pelan korporat combined · memelihara reputasi dan imej korporat bil strategi bidang tumpuan...

45

Upload: hoangdien

Post on 10-Jun-2019

283 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik
Page 2: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik
Page 3: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik
Page 4: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik
Page 5: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

4 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 5

44

Page 6: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik
Page 7: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

Perutusan Ketua Pegawai

Eksekutif

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana

Menteri Malaysia pada 18 Oktober 2018 bertujuan untuk mereformasi dasar sedia ada dan menggariskan

sasaran sosioekonomi yang disemak semula bagi tempoh 2018-2020.

Enam (6) tonggak keutamaan dan penekanan baharu telah digariskan dalam pelan tersebut iaitu:

Pertama: Mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam.

Kedua: Memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan wilayah yang seimbang.

Keempat: Memperkasa modal insan.

Kelima: Mempertingkat kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau.

Keenam: Memperkukuh pertumbuhan ekonomi.

Visi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk menjadi Pentadbir Cukai Terunggul Yang

Menyumbang Kepada Pembangunan Negara adalah selari dengan aspirasi kerajaan memerintah dalam

meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Visi LHDNM ini

menjadi panduan buat Hasilian dalam mengemudi organisasi ini untuk terus mara ke hadapan berdasarkan

prinsip kecemerlangan LHDNM, iaitu:

Pertama: Kepimpinan dan kompetensi.

Kedua: Budaya kerja.

Ketiga: Proses kerja.

Keempat: Business model dan struktur organisasi.

Justeru, selari dengan semakan semula RMK-11, LHDNM telah menyusun semula Pelan Korporat LHDNM 2016-

2020 agar ia seiring dengan keutamaan dan penekanan baharu kerajaan dalam mensejahterakan rakyat dan

memakmurkan negara.

LHDNM menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia agar ia kembali dikenali

sebagai Harimau Asia seperti pada era 1980an dan 1990an. Sungguhpun adanya cabaran dalam mencapai

matlamat ini, saya yakin dengan adanya Semakan Semula Separuh Penggal Pelan Korporat LHDNM 2016-2020,

dapat menjadi landasan terbaik bagi memastikan kutipan cukai yang sepatutnya dikutip dan dalam masa yang

sama memberi impak kepada tahap pematuhan cukai dan pertumbuhan ekonomi negara.

Dato’ Sri Sabin Samitah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 7

Page 8: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

tu

8

Satu penyataan aspirasi dan hala tuju LHDNM kepada

Hasilian dalam usaha menjadikan LHDNM sebuah

organisasi berprestasi tinggi (high performance

organization) melalui visi dan misi yang

telah ditetapkan

1

5 Tujuan 2 Dokumen Pelan

Korporat LHDNM

2016-2020

4 3

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 9: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

Carta Organisasi

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

9

Page 10: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

Punca Kuasa

Dalam usaha menjadikan LHDNM peneraju perkhidmatan percukaian negara,

pelaksanaan dan pematuhan undang-undang serta peraturan sedia ada

merupakan aspek penting dalam menjayakan misi tersebut. Dengan kuasa yang

diperuntukkan, peranan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

UNDANG-UNDANG

• Perlembagaan Persekutuan

1957

AKTA

• Akta Cukai

Pendapatan 1967

• Akta Cukai

Keuntungan Harta Tanah

1976

ENAKMEN

• Kanun Tanah

• Akta Penggalakan Pelaburan

1986 • Akta Setem 1949

Negara 1965

• Kanun Acara Jenayah

(Akta 593)

• Kanun Keseksaan

(Akta 574)

• Kaedah-kaedah

Penggulungan Syarikat

1972

PUNCA

KUASA

LHDNM

• Akta Petroleum (Cukai

Pendapatan) 1967

• Akta Cukai Aktiviti

Perniagaan Labuan

1990

• Akta Tafsiran 1948 dan

1967

• Akta Had Masa 1953

• Kaedah-kaedah

Mahkamah 2012

• Enakmen Duti

Harta Pesaka

1941

• Akta Mahkamah

Kehakiman 1964

• Akta Syarikat 1965

• Akta Kebankrapan 1967

• Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat

Berasaskan Tanah) 1984 (Akta 310)

• Akta Pencegahan Pengubahan

Wang Haram dan Pencegahan

Pembiayaan Keganasan

2001

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 10

Page 11: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

Visi

Pentadbir cukai terunggul

yang menyumbang kepada

pembangunan negara

Misi

Memberi perkhidmatan percukaian

yang cemerlang dengan:

• Melaksanakan sistem percukaian

berintegrasi dan telus • Meningkatkan keberkesanan

operasi melalui inovasi proses

dan teknologi maklumat

• Mempertingkatkan pematuhan sukarela

• Memantapkan tenaga kerja

yang kompeten

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 11

Page 12: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

12

Page 13: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 13

Page 14: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

Nilai Teras Hasilian berpegang kepada prinsip-

prinsip moral yang ditetapkan oleh

organisasi berdasarkan nilai-nilai yang

sesuai dengan lunas undang-undang

negara, sistem masyarakat setempat

dan peraturan-peraturan tertentu

yang ditetapkan untuk mencapai

aspirasi organisasi.

appy

Membudayakan happy at work dapat menaikkan

semangat Hasilian meningkatkan produktiviti

organisasi.

Menerapkan dan mengamalkan budaya mesra

serta saling hormat menghormati ke arah

mewujudkan organisasi penyayang dan harmoni.

Managing people dengan etika dan tata susila

yang baik dan sewajarnya.

