pekeliling pendaftar bil.11 (2012) 2 lampiran panduan...panduan pengendalian fail rasmi universiti...

40

Upload: others

Post on 10-Aug-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan
Page 2: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan
Page 3: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan
Page 4: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan
Page 5: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 1

PANDUAN PENGENDALIAN FAIL RASMI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

VERSI I

(Tarikh dikemaskini : 1 Oktober 2012)

Disediakan oleh :

Bahagian Pentadbiran & Governan Jabatan Pendaftar

Diluluskan Dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU)

Bil. 12/2012 Kali Ke-152

pada 18 Oktober 2012

Page 6: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 2

KANDUNGAN Prakata

BAHAGIAN I

1. Pengenalan :

1.1 Latarbelakang 1.2 Tujuan 1.3 Skop 1.4 Definisi

BAHAGIAN II

2. Kaedah Pembukaan Fail:

2.1 Pembukaan Fail 2.1.1 Jenis Kulit Fail 2.1.2 Pembukaan Kulit Fail Baru

2.2 Mencatat Butiran pada Kulit Fail

2.2.1 Tajuk Fail & No. Rujukan Fail 2.2.2 Kertas-kertas Yang Berhubung 2.2.3 Didaftarkan di bawah perkara 2.2.4 Tarikh Kandungan Pertama 2.2.5 Tarikh Kandungan Akhir 2.2.6 Dihantar Kepada & Tarikh Dihantar

2.3 Prosedur mendaftarkan dokumen ke dalam fail dan pengedaran fail

2.4 Penyediaan Kertas Minit:

2.4.1 Merekodkan Surat Masuk & Surat Keluar 2.4.2 Penulisan Minit Tindakan 2.4.3 Minit Bebas

2.5 Kad Pergerakan Fail

2.6 Kulit Fail Rosak

3. Kaedah Penutupan Fail

3.1 Syarat-syarat penutupan fail 3.2 Prosedur penutupan fail 3.3 Prosedur pemindahan dan pelupusan fail

4. Kegunaan Sampul Kecil:

4.1 Fail Tak Dapat Dikesan 4.2 Dua Orang Pegawai Menggunakan Fail Pada Masa Yang Sama

Page 7: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 3

PRAKATA Pengendalian fail adalah suatu kaedah pengurusan yang perlu dilakukan dengan betul oleh setiap pegawai dan kakitangan di jabatan dan agensi kerajaan. Untuk menyumbang ke arah mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran jabatan dan agensi kerajaan tumpuan yang lebih padu terhadap seluruh proses pendokumentasian, pengurusan maklumat, dokumen, rekod dan pengendalian fail rasmi kerajaan hendaklah ditangani dengan lebih profesional. Pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah diamalkan secara berlainan antara satu agensi dengan satu agensi yang lain dan sering dianggap sebagai tugas mudah, remeh, serta jarang mendapat bimbingan yang sewajarnya dari pegawai yang bertanggungjawab. Keadaan ini menyebabkan kehilangan kawalan ke atas dokumen penting untuk membuat sesuatu keputusan dan dirasakan semakin ketara kerana kerencaman setiap jabatan dan agensi kerajaan yang sering menimbulkan tanggapan dan amalan yang berlainan seperti; pembukaan fail, penggunaan kulit fail, mengandungkan surat ke dalam fail, meminitkan surat ke dalam kertas minit, menulis minit tindakan, mencatatkan butiran pada kulit fail, penggunaan kulit fail sampul kecil, penutupan fail dan pembukaan kulit fail baru (jilid sambungan), dan berbagai lagi urusan sudah tidak lagi diamalkan secara standard. Justeru, bagi mengelak berlakunya amalan sebegini berterusan, panduan ini disediakan untuk menerangkan mengenai kaedah atau tatacara dan amalan pengendalian fail rasmi di jabatan dan agensi kerajaan. Panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan MS 2223-1:2009 dan MS 2223-2-:2009. Panduan bagi pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan fail rasmi jabatan serta Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) selaku pegawai penyelia bagi program dan aktiviti pengurusan rekod Universiti. Adalah diharapkan Panduan ini, akan dapat membantu pegawai dan kakitangan dalam mengendali fail rasmi dengan lebih berkesan dari peringkat pewujudan sehingga ke peringkat pelupusan. Panduan ini perlu dibaca bersama dengan Panduan Pengurusan Pejabat, (Bahagian VII dan VIII) Pekeliling Perkhidmatan Bil.5/2007, dan panduan-panduan lain yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Arkib Negara Malaysia.

Page 8: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 4

BAHAGIAN I 1. PENGENALAN

1.1 Latarbelakang

Fail yang diwujudkan mengandungi dokumen rasmi yang telah didaftar dan disusun dengan teratur. Setiap fail perlu diberi tajuk yang spesifik berasaskan klasifikasi fail yang telah dibangunkan. MS2223-1:2009 menyarankan agar klasifikasi fail dibangunkan berdasarkan fungsi sesebuah agensi. Penggunaan fail telah bermula sejak era pentadbiran British di Tanah Melayu sebagai satu kaedah kawalan yang teratur dan sistematik pada peringkat dokumen dan juga fail. Kaedah pengendalian fail ini diwarisi oleh Pentadbiran Kerajaan Malaysia sehingga dewasa ini. Kesinambungan ini menjadi asas kepada pengurusan rekod kerajaan yang cekap serta menjadi teras kepada akauntabiliti dan integriti Perkhidmatan Awam. Namun demikian, kebelakangan ini pejabat awam didapati kurang memberikan perhatian yang sewajarnya kepada pengurusan fail terutamanya kepada Kaedah Pengendalian Fail Rasmi.

