patriotik dan jati diri

18
Pengenalan Pendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan dalam konten matapelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Terkini KBSR secara berperingkat-peringkat ditukarkan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada Januari 2011 yang diperkenalkan kepada murid-murid tahun satu 1 . Kurikulum Standard Sekolah Rendah diketengahkan dalam bentuk modular yang mana kandungan pembelajaran disediakanberbentuk unit kendiri lengkap yang dinamakan modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sudah dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid. Bagi tahap I, kandungan kurikulum disusun dalam Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif manakala tahap II dalam bentuk matapelajaran teras dan elektif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, isi kandungan pembelajaran memiliki standard tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Pencapaian itu boleh diukur menggunakan sistem penilaian yang telah disediakan iaitu Dokumen Standard Prestasi. Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang murid dalam sesuatu topik yang telah dipelajari dalam satu tempohpembelajaran berdasarkan satu penanda aras yang telah dikenalpasti. KSSR digubalkan berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dimana standard ini merupakan Dokumen Standard Kurikulum yang menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. 2 Standard Kurikulum merupakan pernyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. Penekanan adalah eleman yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. 1 http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php? option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=ms&showall=1. Diakses pada 22.4.2015. 2 http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2012/08/matapelajaran-sejarah-sekolah- rendah.html diakses pada 22.4.2015. 1

Upload: jananijj

Post on 01-Oct-2015

79 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

patriotik dan jati diri

TRANSCRIPT

PengenalanPendidikan formal sekolah rendah bermula dengan pelaksanaan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang diperkenalkan semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. KLSR telah ditukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1983 dan kemudiannya implikasi keperluan kesepaduan dalam konten matapelajaran, sekali lagi beberapa pindaan dalam Akta Pendidikan dibuat menyebabkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Terkini KBSR secara berperingkat-peringkat ditukarkan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula sesi persekolahan pada Januari 2011 yang diperkenalkan kepada murid-murid tahun satu[footnoteRef:1]. Kurikulum Standard Sekolah Rendah diketengahkan dalam bentuk modular yang mana kandungan pembelajaran disediakanberbentuk unit kendiri lengkap yang dinamakan modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sudah dikenalpasti untuk dikuasai oleh murid. Bagi tahap I, kandungan kurikulum disusun dalam Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif manakala tahap II dalam bentuk matapelajaran teras dan elektif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, isi kandungan pembelajaran memiliki standard tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Pencapaian itu boleh diukur menggunakan sistem penilaian yang telah disediakan iaitu Dokumen Standard Prestasi. Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang murid dalam sesuatu topik yang telah dipelajari dalam satu tempohpembelajaran berdasarkan satu penanda aras yang telah dikenalpasti. [1: http://apps2.moe.gov.my/kurikulum/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=311&Itemid=477&lang=ms&showall=1. Diakses pada 22.4.2015.]

KSSR digubalkan berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dimana standard ini merupakan Dokumen Standard Kurikulum yang menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.[footnoteRef:2] Standard Kurikulum merupakan pernyataan standard tentang apa yang murid patut tahu dan boleh buat seperti yang terkandung dalam KSSR. Standard Kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap Standard Kandungan. Penekanan adalah eleman yang berorientasikan kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi. [2: http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2012/08/matapelajaran-sejarah-sekolah-rendah.html diakses pada 22.4.2015.]