Te mwork

Kerjasama yang utuh diterapkan dalam diri

setiap Hasilian menjadikan setiap perancangan,

Mewujudkan komitmen secara sukarela untuk

bersama-sama mencapai matlamat/KPI Korporat

yang telah ditetapkan.

keputusan dan tindakan yang dilaksanakan

lebih teratur, menjimatkan masa, cekap dan

menghasilkan produktiviti yang tinggi. Hasilian

akan lebih gemilang jika setiap sesuatu perkara

dilaksanakan secara berpasukan.

Profe sionalism

Hasilian mempunyai semangat yang tinggi

untuk menghasilkan yang terbaik dalam setiap

urusan pentadbiran percukaian ke arah

menjana pendapatan negara. Selain itu, setiap

urusan ditadbir dan diuruskan secara

profesional dan cekap.

ntegrity

Integriti dibudayakan di setiap peringkat

pegawai LHDNM selari dengan matlamat untuk

melahirkan modal insan yang kompeten,

berintegriti dan komited.

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Exce lence

Hasilian berusaha untuk menjalankan

tanggungjawab dengan cemerlang bagi

menghasilkan mutu kerja yang berkualiti dan

berprestasi tinggi ke arah pentadbir cukai

terunggul yang menyumbang kepada

pembangunan negara.

14

HAS L

MW

ORK

SIO

NALIS

M

NTEG

RIT

Y

APPY

LEN

CE

TE

PRO

FE

EXCE

keputusan dan tindakan yang dilaksanakan lebih teratur, menjimatkan masa, cekap dan menghasilkan produktiviti yang tinggi. Hasilian akan lebih gemilang jika setiap sesuatu perkara dilaksanakan secara berpasukan.

Page 15: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

HAPPY

Hasil sentiasa ceria

dan seronok

TEAMWORK

Bekerja dalam satu

pasukan

PROFESSIONALISM

Dengan profesional

INTEGRITY

Berteraskan integriti

EXCELLENCE

Untuk mencapai

kecemerlangan

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 15

Page 16: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

HD

16 SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 17: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

Hubung Kait Teras Strategik,

Bidang Keberhasilan &

Objektif Strategik

PENTADBIR SISTEM

PERCUKAIAN YANG

DIYAKINI RAKYAT

SISTEM DAN

PROSEDUR KERJA

YANG CEKAP DAN

BERKESAN

PENYUMBANG UTAMA

KEMAKMURAN NEGARA

DAN KESEJAHTERAAN

RAKYAT

ORGANISASI

YANG DINAMIK

BIDANG KEBERHASILAN (KRA)

Fokus Pelanggan Kecemerlangan Operasi Pematuhan Sukarela

Institusi Mampan

OBJEKTIF STRATEGIK

• Memastikan keadilan

sistem percukaian

• Meningkatkan

penyampaian

perkhidmatan

kepada pelanggan

• Memastikan

keselamatan aset

dan maklumat

percukaian

• Memelihara reputasi

dan imej korporat

• Membangunkan dan memantapkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi

• Meningkatkan

kecekapan dan

keberkesanan kos

• Menambahbaik

prosedur kerja

• Membudayakan

pengurusan risiko dan integriti

• Meningkatkan

pematuhan cukai

secara sukarela

• Mengurangkan

ketirisan hasil

• Memantapkan

pengurusan hutang cukai

• Memperluaskan

asas cukai

• Melaksanakan

organisasi yang

mempunyai saiz

perjawatan dan

struktur yang optimum

• Membangunkan sumber

manusia yang

kompeten dan

profesional

• Menyediakan

persekitaran kerja

yang kondusif

• Memperkukuhkan

kepimpinan dan

kepakaran

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

TERAS STRATEGIK

17

Page 18: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

aran

n

kan

Tanggungjawab

01 Teras

Tahun

Sasaran

08

/ Tindakan

Rangka

Strategik

02 Objektif

Strategik

Pemilik

Proses

07

Pelan

Tindakan

Kerja

Perancangan

Strategik

LHDNM

Bidang

03 Strategi

04 Inisiatif

05

Tumpuan

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

18 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

09

06

Page 19: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

PELAN KORPORAT

LHDNM 2016-2020

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 19

Page 20: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 1

Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat

20

Pentadbir Sistem Percukaian

Yang Diyakini Rakyat LHDNM mahu rakyat terus yakin dengan sistem percukaian negara. Sistem percukaian yang

diyakini haruslah mempunyai perundangan yang adil dan mudah difahami. Sistem ini perlu

disokong oleh pelaksanaan yang telus dan saksama serta pengurusan maklumat yang

berintegriti. Objektif strategik LHDNM adalah memastikan kesaksamaan dan keadilan sistem

percukaian, meningkatkan penyampaian perkhidmatan pelanggan, memastikan

keselamatan aset dan maklumat percukaian serta memelihara reputasi dan imej korporat.

LHDNM menjalankan kajian berterusan secara proaktif bagi memastikan undang-undang

percukaian Malaysia sentiasa terkini dan menyeluruh. Akta-akta yang berkaitan cukai sentiasa

ditambah baik selari dengan perkembangan isu percukaian semasa dan mengambil kira dasar

yang ditetapkan kerajaan.

Panduan percukaian dikeluarkan bagi memudahkan pembayar cukai memahami hak-hak

mereka seterusnya mengurangkan kadar kesilapan dan meningkatkan pematuhan. Ini

dapat membantu pembayar cukai merancang serta mengurus cukai mereka dengan lebih

teratur sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan LHDNM dalam

memudahkan pengurusan cukai mereka.

