pbs sejarah: perkembangan tingkatan 6 di smk sultan ismail

23
1 PENGENALAN Pengajian Tingkatan Enam mengambil masa selama setahun setengah. Tingkatan Enam dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail merupakan salah satu sekolah menengah yang menawarkan Tingkatan Enam di Johor Bahru. Dua jurusan Tingkatan Enam yang ditawarkan ialah kemanusiaan dan sains. Pada akhir Tingkatan Enam, pelajar akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa. Mulai tahun 2012 dan seterusnya, sistem modular baru akan menggantikan sistem terminal untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). SEJARAH PENUBUHAN SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail telah ditubuhkan pada tahun 1960. Pada awal penubuhannya, pelajar-pelajar sekolah ini terpaksa menumpang di beberapa buah sekolah lain di sekitar Johor Bahru. Pada tahun 1960, sebuah kelas Tingkatan Satu aliran Melayu telah dimulakan di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Kemudian, pelajar-pelajar dipindahkan ke sekolah lain mengikut jantina. Pelajar-pelajar lelaki dipindahkan ke Sekolah Menengah Dato Jaafar (SDJ) manakala pelajar-pelajar perempuan dipindahkan ke Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS). Pada tahun 1961, terdapat enam buah kelas Tingkatan Satu, tujuh buah kelas Tingkatan Dua dan tiga buah kelas Tingkatan Tiga didirikan di SDJ. Pada tahun yang sama, dua buah kelas Tingkatan Satu dan sebuah kelas Tingkatan

Upload: miza-farisah

Post on 20-Jul-2015

481 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

1

PENGENALAN

Pengajian Tingkatan Enam mengambil masa selama setahun setengah. Tingkatan Enam

dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai

Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Sekolah

Menengah Kebangsaan Sultan Ismail merupakan salah satu sekolah menengah yang

menawarkan Tingkatan Enam di Johor Bahru. Dua jurusan Tingkatan Enam yang ditawarkan

ialah kemanusiaan dan sains. Pada akhir Tingkatan Enam, pelajar akan dinilai melalui

peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang merupakan peperiksaan

prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia. STPM adalah salah satu daripada dua

sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan diiktiraf

oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa. Mulai tahun 2012 dan seterusnya, sistem

modular baru akan menggantikan sistem terminal untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

(STPM).

SEJARAH PENUBUHAN SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail telah ditubuhkan pada tahun 1960. Pada awal

penubuhannya, pelajar-pelajar sekolah ini terpaksa menumpang di beberapa buah sekolah

lain di sekitar Johor Bahru. Pada tahun 1960, sebuah kelas Tingkatan Satu aliran Melayu

telah dimulakan di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Kemudian, pelajar-pelajar

dipindahkan ke sekolah lain mengikut jantina. Pelajar-pelajar lelaki dipindahkan ke Sekolah

Menengah Dato Jaafar (SDJ) manakala pelajar-pelajar perempuan dipindahkan ke Sekolah

Menengah Perempuan Sultan Ibrahim (SIGS). Pada tahun 1961, terdapat enam buah kelas

Tingkatan Satu, tujuh buah kelas Tingkatan Dua dan tiga buah kelas Tingkatan Tiga didirikan

di SDJ. Pada tahun yang sama, dua buah kelas Tingkatan Satu dan sebuah kelas Tingkatan

Page 2: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

2

Tiga sekali lagi berpindah ke SDJ dari Maktab Sultan Abu Bakar. Sehingga akhir tahun 1963,

bilangan pelajar ialah seramai 330 orang. Pelajar-pelajar perempuan kemudiannya telah

dipindahkan dari SIGS dan dikumpulkan sekali bersama-sama pelajar lelaki buat sementara

waktu di Sekolah Menengah Aminuddin Baki Johor Bahru.

Pada bulan Mac 1964, kelas-kelas aliran Melayu ini telah dipindahkan ke bangunan sendiri di

Jalan Abdul Samad dan diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SSI).

