pekerja berkemahiran tinggi dan produktiviti sektor ... · pdf filesehubungan itu, kertas...

11
PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011) 308 318 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup, Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011 Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor Pembuatan di Malaysia High Skilled Workers and Productivity in Manufacturing Sector in Malaysia Mohd Shalemy Long Ahmad E-mail: [email protected] Ishak Yussof Noorasiah Sulaiman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Peningkatan dan pengukuhan produktiviti pekerja merupakan antara pendekatan yang boleh diambil bagi memesatkan pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia. Ini kerana peningkatan produktiviti pekerja membolehkan lebih banyak output dapat dihasilkan dengan menggunakan jumlah input buruh yang sama. Teori modal manusia menjelaskan bahawa modal manusia seperti tahap pendidikan dan kemahiran mempunyai hubungan langsung dengan produktiviti pekerja. Sehubungan itu, kertas kerja ini melihat kepada pengaruh guna tenaga berkemahiran tinggi terhadap produktiviti buruh sektor pembuatan serta tiga sub industri iaitu elektrik dan eletronik, berasaskan petroleum dan berasaskan minyak kelapa sawit. Sub industri yang dikaji ini dijangka mendapat impak positif daripada pengenalan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Dalam konteks kajian, guna tenaga berkemahiran tinggi adalah merujuk kepada pekerja kategori pengurusan dan profesional serta teknikal dan penyeliaan. Dengan menggunakan fungsi pengeluaran Cobb-Douglas, dapatan kajian membuktikan bahawa modal manusia menyumbang kepada produktiviti sektor pembuatan namun terhad kepada kategori pekerjaan pengurusan dan profesional sahaja. Manakala kategori pekerjaan teknikal dan penyeliaan tidak signifikan dan mempunyai pengaruh negatif terhadap produktiviti sektor pembuatan dan sub industri yang dikaji. Selain itu, intensiti modal juga berperanan penting dalam mempengaruhi produktiviti sektor pembuatan dan tiga industri yang dikaji. Katakunci: Pembangunan, modal manusia, pembuatan, produktiviti buruh ABSTRACT The manufacturing sector in Malaysia can experience exponential growth if they are able to increase and strengthen its labour productivity. Improvement in labour productivity would allow more output to be generated with the same amount of input. Human capital theory noted direct relationship between level of education and skills with labour productivity. Therefore, this working paper will focus on the impact of highly skilled labour towards labour productivity of the manufacturing sector particularly in three sub-industries, namely electrical and electronics, petroleum based and palm oil based industries. These sub-industries are expected to gain positive impact from the introduction of Economic Transformation Program (ETP) and National Key Result Area (NKEA). In this research context, high skilled labour refers to workers in the categories of management and professional ,and technical and supervisory level. Cobb-Douglas production function was used in this study, and the findings show that human capital contributed to productivity of the manufacturing sector. However, this is only evident in employees in the management and professional category. On the other hand, employees in the technical and supervisory level have insignificant and negative relationship with the productivity of the manufacturing sector and the sub-industries studied. The study also found that capital intensity is crucial in increasing the productivity of the manufacturing sector and the three sub-industries. Keywords: Development, human capital, manufacturing, productivity

Upload: vodang

Post on 22-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

PROSIDING PERKEM VI, JILID 2 (2011) 308 – 318

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI),

Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup,

Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 – 7 Jun 2011

Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor Pembuatan di

Malaysia

High Skilled Workers and Productivity in Manufacturing Sector in Malaysia

Mohd Shalemy Long Ahmad

E-mail: [email protected]

Ishak Yussof

Noorasiah Sulaiman

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Peningkatan dan pengukuhan produktiviti pekerja merupakan antara pendekatan yang boleh diambil

bagi memesatkan pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia. Ini kerana peningkatan produktiviti

pekerja membolehkan lebih banyak output dapat dihasilkan dengan menggunakan jumlah input buruh

yang sama. Teori modal manusia menjelaskan bahawa modal manusia seperti tahap pendidikan dan

kemahiran mempunyai hubungan langsung dengan produktiviti pekerja. Sehubungan itu, kertas kerja

ini melihat kepada pengaruh guna tenaga berkemahiran tinggi terhadap produktiviti buruh sektor

pembuatan serta tiga sub industri iaitu elektrik dan eletronik, berasaskan petroleum dan berasaskan

minyak kelapa sawit. Sub industri yang dikaji ini dijangka mendapat impak positif daripada pengenalan

Program Tranformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Dalam konteks

kajian, guna tenaga berkemahiran tinggi adalah merujuk kepada pekerja kategori pengurusan dan

profesional serta teknikal dan penyeliaan. Dengan menggunakan fungsi pengeluaran Cobb-Douglas,

dapatan kajian membuktikan bahawa modal manusia menyumbang kepada produktiviti sektor

pembuatan namun terhad kepada kategori pekerjaan pengurusan dan profesional sahaja. Manakala

kategori pekerjaan teknikal dan penyeliaan tidak signifikan dan mempunyai pengaruh negatif terhadap

produktiviti sektor pembuatan dan sub industri yang dikaji. Selain itu, intensiti modal juga berperanan

penting dalam mempengaruhi produktiviti sektor pembuatan dan tiga industri yang dikaji.

Katakunci: Pembangunan, modal manusia, pembuatan, produktiviti buruh

ABSTRACT

The manufacturing sector in Malaysia can experience exponential growth if they are able to increase

and strengthen its labour productivity. Improvement in labour productivity would allow more output to

be generated with the same amount of input. Human capital theory noted direct relationship between

level of education and skills with labour productivity. Therefore, this working paper will focus on the

impact of highly skilled labour towards labour productivity of the manufacturing sector particularly in

three sub-industries, namely electrical and electronics, petroleum based and palm oil based industries.

These sub-industries are expected to gain positive impact from the introduction of Economic

Transformation Program (ETP) and National Key Result Area (NKEA). In this research context, high

skilled labour refers to workers in the categories of management and professional ,and technical and

supervisory level. Cobb-Douglas production function was used in this study, and the findings show

that human capital contributed to productivity of the manufacturing sector. However, this is only

evident in employees in the management and professional category. On the other hand, employees in

the technical and supervisory level have insignificant and negative relationship with the productivity of

the manufacturing sector and the sub-industries studied. The study also found that capital intensity is

crucial in increasing the productivity of the manufacturing sector and the three sub-industries.

