polisi tugas juru x-ray mri - ppukm.ukm.my berlaku sebarang kecemasan kakitangan telah bersedia dan...

3
LAMPIRAN 4 UNIT MRI JABATAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA POLISI TUGAS JURU X-RAY MRI 1. Mesin MRI hendaklah dihidupkan (switch on) pada pukul 8.00 pagi. 2. Kakitangan bertugas hendaklah memastikan bilik MRI dalam keadaan baik dan bersih. 3. Kakitangan bertugas hendaklah memastikan bilik persalinan mempunyai gaun pesakit yang cukup dan bersih. 4. Kakitangan bertugas hendaklah memastikan semua peralatan di meja persediaan pesakit adalah lengkap. 5. Kakitangan bertugas perlulah bersedia sebelum memulakan tugas setiap pagi iaitu menyimpan semua barang peribadi yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik pemeriksaan MRI di dalam loker yang telah disediakan. Ini adalah untuk memastikan jika berlaku sebarang kecemasan kakitangan telah bersedia dan cepat membuat tindakan untuk menyelamatkan keadaan. 6. Kakitangan bertugas hendaklah memastikan pintu bilik pemeriksaan sentiasa ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. PERSEDIAAN PESAKIT SEBELUM PEMERIKSAAN 1. Kakitangan hendaklah memastikan borang pemeriksaan bersama dengan borang senarai semak yang lengkap diterima di kaunter Unit MRI. 2. Proses pendaftaran borang permohonan dilakukan sebelum pemeriksaan. 3. Bagi pesakit yang berkerusi roda, proses pertukaran kerusi roda pesakit kepada kerusi roda mesra MRI hendaklah dilakukan di kawasan zon 1 sahaja (ruang menunggu pesakit). Adalah dilarang membawa kerusi roda bukan mesra MRI ke dalam zon 2, 3 dan 4. 4. Bagi pesakit yang bertroli, proses pertukaran troli pesakit kepada troli mesra MRI hendaklah dilakukan di Zon 2 sahaja (kawasan pemulihan pesakit). Adalah dilarang membawa troli pesakit yang bukan mesra MRI ke dalam zon 3 dan 4. 5. Juru X-Ray bertugas hendaklan membuat saringan kepada pesakit sebelum pemeriksaan MRI dijalankan untuk memastikan mereka bebas sepenuhnya daripada sebarang bahan logam atau implan di dalam badan berpandukan kepada borang senarai semak yang dilampirkan. 6. Borang senarai semak tersebut perlu dilengkapkan oleh Juru X-Ray bertugas untuk memastikan segala maklumat pesakit adalah betul dan pesakit selamat untuk menjalani pemeriksaan MRI. Borang senarai semak yang lengkap diisi perlu disimpan di dalam fail sebagai rujukan.

Upload: trantuyen

Post on 07-Mar-2018

253 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: POLISI TUGAS JURU X-RAY MRI - ppukm.ukm.my berlaku sebarang kecemasan kakitangan telah bersedia dan cepat membuat tindakan ... membawa troli pesakit yang bukan mesra MRI ke dalam zon

LAMPIRAN 4

UNIT MRI

JABATAN PERKHIDMATAN RADIOLOGI

HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

POLISI TUGAS JURU X-RAY MRI

1. Mesin MRI hendaklah dihidupkan (switch on) pada pukul 8.00 pagi.

2. Kakitangan bertugas hendaklah memastikan bilik MRI dalam keadaan baik dan bersih.

3. Kakitangan bertugas hendaklah memastikan bilik persalinan mempunyai gaun pesakit

yang cukup dan bersih.

4. Kakitangan bertugas hendaklah memastikan semua peralatan di meja persediaan

pesakit adalah lengkap.

5. Kakitangan bertugas perlulah bersedia sebelum memulakan tugas setiap pagi iaitu

menyimpan semua barang peribadi yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik

pemeriksaan MRI di dalam loker yang telah disediakan. Ini adalah untuk memastikan

jika berlaku sebarang kecemasan kakitangan telah bersedia dan cepat membuat

tindakan untuk menyelamatkan keadaan.

6. Kakitangan bertugas hendaklah memastikan pintu bilik pemeriksaan sentiasa ditutup

bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

PERSEDIAAN PESAKIT SEBELUM PEMERIKSAAN

1. Kakitangan hendaklah memastikan borang pemeriksaan bersama dengan borang

senarai semak yang lengkap diterima di kaunter Unit MRI.

2. Proses pendaftaran borang permohonan dilakukan sebelum pemeriksaan.

3. Bagi pesakit yang berkerusi roda, proses pertukaran kerusi roda pesakit kepada

kerusi roda mesra MRI hendaklah dilakukan di kawasan zon 1 sahaja (ruang

menunggu pesakit). Adalah dilarang membawa kerusi roda bukan mesra MRI ke

dalam zon 2, 3 dan 4.

