smk sultan ismail, johor bahru-skema bahasa melayu kertas 2 -peperiksaan pertengahan tahun tingkatan...

26
1103/2 SULIT 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Mei 2011 2 jam 30 minit SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR ___________________________________________________________ PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit 2 ½ jam Skema Permarkahan . __________________________________________________________________ _____________ 1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT 1

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 27-May-2015

9.386 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

SULIT1103/2Bahasa MelayuKertas 2Mei20112 jam 30 minit

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR___________________________________________________________

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 5

BAHASA MELAYU

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit2 ½ jam

Skema Permarkahan

._______________________________________________________________________________

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

1

Page 2: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

SOALAN 1RUMUSAN

(30 MARKAH)

Baca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan. Oleh hal itu, remaja merupakan satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan. Dalam hal ini remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan perasaan kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur, sehingga seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran.

Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan dengki, iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab remaja merupakan entiti penting dalam masyarakat maka remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti pendidikan, alam sekitar, sukan, kesihatan,keagamaan dan ekonomi. Selain itu, remaja boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk memastikan remaja berupaya mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila dewasa kelak.

Namun begitu, pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja. Mereka perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja lebih peka akan konsep kejiranan. Pada masa yang sama, Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang bersesuaian dengan kehendak remaja demi kemaslahatan jiran tetangga. Sebagai contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk, bak kata peribahasa “sepakat membawa berkat”. Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah. Hasil kajian Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri merupakan satu faktor utama kelunturan semangat kejiranan.

Tindakan seterusnya ialah kesediaan pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004 diilhamkan atas kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala dengan masyarakat. Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai “mata dan telinga” kepada pihak polis demi keselamatan jitan mereka. Sementara itu, Gagasan 1Malaysia yang sangat menekankan semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan remaja dalam aktiviti seharian mereka demi pemupukan semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan masyarakat. Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan jika media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja dan masyarakat. Program penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti kejiranan dan perpaduan mampu mempengaruhi sikap dan mentaliti remaja terhadap kepentingan semangat kejiranan dalam hidup mereka.

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

2

Page 3: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa “tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni”. Demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota masyarakat perlu berganding bahu.

(dipetik dan diubah suai daripada ,Hidup Berjiran Muafakat MasyarakatOleh Juliana Mansor

Majalah Dewan Siswa, Mac 2011)

Markah penuh 30 dibahagi kepada :

(a) Isi - 20 markah(b) Bahasa - 10 markah

(a) Isi [20 markah]

Nota : (i) Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

- Nama khas- Perkataan berulang- Penggunaan kata depan di dan ke- Tarikh- Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan- Gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.(iii) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu

diperiksa.(iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

BAHAGIAN MARKAH MARKAHPENDAHULUAN 2ISI TERSURAT 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16ISI TERSIRAT 12 11 10 9 8 7 6 5 4KESIMPULAN 2

JUMLAH 20

PENDAHULUAN ( 2 markah )

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

3

Page 4: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

Petikan membincangkan cara-cara menggalakkan remaja menghayati semangat kejiranan . ( 2 markah )

ISI TERSURAT ( 4-12 MARKAH )

BIL ISI MARKAH1 remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat 22 boleh berperanan sebagai mata-mata kepada pihak berkuasa bagi

menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-masing. 2

3 pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja 24. Remaja memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia 25 Rukun Tetangga berbincang dan bersepakat melaksanakan program yang

bersesuaian dengan kehendak remaja2

6 masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah 27 Pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah 28 Gagasan 1Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan

remaja dalam aktiviti seharian mereka2

9 media massa memainkan peranan penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja

2

ISI TERSURAT ( 4-12 MARKAH )

