pelan pengurusan bencana jkn sabah

44
JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH PELAN PENGURUSAN BENCANA

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

17 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

PELAN PENGURUSAN BENCANA

Page 2: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

i

Penulis-Penulis

Dr. Maria Suleiman Ketua Penolong Pengarah Kanan (Epidemiologi)

Puan Nor Shazlin Yen Abdullah Pegawai Kesihatan Persekitaran

Penasihat

Dr. Christina Rundi Pengarah Kesihatan Negeri Sabah

Dr. Hj. Jamail Bin Muhi Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)

Terbitan :

Pusat Kesiapsiagaan Dan Respon Krisis Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Tingkat 1, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88814 Kota Kinabalu. Sabah

Email : [email protected] Telefon :: 088 - 219455 / 088 - 2637651 Faks : 088 – 219461 / 088 - 217740

Oktober 2015

Page 3: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

ii

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Senarai Penulis Senarai Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Lampiran Senarai Singkatan 1.0 Pendahuluan 2.0 Bencana

2.1 Kategori Bencana 2.2 Tahap Bencana

3.0 Kejadian-Kejadian Bencana atau Krisis di Negeri Sabah 3.1 Kejadian Kapal Terbang Terhempas 3.2 Kejadian Ribut Tropika Greg 3.3 Kejadian Pencerobohan Lahad Datu 3.4 Kejadian Gempa Bumi 3.5 Kejadian Banjir Lumpur 3.6 Kejadian Banjir

4.0 Objektif 4.1 Objektif Umum 4.2 Objektif Khusus

5.0 Metodologi 6.0 Skop 7.0 Pengurusan Bencana

7.1 Pencegahan 7.2 Kesiapsagaan 7.3 Tindak Balas Kecemasan 7.4 Pemulihan dan Pembangunan Semula

8.0 Organisasi Pengurusan Bencana 8.1 Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri

8.1.1 Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri

i ii iv iv iv v

1

2 2

3 4 4 5 6 6

7 7 8 8

9 9 9 9

10 10

Page 4: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

iii

KANDUNGAN

8.1.2 Terma Rujukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri

8.1.3 Jawatankuasa Pusat Kesiapsagaan dan Respon Krisis / Bencana (CPRC), Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri

8.1.4 Terma Rujukan CPRC Jabatan Kesihatan Negeri 8.2 Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah

8.2.1 Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Pejabat Kesihatan Negeri 8.2.2 Terma Rujukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana,

Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah 9.0 Mekanisme Tindak Balas Pengurusan Bencana 9.1 Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri 9.2 Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah 10.0 Pengurusan Bencana Secara Khusus 10.1 Pembahagian Kawasan Mengikut Zon 10.2 Pengurusan Rawatan Kecemasan dan Trauma 10.3 Pengurusan Forensik 10.4 Pengurusan Kesihatan Awam 10.5 Kesihatan Mental dan Psikososial 11.0 Laporan 12.0 Kesimpulan 13.0 Rujukan

MUKA SURAT

11

12

12

14

15

16 17

18 19 20 20 26 28 28 28

Page 5: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

iv

SENARAI JADUAL MUKA SURAT Jadual 1 : Jawatankuasa Pengurusaan Bencana, Jabatan Kesihatan

Negeri Sabah Jadual 2 : Jawatankuasa CPRC, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Jadual 3 : Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah

10

12

14

SENARAI RAJAH Rajah 1 : Kitaran Pengurusan Bencana (Disaster Management Cycle) Rajah 2 : Carta Organisasi CPRC Negeri Rajah 3 : Carta Alir Mekanisme Tindak Balas Peringkat JKN Rajah 4 : Carta Alir Mekanisme Tindak Balas Peringkat PKD Rajah 5 : Pengurusan Bencana mengikut Zon

9 13 16 17 19

SENARAI LAMPIRAN Lampiran 1 : Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan

Bencana, Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Lampiran 2 : Laporan Bencana (B1) Lampiran 3 : Laporan Kecederaan Bencana Lampiran 4 : Laporan Kematian Bencana

29

35 36 37

Page 6: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

v

SENARAI SINGKATAN BKKM Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan CPRC Crisis Preparedness Response Centre DGHM Director General of Health Malaysia EPID Epidemiologi JKN Jabatan Kesihatan Negeri KA Kesihatan Awam KKM Kementerian Kesihatan Malaysia KPAS Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar KPPK Ketua Penolong Pengarah Kanan MKN Majlis Keselamatan Negara MOH Ministry of Health NCD Non-Communicable Disease PHEIC Public Health Emergency of International Concern PKD Pejabat Kesihatan Daerah PKN Pengarah Kesihatan Negeri PKTK Pos Kawalan Tempat Kejadian TPKN Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri

Page 7: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

1

1.0 PENDAHULUAN Pelan Pengurusan Bencana ini disediakan sebagai panduan dalam pengurusan bencana di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Ini juga adalah selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) (Dasar dan Mekanisme Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara) No. 20, agar tindakan-tindakan yang diambil di peringkat sebelum, semasa dan selepas sesuatu kejadian bencana dapat dilaksanakan dengan cekap, teratur, terancang, berkesan dan mencukupi. Di bawah MKN No. 20, Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggungjawab dalam menyediakan:- i. Perkhidmatan Kecemasan dan Menyelamat ii. Perkhidmatan Pangkalan Perubatan iii. Perkhidmatan Kesihatan Awam

2.0 BENCANA

Di bawah Arahan MKN No. 20, ‘Bencana’ ditakrifkan sebagai sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan, dalam mana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangka masa panjang.

Page 8: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

2

2.1 Kategori Bencana Bencana terbahagi kepada beberapa kategori dan terdapat 4 kategori utama.

2.1.1 Bencana Wabak Penyakit Berjangkit/Pandemik

Kejadian penularaan wabak penyakit berjangkit yang tidak terkawal atau pandemik.

2.1.2 Mass Casualty Incident (MCI) Kejadian bencana yang melibatkan sejumlah besar mangsa dan kehilangan nyawa serta berlakunya kegagalan infrastruktur perkhidmatan kesihatan dan perubatan.

2.1.3 Kemalangan Kimia, Radiologi dan Nuklear

Kejadian bencana akibat kemalangan kimia, radiologi dan nuklear serta bahan-bahan berbahaya yang boleh mengugat nyawa dan kesihatan majoriti lapisan masyarakat.

2.1.4 Bencana Alam

Kejadian bencana seperti kejadian banjir, ribut atau taufan, gempa bumi, tsunami, ombak besar, kemarau dan tanah runtuh.

2.2 Tahap Bencana

Bencana dikendalikan mengikut tahap-tahap keterukan iaitu bencana tahap 1, 2 dan 3.

2.2.1 Bencana Tahap 1

Kejadian di peringkat daerah (setempat) yang terkawal dan tidak berpotensi untuk merebak. Tahap ini tidak begitu kompleks dan hanya berkemungkinan kehilangan nyawa dan harta benda yang kecil. Aktiviti penduduk setempat tidak terjejas secara meluas. Ianya dapat ditangani

Page 9: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

3

dengan berkesan melalui agensi-agensi diperingkat daerah tanpa atau dengan bantuan dari luar yang terhad.

