cetus budaya tidak sihat? - umexpert 178 sekolah dan ibu bapa yang menyatakan terdapat kes...

3
9/2/2015 Cetus budaya tidak sihat? Kesihatan Utusan Online http://www.utusan.com.my/gayahidup/kesihatan/cetusbudayatidaksihat1.130461 4/7 Cetus budaya tidak sihat? Vape bukan penyelesaian terbaik kawal ketagihan rokok OLEH NURSYAMIMI SAIDI | 01 September 2015 3:23 PM Penggunaan vape dalam kalangan masyarakat semakin menular terutamanya kepada golongan muda kerana dikatakan mampu mengawal ketagihan merokok. Namun, penggunaannya dilihat seakan-akan seperti ‘wabak’ kerana mereka yang tidak merokok juga menjadikannya sebagai lambang status sosial dan ikutan daripada orang sekeliling. Walaupun tidak ada peraturan khusus dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan buat masa ini dan terdapat percanggahan pendapat oleh pengamal perubatan, ulama dan individu, pengguna vape digesa menghentikan tabiat menghisap bahan tersebut sehingga status penggunaannya di negara ini dikeluarkan. Vape atau secara umumnya dikenali sebagai rokok elektronik (e-rokok) merupakan sejenis alat elektronik yang terdiri daripada bateri, alat pemanas, alat penakung cecair dan corong untuk menghisap. Apabila pengguna menghisap e-rokok ini, alat pemanas akan diaktifkan dan menyebabkan cecair di dalam penakung ini mengalami proses pengewapan tanpa sebarang proses pembakaran. Lazimnya, cecair yang digunakan di dalam penggunaan alat e-rokok ini mengandungi air, propanol glycol ataupun glycerine, perasa dan juga nikotin. Perkataan vape pula adalah daripada perkataan vapour atau proses pengewapan yang keluar akibat daripada pemanasan cecair di dalam takungan yang disebutkan. Menurut Pakar Ketagihan Merokok, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, penggunaan vape yang kini sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat negara ini, dilihat sebagai bukan kaedah yang terbaik bagi seseorang untuk berhenti merokok. Doktor ‘selfie’ berdepan tindakan tatatertib - Menteri Cetus budaya tidak sihat? Susu ibu terbaik Kaedah pembedahan akupuntur akan diperluas ke hospital lain Hubungan intim selepas kanser Memahami gaya atribusi Elak kematian mengejut Sihat tidak bermakna subur Rawatan kesuburan bantu pasangan peroleh zuriat Lebih 2,000 lelaki Malaysia hidap kanser paru-paru setiap tahun - Dr. Hilmi jom baca ... 0 Like 0 0 0 Google +

Upload: dokhue

Post on 09-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cetus budaya tidak sihat? - UMEXPERT 178 sekolah dan ibu bapa yang menyatakan terdapat kes pengumpulan dana untuk membeli, mencuri duit untuk membeli dan penjualan alatan seperti e-shisha

9/2/2015 Cetus budaya tidak sihat? ­ Kesihatan ­ Utusan Online

http://www.utusan.com.my/gaya­hidup/kesihatan/cetus­budaya­tidak­sihat­1.130461 4/7

Cetus budaya tidak sihat?Vape bukan penyelesaian terbaik kawal ketagihan rokok

OLEH NURSYAMIMI SAIDI  |  01 September 2015 3:23 PM

Penggunaan vape dalam kalangan masyarakat semakin menular terutamanyakepada golongan muda kerana dikatakan mampu mengawal ketagihan merokok.

Namun, penggunaannya dilihat seakan-akan seperti ‘wabak’ kerana mereka yangtidak merokok juga menjadikannya sebagai lambang status sosial dan ikutandaripada orang sekeliling.

Walaupun tidak ada peraturan khusus dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatanbuat masa ini dan terdapat percanggahan pendapat oleh pengamal perubatan, ulamadan individu, pengguna vape digesa menghentikan tabiat menghisap bahan tersebutsehingga status penggunaannya di negara ini dikeluarkan.

Vape atau secara umumnya dikenali sebagai rokok elektronik (e-rokok) merupakansejenis alat elektronik yang terdiri daripada bateri, alat pemanas, alat penakungcecair dan corong untuk menghisap. Apabila pengguna menghisap e-rokok ini, alatpemanas akan diaktifkan dan menyebabkan cecair di dalam penakung inimengalami proses pengewapan tanpa sebarang proses pembakaran.

Lazimnya, cecair yang digunakan di dalam penggunaan alat e-rokok inimengandungi air, propanol glycol ataupun glycerine, perasa dan juga nikotin.Perkataan vape pula adalah daripada perkataan vapour atau proses pengewapanyang keluar akibat daripada pemanasan cecair di dalam takungan yang disebutkan.