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah memberi penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor, serta menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan, kajian masa depan dan pembelajaran sepanjang hayat. Kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni, semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Semua elemen ini diharap dapat diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini merupakan transformasi pendidikan yang memberi penekanan kepada kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid. Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah matapelajaran Sejarah di Tahun 4 dan tahun 5. Ia diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dengan hasrat memberikan penekanan kepada pembangunan sahsiah murid di samping pemupukan nilai-nilai keperibadian mulia dan semangat kewarganegaraan. Kandungan kurikulum di peringkat sekolah rendah ini mencakupi sejarah awal negara sehingga kini yang bertujuan menanam minat murid terhadap sejarah dan menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran masa depan dengan memahami peristiwa masa lalu serta menghayati perjuangan tokoh-tokoh penting negara. Garis panduan dan penentu sempadan ilmu dan penyampaian maklumat ikut peringkat Relevan Matlamat Kurikulum Pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah untuk memupuk semangat cinta akan negara dan taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga menjadi warganegara Malaysia. Selain itu, matlamat Kurikulum Pendidikan Sejarah sesuai dengan kehendak semasa. Bukan itu sahaja, Kurikulum Pendidikan Sejarah juga mampu membina modal insan abad ke 21 dan melahirkan insan yang mempunyai pengetahuan tentang sejarah. Di samping itu, pendidikan sejarah yang dapat membina ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu dan melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air. Selain itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah matapelajaran Sejarah diperkenalkan untuk melahirkan insan atau warga yang memiliki nilai patriotik dan jati diri dalam diri mereka. Kurikulum Standard Sekolah Rendah matapelajaran Sejarah melahirkan warganegara yang memegang nilai patriotik bukan sahaja terhadap negara mahupun terhadap tokoh-tokoh pejuang. Matapelajaran Sejarah juga melahirkan warganegara yang memegang jati diri yang teguh terhadap negara kita, tokoh-tokoh pejuang kita bangsa kita. Kurikulun Standard Sekolah Rendah diperkenalkan sangat penting dan memberi makna yang mendalam mengenai Sejarah dalam kalangan murid-murid tahap II sekolah Rendah.

2.0 Dokumen Standard Kurikulum Tahun 4 dan Tahun 5 Dapat Melahirkan Warganegara Yang Patriotik dan Mempunyai Jati Diri2.1 Tahun 4 : Patriotik dan Jati DiriDokumen standard kurikulum matapelajaran Sejarah tahun 4 dan tahun 5 dapat melahirkan warganegara yang patriotik dan juga mempunyai jati diri. Patriotisme berasal dari kata Patriot, yang artinya adalah: pecinta dan pembela tanah air. Sedangkan Patriotisme maksudnya adalah semangat cinta tanah air[footnoteRef:3]. Pengertian Patriotisme adalah sikap Untuk selalu mencintai atau membela tanah air, seorang pejuang sejati, pejuang bangsa yang mempunyai semangat, sikap dan perilaku cinta tanah air, dimana ia sudi mengorbankan segala-galanya bahkan jiwa sekalipun demi kemajuan, kejayaan dan kemakmuran tanah air.Patriotik yang bermaksud sesuatu semangat yang ada pada diri seseorang. Semangat patriotik ini perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia[footnoteRef:4]. Dokumen Standard Kurikulum diperkenalkan untuk meahirkan rakyat Malaysia yang memegang konsep semangat patriotik dalam kehidupan seharian mereka. Dokumen standard kurikulum matapelajaran Sejarah tahun 4 dan tahun 5 diperkenalkan untuk memupuk semangat taat setia kepada Raja dan Negara kita. [3: https://astriani.wordpress.com/2009/10/23/definisi-patriotisme/. Diakses pada 22.4.2015] [4: http://ms.wikipedia.org/wiki/Patriotisme. Diakses pada 22.4.2015]

