komponen industri pelancongan

7
 TARIKAN/ATTRACTIONS Peningkatan jumlah kedatangan pelancong di sesuatu kawasan pelancongan banyak  berkaitan dengan daya tarikan yang terdapat di destinasi pelancongan tersebut. Daya tarikan yang unik dan tersendiri merupakan kuasa magnet yang menarik seseorang untuk melancong ke destinasi tersebut. Pelancong lebih berminat untuk melancon g ke sesuatu destinasi pelanconga yang mempunyai cirri-ciri tarikan semulajadi seperti Gunung Kinabalu. Selain itu,destinasi pelancongan yang mempunyai cirri-ciri tarikan kebudayaan juga dapat menarik minat pelancong untuk melancong di destinasi pelancongan tersebut. Contohnya,negeri Melaka yang mempunyai elemen-elemen sejarahnya dan keunikan budaya kaum seperti Portugis dan Baba Nyonya yang tiada di negeri-negeri lain di Malaysia menyebabkan Melaka terkenal dengan Bandaraya Bersejarah.

Upload: paul-gin

Post on 14-Oct-2015

941 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

mengenai pelancongan

TRANSCRIPT

  • 5/24/2018 Komponen Industri Pelancongan

    1/7

    TARIKAN/ATTRACTIONS

    Peningkatan jumlah kedatangan pelancong di sesuatu kawasan pelancongan banyak

    berkaitan dengan daya tarikan yang terdapat di destinasi pelancongan tersebut. Daya tarikanyang unik dan tersendiri merupakan kuasa magnet yang menarik seseorang untuk melancong ke

    destinasi tersebut. Pelancong lebih berminat untuk melancong ke sesuatu destinasi pelanconga

    yang mempunyai cirri-ciri tarikan semulajadi seperti Gunung Kinabalu.

    Selain itu,destinasi pelancongan yang mempunyai cirri-ciri tarikan kebudayaan juga

    dapat menarik minat pelancong untuk melancong di destinasi pelancongan tersebut.

    Contohnya,negeri Melaka yang mempunyai elemen-elemen sejarahnya dan keunikan budaya

    kaum seperti Portugis dan Baba Nyonya yang tiada di negeri-negeri lain di Malaysia

    menyebabkan Melaka terkenal dengan Bandaraya Bersejarah.

  • 5/24/2018 Komponen Industri Pelancongan

    2/7

    AKTIVITI/ACTIVITIES

    Komponen aktiviti ini juga penting dalam industri pelancongan bagi mempromosikan

    aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman yang boleh diperolehi oleh pelancong sepanjang

    berada di destinasi pelancongan tersebut. Bagi meningkatkan kedatangan pelancong di sesuatu

    destinasi pelancongan,pihak pengurusan perlu menyediakan maklumat-maklumat yang

    ditawarkan sebelum dan semasa pelancong melancong di destinasi tersebut. Maklumat yang

    boleh dipromosikan adalah seperti aktiviti-aktiviti dan pengalaman yand ditawarkan,tarikan-

    tarikan yang boleh mendorong pelancong untuk melancong ke destinasi tersebut,pengangkutan

    dan kos yang di perlukan untuk sampai ke destinasi pelancongan tersebut,dan tempat-tempat

    penginapan yang boleh didapati di kawasan pelancongan tersebut.

    Selain itu,pihak pengurusan perlu mempromosikan latar belakang sesuatu destinasi

    pelancongan seperti bahasa dan budaya yang digunakan oleh penduduk tempatan bagi

    memudahkan pelancong berkomunikasi dan berinteraksi dengan penduduk tempatan.Pihak

    pengurusan perlu ingat bahawa pelancong pada masa kini lebih berpengalaman dan

    berpendidikan dalam memilih sesuatu destinasi pelancongan yang ingin mereka lawati.