Keywords: Development, human capital, manufacturing, productivity

Page 2: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 309

PENGENALAN

Pertumbuhan sektor pembuatan yang pesat dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi sesebuah

negara memandangkan sektor ini penting sebagai penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK), peluang pekerjaan dan tukaran asing. Sehubungan itu, membangun dan memastikan

pertumbuhan berterusan sektor pembuatan merupakan antara agenda utama kepada Malaysia. Salah

satu pendekatan yang boleh diambil bagi memesatkan pertumbuhan sektor ini adalah melalui

peningkatan produktiviti pekerja. Ini kerana peningkatan produktiviti pekerja membolehkan lebih

banyak output dapat dihasilkan dengan menggunakan jumlah input buruh yang sama. Sahar (2002),

menjelaskan bahawa produktiviti buruh yang tinggi dalam sektor pembuatan dapat membantu

pertumbuhan dan pembangunan berterusan ekonomi sesebuah negara. Selain itu, negara yang telah

mencapai tahap kemajuan yang tinggi turut mempunyai produktiviti pekerja yang juga tinggi seperti

Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman. Tahap produktiviti di Amerika Syarikat pada 2009 ialah

USD77,828, Jepun USD77,640 dan Jerman USD49,517 berbanding hanya USD12,793 bagi Malaysia

dan USD4,596 di Thailand (MPC 2010).

Sebagaimana yang dicadangkan oleh Becker (1964) dan Mincer (1974) yang dipetik daripada

Corvers (1997) modal manusia iaitu tahap pendidikan mempunyai hubungan langsung dengan

produktiviti pekerja dan seterusnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Lantas, strategi

Malaysia untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi adalah dengan melahirkan lebih ramai tenaga

kerja berpendidikan dan berkemahiran tinggi terutama dalam bidang sains dan teknologi melalui

pembangunan sumber manusia. Keadaan ini dapat dilihat melalui peningkatan enrolmen pelajar di

insitut pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini pada setiap tahun. Pada 2005, enrolmen pelajar

diperingkat pengajian tinggi adalah seramai 731,698 orang dan jumlah enrolmen ini meningkat kepada

1,026,553 orang pada 2009. Selain itu, Malaysia turut menghantar pelajar ke luar negara bagi

meningkatkan bilangan pekerja berpendidikan tinggi dalam negara terutamanya dalam bidang-bidang

kritikal. Rahmah (2010), telah merumuskan bahawa buruh efektif memainkan peranan positif dalam

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun sumbangannya lebih kecil daripada

faktor jumlah buruh. Bilangan pekerja berpendidikan tinggi yang ramai juga memudahkan pengenalan

dan adaptasi teknologi moden dalam kegiatan ekonomi. Keadaan ini dapat mempercepatkan

pembangunan yang dipacu oleh ekonomi berasaskan pengetahuan. Ark et al. (2008) yang membuat

perbandingan produktiviti antara Amerika Syarikat dan Eropah mendapati bahawa pertumbuhan

produktiviti yang perlahan di Eropah berbanding di Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh

transformasi yang perlahan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.

Proses transformasi sektor pembuatan di Malaysia daripada sektor yang berintensifkan buruh

kepada penggunaan teknologi moden dan berasaskan pengetahuan turut berlaku. Keadaan ini dapat

dilihat melalui peningkatan bilangan industri berteknologi tinggi dalam negara serta usaha bagi

meningkatkan penggunaan teknologi moden dan pengetahuan oleh firma-firma tempatan. Perubahan

daripada industri berintensif buruh kepada profail industri yang lebih moden memerlukan sokongan

modal manusia berpendidikan tinggi yang mencukupi. Ini kerana pekerja yang berpendidikan tinggi

mempunyai tingkat kemahiran yang juga tinggi. Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan

Perangkaan adalah didapati bahawa bilangan pekerja berkemahiran tinggi iaitu dalam kategori

pekerjaan pengurusan dan profesional serta teknikal dan penyeliaan dalam sektor pembuatan di

Malaysia meningkat setiap tahun. Pekerja dalam kedua-dua kategori pekerjaan ini secara umumnya

mempunyai tahap kelulusan daripada peringkat sijil hingga di peringkat doktor falsafah. Seramai

347,556 pekerja dengan kemahiran tinggi berkhidmat dalam sektor pembuatan pada 2008 berbanding

hanya 63,790 pekerja pada 1985.

Walaupun terdapat peningkatan bilangan pekerja berkemahiran tinggi dalam sektor

pembuatan, peratusan tenaga kerja kategori ini masih rendah berbanding jumlah keseluruhan tenaga

kerja sektor pembuatan. Sebagai contoh, pada tahun 2008 hanya 19.62 peratus daripada keseluruhan

gunatenaga sektor pembuatan terdiri daripada pekerja berkemahiran tinggi. Peratusan pekerja

berkemahiran tinggi berbanding jumlah gunatenaga sektor pembuatan pada 1985 ialah 13.39 peratus

dan 13.91 peratus pada 1995. Sehubungan itu, objektif utama kertas kerja ini adalah mengkaji

sejauhmanakah bilangan pekerja berkemahiran tinggi dapat mempengaruhi produktiviti buruh sektor

pembuatan di Malaysia. Kajian ini juga akan meliputi tiga sub industri iaitu elektrik dan elektronik,

petroleum dan minyak kelapa sawit iaitu industri yang dijangka mendapat impak positif kesan

pengenalan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Page 3: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

310 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof, Noorasiah Sulaiman

TINJAUAN SEKTOR PEMBUATAN DI MALAYSIA

Pembangunan sektor pembuatan secara terancang di Malaysia bermula selepas kemerdekaan negara

dengan tumpuan strategi kepada perindustrian penggantian import. Sektor ini ditekankan bagi

mempelbagaikan aktiviti ekonomi negara yang ketika itu masih kuat bergantung kepada sektor

pertanian dan pelombongan khususnya kepada tanaman getah dan bijih timah. Pengenalan Dasar

Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 iaitu dengan matlamat bagi mengurangkan jurang pendapatan antara

kaum dan kemiskinan, telah mengenalpasti sektor pembuatan antara pemangkin utama dalam

menjayakan dasar ini. Tumpuan strategi adalah difokuskan kepada aktiviti pembuatan berorientasikan

eksport bagi menjana pendapatan negara. Namun sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK negara

masih kecil iaitu disekitar 18 peratus pada penghujung 1970an. Fasa pembangunan industri berat dan

berteknologi tinggi di negara ini bermula dengan penubuhan HICOM pada 1980 dan pengenalan dasar

perindustrian negara. Dalam menjayakan matlamat ini, Kerajaan telah memainkan peranan secara

langsung dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri berat memandangkan

kekangan yang dihadapi oleh sektor swasta dalam menampung pelaburan modal yang tinggi. Strategi

yang dilaksanakan ini juga bersifat penggantian import tetapi lebih ditumpukan kepada keluaran

bernilai tinggi seperti kereta, keluli dan simen.

Walaupun pada keseluruhannya sumbangan sektor pembuatan kepada ekonomi negara

semakin meningkat kesan namun kelemahan struktur masih wujud di dalam sektor ini. Asas sektor

pembuatan masih lagi sempit dengan sebahagian besar kegiatan pembuatan tertumpu kepada

pengeluaran barangan-barangan elektrik dan elektronik, tekstil, jentera asas dan peralatan

perhubungan. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia juga terlalu bergantung kepada

industri tertentu seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Kebanyakkan industri juga mempunyai

nilai ditambah yang rendah kerana kebanyakkannya menumpukan kepada aktiviti pemasangan. Untuk

memperbaiki keadaan ini Pelan Induk Perindustrian (PPI I) telah dilancarkan pada 1986. Antara

strategi yang ditekankan bagi menjayakan PIP I ialah melalui pembangunan industri kecil dan

sederhana, peralihan kepada penggunaan teknologi tinggi dan pembangunan modal manusia

berkemahiran. Kesan daripada pelaksanaan PIP ini membolehkan sektor pembuatan berkembang

dengan pesat dengan Malaysia tersenarai antara salah sebuah negara perindustrian baru dan tergolong

dalam negara-negara East Asian Miracle (World Bank 1993).

Perancangan pembangunan perindustrian di Malaysia bersifat dinamik dan penambahbaikan

terhadap dasar perindustrian dilakukan sesuai dengan perubahan semasa. Ini dijelaskan dengan dasar

dan startegi baru seperti PIP 2 yang dilancarkan pada 1996 dengan objektif utama bagi meningkatkan

produktiviti, mewujudkan rantaian antara industri, penggunaan teknologi maklumat, penyelidikan dan

pembangunan dan melahirkan lebih ramai pekerja berpengetahuan. Namun demikian, krisis kewangan

Asia Tenggara pada 1997-1998 telah menjejaskan pertumbuhan sektor perindustrian negara.

Pertumbuhan sektor pembuatan pada tahun 1997 dan 1998 merosot kesan daripada krisis kewangan ini

dimana pada tahun 1998, output sektor telah menurun sebanyak 13.4 peratus (Malaysia 2001).

Kerajaan seterusnya mengetengahkan PIP 3 yang merupakan strategi jangka panjang sektor pembuatan

untuk tempoh 2006 sehingga 2020 khususnya dalam mengharungi cabaran globalisasi dan liberalisasi

ekonomi.

Pengaruh sektor pembuatan terhadap ekonomi negara semakin meningkat kesan daripada

perancangan yang telah dilaksanakan. Keadaan ini dapat dilihat melalui peningkatan sumbangan

sektor pembuatan kepada KDNK negara. Pada 1970, sektor pembuatan menyumbang sebanyak 12

peratus kepada KDNK negara iaitu sektor ketiga terbesar selepas sektor perkhidmatan (38 peratus) dan

sektor pertanian (27 peratus). Pada 1990, kesan daripada strategi yang dilaksanakan di bawah PIP 1,

sektor pembuatan mencatatkan nilai keluaran RM28.847 bilion. Pertumbuhan pesat sektor pembuatan

membolehkan sektor ini meningkatkan sumbangannya kepada KDNK negara iaitu dengan kadar 26

peratus pada tahun tersebut. Kepentingan sektor pembuatan kepada ekonomi dapat dilihat melalui

peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian. Nilai

pengeluaran sektor pembuatan pada tahun 2009 ialah RM138.809 bilion dengan sumbangan kepada

KDNK dicatatkan pada kadar 27 peratus berbanding hanya 8 peratus sumbangan sektor pertanian.

Kebergantungan negara terhadap industri elektrik dan elektronik dalam menjana pendapatan

eksport adalah begitu ketara jika dilihat kepada bahagian industri ini kepada jumlah eksport sektor

pembuatan. Nilai eksport barangan elektrik dan elektronik adalah mewakili 53 peratus daripada

keseluruhan eksport bagi tahun 2009. Eksport barangan berasaskan petroleum menyumbang 5.8 peratus

kepada jumlah eksport manakala eksport barangan makanan,minuman dan tembakau mewakili 4

peratus. Kumpulan barangan kimia,produk kimia dan plastik merupakan eksport barangan pembuatan

kedua terpenting dengan sumbangan eksport 22 peratus. Sektor pembuatan juga penting dalam

Page 4: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 311

menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Pada tahun 2009 seramai 3.209 juta guna tenaga

bekerja dalam sektor ini iaitu mewakili 28 peratus daripada keseluruhan guna tenaga.