Jati diri telah didefinasikan sebagai sifatatauciriyangunikdanistimewayang menjadi teras dan lambing keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya, atau disebut juga sebagai identiti. Jati Diri adalah nilai-nilai murni. Konsep Jati Diri menyatakan ciri-ciri dalaman individu. Ia termasuk sikap atau lakuan individu. Ciri-ciri ini dapat dikesan melalui penampilan diriindividu tersebut. Penulis pula lebih suka mentakrifkan Jati Diri sebagai sifat, ciri atau nilai-nilai murni peribadiyang kekal dan stabil, tidak akan berubah atau payah untuk berubah. Selain itu, Pengertian Jati Diri Sebagian orang berpendapat bahwa arti jati diri adalah suatu manifestasi ideologi hidup seseorang. Jati diri sendiri merupakan bagian dari sifat seseorang yang muncul dengan sendirinya mulai dari kecil, kemudian sifat bawaan kadang juga terpengaruh dengan faktor lingkungan tempat seseorang hidup dan dibesarkan. Tajuk pertama dalam kandungan dokumen standard kurikulum matapelajaran Sejarah tahun 4 ialah Mari Belajar Sejarah. Dalam tajuk pertama., murid-murid akan belajar 1.1 pengertian sejarah dan kemahiran sejarah atau unit 1 dalam buku teks iaitu Sejarah dan Kita. Murid-murid akan belajar empat standard kandungan iaitu Pengertian Sejarah dan Kemahiran Sejarah, Pengertian Diri Dan Keluarga, Sejarah Sekolah dan Kawasan Tempat Tinggal Murid. Dibawah unit pertama, terdapat pula beberapa tajuk yang dapat memupuk semangat patriotik. Iaitu, Konsep Masa dalam Sejarah. Dalam tajuk ini murid-murid akan belajar mengenai pengertian dan kemahiran sejarah. Contohnya, mereka akan belajar garis masa tentang peristiwa-peristiwa sejarah yang telah berlaku seperti kerangka masa Rombongan Kemerdekaan, Persetujuan Kemerdekaan dan Pengisytiharan Kemerdekaan. Melalui ini, murid-murid dapat mengetahui tentang sejarah Peristiwa Kemerdekaan negara kita dan tokoh siapa yang terlibat dalam peristiwa tersebut[footnoteRef:5]. Melalui ini, mereka dipupuk semangat patriotik dalam diri mereka untuk menghargai jasa dan perjuangan mereka tehadap negara kita. Dalam tajuk ini, mereka bermula untuk mengenali tokoh-tokoh yang mengambil bahagian dalam pristiwa-peristiwa sejarah. Kemudian, mereka akan berbangga dengan sumbangan-sumbangan yang dilakukan oleh mereka terhadap negara kita. Hal ini secara tidak langsung memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka supaya mereka tidak akan melupakan sumbangan-sumbangan mereka sepanjang hayat. [5: Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.]

Selain itu, dalam standard pembelajaran 1.1.5 Sebab dab Akibat, dibawah unit 1 dalam buku teks, murid-murid akan belajar mengenai Sebab dan Akibat Dalam Sejarah. Melalui tajuk ini, murid-murid akan belajar tentang sebab dan akibat dalam sesuatu peristiwa sejarah[footnoteRef:6]. Dalam hal ini, mereka berusaha untuk berfikir dan mencari idea untuk bertanya soalan seperti Sebab apa berlaku peristiwa itu? dan Apa akibat daripada peristiwa tersebu?. Dengan bertanya soalan seperti ini, mereka akan lebih faham mengenai sebab dan kesan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Sebagai contoh, guru perlu menggunakan istilah sebab apa ia berlaku? Dan apakah kesan daripada peristiwa itu? Terhadap murid-murid dan mereka akan berusaha untuk berjawab dengan menggunakan akal fikiran mereka dalam pengatahuan sejaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah mengenai tajuk Rundingan Kemerdekaan, disini guru boleh Tanya soalan sebab apa berlaku rundingan tersebut? Dan apakah akibat daripada rundingan itu?. Jadi, disini murid-murid akan lebih memahami tentang kepentingan rundingan kemerdekaan. Mereka akan sedar kepada semangat kekitaan yang ada pada tokoh-tokoh yang terlibat dalam rundingan tersebut. Disini, murid-murid berasa bangga dan semangat patriotisme dapat dipupuk dalam kalangan mereka. Hal ini demikian kerana tokoh-tokoh perjuang yang menyumbangkan negara Malaysia yang merdeka kepada generasi sekarang. Jadi, sebagai balasan kepada sumbangan dan perjuangan mereka, kita perlulah sentiasa bersemangat patriotik terhadap negara dengan menjaga keamanan dan keharmonian negara kita. [6: Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.]

