pck 10

Upload: tika-ronny

Post on 19-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sce3110

TRANSCRIPT

PendahuluanAstronomi (dikenali sebagai Ilmu Falak dari segi bahasa etimologi membawa maksud peraturan bintang) merupakan cabang sains yang melibatkan pembelajaran jasad cakerawala (seperti bintang, planet, komet-komet, nebula, gugusan bintang dan galaksi) yang menghasilkan fenomena-fenomena yang berasal dari luar atmosfera bumi. (seperti sinaran latar belakang kosmik) Astronomi juga sering dikaitkan dengan astrofizik.Astronomi merupakan cabang sains di mana amatur masih memainkan peranan penting, khususnya dalam menemukan dan mencerap Fenomena perantaraan. Ini berbeza dengan astrologi, pseudosains yang cuba untuk meramal takdir seseorang dengan mengikuti pergerakan planet dan bintang. Walaupun kedua bidang mempunyai asal yang sama, mereka adalah berbeza dari segi astronomi menggunakan kaedah saintifik, sementara astrologi tidak mempunyai asas sains.Entimologi Astronomi adalah istilah yang berasal dari bahasa Inggeris astronomy, sebenarnya berpunca dari perkataan Yunani, iaitu astro ()=star/bintang dan -nomy daripada nomos () = law/culture/peraturan membawa maksud peraturan bintang - "law of the stars"Sejak zaman dahulu lagi manusia telah menunjukkan minat terhadap bintang-bintang dan planet. Mereka cuba memahami angkasa lepas dan kaitannya dengan kehidupan manusia. Sebagai contohnya Stonehenge yang dibina di England kira-kira 5,000 tahun yang lalu, dan juga Piramid Maya di Amerika Tengah, dipercayai telah digunakan untuk mengkaji bagaimana pergerakan bulan dan matahari di langit. Perkembangan kajian astronomi bolehlah diklasifikasikan melalui dua zaman iaitu zaman kuno hinggalah zaman moden.Astronomi bermaksud "ilmu bintang" (dalam bahasa Yunani) iaitu ilmu yang melibatkan pengamatan dan penjelasan kejadian yang terjadi di luar Bumi dan atmosferanya.ZAMAN KUNOManusia zaman batu.Manusia melakarkan ukiran-ukiran yang berbentuk matahari , bulan dan bintang-bintang di dinding-dinding gua tempat tinggal mereka. Mereka mempercayai bahawa semua pergerakan objek-objek di langit mempunyai kaitan dengan kejadian di Bumi dan kehidupan manusia.Gerhana matahari dianggap sebagai seekor naga yang memakan matahari.Bunyi guruh yang kuat adalah untuk menakut-nakutkan naga.Mereka percaya Bumi berbentuk rata.Tamadun Babylon.Mereka telah mengkaji tentang pergerakan bintang-bintang dan gerhana matahari apabila bulan bergerak di antara bumi dan matahari dan berlakunya kegelapan.Menentukan kedudukan matahari, bulan dan lima bintang-bintang utama.Menamakan planet-planet berdasarkan nama Tuhan mereka:-Nerg (Marikh), Marduk(Musytari). Mencipta ramalan 12 zodiak yang masih digunakan sehingga kini.Tamadun India KunoSekitar tahun 500 SM, Aryabhata melahirkan sistem matematika yang menegaskan bumi berputar pada paksinya. Membuat perkiraan mengenai lingkaran dan diameter bumi Brahmagupta (598 - 668) menulis teks astronomi yang berjudul Brahmasphutasiddhanta pada 628.Astronom pertama yang menggunakan aljabar untuk memecahkan masalah-masalah astronomi.TAMADUN GREEKPercaya Bumi,bulan dan matahari berbentuk sfera. Menjumpai 4 jenis buruj yang dinamakan dengan nama Greek iaitu Hercules, Perseus,Cassiopeia, dan Cygnus. Claudius Ptolemy percaya bahawa bumi merupakan pusat kepada sistem suria .Dia juga percaya matahari, bulan dan semua planet beredar mengelilingi bumi. TAMADUN ARABAstronomi merujuk kepada ilmu falak iaitu kajian tentang bintang-bintang dan alam semesta.Penciptaan batu jam, memperjelaskan pergerakan bulan dan matahari (ibni Yunus).Al Battani membina sebuah pusat kajian cakerawala, mengira perjalanan cakerawala (kajian tentang pergerakan bintang).Tamadun CinaAstronomi di Cina digunakan untuk mengatur waktu. Sekitar tahun 4000 SM orang-orang Cina menggunakan kalender lunisolar. Namun, kerena putaran matahari dan bulan berbeza, para ahli astronomi Cina sering menyiapkan kalender baru dan membuat pemerhatian .

