laporan pemantapan bersama pihak bpg, … word - kedap...ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap...

2
LAPORAN PEMANTAPAN BERSAMA PIHAK BPG, BPK, IPGMTAA, JPN PAHANG DALAM KELAS DEWASA BAGI IBU BAPA MURID ORANG ASLI DAN PERIBUMI(KEDAP) 2009. TEMPAT: SK PENDERAS, KUALA KRAU,TEMERLOH, PAHANG. TARIKH: 29 – 30 Julai 209 Jabatan Pengajian Melayu IPGM Tengku Ampuan Afzan sentiasa berusaha membantu meningkatkan literasi masyarakat peribumi dalam pendidikan. Usaha IPGMKTAA melalui program pemantapan Kelas Dewasa bagi Ibu bapa murid orang Asli dan Peribumi (KEDAP) di Sk. Penderas, Kuala Krau dengan melibatkan para pegawai dari Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Perkembangan Kurikulum, Institut Aminuddin Baki, JPN Pahang, PPD Temerloh, para pegawai dari JPN Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Kelantan serta pensyarah dari IPGM Sultan Abdul Halim, Sg Petani, IPGM Tunku Bainun, IPGM Temenggong Ibrahim merupakan satu gagasan memartabatkan kecemerlangan Pendidikan Peribumi. Aktiviti pemantapan yang dijalankan selama dua hari melibatkan seluruh warga sekolah Penderas, AJK PIBG, JKKK Kampung Penderas. Pembukaan majlis pemantapan dirasmikan oleh ADUN Jenderak manakala penutupan rasmi oleh Ahli Parlimen Kuala Krau. Dalam majlis tersebut, pengarah IPGMTAA, Yang Berbahagia Dato’Mazlan Mohamad menyatakan bahawa IPGMTAA sentiasa berusaha membantu masyarakat peribumi dalam meningkatkan kesedaran terhadap pelajaran. Dengan adanya kesedaran, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Usaha Kementerian Pelajaran melaksanakan program kelas dewasa merupakan satu usaha untuk memastikan kadar keciciran dapat dikurangkan. Menurut beliau lagi, peranan masyarakat peribumi sudah berubah dan berharap agar ibu bapa yang terlibat dalam kelas dewasa ini menanamkan semangat untuk meihat anak-anak mereka berjaya pada suatu masa nanti. Dalam pemantapan yang diadakan pada 29.7 sehingga 30.7.09 pelbagai program telah diadakan seperti; Hari Aktiviti 29.7.09(Rabu) 30.7.09(Khamis) Petang- Para pegawai pemantau disambut dengan paluang kompang. Program pemantapan kelas dewasa melibatkan semua para pegawai dari IPGM dan JPN di dalam kelas. Tujuan pemantauan adalah untuk melihat keberkesanan modul dan strategi yang digunakan. Mengadakan lawatan ke Pusat Penternakan Ikan Air Tawar di Perlok, Jerantut. Taklimat pembiakan ikan air tawar diberikan oleh pegawai Pusat Pembiakan Ikan yang bertugas. Persembahan kebudayaan diadakan iaitu, upacara berkhatan dan upacara perubatan masyarakat peribumi suku kaum Jahut diadakan. Malam- Solat Hajat diadakan di Surau Sekolah Sk Penderas, kemudian majlis pembukaan rasmi dijalankan. Persembahan kebudayaan oleh murid-murid Sk. Penderas. Pagi- Dimulakan dengan senaman poco-poco yang melibatkan semua peserta program Kelas Dewasa serta para pegawai yang terlibat dengan pemantauan. Sesi pengajaran diambil alih oleh para pensyarah IPGMKTAA.

Upload: dangphuc

Post on 07-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PEMANTAPAN BERSAMA PIHAK BPG, BPK, IPGMTAA, JPN PAHANG

DALAM KELAS DEWASA BAGI IBU BAPA MURID ORANG ASLI DAN

PERIBUMI(KEDAP) 2009.

TEMPAT: SK PENDERAS, KUALA KRAU,TEMERLOH, PAHANG.

TARIKH: 29 – 30 Julai 209

Jabatan Pengajian Melayu IPGM Tengku Ampuan Afzan sentiasa berusaha membantu

meningkatkan literasi masyarakat peribumi dalam pendidikan. Usaha IPGMKTAA melalui

program pemantapan Kelas Dewasa bagi Ibu bapa murid orang Asli dan Peribumi (KEDAP) di Sk. Penderas, Kuala Krau dengan melibatkan para pegawai dari Bahagian

Pendidikan Khas, Bahagian Perkembangan Kurikulum, Institut Aminuddin Baki, JPN

Pahang, PPD Temerloh, para pegawai dari JPN Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu, Kelantan serta pensyarah dari IPGM Sultan Abdul Halim, Sg Petani, IPGM

Tunku Bainun, IPGM Temenggong Ibrahim merupakan satu gagasan memartabatkan

kecemerlangan Pendidikan Peribumi. Aktiviti pemantapan yang dijalankan selama dua hari melibatkan seluruh warga sekolah Penderas, AJK PIBG, JKKK Kampung Penderas.