Disamping itu, dalam tajuk 1, dibawah standard pembelajaran 1.1. 9 iaitu kepentingan menghargai warisan bangsa bagi melahirkan jati diri yang berperanan melahirkan warganegara yang berjati diri bangsa. Melalui tajuk Warisan Kita, murid-murid akan mengetahui warisan keluarga mereka sendiri. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan terlalu kaya dengan pelbagai warisan yang sangat unik. Selain, murid-murid mengetahui warisan keluarga mereka, juga akan mengetahui tentang warisan negara kita yang turun temurun dalam kalangan rakyat Malaysia. Warisan di negara kita adalah pelbagai. Budaya, tarian, makanan, alat muzik, adat istiadat, kepercaaan, agama dan cara makanan merupakan antara contoh warisan yang terdapat di nagara kita[footnoteRef:7]. Warisan negara merupakan identiti kita. Warisan negara juga dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi pada masa kini. Semangat patriotik ini akan lahir dengan sendirinya apabila generasi muda dapat merasakan semangat perjuangan pahlawan-pahlawan negara dalam mempertahankan tanah air. Nama-nama pejuang yang telah terkorban ada tercatat di Tugu Negara untuk tatapan semua. Justeru, enerasi sekarang dan akan datang sepatutnya tidak boleh melupakan kerana mereka akan sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan pejuang dalam mempertahankan negara. Oleh itu, sejarah tahun 4 menekankan tajuk warisan kita bagi memelihara warisan negara kita yang pelbagai ini sangat penting untuk melahirkan jenerasi yang berjiwa patriotik dan cinta akan tanah air. Dalam tajuk ini juga, nilai jati diri dapat dipupuk. Warisan negara merupakan harta kepada setiap warga Malaysia. Dalam pada ini, setiap warganegara Malaysia perlu berusaha untuk mempertahankan warisan negara kita. Semasa murid-murid belajar tajuk ini, guru perlu menerangkan tentang kepentingan warisan negara kita dan erulah murid-murid berusaha untuk mengekalkan warisan nefara kita. Disini lahirnya insan yang memegang nilai jati diri bangsa Malaysia dalam mempertahankan warisan negara. [7: http://www.heritage.gov.my/index.php/ms/kenali-kami/bahagian/daftar-warisan. Diakses pada 23.3.2015]

Dalam standard kandungan 1.2 murid-murid akan belajar pengertian diri dan keluarga. Dalam standard kandungan ini, murid-murid akan belajar mengenai salasilah keluarga, keluarga asas mereka, panggilan keluarga di Malaysia, keluarga yang bahagia dan amalan beradab amalan mulia dalam keluarga mereka. Melalui tajuk ini mereka akan memegang nilai jati diri menjaga warisan keluarga. Guru-guru akan menerangkan tentang amalan adab yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga mereka. Contohnya, cara makanan yang diamalkan oleh keluarga yang berlainan bangsa adalah berbeza dengan yang lain. Dalam tajuk ini, guru-guru akan menjelaskan tentang adab-adab yang diamalkan oleh tiga jenis kaum di negara kita. Melalui ini, murid-murid akan mengetahui tentang adab-adab yang diamalkam oleh kaum lain. Seseorag individu berusaha untuk mengekalkan dan menjaga adab-adab yang diwarisi oleh keluarga mereka secara turun-temurun. Oleh itu, murid-murid akan dipupuk nilai jati diri bangsa menjaga warisan keluarga mereka sepanjang hayat mereka. Dibawah tajuk 5, Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka terdapat standard kandungan 5.1, 5.2, 5.3, 5.4 yang berkaitan dengan tokoh-tokoh terbilang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Melalui tajuk ini, negara kita akan melahirkan genarasi yang bersemangat patriotik terhadap tokoh-tokoh serta negara kita. Murid-murid di sekolah akan belajar mengenai asal usul, peranan dan sumbangan tokoh-tokoh yang menjuang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka[footnoteRef:8]. Melaui tajuk ini, guru akan mengajar secara terperinci tentang peranan-peranan dan sumbangan-sumbangan tokoh-tokoh terhadap negara kita. Apabila murid mengetahui peranan dan sumbangan mereka terhadap negara, mereka berasa bangga dan menghormati pengorbanan mereka demi negara kita dan demi kesejahteraan generasi akan datang. Daripada tajuk ini, mereka juga memahami bahawa tokoh terbilang ialah tokoh yang mempunyai keistimewaan dan memberikan sumbangan kepada kegemilangan sesebuah bangsa dan negara dan sumbangan mereka akan dikenang sepanjang zaman. Tokoh-tokoh tersebut telah melakukan sumbangan mereka untuk mewujudkan negara kita sebagai negara yang gembilang dan terbilang. Selepas murid-murid belajar tajuk ini, mereka berasa perlu menjaga kegemilangan negara yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh terbilang Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Disini wujudlah sikap semangat patriotik terhadap tokoh-tokoh terbilang dan secara langsung terhadap negara kita. Murid-murid juga boleh belajar sifat-sifat peribadi seperti kebijaksanaan, kesetiaan, amanah, rajin, bertanggungjawab, berani dan gigih daripada tokoh-tokoh terbilang iaitu Parameswara, Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah sebagai teladan yang baik kepada diri mereka bagi menjadi insan yang bersemangat patriotik terhadap tokoh dan negara. Apabila murid-murid belajar dan menghayati sifat-sifat mereka secara tidak langsung mereka akan dipengaruhi oleh mereka dan berusaha untuk memupuk nilai semangat patriotik terhadap negara. [8: Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.]