BIL ISI MARKAH1 Remaja/masyarakat tidak bersikap keakuan 22 Sikap saling menghormati /mesra menjadi budaya dalam masyarakat 23 Unsur-unsur negatif/jenayah dapat diatasi bersama-sama dalam kawasan

kejiranan/kejadian jenayah berkurangan2

4 Remaja /masyarakat hidup dalam suasana harmoni/perpaduan 25 Meningkatkan semangat patrotik dalam kalangan masyarakat 26 Masyarakat di dalam kawasan kejiranan dipandang tinggi 27 Kegiatan sosioekonomi bergerak lancar 2

KESIMPULAN ( 2 MARKAH )

Kesimpulannya,Semua pihak perlu berusaha bagi memastikan remaja peka akan hal-hal kejiranan agar remaja yang mesra jiran dapat diwujudkan.

( 2 markah )

SOALAN 2(35 MARKAH )

Soalan 2(a) Petikan Umum

1. Berikan maksud rangkai kata satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan berdasarkan dalam petikan.

( 2 markah )

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

4

Page 5: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

- Sebahagian daripada ciri kejiranan. ( 2 markah )- Sebahagian daripada unit kejiranan ( 2 markah )- Sebahagian daripada jiran ( 2 markah )- Sebahagian/sekelompok/sekumpulan masyarakat yang memenuhi maksud

kejiranan ( 1 markah )

2. Mengapakah kejiranan yang akrab penting dalam hidup bermasyarakat?( 3 markah )

- perasaan kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri -mewujudkan kekuatan dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur, - seseorang itu berasa begitu lemah jika hidup tanpa jiran.- menghilangkan perasaan dengki, iri hati- menghilangkan perasaan bermusuh-musuhan

3. Pada pendapat anda mengapakah golongan remaja dianggap sebagai satu entiti penting di sebuah kawasan kejiranan.

( 4 markah )

- Kelakuan mereka menggambarkan kelakuan masyarakat di kawasan kejiranan- Golongan remaja dapat bergerak lebih aktif untuk menjalankan aktiviti di

kawasan kejiranan- Golongan remaja lebih kreatif apabila merancang program kejiranan- Golongan lebih mudah mendekati dan menasihati rakan sebaya berbanding

golongan dewasa di kawasan kejiranan.- Remaja ialah pewaris kepimpinan masyarakat/negara- Remaja lebih peka akan masalah sosial yang berlaku di kawasan kejiranan

Soalan 2(b) Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MAN BENGAP tercengang-cengang melihat telatah SABARIAH yang resah seperti kucing hendak beranak. SABARIAH bergerak perlahan-lahan ke arah emaknya dan terus memeluk kaki emaknya.

SABARIAH: Emak... Sabarlah minta maaf. (Sayu) Sabariah sudah lukakan hati emak. (Menangis) . Sabariah sanggup potong jari ini untuk menebus salah Sabariah ,mak.

JIMAH menguis kakinya supaya pelukan SABARIAH terlepas.

JIMAH: Pergi balik ke kota London engkau.

SAHRUL: Shahrul minta ampun, mak.

JIMAH melemparkan pandangnnya ke arah lain. SANI Cuma mampu memandang telatah abang dan kakaknya.

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

5

Page 6: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

SALMAH: Emak, Sal minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Sal bersalah mak. Sal pentingkan perniagaan daripada tanggungjawab pada emak, pada bapa.

Semua mata tertumpu pada JIMAH. JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnya menahan kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap.

JIMAH: Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah, menggembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur. Bantu ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku. Kamu cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis berbelanja? Ratus ribu? Huh tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit yang kamu beri tiap-tiap bulan itu sudah cukup untuk gembirakan kami? Duit ringgit bukan ukuran untuk membalas budi orang tua. Kami tak perlu duit ringgit kamu. ( Berhenti seketika, menahan sebak di dada ). Kamu tak malu pada Sani itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku tapi dia lebih dekat dengan aku, dengan bapa kamu, daripada kamu semua ini. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tapi dia hambakan dirinya untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih sayang dan budi yang selama ini aku dan bapa kamu beri.