Merujuk kepada Jadual 1, produktiviti pekerja sektor pembuatan secara keseluruhannya

meningkat dalam tempoh masa kajian daripada tahun 1985 hingga 2008. Pada 1985, jumlah pekerja

dalam sektor pembuatan adalah seramai 476,260 orang dengan nilai produktiviti pekerja pada tahap

RM25,439. Tahap produktiviti ini meningkat kepada RM88,730 pada tahun 2008. Peningkatan

produktiviti didapati adalah selari dengan peningkatan dalam nilai ditambah dan bilangan pekerja

sektor pembuatan. Kadar pertumbuhan purata tahunan produktiviti sektor pembuatan daripada tahun

1985 hingga 2008 ialah 5.21 peratus. Laporan Produktiviti, 2010 menunjukkan produktiviti sektor

pembuatan di Malaysia tumbuh 6.3 peratus pada 2008 dan kadar pertumbuhan ini adalah lebih tinggi

berbanding pertumbuhan produktiviti bagi 18 buah negara maju. Korea Selatan, Amerika Syarikat,

Norway,Belgium dan United Kingdom hanya mencatatkan pertumbuhan produktiviti diantara 0.3

peratus hingga 1.2 peratus. Manakala 12 lain negara mencatatkan pertumbuhan produktiviti yang

negatif. Dalam laporan ini, produktiviti sektor pembuatan Malaysia diukur dengan menggunakan nilai

ditambah per pekerja manakala bagi negara-negara lain produktiviti merujuk kepada output sektor

pembuatan per jam bekerja.

SEKTOR PEMBUATAN DAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI (ETP)

Program Transformasi Ekonomi (ETP) merupakan initiatif Kerajaan bagi memacu pertumbuhan

ekonomi negara dengan sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi dan mampan menjelang 2020.

Untuk merealisasikan program ini, ETP memberi tumpuan kepada pemacu pertumbuhan utama atau

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi memastikan pendapatan negara kasar (PNK) meningkat

pada kadar pertumbuhan benar tahunan sebanyak 6 peratus di antara 2011 dan 2020 . ETP berfokus

kepada 12 NKEA yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan NKEA ini dijangka

akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi Malaysia. 12 NKEA tersebut adalah:

Greater Kuala Lumpur; Minyak, Gas dan Tenaga; Perkhidmatan Kewangan; Pemborongan dan

Peruncitan; Minyak Kelapa Sawit; Pelancongan; Elektrik dan Elektronik; Perkhidmatan Perniagaan;

Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pendidikan; Pertanian; dan Penjagaan Kesihatan. Daripada

12 NKEA di atas, 11 bidang adalah terdiri daripada sektor industri manakala satu bidang iaitu Greater

Kuala Lumpur merupakan sektor geografi.

Berdasarkan jangkaan ETP sektor minyak, gas dan tenaga akan terus kekal sebagai sektor

terbesar dalam ekonomi sehingga 2020, tetapi saiz sumbangan sektor ini kepada ekonomi dijangka

mengecil kesan pertumbuhan pesat dalam sektor lain seperti perkhidmatan kewangan dan minyak

kelapa sawit. Sektor pemborongan dan peruncitan juga akan berkembang dengan ketara untuk menjadi

sektor keempat terbesar dalam ekonomi. Industri elektrik dan elektronik dijangka akan terus

menyumbangkan dengan signifikan dengan sasaran sumbangan sebanyak tujuh peratus kepada

pendapatan negara pada 2020. Tiga sub industri dalam sektor pembuatan yang dijangka mendapat

manfaat langsung kesan daripada pelaksanaan program NKEA ini ialah industri elektrik dan

elektronik, petroleum dan minyak kelapa sawit.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Kepentingan modal manusia dalam pembangunan ekonomi mula diketengahkan oleh Shultz (1961)

melalui artikel bertajuk Investment in Human Capital yang membawa kepada pengenalan kepada

Teori Modal Manusia. Teori ini seterusnya dikembangkan oleh Beker (1964) menerusi penerbitan

Human Capital: A Theoratical and Empirical Analaysis to Special Reference to Education. Selain

daripada itu ahli ekonomi lain seperti Mincer (1976) turut memperluaskan lagi teori ini. Teori modal

manusia pada prinsipnya mencadangkan bahawa pelaburan dalam modal manusia terutamanya

pendidikan dan latihan dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pekerja dan seterusnya

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Secara umumnya, modal manusia juga boleh ditakrifkan

sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh pekerja yang menyebabkan mereka lebih produktif. Berbeza dengan

modal fizikal, modal manusia tidak mudah dipindahkan daripada seorang kepada seorang yang lain.

Walau bagimanapun, modal manusia ini dapat dibentuk atau dibangunkan melalui pelaburan terhadap

pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, penjagaan kesihatan, penghijrahan dan

usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang. Pelaburan terhadap

pendidikan dan latihan merupakan salah satu pelaburan modal manusia yang terpenting sepertimana

Page 5: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

312 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof, Noorasiah Sulaiman

yang dibuktikan oleh Benhabib dan Spiegel (1994), Almedia dan Carneiro (2008) dan Baldacci et al.

(2008).

Memandangkan produktiviti merupakan salah satu ukuran indikator daya saing bagi sesebuah ekonomi,

sektor dan organisasi, banyak kajian yang bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

produktiviti pekerja telah dilakukan termasuk pengaruh dan hubungan modal manusia terhadap

produktiviti. Aggrey et al. (2010) telah menjalankan kajian bagi mengetahui hubungan dan

kepentingan modal manusia dalam menerangkan produktiviti pekerja di tiga buah negara iaitu Kenya,

Uganda dan Tanzania. Kajian ini dijalankan menggunakan panel data diperingkat firma dan melalui

kaedah Generalized Least Squares (GLS). Pemboleh ubah modal manusia iaitu nisbah pekerja mahir,

purata tahun pendidikan pekerja, latihan dan tingkat pendidikan pengurus digunakan dalam kajian ini.

Penemuan kajian menunjukan dapatan yang berbeza antara negara di mana nisbah pekerja mahir dan

purata tahun pendidikan berhubung secara positif terhadap produktiviti pekerja di Uganda. Di Tanzania

latihan, nisbah pekerja mahir dan tingkat pendidikan pengurus manakala di Kenya purata tahun

pendidikan dan latihan merupakan faktor yang penting mempengaruhi produktiviti pekerja.