Amalan terbaik pentadbir cukai lain sentiasa dirujuk untuk memastikan sistem percukaian

Malaysia berada di tahap yang setanding dengan pentadbir cukai antarabangsa. Strategi ini

perlu bagi memastikan amalan percukaian yang konsisten dalam usaha LHDNM untuk berlaku

adil kepada pembayar cukai tertakluk kepada bidang kuasa cukai yang berbeza di dalam

suatu masa.

Untuk tujuan ini, LHDNM mengambil bahagian dalam kerjasama, perkongsian pintar dan

perjanjian dengan pentadbir cukai negara-negara lain bagi menangani cabaran berhubung

dengan halangan kepada ketelusan maklumat.

LHDNM komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, menepati kehendak

semasa dan telus. Sistem teknologi maklumat dimanfaatkan secara meluas dan inovatif

sebagai pemangkin dalam penyampaian perkhidmatan. LHDNM menyasarkan peningkatan

perkhidmatan atas talian menjelang 2020 selaras dengan penggunaan internet sebagai

saluran penyampaian perkhidmatan utama.

Penambahan rangkaian perkhidmatan layan diri yang menyeluruh dan automatik dapat

menjimatkan masa berurusan pembayar cukai dengan LHDNM seterusnya mengurangkan kos

pematuhan.

Keselamatan sistem maklumat dan fasiliti adalah kritikal dalam memastikan kerahsiaan

maklumat pembayar cukai. LHDNM mengambil langkah keselamatan sewajarnya untuk

melindungi sistem maklumat dan fasiliti daripada sebarang ancaman pencerobohan dan

kebocoran maklumat.

LHDNM turut menekankan nilai integriti yang tinggi ke atas semua Hasilian. Pelan Integriti

LHDNM berteraskan nilai bijak, benar, amanah, telus, adil dan bersyukur bertujuan untuk

memelihara reputasi dan imej korporat dan dapat menambah keyakinan pembayar cukai

terhadap LHDNM.

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

1

Page 21: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 1

Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat

OBJEKTIF STRATEGIK 1

MEMASTIKAN KEADILAN SISTEM PERCUKAIAN

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

1.1

Melindungi sumber hasil

cukai negara

Pemantapan undang-undang

percukaian

antarabangsa dengan

tumpuan kepada

pengaliran dana keluar

1. Mengemaskini

undang-undang/garis

panduan berdasarkan

perkembangan dan

keperluan

• Peratus peningkatan

kutipan cukai

mengikut sektor tumpuan

2016-2017

2. Penerbitan garis

panduan/pindaan

2016-2020

3. Pengenaan cukai

baharu

2018-2020

4. Memperkemas

proses rayuan

2016-2020

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 21

Page 22: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 1

Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat

OBJEKTIF STRATEGIK 2

MENINGKATKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

2.1

Meningkatkan kualiti perkhidmatan

yang

disediakan

Kualiti perkhidmatan

Menambahbaik tahap perkhidmatan

• Indeks kesediaan

orang awam terhadap

pematuhan cukai

2016

Perkhidmatan

secara khusus

1. Menyediakan perkhidmatan

berasaskan profil dan gelagat

pematuhan pembayar cukai

2016-2018

2. Mengenalpasti bidang

tumpuan yang memerlukan kajian terperinci

2016

2.2

Memastikan

Hasilian mematuhi

piawaian

profesional

Piawaian

profesional

Memastikan Hasilian

menunjukkan standard etika yang cemerlang dalam

melaksanakan perkhidmatan

• Kadar penemuan

ketidakpatuhan berdasarkan

audit dalaman

yang dilaksanakan

2018

2.3

Memastikan tahap

penyebaran

maklumat yang terkini,

telus dan

mudah dicapai

Penyebaran maklumat

percukaian

(komunikasi)

1. Pelaksanaan komunikasi

pemasaran (MarComs)

sepenuhnya

• Statistik sebaran

maklumat

melalui medium

yang digunakan

2020

2. Penyediaan bahan media

yang berinformasi

2016-2020

3. Pelaksanaan e-broadcasting

2017-2018

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 22

Page 23: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 1

Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat

OBJEKTIF STRATEGIK 3

MEMASTIKAN KESELAMATAN ASET DAN MAKLUMAT PERCUKAIAN

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

3.1

Memastikan

persekitaran yang

selamat bagi

melindungi

keselamatan maklumat

percukaian

dan infrastruktur

Maklumat percukaian

dan kemudahan keselamatan organisasi

1. Menyediakan sistem

kawalan keselamatan dan pengurusan aset

• Kadar pelanggaran

peraturan keselamatan yang

dilaporkan (%)

2016-2020

2. Mengekalkan

kemudahan dan

persekitaran kerja

yang selamat untuk warga LHDNM

3. Memupuk budaya

tanggungjawab serta melindungi

insfrastruktur data

dan sistem keselamatan

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 23

Page 24: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 1

Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat

OBJEKTIF STRATEGIK 4

MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

4.1

Memperkukuhkan

asas tadbir urus yang baik

Tadbir urus yang

baik

Memperkasa tadbir urus

LHDNM

• Kadar penemuan

ketidakpatuhan hasil daripada

audit dilaksanakan

(%)

2016-2020

Memperkasakan

imej dan jenama

1. Meningkatkan imej

kaunter

2016-2020

2. Melaksanakan kajian

keberkesanan publisiti LHDNM

2020

3. Melaksanakan aktiviti

meningkatkan imej

LHDNM melalui

program pengiktirafan

dan anugerah

2016-2020

Komunikasi

berkesan

Melaksanakan:

