laporan latihan industri - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan...

11
0 FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK SEMESTER 6, SESI 2016/2017 LAPORAN LATIHAN INDUSTRI NAMA NOR ALIA BINTI AHMAD SIRAJ NO MATRIK 180586 KURSUS B. Sc. (PEMAKANAN DAN KESIHATAN KOMUNITI) AGENSI JABATAN KESIHATAN MASYARAKAT, (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA) TARIKH HANTAR 11 SEPTEMBER 2017

Upload: ngodiep

Post on 04-Jun-2018

402 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

0

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

JABATAN PEMAKANAN DAN DIETETIK

SEMESTER 6, SESI 2016/2017

LAPORAN LATIHAN

INDUSTRI

NAMA NOR ALIA BINTI AHMAD SIRAJ

NO MATRIK 180586

KURSUS B. Sc. (PEMAKANAN DAN KESIHATAN KOMUNITI)

AGENSI JABATAN KESIHATAN MASYARAKAT,

(PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN

MALAYSIA)

TARIKH HANTAR 11 SEPTEMBER 2017

Page 2: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

1

1 PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Hadrat Ilahi kerana saya telah menamatkan 11 minggu latihan industri di

Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sepanjang berada di JKM, saya didedahkan dengan pelbagai ilmu dan juga pengalaman kerja

yang amat berguna dan berharga yang boleh digunakan pada masa hadapan. Saya juga dapat

memperbaiki diri dari segi tingkah laku, personaliti, disiplin diri dan juga kemahiran insaniah

sepanjang tempoh latihan industri.

Justeru, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada penyelaras latihan

industri di JKM iaitu En Mohd Rizam bin Abdul Rahman dan Prof Zaleha binti Md Isa kerana

memberikan saya peluang untuk menjalani latihan industri di JKM. Tidak lupa juga, jutaan

terima kasih buat penyelia-penyelia latihan industri yang lain iaitu En Khairul Hazdi bin Yusof,

En Sazman bin Wahab, En Muhamad Khaidir bin Ismail dan juga staf-staf JKM yang telah

memberikan banyak bimbingan dan nasihat yang berguna sepanjang tempoh latihan industri.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelaras latihan industri di

Universiti Putra Malaysia iaitu Dr. Loh Su Peng kerana telah memberikan panduan dan

membantu dalam memastikan para pelajar mendapat tempat untuk menjalankan latihan industri.

Akhir kata, terima kasih juga diucapkan kepada kedua ibu bapa dan keluarga kerana telah

memberikan sokongan dari segi moral dan juga kewangan sepanjang tempoh latihan industri.

Gambar bersama penyelaras dan penyelia latihan Industri di

Jabatan Kesihatan Masyarakat, PPUKM.

Page 3: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

2

2 PENDAHULUAN DAN LATAR BELAKANG JABATAN KESIHATAN

MASYARAKAT, PPUKM

Jabatan Kesihatan Masyarakat merupakan salah satu jabatan yang berada di bawah Fakulti

Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1972. Pada tahun

2017, jabatan ini telah berkembang dengan adanya pertambahan unit dimana kepakaran ini dapat

meningkatkan kualiti kesihatan masyarakat. Terdapat seramai 22 orang pensyarah, 21 orang

kakitangan sokongan yang berkhidmat di dalam jabatan sehingga kini.

Empat unit yang berada di bawah Jabatan Kesihatan Masyarakat adalah: 1) Epidimiologi

& Statistik; 2) Kesihatan Pekerjaan; 3) Kesihatan Persekitaran dan 4) Kesihatan Keluarga dan

Promosi Kesihatan. Setiap unit- unit tersebut memainkan peranan yang tersendiri. Unit

Epidemiologi dan Statistik ini menjalankan penyelidikan epidemiologi tentang penyakit-penyakit

berjangkit dan tidak berjangkit. Unit Kesihatan Pekerjaan pula menfokuskan aktiviti pencegahan

penyakit di dalam persekitaran pekerjaan. Tugas Unit Kesihatan Persekitaran pula akan

melakukan penyelidikan berkaitan toxicology iaitu bagaimana bahan boleh memberi kesan

kepada alam sekitar, manusia dan cara membendungnya. Akhir sekali, Unit Kesihatan Keluarga

dan Promosi Kesihatan berperanan melakukan promosi dan pengajaran dalam meningkatkan

kesihatan keluarga seperti penduduk orang asli (vaksin) dan golongan gelandangan.