SANI: Emak, cukuplah itu, emak. Emak penat.

SANI cuba mengendurkan ketegangan emaknya.

( dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding SayungOleh Suriani Mohd. Yusof,

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010)

i. Apakah harapan Jimah terhadap anak-anaknya ketika dia menghadapi musibah?- Menggembirakannya semasa bapa mereka ditimpa musibah - Bantu semangatnya yang sudah luntur. - Bantu meringankan beban derita yang ditanggungnya.

2 isi=2 markah ( 2 markah )

ii. Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh anak-anak jika ibu bapa ditimpa malapetaka.- Bersepakat sesama adik-beradik untuk meringankan beban ibu bapa- Meminta nasihat dan pandangan orang yang lebih tua - Berdoa kepada tuhan agar ibu bapa diselamatkan dari malapetaka yang menimpa- Berkumpul bersama-sama dan berbincang dengan baik bagi mengatasi bencana

yang menimpa- Menenangkan ibu bapa

(3 isi=3 markah )( 3 markah )

iii. Berikan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran dari keseluruhan drama.

Pengajaran daripada petikan

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

6

Page 7: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

- Hendaklah mengutamakan ibu bapa berbanding perkara lain apabila ibu bapa dalam kesusahan.

- Hendaklah menjaga hati ibu bapa dengan sebaik-baiknya- Jangan melukakan hati ibu bapa yang telah membesarkan kita- Jangan berasa angkuh dengan wang ringgit/jangan menganggap wang ringgit

dapat membalas jasa kedua-dua ibu bapa- Segera memohon maaf jika telah melukakan hati ibu bapa

( 1 markah )

Pengajaran daripada drama

- Jangan mementingkan diri sendiri - Hendaklah membalas jasa ibu bapa dengan ikhlas dan tidak mengungkit-ungkit

kebaikan yang dibuat- Hendaklah bersepakat dan bersatu hati apabila keluarga ditimpa kesusahan- Hendaklah saling membantu untuk menyelesaikan masalah - Golongan dewasa perlu menegur sikap golongan muda dengan berhemah

( 2 markah )

Soalan 2(c) Petikan Prosa KlasikBaca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebermula adapun akan isteri saudagar itu, telah dilihat kelakuan raja demikian itu katanya, “Hai Raja, kepada hati raja, hamba ini seperti perempuan yang lain itukah? Maka raja tiada tahu malu dan sopan kepada segala manusia dan tidak takut akan azab Allah Taala. Jikalau hamba mengerjakan pekerjaan yang demikian itu dan tiada diperkenankan oleh Allah sebagai lagi tiada pada segala makhluk, muka yang mana hamba hendak pandangkan kepada orang, dan apalah jawab tatkala di Padang Mahsyar di hadapan penghulu hamba Yang Maha Mulia itu. Bahawa sesungguhnya pekerjaan itu akan mahsyur juga akhirnya dan lagi apabila didengar oleh suami hamba, nescaya matilah hamba dibunuhnya. Syahadan lagi jika perempuan yang tiada berbudi lagi hina zahil akalnya itu redalah ia mendapat malu dianya, tiada takut azab Allah Taala di dalam neraka jahanam lima ratus ribu tahun lamanya itu, tiada ia takut asalkan ia dapat. Demikianlah hamba dengar perihal orang orang yang menduakan suaminya itu. Adapun raja jika hamba hendak berbuat khianat atas hamba raja dapat hamba perikan dia itu. Setelah didengar oleh raja kata isteri saudagar itu maka raja pun tersenyum lalu bertitah, “Hai ibuku, bahawa sesungguhnya telah taubatlah hamba daripada pekerjaan yang jahat itu!” Maka emas yang dibawa itu habislah diberi raja kepada isteri saudagar itu. Hari itu juga raja kembali ke negerinya diiringkan oleh orangnya yang empat itu. Setelah sudah sampai maka raja itu pun menyuruh saudagar itu masuk ke dalam istana. Maka saudagar pun datang menghadapnya. Seketika duduk maka titah raja, “ Hai bapaku, bahawa sungguh telah aku ambillah akan bapa kepada aku dan isterimu pun aku ambilkan ibuku!”