2.2.2 Bencana Tahap 2 Kejadian yang lebih serius meliputi kawasan yang luas atau melebihi dua daerah. Ianya mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang banyak. Bencana ini turut memusnahkan infrastruktur dan menjejaskan aktiviti harian masyarakat. Bersifat lebih kompleks dari bencana tahap 1 dan menyulitkan dari segi usaha mencari dan menyelamat. Ia memerlukan penglembengan sumber berkuasa di peringkat negeri dengan bantuan dari Peringkat Pusat yang terhad.

2.2.3 Bencana Tahap 3

Kejadian yang bersifat lebih kompleks atau meliputi kawasan yang lebih yang luas atau melebihi dua buah negeri dan memerlukan penyelarasan dan penglembengan oleh pihak berkuasa diperingkat pusat dengan atau bantuan dari luar negara.

3.0 KEJADIAN-KEJADIAN BENCANA ATAU KRISIS DI NEGERI SABAH Negeri Sabah tidak bebas daripada bencana atau krisis dan telah melaporkan bencana yang besar yang mana telah mengorbankan banyak nyawa. 3.1 Kejadian Kapal Terbang Terhempas 3.1.1 Tragedi Fokker 50 terhempas di Lapangan Terbang Tawau

a. Berlaku pada 15 September 1995 (Jumaat) pada jam 12.55 tengah hari. Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 11.50 pagi.

b. Pesawat “Fokker 50” Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru mendarat di lapangan terbang itu, terbabas dan merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak di

Page 10: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

4

hujung landasan. Sekurang-kurangnya 10 penduduk kampung cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau.

c. Operasi merekodkan seramai 34 daripada 53 orang yang berada di dalam kapal terbang berkenaan mengalami kecederaan kebakaran.

3.1.2 Tragedi Twin Otter MAS Wing terhempas di Kudat

a. Berlaku pada 10 Oktober 2013 pada pukul 2.55 petang. Berlepas dari Lapangan Terbang Antabangsa Kota Kinabalu pada pukul 11.50 pagi.

b. Pesawat Twin Otter milik MAS Wing terrhempas pada pukul 2.50 petang.

c. Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian.

d. Pada pukul 4.40 petang, 2 kecederaan teruk telah dilaporkan manakala pada pukul 5 petang, seramai 6 orang dilaporkan cedera dan 3 orang pula cedera parah.

e. Pada pukul 8 malam, seorang mangsa teruk dipindahkan ke Kota Kinabalu menggunakan helikopter.

f. Seorang penumpang warga emas TAC/ 69 tahun/ cina disahkan meninggal dunia pada pukul 8.20 malam manakala seorang lagi mangsa kematian dilaporkan pada jam 9.30 malam iaitu pembantu juruterbang Twin Otter MAS Wing terlibat.

3.2 Kejadian Ribut Tropika Greg

a. Berlaku pada 26 Disember 1996. b. Mengorbankan 238 nyawa dan 102 orang dilaporkan hilang. c. Daerah terjejas adalah Keningau, Sipitang, Beaufort, Tambunan,

Kota Kinabalu danTuaran.

3.3 Kejadiaan Pencerobohan Lahad Datu a. Pada 12 Februari 2013 CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

telah menerima laporan insiden pencerobohan warga Filipina di

Page 11: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

5

Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana kira-kira 100 orang warga Filipina telah memasuki Kampung Tanduo, Lahad Datu.

b. Bilik operasi CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah dibuka pada 19 Februari 2013 dan dipengerusikan sendiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

c. Episod pertempuran di antara penceroboh dan anggota keselamatan telah menyebabkan kira-kira 2,100 penduduk kampung dipindahkan pelbagai tempat pemindahan di Felda Sahabat.

d. Bancian semula mendapati jumlah mangsa sebenar adalah 1,497 orang.

e. Secara rasmi sejumlah 5 pusat pemindahan telah dibuka iaitu Felda Cenderawasih, Embara Budi, Fajar Harapan, Gemala Pura dan Jeragan Bestari.

f. Semua pusat pemindahan di Felda Sahabat telah ditutup secara rasmi pada 19 April 2013 dengan penutupan terakhir Pusat Pemindahan Embara Budi.

g. Mangsa kecederaan akibat perang adalah 23 kes manakala mangsa kematian akibat perang adalah sebanyak 9 kes.

h. Kematian pengganas akibat perang adalah seramai 64 orang. 3.4 Kejadian Gempa Bumi

a. Berlaku pada tahun 1966 dengan magnitud 5.3. b. Berlaku pada tahun 1991 dengan magnitud 5.2. c. Berlaku pada 5 Jun 2015 dengan magnitud 5.9.

i. Berlaku di Ranau namun daerah Tambunan, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud dan kawasan pedalaman mengalami gegaran.

ii. Mangsa terlibat adalah seramai 300 orang berada di Gunung Kinabalu semasa kejadian bencana, 187 pendaki gunung, 6 orang pekerja Sabah Park, 48 orang malim, 11 orang pekerja ’Via Ferrata Activity, ’Syarikat Mountain Torq’ dan 48 orang pekerja ’Sutera Sanctuary Lodge’.

Page 12: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

6

iii. Mangsa selamat adalah seramai 282 orang yang telah diselamatkan iaitu 173 orang pendaki gunung, 6 orang pekerja Sabah Park, 46 orang malim gunung, 9 orang pekerja ’Via Ferrata Activity’, ’Syarikat Mountain Torq’ dan 48 orang pekerja ’Sutera Sanctuary Lodge’.

iv. Sebanyak 18 mangsa terlibat iaitu 9 warganegara Singapura, 6 warganegara Malaysia, 1 Warganegara Filipina, 1 Warganegara Cina dan 1 Warganegara Jepun.

3.5 Kejadian Banjir Lumpur a. Hujan lebat berterusan di Gunung Kinabalu sejak 15 Jun 2015

menyebabkan banjir lumpur di kawasan tanah runtuh di Sungai Mesilau, Ranau, Sungai Liwagu, Ranau dan Sungai Kadamaian, Kota Belud. Pusat pemindahan telah dibuka di Dewan Kundasang, Dewan Masyarakat Ranau, Dewan Marakau dan Dewan Tun Said Keruak Kota Belud.

b. Seramai 232 orang di Dewan Kundasang, 387 orang di Dewan Masyarakat Ranau, 172 orang di Dewan Marakau dan 28 orang di Dewan Tun Said Keruak Kota Belud dengan jumlah keseluruhan adalah 819 orang.

