pelan korporat combined - hasil.gov.my · pdf file(akta 593) • kanun keseksaan (akta 574)...

44

Upload: trananh

Post on 04-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen
Page 2: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

2 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 3: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

3PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

201920182017

2014

2013

2012

2011

Melakar Transformasi

Meneroka Lautan Biru(Blue Ocean Strategy)

Menerajui dan MengurusPerubahan

Managing Tax Ecosystem forSustainable Growth

Synergy BeyondBoundaries

Breaking BarriersHitting New Highs

PETA LALUAN

2016

2015

T H E D R I V E R ==

KPI

THE VEHICLE PERANCANGANS T R A T E G I K

Page 4: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

4 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 5: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

5PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Peru

tusa

nKe

tua

Pega

waiEk

seku

tif7

Penutup43

Mekanism

e

Pelaksanaan

42Elem

en Penentu

Kejayaan

41Pelan Tindakan

LHDNM 2016-2020

19

Rangka KerjaPerancanganStrategik LHDNM

18

Hubung Kait

Teras Strategik,

Bidang Keberhasilan

& Objektif Strategik

17

Tera

s Str

ateg

ik

2016

-202

0

16

Nila

iTe

ras

14

Bergerak

Seiring

Negara

12

Visi danMisi 11

CartaOrganisasi 9

Tujuan

Dokumen Pelan

Korporat LHDNM

2016-20208

KANDUNGAN

Page 6: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

6 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 7: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

7PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Pentadbir Cukai Terunggul Yang Menyumbang Kepada Pembangunan Negara”.Itulah visi LHDNM yang perlu dihayati dan dijadikan panduan dalam memastikan organisasi ini terus ke hadapan dan disegani. Aspirasi ini telah dimanifestasikan menerusi pembangunan Pelan Korporat yang merupakan Peta Laluan (Roadmap) yang perlu diharungi dengan menggunakan Perancangan Strategik sebagai kenderaan (vehicle) dan Petunjuk Prestasi Utama sebagai pemandu (driver) yang memacu organisasi tercinta ini menjadi sebuah organisasi yang berprestasi tinggi.

Justeru, Pelan Korporat LHDNM 2016-2020 adalah langkah kritikal perjalanan organisasi ini supaya selari dengan agenda nasional kerajaan dalam usaha menjadikan negara kita sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dalam usaha melangkah ke hadapan, LHDNM perlu mendokong penuh semua strategi dan inisiatif nasional selaku agensi kerajaan pemungut hasil utama negara, demi memastikan wawasan negara dapat dicapai.

Bagi mengekalkan momentum tersebut, Pelan Korporat LHDNM 2016-2020 akan menzahirkan komitmen untuk terus berdaya saing dan terus kekal relevan dalam usaha meneruskan transformasi kerajaan dan merealisasikan teras strategik LHDNM yang telah digariskan dalam pelan ini iaitu:

• LHDNM penyumbang utama kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat• Pentadbir sistem percukaian yang diyakini rakyat• Sistem dan prosedur kerja yang cekap dan berkesan• LHDNM sebagai majikan pilihan

When you fail to plan, you plan to fail. Oleh itu, Pelan Korporat ini menggambarkan LHDNM telah bersedia mengorak langkah, berani melakar transformasi, sentiasa membudayakan inovasi dan bersama-sama memperkasakan visi dan misi organisasi dengan satu matlamat.

Nothing is impossible, impossible is nothing!

YBhg. Kolonel (K) Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor Bin Hj. MahfarKetua Pegawai EksekutifLembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif

Page 8: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

Satu penyataan aspirasi dan hala tuju LHDNM kepada Hasilian dalam usaha menjadikan LHDNM sebuah organisasi berprestasi tinggi (high performance

organization) melalui visi dan misi yang telah ditetapkan

Menjadi rujukan kepada pelaksanaan strategi-strategi

dan tindakan yang dirancang

Suatu

mek

anism

e pem

antau

an pe

laksan

aan

strate

gi da

n ini

siatif

supaya

peran

canga

n

dapa

t dilak

sanak

an sec

ara ter

susun

, sistem

atik

dan

berse

padu

Menjadi satu penanda aras kepada

pencapaian LHDNM bagi memastikan segala

perancangan dan usaha-usaha penambahbaikan

untuk panduan di masa hadapan

Satu

kom

itm

en L

HDN

M k

epad

a pi

hak

kera

jaan

dal

am

mem

asti

kan

hasr

at d

an a

gend

a na

sion

al d

apat

dica

pai u

ntuk

men

jadi

neg

ara

maj

u

berp

enda

pata

n ti

nggi

pad

a ta

hun

2020 1

2

3

5

4

Tujuan Dokumen Pelan

Korporat LHDNM 2016-2020

8 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 9: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

9PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Carta Organisasi

ANGGOTA LEMBAGA

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF /KETUA PENGARAH LHDN

JABATANKETUA PEGAWAI

EKSEKUTIF

JABATANPERANCANGAN STRATEGIK

JABATANKEWANGAN

JABATANGUBALAN & SEMAKAN

UNDANG-UNDANG

JABATANTINDAKAN KHAS

JABATANPENYELIDIKAN PERCUKAIAN

JABATANRESOLUSI PERTIKAIAN

JABATANPENGURUSAN RISIKO

JABATANKHIDMAT KORPORAT

JABATANSEKTRETARIAT LEMBAGA & ADVISORI PERUNDANGAN

JABATANPERISIKAN DAN PROFILING

JABATANPEMBANGUNAN &

PENGURUSAN FASILITI

JABATANINSPEKTORAT & INTEGRITI

TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF / TIMBALAN KETUA

PENGARAH(OPERASI

PERCUKAIAN)

