buku dalam majlis permainan pasaran … sumber peribumi dalam pembangunan sains dan teknologi demi...

1
Bil: 34 RABU, 21 MAC 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan promosi harga runtuh dari 15 Februari hingga 15 April 2007. Novel dewasa dan kanak-kanak, buku puisi, sastera dan buku terpilih dijual dengan harga RM1.00 hingga RM3.00. Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887. Pengarang: Muhd. Mansur Abdullah ISBN: 983-62-9359-0 Harga: RM33.00 Novel yang berlatarbelakangkan Kota Madrid, Sepanyol ini memaparkan kehebatan kisah cinta sejati antara dua orang penari balet gimnastik dan akro- batik, Antonio de Possa dengan Maria del Passa. Antonio de Possa kemudi- annya bertukar kerjaya dalam bidang sukan laga lembu sebagai metador. Walaupun beliau berjaya mencipta nama sebagai metador ternama nega- ra, namun timbul konflik dalam dirinya, kerana kerjaya baharunya itu dianggap sebagai pembunuh berlesen. Dia tidak sanggup lagi membunuh lembu jan- tan semata-mata untuk menghiburkan sejumlah penonton. Maria del Passa pula meskipun menyintai suaminya, Antonio de Possa, namun terpaksa meninggalkan suami- nya bertahun-tahun lamanya semata- mata untuk mengecapi kejayaan sebagai ratu balet dunia yang disegani. Mampukah mereka bersatu mere- dah ombak dan badai dalam melayari bahtera kehidupan bersama-sama? Ikutilah kesudahannya dalam novel yang amat menarik ini. DBP SETENGAH ABAD BH PILIH L1 21 emel MUNSYI Melambangkan bahasa kita mendapat tempat di dunia. 17 orang peserta luar dunia Melayu, menyertai Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Pemanfaatan Bahasa dan Sastera dalam Pembangunan Sains dan Teknologi Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin N ilai-nilai yang terdapat dalam bahasa dan sastera Melayu/ Indonesia perlu dijadikan pen- dorong utama kepada pembangunan sains dan teknologi. Usaha mem- pergiat kegiatan bahasa dan sastera Melayu juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan perkembangan- nya. Demikian antara rumusan yang dicapai hasil daripada perbincang- an sebanyak 16 kertas kerja dalam Seminar Bahasa dan Sastera yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 13 hingga 14 Mac lalu. Seminar ini diadakan bersempe- na Sidang ke-46 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Sidang ke-12 Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA). Di samping itu, MABBIM dan MASTERA juga perlu mengge- rakkan usaha menghasilkan produk Nusantara yang memanfaatkan baha- sa dan sumber intelektual peribumi melalui teknologi terkini agar ia men- jadi bahan global dan seterusnya men- corakkan arah aliran masa hadapan. Seminar yang bertemakan “Pemanfaatan Bahasa dan Sastera serta Sumber Peribumi dalam Pembangunan Sains dan Teknologi demi Kemajuan Bangsa Serumpun” telah dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Encik Ahmad Shabery Cheek. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mene- gaskan bahawa “sikap tidak endah kepada bahasa kebangsaan sendiri adalah paling bahaya dan menjadi punca pengabaian penggunaan baha- sa Melayu pada tempat dan waktu yang sewajarnya bahasa itu dipelihara maruahnya”. Tegasnya lagi, “kisah bahasa kebangsaan tidak diutamakan dalam majlis rasmi, kisah iklan dan papan kenyataan di tempat awam atau media massa yang tidak mengutama- kan bahasa kebangsaan, kisah me- syuarat yang bercampur aduk bahasa- nya dan seribu satu macam kisah mer- emehkan bahasa kebangsaan, jika di- biarkan, akan menanah dan akhirnya akan memberikan kesan yang cukup besar terhadap paparan identiti dan maruah bangsa kita”. Beliau turut melancarkan enam buah buku baharu terbitan DBP iaitu, Panduan Wacana Akademik: Teori dan Penerapan, Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media, Santun Berbahasa, Inti Sari Karya Klasik Jilid I, Kajian Bandingan Novel Sebelum Merdeka: Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Kajian Bandingan Cerpen Sebelum Merdeka: Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam. Seminar ini dihadiri oleh kira- kira 200 orang peserta dan pemben- tang kertas kerja dari dalam dan luar negara serta para perwakilan negara anggota dan rombongan nega- ra pemerhati sidang MABBIM dan MASTERA, Singapura. Perwakilan Indonesia diketuai oleh Dr. Dendy Sugono merangkap Kepala Pusat Bahasa, manakala Ketua Perwakilan Brunei Darussalam pula ialah Datuk Paduka Haji Mahmud Haji Bakyr dan Ketua Perwakilan Negara Pemerhati Singapura ialah Profesor Shaharudin Maarof. Sementara Per- wakilan Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah. Antara lain, seminar mengusulkan agar penamaan produk dalam bahasa Melayu perlu diusahakan supaya dike- nali di persada antarabangsa. Selain itu, pembentukan istilah dalam bahasa Melayu perlu diteruskan, dan peman- faatan kosa kata dialek negara ang- gota MABBIM, serta usaha pemasyara- katannya perlu ditingkatkan. Menerusi kertas kerja yang diben- tangkan, “Pembangunan Herba Tem- patan: Implikasi Terhadap konsep dan Istilah” oleh Dr. Zhari Ismail dari Universiti Sains Malaysia (USM), beberapa istilah padanan bahasa Melayu dikemukakan. Contohnya sebatian piawai (standards compounds) dan etnofarmakologi (ethnopharmacol- ogy) dalam bidang Farmakognosi dan Biologi. Seminar ini juga turut memper- lihatkan bahawa MABBIM dan MASTERA adalah satu bentuk diplo- masi kebudayaan yang telah menyum- bang terhadap persefahaman dan per- paduan serantau dan membuktikan peranan bahasa dan sastera Melayu/ Indonesia dalam pembangunan tama- dun Melayu Nusantara sebagai pe- nyalur budaya dan bahasa pengung- kapan intelektual peribumi. RASMI: Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Encik Ahmad Shabery Cheek semasa majlis pelancaran buku, disak- sikan oleh Ketua Perwakilan Malaysia, Indonesia dan Brunei. AMIGO POSSA Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Mengarang 10 KHIDMAT NASIHAT BAHASA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka mena- warkan Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) untuk menyelesaikan masa- lah bahasa yang merangkumi aspek ejaan Rumi dan Jawi, kata dan istilah, laras dan gaya bahasa, bahasa Melayu dalam visual iklan, penamaan prasarana, premis, pertu- buhan, tempat awam dan lain-lain, penyemakan bahasa dalam dokumen rasmi dan teks terjemahan. Waktu Perkhidmatan: Hari Isnin – Khamis 7.30 pagi -1.00 tengah hari 2.00 petang – 5.30 petang Hari Jumaat 7.30 pagi – 12.15 tengah hari 2.45 petang – 5.30 petang KNB boleh dihubungi melalui talian telefon 03-2148 1960/ 5887/ 5905/ 2139/ 1011, faksimile 03-2142 2029 atau layari laman web: http://www. dbp.gov.my. Permainan Berinformasi: Rumah Kita dan Dengarlah Sayang 11