Menurut Pakar Ketagihan Merokok, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr.Amer Siddiq Amer Nordin, penggunaan vape yang kini sudah menjadi trend dalamkalangan masyarakat negara ini, dilihat sebagai bukan kaedah yang terbaik bagiseseorang untuk berhenti merokok.

Doktor ‘selfie’berdepan tindakantatatertib - Menteri

Cetus budaya tidaksihat?

Susu ibu terbaik

Kaedah pembedahanakupuntur akandiperluas ke hospitallain

Hubungan intimselepas kanser

Memahami gayaatribusi

Elak kematian mengejut

Sihat tidak bermaknasubur

Rawatan kesuburanbantu pasanganperoleh zuriat

Lebih 2,000 lelakiMalaysia hidap kanserparu-paru setiap tahun- Dr. Hilmi

jom baca ...

0Like 0  0  0Google +

Page 2: Cetus budaya tidak sihat? - UMEXPERT 178 sekolah dan ibu bapa yang menyatakan terdapat kes pengumpulan dana untuk membeli, mencuri duit untuk membeli dan penjualan alatan seperti e-shisha

9/2/2015 Cetus budaya tidak sihat? ­ Kesihatan ­ Utusan Online

http://www.utusan.com.my/gaya­hidup/kesihatan/cetus­budaya­tidak­sihat­1.130461 5/7

Ujarnya, sepuntung rokok mengandungi enam hingga 12 miligram nikotin tetapihanya satu ke dua miligram nikotin yang diserap, sebaliknya di dalam cecair e-rokokyang masih tiada sukatan peraturan yang ditetapkan, jumlah nikotin adalah berbeza-beza di antara enam hingga 24 miligram.

“Kami masih belum mengetahui status sebenarnya, dalam proses pengewapanberbanding dengan proses pembakaran, berapakah jumlah nikotin yang akandiserap oleh individu yang menghisap vape. Pada masa sama, tanpa apa-apapengawalan, jumlah nikotin yang tertera di bekas cecair e-rokok (jika ada) tidaksemestinya sama dengan jumlah yang dimasukkan di dalam cecair yang dijual.

“Bagaimanapun, kajian oleh rakan seperjuangan saya di Amerika Syarikat, ProfesorDiFranza, menunjukkan bahawa dengan menghisap satu rokok (1-2mg nikotin) bolehmenyebabkan seseorang individu ketagihan seumur hidup.

“Maka e-rokok yang mengandungi nikotin boleh menyebabkan proses yang samadalam jangka masa pendek dan panjang, akan tetapi kami masih mengharapkanlebih banyak kajian yang terperinci mengenainya,” katanya.

Ujar Dr. Amer Siddiq lagi, bagi pengguna rokok yang pada amnya menagih nikotin,penggunaan alatan ini mungkin lebih selamat memandangkan e-rokok tiada elemenpembakaran dalam prosesnya dan tidak timbul isu penggunaan tar.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa e-rokok mempunyai potensi untukmembantu penagih nikotin dari rokok biasa untuk berhenti, akan tetapi ada jugakajian yang menunjukkan bahawa penggunaannya yang diselang-selikan denganmerokok secara biasa maka proses berhenti selamanya tergendala.

Namun, bagi mereka yang telah diklasifikasikan sebagai perokok tegar,kebimbangan yang ada adalah dari segi peralatan dan cecair yang digunakan,kerana kedua-duanya tidak mempunyai jaminan keselamatan.

“Risiko jangka masa panjang bagi sedutan wap ini masih kurang kajiannyamemandangkan penggunaan e-rokok ini boleh dikatakan baru beberapa tahunbermula, maka boleh dikatakan pengguna mengambil risiko sendiri.

“Kandungan cecair yang digunakan juga tidak mempunyai jaminan bahawa tidakdimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti penggunaan ganjaatau dadah amfetamin yang boleh dimasukkan sebagai campuran di dalam vape.

“Di Amerika Syarikat, kajian terbaru penggunaan ganja di sana menunjukkanbahawa 9.7 peratus didapati menggunakan ganja dengan cara vape dan ini tentunyamembimbangkan memandangkan peralatan ini dijual dengan berleluasa diMalaysia,” katanya.

Dalam pada itu, kewujudan pelbagai perisa dan bau vape berjaya menarik perhatianwanita dan pelajar sekolah untuk turut mencuba.

