pelan pembangunan kg sumangkap 2012

12
PELAN PEMBANGUNAN KEMAJUAN KAMPUNG VISI Kampung yang berkualiti penjana generasi gemilang MISI Komited dan bersatu padu untuk menjana modal insan yang seimbang yang mampu membangunkan diri, keluarga,masyarakat dan negara. MOTTO “Kampung Ceria Warga Sejahtera” 1. Wawasan Pembangunan Kampung Meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti serta mewujudkan kawasan luar bandar yang maju dan menarik serta selamat untuk didiami. 2. Objektif Pembangunan Kampung i. Meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar kepada 80 peratus di samping membuka peluang pekerjaan baru sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat luar bandar. ii. Pembangunan modal insan iii. Pengupayaan masyarakat yang efektif

Upload: ding-ellon

Post on 17-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

u

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Pembangunan Kg Sumangkap 2012

PELAN PEMBANGUNAN KEMAJUAN KAMPUNG

VISI

Kampung yang berkualiti penjana generasi gemilang

MISI

Komited dan bersatu padu untuk menjana modal insan yang seimbang yang mampu

membangunkan diri, keluarga,masyarakat dan negara.

MOTTO

“Kampung Ceria Warga Sejahtera”

1. Wawasan Pembangunan Kampung

Meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar yang progresif, berilmu dan

berintegriti serta mewujudkan kawasan luar bandar yang maju dan menarik serta

selamat untuk didiami.

2. Objektif Pembangunan Kampung

i. Meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar kepada 80 peratus di

samping membuka peluang pekerjaan baru sekaligus mengurangkan kadar

pengangguran dalam kalangan masyarakat luar bandar.

ii. Pembangunan modal insan

iii. Pengupayaan masyarakat yang efektif

iv. Pembangunan ekonomi berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan

v. Pengintegrasian perancangan fizikal dengan program pembangunan luar

Bandar

Page 2: Pelan Pembangunan Kg Sumangkap 2012

3. Masalah Kampung Sumangkap

Kampung Sumangkap menghadapi cabaran yang besar dalam usaha pembangunan

secara menyeluruh. Berikut adalah masalah yang dikenalpasti:-

i. Masalah penduduk yang mempunyai pendapatan tergolong dalam kategori

miskin tegar

ii. Masalah belia yang masih ramai menganggur dan tidak mempunyai

pendapatan tetap

iii. Masalah pelajar dan belia yang tidak berwawasan

iv. Masalah belia kurang fokus dan komited dalam usaha meningkatkan kualiti

diri

v. Kemudahan Infrastruktur tidak mencukupi untuk membangunkan modal insan

vi. Masalah Jaringan Komunikasi Internet atau Jalur Lebar yang menjadi

penghalang untuk membangunkan teknologi maklumat.

4. Punca Masalah

Antara punca yang dikenalpasti ialah:-

i. Punca penduduk yang masih tergolong miskin tegar adalah mereka tidak

mempunyai pekerjaan atau perusahaan yang tetap di kampung. Mereka juga

menghadapi masalah kekurangan modal dalam usaha menjana pendapatan

ii. Pelajar dan belia yang tidak ada hala tuju dan wawasan yang teguh adalah

kurangnya pendedahan dan pengetahuan tentang peluang kerjaya dan laluan

meneruskan pelajaran. Mereka juga kurang minat dan motivasi untuk

mengejar sesuatu kejayaan.

iii. Kemudahan infrastrukur yang tidak mencukupi memerlukan keprihatinan

Kerajaan membantu mewujudkan kemudahan yang sesungguhnya diperlukan

penduduk kampung dalam usaha membangunkan modal insan dan teknologi

maklumat.

Page 3: Pelan Pembangunan Kg Sumangkap 2012

5. Potensi Kampung Sumangkap

Kampung ini merupakan kampung yang mempunyai potensi besar untuk maju kerana

merupakan salah satu kampung yang diiktiraf kerajaan menjadi satu kampung satu

industri. Kampung ini juga mempunyai sejarah kewujudan yang boleh menjadi daya

tarikan kepada pelancong sekiranya diurus dan diusahakan dengan baik. Kampung

Sumangkap mempunyai tanah terbiar yang masih luas belum diterokai yang boleh

menjadi aset besar penduduk sekiranya diusahakan secara bersepadu dan sistematik.

Kampung sumangkap juga terdiri daripada penduduk berbangsa rungus 90 peratus

yang mempunyai budaya dan tradisi yang sama. Kelebihan ini menjadi kekuatan

dengan adanya kerjasama yang padu dan komitmen yang tinggi semua penduduk.