( dipetik daripada Hikayat Khoja MaimunAntologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. Berikan maksud rangkai kata tidak diperkenankan berdasarkan konteks petikan di atas.

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

7

Page 8: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

- Tidak dimakbulkan- Tidak direstui- Tidak diizinkan- Tidak disukai- dibenci

( 2 markah )

ii. Apakah yang diperkatakan oleh isteri saudagar kepada raja?

- sama ada raja menganggapnya sama seperti perempuan jahat yang lain - hingga raja tiada berasa malu dan hilang hormat kepada semua manusia- sama ada raja tidak takut akan siksaan Allah SWT.- Jika isteri saudagar berbuat perkara jahat, dia tidak dapat berhadapan dengan

sesiapa sahaja makhluk di dunia- Dia tidak dapat menjawab pertanyaan penghulunya Yang maha Mulia di

Padang Masyar nanti- Perbuatan buruknya akan tersebar dan diketahui oleh suaminya- Suaminya akan membunuhnya- Hanya perempuan yang jahat yang menduakan suami tidak takut siksaan

Allah Taala selama lima ratus tahun di dalam neraka jahanam

( 3 markah )

iii. Pada pendapat anda, mengapakah nasihat perlu diberi kepada seseorang dengan cara bijak dan berhemah?

- Tidak menimbulkan kemarahan - Tidak menimbulkan persengketaan- Tidak berasa diaibkan/dimalukan- Nasihat dapat diterima dengan mudah dan berkesan- Pemberi nasihat akan dihormati dan sentiasa diminta pandangannya untuk

menyelesaiakan masalah. ( 3 markah )

Soalan 2(d) SajakBaca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MENGINTAI RUANG INSAF

Semakin berat kejahilanterpikul di bahusemakin jauh perjalanan

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

8

Page 9: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

memburu nur-Mu

Sewaktu berlari di padang hidupkerap kakiku tersadung selirat akarkulitku tercalar duri pidanapada samar kejauhanancala mulia makin kaburdan menghilang

Sekadar songsong aksara katatanpa kembali ke tunjang makna,“Apakah dalam saraf khilafdianugerahkan keinsafan?”

Rabb,moga pintu taubat-Mu terbukasebelum api dari bara itu menyala

Syukri AbdullahSesudah Hujan Dahlia, 2002Utusan Publications &Distibutors Sdn. Bhd.

(Dipetik daripada ANTOLOGI HARGA REMAJADewan Bahasa dan Pustaka 2009)

i. Berdasarkan sajak di atas , berikan maksud rangkai kata,“Apakah dalam saraf khilafdianugerahkan keinsafan?”

Dalam keadaan diri yang sentiasa berbuat salah/doa, apakah Tuhan akan meniupkan rasa insaf ke dalam diri.

( 2 markah )

ii. Mengapakah seseorang itu sering memandang ringan perintah dan ajaran agama?- Cetek ajaran agama/kurang pengetahuan tentang agama- Berasa diri tidak bersalah apabila melanggar ajaran agama- Menganggap agama menghalang kejayaan dunia- Pengaruh rakan sekeliling- Berasa masa hidup masih lagi panjang dan masih ada masa untuk

bertaubat- Menganggap Tuhan akan sentiasa memaafkan kesilapan yang dibuat.