Sejak itu, bermulalah kelas-kelas aliran Melayu Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di

sekolah itu. Visi sekolah ini ialah Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang manakala misi

sekolah ini ialah Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti. Sekolah ini

terkenal dengan motonya yang sangat gah, iaitu SSI Perkasa: Menjana Pemimpin Unggul.

Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail telah dirasmikan oleh Almarhum

Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim (Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada

masa itu) pada hari Khamis, 30 Mac 1967 bersamaan 18 Zulhijjah 1386. Nama sekolah ini

diperkenankan daripada nama Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Ismail Ibni

Almarhum Sultan Ibrahim, diambil sempena jasa-jasa baginda kepada rakyat negeri Johor

dan minat baginda dalam perkembangan pelajar kebangsaan.

SMK Sultan Ismail telah memulakan kelas-kelas Tingkatan Enam pada tahun 1969. Jurusan

yang ditawarkan di sekolah ini ialah Sains dan Kemanusiaan. Pelajar-pelajar SSI bukan

sahaja menempatkan pelajar-pelajar dari daerah Johor Bahru sahaja malah turut

menempatkan pelajar dari daerah-daerah lain di dalam negeri Johor. Pada tahun 1972,

sekolah ini telah bertukar menjadi Sekolah Menengah Atas yang hanya menawarkan kelas-

kelas Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam sahaja namun pada tahun 1975, status

sekolah ini telah dikembalikan semula menjadi sekolah menengah sepenuhnya iaitu

mempunyai kelas-kelas dari tingkatan peralihan hingga Tingkatan Enam. Dari tahun 1968,

tenaga pengajar sekolah ini telah meningkat daripada 18 orang kepada 60 orang dan semakin

Page 3: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

3

meningkat hingga mencapai bilangan 100 orang pada tahun 1983. Kemudahan-kemudahan

asas juga dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

KELEBIHAN-KELEBIHAN TINGKATAN ENAM

i. KUOTA LEPASAN STPM LEBIH CERAH KE UNIVERSITI

Pelajar lepasan STPM lebih didahulukan. Pelajar berprasangka bahawa mereka dari lepasan

STPM tidak mempunyai peluang yang cerah kerana terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar

daripada matrikulasi dan diploma yang sudah semestinya mempunyai keputusan yang

memberangsangkan. Hal ini ternyata salah kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

telah memberi kelebihan kepada pelajar lulusan STPM untuk ke IPTA.

ii. PENGIKTIRAFAN SIJIL STPM

STPM telah diiktiraf oleh semua IPTA tempatan. Realitinya banyak universiti di peringkat

antarabangsa, terutamanya universiti di negara-negara Komanwel dan juga Amerika Syarikat

serta Ireland memperakui sijil STPM setaraf dengan A-Level. Hal ini sepatutnya telah

mengetepikan prejudis terhadap pengiktirafan sijil STPM dan pelajar seharusnya tidak berasa

ragu-ragu untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan Enam. Pelajar perlu belajar

bersungguh-sungguh semasa di Tingkatan Enam dan mengambil peluang ini sebagai jalan

terbaik ke IPTA.

iii. PENJIMATAN KOS

Kebanyakan ibu bapa lebih menggalakkan anak mereka masuk ke program matrikulasi, kolej

atau mana-mana institusi pengajian tinggi berbanding ke Tingkatan Enam selepas SPM, tanpa

menyedari bahawa kos yang diperlukan adalah amat tinggi berbanding ke Tingkatan Enam.

Page 4: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

4

Tingkatan Enam tidak memerlukan kos yang banyak berbanding apabila memasuki institusi

lain, ibu bapa terpaksa membelanjakan sejumlah wang bagi menampung kos keperluan

kemasukan seperti keperluan harian, bahan rujukan serta kos penginapan. Bahkan, pelajar

terpaksa membuat pinjaman PTPTN untuk menampung kos belajar di kolej.

PERKEMBANGAN TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

i. ALIRAN TINGKATAN ENAM

SMK Sultan Ismail telah memulakan kelas-kelas Tingkatan Enam sejak 46 tahun dahulu iaitu

pada tahun 1969. Aliran yang ditawarkan di sekolah ini ialah Sains dan Kemanusiaan.

