menteri ]

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 17

10. PR-1421-U(27)035 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi penjelasan terhadap kebimbangan rakyat berhubung dasar Kerajaan dalam sektor automotif negara yang tidak seimbang dan memberikan lebih banyak keuntungan buat syarikat pengeluar kenderaan luar negara untuk menguasai pasaran berbanding syarikat pengeluar kenderaan tempatan. Kerajaan perlu menjelaskan mekanisme dan strategi yang menyeluruh dalam memastikan syarikat-syarikat automotif tempatan seperti Syarikat Proton dan Perodua terus kompeten agar dilihat lebih berdaya saing dengan syarikat luar negara. Kerajaan juga harus menetapkan kewajipan buat seluruh institusi pentadbiran dan agensi Kerajaan seluruh negara menggunakan kenderaan berjenama tempatan sebagai kenderaan rasmi supaya ia dapat dilihat sebagai usaha menyokong semangat kenegaraan dan membantu merancakkan perkembangan produk kereta nasional." [ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

11. PR-1421-U(27)039 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Agar institusi Parlimen menetapkan supaya satu Jawatankuasa Pemilih Khas ditubuhkan dan satu referendum rakyat diadakan bagi meneliti semua pandangan rakyat Malaysia mengenai langkah Kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati dalam 32 kesalahan melibatkan lapan perundangan negara. Dalam semangat Malaysia Baru selepas 9 Mei, ianya menjadi satu tanggungjawab Kerajaan agar dapat menghormati pandangan setiap lapisan rakyat Malaysia terutamanya mengenai perkara memansuhkan hukuman mati yang juga melibatkan nyawa masyarakat termasuk keluarga mangsa atau keluarga tahanan hukuman mati. “Sekiranya pandangan rakyat ini tidak diteliti, Kerajaan Pakatan Harapan akan dilihat sebagai menafikan hak kebebasan bersuara mereka. Kerajaan juga perlu menyatakan pendirian dengan jelas, apakah alternatif lain yang akan diganti selepas pemansuhan hukuman mati ini dilaksanakan dan apakah ia mampu dijadikan sebagai langkah pencegahan atau sebaliknya. Kerajaan Pakatan Harapan perlu sedar bahawa kejayaan mereka menjadi Kerajaan hari ini adalah disebabkan kuasa dan suara rakyat. " [ Perdana Menteri ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

18 AUM DR 20/3/2019

12. PR-1421-U(27)040 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Agar projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak dibatalkan memandangkan ia sudah siap 20% dan Kerajaan perlu membayar pampasan yang tinggi kerana melanggar kontrak perjanjian. Tambahan pula, landasan yang akan memendekkan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu ini berupaya memberi manfaat ekonomi kepada negara dengan melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) di tiga negeri pantai timur sebanyak 1.5%. la juga akan merangsang pertumbuhan ekonomi di pantai timur, rangkaian hubungan yang penting di antara timur dan barat serta merapatkan jurang ekonomi antara bandar-luar bandar. Maka Dewan Rakyat menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat meneruskan projek ECRL ini." [ Perdana Menteri ]

13. PR-1421-U(27)041 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memaparkan Laporan Akhir Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP) dengan mengeluarkan unsur-unsur berkaitan kepentingan negara yang sensitif daripada Laporan CEP serta mengemukakan laporan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil daripada cadangan-cadangan oleh CEP. Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan dewan ini pada 15 Oktober 2018 bahawa CEP telah tamat melaksanakan tugas pada 19 Ogos 2018 dan pihak Kerajaan telah pun menerima laporan cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh CEP. Memandangkan enam bulan telah berlalu untuk Kerajaan untuk meneliti Laporan CEP, maka atas pinsip ketelusan dan akauntabiliti, tibalah masa bagi Kerajaan untuk mendedahkan Laporan CEP supaya rakyat Malaysia dapat memberikan input serta sama-sama menentukan hala tuju negara." [ Perdana Menteri ]

14. PR-1421-U(27)042 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memaparkan laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (Institutional Reforms Committee-IRC) serta laporan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil daripada cadangan-cadangan pembaharuan oleh IRC. Memandangkan wujudnya dakwaan oleh seorang Hakim Mahkamah Rayuan melalui afidavit yang boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman baru-baru ini, maka adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui usaha-usaha penambahbaikan serta pembaharuan yang substantif dalam pentadbiran institusi-institusi seperti badan kehakiman dalam negara. " [ Perdana Menteri ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 19

15. PR-1421-U(27)043 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menyeru agar Kerajaan dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020. Menteri Kewangan telah memberi jaminan pada Ogos 2018 bahawa projek kereta nasional ketiga tidak akan menggunakan wang rakyat. Namun, Menteri Pembangunan Usahawan telah mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM20 juta pada Januari 2019 bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga. Kos untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan juga penghasilan kereta nasional ketiga melibatkan pelaburan berbilion-bilion ringgit. Walaupun projek ini dimajukan oleh syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) seperti SilTerra Malaysia Sdn Bhd dan Sime Darby seperti yang diwar-warkan, ianya secara tidak langsung melibatkan wang rakyat yang dicarum melalui pelaburan Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Memandangkan situasi ekonomi negara yang tidak menentu, projek kereta nasional ketiga akan membebankan Kerajaan dan rakyat (khususnya pembeli kereta) sekiranya projek ini diteruskan. Adalah disarankan agar projek kereta nasional ketiga dibatalkan demi menjimatkan wang rakyat." [ Perdana Menteri ]

16. PR-1421-U(27)044 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut laporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. Ini bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperoleh sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

20 AUM DR 20/3/2019

tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai prasyarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. " [ Menteri Pendidikan ]