1. Audit komunikasi

2. Keberkesanan media

2019

4.2

Meningkatkan

reputasi LHDNM

Jaringan

kerjasama

Meluaskan jaringan

kerjasama agensi dalam dan luar negara

• Indeks keyakinan

orang awam terhadap sistem

percukaian

2016-2020

Program Tanggungjawab Sosial (SR)

Mengadakan program tanggungjawab sosial (SR)

Pusat depositori

maklumat

Mewujudkan pusat data

inovasi

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

24

Page 25: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 2

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

Sistem Dan Prosedur Kerja

Yang Cekap Dan Berkesan

LHDNM akan sentiasa menambahbaik piawaian

perkhidmatan bagi memastikan keberkesanan dan

kecekapan prestasi perkhidmatan yang cemerlang kepada

pelanggan. Strategi LHDNM ialah membangunkan dan

memantapkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi,

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos,

menambah baik prosedur kerja dan membudayakan

pengurusan risiko dalam proses kerja.

Kadar pematuhan dapat dipertingkatkan dengan adanya

kemudahan capaian kepada maklumat yang cepat, tepat

dan boleh diperolehi pada bila-bila masa. Pemantapan

aplikasi sistem percukaian dibuat supaya ia boleh dicapai

dari pelbagai lokasi dan peranti elektronik mudah alih.

Penggunaan alat analisis data dan penambahan automasi

dibuat untuk menambah baik proses kerja sedia ada. Ini

menyumbang kepada keberkesanan kos dalaman dengan

pengagihan sumber yang strategik.

Prosedur kerja diperkemas secara berterusan bagi

mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan

proses membuat keputusan. Inisiatif-inisiatif yang

bertujuan mempertingkatkan keberkesanan fungsi sistem

teknologi maklumat akan dilaksanakan di bawah teras ini.

LHDNM juga membudayakan pengurusan risiko dalam

semua proses kerja bagi meminimakan ancaman yang boleh

menjejaskan keupayaan mencapai matlamat. Profil risiko

dibangunkan dan risiko dipantau dalam inisiatif-inisiatif

perancangan strategik bagi membolehkannya diurus

dengan cekap dan berkesan.

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

2

25

Page 26: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 2

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

OBJEKTIF STRATEGIK 1

MEMBANGUNKAN DAN MEMANTAPKAN SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

1.1

Memodenkan

sistem aplikasi

dan

infrastruktur

ICT

Business

intelligence

solution

1. Pembangunan

infrastruktur Hasil

Power Data dan

inisiatif lain bagi

memantapkan Sistem

Pentadbiran

Percukaian

• Tahap kemajuan

penambahbaikan

sistem automasi

mengikut jenis

penyelenggaraan

(%)

2016-2020

2. Membangunkan dan

menambahbaik

sistem rujukan

setempat (Hasilpedia)

3. Pembangunan

baharu dan

pemantapan sistem

aplikasi

4. Menaiktaraf dan

memperkasakan

infrastruktur ICT

5. Kejuruteraan semula

sistem aplikasi dan

infrastruktur ICT

(Transformasi Hasil)

6. Pemantauan sistem

ICT yang berkesan

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 26

Page 27: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 2

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

OBJEKTIF STRATEGIK 2

MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN KOS

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

2.1

Melaksanakan

penyelidikan dan

pembangunan

amalan terbaik dan inovatif untuk

penjimatan kos

pengurusan dan pentadbiran

Keberkesanan

kos

1. Memperluaskan

pembelajaran dalam

talian

• Nisbah kos

pungutan bagi

setiap RM100 cukai

yang dipungut berbanding dengan

tahun sebelumnya

2016-2020

2. Mempelbagaikan

saluran komunikasi

yang inovatif

2018

3. Pengurusan hartanah

yang berkesan

2016-2020

4. Mewujudkan pelbagai

saluran bayaran selain kaunter

2020

5. Peluasan sewa beli dan

e-bidding

2016

27 SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 28: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 2

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

OBJEKTIF STRATEGIK 3

MENAMBAH BAIK PROSEDUR KERJA

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

3.1

Mengharmonikan prosedur kerja setara dengan

pentadbiran

cukai terbaik

Prosedur kerja mengikut

perkhidmatan

kritikal

1. Pemantapan proses kerja

sedia ada

• Peratus

penambahbaikan proses kerja

dalam tempoh

tertentu

2016-2020

2. Pengintegrasian data

pembayar cukai dan sistem

e-filing yang lebih fleksibel

2016-2017

3. Pengukuhan pengendalian

aduan

2016-2020

4. Melaksanakan pengurusan

dokumen dan maklum balas

• mesyuarat secara online

• e-services

2016-2018

5. Memperkasa program

fungsi teras

2016-2020

6. Memperluaskan program

inovasi

2016-2020

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 28

Page 29: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 2

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

OBJEKTIF STRATEGIK 3

MENAMBAH BAIK PROSEDUR KERJA

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

7. Pelaksanaan Sistem Penilaian

Amalan Nilai (SPAN) dan

pemantauan yang berkesan terhadap pengurusan aduan

integriti pegawai

2016-2020

8. Pemantapan sistem

Pengurusan Sumber Manusia

(iHRS)

