pedoman bahasa 2005

Upload: tangtyyling

Post on 07-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    1/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    KANDUNGAN

    Prakata

    Bahagian 1

    Bahagian 2

    Bahagian 3

    Bahagian 4

    Bahagian 5

    Bahagian 6

    Bahagian 7

    Bahagian 8

    Bahagian 9

    Bahagian 10

    Kesilapan Penggandaan Kata

    Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah

    Kesilapan Penggunaan di, dalam dan

    di dalam

    Kesilapan Penggunaan di antara danantara

    Kesilapan Penggunaan di dan ke

    Kesilapan Penggunaan dari dan

    daripada

    Kesilapan Penggunaan untuk atau bagi

    Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk

    Kesilapan Penggunaan sekali, sungguh,

    paling, dan teR-

    Kesilapan Penggunaan Kata Nafi bukanatau tidak

    v

    1

    10

    15

    18

    26

    31

    37

    39

    42

    48

    iii

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    2/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    PRAKATA

    ejak mula diperkenalkan pada bulan April 1990, risalah siri Ke Arah Bahasa

    Melayu yang Berkesan yang membincangkan topik semua tugas-tugas atau

    semua tugas?, beberapa siri baru pedoman penggunaan bahasa telah dihasilkan.

    Penerbitan itu dibuat memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan dan

    memberangsangkan daripada pengguna bahasa Melayu, terutamanya pelanggan Dewan

    Bahasa dan Pustaka (DBP) yang terdiri daripada kalangan pelajar, guru mahupun

    kakitangan sektor awam, swasta dan individu yang mempunyai kesedaran dan keyakinan

    terhadap penggunaan bahasa Melayu dengan tatabahasanya yang baku dan selaras.

    S

    Justeru, kami berasa bahawa satu usaha pendokumentasian dalam bentuk

    penyusunan semula terbitan sebelum ini dengan yang terbaharu perlu diusahakan untuk

    mengelakkan usaha penggalakan amalan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan

    berkesan tidak hilang dan lebur begitu sahaja. Dengan yang demikian, bagi siri koleksi

    pedoman pengenalan ini, kami cuba menggabungkan siri risalah yang diterbitkan dari

    tahun 1990 hingga 1999 dan bertajuk seperti yang berikut:

    1. semua tugas-tugas atau semua tugas?

    2. adalah atau ialah?

    3. di, dalam dan di dalam

    4. Apakah perbezaan antara di antara dengan antara

    5. di, ke, dari dan daripada

    6. k atau kk?

    7. dirumah atau di rumah dan di catat atau dicatat

    v

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    3/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    8. Terpandai sekali? Amat pandai sekali? Sungguh pandai sekali? Paling

    pandai sekali?

    9. bukan atau tidak?

    10. daripada atau dari?

    11. untuk atau bagi

    12. Kekeliruan Frasa Jamak

    Dalam koleksi ini, mana-mana topik yang sama dalam risalah tersebut di atas

    telah digabungkan. Oleh itu, koleksi ini hanya mengandungi sepuluh tajuk atau bahagian

    sahaja.

    Kami berharap koleksi ini dapat memudahkan dan membantu pengguna bahasa

    Melayu menerapkan panduan dan contoh yang kami berikan dalam risalah ini. Kami

    juga berharap usaha menerbitkan koleksi siri risalah yang diterbitkan pada tahun 2000

    hingga 2003 dapat kami teruskan.

    Sekian.

    BAHASA JIWA BANGSA

    CINTAILAH BAHASA KITA

    HAJAH ZAITON BINTI A. RAHMAN

    Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam,

    Jabatan Bahasa.

    vi

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    4/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Bahagian1

    Kesilapan Penggandaan Kata

    erkataan seperti lima, sepuluh, seratus, lima ribu, semua, segala, sejumlah, beberapa,

    sekalian, seluruh, sebilangan, sepertiga, berabad-abad, berkotak-kotak, masing-

    masing, setiap, setengah-setengah dan sebagainya tergolong dalam kata bilangan yang

    menunjukkan jamak atau banyak.

    P

    Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan

    dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja sepenuhnya kata

    bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa

    bahasa Melayu.

    Kesilapan yang sering kita lakukan dalam penggunaan kata bilangan adalah

    seperti contoh yang berikut:

    i) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti katabilangan:

    SALAH BETUL

    Banyak organisasi-organisasi

    Banyak perkara-perkara

    Beberapa orang peminat-peminat

    Empat unsur-unsur yang

    berikut

    Banyak organisasi

    Banyak perkara

    Beberapa orang peminat

    Empat unsur yang berikut

    1

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    5/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    Kebanyakan pekerja-pekerja

    Keseluruhan peserta-peserta

    Kesemua agenda-agenda

    Lima peratus (5%) daripada pembeli-

    pembeli

    Penambahan jumlah anak-anak

    Ramai pengguna-pengguna

    Segala maklumat-maklumatSebahagian daripada peneroka-

    peneroka

    Semua surat-surat

    Semua ilmu-ilmu dan panduan-panduan

    Semua kerja-kerja pembinaan

    Sesetengah daripada golongan-

    golongan pensyarah

    Setiap masalah-masalah

    Tiga orang daripada penjenayah-

    penjenayah

    Kebanyakan pekerja

    Keseluruhan peserta

    Kesemua agenda

    Lima peratus (5%) daripada pembeli

    Penambahan jumlah anak

    Ramai pengguna

    Segala maklumatSebahagian daripada peneroka

    Semua surat

    Semua ilmu dan panduan

    Semua kerja pembinaan

    Sesetengah golongan pensyarah

    Setiap masalah

    Tiga orang daripada penjenayah

    2

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    6/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    ii) Kesilapan dalam membentuk kata bilangan

    SALAH BETUL

    Antara kedua tugas

    Berbagai bidang

    Berbagai isu-isu

    Di kedua buah negara

    Merangkumi berbagai kegiatan

    Para-para petugas

    Setengah koperasi

    Setiap satu tugas/Tiap satu tugas

    Tiap usaha

    Antara kedua-dua tugas

    Berbagai-bagai bidang

    Berbagai-bagai isu

    Di kedua-dua buah negara

    Merangkumi berbagai-bagai kegiatan

    Para petugas

    Sesetengah koperasi/Setengah-

    setengah koperasi

    Setiap tugas/Tiap-tiap tugas

    Setiap usaha/Tiap-tiap usaha

    iii) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang bermaksud

    kumpulan

    Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu seperti antara, antologi, banjaran, barisan,

    daftar, deretan, gabungan, gerombolan, gugusan, jemaah, kalangan, kawan, kumpulan,

    mesyuarat, pelbagai, perhimpunan, persatuan, persekutuan, pertemuan, rangkaian,

    rentetan, rombongan dan senarai yang bermakna kumpulan atau banyak, iaitu yang

    melibatkan orang, benda, unsur, perkara dan sebagainya yang lebih daripada satu. Oleh

    itu kita tidak perlu menggandakan perkataan yang mengikutnya.