Mahmood (2009) melalui kajiannya cuba melihat hubungan antara produktiviti pekerja

dengan guna tenaga firma pembuatan besaiz kecil dan sederhana (SMEs) di Australia. Secara

umumnya Mahmood mendapati bahawa tingkat produktiviti SMEs di Australia telah meningkat pada

tahun 1999-2000 berbanding 1994-1995 meliputi kesemua klasifikasi industri. Terdapat pelbagai faktor

yang menjelaskan peningkatan produktiviti ini antaranya disebabkan oleh peningkatan tekanan

persaingan akibat ekonomi terbuka, pengenalan teknologi baru dan perubahan dalam pengurusan.

Tingkat guna tenaga dalam sektor pembuatan turut meningkat pada tempoh masa yang sama namun

peningkatan tingkat guna tenaga adalah berbeza diantara jenis industri. Ujian kolrelasi diantara

pertumbuhan produktiviti dengan tingkat guna tenaga gagal menunjukan hubungan yang signifikan

antara kedua-dua faktor ini walaupun mempunyai hubungan yang positif.

Minetaki dan Takemura (2010) mengkaji produktiviti bagi industri perisian Jepun dengan melihat

kepada kesan modal manusia iaitu peratusan bilangan pekerja yang mempunyai kelulusan Information

Technology Engineers Examination terhadap prestasi firma. Kajian ini berasaskan kepada

permasalahan bahawa industri perisian di Jepun tidak begitu kompetitif berbanding negara pengeluar

lain seperti India. Secara umumnya struktur industri perisian Jepun terdiri daripada beberapa syarikat

kotraktor yang besar seperti Fujitsu, NEC dan Hitachi dan banyak syarikat sub kontraktor yang

membekalkan pekakasan perkomputeran dan perisian dengan produktiviti buruh syarikat kontraktor

(6.415) mengatasi produktiviti buruh syarikat sub kontraktor hampir dua kali ganda (3.722). Fungsi

pengeluaran Cobb-Douglas dan data daripada Survey of Information Service Companies 2008

digunakan dalam kajian ini dengan tumpuan kepada mengkaji kesan peratusan bilangan pekerja yang

mempunyai kelulusan dalam pengetahuan pembangunan perisian terhadap nilai ditambah industri.

Kajian menunjukan modal manusia yang berpengetahuan dalam bidang pembangunan perisian

mempunyai hubungan signifikan terhadap nilai ditambah firma sub kontraktor manakala keadaan

sebaliknya kepada firma kontraktor. Berdasarkan bukti imprikal ini, tingkat produktiviti firma sub

kontraktor dapat ditingkatkan melalui pengumpulan lebih ramai pekerja berpengetahuan dalam bidang

pembangunan perisian.

Ballot et al. (2001) mengkaji kesan modal manusia dan modal teknologi ke atas sample

firma-firma besar di Perancis dan Sweden. Modal teknologi diukur oleh perbelanjaan penyelidikan dan

pembangunan (R&D) manakala modal manusia oleh pembiayaan latihan oleh firma. Kajian juga cuba

untuk melihat samada terdapat hubungan positif antara latihan dengan R&D. Dapatan kajian

membuktikan bahawa latihan dan R&D adalah signifikan dalam mempengaruhi produktiviti firma di

kedua-dua negara walaupun pengaruhnya adalah berbeza. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak dapat

mengesahkan terdapat hubungan antara latihan dengan R&D kecuali bagi latihan kepada pengurus dan

jurutera di Perancis.

Afarooz et al. (2010) telah mengenalpasti bahawa modal manusia merupakan faktor terpenting

yang mempengaruhi produktiviti pekerja industri pembuatan berasaskan makan di Iran. Industri

berasaskan makanan merupakan antara industri penting di Iran. Kajian ini menggunakan nisbah guna

tenaga berpendidikan dan nisbah guna tenaga mahir kepada jumlah guna tenaga sebagai proksi modal

manusia. Fungsi pengeluaran Cobb-Douglas digunakan dalam menerangkan hubungan diantara

pemboleh ubahbebas dengan pembolehubah bersandar. Selain modal manusia, nisbah modal-pekerja

juga menunjukan hubungan positif dan signifikan dengan produktiviti pekerja.

Page 6: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 313

METODOLOGI KAJIAN

Data yang digunakan dalam kajian ini merupakan data tahunan sektor pembuatan dan industri terpilih

iaitu elektrik dan elektronik, petroleum dan minyak kelapa sawit meliputi tahun 1985 hingga 2008.

Sumber utama data-data ini dikumpul daripada Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan oleh

Jabatan Statistik (pelbagai tahun). Produktiviti pekerja adalah merujuk kepada nilai ditambah per

jumlah pekerja sektor pembuatan dan industri terpilih. Data pekerja peringkat pengurusan dan

profesional serta teknikal dan penyeliaan digunakan bagi mewakili pekerja berkemahiran tinggi. Ini

memandangkan pekerja kategori pengurusan dan profesional serta teknikal dan penyeliaan ini

mempunyai tahap pendidikan diperingkat tertiari iaitu memiliki kelulusan diperingkat sijil kemahiran

sehingga doktor falsafah. Kaedah Ordinary Least Square (OLS) digunakan bagi melihat hubungan di

antara pembolehubah bersandar dengan pembolehubah bebas. Penganggaran model adalah

menggunakan perisian E-View 7.

Untuk mengkaji pengaruh modal manusia kepada produktiviti sektor pembuatan, kajian ini

menggunakan fungsi pengeluaran Cobb-Douglas yang mana pembolehubah modal manusia yang

berkaitan akan digunakan dalam persamaan tersebut. Kaedah yang digunakan ini adalah sebagaimana

diterangkan oleh Afrooz et al. (2010) seperti berikut:

Y=AKαL

β e

ε (1)

Dimana, nilai ditambah sektor pembuatan (Y), stok modal (K), jumlah pekerja (L), A ialah

Produktiviti Faktor Menyeluruh (TFP) dan sebutan ralat (e). Apabila persamaan di atas di bahagikan

dengan jumlah buruh persamaan berikut akan terbentuk dengan y ialah produktiviti buruh (Y/L) dan k

mewakil nisbah modal pekerja (K/L).

y=Akα L

(α+β-1) e

ε (2)

