36,6/ /*-* farmedia - h.usm.myii) pemantauan troli kecemasan (iii) pembekalan ubat life saving...

20
FAR MEDIA JABATAN FARMASI HOSPITAL USM Wadah Interaksi Warga Farmasi BIJAK ANTIBIOTIK RENCANA KPP: EDISI 7/2016 FARMASI TRAUMA PRODUK KOSMETIK SUPPLEMEN KESIHATAN & TIPS DI DAPUR SEGMEN TAHUKAH ANDA?

Upload: vocong

Post on 07-Mar-2018

266 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

FARMEDIAJ A B A T A N F A R M A S I H O S P I T A L U S M

BULETIN Wadah Interaksi Warga Farmasi

BIJAK ANTIBIOTIK

RENCANA KPP:

EDISI 7/2016

FARMASI TRAUMA

MENARIK DI DALAM:

PRODUK KOSMETIKSUPPLEMEN KESIHATAN &

TIPS DI DAPUR

SEGMEN TAHUKAH ANDA?

RUKUNNILAIUSM

Page 2: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

Rukun Negara:

1.Kepercayaan kepada tuhan

2.Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembagaan

4. Kedaulatan undang­undang

5. Kesopanan dan kesusilaan

Lafaz ini telah terngiang­ngiang di telinga kita sejak

di bangku sekolah lagi. Namun pernah kah anda

mendengar Rukun Nilai? Rukun Nilai USM. Warga

Universiti APEX seharusnya sudah cerap dengan

rukun yang tersusun. Hasrat murni melahirkan staf

yang berjiwa cemerlang beriringan dengan

berkeperibadian yang luhur membawa kepada

perasaan menyayangi universiti, institusi dan

organisasi, itulah punca dibangunkan Rukun Nilai

ini. Rukun Negara ada 5, Rukun Islam ada 5,Rukun

Nilai USM juga ada 5; Kebijaksanaan, Kebenaran,

Qalbu, Kemanusiaan dan Keindahan. Menghayati

maksud yang tersirat di sebalik rukun, membolehkan

kita berdiri teguh menjadi staf yang cemerlang,

berdisiplin, berintegriti tinggi, semangat

berorganisasi yang harmoni tanpa menolak nilai

–nilai murni yang menjadi tunjang dalam kehidupan.

Marilah keluarga USM, khususnya di Jabatan

Farmasi, tanpa mengira pangkat dan tugas, kita

bersama menanamkan nilai­nilai 5 ini yang

terangkum di dalam rukun, agar ia dapat

membuahkan hasil yang manis untuk dinikmati oleh

kita dan anak­anak kita seterusnya lestari sehingga

ke generasi yang akan datang.

1 DARI MEJA PENGARANG

Oleh: Hjh. Khairul Bariah Johan

Pn. Nur Aimi

Mohamad

Pn. Noor Shufiza

Ibrahim

Cik Nor Suriana

Mohd Yusof Pn. NoorainiOmar

Pn. Nur Amalina

Che Rahim Cik Nor Asma

MajidGrafik & Fotografi

Pn. Siti NadiahMohd Suhane

En. Tuan Umar

Tuan IsmailEn. Rozaimie

MuhammadPn. Nur Aida Murni

Mamamad

Penerbitan & Edaran

Pengarang

Tugas-tugasKhas

En. DelleminChe Abdullah

En. Mohd Sabrie

Mohd Nawawi En. Mohd. SyafiqHasanuddin

En. Muhammad

Mahadi Mustapha

Ketua

Sidang Redaksi2016

&Wartawan

Page 3: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

SegmenRENCANA KPP2 Oleh: Hjh. Norita Abdul Hamid @ Jusoh

Rukun Nilai   Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan

satu­satunya universiti di Malaysia yang diberikan

pengiktirafan status APEX oleh Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia sejak tahun 2008. USM telah dapat

meletakkan dirinya sebagai sebuah Institusi Pengajian

Tinggi yang sangat dihormati di peringkat kebangsaan,

serantau dan global.

   Rukun Nilai USM adalah elemen baru yang

diperkenalkan sebagai asas untuk memacu

kecemerlangan dan memenuhi USM APEX 2020.

Rukun Nilai USM terdiri daripada nilai­nilai 5 teras yang

terdiri dari:­

  1. Kebijaksanaan

  2. Kebenaran

  3. Qalbu

  4. Kemanusiaan

  5. Keindahan

   Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan 5

Rukun Nilai untuk merealisasikan konsep dan falsafah

Saya Sayang USM dan USM Menara Ilmu Tercinta

dengan hasrat untuk membina jiwa dan keperibadian

yang dapat memacu kecemerlangan (USM­APEX),

pedoman dalam memacu kecemerlangan,

membentuk budaya kerja dan tadbir urus yang

berintegriti, membina semangat berorganisasi yang

harmoni dan sejahtera serta membentuk peribadi staf

dan pelajar USM yang holistik .

   Rukun Nilai USM tersebut meliputi QALBU yang

berasaskan ‘Qalbun Saleem’ atau Pureness of Heart

dengan berlandaskan amanah, lisan, bersih dan

ukhuwah yang kesemuanya menjadi tunjang kepada

rukun Kebijaksanaan, Kemanusiaan, Kebenaran dan

Keindahan.

 

Rujukan : Buku USM APEX 2020

        Semua warga USM harus memahami rukun ini

yang mementingkan soal kebijaksanaan (wisdom),

kearifan dan berhemah dalam tindakan dan

kehidupan, mementingkan kebenaran (Truth) dengan

sentiasa berlaku adil, mempertahankan yang benar

dan menolak yang batil, membentuk qalbu yang

mempunyai kesucian hati, jujur, ikhlas, berdedikasi

dan bertanggungjawab, mempunyai kemahiran dalam

komunikasi, telus dalam segala tindakan dan urusan

dengan mementingkan kebersamaan, keterbukaan

dan kesejahteraan, mempunyai nilai kemanusiaan

yang tinggi dengan sentiasa prihatin dan

berperikemanusiaan serta menjaga nilai keindahan

estetika, menyenangkan dan membawa

kesejahteraan.

  Rukun Nilai USM ini perlu disinergikan dengan 9

Teras USM­APEX iaitu keilmuan, kemanusiaan,

masa hadapan, kesejagatan, kelestarian, kelainan,

kesejahteraan, perubahan dan pengorbanan.