    Contohnya:

    3

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    7/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    Antara maklumat-maklumat

    Antologi cerpen-cerpenBarisan pemain-pemain

    Daftar pengundi-pengundi

    Deretan kedai-kedai

    Di kalangan tokoh-tokoh

    Gabungan persatuan-persatuan

    Gerombolan pengganas-pengganas

    Golongan pelajar-pelajar

    Gugusan pulau-pulau

    Himpunan cerpen-cerpen

    Jemaah menteri-menteri

    Kebanyakan pekerja-pekerja

    Kelompok industri-industri

    Koleksi lagu-lagu

    Kesatuan pengusaha-pengusaha

    industri

    Kumpulan pelabur-pelabur

    Longgokan kayu-kayu

    Mesyuarat ketua-ketua bahagian

    Pelbagai kuih-muih

    Pelbagai rancangan-rancangan

    Antara maklumat

    Antologi cerpenBarisan pemain

    Daftar pengundi

    Deretan kedai

    Di kalangan tokoh

    Gabungan persatuan

    Gerombolan pengganas

    Golongan pelajar

    Gugusan pulau

    Himpunan cerpen

    Jemaah menteri

    Kebanyakan pekerja

    Kelompok industri

    Koleksi lagu

    Kesatuan pengusaha industri

    Kumpulan pelabur

    Longgokan kayu

    Mesyuarat ketua bahagian

    Pelbagai kuih/Kuih-muih

    Pelbagai rancangan

    4

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    8/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    Perhimpunan pekerja-pekerja

    Persatuan bekas-bekas perajuritPersekutuan syarikat-syarikat

    Pertemuan penulis-penulis

    Ramai pelajar-pelajar

    Rangkaian syarikat-syarikat

    Rentetan peristiwa-peristiwa

    Rombongan penduduk-penduduk

    Segala bukti-bukti

    Senarai nama-nama

    Sususnan fail-fail

    Timbunan karung-karung beras

    Perhimpunan pekerja

    Persatuan bekas perajuritPersekutuan syarikat

    Pertemuan penulis

    Ramai pelajar

    Rangkaian syarikat

    Rentetan peristiwa

    Rombongan penduduk

    Segala bukti

    Senarai nama

    Susunan fail

    Timbunan karung beras

    iv) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang

    berimbuhan se- atau berkata bilangan satu yang bermaksud kumpulan

    Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang berawalan se- (yang bermakna satu) atau

    perkataan yang berangkai dengan kata bilangan satu yang mengandungi makna

    kumpulan atau mengandungi unit lebih daripada satu di dalamnya. Oleh itu, kata yang

    mengikutinya tidak perlu digandakan. Contohnya:

    5

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    9/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    Sebahagian daripada peneroka-

    penerokaSebaris rumah-rumah/ satu baris

    rumah-rumah

    Sebanyak pelajar-pelajar di sekolah itu

    Sebilangan ahli-ahli

    Sedikit sahaja daripada ulasan-ulasan

    Segelintir daripada pemohon-pemohon

    Segerombolan pengganas-pengganas/

    satu gerombolan pengganas-

    pengganas

    Sejambak bunga-bungaan

    Sejumlah besar daripada pemaju-

    pemaju

    Sekandang lembu-lembu

    Sekawan burung-burung

    Sekumpulan pelajar-pelajar/ satu

    kumpulan pelajar-pelajar

    Seramai lima orang pekerja-pekerja

    ladang

    Sebahagian daripada peneroka

    Sebaris rumah/satu baris rumah

    Sebanyak pelajar di sekolah itu

    Sebilangan daripada ahli

    Sedikit sahaja daripada ulasan

    Segelintir pemohon

    Segerombolan pengganas/satu

    gerombolan pengganas

    Sejambak bunga

    Sejumlah besar daripada pemaju

    Sekandang lembu/ satu kandang lembu

    Sekawan burung/ satu kawan burung

    Sekumpulan pelajar/ satu kumpulan

    pelajar

    Seramai lima orang pekerja ladang

    6

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    10/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    Seramai penilai-penilai yang ditetapkan

    Serangkai manik-manik/ satu rangkaimanik-manik

    Serombongan pelawat-pelawat/ satu

    rombongan pelawat-pelawat

    Sesetengah daripada golongan-

    golongan pensyarah

    Setiap masalah-masalah

    Setimbun buku-buku

    Seramai penilai yang ditetapkan

    Serangkai manik/ satu rangkai manik

    Serombongan pelawat/ satu rombongan

    pelawat

    Sesetengah golongan pensyarah

    Setiap masalah

    Setimbun buku

    v) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti perkataan ada yang

    bermaksud telah tersedia atau telah terkumpul

    SALAH BETUL

    Ada pekerja-pekerja yang didapati

    melanggar peraturan pejabat.

    Ada pekerja yang didapati melanggar

    peraturan pejabat.

    7

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    11/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    vi) Kesilapan kerana menggandakan kata nama sebelum kata kerja berapitan

    ber--an yang menunjukkan jamak

    Kata kerja yang berimbuhan apitan ber--an seperti bergantungan, berguguran,

    berkejaran, berkibaran, pertaburan, berterbangan dan sebagainya membawa maksud

    perkataan yang menunjukkan jumlah yang banyak atau berulang-ulang dengan

    banyaknya. Oleh itu kata nama yang hadir sebelumnya tidak perlu digandakan lagi.

    Contohnya:

    SALAH BETUL

    Bendera-bendera yang berwarna-warniberkibaran di sepanjang jalan.

    Bintang-bintang berkerdipan di langit.

    Burung-burung berterbangan di

    angkasa.

    Daun-daun kering berguguran.

    Lampu-lampu merah bergantungan di

    dinding.

    Bendera yang berwarna-warniberkibaran di sepanjang jalan.

    Bintang berkerdipan di langit.

    Burung berterbangan di angkasa.

    Daun kering berguguran.

    Lampu merah bergantungan di dinding.

    vii) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang sudah mendukung

    maksud banyak

    SALAH BETUL

    Ibu bapa-ibu bapa diseru/Ibu-ibubapa diseru

    Ibu bapa diseru

    8

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    12/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    Mereka-mereka yang mengambi

    bahagianRakyat-rakyat negara ini

    Mereka yang mengambil bahagian

    Rakyat negara ini

    viii) Kesilapan kerana menggandakan keseluruhan gabungan kata atau kata

    majmuk yang sepatutnya hanya perkataan yang pertama sahaja yang perlu

    digandakan

    SALAH BETUL

    Duta besar-duta besar

    kertas kerja-kertas kerja

    Ketua Menteri-Ketua Menteri

    Ketua Setiausaha-Ketua Setiausaha

    pihak berkuasa-pihak berkuasa

    tempatan

    Duta-Duta Besar

    kertas-kertas kerja

    Ketua-Ketua Menteri

    Ketua-Ketua Setiausaha

    pihak-pihak berkuasa tempatan

    9

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    13/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Bahagian 2

    Kesilapan Penggunaan adalah atau ialah

    ata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama,

    manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif

    dan frasa sendi nama. Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan

    seperti yang berikut:

    K

    i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah

    SALAH BETUL

    Anakadalah anugerah Allah.