JABATAN OPERASI CUKAI

JABATAN PUNGUTAN HASIL

PUSAT PEMPROSESAN MAKLUMAT

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF / TIMBALAN KETUA

PENGARAH(DASAR)

JABATAN DASAR PERCUKAIAN

JABATAN PERCUKAIAN ANTARABANGSA

JABATAN SIVIL DAN PENDAKWAAN

TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF / TIMBALAN KETUA

PENGARAH(PENGURUSAN)

JABATAN PENGURUSAN INSAN

JABATAN LOGISTIK KORPORAT

AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA

TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF / TIMBALAN KETUA

PENGARAH(PEMATUHAN)

JABATANPEMATUHAN CUKAI

JABATAN SIASATAN

CAWANGAN PEMBAYAR CUKAI BESAR

CAWANGAN CUKAI MULTINASIONAL

CAWANGANPETROLEUM

JABATAN AUDIT DALAM

PEJABAT PENGARAH NEGERI12

CAWANGAN36 CAWANGANSIASATAN17

PUSAT KHIDMATHASIL36

Page 10: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

10 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Dalam usaha menjadikan LHDNM peneraju perkhidmatan percukaian negara, pelaksanaan dan pematuhan undang-undang serta peraturan sedia ada merupakan aspek penting dalam menjayakan misi tersebut. Dengan kuasa yang diperuntukkan, peranan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

PUNCAKUASALHDNM

UNDANG-UNDANG

• Perlembagaan Persekutuan 1957

ENAKMEN

• Kanun Tanah Negara 1965

• Kanun Acara Jenayah (Akta 593)• Kanun Keseksaan

(Akta 574)• Kaedah-kaedah

Penggulungan Syarikat 1972

• Kaedah-kaedah Mahkamah 2012• Enakmen Duti

Harta Pesaka 1941

AKTA

• Akta Cukai Pendapatan 1967

• Akta Cukai Keuntungan Harta

Tanah 1976• Akta Penggalakan Pelaburan

1986• Akta Setem 1949• Akta Petroleum (Cukai

Pendapatan) 1967• Akta Cukai Aktiviti

Perniagaan Labuan 1990

• Akta Tafsiran 1948 dan 1967

• Akta Had Masa 1953• Akta Mahkamah

Kehakiman 1964• Akta Syarikat 1965

• Akta Kebankrapan 1967• Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat

Berasaskan Tanah) 1984 (Akta 310)• Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan

2001

Punca Kuasa

Page 11: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

VisiPentadbir cukai terunggul yang menyumbang kepada pembangunan negara

MisiMemberi perkhidmatan percukaian yang cemerlang dengan:

• Mempertingkatkan pematuhan sukarela

• Melaksanakan sistem percukaian berintegrasi dan telus

• Meningkatkan keberkesanan operasi melalui inovasi proses dan teknologi maklumat

• Memantapkan tenaga kerja yang kompeten

11PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 12: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

12 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 13: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

13PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 14: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

14 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Kerjasama yang utuh diterapkan dalam diri setiap Hasilian menjadikan setiap perancangan keputusan tindakan yang dilaksanakan lebih teratur, menjimatkan masa dan cekap seterusnya menghasilkan produktiviti yang tinggi. Hasilian akan lebih gemilang jika setiap sesuatu perkara dilaksanakan secara berpasukan.

Membudayakan happy at work dapat menaikkan semangat Hasilian meningkatkan produktiviti organisasi.

Menerapkan dan mengamalkan budaya mesra serta saling hormat menghormati ke arah mewujudkan organisasi penyayang dan harmoni.

Managing people dengan etika dan tata susila yang baik dan sewajarnya.

Mewujudkan komitmen secara sukarela untuk bersama-sama mencapai matlamat/KPI Korporat yang telah ditetapkan.

Hasilian berusaha untuk menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang bagi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti dan berprestasi tinggi ke arah pentadbir cukai terunggul yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Integriti dibudayakan di setiap peringkat pegawai LHDNM selari dengan matlamat untuk melahirkan modal insan yang kompeten, berintegriti dan komited.

Hasilian mempunyai semangat yang tinggi untuk menghasilkan yang terbaik dalam setiap urusan pentadbiran percukaian ke arah menjana pendapatan negara. Selain itu, setiap urusan ditadbir dan diuruskan secara profesional dan cekap.

Nilai TerasHasilian berpegang kepada prinsip-prinsip moral yang ditetapkan oleh organisasi berdasarkan nilai-nilai yang sesuai dengan lunas undang-undang negara, sistem masyarakat setempat dan peraturan-peraturan tertentuyang ditetapkan untuk mencapai aspirasi organisasi.

appy

Te mwork

Profe sionalism

ntegrity

Exce lence

Page 15: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

HAPPY

PROFESSIONALISM

INTEGRITY

TEAMWORK

EXCELLENCE

Hasil sentiasa ceria dan seronok

Bekerja dalam satu pasukan

Berteraskan integriti

Dengan profesional

Untuk mencapai kecemerlangan

15PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 16: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

Penyumbang Utama Kemakmuran Negara Dan

Kesejahteraan Rakyat

Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

LHDNM Sebagai Majikan Pilihan

Teras Strategik 2016-2020

LHDNM

16 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 17: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

17PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

TERAS STRATEGIK

PENYUMBANG UTAMA KEMAKMURAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN

RAKYAT

PENTADBIR SISTEM PERCUKAIAN YANG DIYAKINI RAKYAT

SISTEM DAN PROSEDUR KERJA YANG CEKAP DAN

BERKESAN

LHDNM SEBAGAI MAJIKAN PILIHAN

BIDANG KEBERHASILAN (KRA)

Pematuhan Sukarela Fokus Pelanggan Kecemerlangan Operasi Institusi Mampan

OBJEKTIF STRATEGIK

• Meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela

• Mengurangkan ketirisan cukai

• Memantapkan pengurusan hutang cukai

• Memperluaskan asas cukai

• Memastikan keadilan sistem percukaian

• Meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan

• Memastikan keselamatan aset dan maklumat percukaian

• Memelihara reputasi dan imej korporat

• Membangunkan dan memantapkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi

• Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos

• Menambahbaik prosedur kerja

• Membudayakan pengurusan risiko dalam proses kerja

• Melaksanakan organisasi yang mempunyai saiz perjawatan dan struktur yang optimum

• Membangunkan sumber manusia yang kompeten dan profesional

• Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif

• Memperkukuhkan kepimpinan dan kepakaran

Hubung Kait Teras Strategik,Bidang Keberhasilan & Objektif Strategik

Page 18: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

18 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

01Teras

Strategik

ObjektifStrategik

Strategi

BidangTumpuanInisiatif

PelanTindakan

PemilikProses

TahunSasaran

Tanggungjawab/ Tindakan

02

03

04

0506

07

08

09

RangkaKerja

PerancanganStrategikLHDNM

Page 19: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

pelan KORPORATlhdnm 2016-2020

19PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 20: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara Dan Kesejahteraaan Rakyat

LHDNM adalah penyumbang utama hasil kerajaan bagi mendanai pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat. Sejak 2011, hasil kutipan LHDNM adalah melebihi 55% daripada keseluruhan hasil negara. Kedudukan kewangan negara yang kukuh menjamin keupayaan kerajaan mengurus keperluan rakyat dengan baik.

Taraf sosio ekonomi rakyat yang meliputi kos sara hidup, peluang pekerjaan, kemudahan pendidikan, jaminan keselamatan dan perkhidmatan kesihatan dapat ditingkatkan. Di samping itu, kemudahan infrastruktur yang lebih berkualiti juga dapat disediakan. Justeru, kekayaan dan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

LHDNM komited untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat. Kesinambungan kutipan hasil yang memberangsangkan perlu dikekalkan melalui pelaksanaan objektif strategik yang telah dirancang iaitu meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela, mengurangkan ketirisan cukai, memantapkan pengurusan hutang cukai dan membesarkan asas cukai.

Pematuhan cukai secara sukarela dimaksimumkan dengan program pematuhan yang seimbang dan fokus berasaskan risiko, ketelusan dan sikap pematuhan pembayar cukai. LHDNM mempelbagaikan usaha memudahkan urusan percukaian serta mengurangkan kos pematuhan bagi pembayar cukai yang sentiasa bersedia untuk mematuhi tanggungjawab percukaian mereka.

Dalam usaha menjamin pelaksanaan yang adil kepada semua, tindakan penguatkuasaan yang tegas dikenakan ke atas pembayar cukai yang enggan mematuhi undang-undang percukaian. LHDNM merancang dan menyasarkan aktiviti pematuhan menggunakan pendekatan pengurusan risiko yang mengambil kira punca dan akibat ketidakpatuhan cukai.

Pengurusan hutang cukai diperkemaskan dengan memberi tumpuan kepada pencegahan hutang, mengenalpasti punca yang boleh menyebabkan keberhutangan dan melaksanakan kaedah kutipan hutang yang cekap dan berkesan.

Strategi memperluaskan asas cukai adalah penting demi memastikan kelangsungan kutipan hasil yang mampan. Oleh itu, LHDNM mengambil langkah meningkatkan kesedaran cukai melalui pemerkasaan aktiviti pendidikan cukai serta memantapkan perkongsian maklumat melalui jaringan kerjasama dengan agensi lain.

20 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 21: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

21PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 1

MENINGKATKAN PEMATUHAN CUKAI SECARA SUKARELA

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

1.1 Menggalakkan budaya pematuhan cukai di kalanganmasyarakat

Penyampaian pendidikan cukai kepada masyarakat

1. Memperkukuhkan kerjasama dengan kementerian/jabatan/agensi kerajaan/swasta

• Tahap kesedaran orang awam terhadap pematuhan cukai mengikut golongan sasar (%)

2016-2020

2. Memantapkanroadshow gerak hasil

2016-2020

3. Memperkasakan media penyampaian (media tax-nucleus)

2016-2020

1.2 Mempertingkatkan tindakan siasatan dan pematuhan

Meningkatkan visibility LHDNM kepada masyarakat

1. Memilih kes berisiko tinggi dan berprofil tinggi

• Peratus peningkatan penyelesaian kes audit dan siasatan mengikut golongan sasar

2016-2020

2. Menggunakan peruntukan undang-undang AMLATFPUAA mengikut keperluan

3. Mengambil tindakan pendakwaan ke atas kegagalan mengemukakan maklumat, borang dan dokumen

1.3 Menyediakan mekanisma penyelesaian bagiketidakpatuhan

Pengurangan kadar ketidakpatuhan

Pemantapan kaedah pengurusan penyimpanan rekod bagi pembayar cukai

• Peratus pengurangan kadar ketidakpatuhan mengikut golongan sasar

2016-2018

LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara Dan Kesejahteraan Rakyat