  Keseluruhan Rukun Nilai USM ini perlu diterapkan

dalam Kepimpinan USM melalui terma rujukan

tanggungjawab pemimpin dalam amalan kuasa,

pengurusan sumber manusia, pemacuan kejayaan

Pusat Tanggungjawab mengikut visi, misi, baik

akademik mahu pun bukan akademik dalam

mencapai KPI / KIP, malah juga dalam kawalan

kewangan serta kawal selia kemudahan dan aset

universiti.

  Semua pihak di USM perlu menghayati Rukun Nilai

USM ini bersekali dengan menjiwai Rukun Negara

sebagai asas utama pembangunan institusi,

masyarakat dan negara. Warga universiti seluruhnya

mesti sentiasa berpegang teguh kepada Rukun Nilai

USM yang diharapkan akan membantu dalam

memacu kecemerlangan dan membentuk peribadi

insan yang mulia dan berguna kepada agama,

bangsa, negara malah dunia seluruhnya.

Page 4: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

Segmenbual bicara3 Oleh: Nur Amalina Che Rahim

     Perutusan Naib Canselor Universiti  Sains Malaysia

 (USM) tahun  2016 adalah bertemakan APEX 2020 :

Merealisasikan Universiti Global. Universiti Global (UG)

adalah merujuk kepada universiti yang mempunyai misi

yang merentasi sempadan negara, melihat kepada

perspektif global dalam pemajuan ilmu secara

keseluruhannya termasuk mobiliti pelajar dan

pertambahan kolaborasi penyelidikan dan kesarjanaan

pada peringkat antarabangsa.(1)

     Perutusan beliau  kali ini mensasarkan 7 (tujuh)

komponen penting USM sebagai Universiti Global

 (UG) iaitu dengan menghuraikan Cabaran Masa

Hadapan Pendidikan Tinggi, Model UG, Kejayaan

Universiti APEX Bertaraf Global, APEX 2020

Merealisasikan UG, Paradigma Baharu Pemegang

Taruh, Masa Hadapan (Alat dan Pelantar) dan Rukun

Nilai USM.

     Pada September 2008, USM telah diberikan mandat

untuk melaksanakan Program Pemacuan untuk

Kecemerlangan (APEX ­ Accelerated Programme for

Excellence).  Sejak itu, USM sentiasa berusaha untuk

menanamkan nilai­nilai dan teras­teras utama untuk

dihayati serta dijadikan pegangan utama semua warga

USM. Terbit dari sini, Rukun Nilai USM dirangka

sebagai sinergi dan  pengukuhan kepada  9 Teras

USM­APEX  iaitu keilmuan, kemanusiaan, masa

hadapan, kesejagatan, kelestarian, kelainan,

kesejahteraan, perubahan dan pengorbanan.

     Rukun Nilai USM dibangunkan bagi merealisasikan

konsep dan falsafah Saya Sayang USM dan USM

Menara Ilmu Tercinta dengan hasrat untuk membina

jiwa dan keperibadian yang dapat memacu

 kecemerlangan (USM­APEX). Ia juga adalah untuk

memastikan semua warga USM memberi penekanan

kepada prestasi dengan memahami serta menguasai

kesemua Rukun Nilai tersebut.

    

     Pekaitan dan saling bertaut rukun nilai tersebut dapat

digambarkan melalui gambarajah dibawah;

    

    

     Terdapat 5 Rukun Nilai USM yang saling memerlukan

antara satu sama lain.Jika hilang salah satu antaranya,

Rukun Nilai USM ini kelihatan pincang dan tidak dapat

mencapai sasaran melahirkan nilai kemanusiaan yang jitu

dan teguh.

     Rukun Nilai pertama adalah Rukun Kebijaksanaan(Wisdom). Rukun Kekebijaksanaan ini merangkumi arif,

bijak dan berhemah dalam kehidupan dan tindakan. Ia

memberi maksud bahawa, untuk mendapatkan nilai

kebijaksanaan itu, mestilah dengan ilmu. Hanya dengan

ilmu menjadikan kita arif, bijak dalam tindakan. Dengan

adanya ilmu, hadirlah keyakinan yang mampu memacu

kejayaan kehidupan serta mendapat keberkatan.

     Rukun Kebenaran (Truth) membawa pengertiandengan berlaku adil mempertahankan yang benar dan

menolak yang batil. Menguasai rukun ini juga menuntut

seseorang itu dengan ilmu dan iman. Tanpa iman yang

jitu, kita mudah dipengaruhi oleh ancaman luar yang boleh

menggugat prestasi individu khasnya serta universiti

amnya. Ia juga menjadi pedoman dalam memacu

kecemerlangan, membentuk budaya kerja dan tadbir urus

yang berintegriti, membina semangat berorganisasi yang

harmoni dan sejahtera .

RUKUNNILAI USM

Bicara tentang...

Page 5: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

4     Qalbu pula merupakan Rukun Nilai yangberasaskan ‘Qalbun Saleem’ atau Pureness of Heart

dengan berlandaskan amanah, lisan, bersih dan

ukhuwah yang kesemuanya menjadi tunjang kepada

rukun Kebijaksanaan, Kemanusiaan, Kebenaran dan

Keindahan kerana semuanya bermula dari hati.

     Kandungan rukun ini termasuklah kesucian hati yang

memberi impak kepada segala tindak tanduk kita.

Kedua adalah amanah yang memberi definisi jujur,

ikhlas, berdedikasi dan bertanggungjawab. Nilai ini

amatlah penting untuk dipegang  serta ditanam teguh di

dalam hati  agar membuahkan hasil kerja yang terpuji.

Rukun ini juga mendukung dan mengukuhkan lagi  9

Teras USM­APEX, adalah  sifat amanah itu sendiri

yang harus dimiliki  dan disemai dalam setiap watak diri

masing­masing. Amanah adalah sesuatu yang amat

berat seperti digambarkan oleh Allah, dalam firmanNya;

Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan amanah

adalah sifat orang­orang yang beriman,

“Dan orang­orang yang memelihara amanat­amanat

(yang dipikulnya) dan janjinya.” (QS. Al­Mukminun: 8).

Kemudian di ayat 10 dan 11 nya Allah menyebutkan,

“Mereka itulah orang­orang yang akan mewarisi, (yakni)

yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di

dalamnya.” (QS. Al­Mu’minun: 10­11)

     Lisan, adalah bagaimana seseorang itu memiliki

kemahiran komunikasi yang cermerlang bersama

akhlak terpuji. Ia merupakan suatu ilmu yang perlu

dicari dan diamalkan . Rukun Qalbu juga merangkumi

nilai bersih (clean and transparent) iaitu telus dalam

segala tindakan dan urusan. Nilai lain adalah,

ukhuwwah (togetherness) iaitu kebersamaan,

keterbukaan dan kesejahteraan.