Terdapat tiga pakej yang ditawarkan kepada pelajar Tingkatan Enam yang mendaftar di

sekolah ini. Subjek Pengajian Am merupakan subjek wajib diambil dan wajib lulus bagi

semua calon STPM. Subjek Malaysia University English Test (MUET) pula wajib diambil

oleh semua calon untuk memohon kemasukan ke universiti selepas STPM.

Aliran Sains Aliran Kemanusiaan

Pakej 1 Pakej 2 Pakej 3

Pengajian Am Pengajian Am Pengajian Am

Muet Muet Muet

Matematik Tambahan Matematik Tambahan Bahasa Melayu

Kimia Kimia Ekonomi

Fizik Biologi Sejarah

Page 5: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

5

ii. AKTIVITI KOKURIKULUM PELAJAR TINGKATAN ENAM

Kokurikulum Tingkatan Enam di SMK Sultan Ismail diasingkan daripada pelajar arus

perdana. Walau bagaimanapun para pelajar Tingkatan Enam tetap diwajibkan menghadiri

aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu. Bagi unit beruniform, para pelajar wajib

menyertai Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan diwajibkan memakai pakaian uniform KRS

setiap hari Rabu. Bagi kelab dan persatuan, para pelajar dibenarkan memilih antara Public

Speaking and Debate Club dengan Kelab Bahas Ala Parlimen. Manakala, bagi sukan dan

permainan pelajar boleh memilih antara Kelab Bowling dengan Kelab Pentaque.

Para pelajar Tingkatan Enam juga terlibat dalam pertandingan-pertandingan luar seperti

Karnival Tingkatan Enam setiap tahun. Pada masa ini, pelajar Tingkatan Enam akan

mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan

debat, sketsa dan pengucapan awam. Pelajar Tingkatan Enam SMK Sultan Ismail juga

terlibat dalam pertandingan sukan dan kawad antara sekolah. Ini membuktikan pelajar

Tingkatan Enam tidaklah hanya berfokus kepada pelajaran semata-mata tetapi seimbang

daripada segi akademik dan kokurikulum kerana markah hasil penglibatan kokurikulum amat

penting untuk kemasukan ke universiti.

Selain daripada aktiviti kokurikulum, pelajar Tingkatan Enam di SMK Sultan Ismail juga

mempunyai satu organisasi yang dipanggil Majlis Perwakilan Pelajar Prauniversiti (MPPPU)

di mana sebahagian pelajar dipilih melalui pilihan raya untuk menjadi ahli jawatankuasa.

MPPPU berperanan sebagai satu badan yang bertanggungjawab mengurus dan menganjurkan

segala aktiviti dan program pelajar Tingkatan Enam dan guru akan bertindak sebagai

penasihat. MPPPU dilihat sebagai satu badan yang membantu melatih kepemimpinan pelajar

Tingkatan Enam.

Page 6: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

6

iii. PEMAKAIAN PELAJAR

Daripada segi pemakaian pelajar Tingkatan Enam pada awalnya, pelajar Tingkatan Enam

seluruh negara memakai uniform sekolah berwarna putih seperti pelajar biasa, bezanya

berseluar atau berkain kuning muda. Namun, mulai tahun 2015, pelajar Tingkatan Enam telah

dibenarkan memakai pakaian kasual atau tradisional ke sekolah mulai tahun 2015. Perkara

berkenaan adalah sebagai sebahagian daripada kod pakaian baharu pada musim persekolahan

2015 dan juga pelaksanaan penjenamaan semula pengajian Tingkatan Enam.

Berhubung dengan Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam, perkara ini telah diluluskan oleh

kementerian menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian

Pendidikan Malaysia Ke-203 pada 21 November 2014 lalu. Surat Pekeliling Ikthisas

Bilangan 2 Tahun 2014: Etika Pakaian Tingkatan Enam juga telah dikeluarkan untuk

menetapkan pakaian murid Tingkatan Enam. Perkembangan ini dilihat sejajar dengan sistem

pendidikan prauniversiti seperti matrikulasi dan pusat asasi sains. Kod pakaian yang baharu

ini bertujuan menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian ke Tingkatan Enam.