Selain semangat patriotik dalam standard kandungan 5.2, terdapat juga nilai jati diri bangsa yang memperjuangkan Warisan Keagungan Kesultanan Melayu Melaka dalam standard pembelajaran 5.2.7. Dalam standard pembelajaran 5.2.7, murid-murid akan mengetahui tentang Kesultanan Melayu Melaka merupkan warisan yang berharga dan warisan tersebut menjamin kedaulatan dan kemakmuran negara kita pada hari ini[footnoteRef:9]. Warisan Kesultanan Melayu Melaka mengekalkan Identiti Negara, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara, Permuafakatan, Keamanan dan Bertaraf Dunia. Aspek-aspek ini, masih dikekalkan sehingga pada kini. Apabila, guru mengajar standard kandungan ini kepada murid-murid, beliau hendaklah menerapkan nilai dan semangat patriotisme melalui intipati yang terkandung dalam tajuk ini. Contohnya, standard pembelajaran ini mengandungi Warisan Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan konsep kesetiaan kepada raja dan negara. Konsep ini perlu dihayati oleh murid-murid supaya mereka melahirkan perasaan cinta pada tanah air mereka. Melalui ini, mereka dapat memupuk semangat petriotik dalam diri mereka terhadap raja dan negara. [9: Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.]

Dalam standard kandungan 4.1 Kedudukan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal, terdapat semangat patriotik yang dapat diterapkan oleh guru terhadap murid-murid[footnoteRef:10]. Dalam tajuk ini, murid-murid akan mengatahui tentang keunikan negara kita sehingga pedagang-pedagang negara lain datang ke negara kita untuk melakukan perdagangan dan perniagaan. Contohnya, masyarakat dari China, India, Arab dan Pasai datang ke negara kita untuk menjalankan kegiatan perdagangan di negeri Melaka. Ketika itu, negari Melaka telah dikaji oleh Parameswara. Parameswara membangunkan negeri Melaka sebagai suatu negeri yang maju dan menyediakan tempat-tempat khas bagi pedang-pedagang dari negara lain menjalankan kegiatan perdagangan dan perniagaan. Disebabkan kedudukan yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal dan bagi setiap pedagang dari negara lain dapat bersinggah di Melaka. Melaka juga terletak di antara laluan China ke India. Dengan menggunakan kelebihan ini, Parameswara telah menubuhkan Melaka sebagai sebuah negari enterport dan ini dapat menarik perhatian padagang dan peniada dari negara luar untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan di Melaka dengan tujuan membangunkan ekonomi dan memajukan negeri Melaka. Selasa guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, beliau boleh menerapkan kebijaksanaan Parameswara dengan menarik perhatian negara luar terhadap Melaka dan dengan itu, Parameswara telah memajukan Melaka dengan begitu gemilang. Kadaulatan yang starategi dan sesuai yang dilakukan oleh Parameswara dalam memajukan Melaka perlu diajar kepada murid-murid. Dengan ini, murid-murid berasa peka terhadap isu-isu negara dan berusaha untuk mengekalkan kemajuan negara. Semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid akan dipupuk dalam kalangan mereka selepas belajar tajuk ini. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mencadangkan tajuk ini kepada murid-murid tahun 4. [10: Kementerian Pelajaran Malaysia.2013. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum. ]