TERAS STRATEGIK 1

Page 22: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

22 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 2

MENGURANGKAN KETIRISAN CUKAI

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

2.1 Memantapkan platform untuk membendung ketirisan cukai

Pemantapan pengurusan maklumat

1. Membangunkan pusat pintar

• Peratus peningkatan hasil mengikut kumpulan sasar

2016-2020

2. Memantapkan proses pengumpulan data dan maklumat syarikat MNE serta maklumat pembayar cukai Malaysia di luar negara

2016-2020

3. Memantapkan pengumpulan maklumat percukaian pekerja asing

2016-2020

Pemantapan program audit cukai

Pemantapan program audit cukai

• Audit Meja• Audit Luar

2016-2020

Pemantapan program siasatan

Memantapkan keberkesanan tindakan siasatan

2016-2020

LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara Dan Kesejahteraan Rakyat

TERAS STRATEGIK 1

Page 23: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

23PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 2

MENGURANGKAN KETIRISAN CUKAI

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

2.2 Menyemak dasar percukaian

Menganalisa undang-undang/peraturan percukaian

1. Penyemakan semula akta cukai bagi pelbagai segmen pembayar cukai

• Peratus peningkatan hasil berbanding kutipan cukai bagi pindaan undang-undang berkaitan

2016-2020

2. Mengkaji kesan pengecualian cukai syarikat di bawah Labuan Financial Sevices Authority (LFSA)

2016-2017

3. Memperkemaskan Perjanjian Pengelakan Percukaian Dua Kali (PPPDK) Malaysia

2016-2020

Amalan dan piawaian antarabangsa

Mematuhi piawaian antarabangsa

2016-2020

2.3 Menjalinkan kerjasama dan tindakan strategik untuk pencegahan dan pembanterasan penipuan dan pengelakan cukai

Pemantapan jaringan kerjasama dengan pihak agensi yang berkepentingan

1. Memantapkan kerjasama dan penyelarasan di antara organisasi cukai dan agensi lain mengenai isu pentadbiran cukai

• Peratus peningkatan kes berisiko tinggi hasil daripada usaha sama strategik dengan pihak yang disasar

2016-2020

2. Menggalakkan dialog antara pentadbiran cukai dan pihak berkepentingan utama dalam negara

2016-2020

LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara Dan Kesejahteraan Rakyat

TERAS STRATEGIK 1

Page 24: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

24 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 3

MEMANTAPKAN PENGURUSAN HUTANG CUKAI

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

3.1 Melaksanakan strategi pengurusan hutang cukai menerusi pencegahan, penguatkuasaan dan pemantauan

Pencegahan Pewujudan jaringan kerjasama bagi memantapkan proses pungutan

• Kadar pengurangan paras hutang cukai berbanding kutipan hasil (%)

2016

Penguatkuasaan Pemantapan proses kerja

2016-2018

Pemantauan Penggunaan sistem automasi

2016-2017

OBJEKTIF STRATEGIK 4

MEMPERLUASKAN ASAS CUKAI

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

4.1 Melaksanakan kajian menyeluruh pembesaran asas cukai

Pembesaran asas cukai

Penyediaan strategi memperluaskan asas cukai

• Peratus peningkatan bilangan pendaftaran fail

2017-2020

Pemantapan analitik data

Perkongsian/ pengintegrasian data dengan agensi-agensi

2016-2017

LHDNM Penyumbang Utama Kemakmuran Negara Dan Kesejahteraan Rakyat

TERAS STRATEGIK 1

Page 25: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

Pentadbir Sistem PercukaianYang Diyakini Rakyat

LHDNM mahu rakyat terus yakin dengan sistem percukaian negara. Sistem percukaian yang diyakini haruslah mempunyai perundangan yang adil dan mudah difahami. Sistem ini perlu disokong oleh pelaksanaan yang telus dan saksama serta pengurusan maklumat yang berintegriti. Objektif strategik LHDNM adalah memastikan kesaksamaan dan keadilan sistem percukaian, meningkatkan penyampaian perkhidmatan pelanggan, memastikan keselamatan aset dan maklumat percukaian serta memelihara reputasi dan imej korporat.

LHDNM menjalankan kajian berterusan secara proaktif bagi memastikan undang-undang percukaian Malaysia sentiasa terkini dan menyeluruh. Akta-akta yang berkaitan cukai sentiasa ditambah baik selari dengan perkembangan isu percukaian semasa dan mengambil kira dasar yang ditetapkan kerajaan.

Panduan percukaian dikeluarkan bagi memudahkan pembayar cukai memahami hak-hak mereka seterusnya mengurangkan kadar kesilapan dan meningkatkan pematuhan. Ini dapat membantu pembayar cukai merancang serta mengurus cukai mereka dengan lebih teratur sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan LHDNM dalam memudahkan pengurusan cukai mereka.

Amalan terbaik pentadbir cukai lain sentiasa dirujuk untuk memastikan sistem percukaian Malaysia berada di tahap yang setanding dengan pentadbir cukai antarabangsa. Strategi ini perlu bagi memastikan amalan percukaian yang konsisten dalam usaha LHDNM untuk berlakuadil kepada pembayar cukai tertakluk kepada bidang kuasa cukai yang berbeza di dalam suatu masa.