Upload: votu

Post on 14-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU DALAM Majlis Permainan PASARAN … Sumber Peribumi dalam Pembangunan Sains dan Teknologi demi Kemajuan Bangsa Serumpun” telah dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian

Bil: 34 RABU, 21 MAC 2007

BUKUBAHARUDALAMPASARAN

PEMBERITAHUAN

Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP menawarkan promosi harga runtuh dari 15 Februari hingga 15 April 2007. Novel dewasa dan kanak-kanak, buku puisi, sastera dan buku terpilih dijual dengan harga RM1.00 hingga RM3.00.

Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat

7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Ahad dan Hari

Kelepasan Am9.00 pagi hingga 3.00 petang

Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.

Pengarang: Muhd. Mansur AbdullahISBN: 983-62-9359-0Harga: RM33.00Novel yang berlatarbelakangkan Kota Madrid, Sepanyol ini memaparkan kehebatan kisah cinta sejati antara dua orang penari balet gimnastik dan akro-batik, Antonio de Possa dengan Maria del Passa. Antonio de Possa kemudi-annya bertukar kerjaya dalam bidang sukan laga lembu sebagai metador.

Walaupun beliau berjaya mencipta nama sebagai metador ternama nega-ra, namun timbul konflik dalam dirinya, kerana kerjaya baharunya itu dianggap sebagai pembunuh berlesen. Dia tidak sanggup lagi membunuh lembu jan-tan semata-mata untuk menghiburkan sejumlah penonton.

Maria del Passa pula meskipun menyintai suaminya, Antonio de Possa, namun terpaksa meninggalkan suami-nya bertahun-tahun lamanya semata-mata untuk mengecapi kejayaan sebagai ratu balet dunia yang disegani.

Mampukah mereka bersatu mere-dah ombak dan badai dalam melayari bahtera kehidupan bersama-sama? Ikutilah kesudahannya dalam novel yang amat menarik ini.

DBP SETENGAH ABAD

BH PILIH L1 21 emel

MUNSYI

Melambangkan bahasa kitamendapat tempat di dunia.

17 orang peserta luar duniaMelayu, menyertai Pidato

Antarabangsa Bahasa Melayu.

Pemanfaatan Bahasa dan Sastera dalam Pembangunan Sains dan Teknologi

Oleh Siti Ruzaiha Mohd Riffin

N ilai-nilai yang terdapat dalam bahasa dan sastera Melayu/Indonesia perlu dijadikan pen-

dorong utama kepada pembangunan sains dan teknologi. Usaha mem-pergiat kegiatan bahasa dan sastera Melayu juga perlu dipertingkatkan agar seiring dengan perkembangan-nya. Demikian antara rumusan yang dicapai hasil daripada perbincang-an sebanyak 16 kertas kerja dalam Seminar Bahasa dan Sastera yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 13 hingga 14 Mac lalu. Seminar ini diadakan bersempe-na Sidang ke-46 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Sidang ke-12 Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA).