Jika diadaikan pulangan malar mengikut skala (α+β=1), maka persamaan (2) di atas boleh ditulis

semula seperti berikut:

y= A kα e

ε (3)

Simbol A dalam persamaan di atas adalah merujuk kepada Produktiviti Faktor Menyeluruh (TFP),

dengan itu A juga boleh ditulis sebagai:

A=A0 eθ+λ(χi)

(4)

Di mana θ merupakan kesan masa (time effect) dan xi merupakan faktor yang mempengaruhi

produktiviti. Dengan menggantikan persamaan (4) ke dalam persamaan (3) persamaan berikut akan

perolehi:

y= A0 eθ+λ(χi)

kα e

ε (5)

Persamaan (5) seterusnya juga boleh ditulis semula dalam bentuk logaritma sebagai:

ln y=ln A0 + α ln k + θ + λ(xi) + ε (6)

Persamaan (6) juga boleh dikembangkan seperti berikut:

ln y = α0 + α1lnk + θ + λ1x1+ λ2x2+...+ λmxm + ε (7)

Berdasarkan persamaan (7) di atas, x1+ x2+...+ xm adalah merupakan pelbagai faktor yang boleh

mempengaruhi produktiviti termasuklah pembolehubah modal manusia seperti tahap pendidikan dan

tahap kemahiran pekerja. Berpandukan persamaan di atas, model yang asas dibentuk bagi mengkaji

pengaruh modal manusia terhadap produktiviti buruh sektor pembuatan adalah seperti berikut:

Ln Y = β0+lnβ1K/L+ lnβ2PROF+lnβ3TEKNIK+lnβ4 LAIN-LAIN+ε

di mana:

Y :produktiviti pekerja (Y/L)

Page 7: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

314 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof, Noorasiah Sulaiman

K/L :nisbah modal pekerja sektor pembuatan

PROF :pekerja kategori pengurusan dan profesional

TEKNIK :pekerja kategori teknikal dan penyelian

LAIN-LAIN :lain-lain kategori pekerjaan

ε : sebutan ralat

KEPUTUSAN PENGANGGARAN

Keputusan ujian penganggaran bagi model sektor pembuatan adalah seperti Jadual 2. Pembolehubah

nisbah modal-buruh dan pekerja professional dan pengurusan mempunyai hubungan yang signifikan

dengan tingkat produktiviti sektor pembuatan. Dapatan ujian ini menunjukkan bahawa apabila belaku

kenaikan satu peratus bilangan pekerja profesional akan meningkatkan produktiviti pekerja sektor

pembuatan sebanyak 0.64 peratus manakala kenaikan satu peratus dalam nisbah modal-buruh dijangka

meningkatkan produktiviti sebanyak 0.46 peratus. Pembolehubah pekerja teknikal dan penyeliaan dan

katogeri lain menunjukkan hubungan yang tidak signifikan terhadap pembolehubah bersandar kajian.

Nilai Durbin-Watson adalah 1.289, dan nilai ini tidak dapat menentukan samaada wujudnya pengaruh

autokorelasi (indecision). Namun demikian prosedur Breusch-Godfrey yang dilakukan mengesahkan

tidak wujudnya pengaruh autokorelasi

Jadual 3 menunjukkan keputusan ujian regresi bagi model tiga industri yang dijangka

mendapat manfaat secara langsung kesan daripada pengenalan NKEA iaitu industri elektrik dan

elektronik, petroleum dan minyak kelapa sawit. Ujian regresi yang dijalankan mendapati nisbah modal-

buruh mempunyai pengaruh positif terhadap produktiviti ketiga-tiga sektor yang diuji. Pekerja

profesional pula yang dijangka mempunyai hubungan positif terhadap produktiviti buruh bagi ketiga-

tiga model didapati hanya mempunyai hubungan positif dengan produktiviti bagi industri elektrik dan

elektonik serta petroleum manakala hubungan yang negatif terhadap produktiviti buruh bagi industri

berkaitan minyak kelapa sawit. Bagi pekerjaan kategori teknikal dan penyeliaan pula, ianya

mempunyai pengaruh yang negatif terhadap produktiviti bagi ketiga-tiga industri yang terpilih, sama

seperti dapatan daripada ujian bagi model sektor pembuatan.

Terdapat dua pembolehubah tidak bersandar yang mempunyai hubungan signifikan dengan

produktiviti bagi industri elektrik dan elektronik iaitu pembolehubah nisbah modal-buruh dan pekerja

professional. Namun, nisbah modal-buruh memberikan nilai koefisyen yang lebih anjal iaitu 1.142

berbanding 0.365 bagi pembolehubah pekerja profesional. Ini bermaksud, kenaikan satu peratus dalam

nisbah modal-buruh dalam industri elektrik dan elektronik dijangka meningkatkan produktiviti buruh

sebanyak 1.142 peratus berbanding 0.365 peratus oleh pekerja profesional. Kategori pekerjaan

teknikal dan penyeliaan mempunyai hubungan signifikan yang negatif dengan produktiviti, maka

apabila belaku kenaikan satu peratus bilangan pekerja bidang pekerjaan ini, produktiviti buruh bagi

industri elektrik dan elektronik dijangka akan menurun sebanyak 0.896 peratus.

Bagi industri petroleum, nisbah modal-buruh dan pekerja profesional mempunyai hubungan

signifikan yang positif dengan produktiviti sektor tersebut. Walaupun lain-lain kategori pekerjaan

menunjukkan hubungan yang signifikan, namun pengaruhnya adalah negatif. Keadaan sebaliknya

belaku bagi nisbah modal-buruh dan pekerja professional dimana peningkatan kedua-dua

pembolehubah ini dijangka akan meningkatkan produktiviti buruh. Nisbah modal-buruh akan

meningkatkan produktiviti buruh sebanyak 0.902 peratus jika belaku kenaikan dalam satu peratus

nisbah modal buruh. Manakala kenaikan satu peratus bilangan pekerja profesional turut menyumbang

kenaikan produktiviti sebanyak 2.080 peratus. Dapat diperhatikan disini bahawa, pengaruh modal

manusia berkemahiran tinggi khususnya bagi kategori pengurusan dan profesional mempunyai

pengaruh yang besar terhadap produktiviti industri berasaskan petroleum. Keputusan penganggaran

model petroleum ini mempunyai nilai pekali penentuan diselaraskan (R2) yang lebih rendah

berbanding sektor pembuatan dan industri elektrik dan elektronik iaitu 0.781. Ini bermakna hanya 78.1

peratus daripada variasi dalam pembolehubah bersandar dapat diterangkan oleh pembolehubah tidak

bersandar yang telah ditentukan.