Untuk tujuan ini, LHDNM mengambil bahagian dalam kerjasama, perkongsian pintar dan perjanjian dengan pentadbir cukai negara-negara lain bagi menangani cabaran berhubung dengan halangan kepada ketelusan maklumat.

LHDNM komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, menepati kehendak semasa dan telus. Sistem teknologi maklumat dimanfaatkan secara meluas dan inovatif sebagai pemangkin dalam penyampaian perkhidmatan. LHDNM menyasarkan peningkatan perkhidmatan atas talian menjelang 2020 selaras dengan penggunaan internet sebagai saluran penyampaian perkhidmatan utama.

Penambahan rangkaian perkhidmatan layan diri yang menyeluruh dan automatik dapat menjimatkan masa berurusan pembayar cukai dengan LHDNM seterusnya mengurangkan kos pematuhan.

Keselamatan sistem maklumat dan fasiliti adalah kritikal dalam memastikan kerahsiaan maklumat pembayar cukai. LHDNM mengambil langkah keselamatan sewajarnya untuk melindungi sistem maklumat dan fasiliti daripada sebarang ancaman pencerobohan dan kebocoran maklumat.

LHDNM turut menekankan nilai integriti yang tinggi ke atas semua Hasilian. Pelan Integriti LHDNM berteraskan nilai bijak, benar, amanah, telus, adil dan bersyukur bertujuan untuk memelihara reputasi dan imej korporat dan dapat menambah keyakinan pembayar cukai terhadap LHDNM.

25PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 26: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

26 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 1

MEMASTIKAN KEADILAN SISTEM PERCUKAIAN

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

1.1 Melindungi sumber hasil cukai negara

Pemantapan undang-undang percukaian antarabangsa dengan tumpuan kepada pengaliran dana keluar

1. Mengemaskini undang-undang/garis panduan berdasarkan perkembangan dan keperluan

• Peratus peningkatan kutipan cukai mengikut sektor tumpuan

2016-2017

2. Penerbitan garis panduan/pindaan

2016-2020

3. Pengenaan cukai baharu

2018-2020

4. Memperkemas proses rayuan

2016-2020

Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat

TERAS STRATEGIK 2

Page 27: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

27PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 2

MENINGKATKAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

2.1 Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan

Kualiti perkhidmatan

Menambahbaik tahap perkhidmatan

• Indeks kesediaan orang awam terhadap pematuhan cukai

2016

Perkhidmatan secara khusus

1. Menyediakan perkhidmatan berasaskan profil dan gelagat pematuhan pembayar cukai

2016-2018

2. Mengenalpasti bidang tumpuan yang memerlukan kajian terperinci

2016

2.2 Memastikan Hasilian mematuhi piawaian profesional

Piawaian profesional

Memastikan Hasilian menunjukkan standard etika yang cemerlang dalam melaksanakan perkhidmatan

• Kadar penemuan ketidakpatuhan hasil daripada audit yang dilaksanakan

2018

2.3 Memastikan tahap penyebaran maklumat yang terkini, telus danmudah dicapai

Penyebaran maklumat percukaian (komunikasi)

1. Perlaksanaan komunikasi pemasaran (MarComs) sepenuhnya

• Statistik sebaran maklumat melalui medium yang digunakan

2020

2. Penyediaan bahan media yang berinformasi 2016-2020

3. Perlaksanaan e-broadcasting 2017-2018

Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat

TERAS STRATEGIK 2

Page 28: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

28 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 3

MEMASTIKAN KESELAMATAN ASET DAN MAKLUMAT PERCUKAIAN

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

3.1 Memastikan persekitaran yang selamat bagi melindungi keselamatan maklumat percukaian dan infrastruktur

Maklumat percukaian dan kemudahan keselamatan organisasi

1. Memantapkan pengurusan kesinambungan perkhidmatan (PKP)

• Kadar pelanggaran peraturan keselamatan yang dilaporkan (%)

2016-2020

2. Mengekalkan kemudahan dan persekitaran kerja yang selamat untuk warga LHDNM

3. Mengekalkan kesinambungan operasi

4. Memupuk budaya tanggungjawab serta melindungi insfrastruktur data dan sistem keselamatan

Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat

TERAS STRATEGIK 2

Page 29: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

29PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 4

MEMELIHARA REPUTASI DAN IMEJ KORPORAT

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

4.1 Memperkukuhkan asas tadbir urus yang baik

Tadbir urus yang baik

Memperkasa tadbir urus LHDNM

• Kadar penemuan ketidakpatuhan hasil daripada audit dilaksanakan (%)

2016-2020

Memperkasakan imej dan jenama

1. Meningkatkan imej kaunter

2016-2020

2. Melaksanakan kajian keberkesanan publisiti LHDNM

2020

3. Melaksanakan aktiviti meningkatkan imej LHDNM melalui program pengiktirafan dan anugerah

2016-2020

Komunikasi berkesan

Melaksanakan:1. Audit komunikasi2. Keberkesanan media

2019

4.2 Meningkatkan reputasi LHDNM

Jaringan kerjasama

Meluaskan jaringan kerjasama agensi dalam dan luar negara

• Indeks keyakinan orang awam terhadap sistem percukaian

2016-2020

Program CSR Memantapkan program CSR

Pusat depositori maklumat

Mewujudkan pusat data inovasi

Pentadbir Sistem Percukaian Yang Diyakini Rakyat

TERAS STRATEGIK 2

Page 30: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

LHDNM akan sentiasa menambahbaik piawaian perkhidmatan bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan prestasi perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Strategi LHDNM ialah membangunkan dan memantapkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos, menambah baik prosedur kerja dan membudayakan pengurusan risiko dalam proses kerja.

