fungsi makna imbuhan pen- analisis rangka rujuk silang

Upload: julayna

Post on 30-May-2018

305 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    1/33

    FUNGSIMAKNA IMBUHAN

    AWALAN peN- :ANALiSISRANGKA RUJUK Silang

    oleh :Nor Hashimah Jalaluddin

    Ahmad Harith Syah B. Md. Yusuf

    Program Linguistik

    Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik

    Fakulti Sains Sosial & Kemanusian

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    1

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    2/33

    PENGENALAN

    PeN- merupakan imbuhan awalan kata nama dalambahasa Melayu.

    PeN- mendokong penanda semantik tertentu

    apabila digandingi dengan sesuatu kata dasar.Pengimbuhan yang berlaku akan membentuk katanama terbitan.

    Misalnya :

    peN- + sapuKK = penyapuKN peN- + besarKA = pembesarKN

    2

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    3/33

    samb

    Terdapat 6 alomorf :

    pe- (pelindung, perosak, perancang)

    pen- (pencuci, penutup, penawar)

    pem- (pembuka, pembesar, pembunuh) peny- (penyambung, penyerang, penyunting)

    peng- (penggerak, pengesan, pengadil)

    penge- (pengebom, pengecat, pengelap)

    3

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    4/33

    peN- : PANDANGAN PENAHU

    Pemerian penahu mengenai fungsi makna peN- lebih

    kepada penyenaraian dengan huraian berdasarkanstruktur dan binaan, intuisi dan data tunggal.

    Maklumat konteks tidak dimasukkan dalam analisis

    mereka.

    Misalnya :

    Penyapu akan diberi makna sebagai alat untukmenyapu.

    Pencuri akan diberi makna sebagai orang yangmencuri

    4

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    5/33

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    6/33

    Makna

    Penahu

    Pelaku/

    Orang

    yang

    melaku-

    kan

    sesuatu

    Pelaku /

    Orang

    yang

    gemar

    akan

    sesuatu

    Penja-

    wat

    tugas

    Orang/

    benda

    yang

    memiliki

    sifat kata

    dasar

    Pen-

    derita

    Penye-

    bab

    Hasil

    Per-

    buatan

    Uku-

    ran

    Alat Abstrak

    Zaba, 1965,2000

    Arbak, 1981 Abdullah,

    1974 Abdullah,

    1993

    Asmah, 1993 Hashim,

    1993 Nik Safiah

    Karim et al.,

    1993

    Abdullah &

    Liaw, 1994 6

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    7/33

    peN- : Penilaian Semula

    Penahu hanya memeri makna berdasarkan data

    tunggal.

    Sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi tidak

    pernah disentuh. Jika disentuh hanya sekadarmenyatakan sebagai gabungan makna yangmelibatkan dua fungsi makna.

    Misalnya gabungan makna antara pelaku danalat. Contohnya penapis (orang yang menapisdan alat yang digunakan untuk menapis).

    7

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    8/33

    Samb

    Penahu hanya menyenaraikan contoh yang mudahuntuk diberi maknanya. Misalnyapelari, penulis,pembaca, dsb.

    Data sepertipenyebab,penghubung, penggerakdsb tidak dijadikan contoh semasa memeri makna

    imbuhan ini. MENGAPA?

    Misalnyapenyebab, bermaksud sesuatu yangmenyebabkan.

    Apa itu sesuatu yang menyebabkan?

    Adakah yang menyebabkan itu adalah manusia, alat

    atau haiwan? 8

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    9/33

    Samb

    Contoh data :

    kepada pihak luar dengan mendakwamereka sebagai ***penyebab*** berlakunya

    krisis Rujukan manusia

    ... penyakit darah tinggi merupakan

    ***penyebab*** utama Rujukanpenanda abstrak

    9

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    10/33

    Samb

    Zaba (1965, 2000), Asmah(1993), Abdullah Hassan (1974,

    1993, 1994) Hashim Musa (1993), Nik Safiah (1993)bersetuju menyenaraikan hanya tiga contoh data sahajayang merujuk kepada fungsi makna abstrak.