    Beliau adalah orang yang pertama

    membiakkan

    Kaum wanita adalah elemen

    Malaysia mesti mempunyai rakyat yang

    sejumlah besar daripadanya adalah

    orang-orang yang berpendidikan

    Masalah yang kita hadapi adalah

    kekurangan pendapat yang bernas.

    Anakialah anugerah Allah.

    Beliau ialah orang yang pertama

    membiakkan

    Kaum wanita ialah elemen

    Malaysia mesti mempunyai rakyat yang

    sejumlah besar daripadanya ialah

    orang yang berpendidikan

    Masalah yang kita hadapi ialah

    kekurangan pendapat yang bernas.

    10

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    14/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    Matlamat NURY adalah pembinaan

    masyarakat cemerlang.Memandangkan T.Y.T. Tun adalah

    bekas Pengerusi Lembaga

    Perkara ini adalah masalah yang tidak

    mudah diatasi.

    Sepak takraw adalah sukan yang elok

    dipertandingkan

    Matlamat NURY ialah pembinaan

    masyarakat cemerlang.Memandangkan T.Y.T. Tun ialah bekas

    Pengerusi Lembaga

    Perkara ini ialah masalah yang tidak

    mudah diatasi.

    Sepak takraw ialah sukan yang elok

    dipertandingkan

    ii) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah

    SALAH BETUL

    Kursus ini ialah untuk

    Tarikh kerja pembaikan lif dijangka

    siap ialah pada

    Baju itu ialah baik.

    Kursus ini adalah untuk

    Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap

    adalah pada

    Baju itu adalah baik.

    11

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    15/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja

    SALAH BETUL

    Matlamat utama unit ini adalah

    membantu pihak pengurusan

    melaksanakan tanggungjawabnya

    secara berkesan.

    Satu usaha yang dijalankan adalah

    menerbitkan risalah penerangan untuk

    tatapan masyarakat.

    Matlamat utama unit ini adalah untuk

    membantu pihak pengurusan

    melaksanakan tanggungjawabnya

    secara berkesan.

    Satu usaha yang dijalankan adalah

    dengan menerbitkan risalah

    penerangan untuk tatapan masyarakat.

    iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat

    SALAH BETUL

    Adalah dengan ini dimaklumkan

    bahawa...

    Adalah diharapkan dengan pemilihan

    ini...

    Adalah dimaklumkan bahawa ...

    Adalah diumumkan bahawa...

    Dengan ini dimaklumkan bahawa ...

    Dengan pemilihan ini diharapkan ...

    Dengan ini dimaklumkan bahawa ..

    Dengan ini diumumkan bahawa ...

    12

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    16/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Selain itu, pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan ungkapan adalah +

    kata kerja seperti yang berikut:

    adalah berasaskan

    adalah berdasarkan

    adalah dibuat

    adalah digalakkan

    adalah dinasihati

    adalah diperakui

    adalah melambangkan

    adalah menjadi

    adalah merupakanadalah tertakluk

    Contohnya:

    SALAH BETUL

    Institut Irshad adalah merupakan

    sebuah institut persendirian

    Para pelajar adalahdipelawa

    memohon

    Keputusan ini diambil adalah

    berdasarkan

    Warna merah pada bendera Malaysia

    adalahmelambangkan

    Perjanjian ini adalah tertakluk

    kepada

    Institut Irshad merupakan sebuah

    institut persendirian

    Para pelajar dipelawa memohon

    Keputusan ini diambil berdasarkan

    Warna merah pada bendera Malaysia

    melambangkan

    Perjanjian ini tertakluk kepada

    13

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    17/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Ayat atau frasa di atas dikategorikan sebagai frasa yang salah kerana tanpa kata adalah,

    ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. Kata

    adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi

    tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau yang seumpama dengannya.

    Kesimpulannya:

    a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif

    yang bersifat huraian sahaja.

    b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang

    bersifat persamaan sahaja.

    14

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    18/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Bahagian 3

    Kesilapan Penggunaan di, dalam dan di dalam

    alam penggunaan bahasa Melayu kini, kita kadang-kadang tersilap meletakkan

    kata sendi nama di pada tempat dalam, dan frasa sendi nama di dalam pada tempat

    kata sendi dalam. Kesilapan ini berlaku kerana kekeliruan tentang fungsi kata sendi

    nama dan frasa sendi nama tersebut.

    D

    i) Kesilapan penggunaan kata sendi nama di pada tempat dalam

    SALAH BETUL

    Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang

    pengurusan perniagaan.

    Di masyarakat itu, ahlinya merupakan

    insan yang sihat.

    Kanak-kanak bergembira di suasana hariraya yang mulia ini.

    Beliau memiliki ijazah sarjana dalam

    bidang pengurusan perniagaan.

    Dalam masyarakat itu, ahlinya

    merupakan insan yang sihat.

    Kanak-kanak bergembira dalam suasanahari raya yang mulia ini.

    15

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    19/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang

    menunjukkan tempat. Contohnya:

    1. Majlis itu akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

    2. Mereka menunggu ketibaan tetamu kehormat itu di lapangan terbang.

    3. Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Pendidikan.

    4. Pelajar itu menelaah pelajarannya di perpustakaan.

    5. Penderma darah mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.

    ii) Kesilapan penggunaan kata sendi nama di dalam pada tempat dalam

    SALAH BETUL

    Di dalam pelbagai bidang kehidupan...

    Beliau sering dijemput membentangkan

    kertas kerja di dalam beberapa

    seminar.

    Malaysia pernah terperangkap di

    dalam kegawatan ekonomi.

    Sememangnya dia sudah lama terdidik

    di dalam bahasa Melayu.

    Terdapat bahagian yang terlibat di

    dalam penggunaan istilah.

    Dalam pelbagai bidang kehidupan...

    Beliau sering dijemput untuk

    membentangkan kertas kerja dalam

    beberapa seminar.

    Malaysia pernah terperangkap dalam

    kegawatan ekonomi.

    Sememangnya dia sudah lama terdidik

    dalam bahasa Melayu.

    Terdapat bahagian yang terlibat dalam

    penggunaan istilah.

    16

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    20/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama

    yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti

    perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Contohnya:

    1. Dalam hal ini, kita semua setuju.

    2. Dalam keheningan malam, dia duduk berdoa dengan penuh khusyuk dan

    tawaduk.

    3. Masalah itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat yang lalu.

    4. Persoalan itu bermain-main dalam fikirannya.

    5. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus fasih bertutur dalam bahasa

    kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu.

    Penggunaan frasa sendi nama di dalam yang betul adalah seperti contoh yang

    berikut:

    1. Pengembara itu sesat di dalam hutan.

    2. Penumpang tidak dibenarkan merokokdi dalam kabin kapal terbang.

    3. Semua peserta berkumpul di dalam dewan.

    4. Tanda harga ada di dalam dan di luar kotak.

    5. Tulislah jawapan anda di dalam ruangan yang disediakan.

    Kata dalam dalam lima contoh ayat di atas tergolong dalam kata nama arah.

