parameter komunikasi silang budaya dalam …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/45 rosmawati...

6
448 PARAMETER KOMUNIKASI SILANG BUDAYA DALAM PELANCONGAN ISLAM Rosmawati Mohamad Rasit, Siti Rugayah Tibek, Salasiah Hanin Hamjah, Zulkefli Aini, Muhamad Faisal Ashaari, Muhamad Adib Samsudin, Ahmad Irdha Mokhtar & Siti Fatma Mansor Abstrak: Komunikasi silang budaya berupaya menjadi penanda aras kepada wujudnya adab bicara yang baik dalam kalangan muslim. Walaubagaimanapun, penguasaan kepada komunikasi silang budaya masih menampakkan jurang terutama dalam industri pelancongan Islam. Terdapat situasi yang melibatkan konflik dan juga persepsi ethnosentrik yang melibatkan variasi budaya lain apabila berdepan dengan pelancong daripada luar. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji parameter komunikasi silang budaya dalam pelancongan Islam. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan. Data dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik dan dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif. Seramai 72 orang responden dipilih secara persampelan bertujuan dalam kalangan staf hospitaliti. Hasil kajian ini menunjukkan parameter ‘memberi salam’ dan ‘senyum’ merupakan dua aspek dalam komunikasi silang budaya yang wujud dalam pelancongan Islam yang mencatakan nilai min min=3.31 dan min=3.29. Selain itu pengukuran item ‘menghormati budaya orang lain’ dan ‘membuang sikap prejudis terhadap budaya lain’ masing-masing mendapat nilai min=3.26. Justeru, kajian ini memperlihatkan sisi penting adab bicara melalui parameter komunikasi silang budaya untuk mengoptimumkan konflik di antara budaya yang berbeza. Diharap kajian ini menyumbang kepada industri pelancongan Islam yang mengangkat nilai agama sebagai dimensi penting dalam pengukuran budaya yang saling menghormati di antara masyarakat setempat dan juga pelancong luar. PENGENALAN Manusia berinteraksi melangkaui sempadan komunikasi antara individu yang berlatarbelakangkan budaya yang berbeza. Senario ini dirujuk sebagai komunikasi silang budaya. Menurut Samovar dan Richard (2003), komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu yang mempunyai persepsi kebudayaan dan sistem simbol yang berbeza di antara satu sama lain. Selain itu, komunikasi silang budaya juga secara umumnya dirujuk sebagai interaksi face-to-face dalam kalangan sekelompok manusia yang mempunyai budaya yang pelbagai. Islam jelas membahaskan perbezaan antara individu dengan individu yang lain adalah supaya manusia dapat saling berkenal- kenalan dan beramah mesra antara satu sama yang lain. Firman Allah SWT dalam al-Quran Surah (al-Hujarat 49: 13): ير ك ن ذ مم ك نۡق ل ا خ ن إ اس اٱلن ه ي أى نث أ وۡم ك نۡل ع ج ووبا ع ش ل ئا ب ق وو ف ار ع ت لير ب خ يم ل ع ٱ ن إۡم كى قۡت أ ٱ ند عۡم ك م رۡك أ ن إ ا١٣ Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) (al-Hujarat (49) ayat 13). Sebagai seorang Muslim, kita mesti berupaya untuk berkomunikasi dengan orang yang keseluruhan latar belakang, tingkah laku, budaya dan tradisi berbeza sepenuhnya. Ini adalah kerana menurut komunikasi antara budaya adalah keadaan di mana orang-orang dari pelbagai latar belakang budaya yang terlibat dalam komunikasi. Sebagai orang Islam, tidak kira kewarganegaraan, untuk mengakhiri pertemuan kami biasanya berjabat tangan, jika mesyuarat itu adalah berhasil dan bermakna, ramai orang Islam akan memeluk antara satu sama lain untuk menunjukkan penerimaan hubungan yang baik. Sungguhpun amalan ini tidak begitu biasa, ia adalah bergantung kepada amalan dan tradisi kedua-dua pihak (Mohd Yusof 2009). Namun begitu Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong, Anis Pattanaprichawong & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani © Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand ISBN 978-983-9368-79-6 (2017), http://www.icdis2017.com