Lebih membimbangkan, beliau turut menerima aduan daripada beberapa pihak,iaitu sekolah dan ibu bapa yang menyatakan terdapat kes pengumpulan dana untukmembeli, mencuri duit untuk membeli dan penjualan alatan seperti e-shisha yangrupa dan penggunaannya sama seperti e-rokok.

Pendapatnya turut disokong oleh Pakar Perubatan Keluarga, Pusat PerubatanUniversiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Rashidi Mohamad, yang berkata,kandungan vape yang diadun menjadi pelbagai perisa juga mengundang risikosangat tinggi kerana pengguna tidak mengetahui bahan campuran yang digunakan.

“Pada masa sekarang penggunaan cecair e-rokok ini hanya berlandaskankepercayaan pengguna kepada pembancuh. Tanpa sebarang peraturan, maka tiadajaminan akan kesahihan ramuan yang digunakan.

“Pada masa ini, belum ada akta dalam pengawalan e-rokok. Akta makanan yangmelibatkan isu kawalan tembakau juga tidak boleh digunapakai selagi tidak digubal.Saya sangat mengharapkan penggubalan undang-undang dapat dibuat dalam masaterdekat memandangkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam telahpun mengatakan akan adanya keputusan dalam masa dua bulan lagi,” katanya.

Ditanya mengenai penularan gejala ini kepada pelajar sekolah, beliau menyuarakankebimbangan terhadap pendedahan nikotin kepada kanak-kanak yang bolehmenyebabkan ketagihan.

“Ini adalah sama seperti pendedahan kepada nikotin dalam rokok. Dalam soal ini,ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka tidak mengambil risiko yang boleh

Parasit pada kantasentuh

Waspada bahaya ubatketika hamil

Tekan tubi guna bolaperubatan

KPDNKK digesapantau hospitalswasta kenakan cajtinggi

Bapa jaga anak komadua tahun perlubantuan

Rokok elektronikvapor dikhuatiripenyebab kanser

Mengiklan makanantambahan sebagaiubat satu kesalahan

Seni buat parang dansarung

Rancang kehamilanelak risiko

Golongan antivaksinmenjerat anak

Reduced fares until 18September. See our DreamDeals at KLM.com

KLM flights on sale

www.klm.com/dreamdeals

Page 3: Cetus budaya tidak sihat? - UMEXPERT 178 sekolah dan ibu bapa yang menyatakan terdapat kes pengumpulan dana untuk membeli, mencuri duit untuk membeli dan penjualan alatan seperti e-shisha

9/2/2015 Cetus budaya tidak sihat? ­ Kesihatan ­ Utusan Online

http://www.utusan.com.my/gaya­hidup/kesihatan/cetus­budaya­tidak­sihat­1.130461 6/7

Cetus budayatidak sihat?

Elak kematian mengejut

Julap, rakanketika puasa

Cegah ulsermulut daripadaberlarutan

Tangani punca histeria

Saringan awalbuah pinggang

Khasiat teh hijaukepada tubuh

Beg beratundang bahaya

Elak bayi, kanak-kanak tersedak

Pesakit jantungperlu elakkesesakan trafik

memudaratkan kesihatan dan nyawa anak mereka.

“Program–program kesedaran di peringkat sekolah juga harus di perkenalkansupaya anak-anak kita tidak mudah dipengaruhi untuk berjinak dengan e-rokok,”ujarnya,

Saranan Dr. Rashidi kepada mereka yang mahu berhenti merokok, agarmendapatkan bantuan di klinik kesihatan atau klinik swasta yang menawarkanrawatan berhenti merokok dengan penggunaan ubat-ubatan seperti TerapiPenggantian Nikotin (NRT).

“Ubat-ubatan ini digunakan untuk mengurangkan simptom tarikan yang diikutidengan bantuan kaunseling sepanjang tempoh program berhenti merokok.

“Terdapat banyak kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan NRT bersama-sama dengan bantuan kaunseling adalah yang terbaik untuk membantu seseorangberhenti merokok,” katanya.

artikel berkaitan

Khalwat:UstazSharhankena warantangkap

Tidakmalukahkamu?

PesertaBersih 4.0biadab

DAP kuasaiperhimpunanharam

PeninjuMuay Thaimangsapanas baranTasha Shilla

Tun Mmuncul diDataranMerdeka

popular

Widget Geng-geng Utusan Online

Insuran Takaful dari RM10Individu, Keluarga & Warga Emas. Pampasan hinggaRM1,000,000

Ragam Sambutan HariKebangsaan 2015

Azhael - Sehati, sejiwa danseirama

Hino Malaysia donates aHino truck to Malaysia RedCross/Crescent

Hari Kebangsaan 2015menzahirkan perasaan'Sejati Sejiwa'

Geng­geng Utusan Online