2.2 Tahun 5 : Patriotik dan Jati DiriTajuk enam dalam Dokumen Standard Kurikulum tahun 5 adalah Warisan Negara Kita. Tajuk ini memberi pendedahan tentang warisan negara kita kepada murid, yang merangkumi aspek institusi raja, agama Islam dan bahasa Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan negara[footnoteRef:11]. Pemahaman tentang tajuk ini membolehkan murid-murid menghayati dan menghargai tradisi tersebut sebagai warisan negara bagi melahirkan semangat jati diri dan taat kepada negara. Dalam tajuk ini murid-murid akan belajar 3 unit iaitu institusi Raja tonggak kedaulatan negara, warisan Islam di Malaysia dan bahasa Melayu warisan kita.Tajuk ini memberikan pendedahan kepada murid tentang warisan negara Malaysia yang unik dan istimewa. Negara kita mempunyai banyak warisan yang diwarisi daripada Kerajaan Melayu Melaka yang kini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia seperti Institusi raja, agama Islam dan bahasa Melayu. Warisan ini mendasari asas pembinaan negara Malaysia pada masa kini. Melalui standard kandungan 6.1 Institusi Raja, murid-murid akan memahami tentang kepentingan taat setia kepada raja dan kepentingan mempertahankan institusi raja serta mereka mampu menyatakan penghargaan terhadap institusi Raja. Murid-murid akan menghormati Raja sebagai ketua negara. Mereka akan taat setia kepada raja dan negara untuk mewujudkan negara yang berdaulat. Semasa murid-murid belajar mengenai Institusi Raja, mereka akan rasa hormat-menghormati terhadap Raja dan negara. Melalui ini, semangat patriotisme dalam kalangan mereka akan diperkukuhkan. [11: Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.]