3.6 Kejadian Banjir a. Pada tahun 2010

i. Berlaku pada 21 Januari 2010 di Kinabatangan, mangsa banjir berjumlah 2,763 orang melibatkan 575 keluarga dari 10 kampung.

ii. Tiga buah rumah penduduk kampung di Tongod roboh dan dihanyutkan arus deras.

iii. Mangsa banjir ditempatkan di Dewan Majlis Daerah Tongod. Pusat pemindahan banjir turut dibuka di Balai Raya Bukit Garam, Masjid Kampung Buang Sayang dan Sekolah Rendah Kebangsaan Sangau.

iv. Lain-lain kampung yang dilanda banjir ialah Tulang-tulang, Desa Permai, Kuamut, Tangkuyan, Balat, Sangau, Bukit Garam,

Page 13: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

7

Seri Manis, Pelangi danJaya Baru ,Kampung Nusa Jaya dan Buang Sayang.

b. Pada tahun 2014

i. Hujan yang lebat dan berpanjangan pada 13 Januari 2014 mengakibatkan banjir besar di bahagian pedalaman Sabah iaitu Beaufort, Keningau dan Tenom.

ii. Seramai lebih 4,000 mangsa telah dipindahkan dan sejumlah 22 pusat pemindahan dibuka di Beaufort and Tenom.

c. Pada tahun 2015

i. Sebanyak 500 keluarga telah dipindahkan di 7 pusat pemindahan di Beauforrt dan Membakut berikutan banjir yang berlaku pada 22 Januari 2015.

ii. Sebanyak 39 buah sekolah dan hampir 7,000 orang murid sekolah terjejas akibat banjir tersebut.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Objektif Umum Pelan Pengurusan Bencana ini bertujuan sebagai satu panduan bagi pengurusan dari segi aspek kesihatan secara keseluruhan dalam kejadian bencana. Ia juga untuk penyeragaman tindakan pengurusan bencana di Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Pejabat Kesihatan Daerah.

4.2 Objektif Khusus 4.2.1 Menyediakan satu mekanisme pengurusan bencana secara

menyeluruh dari segi aspek keperluan pengurusan kesihatan kepada masyarakat terlibat.

.

Page 14: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

8

4.2.2 Pengurusan komunikasi secara efektif dan berkesan di semua peringkat kesihatan, agensi setempat dan juga antarbangsa semasa kejadian bencana.

4.2.3 Pengurusan bencana secara efektif dan efisien bagi memastikan

morbiditi dan mortaliti berkaitan bencana dapat dikurangkan. 4.2.4 Memastikan kesinambungan perkhidmatan keperluan kesihatan

kepada masyarakat yang terlibat semasa kejadian bencana. 4.2.5 Penyimpanan data maklumat (record keeping) berkaitan bencana

untuk rujukan pada masa hadapan.

5.0 METODOLOGI

Metodologi yang terlibat meliputi:- 5.1 Penyiasatan Awal oleh ‘Rapid Assessment Team’ 5.2 Penubuhan Bilik Gerakan 5.3 Pemeriksaan Pusat Pemindahan Sementara 5.4 Kajian Persekitaran 5.5 Ujian Makmal 5.6 Kawalan Persekitaran 5.7 Promosi Kesihatan 5.8 Pengurusan Kecemasan dan Trauma 5.9 Pengurusan Psikologi

6.0 SKOP

Garispanduan ini digunapakai oleh semua pegawai yang bertanggungjawab di Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Pejabat Kesihatan Daerah terhadap pengurusan kejadian bencana.

Page 15: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

9

7.0 PENGURUSAN BENCANA

Pengurusan Bencana dilaksanakan mengikut fasa kejadian bencana. Setiap fasa diambil tindakan mengikut tindakan-tindakan yang disarankan.

7.1 Pencegahan (Preventive / Mitigation)

Fasa ini melibatkan tindakan yang bertujuan untuk mencegah, meminimakan risiko dan mengurangkan impak kejadian bencana atau hazad di sesuatu tempat atau lokasi.

7.2 Kesiapsagaan (Preparedness) Fasa ini meliputi tindakan perancangan dan persediaan awal untuk memastikan kelicinan pengurusan sesuatu bencana. Pelaksanaan termasuk penyediaan dasar, pelan tindakan, garis panduan, infrastruktur dan sumber manusia termasuk kepakaran.

7.3 Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Plan) Fasa pengaktifan Pelan Pengurusan Bencana dan pembukaan Pusat Kesiapsagaan dan Respon Krisis/Bencana (CPRC).

7.4 Pemulihan dan Pembangunan Semula (Recovery/Rehabilitaion) Fasa tindakan pasca bencana yang bertujuan untuk memulihkan dan memastikan keselamatan sesuatu lokaliti yang terlibat dalam bencana.

Rajah 1 : Kitaran Pengurusan Bencana (Disaster Management Cycle)

Page 16: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

10

8.0 ORGANISASI PENGURUSAN BENCANA Pengurusan bencana dikendalikan di peringkat:-

1. Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri 2. Peringkat Pejabat Kesihatan Kawasan / Daerah

8.1 Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri

8.1.1 Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri

Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri terdiri daripada pihak pengurusan atasan dan dipengerusikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri (Jadual 1). Jawatankuasa ini diaktifkan serta-merta apabila berlakunya kejadian bencana. Semua ahli jawatankuasa mempunyai senarai tugas dan tanggungjawab (Lampiran 1). Jadual 1 : Jawatankuasa Pengurusaan Bencana, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Ahli Jawatan Pengerusi Pengarah Kesihatan Negeri Timbalan Pengerusi 1 Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (KA) Timbalan Pengerusi 2 Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Ahli-Ahli Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (BKKM) Pakar Perubatan (Kecemasan dan Trauma) Pakar-Pakar (Berkaitan) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Survelan) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Epidemiologi)

Page 17: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

11

Ahli Jawatan

Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPAS ) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kesihatan Keluarga) Ketua Penolong Pengarah Kanan (NCD) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kejuruteraan) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Promosi Kesihatan) Penolong Pengarah Unit Inspektorat dan Perundangan Ketua Penyelia Jururawat Negeri Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri

8.1.2 Terma Rujukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

1. Memastikan arahan daripada Kementerian Kesihatan peringkat

Kebangsaan dilaksanakan dengan cepat dan tepat. 2. Menyelaras dan melaksanakan Pelan Pengurusan Bencana di peringkat

negeri. 3. Memberi arahan untuk menubuhkan Pusat Kesiapsagaan dan Respons

Krisis/Bencana di peringkat jabatan kesihatan negeri dan pejabat kesihatan daerah.

4. Memastikan kesinambungan kemudahan dan keperluan dari segi aspek perubatan, rawatan dan lain-lain bantuan segera kepada mangsa terlibat semasa bencana.

5. Mewujudkan satu pusat utama untuk sumber informasi kesihatan di peringkat negeri kepada pihak yang terlibat.

6. Menentu dan menjalankan post mortem selepas sesuatu kejadian bencana serta cadangan-cadangan penambahbaikan bagi kelemahan yang dikenalpasti.

7. Menjadi penghubung di antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana (Kesihatan) Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri dengan Jawatankuasa Bencana Negeri.

Page 18: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

12

8.1.3 Jawatankuasa Pusat Kesiapsagaan dan Respons Krisis/Bencana (CPRC), Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri

CPRC dibuka serta merta apabila berlaku krisis atau bencana menepati definisi seperti yang telah ditetapkan. Di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, telah diwujudkan satu Garis Panduan Pusat Kesiapsagaan dan Respon Krisis bagi tujuan menyelaras aktiviti dan tindakan kawalan yang dijalankan di seluruh negeri. CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Sabah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Survelan). Jawatankuasa dan Carta Organisasi CPRC JKN Sabah adalah seperti di Jadual 2 dan Rajah 2.