Upload: nguyenminh

Post on 11-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PARAMETER KOMUNIKASI SILANG BUDAYA DALAM …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/45 Rosmawati Mohamad Rasit... · Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

448

PARAMETER KOMUNIKASI SILANG BUDAYA DALAM

PELANCONGAN ISLAM

Rosmawati Mohamad Rasit, Siti Rugayah Tibek, Salasiah Hanin Hamjah,

Zulkefli Aini, Muhamad Faisal Ashaari, Muhamad Adib Samsudin,

Ahmad Irdha Mokhtar & Siti Fatma Mansor

Abstrak: Komunikasi silang budaya berupaya menjadi penanda aras kepada wujudnya adab bicara yang baik

dalam kalangan muslim. Walaubagaimanapun, penguasaan kepada komunikasi silang budaya masih

menampakkan jurang terutama dalam industri pelancongan Islam. Terdapat situasi yang melibatkan konflik

dan juga persepsi ethnosentrik yang melibatkan variasi budaya lain apabila berdepan dengan pelancong

daripada luar. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji parameter komunikasi silang budaya dalam

pelancongan Islam. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan. Data dikumpul melalui pengedaran

borang soal selidik dan dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif. Seramai 72 orang responden dipilih

secara persampelan bertujuan dalam kalangan staf hospitaliti. Hasil kajian ini menunjukkan parameter

‘memberi salam’ dan ‘senyum’ merupakan dua aspek dalam komunikasi silang budaya yang wujud dalam

pelancongan Islam yang mencatakan nilai min min=3.31 dan min=3.29. Selain itu pengukuran item

‘menghormati budaya orang lain’ dan ‘membuang sikap prejudis terhadap budaya lain’ masing-masing

mendapat nilai min=3.26. Justeru, kajian ini memperlihatkan sisi penting adab bicara melalui parameter

komunikasi silang budaya untuk mengoptimumkan konflik di antara budaya yang berbeza. Diharap kajian ini

menyumbang kepada industri pelancongan Islam yang mengangkat nilai agama sebagai dimensi penting

dalam pengukuran budaya yang saling menghormati di antara masyarakat setempat dan juga pelancong luar.

PENGENALAN

Manusia berinteraksi melangkaui sempadan komunikasi antara individu yang berlatarbelakangkan

budaya yang berbeza. Senario ini dirujuk sebagai komunikasi silang budaya. Menurut Samovar dan

Richard (2003), komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu yang

mempunyai persepsi kebudayaan dan sistem simbol yang berbeza di antara satu sama lain. Selain

itu, komunikasi silang budaya juga secara umumnya dirujuk sebagai interaksi face-to-face dalam

kalangan sekelompok manusia yang mempunyai budaya yang pelbagai. Islam jelas membahaskan

perbezaan antara individu dengan individu yang lain adalah supaya manusia dapat saling berkenal-

kenalan dan beramah mesra antara satu sama yang lain. Firman Allah SWT dalam al-Quran Surah

(al-Hujarat 49: 13):

١٣ا إن أ كر م كم عند ٱلل أ تق ىكم إن ٱلل ع ليم خ بير لت ع ار فو و ق ب ائل شعوبا و ج ع لن كم و أنث ىأ يه اٱلناس إنا خ ل قن كم من ذ ك ري

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami

telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara

satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,

(bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam

pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) (al-Hujarat (49) ayat 13).

Sebagai seorang Muslim, kita mesti berupaya untuk berkomunikasi dengan orang yang

keseluruhan latar belakang, tingkah laku, budaya dan tradisi berbeza sepenuhnya. Ini adalah kerana

menurut komunikasi antara budaya adalah keadaan di mana orang-orang dari pelbagai latar

belakang budaya yang terlibat dalam komunikasi. Sebagai orang Islam, tidak kira

kewarganegaraan, untuk mengakhiri pertemuan kami biasanya berjabat tangan, jika mesyuarat itu

adalah berhasil dan bermakna, ramai orang Islam akan memeluk antara satu sama lain untuk

menunjukkan penerimaan hubungan yang baik. Sungguhpun amalan ini tidak begitu biasa, ia

adalah bergantung kepada amalan dan tradisi kedua-dua pihak (Mohd Yusof 2009). Namun begitu