Kejayaan sesebuah organisasi tidak akan tercapai jika

yang menggerakkannya hanya seorang. Ia memerlukan

semangat dan tenaga kerja berpasukan yang jitu dan

mapan.

     Rukun nilai keempat adalah Kemanusiaan(Humanity) iaitu prihatin dan berperikemanusiaan.

Seseorang itu haruslah  mempunyai nilai kemanusiaan

yang tinggi dengan sentiasa prihatin dan

berperikemanusiaan serta menjaga nilai keindahan

estetika, menyenangkan dan membawa kesejahteraan.

Dengan itu, kejayaan sesebuah organisasi akan mudah

dilalui kerana tiada unsur kepentingan diri  dalam tugasan

, diskusi, gerak kerja berpasukan  dan sebagainya.

     Rukun nilai kelima yang perlu ada dalam setiap

lapisan pentadbiran ,ahli akademik, perkhidmatan , serta

pelajar adalah nilai Keindahan (Beauty). Ia menguraikankonsep indah yang menyenangkan dan kesejahteraan

yang meliputi akhlak, pendidikan dan pengajaran,

perkhidmatan serta keseluruhan skala kerja kita. Rukun

ini harus ditanam serta disuburkan  kerana ALLAH

menyukai orang yang itqan dalam bekerja serta

melakukan dengan sempurna.

      Kesimpulannya,  memacu serta memastikan

kejayaan ke arah mencapai Universiti Global dengan

berpegang kepada kesemua Rukun Nilai tersebut

bukanlah tugas mudah. Ia harus  dipikul dengan  kerja

dan semangat berpasukan dari semua peringkat dan

bidang . Seperti yang diterapkan oleh Naib Canselor,

Prof.Datuk Omar Osman,  Rukun Nilai USM ini perlu

diterapkan dalam Kepimpinan USM melalui terma

rujukan tanggungjawab pemimpin dalam amalan kuasa,

pengurusan sumber manusia, pemacuan kejayaan

Pusat Tanggungjawab mengikut visi, misi, baik

akademik mahu pun bukan akademik dalam mencapai

KPI/KIP, malah juga dalam kawalan kewangan serta

kawal selia kemudahan dan aset universiti.1  Semoga

USM terus cemerlang mendaki puncak kejayaan dan

dapat melahirkan pelapis kepimpinan yang berkualiti

serta generasi berilmu yang unggul dunia dan akhirat.

Reference:

1. Perutusan Naib Canselor USM 2016

2. http://www.usm.my/index.php/ms/gerbang­info/apex

/rukun­nilai­usm

Page 6: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

   Perancangan penubuhan 

telah bermula sejak Mac 2013. Pelbagai cabaran ditempuhi

dalam menjayakan penubuhannya termasuk pemilihan lokasi,

rekabentuk dalaman, kedudukan kaunter, jadual kerja staf dan

cabaran semasa mengubahsuai kaunter.

   Namun demikian semua cabaran tersebut dapat diatasi dan

akhirnya Farmasi Trauma telah mula beroperasi secara

rasminya di bangunan Trauma dan Kecemasan HUSM pada

 1 Mac 2016.

LOKASIFarmasi Trauma terletak di ruang menunggu pesakit di

dalam bangunan Trauma dan Kecemasan iaitu bersebelahan

dengan Kaunter Pendaftaran dan berdekatan dengan pintu

masuk ke Zon Hijau.

WAKTU OPERASIPerkhidmatan di Farmasi Trauma adalah 24 jam dan staf

dibahagikan kepada tiga shif. Seorang staf bertugas bagi

setiap shif seperti berikut:

i. Pagi ­ 7.00 pagi hingga 2.45 petang

ii. Petang ­ 2.00 petang hingga 9.45 malam

iii. Malam ­ 9.00 malam hingga 8.10 pagi

Di samping staf yang bertugas secara shif, terdapat seorang

staf tetap Farmasi Trauma yang bertugas semasa waktu

pejabat.

SKOP PERKHIDMATAN   Skop perkhidmatan Farmasi Trauma dilaksanakan kepada

dua kategori pesakit, iaitu:

(i) Pesakit discaj dari Unit Kecemasan & Trauma

(ii) Pesakit Wad Sementara di Unit Kecemasan & Trauma –

Kaunseling bedside

Perkhidmatan yang diberikan ialah membekalkan ubat kepada

pesakit luar yang mendapatkan rawatan di Jabatan

Kecemasan& Trauma. Preskripsi doktor adalah secara atas

talian menggunakan sistem Prescription Online System

(POLS). Perkhidmatan Farmasi Trauma tidak membekalkan

ubat

kepada pesakit dari klinik­klinik, pesakit discaj dari wad

ataupun pesakit wad sementara di bangunan Trauma dan

Kecemasan.

    Selain membekalkan ubat kepada pesakit, Farmasi Trauma

juga menyediakan perkhidmatan kaunseling ubat kepada

pesakit asthma yang menggunakan alat khas seperti Inhaler,

Turbuhaler, Handihaler, dan Accuhaler.

   Perkhidmatan kaunseling ubat ini disediakan pada waktu

pejabat dan bergantung kepada permintaan pesakit atau

doktor.

Perkhidmatan­perkhidmatan lain yang boleh dilaksanakan

pada masa akan datang oleh Farmasi Trauma adalah :

(i) Pemantauan stok ubat­ubatan

(ii) Pemantauan troli kecemasan

(iii) Pembekalan ubat life saving

Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke

semasa mengikut kesesuaian.

UBATSetakat ini Farmasi Trauma menyimpan 261 item ubat yang

terdiri daripada ubat­ubatan oral, eksternal, dan ubat

inhalasi untuk pesakit asthma. Farmasi Trauma juga turut

menyimpan beberapa item Bahan Psikotropik seperti

alprazolam dan zolpidem.

   Mengikut statistik bagi bulan Mac hingga Mei 2016

perkhidmatan Farmasi Trauma, antara ubat yang

mempunyai kadar penggunaan yang tinggi adalah tablet

Augmentin®,kapsul amoxicillin, kapsul celecoxib, tablet

diclofenac, kapsul cloxacillin. tablet paracetamol serta sirap

paracetamol.

STATISTIK PERKHIDMATAN   Statistik perkhidmatan bermula bulan Mac 2016 sehingga

Julai 2016 didapati seramai 15 735 pesakit telah

mendapatkan ubat di Farmasi Trauma dengan purata

kira­kira 3147 pesakit setiap bulan (purata 105 orang

pesakit sehari).