Jadual 2 : Jawatankuasa CPRC, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Ahli Jawatankuasa Jawatan Ketua CPRC Ketua Penolong Pengarah Kanan (Survelan) Ahli-Ahli Ketua Penolong Pengarah Kanan (Epidemiologi)

Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPAS) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kesihatan Keluarga) Ketua Penolong Pengarah Kanan (NCD) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kejuruteraan) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Promosi Kesihatan) Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perubatan) Penolong Pengarah Kesiapsagaan Penolong Pengarah Unit Inspektorat dan Perundangan Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Epidemiologi

8.1.4 Terma Rujukan CPRC Jabatan Kesihatan Negeri

1. Sebagai pusat arahan dan koordinasi bagi semua aktiviti dan tindakan

yang berkaitan dengan kejadian bencana di negeri Sabah. 2. Mengadakan mesyuarat harian untuk membincangkan status,

perkembangan, koordinasi dan pengurusan kejadian bencana.

Page 19: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

13

Rajah 2 : Carta Organisasi CPRC Negeri

3. Mengumpul dan memantau semua maklumat berkaitan dengan aktiviti semasa kejadian bencana di negeri Sabah.

4. Mengemaskini dan menganalisa maklumat aktiviti dan situasi semasa kejadian bencana.

5. Menyelaras semua aktiviti berkaitan kejadian bencana dengan koordinasi dan kolaborasi antara agensi kerajaan yang berkaitan di peringkat negeri.

6. Menyediakan dan mengedarkan laporan dan maklumat berkaitan kepada CPRC KKM (Pusat Kesiapsiagaan Dan Respons Krisis, (CPRC), Bahagian Kawalan Penyakit, KKM) dan pihak yang berkaitan.

Penasihat CPRC (Pengarah Kesihatan Negeri)

Ketua CPRC (Ketua Penolong Pengarah Kanan (Survelan)

Survelan (KPPK Survelan)

Kawalan Vektor (KPPK Vektor JKNS) Kawalan TB/Kusta

(KPPK TB / Kusta)

STD/HIV/AIDS (KPPK STD/HIV/AIDS)

Epidemiologi (KPPK Epid)

Unit Sokongan (Pembantu Tadbir)

Unit BKKM (KPPK FSQ)

Promosi Kesihatan (KPPK Unit Promosi)

Kesihatan Keluarga (KPPK Kesihatan

Keluarga)

Pakar Rujuk

Ketua PKP/PPKP (Inspektorat / UIP)

KPAS (KPPK KPAS)

Kejuruteraan (KPPK Jurutera)

Bahagian Perubatan (KPPK Perubatan)

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah 1.Kesihatan Awam

2.Perubatan 3.Pergigian 4.Farmasi

5.Pengurusan 6.BKKM

Page 20: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

14

8.2 Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah 8.2.1 Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Pejabat Kesihatan

Daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat PKD dipengerusikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah (Jadual 3).

Jadual 3 : Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Ahli Jawatankuasa Jawatan Pengerusi Pegawai Kesihatan Daerah Timbalan Pengerusi Pengarah Hospital Daerah Sekretariat Pegawai Survelan / Epid Daerah Ahli-Ahli Pegawai Perubatan Daerah

Pakar Kesihatan Keluarga Pegawai Farmasi Pegawai Pendidikan Kesihatan Pegawai Kesihatan Persekitaran Pegawai Teknologi Makanan Pegawai Sains (Pemakanan) Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Ketua Jururawat Daerah Penolong Pegawai Perubatan Kanan

Page 21: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

15

8.2.2 Terma Rujukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Pejabat Kesihaan Daerah 1. Memastikan arahan daripada Jabatan Kesihatan dilaksanakan dengan

cepat dan tepat. 2. Menyelaras dan melaksanakan Pelan Pengurusan Bencana di

peringkat daerah. 3. Memastikan kesinambungan kemudahan dan keperluan dari segi

aspek perubatan, rawatan dan lain-lain bantuan segera kepada mangsa terlibat di peringkat daerah.

4. Mewujudkan satu pusat utama untuk sumber informasi kesihatan di peringkat daerah kepada pihak yang terlibat.

5. Menentu dan menjalankan post mortem selepas sesuatu kejadian bencana serta cadangan-cadangan penambahbaikan bagi kelemahan yang dikenalpasti.

6. Meminta agensi-agensi berkenaan mengemukakan laporan berkaitan kesihatan mengenai langkah-langkah pencegahan yang telah diambil bagi mencegah atau mengurangkan impak bencana ke atas kesihatan.

7. Menjadi penghubung di antara Jawatankuasa Pengurusan Bencana (Kesihatan) Peringkat Daerah dengan Jawatankuasa Bencana Daerah.

Page 22: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

16

Mula

9.0 MEKANISME TINDAK BALAS PENGURUSAN BENCANA

9.1 Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri CPRC menerima makluman mengenai kejadian bencana dan menentusahkan kejadian tersebut dan seterusnya mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (Rajah 3). Rajah 3 : Carta Alir Mekanisme Tindak Balas Peringkat JKN

Tidak Pegawai Bertugas CPRC memaklumkan kepada KPPK (Survelan)

CPRC – Terima laporan atau maklumat berkaitan kejadian bencana melalui saluran rasmi (sms, telefon, emel atau faks)

Pegawai Bertugas CPRC menentusahkan samada kejadian bencana memenuhi kriteria PHEIC

Pegawai Bertugas CPRC mengumpul maklumat yang berkaitan

Ya

KPPK (Survelan) memaklumkan kepada TPKN (KA) TPKN (KA) memaklumkan kepada PKN PKN menerima makluman dan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bilik CPRC

Bilik CPRC Negeri *Rujuk terma rujukan CPRC

Negeri Jawatankuasa Pengurusan

Bencana Negeri *Rujuk terma rujukan Jawatankuasa

Pengurusan Bencana Negeri

Pegawai Bertugas CPRC akan meneruskanpemantauan

Maklumbalas ke CPRC, KKM

Page 23: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

17

9.2 Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Di peringkat daerah, sebarang maklumat berkaitan bencana yang diterima oleh CPRC daerah, akan ditentusahkan dan dimaklumkan kepada CPRC Negeri (Rajah 4).

Rajah 4 : Carta Alir Mekanisme Tindak Balas Peringkat PKD

CPRC Daerah Dibuka Pengaktifan Pasukan

Pengurusan Bencana Daerah

Pelaksanaan aktiviti

kesihatan dan perubatan di

kawasan kejadian bencana

Kompilasi Reten

Laporan

CPRC Negeri

Laporan Aktiviti oleh Pasukan Pengurusan Bencana

CPRC Daerah menerima maklumat berkaitan kejadian bencana

Menentusahkan maklumat berkaitan kejadian bencana

Pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah

Page 24: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

18

10.0 PENGURUSAN BENCANA SECARA KHUSUS

10.1 Pembahagian Kawasan Mengikut Zon

Semasa kejadian bencana, penempatan pasukan perubatan dan kesihatan di tempat kejadian adalah mengikut zon. Ini adalah mematuhi keselamatan dan protokol yang ditetapkan di kawasan operasi perlu dipatuhi yang meliputi bencana:-

1. Penetapan zon 2. Pengagihan tugas mengikut matriks 3. Pos-pos perubatan 4. Pengangkutan / Pemindahan 5. Pengurusaan pemindahan mangsa

Pengurusan bencana di tempat kejadian di bawah MKN, No. 20 terbahagi kepada 3 zon utama (Rajah 5).