Industri minyak sawit adalah berbeza berbanding industri elektrik dan elektronik dan

petroleum memandangkan industri ini tergolong dalam industri berasaskan pertanian (agro based

industri) berdasarkan Malaysia 2006. Hasil penganggaran menunjukkan hanya nisbah modal-buruh

yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkat produktiviti bagi industri minyak kelapa

sawit dimana nilai koefisyen adalah 1.054. Pekerja professional dan teknikal tidak signifikan dan

mempunyai pengaruh negatif manakala lain-lain kategori berhubungaan secara positif.

Dapatan semua model menunjukkan bahawa pekerjaan kategori profesional merupakan faktor

penting dalam mempengaruhi produktiviti sektor pembuatan dan industri yang berkaitan, kecuali

Page 8: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 315

terhadap industri minyak kelapa sawit. Industri pembuatan berasaskan sumber bahan mentah pertanian

mahupun berasaskan bahan mentah lain seperti berasaskan kayu adalah cenderung untuk mempunyai

ramai pekerja dengan kemahiran yang rendah. Peratusan pekerja profesional kepada jumlah

keseluruhan tenaga kerja industri minyak kelapa sawit adalah lebih kecil berbanding dua industri lain.

Pada 2000, hanya 4.25 peratus daripada keseluruhan pekerja dalam industri minyak kelapa sawit terdiri

dari kalangan profesional berbanding 5.65 peratus dalam industri elektrik dan elektronik manakala

industri petroleum seramai 15.29 peratus. Jumlah pekerja pengurusan dan profesional meningkat

dengan ketara bagi industri elektrik dan elektronik dan petroleum pada tahun 2008 yang mana

golongan ini mewakili 15.29 peratus dan 23.18 daripada jumlah tenaga kerja. Industri minyak kelapa

sawit pula hanya mempunyai 4.45 peratus tenaga kerja profesional dalam tahun yang sama. Peratusan

pekerja pengurusan dan profesional yang kecil ini mungkin merupakan faktor yang menjejaskan

pengaruh kategori pekerjaan ini terhadap produktiviti industri ini. Peratusan pekerja profesional

berbanding jumlah pekerja bagi ketiga-tiga industri ditunjukkan oleh Carta 1.

Kategori pekerjaan teknikal dan penyeliaan mempunyai pengaruh negatif terhadap

produktiviti buruh bagi sektor pembuatan dan industri yang dikaji serta mempunyai hubungan tidak

signifikan dengan pembolehubah bersandar bagi kesemua model penganggaran kecuali bagi industri

elektrik dan eletronik. Penemuan ini adalah tidak selari dengan teori modal manusia dimana pekerja

berkemahiran mampu menyumbang kepada tahap produktiviti yang lebih tinggi. Secara umumnya

pekerja bagi kategori teknikal dan penyeliaan merupakan pekerja yang mempunyai sijil kemahiran

diperingkat sijil sehingga diploma. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) merupakan antara indikator yang

boleh digunakan bagi mengukur tahap kemahiran seseorang pekerja. Sijil kemahiran Tahap 1 adalah

tahap kemahiran paling asas dengan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia adalah tahap kemahiran

yang tertinggi yang diselia oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Berdasarkan Laporan Tahun

2009, JPK telah telah menganugerahkan sebanyak 91,526 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Daripada

jumlah ini sebanyak 42,262 sijil yang dianugerahkan adalah bagi SKM Tahap 1 iaitu manakala 35,098

sijil kepada SKM Tahap 2. Kedua-dua tahap SKM ini mewakili 84 peratus daripada keseluruhan sijil

kemahiran yang telah dianugerahkan. Berdasarkan angka ini, adalah jelas bahawa tenaga kerja mahir

yang dilahirkan majoritinya berada pada tahap kemahiran yang paling asas iaitu pada tahap SKM

Tahap 1 dan Tahap 2. Tingkat kemahiran yang dimiliki ini lebih berorientasikan operasi dan

pengeluaran dan ini mungkin mengurangkan pengaruh mereka terhadap produktiviti organisasi yang

diwakili.

KESIMPULAN

Sektor pembuatan merupakan sektor penting bagi pembangunan ekonomi Malaysia. Program

Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirancang juga jelas menunjukkan bahawa beberapa sub industri

sektor pembuatan berperanan penting sebagai penjana utama pendapatan negara selaras dengan hasrat

menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Selain itu, proses globalisasi dan

liberalisasi perdagangan yang belaku memerlukan firma pembuatan tempatan meningkatkan lagi daya

saing bagi menghadapai persaingan dengan firma asing di pasaran luar mahupun dalam negara. Salah

satu langkah yang dapat ambil bagi meningkatkan daya saing adalah dengan meningkatkan bilangan

pekerja berkemahiran tinggi dalam sektor pembuatan. Kajian ini membuktikan bahawa modal

manusia dalam konteks pekerja berkemahiran tinggi menyumbang secara positif kepada produktiviti

sektor pembuatan namun hanya terhad kepada kategori pekerjaan pengurusan dan profesional sahaja.

Manakala kategori pekerjaan teknikal dan penyeliaan tidak signifikan dan mempunyai pengaruh negatif

terhadap tahap produktiviti buruh bagi sektor pembuatan dan sub industri yang dikaji. Sehubungan itu

tindakan perlu diambil bagi memperbaiki sumbangan pekerja kategori teknikal dan penyeliaan seperti

melalui progaram latihan dan latih semula serta galakan kepada pemengang sijil kemahiran tahap 1 dan

2 untuk meningkatkan tahap pensijilan mereka kepada tahap yang lebih tinggi. Dapatan kajian juga

menunjukkan intensiti modal berperanan penting dalam mempengaruhi produktiviti sektor pembuatan

dan industri yang berkaitan.