   Kadar kedatangan pesakit ke Farmasi Trauma setiap

bulan adalah hampir sama iaitu shift bekerja pada waktu

malam menerima kedatangan pesakit paling ramai dengan

waktu puncaknya bermula jam 9 malam sehingga jam 12

tengah malam. Sebagai contoh, pada bulan Julai, seramai

1560 pesakit pada shift malam berbanding shift pagi iaitu

seramai 779 pesakit dan shift petang seramai 1078 pesakit.

   Sasaran masa menunggu untuk mendapatkan ubat di

Farmasi Trauma adalah 10 minit. Pencapaian sehingga

Julai menunjukkan purata masa menunggu pesakit

mendapatkan ubat di Farmasi Trauma adalah kurang 3

minit.

berita unit Segmen5 Oleh: Mohd Sabrie bin Mohd Nawawi

FARMASI TRAUMA

Page 7: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

AKTA Segmen6 Oleh: Noor Shufiza Ibrahim

SUPPLEMEN KESIHATAN     Kebanjiran produk makanan / minuman tambahan

atau supplemen dan juga kosmetik di pasaran sejak

akhir­akhir ini telah menarik perhatian pelbagai lapisan

masyarakat. Publisiti yang menarik dan ditambah pula

perolehannya yang  sangat mudah menyebabkan

penggunaan produk­produk tersebut menjadi  semakin

meluas. Namun, adakah ia  benar­benar berkesan dan

selamat?  Rata­rata didapati keberkesanan produk ini

hanyalah berdasarkan testimoni­testimoni berbayar

sahaja selain menampilkan model atau duta produk yang

menawan. Sukar bagi kita mendapati keberkesanan

produk­produk seumpama ini didatangkan bersama

bukti­buktil kajian klinikal.

    

     Lebih membimbangkan, wujudnya

kecenderungan pengusaha­

pengusaha yang tidak bertanggung­

jawab mencampurkan produk­

produk keluaran mereka yang berupa

 ubat­ubatan tradisional, supplemen

dan kosmetik dengan  bahan­bahan

racun  (ubat terkawal).  Antara yang paling popular

ialah[1]:

1. Bahan aktif perangsang seks lelaki  seperti  sildenafil,

tadalafil, verdanafil atau analog­analog kepada bahan

tersebut,

2. Bahan aktif untuk mengurangkan selera makan seperti

sibutramine dan analognya,

3. Bahan anti­inflamatori seperti  dexamethasone dan

bahan  kimia dari kumpulan `Non­Steroidal

Anti­Inflammatory Drugs’ (NSAID),

4. Kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan pemutih

hydroquinone dan ubat jerawat tretinoin.

Bagaimana kita boleh mengenalpasti sama ada produk

makanan tambahan, supplemen kesihatan dan kosmetik

adalah  selamat?

    

     Produk makanan dan minuman (juga dikategorikan

sebagai makanan) seperti jus durian belanda, jus

manjakani, teh rerama tidak perlu berdaftar dengan

KKM. Walau bagaimanapun , produk ini dikawal dan

didaftarkan  di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti

Makanan (BKKM)[2]. Oleh itu, produk makanan dan

minuman adalah dilarang untuk membuat sebarang

tuntutan perubatan bagi penyakit­penyakit berikut ;

penyakit / kerosakan buah pinggang, penyakit /

kerosakan jantung,  

kencing manis, sawan , lumpuh, batuk kering, asma,kusta, barah, pekak, ketagihan dadah, hernia, penyakitmata, tekanan darah tinggi, sakit mental, kemandulan,dingin (frigidity), lemah fungsi seks / impotent, penyakitvenereal (seperti AIDS), kelemahan urat saraf ataumasalah lain timbul daripada atau berhubung denganperhubungan seks[3] .

    

     Produk  farmaseutikal termasuklah suplemenkesihatan dan persediaan tradisional pula perlu berdaftardengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melaluiBiro     

                                         Pengawalan Farmaseutikal                                         Kebangsaan (BPFK) sebelum                                           dipasarkan di Malaysia.                                         Bagi produk kosmetik pula,                                         pengusaha perlu mendapatkan                                         notifikasi dari pihak BPFK                                         sebelum dikilang, diimport,                                         diedar atau dijual di malaysia.                                         Selain itu, pengusaha produkjuga perlu mematuhi  keperluan Garis Panduan KawalanProduk Kosmetik [2, 4].

    

     Pihak BPFK bertanggungjawab menyemak maklumatdan formulasi penghasilan kosmetik, memantau labelserta menyaring iklan kosmetik selain menjalankananalisa ke atas produk kosmetik bagi memastikan produktersebut selamat untuk digunakan. Selain itu, pihak BPFKjuga menjalankan aktiviti surveilans bagi memantauproduk yang berada di pasaran  selamat untukpengguna.  

    

     Sama ada kita sebagai pengguna atau pun tidak,kesedaran terhadap keselamatan produk­produksupplement kesihatan termasuk herba serta produkkosmetik tidak boleh dipandang remeh. Untukmenyemak senarai produk yang berdaftar dengan PBKD,layari laman web rasmi Biro Pengawalan FarmaseutikalKebangsaan di www.bpfk.gov.my. Klik pada 'RegisteredProduct Search' (Quest 2 & Quest 3)  dan masukkanbutir­butir produk untuk memulakan carian[5].

Rujukan:1. http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/16­ogo­2010/amaran­pengilang­ubat­makanan­kesihatan­mencampur­palsu­produk­mereka­dengan­bahan­racun­berjadual.html.2. http://www.majalahsains.com/trend­produk­makanan­tambahan­dan­kosmetik­di­malaysia/.3. Akaun Facebook. Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan.4. Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia­Kawalan Kosmetik di Malaysia. 24 Januari 2016.5. http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/faq­categories/produk.

& PRODUK KOSMETIK

Page 8: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

MENGURANGKAN MASA PEMBEKALAN UBAT SECARAUNIT DOS MELALUI TROLI UBAT

Kualiti7 Oleh: Hasrul Hisham & Siti Nadiah SegmenMENGURANGKAN MASA PEMBEKALAN UBAT SECARA

UNIT DOS MELALUI TROLI UBAT

PROFILPROJEK

SASARAN

IMPAK

unit farmasi satelit

ANALISIS

SITUASI SEMASAPELAKSANAAN

Page 9: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

ILMU8 Oleh: Nur Aimi Mohamad

BIJAKANTIBIOTIK

BIJAK ANTIBIOTIK

Cara untuk mencegah kerintangan

antibiotik : 

Ambil antibiotik mengikut arahan

yang tertera pada label dan

habiskan antibiotik walaupun sudah

berasa sihat.  