Page 7: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

7

Pelajar Lelaki

Dibenarkan memakai kemeja dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai

corak bunga atau rekaan lain. Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan.

Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat.

Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan.

Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter.

Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada

bahan denim.

Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan sarung kaki.

Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.

Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan

kemeja-T lengan panjang atau pendek.

Pelajar Perempuan

Baju kurung atau pakaian tradisional.

Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun

labuh, skirt yang melebihi paras lutut.

Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.

Pakaian ketat juga tidak dibenarkan.

Perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki.

Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan

Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan

kemeja-T lengan panjang atau pendek.

Page 8: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

8

iv. KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SMK SULTAN

ISMAIL

Sumber: Soal Selidik

Pelajar lepasan SPM yang memenuhi syarat kelayakan akan mendapat tawaran ke Tingkatan

Enam secara automatik. Masyarakat kini menganggap bahawa pelajar Tingkatan Enam

merupakan pelajar yang mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam SPM. Namun

melalui soal selidik yang telah dijalankan terhadap 30 pelajar Tingkatan Enam, 93.34%

pelajar yang menyambung pengajian di Tingkatan Enam SMK Sultan Ismail mendapat

keputusan yang cemerlang dan memuaskan dalam SPM dan ditunjukkan dalam gambar rajah

di atas.

6.66%

20%

33.33%

26.66%

13.33%

0.00%

5.00%

10.00%

15.00%

20.00%

25.00%

30.00%

35.00%

Tiada A 1A - 3A 4A - 6A 7A - 9A 10 A dan ke

atas

Resp

on

den

Bilangan A yang diperoleh dalam keputusan SPM

Keputusan SPM pelajar yang mendaftar di Tingkatan Enam

Tiada A 1A - 3A 4A - 6A 7A - 9A 10 A dan ke atas

Page 9: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

9

PERKEMBANGAN SISTEM PEPERIKSAAN STPM DARIPADA SISTEM

TERMINAL KEPADA SISTEM MODULAR

Peperiksaan STPM dalam sistem terminal diadakan pada akhir penggal ketiga setelah pelajar

belajar selama setahun setengah. Namun dalam sistem modular ini, peperiksaan STPM akan

dijalankan sebanyak tiga kali, iaitu pada setiap hujung penggal. Perkembangan sistem

peperiksaan tingkatan daripada sistem terminal kepada sistem modular ini dilihat sebagai

salah satu usaha Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk

mentransformasikan pengajian Tingkatan Enam. Melalui soal selidik yang telah dijalankan,

seramai 25 orang responden bersamaan 83.33% bersetuju bahawa sistem baharu ini

membantu dalam penjenamaan semula dan menaikkan kualiti Tingkatan Enam. Dalam sistem

yang baharu ini, kandungan pengajian dibahagikan kepada tiga penggal, maka pelajar tidak

akan rasa terbeban dengan skop yang luas. Sistem modular baharu STPM telah dimulakan

pada ambilan Mei 2012/2013.

Keputusan peperiksaan STPM pula adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi

ketiga-tiga penggal. Dalam sistem modular ini, terdapat dua kaedah pentaksiran iaitu melalui

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran 20% hingga 40% dan pentaksiran

akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80%. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau

kerja kursus ini terdiri daripada laporan kerja kursus, pembentangan hasil kerja kursus, dan

soal jawab serta kajian amali di mana tugasannya disediakan oleh Majlis Peperiksaan

Malaysia (MPM). Setiap wajaran dan jenis kerja kursus adalah berbeza mengikut subjek.

Pemeriksaan kerja kursus akan dibuat oleh guru mata pelajaran, manakala pemantauan dan

penyelarasan akan dikendalikan oleh pihak MPM sendiri. Melalui soal selidik yang telah

dijalankan, 28 orang daripada 30 orang responden bersamaan 93.33% bersetuju bahawa kerja

kursus membantu dalam markah peperiksaan mereka. Kerja kursus hanya dijalankan pada

penggal yang ditetapkan sahaja.