Jabatan Kesihatan Masyarakat di

tingkat 1, HUKM (Bangunan lama)

Jabatan Kesihatan Masyarakat di tingkat 6,

Bangunan Pra-Klinikal (Bangunan baru)

Page 4: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

3

3 MATLAMAT LATIHAN BERKAITAN AKTIVITI – AKTIVITI YANG DIIKUTI

Antara matlamat aktiviti-aktiviti yang diikuti adalah seperti berikut;

A) Menyediakan Modul Pengajaran dan Pemakanan untuk Orang Asli (PUAS) di

Pos Gob, Gua Musang, Kelantan

i. Memberikan peluang untuk melakukan kaji selidik dan temubual dengan

komuniti orang Asli di Perkampungan Orang Asli Pangsun, Hulu Langat,

Selangor sebelum menghasilkan modul pengajaran dan pemakanan untuk

komuniti orang Asli di Pos Gob, Kelantan.

ii. Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengetengahkan idea dan

mempraktikkan ilmu berkaitan pemakanan dalam menghasilkan modul

pengajaran dan pemakanan untuk komuniti orang Asli di Pos Gob, Kelantan.

B) Menghasilkan sebuah manuskrip lengkap yang bertajuk ‘Corak dan Kekerapan

Pengambilan Makanan dalam kalangan Warga Emas di Selangor’

i. Melatih pelajar membuat analisis data menggunakan SPSS sebelum menghasil

manuskrip lengkap yang bertajuk ‘Corak dan Kekerapan Pengambilan Makanan

dalam kalangan Warga Emas di Selangor’

C) Melaksanakan taklimat promosi kesihatan, ‘Mencegah Penyakit Diabetes,

Hipertensi, dan Kardiovaskular melalui Pemakanan Sihat’ bersama Persatuan

Warga Emas Hulu Langat, Selangor.

i. Memberi pendedahan cara berhadapan dan berurusan dengan komuniti.

ii. Mengasah kemahiran komunikasi pelajar melalui taklimat promosi kesihatan

kepada komuniti.

D) Bertugas sebagai sekretariat dalam dua persidangan iaitu ‘10th Malaysia –

Indonesia – Brunei Medical Sciences Conference 2017’ dan ‘21st National Public

Health Colloquium’

i. Memberi pendedahan dalam menguruskan sesuatu majlis atau persidangan.

Page 5: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

4

E) Mengikuti Bengkel Statistik (SPSS) dan Bengkel ‘Adobe Photoshop and Adobe

Illustrator’

i. Melatih pelajar untuk menghasilkan poster, risalah dan bahan- bahan yang boleh

digunakan untuk aktiviti-aktiviti promosi kesihatan.

4 HASIL DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI

Terdapat pelbagai hasil dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang latihan industri di Jabatan

Kesihatan Masyarakat, PPUKM. Antaranya seperti berikut:

A) Modul Pengajaran Dan Pemakanan Orang Asli Di Pos Gob, Kelantan

Modul ini dihasilkan bertujuan untuk memberi kesedaran, memperbaiki corak pemakanan

dan tahap kesihatan dalam kalangan komuniti orang asli di Pos Gob, Kelantan. Ia juga

dihasilkan sebagai bahan pengajaran yang boleh digunakan oleh warga bijakpandai

(champion/fasilitator) untuk memberikan pengenalan dan pendedahan asas pemakanan dan

kesihatan dengan lebih berkesan kepada suku kaum mereka. Terdapat empat aspek atau unit

yang kami tekankan di dalam modul ini iaitu; 1) pemakanan sihat; 2) penyakit dan

pemakanan; 3) dapur puas (penyimpanan dan penyediaan makanan); dan 4) kebersihan diri.