Kadar pematuhan dapat dipertingkatkan dengan adanya kemudahan capaian kepada maklumat yang cepat, tepat dan boleh diperolehi pada bila-bila masa. Pemantapan aplikasi sistem percukaian dibuat supaya ia boleh dicapai dari pelbagai lokasi dan peranti elektronik mudah alih.

Penggunaan alat analisis data dan penambahan automasi dibuat untuk menambah baik proses kerja sedia ada. Ini menyumbang kepada keberkesanan kos dalaman dengan pengagihan sumber yang strategik.

Prosedur kerja diperkemas secara berterusan bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan mempercepatkan proses membuat keputusan. Inisiatif-inisiatif yang bertujuan mempertingkatkan keberkesanan fungsi sistem teknologi maklumat akan dilaksanakan di bawah teras ini.

LHDNM juga membudayakan pengurusan risiko dalam semua proses kerja bagi meminimakan ancaman yang boleh menjejaskan keupayaan mencapai matlamat. Profil risiko dibangunkan dan risiko dipantau dalam inisiatif-inisiatif perancangan strategik bagi membolehkannya diurus dengan cekap dan berkesan.

30 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 31: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

31PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 1

MEMBANGUNKAN DAN MEMANTAPKAN SISTEM TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

1.1 Memodenkan sistem aplikasi dan infrastruktur ICT

Business intelligence solution

1. Membangunkan perlombongan data (data mining) dan inisiatif IT yang lain bagi memantapkan penyelesaian gudang data

2. Membangunkan sistem rujukan setempat (Hasilpedia)

3. Pembangunan baharu dan pemantapan sistem aplikasi

4. Menaiktaraf dan memperkasakan infrastruktur ICT

5. Kejuruteraan semula sistem aplikasi dan infrastruktur ICT

6. Pemantauan sistem ICT yang berkesan

• Tahap kemajuan penambahbaikan sistem automasi mengikut jenis penyelenggaraan (%)

2016-2020

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

TERAS STRATEGIK 3

Page 32: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

32 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

32

OBJEKTIF STRATEGIK 2

MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN KOS

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

2.1 Melaksanakan penyelidikan dan pembangunan amalan terbaik dan inovatif untuk penjimatan kos pengurusan dan pentadbiran

Keberkesanan kos

1. Memperluaskan pembelajaran atas talian

• Nisbah kos pungutan bagi setiap RM100 cukai yang dipungut berbanding dengan tahun sebelumnya

2016-2020

2. Mempelbagaikan saluran komunikasi yang inovatif

2018

3. Pengurusan hartanah yang berkesan

2016-2020

4. Mewujudkan pelbagai saluran bayaran selain kaunter

2020

5. Peluasan sewa beli dan e-bidding

2016

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

TERAS STRATEGIK 3

Page 33: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

33PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 3

MENAMBAHBAIK PROSEDUR KERJA

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

3.1 Mengharmonikan prosedur kerja setara dengan pentadbiran cukai terbaik

Prosedur kerja mengikut perkhidmatan kritikal

1. Pemantapan proses kerja sedia ada

• Peratus penambahbaikan proses kerja dalam tempoh tertentu

2016-2020

2. Pengintegrasian data pembayar cukai dan sistem e-filing yang lebih fleksibel

2016-2017

3. Pengukuhan pengendalian aduan

2016-2020

4. Melaksanakan pengurusan dokumen dan maklum balas

• mesyuarat secara online • e-services

2016-2018

5. Memperkasa program pengauditan, siasatan dan perisikan

2016-2020

6. Memperluaskan program inovasi

2016-2020

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

TERAS STRATEGIK 3

Page 34: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

34 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 3

MENAMBAHBAIK PROSEDUR KERJA

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

7. Pelaksanaan Sistem Penilaian Amalan Nilai (SPAN) dan pemantauan yang berkesan terhadap pengurusan aduan integriti pegawai

2016-2020

8. Pemantapan sistem Pengurusan Sumber Manusia (iHRS)

2016-2020

9. Menaik taraf/pemantapan sistem

2016-2019

Memantapkan kecekapan pungutan cukai

Memproses pungutan hasil dan duti setem dengan lebih cekap

2016-2020

3.2 Mengharmonikan prosedur kerja bagi proses sokongan seperti pengurusan, kewangan dan ICT

Prosedur kerja perkhidmatan sokongan

Mempertingkatkan komunikasi dua hala

• Bilangan proses kerja ditambahbaik hasil daripada penemuan audit

2016-2020

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

TERAS STRATEGIK 3

Page 35: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

35PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 4

MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN RISIKO

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

4.1 Melaksana dan menyelenggara program pengurusan risiko yang mantap

Penyelarasan aktiviti pengurusan risiko organisasi

Memudah dan mempercepatkan pengumpulan maklumat risiko, penganalisaan dan penjanaan laporan risiko melalui Sistem Maklumat Pengurusan Risiko (i-RIS)

Peratus peningkatan pematuhan cukai dan penurunan bilangan risiko organisasi

2016-2020

Komunikasi dan konsultasi risiko

1. Memastikan kesinambungan dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang berterusan semasa mengalami gangguan atau bencana