1.2 Tujuan

Panduan ini disediakan untuk menerangkan mengenai tatacara dan amalan pengendalian fail rasmi di Universiti Malaysia Sabah. Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 - Panduan Pengurusan Pejabat, (Bahagian VII dan VIII).

1.3 Skop

Panduan ini hendaklah diguna pakai oleh semua kakitangan dalam pengendalian fail rasmi UMS. Panduan ini merangkumi kaedah pembukaan fail, penggunaan kulit fail, memfailkan surat, meminitkan surat ke dalam kertas minit, menulis minit tindakan, mencatatkan butiran pada kulit fail, penggunaan kulit fail sampul kecil, penutupan fail dan pembukaan kulit fail baru (Jilid sambungan).

Page 9: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 5

1.4 Definisi

1.4.1 Fail Rasmi Dokumen rasmi kerajaan yang dikandung, disusun dengan teratur dan didaftarkan. Fail ini diberi tajuk spesifik sepertimana yang telah ditetapkan dalam Klasifikasi Fail.

1.4.2 Kertas Minit

Kertas atau format yang dilampirkan di sebelah kiri fail yang mencatatkan butiran dan maklumat lampiran. Ia boleh digunakan sebagai indeks kepada lampiran yang terkandung di dalam fail. Kertas minit juga digunakan untuk memberi arahan atau maklumbalas ringkas ke atas lampiran yang berkenaan.

1.4.3 Sampul Kecil

Kulit fail yang menepati format Am 435A – Pin. 1/82. Kulit fail yang digunakan sebagai fail sementara apabila fail asal tidak dapat dikesan atau apabila lebih daripada seorang pegawai perlu mengambil tindakan segera ke atas fail yang sama.

1.4.4 Klasifikasi Fail

Proses mengenalpasti dan mengumpulkan maklumat secara logikal ke dalam kategori/kumpulan yang sama atau seakan-akan sama, di mana setiap satu kategori/kumpulan rekod itu dikenali dengan identitinya sendiri.

1.4.5 Daftar Fail

Format yang disediakan bagi mendaftar Fail Rasmi. 1.4.6 Kad Keluar Fail / Kad Pergerakan Fail

Kad kawalan yang merekodkan pergerakan fail di registri. 1.4.7 Indeks

Alat atau kaedah silang rujuk bagi membolehkan sesuatu dokumen dikenalpasti atau dicapai dengan pantas.

1.4.8 SDP/BF

Simpan Dalam Perhatian/“keep in view” (KIV) – Arahan yang dikeluarkan oleh mana - mana pegawai kepada kakitangan registri untuk menyimpan sementara sesebuah fail dan memajukan kembali fail tersebut kepadanya pada tarikh yang ditetapkan, disebut juga sebagai “bring forward”(BF)

1.4.9 Registri

Unit atau bahagian khusus di sesebuah pejabat yang bertanggungjawab terhadap urusan surat-menyurat, dokumen dan fail-fail.

Page 10: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6

1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan pengawalan fail-fail (rekod) aktif sahaja.

1.4.11 Bilik Rekod

Bilik atau ruang khusus sebagai tempat simpanan bagi menempatkan rekod-rekod separa aktif dan tidak aktif sementara menunggu rekod-rekod tersebut dikaji dan ditentukan tindakan pelupusan yang perlu diambil ke atasnya.

1.4.12 Bilik Fail Keselamatan Sebuah bilik yang diperkuatkan untuk menempatkan fail-fail dan dokumen terperingkat jabatan dan agensi kerajaan.

1.4.13 Bilik Kebal

Bilik khas yang kukuh binaannya di mana ia tidak mudah untuk dipecahkan atau dirobohkan. Sesebuah Bilik Kebal dibina bertujuan untuk melindungi aset-aset penting, aset-aset berharga, dokumen-dokumen keselamatan, wang atau barang berharga kerajaan.

1.4.14 Pejabat Awam

Sesuatu pejabat Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Negeri atau sesuatu pejabat mana-mana kerajaan tempatan, pihak berkuasa berkanun atau perusahaan Kerajaan.

1.4.15 Penjawat Awam

Seseorang yang memegang jawatan atau pekerjaan dalam mana-mana perkhidmatan awam.

1.4.16 Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)

Seseorang pegawai yang dilantik di kalangan gred 27 atau setaraf dengannya dan pelantikan ini hendaklah disahkan oleh Arkib Negara Malaysia. Pegawai Rekod Jabatan bertanggungjawab dalam merancang, memantau dan melaksanakan program dan aktiviti berkaitan pengurusan rekod di jabatan masing-masing.