Pembukaan majlis pemantapan dirasmikan oleh ADUN Jenderak manakala penutupan

rasmi oleh Ahli Parlimen Kuala Krau.

Dalam majlis tersebut, pengarah IPGMTAA, Yang Berbahagia Dato’Mazlan Mohamad menyatakan bahawa IPGMTAA sentiasa berusaha membantu masyarakat

peribumi dalam meningkatkan kesedaran terhadap pelajaran. Dengan adanya kesedaran,

ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Usaha Kementerian Pelajaran melaksanakan program kelas dewasa merupakan satu usaha

untuk memastikan kadar keciciran dapat dikurangkan. Menurut beliau lagi, peranan

masyarakat peribumi sudah berubah dan berharap agar ibu bapa yang terlibat dalam kelas dewasa ini menanamkan semangat untuk meihat anak-anak mereka berjaya pada

suatu masa nanti.

Dalam pemantapan yang diadakan pada 29.7 sehingga 30.7.09 pelbagai program

telah diadakan seperti;

Hari Aktiviti

29.7.09(Rabu) 30.7.09(Khamis)

Petang- Para pegawai pemantau disambut dengan paluang kompang. Program pemantapan kelas dewasa melibatkan semua para pegawai dari IPGM dan JPN di dalam kelas. Tujuan pemantauan adalah untuk melihat keberkesanan modul dan strategi yang digunakan. Mengadakan lawatan ke Pusat Penternakan Ikan Air Tawar di Perlok, Jerantut. Taklimat pembiakan ikan air tawar diberikan oleh pegawai Pusat Pembiakan Ikan yang bertugas. Persembahan kebudayaan diadakan iaitu, upacara berkhatan dan upacara perubatan masyarakat peribumi suku kaum Jahut diadakan. Malam- Solat Hajat diadakan di Surau Sekolah Sk Penderas, kemudian majlis pembukaan rasmi dijalankan. Persembahan kebudayaan oleh murid-murid Sk. Penderas. Pagi- Dimulakan dengan senaman poco-poco yang melibatkan semua peserta program Kelas Dewasa serta para pegawai yang terlibat dengan pemantauan. Sesi pengajaran diambil alih oleh para pensyarah IPGMKTAA.

Suasana pembelajaran amat ceria dengan pembentukan kumpulan yang dibantu oleh pensyarah dalam membantu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Tengah hari- Majlis penutupan rasmi oleh Ahli Parlimen Kuala Krau.

Harapan Penyelaras Kelas Dewasa bagi Ibu bapa Masyarakat orang Asli dan

Peribumi(IPGMKTAA).

Atas rasa tanggungjawab dan terima kasih kepada semua pihak iaitu Ahli

Parlimen Kuala Krau, Adun Jenderak, Guru Besar,GP Kanan, semua guru dan staf

sokongan, staf kantin, AJK PIBG, Tok Imam, Tok Batin, peserta program KEDAP, murid-

murid di SK. Penderas melalui kerjasama yang diberikan.

Atas rasa kerjasama, kesepakatan dan terima kasih kepada YH. Dato Pengarah

IPGMKTAA, Tim Pengarah, Ketua Jabatan Pengajian Melayu, pensyarah kanan, para

pegawai dari Bahagian Pendidikan Khas, Pembangunan Kurikulum, IAB,JPN

Pahang,Perak, Terenggganu, Kelantan,Selangor, Negeri Sembilan,para pensyarah dari IPGMKTAA, IPGM Tunku Bainun,IPGM Sultan Abdul Halim, IPGM Temenggong Ibrahim,

IPGM Kota Bharu memberi komitmen yang padu dalam menjayakan pemantauan KEDAP

untuk Fasa 3 (2009) ini.

Usaha yang kita sama-sama bangunkan merupakan intipati pendidikan dalam membentuk masayarakat peribumi supaya bergerak seiring dalam arus pembangunan

negara. Mereka juga mempunyai tanggungjawab kebersamaan untuk memajukan negara

tercinta ini. “Kota Rome tidak dibina dalam sehari” sebagai satu wadah perangsang untuk kita bangun sederap, mara sepakat tanpa bertanya siapa aktornya, pelakonnya. Kita

bergerak sebagai satu pasukan dengan mempunyai visi dan misi yang sama. Kita

memberi galakkan kepada saudara peribumi kita dalam ilmu mengurus diri dan mengurus sistem. Ilmu mengurus diri yang tidak mencabut akar tradisi budaya mereka. Mereka

(masayarakat peribumi) dengan ‘mesra rimba’ diberi pendedahan secara literasi fungsian

yang berdasarkan kepada kehidupan mereka.

Hari ini, jika kita memikirkan dalam hening bening fikiran kita, kita percaya masayarakat orang Asli Peribumi boleh diubah persepsi mereka dalam pendidikan. Ini

kerana mereka tidak mengharapkan simpati tetapi berilah perhatian.

Sekian,

Penyelaras KEDAP.

Jabatan Pengajian Melayu