    Justeru, penggunaan kata sendi nama di di hadapan kata dalam tidak salah kerana kata

    dalam ini berfungsi sebagai kata nama arah.

    17

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    21/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Bahagian 4

    Kesilapan Penggunaan di antara dan antara

    ata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Kata sendi

    nama ialah perkataan yang digunakan di hadapan frasa nama untuk menghasilkan

    frasa sendi nama.

    KKata arah pula ialah kata yang menunjukkan arah atau kedudukan. Kata arah

    seperti atas, bawah, tengah, depan, belakang, luar, dalam, antara dan

    sebagainya biasanya digunakan dalam frasa sendi, yakni mengikuti kata sendi nama.

    Hanya kata sendi nama di dan ke sahaja dapat membentuk frasa sendi dengan kata arah.

    Yang berikut ialah senarai contoh penggunaan kata sendi nama dan kata arah:

    KATA SENDI NAMA KATA SENDI NAMA ARAH

    ... akan anaknya

    akan kelakuan anaknya

    antara adik-beradik

    antara dua negaraantara mereka

    antara persoalan penting

    antara sekolah

    di atas meja

    di bawah rumah

    ... di tengah padang

    di depan bangunandi belakang pintu

    di luar pejabat

    di dalam ruangan

    18

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    22/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    KATA SENDI NAMA KATA SENDI NAMA ARAH

    antara sektor awam

    antara wilayah

    bagai pinang dibelah dua

    bagi tahun hadapan

    dalam bahasa kebangsaan

    dari kiri

    dari pukul tujuh pagi

    dari sudut ekonomi

    daripada buluh

    daripada persatuan

    demi kepentingan bersama

    dengan majikan

    hingga dinihari

    kepada pihak polis

    oleh polis

    oleh senjatanya sendiri

    pada papan kenyataan

    pada pukul tujuh petang

    di antara Johor Bahru dengan Kuala

    Lumpurdi antara tiang elektrik

    di antara dua bangunan itu

    di sepanjang jalan

    di puncak gunung

    di hujung jalan

    di Kota Tinggi

    di kampung

    ke atas bukit

    ke bawah meja

    ke tengah jalan

    ke belakang dewan

    ke depan bangunan

    ke luar kamar

    ke dalam bahasa Inggeris

    ke dalam tong

    ke sekolah

    ke Tanjung Tuan

    19

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    23/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Kata Sendi Nama Kata Sendi Nama Tempat/Arah

    sejak kematian ibunya

    semenjak subuh lagiseperti batu

    tentang kesejahteraan rakyat

    tentang masalah negara

    terhadap anak buahnya

    umpama kilat

    untuk kegunaan

    ke puncak gunung

    ke arah selatanke dewan pameran

    ke tepi laut

    ke hulu sungai

    ke muka pengadilan

    ke seluruh dunia

    ke sisi rumah

    Kata arah antara hanya dapat berganding dengan kata sendi nama di dan ke

    dalam pembentukan frasa sendi nama, di antara, yang menunjukkan tempat.

    Sering terdapat kekeliruan dalam penggunaan antara kata sendi nama antara

    dengan frasa sendi di antara, yang merupakan gabungan antara kata sendi nama di

    dengan kata nama antara. Contohnya:

    SALAH BETUL

    Di Australia, bahasa Melayu adalah di

    antara mata pelajaran yang paling

    digemari penuntut.

    Di Australia, bahasa Melayu ialah

    antara mata pelajaran yang paling

    digemari penuntut.

    20

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    24/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    Inilah di antara hal yang mesti

    difahami dalam bidang pembentukan

    kata.

    Masalah disiplin merupakan di antara

    perkara yang dibincangkan dalam

    mesyuarat itu.

    Kebolehan anda mendapatkan orang

    bercakap kepada anda membezakan di

    antara pemberitaan yang kurang baik

    dengan

    Kini ramai di antara mereka ini telah

    mempelajari bahasa Melayu.

    Kita melihat pertentangan di antara

    sektor awam dengan sektor swasta

    timbul secara mendadak.

    Masakan anda lupa akan tulisan andasendiri yang mencatatkan bahawa

    awalan me- adalah di antara

    pembentuk kata kerja yang penting.

    Inilah antara hal yang mesti difahami

    dalam bidang pembentukan kata.

    Masalah disiplin merupakan antara

    perkara yang dibincangkan dalam

    mesyuarat itu.

    Kebolehan anda mendapatkan orang

    bercakap kepada anda membezakan antara

    pemberitaan yang kurang baik dengan

    Kini ramai antara mereka ini telah

    mempelajari bahasa Melayu.

    Kita melihat pertentangan antara sektor

    awam dengan sektor swasta timbul secara

    mendadak.

    Masakan anda lupa akan tulisan andasendiri yang mencatatkan bahawa awalan

    me- adalah antara pembentuk kata

    kerja yang penting.

    21

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    25/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Kesimpulan:

    i) Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata

    nama. Justeru, frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan

    kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya:

    1. Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya.

    2. Hasnah duduk mencelah di antara Fatimah dengan Rahmah.

    3. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat tiga dengan tingkat

    empat.

    4. Rumahnya terletakdi antara dua bangunan tinggi itu.

    5. Tambak Johor terletakdi antara Johor Bahru dengan Singapura.

    ii) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang

    menunjukkan perbandingan. Contohnya:

    1. Antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya.

    2. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

    3. Antara tingkat tiga dengan tingkat empat, tingkat empat lebih baik

    hiasannya.

    4. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

    5. Antara yang dibincangkan termasuklah soal disiplin.

    iii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu

    diulang. Contohnya:

    SALAH BETUL

    adalah di antara sumber-sumber tidak

    rasmi

    adalah antara sumber tidak rasmi

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    26/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    22

    SALAH BETUL

    Antara lagu-lagu persembahannya

    ialah...

    Di antara nama-nama yang disebut

    ialah

    Di antara peraturan-peraturan yang

    perlu dipatuhi ialah

    Pertandingan Bahas di antara Sekolah-

    Sekolah Menengah Berasrama Penuh

    Antara lagu persembahannya ialah

    Antara nama yang disebut ialah

    Antara peraturan yang perlu dipatuhi

    ialah

    Pertandingan Bahas antara Sekolah

    Menengah Berasrama Penuh

    Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang

    mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan

    orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya:

    1. Mereka berbincang antara adik-beradik.

    2. Perhubungan antara kedua-dua negara itu telah lama terjalin.

    iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga,

    sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan

    sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, keenam-enam,

    beratus-ratus, berjuta-juta dan sebagainya. Kata bilangan tingkat seperti kedua, ketiga,

    kesepuluh dan sebagainya tidak pernah digunakan seiring dengan kata sendi nama

    antara. Kesilapan yang sering dilakukan ialah penggunaan kata bilangan tingkat padatempat yang sepatutnya kata bilangan himpunan.

    23

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    27/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    a) Contoh penggunaan kata sendi nama antara dengan kata bilangan tentu dan kata

    bilangan tidak tentu:

    1. perbualan itu antara satu dengan satu

    2. Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya.