Jangan sesekali tinggalkan

mana­mana dos antibiotik. 

Jangan sesekali berkongsi

antibiotik dengan orang lain. 

Jangan sesekali ambil baki

antibiotik daripada rawatan

sebelum ini. 

Jangan sesekali meminta antibiotik

daripada doktor atau membelinya di

kedai farmasi tanpa preskripsi. 

Perkara penting tentang antibiotik :>> Antibiotik ialah ubat yang membunuh atau

menghalang pembiakan bakteria.

>> Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan

bakteria seperti jangkitan saluran kencing.

 >>Antibiotik TIDAK sepatutnya digunakan untuk

merawat jangkitan virus seperti selesema,

kebanyakan kes batuk dan kebanyakan kes sakit

tekak.  

Cara menggunakan antibiotik dengan betul :

1. Ambil antibiotik mengikut arahan yang tertera pada

label.

2. Habiskan antibiotik walaupun sudah berasa sihat.  

3. Jika tidak menghabiskan antibiotik, sesetengah

bakteria mungkin belum mati dan pesakit boleh

dijangkiti semula. Bakteria tersebut boleh menjadi

RINTANG terhadap antibiotik itu. 

Apakah kerintangan

antibiotik???     

   Kerintangan antibiotik berlaku

apabila antibotik hilang keupayaan

membunuh atau menghalang

pembiakan bakteria. Bakteria yang

rintang terhadap antibiotik akan

 hidup dan terus membiak.

Punca kerintangan antibiotik: 

=>Menggunakan antibiotik secara

berlebihan.  

=>Menggunakan antibiotik

walaupun tidak perlu contohnya

untuk merawat selesema.

 =>Tidak mengambil antibiotik

mengikut arahan yang tertera

pada label.

 =>Tidak menghabiskan antibiotik

yang dipreskripsi. 

Akibat kerintanganantibiotik :

Jangkitan lebih sukardirawat.

Tempoh rawatan dihospital lebih panjang.Kos rawatan lebih tinggi.Risiko kematian menjadi

lebih tinggi. 

Segmen

Rujukan :Pn. Lyna  Irawati, Profesor Dr. Mohamed Azmi AhmadHassali & Dr. Fahad Saleem (Pusat Pengajian SainsFarmasi, USM) Dr. Alian Aaly Alrasheedy, College ofPharmacy, Qassim University Arab Saudi.  

FAKTA STATISTIK UFK

Page 10: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

10 KARYA Oleh: Tn. Hj. Zainol Abidin Hamid Segmen

PELABUHAN WAKTUPELABUHAN WAKTU

Kini, tiba jua kita di pelabuhan waktu,Tanda berpenghujungnya sebuah perjalananyang berliku,Yang amat indah untuk dikenang dandirindu…

Angin laut bersama sinar mentari,Berjalin mesra mengusap manja,wajah-wajah yang dilewati,Pantulan warna pada bangunan-bangunanitu kelihatan setia berseri,Dengan lambaian palma yang seolah-olahturut mengerti,Sebuah perpisahan yang bakal terjadi…

Di wilayah itu, suatu waktu dahulu,Kita pernah menguruskan ilmu,

Meneroka, menjana, memperkaya,membina,Mengejar, belajar, mengajar danmenyebar….Kerana di situlah lubuknya, di situlahlombongnya, di situlah gedungnya…

Di wilayah itu, suatu waktu dahuluKita pernah berganding bahuMemerah apa saja yang ada,Hikmah mahupun upaya,Akal mahupun masa,Tabah malahan jiwa,Menjalin budi menebar jasa,Demi nikmat dan afiat manusia…

Di wilayah itu, suatu waktu dahulu,Kita pernah menelusuri waktu,

Berbahas, berdialog, berbicara,Bergurau, berlibur, bersyura,Berbincang, bersungut dan berhujjah.

Demi merungkai segala yang rosot,Menzahir segala yang kabur,Membaiki segala yang hancur,Melurus segala yang lentur,Menampal segala yang bocor…

Kini, di pelabuhan ini,Berbekalkan nurani yang tulus,Peribadi yang mulus,Akal budi yang kudus,

Kita mengampuni apa jua kekhilafan,Kita melupai apa jua kesilapan,Kita menginsafi apa jua keterlanjuran,Kita merelai apa jua keterlebihan,Kita meredhai apa jua kekurangan...

Di sini, di pelabuhan ini,Pelbagai rasa datang silih berganti,Akan ada lagikah folder dan preskripsi?Akan ada lagikah jarum dan picagari?Akan ada lagikah doktor, atendan dan misi?

bersambung di muka surat sebelah...

9

I

IIIII

Page 11: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

Bagaimana dengan wad, klinik, farmasi dandewan bedah?Di mana sajian makanan, sisa klinikal danbekalan darah?Atau peralatan canggih, setia berfungsi dankadangkala bermasalah?Juga pesakit, peneman dan penziarah yangberaneka tingkah?...

Apa pun, dalam keterpaksaan,Kalimah keramat pasti terucapkan,Selamat tinggal sejuta masalah,Selamat tinggal segala kerenah,Selamat tinggal tugas yang payah…

Di sini, di pelabuhan ini,Kita berhimpun bersama kesucian nurani,

Bukan meraikan sebuah perpisahan,Bukan menamatkan sebuah persahabatan,Tetapi menyempurnakan sebuah ikatan,

Umpama menyemat utuh tikar yangdianyam,Mengikat kukuh tali yang dipintal,Memateri teguh persaudaraan…

Pemergian ini,Pasti terselit pelbagai hikmah,Nanti terserlah bakti tercurah,Bakal tersinar kasih tercambah,Akan terjelma kenangan indah…

Persaraan ini,Bukan sebuah pengakhiran,Kepada sebuah perjalanan,Tetapi sekadar peralihan,Daripada sebuah perjuangan,

Sudah pasti pertemuan akan berulang andairindu datang bertandang,Sudah pasti pertemuan akan bersapa andaiikrab masih bertapa,Sudah pasti pertemuan akan terjadi andaikasih masih sebati…

Di pelabuhan ini,Bermacam-macam rasa datang menerjah,Nun, di sebalik samudera yang akan di jelajah,Belum tahu daya gelombang yang akandiredah,

Semoga dadanya lenang memandu bahtera,Berbekalkan rahmah Yang Maha Kuasa,Mohon… pelayaran ini menemui al-falah,Menggapai visi seorang khalifah.