1. Zon Merah Kawasan operasi khas untuk Agensi Penyelamat termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (KKM) yang mempunyai kepakaran tertentu sahaja.

2. Zon Kuning Kawasan di luar tempat kejadian yang menempatkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan pos-pos Agensi Penyelamat. Petugas Kecemasan dan Trauma (JKNS/KKM) ditempatkan di kawasan ini.

3. Zon Hijau

Kawasan yang mengelilingi Zon Kuning dan menempatkan petugas-petugas dari Agensi Bantuan dan Pemulihan serta badan-badan sukarela, Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat Kaunseling, Tempat Bekalan Makanan, Tempat Rehat dan Tempat Mayat.

Page 25: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

19

Rajah 5 : Pengurusan Bencana mengikut Zon

10.2 Pengurusan Rawatan Kecemasan dan Trauma Di lokaliti tempat kejadian, Pasukan Rawatan Kecemasan dan trauma mematuhi arahan keselamatan iaitu hanya pakar perubatan kecemasan dan trauma yang boleh dibenarkan masuk dalam zon merah. Pasukan perubatan yang lain adalah berada dalam zon kuning. Fungsi utama pasukan rawatan kecemasan dan trauma adalah:-

a. Menerima kes-kes kecemasan dan trauma dari zon merah. b. Menilai status kecederaan kes-kes dan memberi klasifikasi serta rawatan

- Kes Merah – Rujukan ke Hospital - Kes Kuning – Rujukan ke Hospital - Kes Hijau – Memberi rawatan ringan - Kes Putih – Rujukan ke Jabatan Forensik

c. Membuat laporan statistik kes-kes

.ZON MERAH

KAWASAN KEJADIANKAWASAN OPERASI

UNIT-UNIT KHAS DAN MENCARI DAAN MENYELAMAT

ZON KUNINGZON HIJAU

PDRMBOMBA

ATMPERTAHANAN

AWAMKEMENTERIAN

KESIHATAN MALAYSIA

TEMPAT MAYATPENGURUSAN

MEDIALAIN-LAIN AGENSI

PENYELAMAT

JALAN MASUK

SMART POS KAWALAN TEMPAT

KEJADIAN PUSAT KELUARGA

MANGSAPUSAT

KAUNSELING

BEKALAN MAKANAN

POS PENGAWALPOS PENGAWAL

ZON MERAH – Kawasan kerja Unit-Unit Khas, Pasukan-pasukan Agensi Penyelamat yang mempunyaikepakaran tertentu. Pembahagian kawasan ini juga tertakluk kepada jenis dan bentukbencana ZON KUNING –Kawasan penempatan Pusat PKTK dan Pos-pos Agensi Penyelamat

ZON HIJAU – Kawasan penempatan Pusat Pengurusan Media, Pusat Keluarga Mangsa, Pusat Kaunseling, tempat bekalan makanan, tempat mayat, tempat rehat dan Agensi Bantuan dan Pemulihandan Badan Sukarela

Page 26: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

20

10.3 Pengurusan Forensik Pengurusan mayat perlu dikendalikan oleh Jabatan Forensik Patologi selaras dengan garis panduan, prosedur operasi piawai yang sedia ada.

1. Kanun Akta Jenayah. 2. INTERPOL Crisis Victim Identification (DVI) Guidelines. 3. Standard Operating Procedures for forensic Medicine Services. 4. Human Post Mortem Guidelines In MOH Hospitals (Directive No.17/2008) of

the DGHM. 5. Guidelines on Handling Over of Unclaimed Bodies from a MOH Hospital to

the Medical Faculty of a Local University for Educational Purposes or Medical Research (Directive No.5/2008 of the DGHM).

Pengurusan Mayat yang melibatkan warga asing hendaklah mematuhi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengimportan dan Pengeksportan Mayat, Tisu Manusia dan Organisma dan Bahan Patogenik 2006). 10.4 Pengurusan Kesihatan Awam Peranan dan tanggungjawab utama dalam kesihatan awam adalah memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan di peringkat fasiliti kesihatan iaitu klinik kesihatan, klinik komuniti, pusat pemindahan dan kawasan bencana.

1. Pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit di kawasan bencana dan pusat pemindahan.

2. Sanitasi di pusat pemindahan. 3. Antenatal, ibu bersalin dan postnatal (ibu dan anak). 4. Perkhidmatan kesihatan kanak-kanak.

10.4.1 Di Peringkat Kesiapsiagaan Di peringkat kesiapsagaan, pegawai perubatan yang bertanggungjawab sesuatu fasiliti kesihatan perlu memastikan maklumat-maklumat penting adalah sentiasa tersedia dan lengkap sebagai persediaan dalam menghadapi sebarang kejadian bencana.

1. Maklumat Kawasan Operasi, Pengurusan dan Pentadbiran

Page 27: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

21

a. Profil dan peta kawasan operasi. b. Senarai dan nombor telefon pegawai dan anggota petugas dari setiap

fasiliti kesihatan di kawasan operasi. c. Senarai kemudahan kesihatan yang berisiko dilanda bencana dan

cadangan tempat operasi klinik jika klinik berkenaan dilanda bencana atau terputus hubungan.

d. Direktori agensi bantuan atau penyelamat seperti bomba, polis, pertahanan awam.

e. Mengemaskini senarai aset dan inventori. f. Memastikan keperluan perubatan mencukupi dan boleh digunakan

pada bila-bila masa diperlukan. g. Membuat persediaan dan mengenalpasti tempat pemindahan untuk

semua harta benda/ peralatan termasuk rekod-rekod fasiliti kesihatan. h. Memastikan keperluan vaksin yang minimum adalah tersedia di fasiliti

kesihatan apabila berlaku kejadian bencana atau putus hubungan. i. Menubuhkan Pasukan Perubatan sebagai persediaan dan sedia

digerakkan apabila berlakunya bencana. j. Memastikan terdapatnya salinan Pelan Pengurusan Bencana di semua

fasiliti kesihatan dan memastikan langkah-langkah bersiap sedia dan aktiviti-aktiviti bencana mengikut garispanduan dijalankan di setiap fasiliti klinik.

2. Maklumat Klinik Antenatal

a. Mengemaskini senarai maklumat ibu-ibu mengandung yang dijangka bersalin dalam tempoh masa dijangka berlakunya bencana dan berisiko tinggi di peringkat klinik.

b. Mengenalpasti ibu-ibu yang merancaang untuk berpindah ke pusat pemindahan atau rumah saudara atau keluarga lain.

c. Memaklumkan senarai maklumat kes ibu mengandung yang telah dikemaskinikan kepada Penyelaras Klinik Kesihatan sebelum kejadian bencana.

d. Memberi pendidikan kesihatan kepada ibu mengandung, suami dan keluarga tentang persediaan menghadapi kejadian bencana.