( 3 markah )

iii. Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.- semula jadi manusia yang sering melakukan kesilapan- keinsafan dalam diri manusia- keinginan mahu mendapat keampunan dan belas kasihan Allah SWT

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

9

Page 10: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

- dosa-dosa yang berterusan menjadikan manusia sukar mendapat petunjuk daripada tuhan untuk kembali ke jalan yang benar /yang dituntut oleh agama

- takut akan siksaan Allah SWT

( 4 markah )

SOALAN 3PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

(30 MARKAH )

a. Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa sebagai peribahasa atau kata nama khas.

i. bahasa asing-bahasa selain bahasa ibunda, yang biasanya dipelajari secara formal atau sebaliknya;

ii. bahasa hidup-bahasa yang masih digunakan (secara aktif) oleh sesuatu masyarakat;

iii. bahasa ibunda-bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil

iv. bahasa kebangsaan-bahasa yang diterima dan digunakan ramai oleh penduduk dlm sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yg lain;

v. bahasa peraga-bahasa utama yanag saling melengkapi bahasa kedua (spt bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris);

vi. bahasa rojak-bahasa yang bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris);

( 6 markah )

b. Teliti ayat-ayat di bawah dan susun semula menjadi AYAT SUSUNAN SONGSANG.

i. Mi kari dimasak oleh ibu. Dimasak oleh ibu ,mi kari.

ii. Sampah sarap yang banyak itu saya buang . Saya buang sampah sarap yang banyak itu.

iii. Aminah dan Amnah akan menyertai pertandingan melukis.

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

10

Page 11: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

Akan menyertai pertandingan melukis Aminah dan Amnah.

iv. Buku itu dibaca oleh Ali kerana peperiksaan sudah hampir tiba.i. Kerana peperiksaan sudah hampir tiba, buku itu dibaca oleh Ali

ii. Dibaca oleh Ali buku itu kerana peperiksaan sudah hampir tiba.

v. Jalil berasa gembira apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini.i. Berasa gembira Jalil apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan

ini.ii. Pada penghujung bulan ini, apabila dapat pulang ke rumah, Jalil berasa

gembira.iii. Apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini, Jalil berasa gemiraiv. Apabila dapat pulang ke rumah pada penghujung bulan ini, berasa gembira

Jalil.

vi. Aqlima diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling berwibawa.i. Diisytiharkan oleh penganjur seminar itu sebagai peserta paling berwibawa,

Aqlima.ii. Sebagai peserta paling berwibawa, Aqlima diisytiharkan oleh penganjur

seminar itu.( 6 markah )

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan tanpa perlu menyalin semula ayat-ayat tersebut. Anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan bagi setiap ayat.

i. Setelah penat menalaah buku, Rajan bersantai di beranda rumah untuk merehati mindanya.menalaah-menelaahmerehati- merehatkan

ii. Aerofonik ialah kaedah menanam tumbuh-tumbuhan yang digantung di persekitaran rumah hijau dengan menyembur larutan nutrien pada akar yang terjulur di udara.Aerofonik-aeroponikmenyembur- menyemburkan

iii. Ikhtisad negara perlu dibangunkan oleh rakyatnya sendiri malah penggantungan terhadap tenaga kerja asing perlu diminimumkan.Ikhtisad-Iktisadpenggantungan-pergantungan

( 6 markah )

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

11

Page 12: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

( d ) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya tanpa perlu menuli semula ayat- ayat tersebut.Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada 3 kesalahan penggunaan kata atau istilah dan 3 kesalahan bahasa

Pada bulan Mac 2000, Thailand muncul sebagai negara keenam dunia dalam penciplakan haiwan bila berjaya melahirkan anak lembu bernama “Ing”. Kejayaan ini ditempa hasil dari idea inovatif pensyarah Fakulti Sains Haiwan, Chulalongkorn Universiti, Dr. Rangsai Polpai. Sejak dari itu, kejayaan dalam bidang bioteknologi ini mencetuskan pelbagai pertengkaran pendapat kerana dianggap bertentangan dengan nilai keagamaan dan moral manusia.

