pck 3

23
PCK 3 : TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI & TENAGA TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI NurSyazwani Adang Nur Syazwani Khamis Nur Syakirah Mohd Nafis Nur Amirah Hamzah

Upload: nur-amirah-hamzah

Post on 31-Oct-2014

61 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tenaga boleh diperbaharui & tenaga tak boleh diperbaharui

TRANSCRIPT

Page 1: pck 3

PCK 3 : TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI & TENAGA TIDAK

BOLEH DIPERBAHARUINurSyazwani Adang

Nur Syazwani KhamisNur Syakirah Mohd Nafis

Nur Amirah Hamzah

Page 2: pck 3

Tenaga boleh diperbaharui

Tenaga suria/solar

Tenaga angin

Tenaga air/kuasa

hidro

Bahan bakar biojisim

Tenaga tidak boleh

diperbaharui

Minyak & hasil

petroleum

Gas asli

Arang batu

Page 3: pck 3

Tenaga Boleh Diperbaharui

• Sumber – sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga ini akan kekal selamanya walaupun kita berterusan menggunakannya.

Page 4: pck 3

Tenaga Suria/Solar• Sinaran – sinaran Matahari (radiasi suria) yang sampai ke Bumi. Tenaga

ini boleh ditukarkan menjadi bentuk tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik.

• Apabila ia ditukarkan kepada tenaga haba, tenaga suria boleh digunakan untuk :- Memanaskan air – digunakan di rumah, bangunan atau kolam

renang- Memanaskan ruang – di dalam rumah, rumah hijau dan

bangunan – bangunan lain.

• Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam dua cara :- Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’ - Loji Kuasa Suria

Page 5: pck 3

• Alat Voltan Foto (PV) atau ‘sel – sel suria’ - menukarkan cahaya Matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap sel suria dikumpulkan menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari sel – sel kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam, sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi beberapa ekar.

• Loji Pengumpulan Kuasa Suria

- Loji Pengumpulan Kuasa Suria menjana elektrik dengan menggunakan haba daripada pengumpul terma suria untuk memanaskan cecair yang mana akan menghasilkan stim memberi kuasa kepada generator.

- Loji Kuasa Terma Suria

Loji Kuasa Terma Suria menggunakan sinaran Matahari untuk memanaskan cecair ke satu suhu yang amat tinggi. Cecair itu kemudiannya dialirkan menerusi paip, oleh itu ia boleh memindahkan habanya kepada air untuk menghasilkan stim. Stim ditukarkan kepada tenaga mekanikal atau kinetik dalam turbin dan kemudian kepada elektrik oleh generator yang disambungkan kepada turbin.

Page 6: pck 3

LOJI PENGUMPULAN KUASA SURIA

SEL-SEL SURIA

LOJI KUASA TERMA SURIA

Page 7: pck 3

Tenaga Angin

• Angin adalah udara yang bergerak. Ini terjadi oleh pemanasan permukaan Bumi yang tidak sama oleh Matahari. Disebabkan permukaan Bumi terdiri daripada pelbagai jenis bentuk muka bumi dan air, ia menyerap haba cahaya Matahari pada kadar yang berbeza – beza. Satu contoh menunjukkan berlakunya pemanasan tidak sekata ini ialah kitaran angin semula jadi.

Page 8: pck 3

Kitaran Angin Semulajadi

• Ketika waktu siang, udara pada permukaan darat menjadi panas lebih cepat berbanding udara pada permukaan air. Udara panas pada permukaan darat mengembang dan bergerak ke atas, kemudian udara yang lebih berat dan lebih sejuk dengan pantas mengisi ruang yang ditinggalkan, ini yang menyebabkan berlakunya angin. Pada waktu malam, prosesnya adalah terbalik kerana udara pada permukaan darat lebih cepat menjadi sejuk berbanding udara pada permukaan air.

Page 9: pck 3

Tenaga Angin Menjana Elektrik • Petani telah menggunakan tenaga angin selama beberapa tahun untuk

mengepam air dari perigi menggunakan kincir angin.• Angin juga digunakan untuk memusingkan batu pengisar untuk mengisar

gandum atau biji jagung.• Ladang Turbin Angin

- Angin juga digunakan untuk menghasilkan elektrik. Angin yang bertiup (tenaga kinetik) akan memusing bilah kipas pada turbin angin.

- Bilah kipas akan menggerakkan gandar yang disambungkan pada generator yang akan menghasilkan tenaga elektrik.

- Setelah elektrik dihasilkan oleh turbin, elektrik dari seluruh ladang angin akan dikumpulkan dan dihantar ke transformer. Voltan akan ditambahkan untuk dihantar melalui kabel berkemampuan tinggi.

Page 10: pck 3

LADANG TURBIN ANGIN

Page 11: pck 3

Tenaga Kuasa Hidro

• Janakuasa hidroelektrik digunakan untuk menjana elektrik di kebanyakan negara di dunia.

• Jumlah tenaga yang ada pada air yang bergerak ditentukan oleh aliran atau terjunannya. Kederasan air yang mengalir dalam sungai yang besar, membawa suatu tenaga yang besar dalam alirannya. Air yang jatuh atau terjun dengan laju dari satu titik yang tinggi, juga mempunyai banyak tenaga dalam alirannya. Ini dipanggil sebagai tenaga keupayaan.