Proceedings of the International Conference on Islam, Development and Social Harmony in Southeast Asia 2017 Editors: Mohd Nasran Mohamad, Muhamad Razak Idris, Farid Mat Zain, Cheloh Khaegphong,

Anis Pattanaprichawong & Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani

© Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Malaysia

Academy of Islamic and Arabic Studies, Princess of Naradhiwas University, Thailand

ISBN 978-983-9368-79-6 (2017), http://www.icdis2017.com

Page 2: PARAMETER KOMUNIKASI SILANG BUDAYA DALAM …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/45 Rosmawati Mohamad Rasit... · Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

449

perbezaan budaya memberi impak yang besar pada peningkatan intensi konflik. Antara budaya

Barat dan Timur, ada perbezaan yang nyata daripada dimensi budaya iaitu budaya konteks tinggi

dan rendah dan juga budaya polikronik dan monokronik yang diasaskan oleh Edward T. Hall

(1976). Ezhar (2011) turut membincangkan komunikasi silang budaya yang mewujudkan interaksi

antara dua atau lebih individu yang berlainan budaya. Komunikasi tersebut merujuk kepada

komunikasi yang terjadi antara antara individu-individu yang mempunyai kebudayaan yang

berbeza dari segi ras, etnik atau sosioekonomi atau gabungan semua perbezaan tersebut (Hasniza &

Ab. Aziz 2011). Manakala menurut Dodd (1982) pula komunikasi silang budaya dihuraikan

sebagai pengiriman dan penerimaan mesej dalam konteks perbezaan budaya yang menghasilkan

impak yang berbeza-beza.

Senario di Malaysia, perbincangan mengenai pelancongan Islam tidaklah begitu popular dan

hangat diperbincangkan oleh para pengkaji. Walaubagaimanapun, kajian mengenai pelancongan

Islam turut disentuh oleh pengkaji baharu seperti kajian Jabil Mapjabil et al. (2010). Menurut Jabil

Mapjabil et al. (2010), peristiwa 9 September 2001 membawa impak dimensi baru terhadap idea

pelancongan keagamaan dengan kemunculan konsep pelancongan Islam. Di sesetengah negara

khususnya di Timur Tengah dan Afrika Utara, pelancongan Islam adalah bentuk pelancongan

alternatif yang popular dan telah dibangunkan sejak dahulu lagi. Negara Mesir, Maghribi, Iran dan

Pakistan adalah antara negara yang memberikan penekanan serius dan khusus terhadap

pelancongan Islam dalam agenda dan pelan pembangunan negara mereka. Hasil kajian Jabil

Mapjabil et al. (2010) turut membuktikan bahawa keunikan Malaysia telah mendorong pelancong

asing memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan yang berkonsepkan ‘Malaysia Truly Asia’.

Kehadiran pelancong asing ke Malaysia tidak begitu dipengaruhi oleh faktor musim kerana jumlah

kehadiran pelancong menampakkan trend yang konsisten setiap tahun tanpa mengambil kira faktor

musim. Fenomena ini juga dipengaruhi kesan perkembangan sektor penerbangan yang kian

berkembang dengan tahap capaian destinasi pelancongan yang semakin bertambah. Perkembangan

ini membolehkan para pelancong mampu mengunjungi Malaysia tanpa batasan sepanjang tahun.

Faktor lain menjadi tarikan pelancongan iaitu melalui faktor keanehan dikatakan dapat

menjadi faktor tarikan yang mempengaruhi kunjungan ulangan pelancongan apabila pelancong

sanggup melakukan lawatan ulangan ke sesuatu destinasi semata-mata untuk melihat dan meninjau

sesuatu yang tidak boleh didapati atau di alami oleh negara asal mereka. Contohnya pelancong

Arab Saudi yang sanggup berkunjung ke Malaysia semata-semata untuk melihat keindahan flora

dan fauna yang terdapat di hutan lipur (New Galik & Jabil 2012). Kajian Habibah et al. (2011) pula

membincangkan mengenai isu bahasa lazimnya Kelantan dan Terengganu mempunyai dialek yang

berbeza berbanding bahasa standard Melayu, justeru, masalah bahasa mengundang kerumitan

kepada pelancong, tidak kira pelancong domestik atau pelancong asing. Penggunaan dialek yang

berbeza menyukarkan pertukaran maklumat antara penduduk setempat dengan pelancong. Didapati

masalah ini ketara dalam kalangan pemandu pelancong yang dikatakan kurang fasih dalam Bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris. Batasan bahasa sebenarnya membesarkan jurang mendapatkan

maklumat tentang sesuatu destinasi.