Sebelum modul ini dihasilkan, kami telah melakukan kaji selidik dan temubual dengan

komuniti orang Asli di Perkampungan Orang Asli Pangsun, Hulu Langat, Selangor bagi

mendapatkan gambaran dan idea tentang komuniti orang Asli di Pos Gob, Kelantan. Bukan

itu sahaja, buku – buku dan laman sesawang internet yang berkaitan dengan komuniti orang

asli turut digunakan sebagai rujukan dalam menghasilkan Modul Pengajaran dan Pemakanan

Orang Asli di Pos Gob, Kelantan.

Page 6: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

5

Sesi temubual dan kaji selidik bersama orang Asli Pangsun, di Perkampungan orang Asli Pangsun,

Hulu Langat, Selangor

B) Manuskrip Yang Bertajuk ‘Corak Dan Kekerapan Pengambilan Makanan

Dalam Kalangan Warga Emas Di Selangor’

Kami ditugaskan untuk menganalisis data (berdasarkan data daripada PURE-RESTU Cohort

2009-2010 Study) dengan menggunakan SPSS (Statistikal Package for the Social Sciences).

Sebelum menganalisis data, kami telah terlibat dengan bengkel Statistik yang diajar oleh En

Khairul Hazdi bin Yusof untuk melatih kami menganalisis dan mempersembahkan data

dengan cara yang betul. Akhirnya, sebuah terhasilnya sebuah manuskrip yang bertajuk

‘Corak dan Kekerapan Pengambilan Makanan dalam Kalangan Warga Emas di Selangor.

Bengkel SPSS bersama En Khairul Hazdi bin Yusof Manuskrip yang dihasilkan

Page 7: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

6

C) Taklimat Promosi Kesihatan, ‘Mencegah Penyakit Diabetes, Hipertensi, Dan

Kardiovaskular Melalui Pemakanan Sihat’ Bersama Persatuan Warga Emas

Hulu Langat, Selangor.

Taklimat promosi kesihatan bagi mencegah penyakit diabetes, hipertensi dan kardiovaskular

melalui pemakanan sihat ini diadakan setiap hari Rabu iaitu pada 12 Julai, 19 Julai dan 2

Ogos 2017 di Hulu Langat, Selangor. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk

memberikan kesedaran dan pendedahan mengenai pemakanan dan gaya hidup sihat kepada

warga emas di Hulu Langat yang mana merupakan salah satu cara untuk mencegah penyakit

tidak berjangkit. Untuk makluman, program ini dibawah seliaan En Muhamad Khaidir bin

Ismail iaitu salah seorang penyelia latihan industri di JKM.

Penyediaan bahan – bahan kesihatan seperti risalah, flipchart dan lain – lain yang

digunakan untuk promosi telah dilakukan seminggu sebelum taklimat ini berlangsung. Bahan

– bahan ini dihasilkan dengan menggunakan adobe photoshop dan adobe illustrator. Bukan

itu sahaja, raptai taklimat promosi kesihatan juga akan dilakukan beberapa kali sebelum hari

kejadian bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan. Selain daripada taklimat promosi

kesihatan, pemeriksaan kesihatan secara percuma juga dijalankan.

Raptai taklimat promosi kesihatan

bersama penyelia latihan industri

Persiapan bahan-bahan yang digunakan bagi

taklimat promosi kesihatan

Page 8: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

7

D) Bertugas Sebagai Sekretariat Dalam Dua Persidangan Iaitu ‘10th Malaysia –

Indonesia – Brunei Medical Sciences Conference 2017’ Dan ‘21st National Public

Health Colloquium’

Kami juga terlibat sebagai secretariat dalam dua persidangan iaitu ‘10th Malaysia – Indonesia

– Brunei Medical Sciences Conference 2017’ dan ‘21st National Public Health Colloquium’.