2016-2020

9. Menaik taraf/pemantapan

sistem

2016-2019

Memantapkan kecekapan

pungutan

cukai

Memproses pungutan hasil dan duti setem dengan lebih cekap

2016-2020

3.2

Mengharmonikan

prosedur kerja bagi

proses sokongan

seperti

pengurusan, kewangan dan

ICT

Prosedur

kerja perkhidmatan

sokongan

Mempertingkatkan

komunikasi dua hala

• Bilangan proses

kerja ditambah baik hasil

daripada

penemuan audit

2016-2020

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 29

Page 30: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 2

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

OBJEKTIF STRATEGIK 4

MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN RISIKO DAN INTEGRITI

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

4.1

Melaksana dan

menyelenggara program

pengurusan risiko dan

integriti yang mantap

Penyelarasan

aktiviti

pengurusan

risiko

organisasi

Memudah dan

mempercepatkan

pengumpulan maklumat

risiko, penganalisaan dan

penjanaan laporan risiko

melalui Sistem Maklumat

Pengurusan Risiko (i-RIS)

Peratus

peningkatan

pematuhan cukai

dan penurunan

bilangan risiko

organisasi

2016-2020

Komunikasi

dan konsultasi

risiko

1. Memastikan

kesinambungan dalam

sistem penyampaian

perkhidmatan yang

berterusan semasa

mengalami gangguan

atau bencana

2016-2020

2. Menyampaikan

maklumat risiko kepada

pihak berkepentingan

iaitu stakeholder

dalaman dan luaran,

pengurusan atasan dan

jawatankuasa yang

memantau

Memudahcara

pembudayaan

pengurusan

risiko dan

integriti dalam

organisasi

1. Memperkasakan

rangka kerja

pengurusan risiko

termasuk

Pengurusan

Kesinambungan

Perkhidmatan (PKP)

2016-2020

2. Menjadikan

Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan

(KKP) sebagai satu

amalan di semua

peringkat

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

30

Page 31: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 2

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

OBJEKTIF STRATEGIK 4

MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN RISIKO DAN INTEGRITI

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

Pemantauan

dan Kajian

Semula Risiko

1. Memantau latihan

simulasi kecemasan

untuk memastikan

keberkesanan

tindakan

2016-2020

2. Pemeriksaan tempat

kerja dan Taklimat

Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan

(KKP) di cawangan-

cawangan LHDNM

4.2 Melestarikan rangka kerja integriti dan program fleksibel yang mengenal pasti risiko-risiko yang baru muncul dan strategi mengurangkan risiko sebelum ia memberi kesan kepada prestasi kerja

Memberi fokus penerapan integriti dalam persekitaran kerja

Mewujudkan prosedur

pelaporan kepada pihak

luar yang ada

kepentingan tahap

risiko

Peratusan kajian keberkesanan prosedur kerja

2016-2020

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

31

Page 32: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 3

LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara

Dan Kesejahteraan Rakyat

LHDNM Penyumbang Utama

Kemakmuran Negara Dan

Kesejahteraaan Rakyat LHDNM adalah penyumbang utama hasil kerajaan bagi mendanai pembangunan negara

demi kesejahteraan rakyat. Sejak 2011, hasil kutipan LHDNM adalah melebihi 55%

daripada keseluruhan hasil negara. Kedudukan kewangan negara yang kukuh menjamin

keupayaan kerajaan mengurus keperluan rakyat dengan baik.

Taraf sosio ekonomi rakyat yang meliputi kos sara hidup, peluang pekerjaan,

kemudahan pendidikan, jaminan keselamatan dan perkhidmatan kesihatan dapat

ditingkatkan. Di samping itu, kemudahan infrastruktur yang lebih berkualiti juga dapat

disediakan. Justeru, kekayaan dan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh segenap

lapisan masyarakat.

LHDNM komited untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup

rakyat. Kesinambungan kutipan hasil yang memberangsangkan perlu dikekalkan melalui

pelaksanaan objektif strategik yang telah dirancang iaitu meningkatkan pematuhan

cukai secara sukarela, mengurangkan ketirisan hasil, memantapkan pengurusan hutang

cukai dan membesarkan asas cukai.

Pematuhan cukai secara sukarela dimaksimumkan dengan program pematuhan yang

seimbang dan fokus berasaskan risiko, ketelusan dan sikap pematuhan pembayar cukai.

LHDNM mempelbagaikan usaha memudahkan urusan percukaian serta mengurangkan

kos pematuhan bagi pembayar cukai yang sentiasa bersedia untuk mematuhi

tanggungjawab percukaian mereka.

Dalam usaha menjamin pelaksanaan yang adil kepada semua, tindakan penguatkuasaan

yang tegas dikenakan ke atas pembayar cukai yang enggan mematuhi undang-undang

percukaian. LHDNM merancang dan menyasarkan aktiviti pematuhan menggunakan

pendekatan pengurusan risiko yang mengambil kira punca dan akibat ketidakpatuhan

cukai.

Pengurusan hutang cukai diperkemaskan dengan memberi tumpuan kepada pencegahan

hutang, mengenalpasti punca yang boleh menyebabkan keberhutangan dan

melaksanakan kaedah kutipan hutang yang cekap dan berkesan.

Strategi memperluaskan asas cukai adalah penting demi memastikan kelangsungan

kutipan hasil yang mampan. Oleh itu, LHDNM mengambil langkah meningkatkan

kesedaran cukai melalui pemerkasaan aktiviti pendidikan cukai serta memantapkan

perkongsian maklumat melalui jaringan kerjasama dengan agensi lain.