17. PR-1421-U(27)045 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menyeru agar Kerajaan dapat meneruskan projeck pembinaan 10 buah SJKC baru dan perpindahan 6 buah SJKC kurang murid yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada 26 Oktober 2017, termasuk mengekalkan 10 nama sekolah baru yang telah diluluskan. Kerajaan sepatutnya menyiapkan projek tersebut dalam masa 5 tahun dengan peruntukan RM20 juta setiap tahun (jumlah keseluruhannya RM100 juta) seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan terdahulu. Tetapi malangnya, perlaksanaan projek tersebut agak lambat dan tiada perkembangan yang signifikan. Dengan itu, mengharapkan Dewan ini mengambil maklum perkara ini dan mendesak Kerajaan Pakatan Harapan mempercepatkan proses pembinaan 10 buah SJKC baru dan perpindahan 6 buah SJKC kurang murid ke kawasan yang lebih padat penduduk cina. " [ Menteri Pendidikan ]

18. PR-1421-U(27)046 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menggesa Kerajaan supaya dapat memberikan peruntukan yang sama rata kepada Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik. Ini kerana, Ahli Parlimen Kerajaan di Semenanjung Malaysia telah diberi

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 21

peruntukan sebanyak RM1,000,000 iaitu RM300,000 untuk operasi Pusat Khidmat dan RM700,000 bagi peruntukan kawasan pada tahun 2018. Manakala tahun 2019, Ahli Parlimen Kerajaan diperuntukkan RM1,800,000 iaitu RM300,000 untuk operasi Pusat Khidmat dan RM1.5 juta bagi peruntukan kawasan. Sementara Ahli Parlimen pembangkang hanya diberikan RM100,000 sahaja bagi tahun 2018 dan tidak menerima apa-apa peruntukan untuk tahun 2019. Ini merupakan satu bentuk diskriminasi yang amat ketara. Gesaan ini selari dengan semangat ‘Malaysia Baru’ dan hasrat badan bebas (NGO) seperti BERSIH yang mahu memastikan tiada istilah diskriminasi dalam negara dan semua pengundi harus dilayan dengan adil dan saksama. Malah, perkara ini juga diperjuangkan oleh pemimpin Kerajaan hari ini ketika bergelar pembangkang suatu ketika dahulu. Dalam masa sama, semangat ‘Malaysia Baru’ ini juga yang menuntut kesuburan demokrasi. Prinsip keadilan ini akan dijadikan sebagai penanda aras dan seterusnya diteladani oleh Kerajaan negeri yang lain di Malaysia tanpa mengira parti mana yang memerintah. " [ Perdana Menteri ]

19. PR-1421-U(27)027 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"supaya mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14." [ Perdana Menteri ]

20. PR-1421-U(27)028 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urustadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat." [ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

22 AUM DR 20/3/2019

21. PR-1421-U(27)036 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Banyak kuaters-kuaters guru yang dibina di seluruh negara dengan bagitu cantik dengan harga beratus juta ringgit ditinggalkan kosong tidak didiami. Kuaters ini telah banyak yang rosak dan tidak terjaga. Kawasan dipenuhi semak samun dan tidak terurus. Banyak yang menjadi tempat penagih dadah beroperasi dan kawasan ini menjadi bukti bagaimana Kerajaan tidak prihatin terhadap alam sekitar dan pembaziran wang rakyat yang amat luar biasa. Dicadangkan semua kuarters ini dijual kepada mana-mana pihak dengan harga yang berpatutan supaya beban tidak lagi ditanggung oleh Kerajaan dan pulangan dari jualan ini boleh digunakan bagi mereka yang memerlukan." [ Menteri Pendidikan ]

22. PR-1421-U(27)037 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Dadah telah mula masuk ke sekolah-sekolah. Walau pun jumlahnya masih kecil tetapi tindakan segera mesti diambil. Bagi mengelak dari pelajar terlibat sekolah disarankan memperbanyakkan kegiatan pasukan beruniform seperti kadet tentera, kadet polis, kedet bomba, pengakap dan lain-lain pasukan berunifom dan perbanyakkan aktiviti luar sekolah. Kegiatan ini semua akan membina perasaan kekitaan dan saling tegur menegur. Jabatan kaunseling di sekolah juga mesti diperkemaskan agar pelajar yang menghadapi masalah cepat dikenal pasti dan diambil tindakan." [ Menteri Pendidikan ]

23. PR-1421-U(27)038 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Kemalangan jalan raya makin meningkat di negara ini. Di antara punca kemalangan ialah pengguna yang cuai dan penguatkuasaan oleh agensi yang lemah. Sebagai contoh kemalangan melanggar kenderaan yang diberhenti di bahu jalan, atau kenderaan yang rosak ditinggalkan tanpa dipaparkan notis kereta/kenderaan rosak. Kerajaan hendaklah menggunakan semua ruang seperti TV dan radio bagi menyebarkan maklumat kepada pengguna jalan raya jika kenderaan mereka rosak, notis secukupnya mesti dipamerkan agar pengguna yang lain sedar dan tahu masalah wujud di hadapan mereka dan mereka akan bersedia untuk elakkan dari melanggar kenderaan yang rosak ini." [ Menteri Pengangkutan ]

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

AUM DR 20/3/2019 23

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2019

RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.74 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Institut

Penyelidikan Perhutanan Malaysia Bagi Tahun 2017

20 Mac 2019

ST.80 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan

Perbadanan PR1MA Malaysia Bagi Tahun 2017

20 Mac 2019

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT · minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan tahap percapaian industri pelancongan sejak 2010 dan apakah cabaran yang sedang

24 AUM DR 20/3/2019

**UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 20.03.2019 (Rabu)

1. YB Dato' Sri Dr. Santhara (Segamat)

1. Pakej Rancangan Khas Sekolah Tamil 2012

1. YB Menteri Pendidikan

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)