motivasi~waja hati 4 jati diri

18
Nasyid Interaktif tarikh: 14 dis 2011 Waktu: 8.30 – 10.00 Bersama..... ه ركات ب له و ل ا مه ح م ور ك ي ل ع لام س ل اUSTAZ HASNUL JAMAL BIN SULAIMAN D I W A N I

Upload: hasnul-sulaiman

Post on 05-Dec-2014

637 views

Category:

Spiritual


3 download

DESCRIPTION

Assalamualaikum wrt wbt...Sila layari :www.facebook.com/Diwani.MalaysiaDan sila 'like' page DIWANI MALAYSIA.

TRANSCRIPT

Page 1: Motivasi~waja hati 4 jati diri

NasyidInteraktif

tarikh: 14 dis 2011

Waktu:8.30 – 10.00

Bers

am

a..

...

السالم عليكم ورحمة الله و بركاته

USTAZ HASNUL JAMAL BIN SULAIMAN

DIW

AN

I

Page 2: Motivasi~waja hati 4 jati diri

• Subhanallah Alhamdulillah Wa La Ilaha Illallah Huwallahu Akbar

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita semua AlhamdulillahSegala puji bagi Allah yang menciptakan alam semesta AlhamdulillahMaha Suci-Mu ya Allah yang mencurahkan limpah kurnia SubhanallahMaha Suci-Mu ya Allah terima taubat insan berdosa Subhanallah

Pada Tuhan kita DoakanDiselamatkan Dijauhkan dari NerakaMudah-mudahan Dengan Rahmat-NyaKita semua ditentukan nikmat di syurga

Kalamullah jadi panduanBerilmu beriman kita beramal kerana TuhanRasulullah jadi ikutan Insya-Allah dunia akhirat kita selamat

Allahu Allah

سبحان الله

Page 3: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Apa yang kita cari dalam hidup?

•Sijil?•Rumah?•Kerjaya?•Berkeluarga?•Berduit?•Berkereta?•Popular?•Berjawatan tinggi?

Page 4: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Yang AbadiSudah menjadi lumrah yang bernama manusia

Tiada terlepas dari alpa dan dosa

Nafsu yang menghalang syaitan menipu daya

Hingga terleka dengan dunia

Ayuh segera sedari Tuhan yang Maha Suci

Penerima taubat dengan kesal di hati

Teguh keazaman takkan berulang lagi

Ikhlas amalan tekun berbudi pada Ilahi

Kita hamba yang lemah dengan arus dunia

Perlukan bantuan Penciptanya

Dengan iman dan taqwa pada Tuhan yang Esa

Syarat pembelaan di dunia

Tiada yang abadi hidup di dunia ini

Di sana yang menanti kehidupan hakiki

Ambillah peringatan mulakan perubahan

Kembali teman kepada Tuhan

Lambaian kasih sayang dari kami semua

Tanda keimanan kasih sesama manusia

Mendapat rahmat-Nya hidup yang

sementara

Akhirat sana kekal bahagia buat selamanya

Page 5: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Kita sebenarnya mencari……

BAHAGIA

Page 6: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Mukmin SejatiOrang mukmin yang sejati jika terbuat dosa

Hatinya luka punah, sedih dan derita

Jiwanya parah tak boleh melupakannya sepanjang masa

Kalau ia anggota lahir tentu nampak berdarah

Kalaupun sembuh dari lukanya namun parutnya masih ada

Begitulah halus perasaan seorang hamba yang berdosa

Dia tak boleh melupakannya sepanjang masa

Bagaimana dia boleh melupakannya Kerana parutnya masih ada

Ertinya ingatannya pada dosa Tak boleh dilupakannya

Teringat sahaja jiwanya tersiksa Teringat sahaja hatinya derita

Payah sekali dia mahu melupakannya

Perasaan ini anugerah Dan nikmat dari tuhannya

Takut dengan dosanya itu Jadi syafaat padanya

Tersiksa dengan dosa, derita dengan kesalahan

Page 7: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Dianggap oleh Allah itulah

Hukuman kepada hambanya

Moga di akhirat kelak terselamat

Daripada siksa neraka

Begitulah hati seorang mukmin

Sentiasa sahaja ia bergelora

Kerana takut dengan tuhannya

Lebih lagi setelah terbuat dosa

Mukmin Sejati

Page 8: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Apa kita buat untuk mencari bahagia?•Bermain?

•Makan-makan?•Makan angin?•Berkelah?

•Ketawa sekuat-kuatnya?•Mendaki gunung ganang?•Menyelam di lautan?

•Bermusafir degan basikal?•Berkhemah di dalam hutan?