Seterusnya, dalam standard kandungan 6.2 murid-murid akan belajar mengenai agama Islam. Agama Islam merupakan agama rasmi negara kita. Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun pemikiran luhur dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu. Jadi, semua masyarakat hendaklah menghormati agama Islam sebagai agama warisan negara kita. Dengan cara penjelasan guru di dalam bilik darjah, murid-murid akan memahami tentang agama Islam adalah agama rasmi negara dan perlunya menghormati. Dalam standard kandungan ini, murid-murid akan mengetahui tentang peranan agama Islam dalam membentuk perpaduan, mereka mampu menyatakan nilai-nilai keagamaan yang diamalkan bagi membentuk masyarakat yang harmoni serta mengetahui kesenian Islam sebagai salah satu warisan negara yang dibanggakan. Melalui standard kandungan ini, murid-murid akan menerima kebaikan-kebaikan agama Islam sebagai agama warisan negara dalam membentuk jati diri warisan negara kita. Standard kandungan 6.3 menerangkan tentang bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara kita. Dalam standard kandungan ini, murid-murid akan mengetahui tentang bahasa Melayu sebagai bahasa warisan negara kita. Guru-guru perlu menerangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Murid-murid juga akan memahami bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di negara kita. Pemimpin sebelum merdeka menyedari, selain kemakmuran ekonomi, agenda utama yang perlu diberikan perhatian ialah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan membentuk identiti negara bangsa. Oleh itu, sebelum kemerdekaan telah pun menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita. Hal ini demikian kerana rakyat di negara kita terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka mempunyai bahasa ibunda yang berlainan. Jika mereka mengguanakn bahasa ibunda, orang lain pasti akan tidak faham. Oleh itu, Perdana Menteri pertama kita telah menetapkan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum utama. Bahasa Melayu sangat membantu kepada setiap rakyat dan juga pembangunan negara. oleh itu, ia wajar dalam Dokumen Standard Kurikulum bagi melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri warisan negara. Melalui, proses pengajaran yang dijalankan oleh guru mengenai tajuk ini, maka murid-murid akan cuba untuk mempertahankan penggunakan bahasa Melayu sepanjang hayat mereka. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian, dan boleh dikatakan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak bernyawa. Bahasa kebangsaan merupakan asas yang membentuk jati diri bangsa, malah bahasa kebangsaan merupakan alat perlambangan semangat kebangsaan yang paling berkesan. Disini wujudnya jati diri mempertahankan warisan negara kita. Selain itu, tajuk tujuh dalam Dokumen Standard Kurikulum adalah Perjuangan Kemerdekaan Negara. Tajuk ini memberi pendedahan tentang campur tangan kuasa kuasa luar dan penjajahan yang menyebabkan penentangan serta perjuangan tokoh tempatan yang menjadi inspirasi kepada anak bangsa untuk menuntut kemerdekaan negara kita. Peristiwa menuntut kemerdekaan negara seterusnya diberi tumpuan bagi melahirkan semangat patriotik dan jati diri dalam kalangan murid-murid di sekolah[footnoteRef:12]. Dalam standard kandungan 7.1 Penjajah dan Campur Tangan Kuasa Luar, murid-murid akan mengetahui kepentingan memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kita, memanfaatkan kekayaan sumber alam untuk kemajuan negara kita dan semangat kekitaan dan kebersamaan dalam membentuk negara yang aman dan makmur. Kedudukan negara kita yang strategik telah menarik kuasa luar untuk menjajah dan campur tangan. Selain itu, negara kita mempunyai hasil bumi yang amat bernilai. Kuasa luar yang menjajah dan campur tangan di negara kita ialah Siam, Portugis, Belanda, British dan Jepun. Kuasa luar ini telah mengambil kesempatan menggunakan hasil bumi negara kita untuk kepentingan mereka. Tujuan tajuk ini dididik kepada murid-murid ialah untuk memberi kesedaran untuk mejaga hasil buni yang bernilai yang terdapat di negara kita dengan mengelakkan ancaman luar mengambil untuk kegunaan mereka. Oleh itu, generasi muda bersatupadu dan mempertahankan kedaulatan negara agar hasil bumi dapat dimanfaatkan untuk kemajuan dan kemakmuran negara kita. Dengan ini, murid-murid akan sedar bahawa negara Malaysia memiliki banyak kelebihan. Kelebihan-kelebihan tersebut telah dipeliharakan oleh pejuang tempatan dan sekarang tanggungjawab tersebut perlu diambil oleh generasi muda. Dengan ini, semangat patriotik akan dipupuk dalam kalangan mereka untuk menjaga dan menghargai negara kita demi kegemilangan masa hadapan kita dan negara kita. Oleh itu, murid-murid tahun 5 [12: Kementerian Pelajaran Malaysia.2013. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum. ]

Selain itu, dalam tajuk yang sama, murid-murid akan mengetahui tentang pejuang-pejuang yang telah terlibat dalam rundingan kemerdekaan demi kedaulatan negara. Antara tokoh tempatan yang dibelajar oleh murid tahun 5 dalam tajuk ini adalah Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dol Said, Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Bahaman, Sharif Masahor, Mat Salleh, Antanom dan Rentap serta murid akan mengenali tentang tokoh kedamaian seperti Pak Sako, Tun Tan Cheng Lock, S.A. Ganapathy dan Lily Eberwein[footnoteRef:13]. Golongan muda sepatutnya mengambil contoh dan teladan pejuang dahulu Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan serta kedaulatan negara. mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar adalah tanggungjawab setiap rakyat. Kesetiaan kepada raja dan negara yang ditunjukkan setiap warga melalui sumbangan serta pengorbanan adalah unsur patriotisme sangat penting. Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda, khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Patriotisme juga perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. setiap rakyat yang cintakan tokoh mesti cintakan negara dan mesti mengakui Malaysia adalah tanah tumpah darah dan tiada negara lain seaman serta semakmur Malaysia. Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa serta negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik lagi bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Pengorbanan pejuang-pejuang perlu dihayati oleh murid-murid supaya mereka akan melahirkan semangat patriotik atas kesedaran terhadap sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang negara kita. [13: Kementerian Pelajaran Malaysia.2013. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum.]