1.4.17 Pegawai Pengelas

Seseorang pegawai yang dilantik oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu negeri melalui suatu perakuan di bawah suratan rasmi, maklumat atau bahan sebagai ‘Rahsia’, ‘Sulit’, atau ‘Terhad’ mengikut mana yang berkenaan selaras dengan Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972.

Page 11: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 7

BAHAGIAN II 2. PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN FAIL

Pembukaan fail meliputi aktiviti pembukaan fail baru, fail sementara, memasukkan kandungan, mencatatkan butiran di kertas minit, dan mengawal pergerakan fail.

Manakala penutupan fail pula meliputi aktiviti mengenalpasti fail-fail yang boleh ditutup, penutupan dan pengasingan fail bagi tujuan pelupusan.

2.1 PEMBUKAAN FAIL

2.1.1 Fail dibuka apabila:

i. Fail yang diperlukan belum ada; ii. Fail asal ditutup dan bersambung pada kulit fail jilid baharu;

iii. Fail asal tidak dapat dikesan;

iv. Fail asal didapati rosak dan perlu digantikan dengan kulit baharu;

v. Perubahan pentadbiran sesuatu pejabat awam; dan

vi. Skima klasifikasi fail dirombak atau bertukar kepada sistem klasifikasi yang baharu.

a) Surat dan dokumen yang diwujudkan atau diterima hendaklah dikandungkan dengan segera ke dalam fail yang betul supaya ianya mudah dikawal, dikesan dan diambil tindakan.

b) Sebelum fail baharu dibuka, semak rujukan atau baca isi

kandungan surat atau semak klasifikasi fail. Sekiranya fail berkenaan telah ada, kandungkan surat atau dokumen tersebut ke dalamnya (sila lihat 2.3.1 Memfail atau mendaftarkan dokumen ke dalam fail); Sekiranya fail berkenaan belum ada, fail baharu hendaklah dibuka.

Page 12: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 8

2.1.2 Jenis Kulit Fail

Terdapat lima (5) jenis kulit fail yang digunakan oleh pejabat awam. Jenis kulit fail tersebut adalah seperti berikut:

a) TERBUKA Kulit fail berwarna putih (Am 435 - Pin. 1/80) Rujuk Gambar 1; b) SAMPUL KECIL : Kulit fail berwarna kuning (Am 435A – Pin. 1/82) Rujuk Gambar 2 c) TERHAD : Kulit fail berwarna putih (Am 435 – Pin. 1/80) dengan cop TERHAD gambar 3; d) SULIT: Kulit fail berwarna hijau (Am 436) gambar 4; e) RAHSIA : Kulit fail berwarna merah jambu berpalang merah (Am 437) gambar 5, dan f) RAHSIA BESAR : Kulit fail berwarna kuning muda, berpalang merah (Am 438) gambar 6.

Page 13: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 9

LAMPIRAN GAMBAR GAMBAR 1 : KULIT FAIL TERBUKA GAMBAR 2 : SAMPUL KECIL

(AM 435 - Pin. 1/80) (AM 435A – Pin. 1/82)

Page 14: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 10

GAMBAR 3 : KULIT FAIL TERHAD GAMBAR 4 : KULIT FAIL SULIT

(AM 435 - Pin. 1/80) (AM 436)

Page 15: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 11

GAMBAR 5 : KULIT FAIL RAHSIA GAMBAR 6 : KULIT FAIL RAHSIA BESAR

(AM 437) (AM 438)

Page 16: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 12

2.1.3 Pembukaan Fail Baharu

a) Semakan teliti perlu dibuat sebelum sesebuah fail baharu dibuka bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara berikut;

i. Pewujudan dua fail dengan tajuk dan nombor rujukan fail yang

sama; ii. Pewujudan dua fail dengan tajuk yang sama tetapi nombor

rujukan fail yang berlainan; dan iii. Pewujudan dua fail dengan tajuk berlainan tetapi nombor rujukan

fail yang sama. b) Bagi mengelakkan perkara i, ii dan iii di atas berlaku, langkah-

langkah berikut hendaklah diambil:

i. Baca isi kandungan surat dengan cermat dan semak perkara utama dalam surat;

ii. Semak Manual Klasifikasi Fail bagi menentukan tajuk fail dan

nombor rujukan fail; dan iii. Buka kulit fail baharu menggunakan jenis kulit fail yang sesuai,

catatkan tajuk fail dan nombor rujukan fail selaras dengan (ii) di atas;

c) Tebuk lubang di sudut atas sebelah kiri kulit fail 2.6 sm dari

penjuru kiri dan atas. d) Masukkan tali hijau dan kertas minit. e) Daftarkan fail baharu dibuka ke dalam Manual Klasifikasi Fail

UMS.

2.2 MENCATATKAN BUTIRAN PADA KULIT FAIL

2.2.1 Tajuk Fail Dan Nombor Rujukan Fail

Tajuk fail dan Nombor Rujukan Fail hendaklah dicatatkan pada kulit fail dengan jelas menggunakan dakwat kekal warna hitam atau biru seperti gambarajah di bawah.