Tamadun Islam ( kurun ke-9 dan kurun ke-11)Zaman kegemilangan astronomi Islam kemuncak dibawah pentadbiran Khalifah Al-Rashid dan anaknya Al-Mamun. Antara tahun 813 dan 833, Khalifah Al-Mamun telah menapakkan satu perpustakaan yang terbesar sejak zaman Alexandria, yang dipanggil The House of Wisdom. Juga telah mengasaskan satu balai cerap tetap yang pertama di dunia.Astronomi berkembang begitu pesat pada masa keemasan Islam (8 - 15 M). Karya-karya astronomi Islam kebanyakan ditulis dalam bahasa Arab dan dikembangkan para ilmuwan di Timur Tengah, Afrika Utara, Spanyol dan Asia Tengah. Bukti dan pengaruh astronomi Islam yang cukup signifikan adalah penamaan sejumlah bintang yang menggunakan bahasa Arab, seperti Aldebaran dan Altair, Alnitak, Alnilam, Mintaka (tiga bintang terang di sabuk Orion), Aldebaran, Algol, Altair, Betelgeus.Astronomi Islam juga mewariskan beberapa istilah yang masih digunakan hingga kini seperti alhidade, azimuth, almucantar, almanac, denab, zenit, nadir, dan vega. Al-Khawarizmi, banyak membuat jadual untuk digunakan menentukan saat terjadinya bulan baru, terbit-terbenam matahari, bulan, planet, dan kejadian gerhana. Al-Batanni banyak telah mencerap langit dari Syria dan telah membuat beberapa ukuran pada kepersisan yang amat tinggi dan membuktikan kemungkinan gerhana matahari tahunan Membuat kiraan secara lebih tepat sudut lintasan matahari terhadap bumi berkaitan lamanya setahun matahari iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 detik.Al-Battani mengusulkan teori baru untuk menentukan keadaan/bentuk fasa-fasa bulan . Beliau juga berhasil mengubah sistem pengiraan sebelumnya yang membahagi satu hari kepada 60 (jam) menjadi 12 (12 jam), dan setelah ditambah 12 jam waktu malam sehingga berjumlah 24 jam.Beliau berhasil menentukan perkiraan awal bulan baru, perkiraan panjang matahari, dan memperbetulkan hasil kerja Ptolemeus mengenai orbit bulan dan planet-planet tertentu. Dia juga mengambil kesempatan untuk mengasaskan satu katalog mengandungi 489 bintang-bintang.( 994 SM ), pakar astronomi Al-Khujandi, yang berasal dari Tadjikistan (nama sekarang), telah mencipta satu sextant dinding yang amat besar di Balai Cerap Ray berhampiran dengan Tehran. Ia merupakan satu alat yang pertama yang membolehkan sudut diukur dengan lebih jitu. Alat ini digunakannya terutamanya untuk mengukur kecondongan dataran ekliptik dengan lebih jitu.Al-Sufi atau dikenali juga sebagai Azhopi menetapkan ciri-ciri bintang, memperbincangkan kedudukan bintang, jarak, dan warnanya. Ia juga ada menulis mengenai astrolabe (perkakas kuno yang biasa digunakan untuk mengukur kedudukan benda langit pada bola langit)Al-Biruni seorang lagi pakar astrolonimi Islam telah membuat perkiraan ukuran bumi dan membetulkan arah kota Makkah secara saintifik dari berbagai arah di dunia. dia terkenal bukan saja disebabkan usaha cerapan bulan dan gerhana, malahan juga pendekatan secara moden dalam kaedah eksperimennya terutamanya dalam analisis kiraan ralatnya dan juga kiraan Al-Khuja.Dalam kurun ke-11, seorang tokoh berbangsa Farsi bernama Omar Khayyam seorang penyajak dan ahli astronomi telah mencipta jadual astronomi baru yang istimewa disebabkan ukuran tahun solar pada tahap kepersisan yang tertinggi buat masa itu.Perkembangan Ilmu Astronomi Pada Zaman ModernNocolaus Copernicus (1473-1543 ) adalah seorang ahli astronomi yang telah mengarang buku yang menyatakan bahawa Matahari adalah pusat sistem solar dan bukannya bumi seperti yang didakwa olehPtolemy. Walaubagaimanapun buku tersebut telah diharamkan pada tahun 1835. Tycho Brahe (1546-1601 ) pula adalah seorang astronomi dari Denmark , telah meletakkan semula bumi sebagai pusat sistem suria. Walaupun pendapat itu salah tetapi