Page 10: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

10

Dalam sistem ini, calon STPM juga dibenarkan mengulang peperiksaan bagi setiap penggal

untuk memperbaiki keputusan dengan menduduki semula peperiksaan akhir bagi penggal

berkenaan pada hujung penggal ketiga. Bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan bagi

setiap kertas yang ingin diulang oleh calon STPM. Melalu soal selidik yang telah dijalankan,

76.67% responden bersetuju bahawa peperiksaan ulangan membantu mereka memperbaiki

keputusan mereka.

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN GURU DALAM

PELAKSANAAN SISTEM MODULAR

Menurut Oliver, A. (1977) (Curiculum Improvement. (2nd Ed.). New York: Harper & Row,

Publishers) apabila berlaku pembaharuan kurikulum dalam sesuatu sistem pendidikan pihak

yang menyokong kepada perubahan tersebut ialah guru, pelajar dan kurikulum itu sendiri,

namun pihak yang paling penting ialah guru. Dengan itu guru yang mengajar mata pelajaran

Tingkatan Enam perlu ada satu perubahan pemikiran untuk menerima perubahan pendidikan

Tingkatan Enam agar dapat mencapai matlamat perubahan iaitu mengangkat martabat

pendidikan Tingkatan Enam, mentransformasikan pentaksiran yang holistik, menyesuaikan

pelajar dengan sistem pendidikan ala universiti, serta membina kemahiran mengurus diri

secara berdikari.

Oleh itu, guru Tingkatan Enam perlu mengubah pemikiran bermula dengan perancangan

pengajaran, diikuti proses pengajaran dan selepas pengajaran. Guru Tingkatan Enam perlu

menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan tempoh masa yang singkat dalam

sistem penggal ini. Melalui temu bual yang telah dijalankan, sebagai guru Tingkatan Enam,

guru akan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan kursus-kursus

pedagogi yang dihadiri. Namun, guru juga akan membuat penyelidikan sendiri untuk

Page 11: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

11

mendapatkan suasana pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang berkesan dan sesuai dengan

tahap pemikiran pelajar.

Menurut seorang guru Tingkatan Enam SMK Sultan Ismail yang telah ditemu bual, iaitu Cik

Nurul Shuhada Binti Abdul Rashid, beliau menggunakan kaedah 7M dalam proses

pengajaran beliau. Kaedah 7M yang dimaksudkan ialah memperkenal topik yang ingin

dipelajari, menerangkan serba sedikit mengenai topik tersebut supaya generalisasi dapat

dicapai dengan mudah, mengajar, membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan

memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis, mempersembahkan,

menyoal pelajar untuk menguji kefahaman dan merumus keseluruhan topik yang telah

dipelajari.

Selain itu dalam temu bual lain, Puan Kalthom Binti Ahmad, guru MUET di SMK Sultan

Ismail, beliau menggunakan strategi berpusatkan pelajar dalam proses pengajaran dan

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

PENGAJARAN GURU DALAM

PELAKSANAAN SISTEM MODULAR

STRATEGI

PENGAJARAN

KAEDAH DAN TEKNIK

PENGAJARAN

Pemusatan

Guru

Pemusatan

Bahan

Pemusatan

Murid

Pemusatan

Aktiviti

Kaedah 7M

Memperkenal Menerangkan

Mengajar Membimbing

Mempersembahkan Menyoal

Merumus

Page 12: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

12

pembelajaran (PDP) beliau. Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih

sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana sesuatu topik itu dapat

dipelajari. Pendekatan ini berbeza dengan strategi pemusatan guru dimana guru mendominasi

kelas. Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif

bagi membantu diri mereka sendiri belajar bagaimana untuk memahami sesuatu topik itu.

Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang baik di mana

pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain. Pengajaran di dalam kelas yang

berpusatkan pelajar selalunya kurang berstruktur.

Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur, guru tidak membiarkan pelajar

membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab

kepada pelajar. Guru akan memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar dan

tidak memusatkan kuasa kepada dirinya. Kelas yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan

perkembangan yang lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi. Unsur

utama yang dapat kita lihat dalam kelas yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar

ialah pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak

dijalankan secara keseluruhan kelas. Kaedah ini sedikit sebanyak memberikan pendedahan

awal kepada pelajar tentang teknik pembelajaran di universiti kerana sewaktu di universiti,

pelajar perlu lebih berdikari, berfikir secara kritis dan tidak mengharapkan ‘spoon-feeding’

daripada pensyarah.

Masa pembelajaran yang singkat agak membebankan pelajar dan guru kerana pelajar akan

menduduki peperiksaan pada setiap penggal. Lebih-lebih lagi, terdapat kerja kursus yang

perlu disiapkan tertutamanya pada penggal 2. Oleh itu, semua strategi PDP yang

dilaksanakan ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi fokus kepada para pelajar untuk

mahir dalam segala topik dalam jangka masa yang singkat sebelum menghadapi peperiksaan

pada akhir setiap penggal.

Page 13: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

13

PENCAPAIAN STPM PELAJAR TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL DARI TAHUN 2010-2014

Perkembangan sistem peperiksaan terminal kepada sistem modular ini turut dilihat daripada

segi pencapaian pelajar Tingkatan Enam dalam peperiksaan STPM. Pencapaian calon STPM

SMK Sultan Ismail dilihat daripada tiga pecahan iaitu mengikut peratus kelulusan, bilangan

calon STPM yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran serta purata nilai gred

keseluruhan (PNGK). Jadual 3 menunjukkan analisis pencapaian calon STPM SMK Sultan

Sultan Ismail dari tahun 2010 hingga tahun 2014.

Jadual 3: Analisis Pencapaian Calon STPM SMK Sultan Ismail dari Tahun 2010-2014

TAHUN BIL. CALON

MENDAFTAR

LULUS GRED PURATA

SEKOLAH

SEMUA ‘A’

DALAM SEMUA

MATA

PELAJARAN

BIL %

2010 120 114 95 2.5 1 (0.83%)

2011 110 107 97.27 2.82 5 (4.55%)

2012 44 44 100.00 2.80 0 (0.00%)

2013 69 68 98.55 3.15 4 (5.80%)

2014 64 64 100.00 2.88 2 (2.13%)

Page 14: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

14

i. PENCAPAIAN CALON STPM MENGIKUT PERATUS KELULUSAN

Rajah 2 menunjukkan pencapaian calon STPM mengikut peratus kelulusan dari tahun

2010 hingga tahun 2014.

Sumber: Kajian Lapangan 2015

Pada tahun 2010, peratus kelulusan pelajar dalam peperiksaan ialah sebanyak 95%. Pada

tahun tersebut, 114 daripada 120 calon STPM lulus sepenuhnya. Pada tahun 2011 pula,

peratus kelulusan pelajar dalam peperiksaan STPM meningkat kepada 92.72%. Bilangan

calon yang mendaftar untuk peperiksaan STPM tahun tersebut ialah seramai 110 orang

namun hanya seramai 107 yang lulus sepenuhnya. Seterusnya pada tahun 2012, peratus

kelulusan calon STPM telah mencapai kelulusan 100% dengan kesemua 44 orang calon lulus

sepenuhnya. Namun pada tahun 2013, peratus kelulusan calon STPM 2013 menurun sedikit

kepada 98.6% di mana hanya 68 orang daripada 69 orang calon sahaja yang lulus

sepenuhnya. Akhir sekali pada tahun 2014, sekali lagi SMK Sultan Ismail berjaya

mencatatkan peratus kelulusan sebanyak 100% dengan kesemua 64 calon lulus sepenuhnya.