Zainol Abidin HamidHospital USM 2016

IV

Sajak ini dideklamasikan di Majlis PersaraanPengarah HUSM, Januari 2016

10 KARYA Segmen

Page 12: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

10 KARYA Oleh: Norasma Majid Segmen

Papa pergi mencari rezeki dengan mengayuh basikal

tuanya.

Perasaan belas timbul di hati Kasih melihat Papa,

yang setiap hari terpaksa mengayuh basikal untuk ke

pejabat pos, dan terus mengayuh ke rumah-rumah

untuk menghantar surat yang terdapat didalam beg

pos Malaysia yang dibawanya. Papa seorang yang

rajin dan peramah. Orang kampung gembira apabila

Papa menghantar surat ke rumah mereka. Satu

kampung kenal dan senang dengan peribadi Papa.

Setiap hari Kasih akan tunggu Papa pulang dari

tempat kerjanya. Apabila matahari hampir melabuhkan

tirainya, pada masa itulah Papa pulang. Dari jauh

Kasih melihat Papa, Susuk tubuhnya yang kecil dan

kurus perlahan-lahan mengayuh basikalnya untuk tiba

di rumah. Kasih dan Ibu menyambut kepulangan Papa

dengan gembira. Setelah selesai solat maghrib dan

makan, kami bersama-sama berehat di ruang tamu.

Papa seakan-akan memahami isi hati Kasih. Papa tahu,

inilah masa yang terbaik untuk bersama keluarga.

“Kasih nak bual apa malam ni dengan Papa? “

”Kasih nak tanya satu soalan kat Papa”

“Apa soalannya sayang? “ sambil Papa mengusap

kepala Kasih.

“Papa tak letih ke bekerja setiap hari?” Kasih

merenung mata papanya

”Kasih, Papa buat kerja ni semuanya kerana

ALLAH SWT,kerana ingin menegakkan islam, kerana

hendak membantu umat islam dan untuk

kesenangan semua masyarakat.Yang penting sekali

ialah untuk Kasih ,Mama dan keluarga kita".

Kasih cuba memahami apa yang disampaikan

oleh Papa. Disebalik hati Kasih, Papa ada

kelebihan yang baik dalam menerangkan sesuatu

perkara kepada Kasih.Kasih tersenyum melihat

wajah Papa. Papa terus bersemangat untuk

bercerita.

11

Cerpen

“Betul Papa,Kasih nak hidup bahagia dengan

Papa dan Mama.” Kasih menyapa Papa.

“Kasih, jadilah anak yang solehah yang

sentiasa mendoakan Papa dan Mama. Selepas solat

sedekahkan bacaan Alfatihah untuk Papa dan

Mama ye sayang..”

Kasih renung lama mata Papa, dan terus

memeluk papanya..

“Papa, Kasih sayangkan Papa dan Mama

kerana Allah.”

Papa memeluk Kasih dengan erat sambil

berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan

meniupkan terus pada kepala Kasih.

“Semoga Kasih menjadi anak yang

solehah..amiin”

Mama dari tadi hanya memandang kami dari

jauh sambil melipat kain. Lalu,mamapun terus

mendapatkan kami yang sedang berpelukan,dan

mengharap agar doanya dikabulkan ALLAH..

“Semoga keluarga kita bahagia hingga ke

syurga..amiin..”

"Papa suka dan bersyukur kerana kerja yangPapa lakukan ini, In syaa Allah kerja yang halal

dan berkat. Itu yang penting, bila rezeki kitaberkat In syaa Allah ALLAH akan redha dengankehidupan kita. Itu adalah rahsia kebahagian

dunia dan akhirat.’

i pagi yang hening, selepas subuh Papa

bergegas keluar dari rumah untuk mencari

rezeki.Sebelum papa keluar, Kasih akan

bersalam dan mencium tangan papanya.

Cahaya Cinta Kasih

D

Page 13: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

TIPS Oleh: Nor Suriana Mohd Yusof Segmen

1. Tips mengelakkan

bawang putih dan bawang

menjadi berkulat

Letakkan bawang merah

dan bawang putih dalam

beg kertas tercucuk supaya

ia tidak rosak dengan

cepat.

2 Bagaimana untuk menjadikan telur segar dan

tahan lebih lama

Sapu kulit telur dengan minyak sayur­sayuran

sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk. Ia

akan kekal segar untuk beberapa minggu.

3 Bagaimana untuk menyimpan sayuran

supaya ia kekal segar dan hijau

Sebelum menyimpan sayur­sayuran ke

dalam peti sejuk, bungkuskan ia terlebih

dahulu. Ia akan membantu sayur­sayuran

tersebut kekal segar dan tahan lebih lama.

Rujukan: http://www.viramon.com/list/memasak­dengan­mudah

SajakABAH

ube putih penuh ppalo,kedut didahi mula menjelmo,tapi abah sentiaso cerio,jadi pemimpin keluargo bahagio.

jaso abah tok ke ku lupo,didik kami selamo maso,ilmu agamo jadi terasnyo,harap anoknyo hidup berjayo.

walau maroh ado guraunyo,dale piat ado belainyo,nok ajar kami hidup didunio,keno beringat jange wi leko.

susoh payoh membanting tule,cari rezeki untuk keluargo tersaye,biar letih tok pernah menghale,asal anok-anok hidup sene.

pese abah jadi ingate,sipe kejak wat bekal pejalane,kito hidup jange lupo ko Tuhe,baru hidup kito nih sene

engkau kejora sinar zame,jadi sahabat anakmu sekalie,tempat berkongsi susoh dan sene,terimo kasih abah ku saye.

karya Segmen12 Oleh: Hamba Allah

Page 14: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

SegmenTAHUKAH ANDA13 Oleh: Nor Suriana Mohd Yusof

1. Berapa kali mata berkedip dalam sehari?

Mata anda berkedip sebanyak 15,000 kali sehari. Apabila

mata berkedip, air mata akan membasahi permukaan mata

yang mengering. 1­2 kedipan/ minit sudah cukup untuk

mencuci dan melembabkan mata. Berkedip juga

menggambarkan emosi dan perasaan Anda. Perasaan

cemas atau panik akan membuat anda berkedip lebih kerap

berbanding situasi normal.

http://kumpulan.info/tahukah­anda/pengetahuan/195­kedip­

mata­sehari.html

2. Mengapa Kotak Hitam Pesawat Dipanggil Kotak Hitam

Kotak Hitam ialah satu kumpulan peranti yang digunakan dalam bidang pengangkutan. Ia berfungsi

untuk merakam perbualan antara juruterbang dengan pengawal lalu lintas udara atau air traffic

controller (ATC) serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca semasa penerbangan.