‘10th Malaysia – Indonesia – Brunei Medical Sciences Conference 2017’ ini berlangsung

Bergambar bersama persatuan warga emas

Hulu Langat selepas tamat taklimat.

Taklimat bagi mencegah penyakit

kardiovaskular melalui pemakanan

Pemeriksaan kesihatan untuk

tekanan darah

Pemeriksaan kesihatan untuk warga emas Hulu

Langat, Selangor

Page 9: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

8

pada 26, 27 dan 28 Julai 2017 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia manakala ‘21st

National Public Health Colloquium’ ini berlangsung pada 23 dan 24 Ogos 2017 di Hotel

Bangi Putrajaya. Penglibatan di dalam dua persidangan ini telah memberikan kami

pendedahan tentang cara menguruskan sesuatu majlis dan juga pengalaman bekerja di JKM.

Bersama En Mohd Rizam, penyelaras latihan

industri semasa makan malam. ‘1Oth Malaysia –

Indonesia- Brunei Conference 2017’.

Ditugaskan semasa makan malam ‘1Oth

Malaysia – Indonesia- Brunei Conference

2017’.

Bersama penyelaras dan penyelia latihan industri Persiapan sebelum persidangan.

Page 10: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

9

E) Bengkel Statistik (Spss) Dan Bengkel ‘Adobe Photoshop And Adobe Illustrator’

Kami juga terlibat dengan dua bengkel iaitu bengkel statistik yang diajar oleh En. Khairul Hazdi

bin Yusof dan bengkel ‘Adobe Photoshop and Adobe Illustrator’ oleh En Sazman bin Wahab.

Pendedahan dan ilmu yang diberikan mengenai statistik dan grafik ini amat berguna untuk

digunakan untuk menganalisis data dan membuat poster yang berkaitan dengan promosi

kesihatan.

Bersama- sama rakan di ‘21st National Public

Health Colloquium’, Hotel Bangi- Putrajaya

Penyediaan sijil bagi pemenang di dalam ‘21st

National Public Health Colloquium’

Sesi taklimat sebelum bermulanya ‘21st National

Public Health Colloquium’

Saya di ‘21st National

Public Health Colloquium’

Page 11: LAPORAN LATIHAN INDUSTRI - ppukm.ukm.my€¦ · 0 fakulti perubatan dan sains kesihatan jabatan pemakanan dan dietetik semester 6, sesi 2016/2017 laporan latihan industri nama nor

10

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, latihan industri di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Pusat Perubatan

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah satu pengalaman berharga yang tak dapat saya

lupakan. Saya didedahkan dengan cara dan suasana bekerja di JKM yang mungkin tidak boleh

didapati di tempat lain. Selain daripada ilmu berkaitan pemakanan, kami juga didedahkan dengan

ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu grafik iaitu cara-cara menghasilkan poster melalui ‘Adobe

Photoshop’ dan ‘Adobe Illustrator’ serta ilmu SPSS iaitu kami dapat menguatkan lagi

pengetahuan tentang biostatistik. Bukan itu sahaja, saya juga diberi peluang untuk

mempraktikkan ilmu-ilmu yang kami pelajari di Universiti Putra Malaysia didalam aktiviti-

aktiviti yang disediakan. Saya berharap, pihak JKM akan menyediakan dan meneruskan lagi

program berkaitan pemakanan seperti ‘Taklimat promosi kesihatan : Mencegah Penyakit

Diabetes, Hipertensi dan Kardiovaskular melalui Pemakanan bersama Warga Emas Hulu Langat’

ini pada masa hadapan supaya pelajar dapat mempraktikkan dan menyebarkan ilmu tentang gaya

hidup sihat ini kepada masyarakat.

Penyediaan poster menggunakan Adobe

Photoshop

Bengkel grafik menggunakan Adobe

Photoshop dan Adobe Illustrator bersama En

Sazman Wahab.