pelan tindakan persediaan menghadapi · pdf filepelan tindakan persediaan menghadapi...

Download PELAN TINDAKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI  · PDF filePELAN TINDAKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI KECEMASAN (GEMPA BUMI / KEBAKARAN / RUNTUHAN / GANGGUAN KUASA ... Pegawai Keselamatan

If you can't read please download the document

Upload: ngokhanh

Post on 06-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • Bahagian Penilaian Akademik.nov16 1 of 5 Diluluskan Senat217

    PELAN TINDAKAN PERSEDIAAN MENGHADAPI KECEMASAN

    (GEMPA BUMI / KEBAKARAN / RUNTUHAN / GANGGUAN KUASA ELEKTRIK)

    SEMASA PEPERIKSAAN

    1. Gempa bumi / Kebakaran / Runtuhan berlaku semasa Ketua Pengawas Peperiksaan

    dalam perjalanan ke dewan peperiksaan.

    i. Semasa gempa bumi berlaku, bertenang dan bersegera mengikuti langkah-langkah yang digariskan di bawah.

    ii. Jika berada di luar dewan, bergerak dengan cepat keluar dari kawasan bangunan, tiang utiliti dan lain-lain struktur menuju ke assembly point. Amaran: Sentiasa mengelakkan menyentuh talian kuasa atau utiliti kerana bahan masih berfungsi.

    iii. Selepas gegaran awal, Pegawai Keselamatan menilai keadaan dan, jika bantuan kecemasan adalah perlu, menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan UiTM atau Polis Bantuan dan Penyelaras Bangunan. Lindungi diri anda pada setiap masa dan bersedia untuk gegaran susulan.

    iv. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah segera pergi ke tempat perhimpunan (assembly point) yang telah ditetapkan dengan membawa bersama-sama bungkusan kertas soalan peperiksaan dengan diiringi oleh Polis Bantuan.

    v. Pengawas Peperiksaan dan Pembantu Pengawas Peperiksaan hendaklah keluar dari dewan peperiksaan melalui pintu yang berdekatan dan pergi ke tempat perhimpunan (assembly point).

    vi. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah membuat head count untuk memastikan semua Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan berada di tempat perhimpunan (assembly point).

    vii. Sekiranya ada mangsa yang terperangkap, laporkan kepada Pegawai Keselamatan Bangunan untuk diselamatkan. Polis Bantuan UiTM hendaklah menjaga pintu masuk ke bangunan bagi mengelakkan berlaku kecurian dan pencerobohan.

    viii. Pegawai Keselamatan melaporkan kepada Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik).

    ix. Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik) melaporkan kejadian kepada Dekan / Rektor / Pengarah Bahagian Penilaian Akademik / Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

    x. Pegawai Keselamatan melaporkan jumlah mangsa yang terlibat kepada pihak Bomba.

    xi. Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan melaporkan kejadian kepada Pengarah Bahagian Penilaian Akademik untuk dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

    xii. Jangan Berpatah Balik Ke Dalam Bangunan kecuali diarahkan berbuat demikian oleh Komander Insiden Universiti atau Penyelaras Bangunan.

    xiii. KEKAL TENANG. Semua usaha Pelan Tindakan Kecemasan memerlukan pemikiran yang jelas dan kerjasama dari semua warga kampus UiTM.

    xiv. Sila merujuk kepada prosedur kecemasan khusus untuk bangunan yang digunakan/diduduki.

  • Bahagian Penilaian Akademik.nov16 2 of 5 Diluluskan Senat217

    2. Gempa bumi / Kebakaran / Runtuhan berlaku semasa Ketua Pengawas Peperiksaan telah berada di dalam dewan peperiksaan bersama-sama Pengawas Peperiksaan dan Pembantu Pengawas Peperiksaan dalam keadaan (i) bungkusan kertas soalan belum dibuka dan (ii) kertas soalan telah diagihkan di atas meja.

    i. Semasa gempa bumi berlaku, bertenang dan bersegera mengikuti langkah-langkah yang digariskan di bawah.

    ii. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan untuk keluar dari dewan/bilik peperiksaan melalui pintu yang berdekatan dan pergi ke tempat perhimpunan (assembly point) yang telah ditetapkan tanpa membawa bersama bungkusan kertas soalan peperiksaan. Jangan gunakan lif, gunakan tangga untuk laluan keluar menyelamatkan diri.

    iii. Jika di dalam bangunan, segera menyelamatkan diri di bawah meja atau kerusi. Menjauhkan diri daripada kaca tingkap, rak-rak dan peralatan berat. SEWAKTU GEMPA BERLAKU TERUS BERADA DALAM BANGUNAN DAN KELUAR BANGUNAN HANYA SELEPAS GEGARAN BERHENTI. Melindungi mata anda dengan menundukan kepala ke bawah.

    iv. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah membuat head count untuk memastikan semua Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan berada di tempat perhimpunan (assembly point).

    v. Sekiranya ada mangsa yang terperangkap, laporkan kepada Pegawai Keselamatan untuk diselamatkan. Polis Bantuan yang lain hendaklah menjaga pintu masuk ke bangunan bagi mengelakkan berlaku kecurian dan pencerobohan.

    vi. Pegawai Keselamatan melaporkan kepada Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik).

    vii. Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik) melaporkan kejadian kepada Dekan / Rektor / Pengarah Bahagian Penilaian Akademik / Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

    viii. Pegawai Keselamatan melaporkan jumlah mangsa yang terlibat kepada pihak Bomba.

    ix. Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan melaporkan kejadian kepada Pengarah Bahagian Penilaian Akademik untuk dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

    x. JANGAN BERPATAH BALIK KE DALAM BANGUNAN kecuali diarahkan berbuat demikian oleh Komander Insiden Universiti atau Penyelaras Bangunan.

    xi. KEKAL TENANG. Semua usaha Pelan Tindakan Kecemasan memerlukan pemikiran yang jelas dan kerjasama dari semua warga kampus UiTM

    xii. Sila merujuk kepada prosedur kecemasan khusus untuk bangunan yang digunakan/diduduki.