2. Menyampaikan maklumat risiko kepada pihak berkepentingan iaitu stakeholder dalaman dan luaran, pengurusan atasan dan jawatankuasa yang memantau

2016-2020

Memudahcara pembudayaan pengurusan risiko dalam organisasi

• Memperkasakan rangka kerja pengurusan risiko termasuk Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP)

• Menjadikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) sebagai satu amalan di semua peringkat

2016-2020

Sistem Dan Prosedur Kerja Yang Cekap Dan Berkesan

TERAS STRATEGIK 3

Page 36: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

36 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

LHDNM Sebagai Majikan Pilihan

LHDNM berhasrat menjadi majikan pilihan kepada individu yang berkaliber tinggi dan mempunyai kepakaran yang relevan seiring dengan persekitaran percukaian yang semakin dinamik. Dalam usaha mencapai matlamat ini, LHDNM memberi tumpuan kepada empat objektif strategik iaitu melaksanakan organisasi yang optimum, menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, membangunkan sumber manusia yang kompeten dan profesional dan memperkukuhkan kepimpinan.

Tadbir urus sumber manusia diperkukuhkan melalui pelaksanaan organisasi yang mempunyai saiz perjawatan dan struktur yang optimum dengan meningkatkan tahap kecekapan di samping mengurangkan pembaziran sumber manusia.

Pengambilan tenaga kerja baharu diperkemaskan dengan penekanan kriteria pemilihan yang khusus untuk memastikan hanya calon yang terbaik diterima sebagai Hasilian. Setiap inisiatif yang dirangka menterjemahkan komitmen LHDNM untuk menyediakan persekitaran kerja yang kondusif berlandaskan konsep Feel Good At Work.

LHDNM menawarkan imbuhan perkhidmatan serta laluan kerjaya yang kompetitif. Peluang kerjaya bersama LHDNM juga memberikan pengalaman dan kepakaran percukaian yang terbaik.

Penekanan diberi untuk menggalakkan keseimbangan di antara kerja pejabat dan kehidupan peribadi. Budaya kerja yang sihat dan selamat diamalkan untuk menjamin keselesaan dan kesejahteraan Hasilian.

LHDNM memahami pentingnya Hasilian yang kompeten dan profesional dalam memberikan perkhidmatan percukaian yang berkualiti. Hasilian diberi peluang latihan di dalam dan luar negara untuk mempertingkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran mereka selaras dengan kemajuan semasa. Salah satu elemen organisasi yang berjaya adalah keupayaan untuk berubah mengikut keperluan persekitaran semasa. Untuk menjayakan sesuatu transformasi memerlukan kepimpinan yang mampu menerajui perubahan serta menetapkan matlamat yang jelas kepada semua Hasilian.

LHDNM akan terus melaksanakan program pembangunan bagi memperkukuhkan kepimpinan LHDNM. Ini dilakukan melalui pemantapan pengetahuan dan kemahiran pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka dapat memacu Hasilian ke arah pencapaian matlamat organisasi.

36 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 37: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

37PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 1

MELAKSANAKAN ORGANISASI YANG MEMPUNYAI SAIZ PERJAWATAN DAN STRUKTUR YANG OPTIMUM

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

1.1 Pemantapan dan penjajaran sumber manusia

Penstrukturan semula organisasi

1. Perancangan penstrukturan semula

2. Pemantapan semula fungsi

• Nisbah kos pengurusan berbanding kutipan hasil

2016-2020

Perancangan tenaga kerja

1. Menyemak semula saiz perjawatan mengikut keutamaan program

2. Mengagihkan semula pegawai mengikut keutamaan

3. Menjalankan analisis sumber manusia secara menyeluruh dan menyediakan penyelesaian mengenai kekurangan tenaga kerja (supply-demand)

2016-2020

Pengurusan prestasi pegawai

Memantapkan pengurusan penilaian prestasi pegawai

LHDNM Sebagai Majikan Pilihan

TERAS STRATEGIK 4

Page 38: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

38 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 2

MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA YANG KOMPETEN DAN PROFESIONAL

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

2.1 Menyedia dan melaksanakan latihan untuk menyerlah dan meningkatkan potensi bakat

Kompetensi Menambahbaik rangka kerja dan matriks kompetensi

• Peratus pegawai yang mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan

2016-2018

Analisis keperluan latihan

Mengendalikan analisis keperluan latihan berdasarkan keperluan kepimpinan dan kepakaran

2016-2020

Program pembangunan individu

Membangunkan program pembangunan insan yang kompeten mengikut keperluan semasa

2016-2020

Perkongsian ilmu dan maklumat

Menyediakan mekanisme perkongsian ilmu bagi meningkatkan produktiviti

2016-2020

LHDNM Sebagai Majikan Pilihan

TERAS STRATEGIK 4

Page 39: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

39PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 3

MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KERJA YANG KONDUSIF

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

3.1 Melestarikan dan mengimbangi persekitaran kerja terbaik

Memantapkan infrastrukturpersekitaran kerja

1. Memastikan persekitaran kerja yang kondusif

• Peratus kepuasan terhadap persekitaran kerja

2016-2020

2. Membudaya dan menyediakan aktiviti penulisan/penyelidikan

2016-2020

3. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai teras dalam melaksanakan tugas dan fungsi