6. Cadangan Pembangunan

i. Aspek Kepimpinan

Dalam usaha membentuk kepimpinan dalam pengurusan kampung sumangkap

khususnya memerlukan beberapa program dan kursus untuk mendedahkan

kepada semua pemimpin di peringkat kampung. Antara program atau kursus

yang dicadangkan ialah:-

a. Kursus kepimpinan dan pengurusan untuk Jawatankuasa Kemajuan dan

Keselamatan Kampung

b. Kursus Komunikasi yang berkesan untuk pemimpin di peringkat kampung

c. Kursus berkaitan Psikologi bagi memudahkan Pihak pengurusan

menyelami dan merancang pendekatan yang sesuai mengikut lapisan

penduduk di kampung

d. Kursus berkaitan peluang kerjaya dan laluan kepada pelajar lepasan SPM

atau STPM.

e. Dalam usaha membentuk modal insan di kampung ini telah diadakan

ceramah salahlaku jenayah dan penyalahgunaan dadah dari Jabatan Polis

daerah Kudat

Page 4: Pelan Pembangunan Kg Sumangkap 2012

ii. Aspek Ekonomi

Aspek ekonomi merupakan cabaran paling besar dan sukar dalam usaha

membangunkan penduduk kampung. Walaubagaimanapun pihak pengurusan

telah mencadangkan beberapa program dan projek untuk mencapai matlamat

yang dihasratkan. Berikut adalah program yang digasiskan:-

a. Bidang pertanian adalah fokus utama dalam meningkatkan taraf ekonomi

penduduk. Kebanyakan penduduk memiliki tanah yang sebahagian belum

diusahakan. Proses mengusahakan tanah yang masih terbiar telah

dirancang dan dilaksanakan dengan bergotong-royong mengikut jadual

yang ditetapkan. Tujuan gotong-royong ini membuka tanah yang masih

terbiar dengan projek tanaman getah secara terancang.

b. Bidang perindustrian juga salahsatu sumber ekonomi penduduk kampung

sumangkap kerana 80% penduduk kampung sumangkap mempunyai

kemahiran membuat gong. Perusahaan gong ini hanya memerlukan modal

untuk meningkatkan pengeluaran dan berterusan. Masalah pasaran juga

menjadi cabaran untuk memastikan gong yang telah siap dapat dijual

dengan harga yang berpatutan. Untuk mengatasi masalah ini pihak

pengurusan telah buat beberapa usaha dengan membuat promosi melalui

website dan menghadiri beberapa siri pameran hasil kraftangan di seluruh

daerah di sabah dan terdapat juga beberapa tempat di Sarawak dan

Semenanjung.

c. Pelancongan mempunyai prospek yang baik sekiranya diusahakan secara

terancang kerana sejarah penubuhan kampung sumangkap agak unik dan

boleh dijadikan tarikan pelancong. Aspek ini telahpun dirancang dan akan

dilaksanakan secepat yang mungkin. Perusahaan ‘Homestay’ juga

mempunyai potensi di kampung sumangkap kerana terdapat ramai

pelancong dari dalam dan luar negara datang melawat perusahaan gong

yang memang telah terkenal di seluruh Malaysia.

Page 5: Pelan Pembangunan Kg Sumangkap 2012

iii. Aspek Pendidikan

Aspek pendidikan merupakan tunjang utama dalam usaha melahirkan modal

insan yang seimbang di peringkat kampung. Pihak pengurusan telahpun

merancang dan melaksanakan beberapa program untuk membangunkan kualiti

pendidikan penduduk kampung. Antara program yang telah di laksanakan

ialah:-

a. Kelas Bimbingan terancang mengikut jadual yang telah ditetapkan

b. Kelas celik Komputer atau teknologi maklumat telah pun dijadualkan dan

dilaksanakan biarpun menghadapi masalah kekurangan kemudahan

komputer dan jaringan jalur lebar di kampung

c. Pihak pengurusan dalam usaha memohon untuk diwujudkan Pra Sekolah

di kampung ini

d. Kemudahan bahan bacaan diharapkan dapat diatasi dengan kewujudan

Perpustakaan di Pekan Daerah kecil Matunggong yang telahpun siap

dibina.

e. Seminar Keibubapaan diadakan untuk mendidik Ibubapa agar mengambil

berat soal pendidikan anak-anak di kampung.