Kotak hitam pesawat tidak berwarna hitam, sebaliknya berwarna oren atau merah untuk memudahkan

pencarian. Istilah kotak hitam muncul selepas penemuan perakam penerbangan komersial pertama

yang dinamakan Red Egg kerana warna dan bentuknya.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140316/lk_02/Kotak­hitam­yang­berwarna­jingga

3. Dimana Tempat Paling Sejuk di Dunia?

Suhu tersejuk pernah tercatat di Kutub Selatan, iaitu melebihi

38.8 darjah Celcius di bawah sifar. Walau bagaimanapun, ia

bukan suhu tersejuk yang pernah tercatat di benua Antartika.

Pada tahun 1960, saintis Russia yang bekerja di sebuah

pangkalan Antartika iaitu di Vostok, lebih daripada 750 batu

dari Kutub Selatan, mencatat suhu hampir 52.7 darjah Celcius

di bawah sifar! Ini adalah suhu tersejuk yang pernah dicatat di

mana­mana pun di muka planet ini.

http://panduanpercuma.info/tahukah/949/fakta­menarik­

tahukah­anda/

Page 15: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

jangan pernah kita merasa putus asa..

kerana ujian ALLAH itu untuk keimanan kita

terhadapNya..

berbanggalah kerana dengan ujian itulah

tanda Allah sayang kepada kita..

jika merasa sendiri..

ALLAH telah berpesan kepada kita bahawa....

sesungguhnya Dia bersama dengan

hambaNya..

mengapa kita ragu lagi..

sedangkan surat CINTANya untuk kita telah

DIA utuskan kepada kekasihNya,,

dan kini,

surat cinta itu ada pada kita..

maka bukalah..bacalah..

AL QURAN dan memahami isi kandungannya.

menadah tangan dengan niat bermunajat dan mengadupadaNya satu kehebatan dikau telah lakukan..

sujud merendah diri kepada Nya satu perhambaan dikaukepadaNya..

dikau mengagumi kecantikan, keindahan yangdiciptakanNya..

katakan SUBHANALLAH pada setiap inci yang dikauperlihatkan...

semuanya dari pada DIA..siapakah DIA?

ALLAH. ALLAH.. ALLAH..DIA yang menurunkan AL­QURAN kepada MUHAMMAD S.A.W  untuk dijadikan panduan hidup setiap ummahNya..

AL­QURAN yang suci..di ajarkan kita pelbagai bentuk syariat, akhlak, muamalat..

semuanya indah...ALLAHUAKBAR..

jadi..mengadulah setiap masalah mu kepadaNya...

DIA maha mendengar...DIA maha pengasih..

menangisah kepadaNya...sahabat.. jadi keluhkan permasalahan mu..

ujian yang didatangkan penuh dengan hikmahdariNya..UNTUK..

menguji keimananmu kepada ALLAHU RABBI...

Sumber :Blog Penyejuk Hati

Segmen renungan Oleh: Norasma Majid14

Siapakah Dia?

Allah bersama kita

Dalam hadis Abdul Aziz bin Abi Rawwad secaramursal, dari Rasulullah shallallaahu ’alayhi wasallambahwa beliau bersabda: “Sesungguhnya qalbu-qalbuini berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Ada

yang bertanya: “Lalu apakah yang bisamenghilangkan karat tersebut wahai Rasulullah?”Beliau berkata: “Membaca kitab Allah dan banyak

berzikir kepada-Nya”.

Sumber:

Risaalah Fii Dzammi Qaswatil Qalbi, karangan Ibnu Rajab Al­Hanbaliy

Majalah AKHWAT Edisi Perdana (Vol.1/2010/1431)

Kalbu yangberkarat

Sumber: Blog Pen

yejuk Hati

Page 16: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

Sedarlah wahai hamba ALLAH..Digulung hari demi hari, bulan, dan tahun tanpa

terasa.

Nafas kita terus berjalan seiring jalannya waktu,setia menuntun kita ke pintu kematian..

Sebenarnya dunialah yang makin kita jauhi dan liangkuburlah yang makin kita dekati.

Satu hari berlalu, berarti satu hari pula berkurangumur kita.

Umur kita yang tersisa di hari ini sungguh tak ternilaiharganya, sebab esok hari belum tentu jadi bagian

dari diri kita.

Karena itu,jika hari berlalu tapi tiada Kebaikan dan Kebajikanyang kita lakukan maka akan keringlah batin kita.

Jangan tertipu dengan usia muda, karena syaratuntuk mati tidaklah harus tua.

Jangan terperdaya dengan badan sehat, karenasyarat untuk mati tidak pula harus sakit.

Teruslah berbuat baik... berkata baik...!

Kritisi semua yang tidak baik.

Walau tak banyak orang yang mengenalimu,

tapi kebaikan dan kebajikan yang kita lakukanlahyang akan menuntun kita pada kebahagiaan, dan

akan dikenang oleh mereka yang kita tinggalkan...

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepadamanusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambangkelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati.2.Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah

pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri,kesalahan keterlanjuran itu dan berazamlah tidakmengulanginya lagi.

3 Kesenangan dan kemewahan selalunya membawakepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan danpenderitaan itu, selalunya membawa kekecewaandan putus asa, kecuali orang yang mukmin.4. Di antara tanda-tanda orang-orang yang

sombong itu cepat melahirkan sifat marah, sukamemotong percakapan orang, suka bermujadalahyakni bertegang leher, nampak di mukanya rasatidak senang jika ada orang yang lebih darinya di

satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantangditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di ataskesalahan.

5. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa dirikita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilahakan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut,

hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.6 Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagikebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan

Sumber :BLOG CAHAYA PURNAMA

BerbuatBaiklah...

SUMBER BLOG PENYEJUK HATI

PESANAN BERGUNAUNTUK KEHIDUPAN

Segmen renungan Oleh: Norasma Majid15

Alangkah indahkan orang yang berkata:Ingatlah kematian yang meruntuhkan kenikmatan

Dan persiapkan untuk kematian yang pasti akan tibaYang lain berkata:

Dan ingatlah kematian niscaya engkau mendapatkan ketenanganDalam mengingat kematian memutuskan angan-angan.