    3. Kamsiah adalah antara peserta wanita yang mengambil bahagian dalam

    sukan itu.

    b) Contoh penggunaan antara dengan kata bilangan himpunan:

    SALAH BETUL

    dalam mempertimbangkan untung rugi

    antara keduanya.

    perhubungan antara kedua negara

    Di antara ketiga patukan ini, patukan

    ketiga

    dalam mempertimbangkan untung

    rugi antara kedua-duanya.

    perhubungan antara kedua-dua

    negara

    Antara ketiga-tiga patukan ini, patukan

    ketiga

    v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti

    mereka, kita dan nya. Contohnya:

    1. Antara kita, jauh berbeza.

    2. Antara mereka, banyak persamaannya.

    3. Antaranya, kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan

    4. Malah ramai antara mereka yang terkenal sebagai pengkritik sosial

    vi) Kata sendi nama antara dan frasa sendi nama di antara boleh membentuk frasa

    sendi nama berpasangan. Kata yang menjadi pasangannya ialah kata sendi nama dengan

    bukan kata hubung dan. Contohnya:

    24

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    28/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    di antara calon dan penemu

    duga

    di antara Muar dan Batu

    Pahat.

    menghasilkan manfaat yang

    bersalingan antara perkembangan

    teknologi dan kemantapan

    bahasa

    antara calon dengan penemu

    duga

    di antara Muar dengan Batu

    Pahat.

    menghasilkan manfaat yang

    bersalingan antara perkembangan

    teknologi dengan kemantapan

    bahasa

    Kata hubung dan hanya dapat digunakan apabila kata sendi nama antara diikuti

    oleh lebih daripada dua frasa. Contohnya:

    1. antara Hasnah, Rabitah dan Mariah

    2. antara irama, lagu dan mutu persembahan

    3. pertemuan khas antara Jabatan Bahasa, Pusat Dokumentasi dan

    Jabatan Penerbitan.

    viii) Kata sendi namaantara

    boleh digandingkan dengan kata sendi namahingga

    untuk menunjukkan lingkungan (tentang jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya).

    Contohnya:

    1. antara 10 kilometer hingga 15 kilometer.

    2. antara 20% hingga 50%.

    3. antara 8 kilogram hingga 10 kilogram.

    4. antara akhir tahun tersebut hingga tarikh laporan ini.

    5. antara pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

    6. antara lain

    7. .... antara satu dengan yang lain

    8. antara satu sama lain

    25

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    29/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Bahagian 5

    Kesilapan penggunaan di dan ke

    engguna sering terkeliru antara penggunaan di dan ke sebagai kata sendi dengan di

    dan ke sebagai imbuhan. Kedua-dua bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan

    ejaannya. Perbezaan itu dapat kita lihat dengan penjelasan yang berikut:

    Pi) Kata sendi nama di

    Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang

    menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang

    mengikutinya. Contohnya:

    SALAH BETUL

    diangkasa

    diantara

    diatas

    dibarat

    dibawah

    didalam

    diJohor

    diMalaysia

    dilaut

    dimana

    dinegeri

    di angkasa

    di antara

    di atas

    di barat

    di bawah

    di dalam

    di Johor

    di Malaysia

    di laut

    di mana

    di negeri

    26

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    30/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    dipantai

    diruangdirumah

    disana

    disini

    ditanah

    ditangga

    ditengah

    ditepi

    diudara

    di pantai

    di ruangdi rumah

    di sana

    di sini

    di tanah

    di tangga

    di tengah

    di tepi

    di udara

    Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama

    yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contohnya:

    SALAH BETUL

    di abad ke-20

    di hari cuti

    di saat ini

    di suatu masa

    di tahun ini

    di waktu itu

    di zaman ini

    pada abad ke-20

    pada hari cuti

    pada saat ini

    pada suatu masa

    pada tahun ini

    pada waktu itu

    pada zaman ini

    27

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    31/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    ii) Kata sendi nama ke

    Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan

    tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah daripada frasa nama atau kata nama yang

    mengikutinya. Contohnya:

    a) Menunjukkan tempat atau arah

    1. Dia melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan.

    2. Mereka pergi ke Kuala Kedah.

    3. Pelajar itu pergi ke sekolah beramai-ramai.

    4. Pengembara itu meneruskan perjalanannya ke arah timur.

    5. Penyelam itu terjun ke dalam sungai.

    b) Menunjukkan waktu atau masa

    1. Anak kecil itu menunggu ayahnya di hadapan pintu hingga ke petang.

    2. Dia asyik termenung dari sehari ke sehari.

    3. Pengurus syarikat itu sentiasa menilai prestasi pekerjanya dari semasa ke

    semasa.

    4. Perempuan itu berada di sisi suaminya hingga ke saat terakhir.

    5. Tradisi itu masih kekal hingga ke zaman sekarang.

    iii. Imbuhan Awalan di- dan ke-

    Seperti imbuhan yang lain, awalan di- dan ke- hendaklah dieja serangkai dengan

    kata yang menerimanya.

    a) Awalan di-

    Awalan di- membentuk kata kerja, iaitu kata kerja pasif diri ketiga. Contohnya:

    28

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    32/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    di basahi

    di bukukandi campak

    di catat

    di apit

    di curi

    di catu

    di hukum

    di isi

    di laporkan

    di patuhi

    di peralat

    di peristeri

    di perluas

    di peroleh

    di persembahkan

    di pertingkatkan

    di rakam

    di sapu

    di tapis

    di yakini

    dibasahi

    dibukukandicampak

    dicatat

    diapit

    dicuri

    dicatu

    dihukum

    diisi

    dilaporkan

    dipatuhi

    diperalat

    diperisteri

    diperluas

    diperoleh

    dipersembahkan

    dipertingkatkan

    dirakam

    disapu

    ditapis

    diyakini

    29

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    33/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    b) Awalan ke-

    Awalan ke- bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan tertentu.

    Contohnya:

    SALAH BETUL

    ke hendak

    ke luar pintu

    ke rangka

    ke semua masalah

    ke tua kampung

    kekasih

    kehendak

    keluar pintu

    kerangka

    kesemua masalah

    ketua kampung

    kekasih

    Awalan ke- apabila diimbuhkan pada kata bilangan dan dieja sepenuhnya hendaklah

    diserangkaikan pada kata yang mengikutinya dan, jika melebihi satu perkataan, pada kata

    yang pertama mengikutinya, tetapi apabila diimbuhkan pada angka Arab hendaklah

    disisipi dengan tanda sempang manakala, jika diimbuhkan pada angka Roman, tinggal

    lafaznya sahaja. Contohnya:

    SALAH BETUL

    ke tiga

    ke sepuluh

    ke dua puluh

    ke lima puluh dua

    ke 4/ke4

    ke 13/ke13

    ke IV/keIV

    ke XV/keXV

    ketiga

    kesepuluh

    kedua puluh

    kelima puluh dua

    ke-4

    ke-13

    IV

    XV

    30

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    34/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Bahagian 6

    Kesilapan penggunaan dari dan daripada

    engguna sering beranggapan bahawa dari dan daripada sebagai sama dan boleh

    bersaling ganti penggunaannya. Kata sendi nama dari dan daripada mempunyai

    pengertian yang berbeza dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:Pi) Kata sendi nama dari

    Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan

    arah, tempat, waktu atau masa.

    a) Contoh yang menyatakan tempat atau arah:

    1. Awak datang dari mana?

    2. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi.