Page 28: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

22

3. Maklumat Kanak-Kanak a. Memperolehi senarai kanak-kanak yang bermasalah yang memerlukan

rawatan dan bantuan khas. b. Memastikan kes-kes yang memerlukan rawatan yang berterusan

mempunyai bekalan ubatan yang mencukupi. c. Menyediakan pendidikan kesihatan kepada keluarga kanak-kanak

tentang persediaan menghadapi kejadian bencana.

4. Penyakit Kronik a. Mengenalpasti kes-kes berkeperluan khusus (seperti hemodialisis,

thalassemia major blood transfusion dependent, CVA, Psychosocial Rehab, Methadone Replacement Theraphy) dan ditempatkan di tempat yang selamat atau hospital.

b. Menyenaraikan dan menotifikasikan kes berkeperluan khas ke Bilik Gerakan Bencana Daerah.

c. Memastikan bekalan ubat adalah mencukupi. d. Menjalankan pendidikan kesihatan kepada para pesakit dan penjaga

dalam menangani kejadian bencana. e. Menyediakan buku senarai ubat-ubatan tentang penyakit kronik.

5. Maklumat Klinik Kesihatan Mental

a. Memberi pendidikan kesihatan dan mengagihkan risalah kepada pesakit mental yang stabil dan penjaga tentang penjagaan kesihatan mental dan emosi dalam keadaan abnormal, stres-pos-trauma, distress akut dan depresi.

b. Mengenalpasti pesakit mental yang menerima rawatan susulan di klinik mempunyai bekalan ubatan yang mencukupi.

c. Menjalankan pendidikan kesihatan dan mengedarkan risalah kepada pelanggan di klinik tentang isu kesihatan mental dan penyakit berjangkit serta kecederaan yang boleh berlaku semasa bencana.

Page 29: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

23

10.4.2 Semasa Kejadian Bencana Di peringkat semasa kejadian bencana, pegawai perubatan yang bertanggungjawab perlu memastikan maklumat dan tindakan diambil sebagai respon terhadap sesuatu kejadian bencana iaitu;-

1. Tindakan Rutin a. Pasukan perubatan perlu membuat lawatan ke semua pusat pemindahan

bencana sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. b. Memberi maklumat terhadap kejadiaan penyakit berjangkit, penyakit tidak

berjangkit, kecederaan dan kematian semasa kejadian bencana ke bilik gerakan daerah.

2. Antenatal / Ibu Bersalin / Post natal (Ibu dan Anak) a. Antenatal

i. Memaklumkan tentang senarai ibu-ibu mengandung yang dijangka bersalin dan berisiko tinggi.

ii. Memastikan ibu-ibu yang berisiko dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

iii. Menentukan kes yang tidak menetap di tempat pusat pemindahan tapi tinggal di rumah saudara mara dirujuk ke klinik yang berhampiran.

iv. Merujuk kes-kes yang hampir bersalin atau berisiko tinggi segera ke hospital.

b. Ibu Bersalin i. Menghubungi Bilik Gerakan Bencana Daerah / Negeri segera

sekiranya terdapat di kalangan ibu-ibu yang mempunyai tanda-tanda awal bersalin atau telah bersalin dan mempunyai komplikasi agar dirujuk ke hospital.

ii. Mengiringi ibu tersebut ke hospital dan menyambut kes-kes yang bersalin kecemasan.

c. Postnatal (Ibu dan Anak)

i. Untuk kes-kes postnatal di hospital yang tidak mempunyai tempat selamat untuk didiami perlu tinggal di hospital sehingga keadaan situasi bencana kembali reda.

Page 30: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

24

ii. Memaklumkan klinik terdekat untuk menjalankan rawatan postnatal bagi ibu yang terlibat.

iii. Menentukan ibu-ibu yang berada di pusat pemindahan mendapat rawatan postnatal.

iv. Merujuk kes ibu bermasalah ke hospital dengan segera. v. Menghubungi Bilik Gerakan Daerah tentang rujukan segera kes anak-

anak yang bermasalah ke hospital.

d. Penyakit Kronik i. Mengenalpasti kes bermasalah di pusat pemindahan yang

memerlukan rujukan rawatan lanjut. ii. Menghubungi Bilik Gerakan Daerah segera sekiranya terdapat

masalah tentang kes penyakit kronik yang perlu dirujuk segera ke hospital.

iii. Memastikan bekalan ubat diteruskan di pusat pemindahan untuk kes yang kehabisan ubat atau ubat rosak untuk tempoh bekalan satu minggu.

iv. Memastikan bekalan ubat–ubatan pesakit adalah mencukupi.

e. Kes Kecemasan i. Mengenalpasti kes kecemasan di pusat pemindahan yang memerlukan

rawatan lanjut untuk rujukan segera. ii. Menghubungi Bilik Gerakan Bencana Daerah untuk rujukan segera

kecemasan ke hospital.

f. Kes Discaj dari Hospital i. Memastikan kes-kes yang akan discaj namun tidak mempunyai tempat

yang selamat untuk didiami dibenarkan menetap di hospital terlebih dahulu.

g. Kesihatan Mental i. Mengenalpasti individu yang mempunyai masalah kesihatan mental

mendapat rawatan dan susulan. ii. Mengenalpasti individu yang berisiko mendapat masalah kesihatan

mental seperti warga emas, ibu dengan anak-anak kecil, mereka yang

Page 31: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

25

kehilangan orang tersayang dan kanak-kanak yang terpisah dengan ibu-bapa / penjaga diberi kaunseling dan pendidikan kesihatan mental.

iii. Melaksanakan “Psychological First Aid” termasuk petugas yang membantu mangsa bencana.

iv. Merujuk kes yang bermasalah kesihatan mental atau penyakit mental kepada kaunselor atau pakar psikiatri.

h. Kawalan Penyakit Berjangkit

Menjalankan tindakan kawalan dan pencegahan penyakit berjangkit di kawasan bencana dan pusat pemindahan mangsa. Tindakan diambil adalah disinfeksi premis, memastikan makanan dan minuman adalah selamat dan status kebersihan premis adalah baik.

10.4.3 Pasca Bencana Di peringkat Pasca Impak dan Pemulihan, pegawai perubatan bertanggungjawab perlu memastikan perkara berikut diambil tindakan :-

1. Pentadbiran a. Menotifikasi segera dalam tempoh 24 jam semua

kerosakan/kecurian/kehilangan harta benda fasiliti kesihatan kepada pegawai bertanggungjawab.

b. Sekiranya kerosakan adalah minimal, perkhidmatan kesihatan perlu diteruskan seperti yang diarahkan oleh Ketua Jabatan atau selewatnya dalam tempoh 3 hari selepas bencana reda.

2. Pendidikan Kesihatan a. Menjalankan pendidikan kesihatan tentang keselamatan selepas bencana

(contonhya pencegahan kecederaan dan penyakit berjangkit).