32 SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

3

Page 33: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 3

LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara

Dan Kesejahteraan Rakyat

OBJEKTIF STRATEGIK 1

MENINGKATKAN PEMATUHAN CUKAI SECARA SUKARELA

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

1.1

Menggalakkan

budaya pematuhan

cukai di kalangan

masyarakat

Penyampaian

pendidikan cukai kepada

masyarakat

1. Memperkukuhkan

kerjasama dengan kementerian/

jabatan/agensi

kerajaan/swasta

• Tahap kesedaran orang

awam terhadap pematuhan cukai

mengikut golongan sasar

(%)

2016-2020

2. Memantapkan

roadshow gerak

hasil

2016-2020

3. Memperkasakan

media penyampaian

(media tax-nucleus)

2016-2020

1.2

Mempertingkatkan

tindakan penguatkuasaan

undang-undang

Meningkatkan

visibility LHDNM kepada

masyarakat

1. Memilih kes berisiko

yang menyebabkan kehilangan hasil

• Peratus peningkatan

pematuhan

2018-2020

2. Menggunakan

peruntukan

perundangan khas

bagi kes-kes tertentu

3. Mengambil

tindakan

pendakwaan ke atas ketidakpatuhan

undang-undang

percukaian

1.3

Menyediakan mekanisma

penyelesaian bagi

ketidakpatuhan

Pengurangan kadar

ketidakpatuhan

Pemantapan kaedah pengurusan

penyimpanan rekod

bagi pembayar cukai

• Peratus pengurangan

kadar ketidakpatuhan

mengikut golongan

sasar

2016-2018

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 33

Page 34: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 3

LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara

Dan Kesejahteraan Rakyat

OBJEKTIF STRATEGIK 2

MENGURANGKAN KETIRISAN HASIL

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

2.1

Memantapkan

platform untuk

mencegah kehilangan hasil

Pemantapan

pengurusan

maklumat

1. Membangunkan

pusat pintar

• Peratus peningkatan

hasil mengikut

kumpulan sasar

2016-2020

2. Memantapkan proses

pengumpulan data dan maklumat

syarikat MNE serta

maklumat pembayar cukai Malaysia di

luar negara

2016-2020

3. Memantapkan

pengumpulan maklumat

percukaian pekerja

asing

2016-2020

Penguatkuasaan program audit

dan siasatan

Memantapkan program penguatkuasaan

pengendalian program

audit dan siasatan secara profesional dan

adil

2016-2020

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 34

Page 35: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 3

LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara

Dan Kesejahteraan Rakyat

OBJEKTIF STRATEGIK 2

MENGURANGKAN KETIRISAN HASIL

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

2.2

Menyemak dasar

percukaian

Menganalisis

peruntukan undang-undang/

peraturan

percukaian

1. Penyemakan semula

akta cukai bagi

pelbagai segmen

pembayar cukai

• Peratus peningkatan

hasil kutipan bagi

pindaan undang-undang

berkaitan

2016-2020

2. Mengkaji kesan

pengecualian cukai

syarikat di bawah Labuan Business

Activity Tax Act 1990

(LBATA 1990)

2016-2017

3. Memperkemaskan

Perjanjian Pengelakan

Percukaian Dua Kali

(PPPDK) Malaysia

2016-2020

Amalan dan

piawaian

antarabangsa

Mematuhi piawaian

antarabangsa

2016-2020

2.3

Menjalinkan

kerjasama

dan tindakan

strategik untuk

pencegahan

dan

pembanterasan penipuan dan

pengelakan

cukai

Pemantapan

jaringan

kerjasama dengan pihak

agensi yang

berkepentingan

1. Memantapkan

kerjasama dan

penyelarasan di antara organisasi

cukai dan agensi lain

mengenai isu pentadbiran cukai

• Peratus penurunan kes

berisiko tinggi dengan

usaha sama strategik bersama agensi yang

disasar

2016-2020

2. Menggalakkan

dialog antara

pentadbiran cukai

dan pihak berkepentingan

utama dalam negara

2016-2020

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 35

Page 36: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 3

LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara

Dan Kesejahteraan Rakyat

OBJEKTIF STRATEGIK 3

MEMANTAPKAN PENGURUSAN HUTANG CUKAI

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

3.1

Melaksanakan strategi

pengurusan hutang cukai

menerusi

pencegahan, penguatkuasaan

dan

pemantauan

Pencegahan

Pewujudan jaringan kerjasama bagi

memantapkan proses pungutan

• Kadar pengurangan

paras hutang cukai

berbanding kutipan hasil (%)

2016

Penguatkuasaan

Pemantapan proses

kerja

2016-2018

Pemantauan

Penggunaan sistem automasi

2016-2017

OBJEKTIF STRATEGIK 4

MEMPERLUASKAN ASAS CUKAI

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

4.1

Melaksanakan

kajian

menyeluruh pembesaran

asas cukai

Pembesaran

asas cukai

Penyediaan strategi

memperluaskan asas

cukai

• Peratus peningkatan

bilangan pendaftaran

fail

2017-2020

Pemantapan

analitik data

Perkongsian/

pengintegrasian data

dengan agensi-agensi

2016-2017

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

36

Page 37: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 4

Organisasi Yang Dinamik

36 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Organisasi Yang

Dinamik

LHDNM berhasrat menjadi majikan pilihan kepada individu yang berkaliber tinggi dan

mempunyai kepakaran yang relevan seiring dengan persekitaran percukaian yang

semakin dinamik. Dalam usaha mencapai matlamat ini, LHDNM memberi tumpuan

kepada empat objektif strategik iaitu melaksanakan organisasi yang optimum,

menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, membangunkan sumber manusia yang

kompeten dan profesional dan memperkukuhkan kepimpinan.