Page 17: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 13

Rajah 2.2.1 : Contoh Kulit Fail

Page 18: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 14

2.2.2 Kertas-Kertas yang Berhubung

Catatkan nombor rujukan fail lain yang ada hubungkait dengan fail ini umpamanya fail dasar, mesyuarat, jawatankuasa, undang-undang, peraturan dan sebagainya bagi tujuan rujuk silang. Di samping itu sekiranya ada rombakan kepada skima klasifikasi fail catatkan nombor rujukan fail lama di kulit fail baharu dan nombor rujukan fail baharu di kulit fail lama.

2.2.3 Didaftarkan di bawah perkara

Catatkan indeks perkara utama bagi sesuatu fail yang baharu dibuka di ruang ini selaras dengan sistem klasifikasi fail

2.2.4 Tarikh Kandungan Pertama

Catatkan tarikh dokumen kandungan pertama di ruang ini. Tarikh kandungan adalah tarikh surat atau dokumen dan bukan tarikh penerimaan atau pun tarikh kandungan didaftarkan ke dalam fail ini.

2.2.5 Tarikh Kandungan Akhir

Tarikh dokumen kandungan terakhir dicatat di ruang ini apabila fail ditutup. Tarikh kandungan terakhir adalah tarikh dokumen atau surat dan bukan tarikh penerimaan atau pun tarikh kandungan didaftarkan ke dalam fail ini.

2.2.6 Dihantar kepada dan Tarikh Dihantar

Butiran ini adalah perihal pergerakan fail. Catatkan dengan jelas singkatan nama jawatan pegawai yang menggunakan fail ini untuk mengambil tindakan dan tarikh fail itu dihantar kepada beliau. Butiran yang sama perlu juga dicatatkan pada Kad Pergerakan Fail (Registri 1) seperti di rajah 2.2.6.

Page 19: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 15

Singkatan nama jawatan Pegawai PEND: Pendaftar SP : Setiausaha Pejabat

Rajah 2.2.6: Contoh Butiran Pergerakan Fail Pada Kulit Fail

Dihantar kepada

Tarikh dihantar

Dihantar kepada

Tarikh dihantar

Dihantar kepada

Tarikh dihantar

TP 3/5/11

SP 4/5/11

R= Registri R-SDP: Registri-Simpan Dalam Perhatian

R 9/5/11

PP 17/5/11

Page 20: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 16

2.3 PROSEDUR MENDAFTARKAN DOKUMEN KE DALAM FAIL DAN PENGEDARAN FAIL :

2.3.1 Semua rekod atau dokumen yang diterima perlu didaftarkan di

dalam fail dan diedarkan kepada Ketua Jabatan atau pegawai untuk diambil tindakan. Proses kerja yang terlibat adalah seperti berikut;

a) Cap tarikh terima surat/dokumen di ruang yang kosong b) Daftar surat dalam buku daftar penerimaan surat; c) Ditebuk di penjuru atas sebelah kiri (sila rujuk contoh di bawah); d) Kandungkan dokumen di sebelah kanan fail menggunakan tali Hijau (green tag)

e) Catatkan nombor kandungan di penjuru atas sebelah kanan sebagai nombor kandungan fail. Dokumen terawal diberi nombor kandungan. Dokumen-dokumen berikutnya akan diberi nombor kandungan seturut dan dibulatkan.

f) Nombor lampiran bagi surat masuk hendaklah ditulis dengan pen berdakwat merah, manakala

g) Nombor lampiran bagi surat keluar ditulis dengan pen berdakwat biru atau hitam. h) Surat/dokumen diminit atau direkodkan ke dalam kertas minit. (Rujuk perkara 2.4.1 dan 2.4.2 untuk cara penulisan kertas minit) i) Mengemaskini dan menyimpan kad pergerakan fail di tempat di mana fail tersebut diambil atau ditempat khas agar mudah menjejaki fail tersebut sekiranya perlu

j) Mengemukakan fail yang telah dimasukkan dokumen (surat masuk) kepada Ketua Jabatan atau pegawai yang berkenaan untuk tindakan (Rujuk 2.4.2 untuk tatacara penulisan minit tindakan)

k) Membuat edaran atau mengkandungkan surat tindakan dan meminitkan pada fail selepas tindakan diambil oleh pegawai berkenaan

(Rujuk perkara 2.4.1 dan 2.4.2 untuk cara penulisan kertas minit)

l) Fail dikembalikan kepada Registri dan mengemaskini rekod kad pergerakan fail serta menyimpan fail ke dalam cabinet fail.

Page 21: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 17

Rajah 2.3.1 : Contoh Menfailkan Surat/Dokumen Ke Dalam Fail

Page 22: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 18

2.4 PENYEDIAAN KERTAS MINIT: 2.4.1 Merekodkan surat masuk dan surat keluar:

a) Kandungan di dalam fail hendaklah didaftarkan ke dalam kertas

minit bagi tujuan kawalan pada peringkat dokumen seperti berikut:

i. Kandungan surat masuk hendaklah dicatatkan seperti berikut;

• Surat daripada (Surat drp....)

• bertarikh (bth.....)

• difailkan pada (d/f pd.....)