Sumber: www.islamhouse.com

Kata-kata

Renungan

Bersama

Page 17: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

Segmenaktiviti jabatan16

Sekitar Mini Lab Jabatan Farmasi 16 Februari 2016 

Aktiviti SPUM Jabatan Farmasi 

Indoor Games Jabatan Farmasi 24 Januari 2016

Oleh: Nooraini Omar & Tuan Umar

Page 18: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

Segmenaktiviti jabatan17

Kejohanan Boling Jabatan Farmasi 3 September 2016

Kejohanan Badminton Jabatan Farmasi 5 November 2016

Program Pementoran Jabatan Farmasi 2016

Page 19: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

Segmen sampaikan18 Oleh: Rozaimie Mohammad

07

Kepada: Warga UPA

Semalam kita ketawa bersama,riang ceria tanpa berduka,

damai tenang penuh bahagia

Daripada:Nasreen & Afiat

Kepada: Tn Hj Hasnan DSMK

Cantik sungguh sireh berlipat,Dibawa oleh sidara berempat,Pingat dapat pangkat pun

dapat,Kambing golek bila nak dapat.

Daripada: Warga UPA

Kepada: UPFTerima kasih kepada semua staffUPF kerana mengajar kami dan

membantu kami ketikamenyediakan ubat.

Halalkan segala ilmu yang telahdi beri kepada kami.

Tidak terbalas Jasa staff UPFterhadap kami, love u all.Daripada: Students PICOM

Kepada: En.HasrulSelamat berpindah ke rumah

baru, Semoga beroleh keceriaandan gembira selalu. Nanti

kenduri jangan lupa jemputkami.

Daripada: Anak Buah Lama

Kepada: Semua Sahabat UPDKSemoga semua staf UPDK

sentiasa dalam keadaan baikdan tergolong dalam insan

yang mulia,terpuji,ikhlas dalammenjalankan tugas.

Daripada: Syafiq Hasanudin

Kepada : Sahabat UPDK

Jadilah orang yang pandaimencari jalan kehidupan bukanmenjadi orang yang pandaimencari alasan dalam hidup.

Daripada: Rohani Ibrahim

Kepada: UPKD

Semua staf UPDK sentiasaseronok dan bijaksana

dalam menjalankan tugas.

Daripada: Norbaya Mohd Nor

Kepada : Tok Wan

Selamat kembali bertugas.Jangan sedih gantung raket.

Setiap yang berlaku adahikmahnya.

Daripada: Yang Prihatin

Kepada : UPFTerima kasih kepada semua stafUPF yang comel, hensem dan baikhati kerana memberi tunjuk ajarkepada kami. Terima kasih juga

menjaga kami,halalkansegala makan dan minum dansegala ilmu.Terima kasih untuk

semua.WE LOVE UPFDaripada: Students UiTM

Kepada: Semua Staff

Jadilah seperti tiada rotanakar pun berguna.

Daripada:Mohd Suhaidi

Kepada: Semau Staff“Tiada jalan yang mudahuntuk menjadi senang”,

selalu berdoa dan berusaha dansentiasa bersyukur dengan apa

yang ada.Daripada: Shahrul Amin

Kepada: Semua Staff

Assalammualaikum, bersyukurlahari ini supaya kita bolehbersyukur pada hari esok,sentiasa dapat bersyukur

disetiap hari yang mendatang.

Daripada: Zakiah Mohamed

07Kepada: Semua Staff

Semoga dilindungi dandirahmati oleh Allah SWT.

Daripada: Fauzi Hassan

Kepada: Anak Buah UPDK

Sentiasa "happy" sokmowalaupun sibuk dengan

tender. Terima KAsih semuatermasuk Pn. Maya.

Daripada: Pn. Asmalailey

Kepada: Everyone

Be nice to pharmacists andpharmacy assistant, becausewe can kill u with one mistake!Enjoy ur life.Just for laugh!

HAVE FUN!Daripada: Cute Star

Kepada: Semua Staff UFPLUcapan terima kasih dan

taniah tidak terhingga kepadasemua staff UFPL atas usahadan kerjasama mengekalkanprestasi baik unit. Semogasentiasa diberkati dan diredhai oleh yang MAHA ESA.

Daripada: Penyelaras

Kepada : Staff UPDK

Jangan berputus asa jikamenghadapi kesusahan, keranasetiap titis air hujan yang

jernih, berasal dari awan yanggelap

Daripada: Zulkefli Mamat

Kepada : Staff UFPL

I love being part of super bestand havoc team UFPL.Hopefully

we all can maintain thisbeautiful ukhwah and beproductive All times.TQ

Daripada: Angeli

Kepada : Semua Staff

Terima kasih atas segalasokongan dan tunjuk ajarsepanjang sesi praktikal disini.Semoga semua sihat dan

ceria selalu.Daripada: Pelajar Praktikal

Kepada : Semua Staff

INGAT kawan-kawan semuadunia ini Cumasementara,hanya

   akhirat yang kekal abadi!!

Daripada: Chef Ren

Page 20: 36,6/ /*-* FARMEDIA - h.usm.myii) Pemantauan troli kecemasan (iii) Pembekalan ubat life saving Perkhidmatan ini akan dikembangkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. UBAT Setakat

Segmen PERKEMBANGAN TERKINI19 Oleh: Rozaimie Mohammad

SENARAI STAF BARU JABATANFARMASI 2015/16 SENARAI STAF

JABATAN FARMASIYANG BERTUKAR 2015/16

SENARAI STAF JABATAN FARMASI YANG TELAH BERSARA/BERHENTI 2015/16

SENARAI PEGAWAI FARMASI PROVISIONAL 2015/16

NURUL ADIELA MAT NAWIU41

AMAAL FARHANA MOHAMEDU41

MOHD NAZMAN CHE RAZAKU41

MUHAMED SUHAIDI SULAIMANN17

MOHD RAFI MUSTAPHAC44

MOHD ROSMAWI MATH11

MOHD RUSLI YAKUBH11

MUJI ABDULLAHN17

HALIMATUN SAADIAH MOHD RAWEEN22

SHAWAL AHMAD SHAHU36

ISHAK ABDUL WAHABU32

BAHIAH MOHD MUHAYIDINC29

NOR ALIZAH ABDUL RAZAKU29

ASYRAF SUHAIMI MOHAMMAD HASBUL HADI MAJID MOHAMAD AMIR ASHRAF SHAMSUDDIN MOHAMMAD SYAFIQ MOHDSUHAIMI

NUR HIDAYAH ZAKARIA SITI ZULAIKHA YAMAN SITI SARAH HASSAN

NUR FIRDAUS ALIASN29