Salah betuli. penciplakan - pengklonan

ii. Chulalongkorn Universiti - Universiti Chulalongkorniii. pertengkaran -percanggahan/perbezaan

Salah betuli. bila apabila

ii. dari daripadaiii. Sejak dari Sejak

( 6 markah )

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang terdapat dalam petikan ini. Anda tidak boleh mengemukakan lebih daripada tuga peribahasa.

Lam See Tong berada dalam keadaan serba salah. Dia tidak tahu sama ada mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan yang merupakan pilihan ibunya atau dalam bidang seni bina yang merupakan pilihan ayahnya. Lam See Tong sendiri amat meminati bidang kejuruteraan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu membantah kemahuan mereka berdua. Kedua-dua ibu bapanya telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang. Segala keperluannya semasa belajar akan dipenuhi oleh kedua-dua ibu bapanya. Bagi mengatasi kekusutan ini, Lam See Tong mengajak kedua-dua ibu bapanya berbincang. Hasil daripada perbincangan , kedua-dua ibu bapanya bersetuju agar Lam See Tong memilih jurusan yang diminatinya iaitu kejuruteraan.

i. ditelan mati mak, diluah mati bapaii. bagai menatang minyak yang penuh

iii. muafakat membawa berkat/bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat

( 6 markah )

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

12

Page 13: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

Soalan 4 : Novel[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang berikut:

i. Melunas Rindu karya Hartini Hamzahii. Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah

(a) Jelaskan cara-cara yang digunakan oleh watak-watak untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sesama mereka.

2 isi= 4 markah 3 markah bahasa

Huraian cara penyelesaian oleh watak-watak lain tanpa menceritakan masalah watak= 0 markah isi

Menceritakan masalah watak tanpa huraian tentang cara penyelesaian = 1 markah isi

Markah bahasa tidak boleh melebihi markah isi

NOVEL MELUNAS RINDU

MASALAH WATAK CARA PENYELESAIAN OLEH WATAK-WATAK LAIN

1 Fuad mahu mencari ibu kandungnya Peter Lim dan Swee Lan memaklumkan tentang Pak Ngah Lias yang tinggal di Lembah Klau yang merupakan jiran bapa ibunya Mariana – dia disuruh oleh Peter Lim untuk bertemu Pak Ngah Lias

Pak Said sanggup menemani Fuad ke Lembah Klau dan bertindak sebagai jurucakap Fuad semasa bertemu Pak Ngah Lias di rumahnya.

2 Farhana bertengkar dengan Cikgu Zamani kerana sikap Cikgu Zamani yang sering tidak masuk ke kelas untuk mengajar

Fuad masuk ke bilik guru dan mengajak Farhana ke kantin untuk meleraikan pertengkaran itu

3 Fuad mahu mendapatkan bukti perkahwinan Robert Lim dengan Mariana tetapi enggan bertemu Robert Lim

Fuad meminta Peter Lim menghubungi Robert Lim. Robert Lim memberitahu Peter Lim bahawa dia masih menyimpan cincin perkahwinan dengan Mariana.

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

13

Page 14: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

Robert Lim menghantar sendiri cincin ke rumah pak Ismail tetapi Fuad telah pergi ke Kuantan.

4 Cikgu Abas berhadapan dengan sikap guru-guru yang tidak komited dengan tugas. Cikgu Zamani didapti tidak masuk ke kelas lanjutan Geografi

Cikgu Abas memberi peringatan kepada semua guru kerana sikap mereka dan berjanji akan memberi jadual P&P yang ringan sahaja dan tidak diberi jawatan khas di sekolah

5 Peter Lim dan Swee Lan menghadapi masalah kewangan untuk membiayai persekolahan anak-anaknya kerana sudah sebulan sakit

Fuad membantu anak-anak Peter Lim dengan membiayai semua bayaran dan yuran persekolahan /peperiksaan anak-anak Peter Lim.