• Ditulis menggunakan pen dakwat merah sebagaimana berikut:

Surat drp. ________bth._______d/f pd._______

ii. Kandungan surat keluar hendaklah dicatatkan seperti berikut;

• Surat kepada (Surat kpd....)

• bertarikh (bth.......)

• difailkan pada (d/f pd.....)

• Ditulis menggunakan pen dakwat biru/hitam sebagaimana berikut:

Surat kpd. _______bth._______d/f pd.________

iii. Bagi tujuan penyeragaman kertas minit fail, format seperti

Rajah 2.4.1 merupakan format kertas minit fail yang akan digunapakai disetiap J/S/P/I/U. Catatan pada kertaa minit fail tersebut boleh ditulis tangan atau menggunakan cop getah bagi memudahkan penulisan minit fail dibuat.

Page 23: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 19

Rajah 2.4.1: Contoh Kertas Minit

Kertas Minit No. UMS/PN2.1/400-4/2/3 Helaian No. 1

1 Surat kpd. Jab. Bendahari bth. 12/9/2012 d/f pd. 12/9/2012

2 Surat drp. Jab. Bendahari bth. 17/9/2012 d/f pd.17/9/2012

PNMB., K.L (Kertas Minit ini dalam ukuran Metrik ISO A4 = 210mm x 297 mm)

Page 24: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 20

2.4.2 Penulisan Minit Tindakan:

a) Kebiasaan menulis minit tindakan di atas dokumen masuk/keluar yang diamalkan sekarang perlu diubah. Kertas Minit hendaklah digunakan oleh pegawai untuk mencatat arahan, keputusan atau maklumbalas ringkas yang berkaitan dengan sebarang kandungan yang terdapat di dalam sesebuah fail untuk tindakan pegawai yang lain.

b) Penulis minit perlu:

i. Nyatakan nombor lampiran yang dirujuk; ii. Catatkan singkatan nama jawatan pegawai yang diminitkan; iii. Minit tindakan ditulis dengan ringkas dan jelas. iv. Minit tindakan ini boleh ditulis dengan tangan v. Penulis minit perlu menandatangan ringkas serta mencatat singkatan nama jawatan pegawai dan tarikh; dan vi. Minit tindakan tidak boleh ditulis di atas surat /dokumen masuk atau keluar.

2.4.3 Minit Bebas:

a) Sekiranya arahan, keputusan atau maklumbalas ini perlu diperincikan dan melebihi separuh kertas minit ianya hendaklah ditaip di kertas lain sebagai Minit Bebas. Minit Bebas ini hendaklah didaftarkan dan difailkan sebagai kandungan berikutnya di dalam fail tersebut.

2.5 KAD PERGERAKAN FAIL: 2.5.1 Kad pergerakan fail yang digunakan untuk mengawal

pergerakan fail hendaklah dimasukkan ke dalam fail di antara kertas minit dengan lampiran menggunakan tali hijau semasa fail tersebut disimpan di registri.

2.5.2 Apabila fail tersebut diminta oleh pegawai untuk tindakannya kad ini hendaklah dikeluarkan dan dicatatkan butiran pergerakan fail. 2.5.3 Apabila fail dikembalikan ke registri kad ini hendaklah

dimasukkan semula ke dalam fail.

2.5.4 Kad Pergerakan Fail tersebut haruslah ditinggalkan ditempat di mana fail tersebut diambil atau ditempat khas agar mudah menjejaki fail tersebut sekiranya perlu.

Page 25: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 21

2.5.5 Dalam keadaan di mana suatu fail perlu diedarkan daripada seorang Pegawai kepada Pegawai yang lain tanpa melalui Kerani Rekod adalah tidak dibenarkan. Kerani Rekod hendaklah memastikan bahawa fail diedarkan melalunya untuk mengelakkan kehilangan fail atau fail yang tidak dapat dikesan.

Rajah 2.5 : Contoh Catatan Butiran Pada Kad Pergerakan Fail

KAD PERGERAKAN FAIL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

NO. FAIL : HHHHHHHHHHHHH. TARAF FAIL : HHHHHHHHHHHHH.. TAJUK FAIL : HHHHHHHHHHHHH.

BIL NAMA

PEMINJAM TARIKH DIPINJAM

TARIKH DIKEMBALIKAN/CATATAM

PENGESAHAN UNIT FAIL

1 PP 3/5/11 2 SP 4/5/11 3 R 9/5/11 4 K1 17/5/11

5 RSDP 30/5/11

6 K2 30/5/11

NOTA : Kad Pergerakan Fail hendaklah dikeluarkan setiap kali fail

hendak diedarkan

Page 26: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 22

2.6 KULIT FAIL ROSAK

a) Kulit fail rosak perlu diperbaiki atau diganti dengan kulit fail baharu. Sekiranya terdapat catatan penting di atas kulit fail yang rosak, kulit hadapan fail berkenaan hendaklah dipotong dan dimasukkan ke dalam kulit fail yang baharu dibuka. Sekiranya tidak ada apa-apa catatan penting kulit fail yang rosak itu boleh dimusnahkan.