Komunikasi dalam persekitaran antarabangsa amat sukar kerana komunikasi ini melibatkan

pelbagai budaya, agama dan bahasa dan etika berlainan mengikut sesebuah negara. Sebagai contoh,

warna mempunyai pengertian yang berbeza dalam pelbagai budaya. Warna hitam sering kali

dikaitkan dengan kematian oleh kebanyakan negara di Barat tetapi di Timur Jauh, warna putih

melambangkan saat berkabung (Hasniza & Ab. Aziz 2011). Untuk mengatasi masalah komunikasi

antara budaya, pengamal pengamal komunikasi perlu mengenal pasti unsur-unsur yang boleh

menghalang proses komunikasi budaya. Manakala menurut Zainon (1995) cara yang paling

berkesan untuk mengenali orang lain ialah dengan bersama-sama mereka, berinteraksi dengan

mereka dengan erat dengan bertanya soalan-soalan tentang budaya lain.

Justeru terdapat langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan jumlah

kedatangan pelancong melalui komunikasi silang budaya ialah, pertama kepada individu, iaitu

rakyat Malaysia perlulah ramah dan memberi layanan yang baik kepada pelancong. Pelancong

yang dilayan dengan ramah akan merasakan kedatangan mereka ke tempat tersebut dihargai dan

dialu-alukan oleh penduduk di kawasan berkenaan. Manakala perkhidmatan yang ditawarkan

kepada pelancong adalah terjamin mutunya. Kerajaan perlu memastikan agensi pelancongan

melatih para pekerja yang terlibat dengan pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti perhotelan,

Page 3: PARAMETER KOMUNIKASI SILANG BUDAYA DALAM …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/45 Rosmawati Mohamad Rasit... · Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

450

agensi pemandu pelancong, pengangkutan dan lain-lain. Sebagai contohnya agensi pelancongan

perlulah melatih dan mengupah pemandu pelancongan yang berpengalaman serta fasih bertutur

dalam pelbagai bahasa. Hal ini dapat memudahkan pelancong dalam mendapatkan maklumat

dengan lebih mendalam (New Galik & Jabil 2012 ). Para pekerja dalam sektor ini perlu menguasai

setidak-tidaknya bahasa Inggeris supaya mudah berkomunikasi dengan pelancong luar, tanpa

memperkecilkan penggunaan bahasa Melayu dalam hospitaliti. Pemandu pelancong khasnya,

hendaklah mengetahui secara mendalam tempat-tempat warisan dan pelancongan budaya di

wilayah ini. Mereka adalah perantara dalam memasarkan produk pelancongan budaya di wilayah

ini dengan dunia luar (Habibah et al. 2011).

Metodologi

Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan. Data dikumpul melalui pengedaran borang soal

selidik dan dianalisis menggunakan ujian statistik deskriptif. Seramai 72 orang responden dipilih

secara persampelan bertujuan dalam kalangan staf hospitaliti yang bertugas di hotel yang

melaksanakan konsep mesra muslim.

Hasil Kajian Dan Perbincangan

Menerusi hasil kajian yang telah dijalankan terhadap 72 orang staf hospitaliti (Jadual 1)

menunjukkan nilai min yang tertinggi dalam bahagian ini ialah sebanyak (min=3.31) iaitu pada

item “saya memulakan perbualan dengan memberi salam”. Manakala nilai min kedua tertinggi pula

pada item “saya sentiasa senyum apabila berkomunikasi dengan orang lain” dengan nilai min

sebanyak (min =3.29). Mohd Yusof (2009) menghujahkan bahawa kebanyakan orang Islam, tidak

kira kewarganegaraan, kebiasaannya apabila mengakhiri pertemuan kebiasaannya mereka akan

berjabat tangan.