4. Bagi pesakit yang bertroli, proses pertukaran troli pesakit kepada troli mesra MRI

hendaklah dilakukan di Zon 2 sahaja (kawasan pemulihan pesakit). Adalah dilarang

membawa troli pesakit yang bukan mesra MRI ke dalam zon 3 dan 4.

5. Juru X-Ray bertugas hendaklan membuat saringan kepada pesakit sebelum

pemeriksaan MRI dijalankan untuk memastikan mereka bebas sepenuhnya daripada

sebarang bahan logam atau implan di dalam badan berpandukan kepada borang

senarai semak yang dilampirkan.

6. Borang senarai semak tersebut perlu dilengkapkan oleh Juru X-Ray bertugas untuk

memastikan segala maklumat pesakit adalah betul dan pesakit selamat untuk

menjalani pemeriksaan MRI. Borang senarai semak yang lengkap diisi perlu disimpan

di dalam fail sebagai rujukan.

Page 2: POLISI TUGAS JURU X-RAY MRI - ppukm.ukm.my berlaku sebarang kecemasan kakitangan telah bersedia dan cepat membuat tindakan ... membawa troli pesakit yang bukan mesra MRI ke dalam zon

7. Juru X-Ray hendaklah memastikan pesakit tidak membawa barang-barang logam ke

dalam bilik pemeriksaan dan dinasihatkan menyimpan di dalam loker pesakit yang

disediakan.

8. Pesakit dari wad juga perlu dipastikan bebas dari sebarang implan atau peralatan

aksesori wad. Sekiranya terdapat kemuskilan berkaitan aksesori Juru X-Ray

hendaklah merujuk kepada Pakar Radiologi dan Pegawai Perubatan yang bertugas.

9. Di antara barang-barang yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik pemeriksaan

MRI ialah:-

i. Gigi palsu.

ii. Klip rambut.

iii. Rambut palsu.

iv. Beg duit.

v. Jam tangan.

vi. Telefon bimbit.

vii. Kunci.

viii. Barang kemas.

ix. Barang-barang yang dibuat daripada logam / kepala tali pinggang.

x. Kad kredit

10. Pesakit di minta membuang air kecil dan menukar pakaian kepada gaun hospital

sebelum pemeriksaan dijalankan.

11. Semua pesakit hendaklah disaring menggunakan alat pengesan logam (metal

detector) untuk memastikan pesakit benar-benar selamat memasuki bilik pemeriksaan

MRI.

12. Setelah semuanya didapati selamat, maka pemeriksaan MRI boleh dijalankan dengan

pengawasan rapi oleh Juru X-Ray dan Pegawai Perubatan yang bertugas.

SEMASA PEMERIKSAAN MRI

1. Juru X-Ray akan memberi penerangan tentang pemeriksaan yang akan dijalankan.

2. Pesakit akan diposisikan mengikut pemeriksaan yang dijalankan.

3. Juru X-Ray akan memberi penerangan tentang pengunaan butang kecemasan.

4. Pesakit akan dipantau sepanjang pemeriksaan melalui monitor dan alat perhubungan

antara pesakit.

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau kebakaran, Pegawai Perubatan dan Juru X-

Ray yang bertugas adalah bertanggungjawab untuk mengeluarkan pesakit daripada bilik

pemeriksaan MRI dengan segera dan selamat.

SELEPAS PEMERIKSAAN MRI

1. Setelah selesai pemeriksaan, Pegawai Perubatan dan Juru X-Ray hendaklah

memastikan pesakit berada di dalam keadaan baik dan branula ditanggalkan sebelum

dibenarkan pulang.

Page 3: POLISI TUGAS JURU X-RAY MRI - ppukm.ukm.my berlaku sebarang kecemasan kakitangan telah bersedia dan cepat membuat tindakan ... membawa troli pesakit yang bukan mesra MRI ke dalam zon

2. Jika berlaku sebarang masalah kesihatan akibat daripada pemberian ubat atau media

kontras, pesakit disarankan untuk merujuk terus ke Jabatan Kecemasan hospital

berhampiran.

3. Kakitangan yang bertugas perlu memastikan pintu setiap bilik pemeriksaan MRI (zon

4) dan pintu masuk ke bilik MRI 1 dan MRI 2 hendaklah dikunci selepas selesai

bertugas.

Tarikh kuatkuasa 2 Mei 2012

Semakan pada: 21 Mei 2015

Disahkan oleh:

PROFESOR DR. HAMZAINI ABDUL HAMID Pakar Perunding Radiologi & Ketua Jabatan Jabatan Radiologi PPUKM.