3 KAEDAH PENUTUPAN FAIL:

3.1 Syarat-syarat penutupan fail

3.1.1 Mencapai ketebalan 4sm ; atau 3.1.2 Kandungannya sudah mencapai 100 lampiran; 3.1.3 Fail yang tidak dirujuk dalam masa 5 tahun dan tidak lagi dikehendaki

untuk pentadbiran harian; 3.1.4 Fail telah tamat tindakan dan tiada tindakan lanjut yang perlu diambil

ke atas fail tersebut; 3.1.5 Perubahan pentadbiran sesuatu pejabat awam; 3.1.6 Skima klasifikasi fail dirombak semula dan bertukar kepada sistem

baharu; dan 3.1.7 Sesuatu pejabat awam ditamatkan fungsi dan tidak lagi beroperasi

3.2 Prosedur penutupan fail (rujuk contoh gambar di bawah) 3.2.1 Mencatatkan pada atas kulit fail yang disahkan untuk ditutup dengan

dipalang menggunakan dakwat merah dan mencatatkan perkataan menggunakan dakwat biru atau hitam (dakwat kekal)

3.2.2 Melengkapkan maklumat penutupan fail pada setiap ruangan kosong yang perlu disi

3.2.3 Merekod dan mengemaskini senarai daftar fail tutup 3.2.4 Menyimpan fail tutup di tempat yang disediakan 3.2.5 Membuka fail jilid sambungan (jika berkenaan)

3.3 Prosedur Pemindahan dan Pelupusan Fail 3.3.1 Menyenaraikan fail tidak aktif yang telah disusun dalam borang

Senarai Pemindahan Rekod (ekor)

3.3.2 Menyenaraikan fail tidak aktif yang telah disusun dalam borang

Senarai Pemindahan Rekod (kepala)

3.3.3 Memajukan 2 salinan Senarai Pemindahan Rekod ke Arkib Negara Malaysia dan 1 salinan untuk simpanan doket jabatan.

3.3.4 Menguruskan pemusnahan fail setelah mendapat kebenaran daripada Arkib Negara Malaysia.

Page 27: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 23

3.3.5 Mengembalikan borang Penentusahan Pemusnahan Rekod Awam yang telah lengkap diisi untuk dihantar ke Arkib Negara Malaysia

3.3.6 Mengurus pemindahan fail-fail yang telah dipersetujui untuk dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia

3.3.7 Mengemukakan salinan surat pemindahan rekod ke Pejabat Pendaftar untuk tujuan rekod dan pemantauan

Page 28: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 24

Rajah contoh penutupan fail bagi 3.1.1 & 3.1.2

Page 29: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 25

Rajah contoh penutupan fail bagi 3.1.3- 3.1.5

Page 30: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 26

Rajah contoh penutupan fail bagi 3.1.6

Page 31: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 27

4 SAMPUL KECIL Sampul kecil dibuka apabila :

4.1 Fail Tidak Dapat Dikesan.

4.1.1 Apabila surat yang diterima memerlukan tindakan segera tetapi

fail tidak dapat dikesan, sampul kecil hendaklah dibuka sebagai fail sementara menggantikan fail asal;

4.1.2 Sampul kecil yang dibuka perlu menggunakan nombor dan tajuk

yang sama dengan fail asal;

4.1.3 Sekiranya fail asal telah dijumpai, sampul kecil hendaklah dimasukkan ke dalam fail tersebut sebagai satu kandungan;

4.1.4 Sekiranya fail asal masih lagi tidak dapat dikesan dalam tempoh 3 bulan, satu kulit fail baharu hendaklah dibuka dan diberi nombor Jilid berikutnya. Sampul kecil dimasukkan ke dalam fail baharu ini sebagai kandungan berikutnya; dan

4.1.5 Sekiranya fail asal dijumpai selepas fail baharu sudah dibuka, fail

asal tersebut hendaklah ditutup dan diikat bersama untuk satu jangka waktu yang bersesuaian sebelum diasingkan untuk tindakan pelupusan.

4.2 Dua atau lebih pegawai menggunakan fail pada masa yang sama.

4.2.1 Apabila sesuatu surat perlu diambil tindakan segera oleh lebih daripada seorang pegawai pada masa yang sama, sampul kecil boleh dibuka untuk kegunaan pegawai.

4.2.2.Lampiran yang diperlukan oleh pegawai sahaja yang dibuat

salinan dan dimasukkan ke dalam sampul kecil untuk tindakan pegawai berkenaan

4.2.3. Selepas tindakan selesai, sampul kecil dimasukkan ke dalam fail

sebagai satu kandungan.