Jadual 1. Taburan Peratusan dan Kekerapan

Bil Penyataan

Peratus (%) & Kekerapan (N)

Min

SP

STS TS S SS

1 Saya memulakan perbualan dengan memberi

salam

(0) 6.9 %

(5)

54.2%

(39)

38.9%

(28)

3.31

0.60

2 Saya sentiasa senyum apabila berkomunikasi

dengan orang lain

(0) 4.2%

(3)

68.1%

(49)

30.6%

(22)

3.29

0.48

3 Saya menghormati budaya lain sama dengan

budaya saya sendiri

1.4%

(1)

4.2 %

(3)

61.1%

(44)

33.3%

(24)

3.26 0.64

4 Semasa berkomunikasi perlu membuang

sikap prejudis terhadap budaya lain

1.4 %

(1)

1.4 %

(1)

66.7%

(48)

30.6%

(22)

3.26 0.55

5 Saya tahu membina hubungan yang baik

penting dalam berkomunikasi

(0) 2.8 %

(2)

68.1%

(49

29.2%

(21)

3.26 0.50

6 Saya lebih suka mengelakkan diri apabila

bercakap mengenai perkara sensitif

1.4%

(1)

6.9 %

(5)

56.9%

(41)

34.7%

(25)

3.25 0.64

7 Saya berkomunikasi dengan orang lain tanpa

mengira tahap kedudukannya

1.4 %

(1)

4.2 %

(3)

62.5%

(45)

31.9%

(23)

3.25 0.599

8 Budaya masyarakat Timur berbeza dengan

budaya masyarakat barat.

1.4%

(1)

5.6 %

(4)

59.7%

(43)

33.3%

(24)

3.25 0.62

9 Saya sentiasa menjaga hubungan

persahabatan apabila berkomunikasi

(0) 2.8 %

(2)

70.8%

(51)

26.4%

(19)

3.23 0.48

10 Perbezaan maksud akan menyebabkan saya

tahu salah faham antara individu

(0) 2.8 %

(2)

73.6 %

(53)

23.6%

(17)

3.20 0.47

11 Saya cuba memahami budaya lain untuk

mengelakkan salah faham apabila

berkomunikasi

(0) 8.3%

(6)

63.9%

(46)

27.8%

(20)

3.19 0.57

12 Saya sentiasa menjaga air muka orang lain

apabila berkomunikasi

1.4%

(1)

5.6 %

(4)

65.3%

(47)

27.8%

(20)

3.19 0.59

Page 4: PARAMETER KOMUNIKASI SILANG BUDAYA DALAM …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/45 Rosmawati Mohamad Rasit... · Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

451

Sumber Soal Selidik (2015)

Di samping itu, menurut Haryanto (2011) dalam Islam kita ditegah memberi salam hanya

sekadar formula semata-mata, kerana perkara tersebut akan menyebabkan timbul perasaan yang

tidak bermakna. Oleh itu, Islam mengajar supaya memberikan salam dengan sepenuh hati, iaitu

menunjukkan wajah yang ceria, bermanis muka. Hal ini dapat memberi kesan yang baik semasa

berkomunikasi. Dapat dikatakan bahawa, pengendali hotel perlu memberi salam apabila

memulakan komunikasi kepada pelancong terutama semasa berada dalam perkhidmatan kaunter.

Dalam pada itu, hasil dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan item “saya menghormati

budaya lain sama dengan budaya saya sendiri” keputusan nilai ialah (min=3.26). Hasil dapatan ini

disokong oleh Mohamed Zain et al. (2010) antara cara untuk mencapai demokrasi antara budaya

adalah melalui keupayaan kasih mengasihi antara satu sama lain, menerima perbezaan budaya dan

bersikap toleransi bagi menghormati budaya lain. Selain itu, dapatan ini juga selari dengan apa

yang telah dibincangkan oleh Zulkifli et al. (2014) menghormati kepelbagaian budaya dalam

sesuatu masyarakat merupakan salah satu ciri yang istimewa bagi masyarakat tersebut. Oleh itu,

staf hospitaliti perlu menghormati budaya lain, sama dengan menghormati budaya sendiri ia

bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak.

Selain itu, keputusan nilai min yang ketiga tertinggi ialah pada item “semasa berkomunikasi

perlu membuang sikap prejudis terhadap budaya lain” (min=3.26). Dapatan kajian bersesuaian

dengan apa yang telah dibincangkan oleh Mohd Yusof (2009) yang mana jika ditinjau dalam

konsep keagamaan, Islam jelas melarang amalan etnosentrisme, prejudis dan diskriminasi dalam

semua interaksi manusia. Ringkasnya, ia adalah kewajipan semua Islam untuk membangunkan

kualiti berkomunikasi yang baik antara budaya dan amalan komunikasi antara budaya dengan cara

yang terbaik yang digariskan dalam al-Quran yang suci dan al-Sunnah (Mohd Yusof 2009).