Page 9: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Jodoh Dulu KalaDi zaman datuk nenek kita nak mencarikan jodoh

Adalah urusan orang tua atau ibubapa

Anak-anak hanya patuh sahaja tiada bangkangannya

Pilihan ibubapa tiada kata dua

Mereka taat sahaja tiada berkira-kira

Kadang-kadang bakal suami isteri

Tiada kenal satu sama lain

Lebih-lebih lagi bercinta-cintaan lebih dahulu tidak berlaku

Oleh kerana berkat ibubapa

Perkahwinanan kekal berpanjangan hingga anak cucu

Di waktu itu perceraian payah berlaku

Tapi hari ini mencari jodoh ibubapa tiada kuasa

Pilihan dibuat anak-anaknya ibubapa ikut sahaja

Kadang-kadang nikah kahwin berlaku bercinta-cinta lebih dahulu

Bahkan mereka sudah dibawa keluar ke hilir dan ke hulu

Terjadinya suami isteri tentu tiada salah pilih lagi

Pilihan dibuat anak-anaknya ibubapa hanya mengikut saja

Page 10: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Jodoh Dulu KalaKalau mengikut lojik akal perkahwinan kekal berpanjangan hingga anak cucu

Rupanya tak terjadi begitu

Lepas berkahwin dua tiga bulan perceraian pun berlaku

Kadang-kadang hutang perkahwinan belum langsai lagi

Tapi perceraian dah berlaku tak sampai ke anak cucu

Suasana ini kalau berlakudi kalangan bangsa Melayu

Dapatlah kita pastikan entah ke mana masa depannya….

Page 11: Motivasi~waja hati 4 jati diri

BAHAGIA

•Hati yang tenang dengan DUNIA•Hati yang resah dengan ALLAH

Page 12: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Jangan Tinggalkan Aku, Tuhan…Kalau Engkau tinggalkan aku Tuhan

Apalah erti hidup ini

Jika Engkau biarkan aku Tuhan

Segala yang ada tidak ada erti

Apalah erti hidup tanpa Mu Tuhan

Aku memerlukan Mu

Jika Engkau pimpin aku

Segala yang ada mempunyai makna

Setiap milikanku mempunyai erti

Kalau tidak memiliki apa-apapun masih mempunyai

Begitulah besarnya erti hidup ini

Bersama Mu bahagialah hati

Cerialah muka walaupun papa

Kalau hidup ini tidak bersama Mu

Hilanglah bahagia ceria tiada Walaupun berkuasa dan kaya

Page 13: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Jangan Tinggalkan Aku, Tuhan…

Betapalah kalau miskin dan papaBertambah malang bahkan celakaEngkau adalah keperluan di dalam

kehidupanEngkau adalah cahayaa menyuluh harapan

Engkau adalah diperlukan di dalam sebarang hal dan keadaan

Engkau adalah segala-galanyaJangan tinggalkan aku Tuhan

Jangan biarkan aku TuhanItulah harapanku pada Mu

Dengan Rahmat MuTuhan harap tunaikan

Tuhan harap-harap tunaikan.

Page 14: Motivasi~waja hati 4 jati diri

TAQWA syarat BAHAGIA

•Usahakan hidayah•Faham ilmu Islam

•Yakin dengan ilmu Islam•Mengamalkan ilmu Islam

• Istiqamah beramal•Mujahadah•Berdoa

•Guru yang mendidik hati

Page 15: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Mana Milik KitaMana milik kita

Tidak ada milik kita

Semua yang ada Allah yang punya

Tidak ada kita punya

Kita hanya mengusahakan saja

Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya

Bumi langit ciptaan-Nya

Miliklah apa saja

Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya

Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan apa yang telah ada

Mengapa kita sombong memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu kepada Tuhan yang empunya

Patut bersyukur kepada Tuhan yang memberi segalanya

Malulah kepada Tuhan kerana milik Dia punya

Page 16: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Janganlah berbangga apa yang ada pada kitaKalau Allah tidak beri kita tidak punya apa-

apaJanganlah mengungkit-ungkit jasa kita

Jasa kita nisbi saja yang sebenarnya Tuhan punya

Marilah kita bersyukur bukan berbanggaBersyukur kepada Tuhan bukan mengungkit

jasaGunakanlah nikmat Tuhan itu untuk khidmat

pada-NyaSelepas itu lupakan saja agar tidak

mengungkit-ungkitnya

Mana Milik Kita

Page 17: Motivasi~waja hati 4 jati diri

Pahlawan AgamaDi mana budi hancur punah

Di waktu Islam hancur musnah

Ku terkenang nabi membawa hidayah

Pahlawan agama yang gagah

Pembawa undang-undang yang indah

Pembanteras perkara yang salah

Pemimpin umat yang berjasa

Handal pendekar lagi perkasa

Dengan ilmumu yang tajam

Memusnah musuh yang kejam

Biar musuh memutih di bumi

Namun undur tidak sekali

Sungguh kau berhati kota

Bersemangat besi waja

Kau pesuruh Allah tercinta

Wajahmu terbayang di ruang mata

Sejarah tetap menjamin

Jasamu menjadi cermin

Obor semesta negara sentosa

Dua panduan yang disedia

Panduan Al-Quran dan Sunnah

Peninggalanmu yang berharga

Dijadikan undang-undang dunia

Supaya dunia aman bahagia

Page 18: Motivasi~waja hati 4 jati diri

نور محمد سيدنا على صل اللهم ، األنوار

، األغيار ترياق و ، األسرار سر ومحمد سيدنا ، اليسار باب مفتاح و

، المختار ، األخيار أصحابه و ، األطهار آله و

افضاله و الله نعم عدد