beliau telah dapat membuat kajian dan pengiraan yang tepat tentang bintang ,planet dan komet. Johannes Kepler (1571-1630 ) seorang ahli matematik German telah meletakkan Matahari sebagai pusat sistem suria dan menetapkan 3 hukum pergeakan planet-planet yang masih digumakan hingga hari ini.Galileo Galilei (1564 1642) seorang berbangsa Itali yang mahir dalam ilmu matematik telah berjaya membuktikan bahawa Matahari adalah pusat sistem suria yang sebenarnya. Beliau telah berjaya membuat menemukan 4 satelit gergasi semulajadi planet musytari dan juga tompokan pada matahari. Pada tahun 1602 Galileo telah membuat lukisan pertama tentang gambaran permukaan bulan. Beliau juga adalah orang pertama yang menggunakan teleskop di mana lensa yang diciptanya boleh membuat 30 kali pembesaran objek yang diteropong. Bukunya Two New Sciences telah menjadi bahan rujukan kepada kebanyakan ahli sains.Isaac Newton (1643-1727) seorang astronom juga seorang pakar matematik England, telah membuktikan bahawa melaui hukum graviti yang ditemuinya dapat menunjukkan bagaimana planet mengorbit matahari.Albert Einstein seorang saintis German yang sangat terkenal telah membuktikan pada tahun 1905 bahawa cahaya bergerak lebih laju dari semua objek di seluruh alam.Pada 1920an pula Edwin Hubble telah menemukan bahawa terdapat galaksi lain selain dari galaksi Bima Sakti. Beliau juga berpendapat bahawa alam semesta ini sebenarnya semakin mengembang.Pada tahun 1931 Karl Jansky telah menemui satu isyarat dari angkasa yang dipanggil gelombang radio. Ini menjadi teraju kepada kemajuan radio teleskop. 1957 bermulanya penjelajahan angkasa apabila buat pertama kalinya satelit ke angkasa lepas yang bernama Sputnik 1 telah dilancarkan oleh Russia. 1959 pula Luna 1 telah sampai ke bulan. 1961 Yuri Gagarin menjadi manusia pertama yang mengelilingi bumi di dalam kapal angkasa.1969 Neil Armstrong bersama Buzz Aldrin telah berjaya mendarat di bulan melalui kapal angkasa Apollo II dan menjadi manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan. 1962 sebuah probe kapal angkasa ( Mariner 2 ) telah di hantar ke Zuhrah bagi mendapatkan makumat tentangnya. 1973 probe kapal angkasa Pioneer -10 telah dihantar ke Musytari bagi tujuan yang sama. 1974-1975 sebuah probe kapal angkasa dari Amerika iaitu Mariner 10 telah berjaya menghantar 8000 keping gambar apabila melewati planet Utarid sebanyak 3 kali.1989 probe kapal angkasa Voyager 2 telah menghantar gambar-gambar yang terperinci tentang planet Neptun.1995 probe kapal angkasa Ulysses telah sampai ke matahari dan merekodkan angina dan medan magnet matahari.Pada 1997 sebuah kapal angkasa yang membawa kamera, radar dan peralatan pengesan telah di lancarkan ke Marikh supaya dapat menghantar maklumat ke bumi.PenutupNASA adalah sebuah badan yang bertanggungjawab di dalam penyeledikkan dan penerokaan angkasa lepas. Ia telah ditubuhkan pada 1958 dan sejak itulah penerokaan demi penerokaan dilakukan termasuklah misi pendaratan kapal angkasa Apollo di bulan, penghantaran stesyen angkasa Skylab dan Space Shuttle.Kemajuan dalam aeroangkasa terus berkembang dengan pembinaan Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan juga Space Craft Orion.Penemuan benda-benda luar angkasa seperti planet-planet baru dan galaksi-galaksi baru terhasil akibat daripada satelit-satelit NASA yang diterbangkan ke luar angkasa.Sebuah robot yang mampu menyelusuri dataran Mars telah dicipta dan Nasa Phoenix berhasil mendarat di Mars pada bulan Mei lalu. Dari sinilah diketahui bahwa planet Mars mampu dihidupi oleh manusia karena terdapat sumber air di dalamnya.Misi penghantaran probes angkasa tanpa manusia diteruskan dengan lebih meluas bagi membuat kajian yang lebih mendalam tentang angkasa lepas.3