6 Farhana tidak dapat tiket bas untuk pulang ke Kuantan

Fuad mempelawa farhana menaiki keretanya kerana dia menuju ke jalan yang sama

NOVEL KABUS DI PERPUSTAKAAN

BIL MASALAH WATAK CARA PENYELESAIAN OLEH WATAK-WATAK LAIN

1. Pasukan Polis daerah Raub tidak menjumpai Faridah dan Iqbal yang hilang di dalam hutan berdekatan Bukit Fraser

Mejar (B) Kamaruddin, bapa Faridah dan Buyung, masuk sendiri ke hutan Bukit Kutu bagi mencari Faridah dan akhirnya Berjaya menemui Faridah dan Iqbal di Kampubg Sungai Dua.

2. Rahayu yang sakit dan terlantar di hospital kerana kanser paru-paru tidak dapat menghadiri kuliah di universiti

Azrul, rakan baiknya sentiasa membawa nota-nota kuliah untuk Rahayu di hospital

3. Melina kebingungan kerana tidak mengetahui tempat Benny berada setelah empat hari tidak pulang ke rumah lalu membuat laporan polis

Haji Awang meminta anak saudaranya Inspektor Radzi menolong Melina mengatasi masalahnya.

4. Melina risau kerana tidak mendengar berita Benny yang tiba-tiba meninggalkan rumah pada satu pagi

Keluarga Benny, Tuan Jaafar al-Anbia meyediakan sejumlah wang untuk menyara hidup Melina dan menukar nama banglo yang dibeli oleh Benny kepada Melina agar Melina tidak mengalami kesusahan hidup

5. Benny melarikan diri setelah menyedari dia disyaki menyertai kumpulan pengganas

Keluarga Jaafar al-Anbia menghantar misi menyelamatkan Benny dan mengatur misi membawa Benny pulang ke Dubai

Keluarga diraja Dubai memberi perlindungan kepada Benny dengan mengisytiharkannya

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

14

Page 15: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

sebagai ahli keluarga pemerintah.6. Faridah sering merindui Malaysia

walaupun sudah 25 tahun meninggalkan di New Zealand

Soleh Johnsons, membuat keputusan untuk tinggal di Cameron Highlands demi kebahagiaan Faridah

[7 markah]

(b) Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot dalam menghasilkan novel mereka. Satu daripada teknik plot yang lazim digunakan ialah teknik ‘Imbas Kembali’. Berdasarkan novel yang anda baca, kemukakan peristiwa-peristiwa yang menggunakan teknik ‘imbas kembali’ itu.

3 isi= 6 markah2 markah bahasa

Contoh imbas kembali mesti jelas Pelajar mesti menceritakan contoh peristiwa dari novel yang dikaji dengan jelas dan

terperinci

NOVEL MELUNAS RINDU

1. Fuad teringat peristiwa dia melarikan Sofia daripada jagaan Mak Salamah dan Pak Ismail sehingga dimarahi dan dibenci oleh Mak Salmah dan penduduk Kampung Danau Seberang ketika dia duduk mengelamaun di Pantai Batu Buruk.

2. Robert Lim teringat peristiwa dia meninggalkan Mariana setelah 3 bulan berkahwin ketika berbaring di ruang tamu rumahnya.

3. Robert Lim teringat perkahwinannya dengan Mariana setelah menempuh pelbagai rintangan semasa menatap cincin perkahwinannya dengan Mariana. Dia terkenang Mariana yang ditinggalkannya setelah menrima tekanan daripada ibunya.

4. Fuad mengingati semula kesungguhan Pak Ismail membimbingnya mengaji, bersolah taubat, solat hajat dan solah tasbih dan berpuasa di bulan Ramadan dalam tempuh setahun yang lalu.

5. Farhana terkenang semasa dia menuntut di England;terpaksa mengikat perut dan berjimat menggunakan wang biasiswa. Jika dia mengambil sarapan dia tidak akan makan tengah hari.