Dapatan ini juga disokong oleh Hasniza dan Ab. Aziz (2011) menunjukkan bahawa komunikasi

antara budaya tidak akan berkesan dan berjaya sekiranya seseorang individu mempunyai sikap

prejudis dan sebagainya. Oleh itu, staf hospitaliti perlu mengelakkan daripada bersikap prejudis

terhadap pelancong dan pengunjung yang menginap dalam perkhidmatan hotel mereka, bahkan

perlu menghormati antara satu sama lain.

Manakala item “saya tahu membina hubungan yang baik penting dalam berkomunikasi” iaitu

mendapat nilai (min=3.26). Dapatan kajian ini selari dengan hasil kajian Hasniza & Ab. Aziz

(2011) dalam Islam juga mengetengahkan pendekatan komunikasi yang berhemah tinggi seperti

berlemah-lembut dalam hubungan sesama manusia. Islam memandang komunikasi sebagai satu

13 Saya berkomunikasi dengan nada suara yang

lembut

(0) 12.5%

(9)

61.1%

(44)

26.4%

(19)

3.18 0.61

14 Saya sentiasa menjaga hati apabila bercakap

dengan tetamu warga asing

(0) 11.1%

(8)

59.7%

(43)

29.2%

(21)

3.18 0.61

15 Saya prihatin apabila berinteraksi dengan

budaya asing

(0) 5.6 %

(4)

76.4 %

(55)

18.1%

(13)

3.12 0.47

16 Saya menggantikan nama seseorang

mengikut pangkat dan status

6.9%

(5)

5.6 %

(4)

55.6 %

(40)

31.9%

(23)

3.12 0.80

17 Saya boleh berkomunikasi dengan beberapa

individu dalam satu masa

(0) 9.7 %

(7)

72.2 %

(52)

18.1%

(13)

3.08 0.52

18 Saya boleh membuat keputusan dalam

sesuatu perbincangan

1.4%

(1)

11.1%

(8)

66.7%

(48)

26.4%

(15)

3.06 0.61

19 Pakaian seseorang juga melambangkan

budaya mereka

(0) 12.5 %

(9)

70.8%

(51)

18.1%

(12)

3.04 0.54

20

Pengaruh budaya lain menyebabkan hilang

jati diri seseorang

2.8 %

(2)

15.3%

(11)

56.9%

(41)

25.0%

(18)

3.04 0.72

21 Saya merasa risau apabila berhadapan

dengan orang tetamu warga asing

2.8 %

(2)

23.6%

(17)

54.2%

(39)

19.4%

(14)

2.90 0.73

22 Saya merasa gugup apabila bercakap dengan

orang tetamu warga asing

5.6 %

(4)

22.2%

(16)

54.2%

(39)

18.1%

(13)

2.84 0.78

23 Saya berkomunikasi dengan menggunakan

raut wajah

6.9 %

(5)

25.0%

(18)

52.8%

(38)

15.3%

(11)

2.76 0.79

24 Saya faham setiap bahasa dan loghatnya

tersendiri.

(0) 43.1%

(31)

44.4%

(32)

12.5 %

(9)

2.69 0.68

25 Saya berkomunikasi dengan menggunakan

isyarat badan

8.3%

(6)

3.8.9%

(28)

34.7%

(25)

18.1%

(13)

2.62 0.87

Page 5: PARAMETER KOMUNIKASI SILANG BUDAYA DALAM …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/45 Rosmawati Mohamad Rasit... · Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

452

bentuk perhubungan antara manusia. Menurut Islam juga perhubungan antara manusia merupakan

satu sebab berlakunya harmoni sesama mereka. Komunikasi adalah sesuatu yang amat penting

dalam menjalankan hubungan sesama kelompok manusia. Oleh itu, staf hospitaliti perlu membina

hubungan yang baik semasa berkomunikasi agar dapat mengelakkan sebarang salah faham di

antara kedua-dua belah pihak.