Page 32: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 28

LAMPIRAN

Page 33: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 29

LAMPIRAN 1

CARTA ALIRAN PEMBUKAAN FAIL

Semak klasifikasi fail dan kod klasifikasi

Rujuk dengan pegawai pengelas jika fail terperingkat

Buka kulit fail baharu: 1. Tebuk Lubang pada kulit fail dan kertas minit 2. Tulis tajuk fail dan nombor rujukan fail 3. Masukkan tali hijau dan kertas minit

Masukkan kandungan, catat nombor kandungan dan minitkan lampiran pada kertas minit

Daftarkan fail baharu dalam Buku Daftar Fail dan sediakan Indeks

Page 34: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 30

CARTA ALIRAN KAEDAH PENUTUPAN FAIL

Pastikan fail memenuhi kriteria penutupan fail

Cap atau tuliskan DITUTUP PADA.........(sila lihat contoh di perenggan 3, kaedah penutupan fail)

Fail yang ditutup diikat bersama fail baharu

selama 3 bulan atau untuk tempoh tertentu

Fail yang ditutup dan tidak digunakan lagi

diasingkan daripada fail Jilid baharu

Page 35: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 31

KOD IDENTITI BAGI JABATAN/SEKOLAH/PUSAT/INSTITUT/UNIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

JSPIU Induk Sub JSPIU Subset JSPIU

Kod Rujukan JSPIU

Induk Kod Sub Kod Subset Kod

CANSELORI (1.0)

Jabatan Canselori

CAN

Pejabat Naib Canselor 1.1

UMS/CAN1.1/

Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik Dan Antarabangsa

1.2

UMS/CAN1.2/

Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi

1.3

UMS/CAN1.3/

Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni

1.4

UMS/CAN1.4/

Jabatan Hal Ehwal Pelajar

1.5

UMS/CAN1.5/

Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

1.5.1 UMS/ CAN1.5.1/

Bahagian Pembangunan Pelajar

1.5.2 UMS/ CAN1.5.1/

Bahagian Kaunseling Dan Bimbingan Kerjaya

1.5.3 UMS/ CAN1.5.3/

Bahagian Pembangunan Dan Sahsiah Pelajar

1.5.4 UMS/CAN1.5.4/

Bahagian Perumahan Dan Kebajikan Pelajar

1.5.5 UMS/CAN1.5.5/

Unit Media Dan Teknologi Pendidikan

1.6

UMS/CAN1.6/

Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan

1.7 Pejabat Pengarah

UMS/CAN1.7/

Bahagian Teknikal 1.7.1 UMS/CAN1.7.1/

Bahagian Operasi 1.7.2 UMS/CAN1.7.2/

Bahagian Pentadbiran 1.7.3 UMS/CAN1.7.3/

Bahagian Kontrak 1.7.4 UMS/CAN1.7.4/

Pusat Pengajian Pasca Siswazah

1.8

UMS/CAN1.8/

Page 36: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 32

Jabatan Canselori

CAN

Bahagian Perhubungan Korporat

1.9

UMS/CAN1.9/

Bahagian Audit Dalam 1.10

UMS/CAN1.10/

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi

1.11

UMS/CAN1.11/

Unit Hal Ehwal Islam Dan Masjid

1.12

UMS/CAN1.12/

Pusat Ko-Kurikulum & Pemajuan Pelajar

1.13

UMS/CAN1.13/

Pusat Pengurusan Strategik & Akademik

1.14

UMS/CAN1.14/

Pusat Hal Ehwal Antarabangsa

1.15

UMS/CAN1.15/

Pusat Hubungan Industri

1.16

UMS/CAN1.16/

Pusat Hubungan Alumni

1.17

UMS/CAN1.17/

Pusat Rawatan Warga 1.18

UMS/CAN1.18/

Unit Sukan 1.19

UMS/CAN1.19/

Pusat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

1.20

UMS/CAN1.20/

PENTADBIRAN (2.0)

Jabatan Pendaftar PEND

Pejabat Pendaftar

2.1

UMS/PEND2.1/

Bahagian Pentadbiran Dan Governan

Bahagian Perundangan Dan Tatatertib

Bahagian Pengurusan Maklumat

Bahagian Sumber Manusia

2.2

UMS/PEND2.2/

Bahagian Perkhidmatan Akademik

2.3

UMS/PEND2.3/

Bahagian Keselamatan 2.4

UMS/PEND2.4/

Page 37: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 33

KEWANGAN (3.0)

Jabatan Bendahari

BEN

Pejabat Bendahari

3.1

UMS/BEN3.1/

Bahagian Pentadbiran Dan Perkhidmatan

Bahagian Pengurusan Kewangan

3.2

UMS/BEN3.2/

Bahagian Pengurusan Akaun

3.3

UMS/BEN3.3/

Bahagian Kewangan Pelajar

3.4

UMS/BEN3.4/

Bahagian Zon Operasi Kewangan

3.5

UMS/BEN3.5/

PERPUSTAKAAN (4.0)

Ketua Pustakawan

PPK

Pejabat Pentadbiran

4.1

UMS/PPK4.1/

Bahagian Perancangan Dan Pembangunan

Bahagian Sumber Ilmu 4.2

UMS/PPK4.2/

Bahagian Perkhidmatan pengguna Dan Maklumat

4.3

UMS/PPK4.3/

KAMPUS CAWANGAN (5.0)