Tadbir urus sumber manusia diperkukuhkan melalui pelaksanaan organisasi yang

mempunyai saiz perjawatan dan struktur yang optimum dengan meningkatkan tahap

kecekapan di samping mengurangkan pembaziran sumber manusia.

Pengambilan tenaga kerja baharu diperkemaskan dengan penekanan kriteria pemilihan

yang khusus untuk memastikan hanya calon yang terbaik diterima sebagai Hasilian.

Setiap inisiatif yang dirangka menterjemahkan komitmen LHDNM untuk menyediakan

persekitaran kerja yang kondusif berlandaskan konsep Feel Good At Work.

LHDNM menawarkan imbuhan perkhidmatan serta laluan kerjaya yang kompetitif.

Peluang kerjaya bersama LHDNM juga memberikan pengalaman dan kepakaran

percukaian yang terbaik.

Penekanan diberi untuk menggalakkan keseimbangan di antara kerja pejabat dan

kehidupan peribadi. Budaya kerja yang sihat dan selamat diamalkan untuk menjamin

keselesaan dan kesejahteraan Hasilian.

LHDNM memahami pentingnya Hasilian yang kompeten dan profesional dalam

memberikan perkhidmatan percukaian yang berkualiti. Hasilian diberi peluang latihan

di dalam dan luar negara untuk mempertingkatkan kemahiran, pengetahuan dan

kepakaran mereka selaras dengan kemajuan semasa. Salah satu elemen organisasi yang

berjaya adalah keupayaan untuk berubah mengikut keperluan persekitaran semasa.

Untuk menjayakan sesuatu transformasi memerlukan kepimpinan yang mampu

menerajui perubahan serta menetapkan matlamat yang jelas kepada semua Hasilian.

LHDNM akan terus melaksanakan program pembangunan bagi memperkukuhkan

kepimpinan LHDNM. Ini dilakukan melalui pemantapan pengetahuan dan kemahiran

pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka dapat memacu Hasilian ke arah

pencapaian matlamat organisasi.

37 SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

4

Page 38: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 4

Organisasi Yang Dinamik

OBJEKTIF STRATEGIK 1

MELAKSANAKAN ORGANISASI YANG MEMPUNYAI SAIZ PERJAWATAN DAN STRUKTUR YANG OPTIMUM

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

1.1

Pemantapan dan

penjajaran sumber manusia

Penstrukturan

semula organisasi

1. Perancangan

penstrukturan semula

2. Pemantapan semula

fungsi

• Nisbah kos

pengurusan berbanding kutipan

hasil

2016-2020

Perancangan

tenaga kerja

1. Menyemak semula saiz

perjawatan mengikut

keutamaan program

2. Mengagihkan semula

pegawai mengikut

keutamaan

3. Menjalankan analisis

sumber manusia secara menyeluruh dan

menyediakan

penyelesaian mengenai

kekurangan tenaga kerja (supply-demand)

2016-2020

Pengurusan

prestasi

pegawai

Memantapkan pengurusan

penilaian prestasi pegawai

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 38

Page 39: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 4

Organisasi Yang Dinamik

OBJEKTIF STRATEGIK 2

MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA YANG KOMPETEN DAN PROFESIONAL

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

2.1

Menyedia dan

melaksanakan latihan

untuk menyerlah dan

meningkatkan potensi

bakat

Kompetensi

Menambahbaik rangka

kerja dan matriks

kompetensi

• Peratus pegawai

yang mencapai

tahap kompetensi

yang ditetapkan

2016-2018

Analisis

keperluan

latihan

Mengendalikan

analisis keperluan latihan

berdasarkan keperluan

kepimpinan dan kepakaran

2016-2020

Program

pembangunan

individu

Membangunkan program

pembangunan insan yang

kompeten mengikut

keperluan semasa

2016-2020

Perkongsian

ilmu dan

maklumat

Menyediakan mekanisme

perkongsian ilmu bagi

meningkatkan produktiviti

2016-2020

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 39

Page 40: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 4

Organisasi Yang Dinamik

OBJEKTIF STRATEGIK 3

MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KERJA YANG KONDUSIF

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

3.1

Melestarikan dan mengimbangi

persekitaran kerja

terbaik

Memantapkan infrastruktur

persekitaran

kerja

1. Memastikan

persekitaran kerja yang

kondusif

• Peratus kepuasan

terhadap

persekitaran kerja

2016-2020

2. Membudaya dan

menyediakan aktiviti

penulisan/penyelidikan

2016-2020

3. Menghayati dan

mengamalkan nilai-nilai

teras dalam melaksanakan tugas

dan fungsi

2016-2020

Memantapkan sistem saraan

yang bersifat

kompetetif

1. Mengemaskini terma

dan syarat

perkhidmatan

2016-2020

2. Menambahbaik sistem

ganjaran

Indeks kepuasan

bekerja

Menambahbaik tahap kepuasan pekerja

2016-2020

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 40

Page 41: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 4

Organisasi Yang Dinamik

OBJEKTIF STRATEGIK 4

MEMPERKUKUHKAN KEPIMPINAN DAN KEPAKARAN

BIL STRATEGI BIDANG

TUMPUAN INISIATIF

INDIKATOR

STRATEGI

TAHUN

SASARAN

4.1

Menambahbaik perancangan

kepimpinan

dinamik dan

kepakaran

Memperkukuhkan laluan kerjaya

Mewujudkan laluan kerjaya yang bersifat

kepimpinan dan

kepakaran

• Nisbah pegawai

yang bersedia

dengan perjawatan

kritikal

2016-2020

Memantapkan

pelan penggantian

pengurusan

1. Pemantapan program

CEO Incubator

2. Pemantapan Talent

Development Program

(TDP)

2016-2020

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 41

Page 42: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 4

Organisasi Yang Dinamik

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 41 42

Pembangunan Modal Insan

Pembangunan modal insan yang selari dengan

keperluan dan kehendak organisasi adalah perlu

untuk menjadikan LHDNM sebagai pemacu kepada

kecemerlangan pentadbiran. Modal insan yang

terlatih dan terpimpin dapat memastikan

kesinambungan dan percambahan kemurnian

dalam melaksanakan tugasan.