Page 12: pck 3

• Apabila air mengalir menerusi saluran paip (tenaga keupayaan), kemudian menolak dan memusingkan bilah turbin (tenaga kinetik) untuk memutarkan generator bagi menghasilkan elektrik (tenaga elektrik). Dalam sistem sungai yang mengalir, daya arus berpunca dengan adanya, sementara dalam sistem simpanan air, air dikumpulkan di dalam takungan membentuk empangan, kemudian dilepaskan untuk menjana elektrik.

Page 13: pck 3

Tenaga Biojisim

• Biojisim ialah bahan organik diperbuat daripada tumbuhan dan haiwan. Biojisim mengandungi tenaga tersimpan daripada Matahari. Tumbuhan menyerap tenaga Matahari melalui satu proses yang dipanggil sebagai fotosintesis. Tenaga kimia dalam tumbuhan dipindahkan kepada haiwan dan kemudian kepada manusia apabila manusia memakannya.

• Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan rumah.

Page 14: pck 3

SUMBER BIOJISIM

Hasil tanaman seperti jagung dan tebu boleh difermentasikan menghasilkan etanol. Biodiesel, satu lagi bahan bakar kenderaan, boleh dihasilkan daripada tinggalan produk makanan seperti minyak sayuran dan lemak haiwan.

Bahan – bahan yang berbau, seperti sampah yang mereput, dan bahan buangan pertanian dan bahan buangan oleh manusia, membebaskan gas metana (gas bahan buangan/biogas)

Kayu dan bahan buangan kayu digunakan oleh industri, penjanaan kuasa elektrik, dan perniagaan komersial dan di rumah untuk pemanasan dan memasak.

Sampah (bahan buangan sisa pepejal) mengandungi bahan biojisim seperti kertas, kadbod, skrap makanan dan bahan bukan biojisim yang mudah terbakar seperti plastik dan bahan sintetik yang diperbuat daripada petroleum.

Page 15: pck 3

Tenaga Tidak Boleh Diperbaharui

• Terhasil dari tanah adalah cecair, gas dan pepejal. Minyak mentah (petroleum)adalah satu – satunya bahan bakar yang tidak boleh diperbaharui yang komersial yang terdapat dalam bentuk cecair. Gas asli dan propana selalunya gas dan arang batu adalah pepejal.

• Semuanya adalah bahan bakar fosil kerana ia terbentuk daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam berjuta – juta tahun yang lalu.

Page 16: pck 3

PROSES PEMBENTUKAN MINYAK &GAS ASLI

Page 17: pck 3

Minyak & Hasil Petroleum

• Kegunaan :--Bahan bakar kapal terbang, kereta, dan lori, -Menghasilkan ubat – ubatan dan produk – produk plastik.

• Produk – produk petroleum menghasilkan pengeluaran berikut apabila ia dibakar sebagai bahan bakar :-Karbon dioksida (CO2) -Karbon monoksida (CO) -Sulfur dioksida (SO2) -Nitrogen oksida (NOX) -Plumbum dan pelbagai gas toksik

Page 18: pck 3

Gas Asli

• Untuk menghasilkan keluli, kaca, kertas, pakaian, batu bata, elektrik dan sebagai bahan mentah penting dalam penghasilan pelbagai produk. Contohnya, cat, baja, plastik, bahan anti-beku, pewarna, filem fotografik, ubat – ubatan dan bahan letupan.

• Digunakan di rumah untuk menyalakan dapur, pemanas air.

Page 19: pck 3

Arang Batu

• Menjana elektrik. Ia digunakan sebagai sumber tenaga utama dalam kebanyakan industri seperti industri keluli, simen dan kertas.

• Kandungan bahan arang batu (seperti metanol dan etilena) digunakan dalam membuat plastik, serat sintetik, baja dan ubat – ubatan.

• Membuat keluli. Ia dibakar di dalam relau untuk membentuk kok (hampas arang batu), yang mana ia digunakan untuk melebur bijih besi menjadi besi yang diperlukan dalam pembuatan keluli. Suhu yang amat tinggi hasil penggunaan kok yang memberi keluli kekuatan dan sifat fleksibel untuk membina jambatan, bangunan dan kenderaan.

Page 20: pck 3

PROSES PEMBENTUKAN ARANG BATU

Page 21: pck 3

Peranan Individu Dalam Mengurangkan Pembaziran Tenaga

• Kitar semula• Matikan lampu dan televisyen atau lain peralatan elektrik

apabila tidak menggunakannya.• Jangan biarkan tingkap atau pintu luar terbuka apabila

penghawa dingin dihidupkan.• Apabila keadaan di luar adalah hari yang panas, jemur baju

di luar daripada menggunakan alat pengering.• Jangan biarkan air menitik di pili air. Periksa setiap sinki dan

bilik air di dalam rumah untuk kebocoran. Kebocoran membazirkan air. Kebocoran pili air panas membazir air dan tenaga.

Page 22: pck 3

• Matikan alat pengering pinggan mangkuk sebaik sebelum kitaran pengeringan dan biarkan udaranya kering.

• Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka. • Gunakan mentol lampu pendarfluor kompak

berbanding lampu pijar. Mentol lampu pendarfluor kompak yang mana menggunakan kurang tenaga berbanding mentol pijar untuk menghasilkan jumlah cahaya yang sama