f. Seminar peluang kerjaya dan haluan pelajar dirancang untuk diadakan

mengikut penjadualan

iv. Kebersihan dan Kesihatan

Aspek ini suatu keutamaan kami dalam usaha menjamin kesejahteraan

penduduk kampung sumangkap. Atas dasar itu kami telah melaksanakan

beberapa program dengan kerjasama Jabatan Kesihatan. Berikut adalah

program yang telah dilaksanakan:-

a. Pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dari pegawai kesihatan Klinik

Kesihatan Matunggong

b. Ujian Saringan Pesakit TIBI

Page 6: Pelan Pembangunan Kg Sumangkap 2012

c. Ujian Saringan penyakit Talasemia

d. Kelambu yang telah diberikan oleh pihak kesihatan akan direndam dengan

bahan yang bertujuan mengelak dari gigitan nyamuk mengikut jadual yang

ditetapkan

e. Pihak kesihatan juga seringkali mengadakan semburan di kawasan

kampung untuk mencegah Nyamuk Aedes

f. Dalam usaha menjaga kebersihan kampung pihak pengurusan telah

menyediakan jadual gotong-royong setiap minggu.

g. Pihak pengurusan telah sediakan tempat pelupusan sampah dan pelupusan

najis

h. Bekalan air juga dijamin bersih dengan sumber paip graviti

i. Setiap penduduk seringkali diingatkan supaya menjaga kebersihan

kawasan dan rumah masing-masing.

v. Kerohanian dan Sivik

Aspek ini penentu kepada pembentukan sahsiah seseorang individu. Oleh itu

menjadi tanggungjawab pengurusan kampung untuk memastikan kerohanian

dan sivik disemaikan dalam kalangan penduduk terutamanya generasi muda.

Program yang telah dirancang dan dilaksanakan seperti:

a. Kelas sekolah minggu untuk penganut agama kristian menerapkan nilai-

nilai murni dan pendidikan kerohanian.

b. Kelas Pendidikan sivik dijadualkan khas untuk mencapai hasrat ini selain

itu galakan ibubapa untuk mengikuti setiap program yang dijalakan di

kampung sebagai contoh gotong-royong membersihkan kawasan

kampung.

c. Mengadakan ceramah berkaitan kesedaran dan kepentingan pembentukan

sahsiah yang baik dalam kehidupan seharian.

Page 7: Pelan Pembangunan Kg Sumangkap 2012

vi. Teknologi Maklumat

Pada masa kini kita telah sedar betapa pentingnya pengetahuan berkaitan

teknologi maklumat. Untuk memenuhi matlamat ini maka pihak pengurusan

kampung berusaha menganjurkan kelas celik ICT.

Laman blog kampung sumangkap juga telah diwujudkan untuk tujuan

memberi informasi dan memperkenalkan kampung sumangkap sebagai pusat

membuat gong tunggal di mata dunia.

vii. Keceriaan dan Keindahan

Program dan aktiviti dirancang untuk menceriakan kampung. Pihak

pengurusan kampung menetapkan jadual gotong-royong untuk mewujudkan

keceriaan dan keindahan kampung. Setiap keluarga juga digalakkan menanam

bunga di kawasan masing-masing. Pihak pengurusan kampung juga bercadang

untuk mewujudkan taman mini di beberapa lokasi di sekitar kampung.

7. Perancangan Projek

Projek yang dicadangkan ialah:

a. Mewujudkan koperasi untuk pengusaha kebun getah

b. Mengusahakan tanah terbiar

c. Membuat jalan ke kawasan tanah penduduk yang jauh dari kawasan perumahan

8. Pengurusan Pembangunan Dan Pemantauan

Pelan pembangunan yang telah dirancang memerlukan keprihatinan dan komitmen

pihak pengurusan untuk memastikan dapat dilaksanakan mengikut ketetapan. Pihak

pengurusan juga hendaklah membuat pemantauan dari masa ke semasa supaya projek

yang dicadangkan dapat dijalankan mengikut sepsifikasi. Selain itu, pemantauan juga

membolehkan pihak pengurusan mengetahui masalah yang dihadapi dalam usaha

melaksanakan sesuatu projek. Pihak pengurusan mestilah menyediakan jadual

terancang untuk membuat pemantauan.

Sekian, terima kasih.

Page 8: Pelan Pembangunan Kg Sumangkap 2012

“KAMPUNG CERIA WARGA SEJAHTERA”

KAMPUNG SUMANGKAP, MATUNGGONG

PETI SURAT 574, 89058

KUDAT, SABAH

PELAN PEMBANGUNAN KEMAJUAN KAMPUNG 2011-2015

DISEDIAKAN OLEH: MOJIKI BIN KUNAMA

PENGERUSI JKKK