    3. Lori itu datang dari arah kiri.

    4. Mereka baru sampai dari Kuching.

    5. Saya datang dari kampung.

    b) Contoh yang menyatakan waktu atau masa:

    1. Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.

    2. Kerajaan itu terkenal sejakdari kurun ke-18.

    3. Perangainya masih tidak berubah-ubah dari dahulu hingga sekarang.

    4. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi.

    5. Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa.

    Yang berikut merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama dari:

    31

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    35/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    bermula daripada bulan Mac

    bermula daripada tarikh itu

    daripada bandar ke desa

    daripada hadapan

    daripada kiri ke kanan

    daripada pukul tiga petang

    daripada saat ini

    daripadasawah turun ke kali

    daripada sebulan ke sebulan

    daripada waktu subuh

    datang daripada mana?

    datang daripada pejabat tanah

    datang daripada utara

    diadakan daripada pukul lapan

    dibuat daripada segi ekonomi

    dikuis daripada penjuru padang

    merantau daripada Pahang

    bermula dari bulan Mac

    bermula dari tarikh itu

    dari bandar ke desa

    dari hadapan

    dari kiri ke kanan

    dari pukul tiga petang

    dari saat ini

    darisawah turun ke kali

    dari sebulan ke sebulan

    dari waktu subuh

    datang dari mana?

    datang dari pejabat tanah

    datang dari utara

    diadakan dari pukul lapan

    dibuat dari segi ekonomi

    dikuis dari penjuru padang

    merantau dari Pahang

    32

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    36/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    sejakdaripada kurun ke-17

    sejakdaripada zaman dahulu

    sejakdari kurun ke-17

    sejakdari zaman dahulu

    Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa naam yang

    menyatakan perkara berikut:

    Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur mujarad

    (abstrak);

    Sumber atau asal kejadian sesuatu benda;

    Perbezaan atau perbandingan; dan

    Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau

    perbandingan.

    a) Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan benda dan unsur

    mujarad

    1. Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya.2. Cadangan daripada persatuan telah kami terima.

    3. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah.

    4. Encik Karim baru sahaja menerima arahan daripada ketuanya.

    5. Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada pihak kerajaan.

    b) Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda

    1. Ahli persatuan itu terdiri daripada pelajar sekolah.

    2. Air terdiri daripada gabungan hidrogen dan nitrogen.

    3. Benang berasal daripada kapas.

    4. Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya.

    33

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    37/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    5. Saya bersedia untuk meminta maaf sekiranya kesilapan itu berpunca

    daripada saya.

    c) Menyatakan sebahagian daripada semua

    1. Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

    2. Kami tiba lewat daripada mereka.

    3. Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.

    4. Sebilangan besar daripada pekerja tidak bersetuju dengan peraturan baru

    syarikat.

    5. Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap.

    d) Menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan

    1. Ali lebih tinggi daripada Ahmad.

    2. Kami tiba lewat daripada mereka.

    3. Membaca buku ilmiah lebih baikdaripada membaca majalah hiburan.

    4. Pendapat yang dikemukakannya jauh lebih matang daripada usianya

    yang sebenar.

    5. Perangainya lain daripada yang lain.

    Yang berikut merupakan contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama daripada:

    SALAH BETUL

    berbeza dari buku itu

    berlainan dari abangnya

    dari anaknya

    dari cempedak baiklah nangka

    berbeza daripada buku itu

    berlainan daripada abangnya

    daripada anaknya

    daripada cempedak baiklah nangka

    34

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    38/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    dari dara baiklah janda

    dari kakak lebih baik adiknyadari ketuanya

    dari lemak lembu

    dari lembu kita mendapat susu

    dari madu lebah

    dari orang itu

    dari teruna baiklah duda

    diperbuat dari kapas

    hasil dari ketekunannya

    ilham dari lukisan itu

    kata putus darinya

    lebih baik dari orang ini

    lebih lembut dari kain itu

    naik dari RM9.00 kepada RM10.00

    teladan dari kisah yang lalu

    daripada dara baiklah janda

    daripada kakak lebih baik adiknyadaripada ketuanya

    daripada lemak lembu

    daripada lembu kita mendapat susu

    daripada madu lebah

    daripada orang itu

    daripada teruna baiklah duda

    diperbuat daripada kapas

    hasil daripada ketekunannya

    ilham daripada lukisan itu

    kata putus daripadanya

    lebih baikdaripada orang ini

    lebih lembut daripada kain itu

    naikdaripada RM9.00 kepada

    RM10.00

    teladan daripada kisah yang lalu

    Nota: Kata sendi nama daripada hanya boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa

    kerja dan kata adjektif atau frasa adjektif apabila digunakan untuk menyatakan

    perbezaan atau perbandingan. Contohnya:

    35

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    39/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    a) Lebih baik menjawab salah daripada tidak menjawab langsung.

    b) Aku lebih sanggup menentang sikap Zali daripada meninggalkan Norlina

    seorang di sini.c) Daripada duduk sahaja di rumah lebih baiklah beramal ibadat,

    membersihkan kawasan masjid dan lain-lain.

    d) Apakah yang lebih baikdaripada bijaksana dan sabar? Kinto bercakap

    dengan kuat seperti ditujukan kepada seseorang.

    36

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    40/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Bahagian 7

    Kesilapan Penggunaan untukatau bagi

    Kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untukmenyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya:

    SALAH BETUL

    Bagi siapakah hadiah ini?

    Bagi siapakah makanan ini?

    Bagi siapakah pinggan mangkuk ini?

    Bagi siapakah televisyen ini?

    Cincin ini bagimu.

    Dia membeli buah tangan bagi Jenny.

    Dia membeli kasut bagi Norida.

    Dia membeli rantai emas bagi Salma.

    Jam ini bagi Azian.

    Kain sutera ini bagi ibu.

    Untuk siapakah hadiah ini?

    Untuk siapakah makanan ini?

    Untuk siapakah pinggan mangkuk ini?

    Untuk siapakah televisyen ini?

    Cincin ini untukmu.

    Dia membeli buah tangan untuk Jenny.

    Dia membeli kasut untuk Norida.

    Dia membeli rantai emas untuk Salma.

    Jam ini untuk Azian.

    Kain sutera ini untuk ibu.

    37

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    41/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    Kereta besar itu bagi Zariha.

    Komputer peribadi ini bagi Fairuz.

    Novel ini bagi Aini.

    Pemain cakera ini bagi Sahariah.

    Periuk nasi ini bagi Kim Lee.

    Rumah banglo dua tingkat itu bagi ibu.

    Sawah padi itu bagi anak-anaknya.

    Tanah kebun yang luas itu bagi kami.

    Kereta besar itu untuk Zariha.

    Komputer peribadi ini untuk Fairuz.