Analisis secara deskriptif bagi skor paling rendah iaitu pada item “saya berkomunikasi dengan

menggunakan isyarat badan” yang mencatatkan nilai min sebanyak (min=2.62). Walaupun begitu,

sebanyak 52.8 peratus (38 orang) dalam kalangan responden bersetuju dengan item ini. Ini

menunjukkan separuh daripada responden bersetuju dengan item ini. Menurut Ting-Toomey

(1988), air muka merupakan imej kendiri yang ditonjolkan kepada umum, selain memberikan

gambaran imej dalaman tentang diri seseorang, dan berkait rapat dengan konsep, seperti harga diri,

status dan maruah. Lazimnya, individu yang mengalami peristiwa malu akan menunjukkan

pelbagai reaksi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Reaksi ini ditunjukkan melalui

perbuatan, tindakan, tutur kata, bahasa badan, perubahan air muka dan sebagainya. Selain itu,

Samsudin (2006) menyatakan antara contoh pergerakan badan yang dimaksudkan ialah,

mendongakkan kepala, pergerakan bahu, memeluk tubuh semasa bercakap, menggerakkan jari

tangan ataupun kaki. Pergerakan badan dapat menimbulkan banyak reaksi emosional seseorang

yang bercakap sama ada negatif ataupun positif.

Manakala nilai min kedua terendah ialah pada item “saya faham setiap bahasa dan loghatnya

tersendiri” iaitu sebanyak (min=2.69). Zainon (1995) berpendapat bahawa bahasa lazimnya

dianggap sebagai faktor paling penting dalam komunikasi antara budaya. Ini memang sewajarnya,

kerana semua perhubungan kita melibatkan bentuk kod lisan atau kod bukan lisan. Bentuk kod

lisan atau bukan lisan yang dikongsi merupakan syarat penting untuk memulakan komunikasi,

tetapi syarat ini sahaja tidak mencukupi. Dalam pada itu, hasil dapatan ini selari dengan dapatan

Habibah et al. (2011) mengenai isu bahasa lazimnya Kelantan dan Terengganu mempunyai dialek

yang berbeza berbanding bahasa standard Melayu, justeru, masalah bahasa mengundang kerumitan

kepada pelancong, tidak kira pelancong domestik atau pelancong asing. Penggunaan dialek yang

berbeza menyukarkan pertukaran maklumat antara penduduk setempat dengan pelancong. Didapati

masalah ini ketara dalam kalangan pemandu pelancong yang dikatakan kurang fasih dalam Bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris. Batasan bahasa sebenarnya membesarkan jurang mendapatkan

maklumat tentang sesuatu destinasi. Oleh itu, seseorang yang berhadapan dengan pelancong perlu

memahami loghat dan bahasa yang dicapkan oleh pelancong asing tersebut. Oleh itu, perbezaan

tersebut adalah bertujuan supaya untuk saling kenal mengenali antara satu sama lain, bersesuaian

dengan firman Allah SWT dalam al-Quran:

خ بير ع ليم ٱلل إن أ تق ىكم ٱلل عند أ كر م كم إن لت ع ار فوا و ق ب ائل ا شعوب كمو ج ع لن و أنث ى ي أ يه ا ٱلناس إنا خ ل قن كم من ذ ك ر

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami

telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara

satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu,

(bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam

pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) (al-Quran al-Hujurat 49:13).

Selain itu, item “saya berkomunikasi dengan menggunakan raut wajah” nilai min ketiga

terendah iaitu (min=2.76). Narimah & Saodah (2002) mengukuhkan hujah bahawa individu

daripada pelbagai budaya selalu berunding berkenaan air muka. Selain itu, Samsudin (2006)

berpendapat antara contoh ekspresi muka ialah seperti senyum selepas mengatakan sesuatu,

menggerakkan kening semasa menyatakan sesuatu perkara ataupun menyoal.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, komunikasi dan budaya adalah berkait rapat di antara satu sama lain.