RUJUKAN

Afrooz, A.,Khalid, A.R., Zaleha, M.N. & Chin, L. (2010). Human capital and labor productivity in

Food. Industries of Iran, International Journal of Economics and Finance, 2 (4).

Aggrey, N. Eliab, L. & Joseph, S. (2010). Human capital and labor productivity in East African

manufacturing. Current Research Journal of Economic Theory, 2(2), 48-54

Page 9: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

316 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof, Noorasiah Sulaiman

Ark,B. O’Mahony,M., & Timmer, M (2008) The productivity gap between Europe and the United

States: Trends and causes, Journal of Economic Perspectives, 22(1), 25–44

Ballot, G. Fathi,F. & Taymaz, E. (2001) Firms’ human capital, R&D and performance: a study on

French and Swedish firms. Labour Economics, 8, 443-462

Benhabib, Jess. & Spiegel, M. (1994) The role of human capital in economic development evidence

from aggregate cross-country data. Journal of Monetary Economics, 34, 143-173

Chi, W. (2007). The role of human capital in China,s economic development: Review and new

evidence. China Economic Review,19,421-436

Corvers, F. (1997). The Impact of human capital on labor productivity in manufacturing sectors of the

European Union. Applied Economics, 29, 975-987

Idris, J .(2007). Determinants of total factor productivity growth in Malaysia. Journal of Economic

Cooperation, 28 (3), 41-48

Jabatan Perangkaan Malaysia. Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan, pelbagai tahun.

Kuala Lumpur. Pencetakan Nasional Malaysia Bhd

Mahaderan, R. (2002). New Currents in Productivity Analysis: Where To Now?: Asian Productivity

Organization

Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur.: Pencetakan Nasional

Malaysia Bhd.

Minetaki, K. & Takemura, T. (2010). The Productivity and human capital in the Japanese software

industry: The view of service innovation. American Journal of Economics and Business

Administration 2(1), 73-77

MITI. 1996: Pelan Induk Perindustrian Ke Dua. Kuala Lumpur: Pencetakan Nasional Malaysia Bhd.

Muhammad, M. (2008). Labour productivity and employment in Australian manufacturing SMEs.

International Entrepneuer Management Journal, 4,51-62

Perbadanan Produktiviti Malaysia .(1997). Produktiviti: Prinsip Asas. Kuala Lumpur. Perbadanan

Produktiviti Malaysia

Perbadanan Produktiviti Malaysia.(2009). Laporan Produktiviti, 2009. Kuala Lumpur. Perbadanan

Produktiviti Malaysia

Rahmah, I. & Idris, J. (2000) Sources of labour productivity growth in large scale industries in

Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia 34, 59-75

Rahmah, I. (1996). Modal Manusia dan perolehan buruh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sahar,M .(2002). Labor productivity: An important business strategy in manufacturing. Integrated

Manufacturing Systems, 13(6),435-438

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).2011.www.pemandu.gov.my

JADUAL 1: Produktiviti Pekerja Sektor Pembuatan, 1985-2008

Tahun Nilai Ditambah (RM’000)

(Harga Semasa)

Jumlah

Pekerja

Produktiviti Buruh

(RM)

1985

1990

1995

2000

2005

2008

12,115,431

24,529,564

59,629,113

88,240,321

118,210,257

157,170,339

476,260

844,733

1,389,418

1,574,797

1,675,163

1,771,331

25,439

29,038

42,917

56,032

70,566

88,730

Sumber: Dihitung daripada Laporan Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan, Jabatan Perangkaan (pelbagai tahun)

JADUAL 2: Keputusan Penganggaran Produktiviti Buruh Sektor Pembuatan Di Malaysia

Pembolehubah Pembuatan

Pemalar

Modal-Buruh (K/L)

Profesional

-1.712

(-1.843)*

0.464

(2.523) **

0.641

Page 10: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011 317

Teknikal

Lain Kategori

Adj R2

F-Statistik

(6.308) ***

-0.464

(-1.382)

0.138

(0.498)

0.977

254.435

Nota: Angka dalam kurungan adalah t-statistik

***signifikan pada aras keertian 1 peratus,

** signifikan pada aras keertian 5 peratus

* signifikan pada aras keertian 10 peratus

JADUAL 3: Keputusan Penganggaran Produktiviti Industri Bidang Ekonomi Utama Negara ( NKEA)

Pembolehubah Elektrik & Elektronik Petroleum

Minyak Kelapa Sawit

Pemalar

Modal-Buruh (K/L)

Profesional

Teknikal

Lain Kategori

Adj R2

F-Statistik

1.454

(2.173) **

1.142

(4.010) ***

0.365

(3.310) ***

-0.896

(-2.544) **

0.310

(1.448)

0.974

217.641

-0.429

(-0.125)

0.902

(2.823) **

2.080

(2.251) **

-1.115

(-1.293)

-0.772

(-3.016) ***

0.781

21.601

-2.871

(-1.654)

1.054

(3.058) ***

-0.0732

(-0.098)

-0.289

(-0.843)

0.520

(0.765)

0.737

17.146

Nota: Angka dalam kurungan adalah t-statistik

***

signifikan pada aras keertian 1 peratus

**

signifikan pada aras keertian 5 peratus

* signifikan pada aras keertian 10 peratus

Page 11: Pekerja Berkemahiran Tinggi dan Produktiviti Sektor ... · PDF fileSehubungan itu, kertas kerja ... peranannya sebagai sektor kedua penting dalam ekonomi mengatasi sektor pertanian

318 Mohd Shalemy Long Ahmad, Ishak Yussof, Noorasiah Sulaiman

CARTA 1: Peratusan Pekerja Profesional Bagi Industri Minyak Kelapa Sawit, Elektrik & Elektronik

dan Petroleum

0.00

5.00

10.00

15.00

20.00

25.00

30.00

2000 2005 2008

4.25 4.83 4.45 5.66

8.63 10.05

15.29

28.03

23.18 P

era

tus

Tahun

Sawit

E&E

Petroleum