    Novel ini untuk Aini.

    Pemain cakera ini untuk Sahariah.

    Periuk nasi ini untuk Kim Lee.

    Rumah banglo dua tingakt itu untuk

    ibu.

    Sawah padi itu untuk anak-anaknya.

    Tanah kebun yang luas itu untuk

    kami.

    Kata sendi nama untuk boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika

    digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan

    kegunaan sesuatu. Contohnya:

    1. Dewan makan untuk/bagi mahasiswa universiti itu sedang dibina.

    2. Perancangan aktiviti untuk/bagi tahun hadapan bagi/untuk kelab itu

    sedang dibincangkan.

    3. Kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.

    38

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    42/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Bahagian 8

    Kesilapan Mengeja Kata dengan k dan kk

    esilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan antara imbuhan

    kan dan meNkan dengan imbuhan an, peN an dan ke--an akibat pengaruh

    sebutan. Imbuhan kan dan an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar

    yang berakhir dengan konsonan k.

    K

    i) Contoh kesilapan mengeja kata dengan dua k/(kk) pada kata yang sepatutnya

    dengan satu k/(k)

    SALAH BETUL

    kebanyakkan

    keburukkan

    kecantikkan

    kedudukkan

    kemasukkan

    kemudahbaikkan

    kenaikkan

    kependekkan

    kependudukkan

    kerancakkan

    keretakkan

    kebanyakan

    keburukan

    kecantikan

    kedudukan

    kemasukan

    kemudahbaikan

    kenaikan

    kependekan

    kependudukan

    kerancakan

    keretakan

    39

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    43/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    kerosakkan

    ketidakmasukkanpeletakkan

    pembaikkan

    pengelompokkan

    percetakkan

    pergolakkan

    pertunjukkan

    peruntukkan

    kerosakan

    ketidakmasukanpeletakan

    pembaikan

    pengelompokan

    percetakan

    pengolakan

    pertunjukan

    peruntukan

    ii) Contoh kesilapan mengeja kata dengan satu k/(k) pada kata yang sepatutnya

    dengan dua k/(kk)

    SALAH BETUL

    meletakan

    memasukan

    membalikan

    membanyakan

    membelokan

    membotakan

    memburukan

    memendekan

    memperuntukan

    meletakkan

    memasukkan

    membalikkan

    membanyakkan

    membelokkan

    membotakkan

    memburukkan

    memendekkan

    memperuntukkan

    40

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    44/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    menaikan

    menampakanmencampakan

    mencantikan

    menggalakan

    menggerakan

    mengoyakan

    menunjukan

    menyesakan

    meretakan

    merosakan

    menaikkan

    menampakkanmencampakkan

    mencantikkan

    menggalakkan

    menggerakkan

    mengoyakkan

    menunjukkan

    menyesakkan

    meretakkan

    merosakkan

    41

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    45/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Bahagian 9

    Kesilapan Penggunaan sekali, sungguh, paling dan teR-

    erbandingan dapat dinyatakan dengan kata adjektif dan terbahagi kepada tiga, iaitu

    darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan.Pi) Darjah biasa

    1. Hidup keluarga itu sederhana sahaja.

    2. Laut tenang ketika waktu pagi.

    3. Malam ini bulan terang.

    4.Perangai pemuda itu baik.

    5. Tubuh budak itu kurus.

    ii) Darjah bandingan

    Darjah bandingan digunakan dalam dua bentuk sama ada darjah bandingan

    yang sama atau darjah bandingan yang berbeza.

    a) Darjah bandingan yang sama

    Darjah bandingan ini menggunakan kata adjektif dengan awalan se-.

    Contohnya:

    1. Air sirap itu semanis gula.

    2. Anak saya tidaksetinggi anaknya.

    3. Fatimah tidaksepandai kakaknya.

    4. Gadis itu secantik puteri raja.

    5. Masakannya tidaksesedap masakan ibu saya.

    6.

    Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.

    Nota: Awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan kata sama.

    42

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    46/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Contohnya:

    sebesar = sama besar

    secantik = sama cantik

    semanis = sama manissepandai = sama pandai

    sesedap = sama sedap

    setinggi = sama tinggi

    b) Darjah bandingan yang berbeza

    Darjah bandingan ini menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang

    berfungsi sebagai bandingan. Contohnya:

    1. Anaknya lebih gemuk daripada anak jirannya.

    2. Bunga ini lebih harum daripada bunga itu.

    3. Gadis itu kurang cantik daripada kawannya.

    4. Kami kalah kerana kami kurang cekap daripada pasukan lawan.

    5. Kedai itu kurang maju daripada kedai di sebelahnya.

    6. Rambut saya lebih panjang daripada rambutnya.

    iii) Darjah penghabisan

    Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat

    dilakukan dengan cara yang berikut:

    a) se + kata adjektif + gandaan + kata nama

    1. Dialah sebaik-baik sahabat yang pernah kukenali.

    2. Secantik-cantik bunga segar, jika tidak disiram, layu juga

    akhirnya.

    3. Sekeras-keras batu, tidak sekeras hatinya yang degil itu.

    4. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah.

    5. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi impian saya.

    43

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    47/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    b) ter + kata adjektif

    1. Antara kami berempat, dia yang tertinggi.

    2. Dialah pelajar yang terpandai di sekolah kami.

    3. Gadis itu antara yang tercantik di kampungya.

    4. Inilah pemandangan yang terindah yang sempat saya rakam.

    5. Markah peperiksaan kali ini adalah yang terbaik yang pernah saya

    peroleh.

    6. Tokoh termasyhur itu meninggal dunia semalam.

    c) paling + kata adjektif

    1. Antara adik-beradiknya, dialah yang paling cerdik.

    2. Bagi saya, masakan ibulah yang paling lazat.

    3. Dialah yang paling pandai dalam mata pelajaran matematik.

    4. Kita mesti mencari cara yang paling baik untuk menyelesaikan

    masalah tersebut.

    5. Menara itu paling tinggi di negara tersebut.

    6. Pokok yang paling besar itu telah tumbang semalam.

    d) kata adjektif + sekali

    1. Ahmad pandai sekali.

    2. Besar sekali rumah di atas bukit itu.

    3. Cerdik sekali adik awak yang kecil itu.

    4. Guru bahasa Melayu saya baik sekali.

    5. Lazat sekali makanan yang saya makan tadi.

    6. Pemain bola keranjang itu tinggi sekali.

    44

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    48/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    e) ter + amat, sangat + kata adjektif

    1. Bangunan itu tersangat tinggi.

    2. Di dalam kelas, dialah yang teramat pandai.

    3.

    Dia tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.4. Inilah makanan yang tersangat lazat yang pernah saya makan.

    5. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.

    6. Puteri raja itu teramat cantik.

    f) amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali

    1. Mereka amat cergas sekali

    2. Dia amat pandai sekali

    3. Bangunan itu amat tinggi sekali

    4. Salmah sangat baik sekali

    5. Suaranya sangat merdu sekali

    6. Rupanya sungguh cantik sekali

    7. Ramu sungguh cergas sekali

    ii) Kata penguat seperti amat, sungguh dan sangat terbahagi kepada tiga, iaitu kata

    penguat bebas, kata penguat hadapan dan kata penguat belakang.

    a) Kata penguat bebas

    Kata penguat ini boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

    Contohnya:

    1a. Pakaian seragam pasukan ituamat kemas.