95.00%

97.27%

100.00%

98.60%

100.00%

92%

93%

94%

95%

96%

97%

98%

99%

100%

101%

2010 2011 2012 2013 2014

Pera

tus

Kelu

lusa

n

TAHUN

PENCAPAIAN CALON STPM MENGIKUT PERATUS

KELULUSAN TAHUN 2010-2014

Page 15: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

15

ii. PENCAPAIAN CALON STPM MENDAPAT SEMUA A DALAM SEMUA

MATA PELAJARAN

Rajah 3 menunjukkan pencapaian calon STPM mendapat semua A dalam semua mata

pelajaran daripada tahun 2010 hingga tahun 2014.

Pada tahun 2010, pencapaian calon STPM yang mendapat semua A dalam semua mata

pelajaran mencatatkan peratusan sebanyak 0.83% dengan hanya 1 orang daripada 120 calon

mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. Pada tahun 2011, 5 orang daripada 110

orang calon bersamaan 4.55% berjaya mencatatkan kejayaan mendapat semua A dalam

semua mata pelajaran. Seterusnya pada tahun 2012, peratusan pelajar mendapat semua A

dalam semua mata pelajaran ialah 0.00% kerana tiada seorang pun pelajar daripada 44 orang

calon yang berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran. Pada tahun 2013 pula,

4 orang daripada 69 calon berjaya mendapat semua A dalam semua mata pelajaran

bersamaan 5.8%. Akhir sekali pada tahun 2014, seramai 2 orang daripada 64 orang calon

berjaya mendapat semua A dalam semua mata pelajaran bersamaan 2.13%.

0.83%

4.55%

0.0%

5.8%

3.13%

0.000.501.001.502.002.503.003.504.004.505.005.506.006.507.00

2010 2011 2012 2013 2014

Pera

tus

Sem

ua A

TAHUN

PENCAPAIAN CALON STPM MENDAPAT SEMUA 'A'

DALAM SEMUA MATA PELAJARAN TAHUN 2010-2014

Page 16: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

16

iii. PENCAPAIAN CALON STPM MENGIKUT PURATA NILAI GRED

KESELURUHAN (PNGK) TAHUN 2010-2014

Rajah 4 pula menunjukkan pencapaian calon STPM mengikut purata Nilai Gred Keseluruhan

(PNGK) antara tahun 2010-2014.

Pada tahun 2010, PNGK yang dicatatkan ialah 2.5. Pada tahun seterusnya iaitu tahun 2011,

PNGK mencatatkan purata 2.82. Pada tahun 2012, PNGK pencapaian calon STPM berkurang

sedikit kepada 2.8 berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2013, PNGK naik kepada 3.15.

Akhir sekali, pada tahun 2014, PNGK yang dicatatkan ialah 2.88.

Secara kesimpulannya, pengenalan sistem modular ini telah membantu meningkatkan peratus

kelulusan calon STPM di SMK Sultan Ismail. Ini membuktikan sistem ini membantu pelajar

mencapai keputusan yang cemerlang dan meningkatkan kualiti pelajar lepasan STPM.

2.5

2.82 2.8

3.15

2.88

0.00

0.50

1.00

1.50

2.00

2.50

3.00

3.50

2010 2011 2012 2013 2014

Pura

ta N

ilai

Gre

d K

ese

luru

han

TAHUN

PENCAPAIAN CALON STPM MENGIKUT PURATA NILAI

GRED KESELURUHAN (PNGK) TAHUN 2010-2014

Page 17: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

17

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, STPM memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan

modal insan yang berkualiti dari segi akademik, kokurikulum dan cemerlang dari segi

kepimpinan. Pendidikan di peringkat STPM amat meluas kerana ingin menghasilkan bakal

mahasiswa yang mampu dan lebih bersedia menghadapi cabaran dan beban tugas di IPTA

kelak. Rata-rata pelajar lepasan STPM mampu bersaing dengan pelajar lepasan kolej kerana

mereka lebih berdisiplin dan mampu membawa diri ketika di universiti. Misalnya, dalam

sistem modular, pelajar STPM sudah diajar untuk berdikari dengan membuat pembentangan

sendiri untuk projek kerja kursus dan sebagainya, maka ini sudah jelas menunjukkan bahawa

STPM melahirkan pelajar yang mempunyai soft skills dan tidak mengharapkan ‘spoon-

feeding’ semata-mata untuk berjaya. Kita seharusnya berterima kasih kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia kerana bersedia menjadikan Tingkatan Enam dan STPM sebagai laluan

perdana ke IPTA dengan membuka luas kuota kemasukan bagi pelajar lulusan STPM ke

IPTA.