3. Perkhidmatan Kesihatan a. Mengenalpasti individu berisiko untuk masalah kesihatan mental selepas

kejadian bencana (stress post trauma, kemurungan boleh dialami dalam masa 6 minggu selepas banjir).

Page 32: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

26

b. Memberi pendidikan kesihatan yang berterusan kepada masyarakat tentang kesihatan mental yang boleh dihadapi akibat bencana.

c. Merujuk segera individu yang dikenalpasti mengalami masalah kesihatan mental.

4. Kawalan Penyakit Berjangkit a. Tindakan disinfeksi kawasan bencana dan pusat pemindahan b. Memastikan makanan dan minuman adalah selamat c. Melaksanakan tindakan dan kawalan penyakit berjangkit

10.5 Kesihatan Mental dan Psikososial Pasukan atau Jawatankuasa Kesihatan Mental dan Psikososial ditubuhkan khas untuk membantu mangsa dan keluarga bencana, pesakit-pesakit mental yang baru dan sedia ada serta memberi latihan dan persediaan kepada pasukan perubatan dan kesihatan yang akan ditugaskan menghadapi bencana. Pasukan atau Jawatankuasa Kesihatan Mental dan Psikososial terdiri daripada pelbagai kategori jawatan.

1. Pakar Psikiatrik 2. Pakar Kesihatan Awam 3. Pakar Kesihatan Keluarga 4. Pegawai Perubatan 5. Jururawat 6. Penolong Pegawai Perubatan 7. Kaunselor dan Pakar Psikologi 8. Pegawai Sosial 9. Pasukan Tindak Awal (First Responder) contohnya bomba dan polis

Pasukan atau Jawatankuasa Kesihatan Mental dan Psikososial dikendalikan di pelbagai peringkat.

Page 33: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

27

1. Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri a. Jawatankuasa ini akan diaktifkan sekiranya terdapat keperluan untuk

tindak balas lebih daripada satu daerah. b. Jawatankuasa ini akan mengkoodinasi aktiviti yang dilaksanakan oleh

Pasukan Kesihatan Mental dan Psikososial peringkat daerah. c. Pengaktifan Jawatankuasa ini perlu dimaklumkan kepada peringkat

Kementerian Kesihatan Malaysia peringkat Kebangsaan.

2. Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah a. Pengaktifan Pasukan Kesihatan Mental dan Psikososial di peringkat

daerah perlu dimaklumkan kepada peringkat negeri. Secara umumnya, pasukan dan Jawatankuasa Kesihatan Mental dan Psikososial peringkat negeri dan daerah bertanggungjawab dalam menyelaras kesihatan mental mangsa-mangsa bencana.

1. Memberi sokongan kepada kepada pihak kerajaan dan KKM dalam pembentukan polisi dan melaksanakan arahan di semua peringkat semasa kejadian bencana.

2. Memastikan pengurusan kapasiti dari segi aspek psikososial. 3. Membantu dari segi keperluan sumber manusia dan kewangan. 4. Mengkoordinasi, memberi input teknikal dan menjalankan pemantauan aktiviti

kesihatan mental dan psikososial. 5. Bekerjasama dengan agensi lain. 6. Mengkoordinasi pelaksanaan latihan kesihatan mental dan psikososial

kepada pasukan perubatan dan kesihatan yang akan ditugaskan semasa bencana.

7. Menilai semula keberkesanan intervensi dan respon semasa bencana untuk tujuan penambahbaikan.

8. Menyediakan direktori pegawai yang dilatih dari segi respon kesihatan mental dan psikososial.

Page 34: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

28

11.0 LAPORAN

Laporan harian pelaksanaan aktiviti dan statistik kes-kes mangsa kejadian dilaporkan setiap hari menggunakan format laporan bencana, kecederaan bencana dan kematian bencana (Lampiran 2, 3 dan 4). Nota makluman harian dihantar ke CPRC, KKM.

12.0 KESIMPULAN

Pelan Pengurusan Bencana, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ini digunakan sebagai panduan bagi pelaksanaan kejadian bencana di negeri Sabah. Garis panduan ini telah menggariskan tindakan dan peranan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam Pengurusan Bencana.

13.0 RUJUKAN

1. Arahan No. 20 Majilis Keselamatan Negara (Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara).

2. Arahan No. 18 Majilis Keselamatan Negara (Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan).

3. Majlis Keselamatan Negara (Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Banjir Jilid I).

4. Majlis Keselamatan Negara (Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Gempa Bumi Jilid V).

5. Majlis Keselamatan Negara (Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Gempa Bumi Tsunami Jilid VI).

6. Majlis Keselamatan Negara (Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Gempa Bumi Kemarau VII).

7. Garis Panduan Pengurusan Banjir 2008, Kementerian Kesihatan Malaysia. 8. Air Disaster Response Plan Kota Kinabalu International Airport (KKIA). 9. Garis Panduan Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC). 10. Pelan Tindakan Kesiapsagaan Pandemik Influenza Kebangsaan. 11. Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Page 35: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

29

Lampiran 1

Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri BIL JAWATAN TANGGUNGJAWAB

1. Pengarah Kesihatan Negeri - Pengerusi

1. Mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana, peringkat JKN.

2. Melaksanakan polisi and pengurusan bencana di peringkat negeri.

2. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) – Timbalan Pengerusi 1

1. Sebagai rujukan utama untuk kejadiaan bencana.

2. Bertanggungjawab memaklumkan kepada PKN sebarang kejadian bencana.

3. Sebagai sumber maklumat utama bagi pengurusan atasan.

3. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) – Timbalan Pengerusi 2

1. Sumber maklumat utama berkenaan perkhidmatan perubatan dan yang berkaitan dengan rawatan perubatan.

2. Mengkoordinasi sumber maklumat berkaitan perkhidmatan perubatan di peringkat negeri dan daerah.

3. Memastikan sumber manusia dalam perkhidmatan perubatan yang mencukupi di peringkat negeri dan daerah untuk menangani kejadian bencana.

4. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian)

1. Memastikan pasukan perkhidmatan kesihatan pergigian adalah dalam kesiapsagaan dalam menghadapi kejadian bencana.

2. Memastikan sumber keperluan perkhidmatan pergigian adalah mencukupi untuk digerakkan.

3. Mengenapasti fasiliti kesihatan pergigian yang berisiko untuk kejadian bencana.

Page 36: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

30

BIL JAWATAN TANGGUNGJAWAB

5.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)

1. Memastikan bekalan farmasi, vaksin, peralatan perlindungan diri dan bahan reagen adalah mencukupi.

2. MengenaIpasti fasiliti kesihatan yang berisiko untuk kejadian bencana.

3. Memastikan pasukan perkhidmatan farmasi dalam keadaan kesiapsiagaan untuk menghadapi kejadian bencana.

6. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)

1. Mengkoordinasi dan memantau pembelian keperluan yang dikehendaki segera dalam pembaikan infrastruktur yang telah rosak dalam kejadian bencana.