Di samping itu, MABBIM dan MASTERA juga perlu mengge-rakkan usaha menghasilkan produk Nusantara yang memanfaatkan baha-sa dan sumber intelektual peribumi melalui teknologi terkini agar ia men-jadi bahan global dan seterusnya men-corakkan arah aliran masa hadapan.

Seminar yang bertemakan “Pemanfaatan Bahasa dan Sastera serta Sumber Peribumi dalam Pembangunan Sains dan Teknologi demi Kemajuan Bangsa Serumpun” telah dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Encik Ahmad Shabery Cheek. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mene-gaskan bahawa “sikap tidak endah kepada bahasa kebangsaan sendiri adalah paling bahaya dan menjadi punca pengabaian penggunaan baha-sa Melayu pada tempat dan waktu yang sewajarnya bahasa itu dipelihara maruahnya”. Tegasnya lagi, “kisah bahasa kebangsaan tidak diutamakan dalam majlis rasmi, kisah iklan dan papan kenyataan di tempat awam atau media massa yang tidak mengutama-kan bahasa kebangsaan, kisah me-syuarat yang bercampur aduk bahasa-nya dan seribu satu macam kisah mer-emehkan bahasa kebangsaan, jika di-biarkan, akan menanah dan akhirnya akan memberikan kesan yang cukup besar terhadap paparan identiti dan maruah bangsa kita”.

Beliau turut melancarkan enam buah buku baharu terbitan DBP iaitu, Panduan Wacana Akademik: Teori

dan Penerapan, Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media, Santun Berbahasa, Inti Sari Karya Klasik Jilid I, Kajian Bandingan Novel Sebelum Merdeka: Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam dan Kajian Bandingan Cerpen Sebelum Merdeka: Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam.

Seminar ini dihadiri oleh kira-kira 200 orang peserta dan pemben-tang kertas kerja dari dalam dan luar negara serta para perwakilan negara anggota dan rombongan nega-ra pemerhati sidang MABBIM dan MASTERA, Singapura. Perwakilan Indonesia diketuai oleh Dr. Dendy Sugono merangkap Kepala Pusat Bahasa, manakala Ketua Perwakilan Brunei Darussalam pula ialah Datuk Paduka Haji Mahmud Haji Bakyr dan Ketua Perwakilan Negara Pemerhati Singapura ialah Profesor Shaharudin Maarof. Sementara Per-wakilan Malaysia diketuai oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah.

Antara lain, seminar mengusulkan agar penamaan produk dalam bahasa

Melayu perlu diusahakan supaya dike-nali di persada antarabangsa. Selain itu, pembentukan istilah dalam bahasa Melayu perlu diteruskan, dan peman-faatan kosa kata dialek negara ang-gota MABBIM, serta usaha pemasyara-katannya perlu ditingkatkan.

Menerusi kertas kerja yang diben-tangkan, “Pembangunan Herba Tem-patan: Implikasi Terhadap konsep dan Istilah” oleh Dr. Zhari Ismail dari Universiti Sains Malaysia (USM), beberapa istilah padanan bahasa Melayu dikemukakan. Contohnya sebatian piawai (standards compounds) dan etnofarmakologi (ethnopharmacol-ogy) dalam bidang Farmakognosi dan Biologi.

Seminar ini juga turut memper-lihatkan bahawa MABBIM dan MASTERA adalah satu bentuk diplo-masi kebudayaan yang telah menyum-bang terhadap persefahaman dan per-paduan serantau dan membuktikan peranan bahasa dan sastera Melayu/Indonesia dalam pembangunan tama-dun Melayu Nusantara sebagai pe-nyalur budaya dan bahasa pengung-kapan intelektual peribumi.

RASMI: Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri, Encik Ahmad Shabery Cheek semasa majlis pelancaran buku, disak-sikan oleh Ketua Perwakilan Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Amigo PossA

Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Mengarang

10

KHIDMAT NASIHAT BAHASA DBP

Dewan Bahasa dan Pustaka mena-warkan Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) untuk menyelesaikan masa-lah bahasa yang merangkumi aspek ejaan Rumi dan Jawi, kata dan istilah, laras dan gaya bahasa, bahasa Melayu dalam visual iklan, penamaan prasarana, premis, pertu-buhan, tempat awam dan lain-lain, penyemakan bahasa dalam dokumen rasmi dan teks terjemahan.

Waktu Perkhidmatan: Hari Isnin – Khamis

7.30 pagi -1.00 tengah hari2.00 petang – 5.30 petang

Hari Jumaat7.30 pagi – 12.15 tengah hari2.45 petang – 5.30 petang

KNB boleh dihubungi melalui talian telefon 03-2148 1960/ 5887/ 5905/ 2139/ 1011, faksimile 03-2142 2029 atau layari laman web: http://www.dbp.gov.my.

Permainan Berinformasi: Rumah Kita dan Dengarlah Sayang

11