2016-2020

Memantapkan sistem saraan yang bersifat kompetetif

1. Mengemaskini terma dan syarat perkhidmatan

2016-2020

2. Menambahbaik sistem ganjaran

Indeks kepuasan bekerja

Menambahbaik tahap kepuasan pekerja

2016-2020

LHDNM Sebagai Majikan Pilihan

TERAS STRATEGIK 4

Page 40: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

40 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

OBJEKTIF STRATEGIK 4MEMPERKUKUHKAN KEPIMPINAN DAN KEPAKARAN

BIL STRATEGI BIDANG TUMPUAN INISIATIF INDIKATOR

STRATEGITAHUN

SASARAN

4.1 Menambahbaik perancangan kepimpinan dinamik dan kepakaran

Memperkukuhkan laluan kerjaya

Mewujudkan laluan kerjaya yang bersifat kepimpinan dan kepakaran

• Nisbah pegawai yang bersedia dengan perjawatan kritikal

2016-2020

Memantapkan pelan penggantian pengurusan

1. Pemantapan program CEO Incubator

2. Pemantapan Talent Development Program (TDP)

2016-2020

LHDNM Sebagai Majikan Pilihan

TERAS STRATEGIK 4

Page 41: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

41PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Kapasiti Organisasi

Kapasiti LHDNM perlu diperkukuhkan agar dapat memastikan perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan secara berterusan. Transformasi dalam pengurusan serta perjawatan perlu ada dan setiap penempatan perlu disusun atur mengikut kepakaran bagi memastikan pelaksanaan kerja secara bijak.

Pembangunan Modal Insan

Pembangunan modal insan yang selari dengan keperluan dan kehendak organisasi adalahperlu untuk menjadikan LHDNM sebagai pemacu kepada kecemerlangan pentadbiran. Modal insan yang terlatih dan terpimpin dapat memastikan kesinambungan dan percambahan kemurnian dalam melaksanakan tugasan.

Pengurusan Ilmu

Ilmu dan pengetahuan merupakan elemen penting dalam memacu pelaksanaan tugasan. Untuk itu setiap pegawai atau kakitangan perlu mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan tugasan. Konsep Knowledge Management perlu diterapkan dalam organisasi agar setiap pengetahuan yang berbentuk tacit dan explicit boleh dirujuk oleh semua.

Perubahan Budaya Kerja Dan Minda

Budaya kerja dan minda yang menjadi amalan dan ikutan daripada orang terdahulu perlu direkodkan memandangkan setiap amalan tersebut ada kelemahan dan kebaikannya. Walau bagaimanapun budaya bekerja berpasukan dan sedia menerima perubahan perlu digalakkan untuk mencapai objektif organisasi.

Teknologi ICT Pemangkin Kejayaan

Teknologi ICT merupakan pemangkin kepada kejayaan pengurusan. Ia merupakan alat yang diperlukan dalam memastikan sistem penyampaian yang lebih cekap dan tepat. Pelan Strategik ICT perlu diperkemas dari semasa ke semasa dalam memastikan LHDNM sebagai pemacu dalam memberikan perkhidmatan dan melaksanakan pentadbiran dan pembangunan negara.

ElemenPenentuKejayaan

41PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 42: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

Mekanisme Pelaksanaan

Pelaksanaan pelan strategik akan dibuat meliputi keseluruhan LHDNM dan dipantau oleh Jabatan Operasi Cukai secara tahunan menerusi pelan tindakan tahunan yang akan diedarkan kepada semua pemilik proses yang berkenaan.

Kajian semula Pelan Strategik LHDNM akan dilaksanakan pada tahun 2018 oleh Jabatan Perancangan Strategik. Ini adalah untuk memastikan keberkesanan dan pelaksanaan objektif strategik telah mencapai tahap pelaksanaan yang disasarkan. Kajian semula perlu mengambil kira senario dan perubahan persekitaran semasa pada akhir tempoh sasaran pelaksanaannya.

Keseluruhan pencapaian berdasarkan indikator pelan strategik ini perlu dibentangkan pada penghujung tempoh pelan untuk memastikan pencapaiannya selari dengan hala tuju yang telah ditetapkan.

42 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 43: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

Penutup

LHDNM komited untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menyokong matlamat kerajaan ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Pelan Korporat LHDNM 2016-2020 yang dirangka mendokong penuh nilai-nilai yang digariskan dalam memartabatkan prinsip rukun negara, menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti, memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan memastikan pematuhan cukai secara sukarela. Ini secara holistik akan meningkatkan imej LHDNM dan menjadikannya sebuah pentadbir cukai bertaraf dunia.

Penggubalan Pelan Korporat LHDNM 2016-2020 merupakan elemen penting untuk menetapkan hala tuju strategik bagi meningkatkan keberkesanan serta kecekapan pengurusan LHDNM. Pelan korporat ini merupakan garis panduan utama bagi memantapkan keupayaan organisasi untuk menjadi peneraju dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. Dokumen ini turut menggariskan objektif dan sasaran strategik serta menjadi rujukan utama kepada pihak pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi ini bagi merealisasikan matlamat strategik LHDNM.

Dengan adanya dasar dan strategi yang mantap ini, diharap transformasi pengurusan LHDNM dapat dilaksanakan dengan lancar di samping memastikan kecemerlangan yang berterusan ke arah pencapaian visi dan misi LHDNM.

43PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020

Page 44: Pelan Korporat Combined - hasil.gov.my · PDF file(Akta 593) • Kanun Keseksaan (Akta 574) • Kaedah-kaedah Penggulungan Syarikat 1972 • Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 • Enakmen

44 PELAN KORPORAT LHDNM 2016-2020