pelan strategik matematik tahun satu

5
PELAN STRATEGIK MATEMATIK KSSR TAHUN 1, 2 DAN 3 BIL OBJEKTIF KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN 1 Semua murid dapat menguasai kemahiran asas matematik iaitu menulis angka dan menyatakan bilangan objek mengikut nombor. Murid-murid sudah dapat mengenali nombor dan menguasai kemahiran membaca dan mengira. Terdapat murid- murid yang sukar memahami konsep dan kaedah matematik. Kurang pendedahan terhadap nombor sebelum memasuki Tahun 1. Murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran matematik untuk menarik minat mereka agar dapat menguasai kemahiran mengira dan membaca. Terdapat segelintir murid yang kurang berminat untuk mempelajari Matematik. 2 Semua murid dapat menguasai kemahiran menambah dan menolak serta membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita bagi operasi tambah dan tolak Murid-murid dibantu dengan Bahan Bantu Belajar yang menarik agar dapat memahami konsep penambahan dan penolakan. Terdapat murid yang tidak memahami dan menguasai konsep penambahan dan penolakan dengan betul. Murid-murid dapat menyelesaikan operasi tambah dan tolak dalam bentuk ayat matematik. Murid dapat membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita masalah harian. Proses pengajaran dan pembelajaran kurang lancar apabila terdapat segelintir murid yang tidak boleh membaca dan menguasai kemahiran yang diajar. 3 Murid- murid tahun 2 dan 3 dapat menguasai sifir. Murid-murid diperkenalkan dan dibimbing untuk menulis sifir dengan mudah menggunakan Murid yang tidak menghafal sifir mempunyai masalah dalam memahami dan menguasai Murid-murid dapat menyelesaikan operasi darab dan bahagi dengan lebih mudah. Terdapat segelintir murid yang tidak mahu menulis sifir.

Upload: syarizat-zaihani-jamaludin

Post on 06-Feb-2016

55 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Strategik Matematik Tahun Satu

PELAN STRATEGIK MATEMATIK KSSR TAHUN 1, 2 DAN 3

BIL OBJEKTIF KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN1 Semua murid dapat

menguasai kemahiran asas matematik iaitu menulis angka dan menyatakan bilangan objek mengikut nombor.

Murid-murid sudah dapat mengenali nombor dan menguasai kemahiran membaca dan mengira.

Terdapat murid-murid yang sukar memahami konsep dan kaedah matematik.Kurang pendedahan terhadap nombor sebelum memasuki Tahun 1.

Murid-murid telah didedahkan dengan pelbagai kemahiran matematik untuk menarik minat mereka agar dapat menguasai kemahiran mengira dan membaca.

Terdapat segelintir murid yang kurang berminat untuk mempelajari Matematik.

2 Semua murid dapat menguasai kemahiran menambah dan menolak serta membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita bagi operasi tambah dan tolak

Murid-murid dibantu dengan Bahan Bantu Belajar yang menarik agar dapat memahami konsep penambahan dan penolakan.

Terdapat murid yang tidak memahami dan menguasai konsep penambahan dan penolakan dengan betul.

Murid-murid dapat menyelesaikan operasi tambah dan tolak dalam bentuk ayat matematik.Murid dapat membina dan menyelesaikan masalah yang melibatkan situasi cerita masalah harian.

Proses pengajaran dan pembelajaran kurang lancar apabila terdapat segelintir murid yang tidak boleh membaca dan menguasai kemahiran yang diajar.

3 Murid- murid tahun 2 dan 3 dapat menguasai sifir.

Murid-murid diperkenalkan dan dibimbing untuk menulis sifir dengan mudah menggunakan beberapa kaedah yang bersesuaian.

Murid yang tidak menghafal sifir mempunyai masalah dalam memahami dan menguasai konsep darab dan bahagi dengan betul.

Murid-murid dapat menyelesaikan operasi darab dan bahagi dengan lebih mudah.

Terdapat segelintir murid yang tidak mahu menulis sifir.

Page 2: Pelan Strategik Matematik Tahun Satu

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI

TAHUN 1- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asasTAHUN 2- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objekTAHUN 3- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

LINUS

Semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012

Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru

pemulihan PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan

kemahiran literasi dan numerasi

LATAR BELAKANG

* Satu daripada National Key Result Area (NKRA) “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas

literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir 2012”. (NKRA = Bidang Keberhasilan Utama Negara)

Page 3: Pelan Strategik Matematik Tahun Satu

* Mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah (Kohort Pertama).

* Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid sekolah rendah.

Rasional * Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di

sekolah masing-masing. * Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap

II. Masalah murid (yang tidak mempunyai masalah pembelajaran) yang belum menguasai kemahiran

asas M3 dengan baik masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA. * KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat

dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

Matlamat LINUS

- Celik huruf - Celik nombor

Strategi Pelaksanaan Di Sekolah

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun (Tahun 1, 2, 3): Saringan 1 (Mac) Saringan 2 (Jun) Saringan 3 (September)

Page 4: Pelan Strategik Matematik Tahun Satu

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.

Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI, BT-BI.