2. Menyediakan laporan pasca bencana dan merancang pelan pembaikan dan pemulihan dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

3. Menyediakan laporan anggaran kerugian dan kerosakan fasiliti kesihatan yang terlibat kepada pihak atasan.

7. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (BKKM)

1. Menyelaraskan aktiviti keselamatan makanan di peringkat negeri semasa kejadian bencana.

2. Mengenalpasti dan menyenaraikan semua pusat-pusat pemindahan bencana di daerah di seluruh negeri.

3. Mengenalpasti dan menyediakan senarai anggota kesihatan serta pasukan petugas yang bersedia untuk menghadapi kejadian bencana.

4. Menyenarai masalah-masalah yang berbangkit dalam penilaian risiko terhadap

Page 37: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

31

BIL JAWATAN TANGGUNGJAWAB

kemudahan-kemudahan penyediaan makanan yang disediakan di setiap pusat pemindahan dan mendapatkan kaedah penyelesaian di peringkat negeri.

5. Mengemukakan cadangan pemantauan dan tindakan pembetulan dalam aspek keperluan kemudahan tempat penyediaan makanan yang sempurna di pusat-pusat pemindahan kepada jawatankuasa bencana negeri.

6. Melantik dan mendapatkan maklumat lengkap pegawai bertanggungjawab berkaitan aktiviti keselamatan makanan di peringkat negeri dan daerah.

8. Pakar Perubatan dan Kecemasan Trauma

1. Memberi makluman teknikal dalam menangani kejadian bencana.

2. Memastikan terdapatnya Bilik Operasi di Jabatan Perubatan Hospital terlibat.

3. Memastikan semua unit di bawah jagaan dalam keadaan kesiapsiagaan.

4. Memastikan pasukan perubatan dan peralatan adalah mencukupi.

5. Memastikan kenderaan ambulans yang optimum dan berfungsi.

6. Memastikan semua hospital Kecemasan dan Trauma dalam keadaan kesiapsagaan.

9. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Survelan)

1. Memantau aktiviti CPRC. 2. Sebagai urusetia dalam Jawatankuasa

Pengurusan Bencana, Peringkat JKN. 3. Menilai dan memantau aktiviti pengurusan

Page 38: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

32

BIL JAWATAN TANGGUNGJAWAB

bencana di peringkat negeri. 4. Menilai dan memantau aktiviti di peringkat

negeri dari segi keperluan apabila diperlukan.

5. Memberi maklumbalas dan cadangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana, peringkat JKN.

10. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Epidemiologi)

1. Memantau aktiviti CPRC. 2. Sebagai urusetia dalam Jawatankuasa

Pengurusan Bencana, Peringkat JKN 3. Menilai dan memantau aktiviti pengurusan

bencana di peringkat negeri. 4. Menilai dan memantau aktiviti di peringkat

negeri dari segi keperluan apabila diperlukan.

5. Memberi maklumbalas dan cadangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana, peringkat JKN.

11. Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPAS)

6. Memberi makluman teknikal dalam menangani kejadian bencana.

7. Memastikan anggota terlibat adalah mencukupi dan dalam kesiapsagaan dalam menghadapi kejadian bencana.

12. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor)

1. Memberi makluman teknikal dan menyelaras aktiviti rancangan kawalan penyakit bawaan vektor di peringkat negeri dan daerah.

Page 39: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

33

BIL JAWATAN TANGGUNGJAWAB

13. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kesihatan Keluarga)

1. Memberi makluman teknikal dan menyelaras aktiviti kesihatan keluarga.

2. Memastikan anggota terlibat dalam pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah adalah mencukupi dan sentiasa bersedia.

14. Ketua Penolong Pengarah Kanan (NCD)

1. Mengkoordinasi, memberi makluman teknikal dan menjalankan pemantauan aktiviti kesihatan mental dan psikososial di peringkat negeri dan daerah.

15. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Kejuruteraan)

1. Memberi makluman teknikal berkaitan tindak balas pengurusan bencana dari segi struktur, rekabentuk bangunan dan informasi bekalan air dan kesihatan alam sekitar untuk kesihatan awam.

16. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Promosi Kesihatan)

1. Memastikan keperluan bahan pendidikan kesihatan adalah mencukupi sebagai persediaan edaran untuk kejadian bencana.

17. Penolong Pengarah Unit Inspektorat dan Perundangan

1. Memberi makluman teknikal berkaitan tindak balas pengurusan bencana.

2. Memastikan anggota terlibat adalah mencukupi dan dalam kesiapsiagaan untuk menghadapi kejadian bencana.

18. Ketua Penyelia Jururawat Negeri

1. Memberi makluman teknikal dari segi penjagaan kesihatan ibu dan anak dalam menangani kejadian bencana.

2. Memastikan anggota terlibat adalah mencukupi dan dalam kesiapsagaan untuk menghadapi kejadian bencana.

Page 40: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

34

BIL JAWATAN TANGGUNGJAWAB

19. Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri

1. Memberi makluman teknikal dari segi rawatan primer dalam menangani kejadian bencana.

2. Memastikan anggota terlibat adalah mencukupi dan dalam kesiapsiagaan untuk menangani kejadian bencana.

Page 41: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

35

Lampiran 2 Laporan Bencana (B1)

BORANG 1

1. NEGERI: SABAH2. JAWATANKUASA BENCANA

Jumlah Daerah Dalam Negeri: 3. BIL. PASUKAN KESIHATAN/PERUBATAN BENCANA

Bil Ahli Bil Ahli Bil Ahli

4. SENARAI BILIK GERAKAN DAN NO TELEFONBil

5. SENARAI KLINIK-KLINIK/FASILITI KESIHATAN YANG TERLIBAT DENGAN BENCANA

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH: Nama: Jawatan: Tarikh:

NAMA FASILITI KESIHATAN/PERUBATAN/PERKARA

TINDAKAN DIAMBIL (Klinik Gantian sementara jika berlaku bencana)

PERKARA MAKLUMAT

Kesihatan Perubatan Jumlah

Bilik Gerakan Bencana Negeri/Daerah No. Telefon/Faks/HP

Page 42: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

36

Lampiran 3 Laporan Kecederaan Bencana

Tarikh :Masa :

Bil. Tarikh Lokaliti Kejadian Nama Pesakit Umur Jantina Warganegara Bangsa Asal Pekerjaan Jawatan Diagnosis Sakit /

kecederaan Tempat Rawatan Jenis Rawatan Tarikh Dimasukkan ke Hospital

Keadaan Pesakit Catatan

1 2 3 4 5 6 7 8 9

10 11 12 13 14

Laporan Sakit / Kecederaan

Page 43: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

37

Lampiran 4 Laporan Kematian Bencana

Tarikh :Masa :

Bil. Tarikh Lokaliti Kejadian Nama Pesakit Umur Jantina Warganegara Bangsa Asal Pekerjaan Jawatan Diagnosis Sakit /

kecederaan Tempat Rawatan Jenis Rawatan Tarikh Dimasukkan ke Hospital

Keadaan Pesakit Catatan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10 11 12 13 14

Laporan Kematian

Page 44: Pelan Pengurusan Bencana JKN Sabah

PELAN PENGURUSAN BENCANA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

38