6. Pak Ngah Lias terkenang peristiwa Abdul Halim (Fuad) dilarikan oleh keluarga Robert Lim semasa peristiwa berdarah 13 Mei. Dia tidak dapat menjejaki Abdul Halim kerana peristiwa yang mengerikan itu.

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

15

Page 16: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

KABUS DI PERBUKITAN

1. Mejar (B) Kamarudin terkenang anaknya Faridah yang sudah tidak diziarahi sejak berpesiah ketika Faridah berusia tujuh tahun setelah dihubungi oleh Cikgu Raduan.

2. Mejar (B) Kamarudin terkenang peristiwa dia berkenalan dengan Hamidah di Nirwana Night Club . Dia dinasihati oleh pegawai atasannya supaya berkawin dengan Hamidah sebagai isteri kedua kerana hubungan mereka sudah terlanjur.

3. Mejar (B) Kamarudin terkenang peristiwa Rahayu yang dipisahkan daripada ibunya Salmah dan kakaknya Faridah sering merindui ibu dan kakaanya sehingga terpaksa diubati oleh bomoh.

4. Faridah teringat semasa dia kecil, dia dan Rahayu membesar di kawasan pantai Sungai Haji Dorani, bermain dengan rahayu mengutip lala dan kerang ketika emaknya berjula pisang goreng.

5. Faridah teringat peristiwa kematian suami pertamanya Ghazali tidak lama selepas ibunya meninggal dunia. 25 tahun yang lalu. Dia hampir menjadi gila kerana tekanan perasaan. Pada masa itu JKM menghantarnya berkursus di New Zealand... Kedatangannya ke New Zealand menemukannya dengan Samuel Kirby Johnsons yang menjadi suaminya dan terus menetap di New Zealand.

6. Zain teringat situasi di masjid di kampungnya ketika dia kecil sangat makmur semasa menunaikan solat berjemaah di situ.

7. Datuk Azrul terkenang kata-kata pensyarahnya semasa sedang menuntut di universiti iaitu jika dia berkhidmat dengan kerajaan dia pasti akan diarah bertugas di pendalaman atau Sabah dan Sawarak dan Datuk Azrul rela jika bertujuan untuk membantu kampung

8. Benny teringat sikap Melina yang tidak menggemari sikap rakan-raknanya . Melina memberim peringatan bahawa Benny tersalah memilih kawan.tetapi Benny menganggapm kawan-kawannya warak dan kuat beragama.

9. Benny teringat perbualannya dengan Haji Awang dan Ustaz Hassan Syukri. HAJI Awang sering mengingatkannya bahawa Islam ialah agama yang mudah dan setiap yang berlaku dengan ketentuan Allah SWT. Pendapatnya sentiasa berbeza dengan pendapat Haji Awang.

10. Benny teringat ajakan Mohamed Attar untuk berjihad fisabillilah melumpuhkan sistem keselamatan sebuah negara di sebelah sini agar sistem Yahudi dapat disekat perkembangannya tetapi ditolak olehnya.

11. Melina teringat peristiwa Benny menekan brek keretanya kerana tidak mahu melanggar seekor kucing hutan yang melintas jalan di Jalan Kuala Terengganu-Jabur apabila Inspektor Radzi menyatakan mungkin Benny terlibat dengan kegiatan pengganas.

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

16

Page 17: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

12. Melina teringat kembali rumahnya di Marang Terengganu semasa mengambil keputusan tinggal di Dubai yang berbeza budaya dan cara hidup. Dia bebas untuk ke pantai dari senja sampai subuh. Berjalan-jalan di bandar Kuala terngganu tanpa was-was. Kehadirannya dihormati.,

[8 markah] ------- Kertas Soalan Tamat------

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

17

Page 18: SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU-SKEMA BAHASA MELAYU KERTAS 2 -PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 2011

1103/2

1103/2 © 2011 Hak Cipta SMK Sultan Ismail, Johor Bahru ........... Lihat sebelah SULIT

18