  • 5/24/2018 Komponen Industri Pelancongan

    3/7

    KOMPONEN KEMUDAHAN

    Komponen kemudahan merupakan komponen yang penting dalam industri pelancongan

    di sesebuah Negara. Ini kerana faktor penentu kepada kemasukan pelancong di sesebuah tempat

    pelancongan berkait rapat dengan komponen kemudahan yang ditawarkan oleh industri

    pelancongan tersebut. Semakin tinggi kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah

    industri pelancongan, semakin tinggi jumlah kedatangan pelancong ke kawasan pelancongan

    tersebut.

    Komponen kemudahan meliputi segala bentuk kemudahan yang digunakan oleh

    pelancong semasa berada di destinasi pelancongan. Elemen-elemen kemudahan diperlukan oleh

    pelancong di destinasi pelancongan yang mereka lawati adalah untuk menyokong merekamenjalani kehidupan sepanjang berada di destinasi pelancongan. Antara komponen kemudahan

    yang diperlukan oleh pelancongan untuk menyokong mereka menjalani kehidupan sepanjang

    berada di destinasi pelancongan ialah makanan dan minuman. Agensi pelancongan dan

    perkhidmatan tempahan juga diperlukan untuk ke sesuatu destinasi itu.

  • 5/24/2018 Komponen Industri Pelancongan

    4/7

    KOMPONEN PENGANGKUTAN

    Sektor pengangkutan memainkan peranan penting bagi memastikan pelancong sampai kedestinasi yang hendak dituju. Malah,sector pengangkutan masa kini adalah salah satu produk

    yang ditawarkan dalam industri pelancongan. Terdapat pelbagai mod pengangkutan antaranya

    air,udara,dan darat.

    Pengangkutan yang berdasarkan mod darat lebih mudah ditawarkan kerana ia banyak

    digunakan masa kini memandangkan kos penggunaanya juga lebih murah. Malah,bagi tujuan

    pelancongan masa kini, penggunaan bas ekspres sering kali digunakan terutamanya oleh mereka

    yang melancong secara berkumpulan.

    Mod pengangkutan udara walaupun mahal tetapi penting kerana ia dapat menghubungkan

    destinasi yang tidak mempunyai mod pengangkutan darat dan air. Penggunaan pengangkutan

    udara juga dapat menjimatkan masa terutamanya perjalanan antarabangsa.

    Mod pengangkutan air pada masa kini lebih kerap digunakan dalam pelancongan bagi

    tujuan berehat dan berhibur. Ini terbukti dengan wujudnya kapal pelayaran.

    Pemilihan pelancong dalam memilih mod pengangkutan dipengaruhi oleh beberapa

    aspek. Antaranya, pelancong lebih cenderung memilih pengangkutan mengikut jarak destinasi

    yang hendak mereka kunjungi. Pelancong juga lebih cenderung memilih mod pengangkutan

    yang dapat menawarkan keselesaan dan mempunyai status yang tinggi. Selain itu, pelancong

    lebih menitik beratkan aspek keselamatan dan harga dalam memilih mod pengangkutan.

  • 5/24/2018 Komponen Industri Pelancongan

    5/7

    KOMPONEN PENGINAPAN

    Komponen penginapan juga penting dalam industri pelancongan. Oleh kerana pelancong

    itu sendiri membawa maksud ke luar dari tempat tinggal asal, maka ia juga membawa maksud

    pelancong menginap di tempat itu. Di sini jelas sektor penginapan memenuhi keperluan

    pelancong. Sektor penginapan juga menawarkan pelbagai bentuk penginapan dan makanan

    kepada pelancong.

    Antara jenis penginapan yang ditawarkan kepada pelancong adalah yang berbentuk tidak

    perlu dibayar ataupun perlu bayaran yang murah seperti hostel atau asrama sekolah.

  • 5/24/2018 Komponen Industri Pelancongan

    6/7

    KOMPONEN-KOMPONEN

    INDUSTRI

    PELANCONGAN

    NAMA : MONIKA HENDRIKUS

    NO.MATRIK :S03SPL14F806

    NAMA PENSYARAH:CIK.MELTINA MASANTI

    TARIKH SERAHAN :26 MEI 2014

  • 5/24/2018 Komponen Industri Pelancongan

    7/7