  • Bahagian Penilaian Akademik.nov16 3 of 5 Diluluskan Senat217

    3. Gempa bumi / Kebakaran / Runtuhan berlaku semasa pelajar sedang menduduki

    peperiksaan.

    i. Semasa gempa bumi berlaku, bertenang dan bersegera mengikuti langkah-langkah yang digariskan di bawah.

    ii. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan semua pelajar untuk keluar dari dewan/bilik peperiksaan melalui pintu yang berdekatan dan pergi ke tempat perhimpunan (assembly point) yang telah ditetapkan tanpa membawa bersama kertas soalan dan skrip jawapan peperiksaan. Jangan gunakan lif, gunakan tangga untuk laluan keluar menyelamatkan diri.

    iii. Jika di dalam bangunan, segera menyelamatkan diri di bawah meja atau kerusi. Menjauhkan diri daripada kaca tingkap, rak-rak dan peralatan berat. SEWAKTU GEMPA BERLAKU TERUS BERADA DALAM BANGUNAN DAN KELUAR BANGUNAN HANYA SELEPAS GEGARAN BERHENTI. Melindungi mata anda dengan menundukan kepala ke bawah.

    iv. Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan diminta membantu melancarkan proses pelajar meninggalkan dewan/bilik peperiksaan.

    v. Setelah semua pelajar keluar, Ketua Pengawas, Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan juga perlu segera meninggalkan dewan/bilik peperiksaan dan pergi ke tempat perhimpunan (assembly point). Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah membawa bersama-sama senarai pelajar yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik berkenaan untuk semakan.

    vi. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah membuat head count untuk memastikan semua pelajar, Pengawas dan Pembantu Pengawas Peperiksaan berada di tempat perhimpunan (assembly point).

    vii. Sekiranya ada mangsa yang terperangkap, laporkan kepada Pegawai Keselamatan untuk diselamatkan. Polis Bantuan yang lain hendaklah menjaga pintu masuk ke bangunan bagi mengelakkan berlaku kecurian dan pencerobohan.

    viii. Pegawai Keselamatan melaporkan kepada Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik).

    ix. Timbalan Dekan (Akademik) / Timbalan Rektor (Akademik) melaporkan kejadian kepada Dekan / Rektor / Pengarah Bahagian Penilaian Akademik / Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

    x. Pegawai Keselamatan melaporkan jumlah mangsa yang terlibat kepada pihak Bomba.

    xi. Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan melaporkan kejadian kepada Pengarah Bahagian Penilaian Akademik untuk dimaklumkan kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

    xii. JANGAN BERPATAH BALIK KE DALAM BANGUNAN kecuali diarahkan berbuat demikian oleh Komander Insiden Universiti atau Penyelaras Bangunan.

    xiii. KEKAL TENANG. Semua usaha Pelan Tindakan Kecemasan memerlukan pemikiran yang jelas dan kerjasama dari semua warga kampus UiTM

    xiv. Sila merujuk kepada prosedur kecemasan khusus untuk bangunan yang digunakan/diduduki.

  • Bahagian Penilaian Akademik.nov16 4 of 5 Diluluskan Senat217

    4. Gangguan Kuasa Elektrik/Power Failure/Power Outage Semasa Peperiksaan.

    i. Jika terdapat gangguan kuasa elektrik yang menyebabkan kekurangan cahaya dan

    mengganggu keupayaan pelajar untuk menulis jawapan soalan peperiksaan, maka

    peperiksaan perlu dihentikan.

    ii. Ketua pengawas hendaklah mencatat masa dan membuat pengumuman dengan

    meminta semua pelajar BERHENTI MENULIS, BERDIAM DIRI DAN KEKAL

    DUDUK di kerusi masing-masing sementara Pengawas Peperiksaan mendapatkan

    pengesahan keadaan gangguan kuasa elektrik tersebut.

    iii. Pengawas Peperiksaan hendaklah dengan segera menghubungi Petugas Bilik

    Gerakan Peperiksaan untuk memaklumkan terdapat gangguan elektrik di

    bilik/dewan peperiksaan.

    iv. Petugas Bilik Gerakan hendaklah dengan segera menghubungi Unit/Bahagian

    Pengurusan Fasiliti untuk mengetahui punca gangguan kuasa elektrik yang telah

    berlaku dan berapa lama ianya akan berterusan.

    v. Setelah menerima maklumat, Dekan / Rektor / Pengarah / Pengerusi Jawatankuasa

    Peperiksaan akan membuat keputusan berdasarkan tempoh masa gangguan kuasa

    elektrik berlaku:-

    a) Jika kegagalan kuasa dijangka berlangsung 30 minit atau kurang, Dekan /

    Rektor / Pengarah / Pengerusi Jawatankuasa Peperiksaan boleh membenarkan

    peperiksaan diteruskan dengan meminta Ketua Pengawas mengumumkan

    bahawa peperiksaan akan bermula semula dan memaklumkan kepada calon

    masa tamat yang baharu iaitu tambahan masa berdasarkan tempoh masa

    gangguan kuasa elektrik yang berlaku.

    b) Jika kegagalan kuasa dija