UMS Kampus Antarabangsa Labuan

KAL

Pejabat Pengarah 5.1

UMS/KAL5.1/

Bahagian Pentadbiran 5.1.1 UMS/KAL5.1.1/

Bahagian Kewangan 5.1.2 UMS/KAL5.1.2/

Bahagian Pembangunan Dan Penyelenggaraan

5.1.3 UMS/KAL5.1.3/

Bahagian Perpustakaan 5.1.4 UMS/KAL5.1.4/

Bahagian perkhidmatan Komputer Dan Instrumentasi

5.1.5 UMS/KAL5.1.5/

Bahagian HaL Ehwal Pelajar

5.1.6

UMS/KAL5.1.6/

Page 38: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 34

SEKOLAH-SEKOLAH(6.0)

Sekolah Sains Dan Teknologi

SST

Pejabat Pentadbiran 6.1

UMS/SST6.1/

Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi

6.1.1

UMS/SST6.1.1/

Unit Penyelidikan Air 6.1.2

UMS/SST6.1.2/

Unit Kajian Bencana Alam

6.1.3

UMS/SST6.1.3/

Unit Penyelidikan Rumpai Laut

6.1.4

UMS/SST6.1.4/

Sekolah Sains Sosial

SSS

Pejabat Pentadbiran 6.2

UMS/SSS6.2/

Unit Penyelidikan Etnografi Dan Pembangunan

6.2.1

UMS/SSS6.2.1/

Pusat Remote Sensing Dan GIS

6.2.2

UMS/SSS6.2.2/

Sekolah Perniagaan Dan

Ekonomi

SPE

Pejabat Pentadbiran 6.3

UMS/SPE6.3/

Unit Pembangunan Pelancongan BIMP-EAGA

6.3.1

UMS/SPE6.3.1/

Pusat Pembangunan Perakaunan

6.3.2

UMS/SPE6.3.2/

Unit Penyelidikan Dan Pembangunan Keusahawanan

6.3.3

UMS/SPE6.3.3/

Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa

PPIB Pejabat Pentadbiran 6.4

UMS/PPIB6.4/

Sekolah Kejuruteraan Dan

Teknologi Maklumat

SKTM

Pejabat Pentadbiran 6.5

UMS/SKTM6.5/

Unit Kajian Bahan Dan Mineral

6.5.1

UMS/SKTM6.5.1/

Unit Kecerdikan Buatan 6.5.2

UMS/SKTM6.5.2/

Page 39: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 35

Sekolah Pendidikan Dan Pembangunan

Sosial

SPPS

Pejabat Pentadbiran 6.6

UMS/SPPS6.6/

Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar

6.6.1

UMS/SPPS6.6.1/

Sekolah Psikologi Dan Kerja Sosial

SPKS

Pejabat Pentadbiran 6.7

UMSSPKS6.7/

Unit Penyelidikan Psikologi Dan Kesihatan Sosial

6.7.1

UMS/SPKS6.7.1/

Unit Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah

6.7.2

UMS/SPKS6.7.2/

Sekolah Sains Makanan Dan Pemakanan

SSMP Pejabat Pentadbiran 6.8

UMS/SSMP6.8/

Sekolah Perhutanan Tropika

Antarabangsa

SPTA Pejabat Pentadbiran 6.9

UMS/SPTA6.9/

Sekolah Perniagaan Kewangan

Antarabangsa Labuan

SPKAL Pejabat Pentadbiran 6.10

UMS/SPKAL6.10/

Sekolah Sains Informatik Labuan

SSIL Pejabat Pentadbiran 6.11

UMS/SSIL6.11/

Sekolah Pengajian Seni

SPS

Pejabat Pentadbiran 6.12

UMS/SENI6.12/

Unit Penyelidikan Warisan Borneo

6.12.1

UMS/SENI6.12.1/

Sekolah Perubatan

SPU

Pejabat Pentadbiran 6.13

UMS/SPU6.13/

Unit Penyelidikan Perubatan Desa

6.13.1

UMS/SPU6.13.1/

Unit Penyelidikan Tuberkulosis

6.13.2

UMS/SPU6.13.2/

Page 40: Pekeliling Pendaftar Bil.11 (2012) 2 Lampiran Panduan...Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 6 1.4.10 Bilik Fail Bilik penyimpanan, penyenggaraan dan

Panduan Pengendalian Fail Rasmi Universiti Malaysia Sabah (Versi 1) 36

Sekolah Pertanian Lestari

SPL Pejabat Pentadbiran 6.14

UMS/SPL6.14/

Sekolah Pertanian Lestari

SPL Pejabat Pentadbiran 6.14

UMS/SPL6.14/

INSTITUT-INSTITUT PENYELIDIKAN (7.0)

Institut Penyelidikan Marin Borneo

IPMB

Pejabat Pentadbiran 7.1

UMS/IPMB7.1/

Unit Kajian Mamalia Marin Merah

7.1.1

UMS/IPMB7.1.1/

Unit Kajian Alga Bahaya 7.1.2

UMS/IPMB7.1.2/

Institut Biologi Tropika Dan Pemuliharaan

IBTP

Pejabat Pentadbiran 7.2

UMS/IBTP7.2/

Unit Kajian Orkid 7.2.1

UMS/IBTP7.2.3/

Unit Kajian Primat Borneo

7.2.2

UMS/IBTP7.2.2/

Institut Penyelidikan Bioteknologi

IPB Pejabat Pentadbiran 7.3

UMS/IPB7.3/