Kapasiti Organisasi

Kapasiti LHDNM perlu diperkukuhkan agar dapat

memastikan perancangan yang dibuat dapat

dilaksanakan secara berterusan. Transformasi

dalam pengurusan serta perjawatan perlu ada

dan setiap penempatan perlu disusun atur

mengikut kepakaran bagi memastikan

pelaksanaan kerja secara bijak.

Pengurusan Ilmu

Elemen

Penentu

Kejayaan

Ilmu dan pengetahuan merupakan elemen

penting dalam memacu pelaksanaan tugasan.

Untuk itu setiap pegawai atau kakitangan

perlu mempunyai kemahiran yang diperlukan

dalam melaksanakan tugasan. Konsep

Knowledge Management perlu diterapkan

dalam organisasi agar setiap pengetahuan

yang berbentuk tacit dan explicit boleh

dirujuk oleh semua.

Perubahan Budaya Kerja Dan Minda

Teknologi ICT Pemangkin Kejayaan

Teknologi ICT merupakan pemangkin kepada

kejayaan pengurusan. Ia merupakan alat yang

diperlukan dalam memastikan sistem

penyampaian yang lebih cekap dan tepat. Pelan

Strategik ICT perlu diperkemas dari semasa ke

semasa dalam memastikan LHDNM sebagai

pemacu dalam memberikan perkhidmatan dan

melaksanakan pentadbiran dan pembangunan

negara.

Budaya kerja dan minda yang menjadi amalan

dan ikutan daripada orang terdahulu perlu

direkodkan memandangkan setiap amalan

tersebut ada kelemahan dan kebaikannya.

Walau bagaimanapun budaya bekerja

berpasukan dan sedia menerima perubahan

perlu digalakkan untuk mencapai objektif

organisasi.

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 43: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 4

Organisasi Yang Dinamik

43

Mekanisme Pelaksanaan

Pelaksanaan pelan strategik akan dibuat meliputi

keseluruhan LHDNM dan dipantau oleh Jabatan

Operasi Cukai secara tahunan menerusi pelan

tindakan tahunan yang akan diedarkan kepada semua

pemilik proses yang berkenaan.

Kajian semula Pelan Strategik LHDNM dilaksanakan

pada tahun 2018 oleh Jabatan Penyelidikan

Percukaian dan Jabatan Operasi Cukai. Ini adalah

untuk memastikan keberkesanan dan pelaksanaan

objektif strategik telah mencapai tahap pelaksanaan

yang disasarkan. Kajian semula ini melaporkan

prestasi yang telah dicapai bagi tahun 2016 hingga

terkini dengan mengambil kira hasrat kerajaan dalam

memastikan kesejahteraan rakyat yang lebih baik.

Keseluruhan pencapaian berdasarkan indikator pelan

strategik ini perlu dibentangkan pada penghujung

tempoh pelan untuk memastikan pencapaiannya

selari dengan hala tuju yang telah ditetapkan.

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 44: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 4

Organisasi Yang Dinamik

44

Penutup

LHDNM komited untuk melaksanakan tanggungjawab

dalam menyokong matlamat kerajaan ke arah

mencapai Negara maju dan inklusif selaras dengan

Wawasan 2020. Pelan Korporat LHDNM 2016-2020

yang dirangka mendokong penuh nilai-nilai yang

digariskan dalam memartabatkan prinsip rukun

negara, menjalankan tugas secara profesional dan

berintegriti, memberikan perkhidmatan terbaik

kepada pelanggan dan memastikan pematuhan cukai

secara sukarela. Ini secara holistik akan meningkatkan

imej LHDNM dan menjadikannya sebuah pentadbir

cukai bertaraf dunia.

Penggubalan Pelan Korporat LHDNM 2016-2020

merupakan elemen penting untuk menetapkan hala

tuju strategik bagi meningkatkan keberkesanan serta

kecekapan pengurusan LHDNM. Pelan korporat ini

merupakan garis panduan utama bagi memantapkan

keupayaan organisasi untuk menjadi peneraju dalam

sistem penyampaian perkhidmatan awam. Dokumen

ini turut menggariskan objektif dan sasaran strategik

serta menjadi rujukan utama kepada pihak

pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi ini

bagi merealisasikan matlamat strategik LHDNM.

Dengan adanya dasar dan strategi yang mantap ini,

diharap transformasi pengurusan LHDNM dapat

dilaksanakan dengan lancar di samping memastikan

kecemerlangan yang berterusan ke arah pencapaian

visi dan misi LHDNM.

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL

PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 45: Pelan Korporat Combined · MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR STRATEGI TAHUN SASARAN 4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

TERAS STRATEGIK 4

Organisasi Yang Dinamik

SEMAKAN SEMULA SEPARUH PENGGAL PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020 (SEMAKAN SEMULA 2018) 45