Sebenarnya, sistem pengajaran dan pembelajaran di Tingkatan Enam yang sedia ada mampu

melahirkan calon-calon STPM yang cemerlang asalkan beberapa perubahan daripada segi

identiti dan pendekatan pelaksanaan dilakukan pada bahagian yang difikirkan perlu seperti

perubahan sistem peperiksaan daripada sistem terminal kepada sistem modular yang telah

dilaksanakan ini. Namun untuk memperlihatkan sistem modular ini benar-benar

mentransformasikan pendidikan Tingkatan Enam dan berkembang dengan baik,

pengoperasian Tingkatan Enam Mod 1 perlu diperhebatkan lagi. Mod 1 merujuk kepada

sekolah yang hanya menempatkan pelajar dan guru Tingkatan Enam sahaja, manakala Mod 2

pula ialah pelajar Tingkatan Enam ditempatkan di blok berasingan tetapi masih di dalam

sekolah aliran perdana, sementara Mod 3 pula, pelajar bercampur dan berkongsi bangunan

dengan pelajar sekolah harian biasa. Maka dengan itu, pemisahan secara penuh Tingkatan

Page 18: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

18

Enam di premis sendiri dilihat amat perlu supaya pendidikan Tingkatan Enam setanding

dengan program prauniversiti lain.

(3029 patah perkataan)

Page 19: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

19

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

Mahdi Shuid, Sazlina Othman, Arjuna @ Mohd. Noor Yunus. “Teks STPM Sejarah (Sejarah

Islam)”. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2015.

Buletin Kementerian Pendidikan Malaysia (Jun 2000) “Kualiti Pendidikan Jadi Keutamaan

Alaf Baru”. Kementerian Pendidikan Malaysia

Oliver, A. (1977). Curiculum Improvement. (2nd Ed.). New York: Harper & Row,

Publishers.

Perkasa Jilid 48. 2014

Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia. http://www.mpm.edu.my/web/guest/stpm-baharu

.

Page 20: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

20

LAMPIRAN

Foto 1: Contoh Kod Pemakaian Pelajar Tingkatan Enam Baru

Page 21: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

21

Foto 2: Surat Pekeliling Kod Pakaian Tingkatan Enam

Page 22: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

22

BORANG SOAL SELIDIK

SEJARAH

KERJA KURSUS ESEI ILMIAH 940/4

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Sila tandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan.

1) Jantina

Lelaki Perempuan

2) Agama

Islam Buddha

Hindu Kristian

Lain-lain

3) Aliran

Sains Kemanusiaan

BAHAGIAN B: KEPUTUSAN SPM

Keputusan SPM: ______________________________

Page 23: PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL

23

BAHAGIAN C: KELEBIHAN SISTEM MODULAR

Berdasarkan pada kenyataan yang diberikan, jawab soalan berikut dengan jujur dan telus.

Baca dengan teliti setiap kenyataan. Pilih satu jawapan dengan menandakan ( √ ) dalam

ruang berkenaan berdasarkan skala yang berikut:

Skala 1 = Sangat tidak setuju

2 = Tidak setuju

3 = Kurang setuju

4 = Setuju

5 = Sangat setuju

Bil. Kenyataan 1 2 3 4 5

1. Kandungan pengajian yang sesuai dengan tempoh

masa.

2. Skop yang dipelajari sedikit setiap semester.

3. Ulangan membantu saya memperbaiki keputusan.

4. Kerja kursus membantu markah peperiksaan saya.

5. Sistem ini melatih aspek kemahiran insaniah (soft

skills) dalam diri saya.

6. Sistem ini mengangkat martabat tingkatan enam.

7. Sistem ini selaras dengan transformasi pendidikan.

8. Sistem ini memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang universiti.

Borang 1: Borang Soal Selidik