Komunikasi silang budaya dapat disimpulkan sebagai proses komunikasi di antara dua pihak yang

berlainan kebudayaan. Justeru, komunikasi silang budaya menjadi aspek penting yang dapat

menyumbang kepada industri pelancongan yang lebih baik. Hal ini kerana melalui kemahiran

memahami budaya dan parameter yang tepat dapat menaikkan imej baik dan kepuasan dalam

Page 6: PARAMETER KOMUNIKASI SILANG BUDAYA DALAM …aias.pnu.ac.th/ckfinder/userfiles/files/45 Rosmawati Mohamad Rasit... · Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,

PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM, DEVELOPMENT AND SOCIAL HARMONY IN SOUTHEAST ASIA 2017

453

kalangan pelancong meningkat. Oleh itu, dalam usaha untuk mengangkat industri pelancongan

Islam, parameter penting seperti memberi salam dan senyum berupaya menjadi imej yang baik

kepada masyarakat Muslim. Pelancongan Islam seharusnya diangkat dalam imej budaya dan

komunikasi yang baik yang dapat menghormati budaya orang lain dan bukan bersifat prejudis

terhadap pelancong luar. Melalui cara ini Islam dapat dimartabatkan sebagai agama yang sangat

memuliakan tetamu melalui adab bicara yang baik dalam kalangan muslim.

Penghargaan

Penulisan ini adalah hasil daripada projek Geran Penyelidikan GUP-2014-078 yang bertajuk

“Pengukuran Parameter Komunikasi Silang Budaya terhadap Pembangunan Industri Pelancongan

Islam Berdasarkan Produk Perhotelan Patuh syariah di Malaysia”.

Rujukan

Dodd, Carley H. 1982. Dynamics Of Intercultural Communication. Dubuque: Wm. C. Brown Company

Publish.

Ezhar Tamam. 2011. Modul Pembelajaran: Kom 3204 Komunikasi Silang Budaya.

Serdang: Program Luar, Universiti Putra Malaysia.

Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh, Chamhuri Siwar, Amriah Buang, Mohamad Shukri Hj Noor, Shahrudin

Mohd Ismail & Zairin Akma Zolkapli. 2011. Pelancongan Budaya Di Koridor Ekonomi Wilayah Pantai

Timur (Ecer): Isu Dan Cabaran. Malaysian Journal Of Society And Space 7. Special Issue: Social

And Spatial Challenges Of Malaysian Development, hlm 180-189.

Hall, Edward T. 1976. Beyond Culture. New York: Anchor Books Doubleday.

Hasniza Che Noh dan Abd. Aziz Yusof. 2011. Kemahiran Komunikasi Interpersonal Dalam Organisasi.

Terengganu. Universiti Malaysia Terengganu.

Haryanto Al-Fandi. 2011. Etika Bermuamalat Berdasarkan al-Quran & Sunnah. Jakarta: AMZAH

Jabil Mapjabil, Ratna Roshida Abd Razak, Mazdi Marzuki & Rosmiza Mohd Zainol. 2015.

Pelancongan Islam: Suatu Tinjauan Konseptual Dan Relevannyadi Malaysia. Geografia Online Malaysia

Journal Of Society And Space 11 Issue 1, hlm, 172-182.

Mohamed Zain Musa, Nik Hassan & Suhaimi Nik Abdul Rahman. 2010. Peranan Budaya Dalam

Mempromosikan Keharmonian di Asia Tenggara. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 1:2,

hlm 183-189.

Mohd Yusof. 2009. Intercultural Communication In Muslim Societies. IIUM Press.

Narimah Ismail & Saodah Wok. 2012. Kursus Komunikasi Organisasi. Pahang: Pts Publications &

Distributor Sdn.Bhd.

New Galik & Jabil. 2012. Faktor Yang Mempengaruhi Kunjungan Ulangan Pelancong Antarabangsa: Suatu

Ulasan. Geografia Online Malaysian Journal Of Society And Space 9 Issue 3 (1-11), hlm. 6.

Samovar, Larry A. & Richard E. Porter. 2003. Co-Cultures: Living in Two Cultures. Intercultural

Communication: A Reader. Thomson Learning. Inc

Samsudin Wahab. 2006. Eksekutif Efektif. Kuala Lumpur: Pts Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Ting-Toomey S.1988. Intercultural Conflict Styles: A Face-Negotiotion Theory Dlm. Young Yun Kim

AndGudykunst (Ed.), Theories In Intercultural Communication. W.S. Beverly Hill, California:

Sage.

Zainon Daroh (Ter). 1995. Komunikasi Antara Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.