Dalam tajuk yang sama, terdapat standard kandungan 7.3 yang memegang tajuk Sejarah Kemerdekaan 1957. Dalam standard kandungan ini, para guru akan mengajar tentang peristiwa ke arah perjuangan kemerdekaan, tokoh-tokoh yang berjuang ke arah kemerdekaan, rundingan bagi mendapatkan kemerdekaan, detik-detik pengisytiharan kemerdekaan, pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang boleh dicontohi, kepentingan permuafakatan dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara[footnoteRef:14]. dalam tajuk ini juga, guru dapat mengajar murid mengenai belenggu penjajah menyedarkan tentang pengtingnya kebebasan tanah air. Oleh itu, rakyat telah bekerjasama dengan pemimpin untuk mendapatkan kemerdekaan. Permuafakatan antara pemimpin dengan masyarakat telah memudahkan proses pencapaian kemerdekaan Persekutuan Tanah Air. Dalam standard kandungan ini, murid-murid akan memahami tentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1942-1945, penubuhan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946-1948, Ancaman Komunis 1948, Parti-parti Politik di negara kita, Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, dan juga Rundingan London 1956. Dalam setiap peristiwa ini, murid-murid akan mengenalpasti pejuang-pejuang yang menentang dan sumbangan mereka terhadap negara kita. Selain itu, murid-murid juga akan belajar mengenai kebijaksanaan dan kehebatan tokoh-tokoh kemerdekaan telah Berjaya memerdekakan negara kita. Pengenalan kepada jasa tokoh ini adalah bertujuan untuk generasi muda perlu menghayati dan menghargai pengorbanan dan perjuangan wira negara kita dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh. Mereka juga belajar wira merdeka yang terlibat dalam peristiwa kemerdekaan seperti Dato Onn bin Jaafar, Dato Haji Abdul Wahab bin Haji Aziz, Tun Tan Cheng Lock, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak bin Hussein, Tun H.S. Lee, Tun Dr.Ismail bin Dato Abdul Rahman dan Tun V.T. Sambanthan[footnoteRef:15]. Oleh itu, sebagai warganegara Malaysia kita sepatutnya berasa bangga dan menghargai pengorbanan mereka. Keseluruhan daripada tajuk ini, murid-murid akan menghargai dan menghayati sumbangan, pengorbanan dan jasa yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang negara kita demi kebaikan, keselesaan dan keselamatan generasi akan datang. Murid-murid dapat mengenang jasa tokoh yang berusaha dan bersusah paya dalam mendapatkan kemerdekaan kepada negara kita. Sebagai generasi akan datang murid-murid perlu menjaga kemakmuran negara Malaysia supaya ancaman luar tidak menjajah negara kita. Dalam tajuk ini, murid-murid akan memupuk kesedaran iaitu kemerdekaan yang dinimati pada hari ini adalah hasil pengorbanan wira kemerdekaan yang sanggup berkorban demi negara. Dengan ini, guru boleh menerapkan nilai murni semangat patriotik kepada murid-murid bagi melahirkan warganegara yang berpatriotik terhadap tokoh pejuang dan negara yang merdeka dianugerahkan oleh mereka. [14: Kementerian Pelajaran Malaysia.2013. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sejarah Tahun 4. Bahagian Pembangunan Kurikulum.] [15: Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013. Sejarah Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.]

Dalam tajuk ini juga terdapat jati diri mempertahankan kedaulatan negara kita. Murid-murid akan mengetahui tentang peristiwa kemerdekaan negara kita oleh wira merdeka negara kita. Dalam aspek ini, guru-guru perlu mewujudkan perasaan cinta terhadap negara yang merdeka yang telah dianugerahkan oleh wira merdeka. Melalui sambutan Hari Kemerdekaan, murid-murid akan sedar atas pengorbanan pejuang-pejuang untuk mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah-penjajah. Dengan ini, guru perlu menerapkan semangat jati diri untuk mengekalkan negara yang berdaulat tanpa jajahan semua oleh ancaman luar. Melalui ini, negara kita boleh melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri mempertahankan kedaulatan negara dengan menjaga keharmonian, keamanan, kesejahteran dan keselamatan negara. Selain itu, tajuk lapan dalam Dokumen Standard Kurikulum adalah Yang Di-Pertuan Agong Payung Negara.

12