    1b. Pakaian seragam pasukan itu kemasamat.

    45

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    49/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    2a. Pemandangan di tepi pantai itusangat indah.

    2b. Pemandangan di tepi pantai itu indahsangat.

    3a. Tiupan angin pada waktu petangsungguh nyaman.

    3b. Tiupan angin pada waktu petang nyamansungguh.

    b) Kata penguat hadapan.

    Kata penguat ini terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya:

    1. Harga batu permata itupaling mahal.

    2. Pokok di belakang rumah sayaterlalu tinggi.

    3. Sungai ituagak dalam.

    c) Kata penguat belakang

    1. Indah nian puteri bunian.

    2. Keputusan peperiksaannya kali ini baiksekali.

    3. Lambatbenar bas itu sampai.

    iii. Kesilapan penggunaan teR-,sekali dan paling

    Dalam bahasa Melayu, imbuhan teR- dan kata penguat sekali dan paling sudah

    menunjukkan darjah penghabisan. Oleh itu, suatu kata adjektif itu hanya boleh

    menggunakan teR- atau sekali atau paling. Kedua-dua atau ketiga-tiganya tidak

    boleh digunakan serentak. Misalnya, apabila suatu kata adjektif itu telah

    menggunakan imbuhan teR-, maka kata penguat sekali dan paling tidak perlu lagi.

    Begitu juga sebaliknya. Contohnya:

    46

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    50/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    paling terbaiksekali

    paling terbaik

    paling tercantiksekali

    paling tercantik

    paling termasyhur

    paling masyhur sekali

    paling terpandai sekali

    terindah sekali

    terpandai sekali

    tertinggi sekali

    terendah sekali

    baiksekali

    paling baik

    cantiksekali

    paling cantik

    paling masyhur

    masyhur sekali

    pandai sekali

    terindah

    terpandai

    tertinggi

    terendah

    47

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    51/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Bahagian 10

    Kesilapan Penggunaan Kata Nafi bukan atau tidak

    i) Kesilapan penggunaan kata nafi tidak

    Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif.

    Contohnya:

    SALAH BETUL

    bukan berjaya

    bukan bertunangbukan berusaha

    bukan besar

    bukan hidup

    bukan kaya

    bukan kecil

    bukan manis

    bukan mati

    bukan melanggar

    bukan membawa

    bukan menangkap

    bukan mengantuk

    bukan miskin

    tidak berjaya

    tidak bertunangtidak berusaha

    tidak besar

    tidak hidup

    tidak kaya

    tidak kecil

    tidak manis

    tidak mati

    tidak melanggar

    tidak membawa

    tidak menangkap

    tidak mengantuk

    tidak miskin

    48

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    52/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    bukan muda

    bukan pandaibukan pergi

    bukan rendah

    bukan tinggal

    bukan tinggi

    bukan tua

    tidak muda

    tidak pandaitidak pergi

    tidak rendah

    tidak tinggal

    tidak tinggi

    tidak tua

    ii) Kesilapan penggunaan kata nafi bukan

    Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama.

    Contohnya:

    SALAH BETUL

    tidak dari Kuantan

    tidak di desa

    tidak di Subang

    tidak doktor

    tidak emak mertua

    tidak gas

    tidak kakak

    tidak Kassim

    tidak ke Ipoh

    bukan dari Kuantan

    bukan di desa

    bukan di Subang

    bukan doktor

    bukan emak mertua

    bukan gas

    bukan kakak

    bukan Kassim

    bukan ke Ipoh

    49

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    53/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    SALAH BETUL

    tidak kerajaan

    tidak ketua kampungtidak lembu

    tidak mahasiswa

    tidak oleh ibu

    tidak pelajar

    tidak tangan

    tidak tentang masakan

    tidak tentang Perdana Menteri

    tidak untuk kekasih

    tidak untuk wanita

    bukan kerajaan

    bukan ketua kampungbukan lembu

    bukan mahasiswa

    bukan oleh ibu

    bukan pelajar

    bukan tangan

    bukan tentang masakan

    bukan tentang Perdana Menteri

    bukan untuk kekasih

    bukan untuk wanita

    Nota: Kata nafi bukan hanya boleh digunakan di hadapan frasa kerja dan

    frasa adjektif apabila digunakan untuk mendukung maksud

    pertentangan maklumat. Contohnya:

    1. Ulasannya bukan bertujuan untuk menghina penulis berkenaan, tetapi

    sekadar memberi pandangan peribadi. (frasa kerja)

    2. Dia bukan hendak bekerja tetapi hendak bermain sahaja. (frasa kerja)

    3. Dia bukan sahaja cantik, malah pintar juga. (frasa adjektif)

    4. Program latih tubi bukan bertujuan untuk mendera peserta tetapi untuk

    menerapkan disiplin dan ilmu yang dipelajari. (frasa adjektif)

    50

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    54/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    KETUA PENGARAH

    DATO HAJI A. AZIZ BIN DERAMAN

    PENGARAH JABATAN BAHASA

    DR. HAJI AWANG BIN SARIYAN

    KETUA BAHAGIAN PENGEMBANGAN BAHASA SEKTOR AWAM

    HAJAH ZAITON BINTI AB. RAHMAN

    PENYUSUN

    ABDULLAH BIN MARJUNIDAZIZAH BINTI AHMAD

    AHMAD FAZLY BIN SAHAR

    Khidmat Nasihat Bahasa boleh dihubungi melalui:

    Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam,Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

    Tel.: 03 - 21481960, 21485887 atau 21481011

    Faks.: 03 21422029 atau 21445727

    Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Swasta,Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa,

    50460 Kuala Lumpur.

    Tel.: 03 21485905 atau 21481011

    Faks.: 03 21422029

    Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah,Beg Berkunci 149,

    88999 Kota Kinabalu, Sabah.

    Tel.: 088 439314 atau 439316

    Faks.: 088 439732

    51

  • 8/4/2019 Pedoman Bahasa 2005

    55/55

    Koleksi Pedoman Bahasa Bil.1

    Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak,Peti Surat 1390, 93728 Kuching, Sarawak.

    Tel.: 082 444711 atau 444712

    Faks.: 082 444707

    Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan,

    No. 1 & 3, Jalan Susur Dewata 1,

    Larkin Perdana,80350 Johor Bahru, Johor.

    Tel.: 07 7475656 atau 7472020

    Faks.: 07 - 2358686

    Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur,Lot PT 107 109, Seksyen 26,

    Jalan Abdul Kadir Adabi,

    15200 Kota Bharu, Kelantan.

    Tel.: 09 7475656 atau 7472020

    Faks.: 09 7475252

    Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara,No. 31, Lorong P.S.2, Bandar Perda,

    14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

    Tel.: 04 6211011 atau 6211012

    Faks.: 04 - 6211013