    Contoh yang diberikan : penyakit, pendapat danpenunjuk.

    Persoalannya adakah fungsi makna abstrak inihanya melibatkan tiga contoh terbabit sahaja ?

    Data korpus (DBP-UKM) daripada 25 contohleksikal yang menerima imbuhan peN- dipilih dalamkajian ini, 12 contoh leksikal merujuk kepada fungsimakna abstrak.

    10

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    11/33

    Samb

    Contoh data :

    Imaginasi dianggap sebagai ***penghubung***antara sedar dengan separuh sedar. Aktivitiberlaku dalam fikiran atau yang disebut sebagaidaya ingatan.

    Sudah tentu bukan agama Islam yang menjadi***penghalang*** kepada kemajuan.

    "Boleh aku ambil ideamu sebagai***penutup*** kertas kerja aku?"

    11

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    12/33

    Rumusan Para penahu hanya membuat penyenaraian fungsi makna

    berdasarkan data tunggal, struktur dan binaan serta intuisi.

    Berlaku pertindihan makna.

    Maklumat konteks tidak dimasukkan dalam penjelasanmereka.

    Sifat dwifungsi dan pelbagai fungsi tidak dihuraikan.

    Fungsi makna yang diutarakan penahu sememangnya bolehdigabungkan.

    Misalnyapelaku/orang yang melakukan sesuatu,pelaku/orang yang gemar akan sesuatu, penjawat tugasdanpenderita boleh disatukan menjadi fungsi maknamanusia.

    12

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    13/33

    peN- : Perspektif Baru Kajian berfokuskan kepada fungsi makna imbuhan awalan kata

    nama peN-.

    Data diambil daripada data korpus DBP-UKM yang berjumlah5 juta patah perkataan.

    Data dikeluarkan dalam bentuk konkordans. Penggunaan peN-

    dalam konteks tertentu dapat ditentukan.

    Pengaplikasiaan Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1985, 1995)yang mementingkan 3 gagasan utama iaitu konteks, kesankonteks dan usaha memproses maklumat.

    Konsep tambahan : konsep ad hoc(Barsalou,1987)

    Menerapkan analisis berdasarkan Rangka Rujuk Silang(Kempson, 1986).

    13

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    14/33

    Rangka Rujuk Silang Rangka rujuk silang adalah sesuatu ujaran yang

    tidak mempunyai anteseden yang dapatmengaitkan ayat kedua dengan ayat pertamadalam satu wacana bagi membantu pendengarmentafsir ujaran tersebut. Anteseden yang

    diperlukan tidak wujud langsung sama adadaripada kandungan eksplisitnya mahupungambaran visualnya (Kempson,1986).

    Penganalisian rangka rujuk silang akan bergantungkepada proses pengenalan anteseden dan ini akanmelibatkan konteks.

    14

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    15/33

    Konsep ad hoc

    Konsep ad hocberusaha untuk menjelaskan

    proses bagi dua binaan konsep pragmatik yangkelihatan berbeza iaitu proses peluasan(broadening) dan penyempitan (narrowing)konsep.

    Binaan konsep pragmatik yang pada awalnyadikomunikasikan oleh penutur sebagai

    mendukung makna atau konteks yang spesifik,setelah melalui proses penyempitan danpeluasan, berubah menjadi makna atau konsepyang bersifat ad hoc.

    15

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    16/33

    DataPelindung

    keberanian dan keikhlasan pasukan polis sebagai penjaga keamanan dan

    ***pelindung*** orang ramai semasa darurat - rujukan manusia

    peralatan perladangan seperti jentolak (untuk membajak tanah), plastik***pelindung***, baja dan benih.rujukan alat/benda

    Islam yang menjadi payung dan ***pelindung*** tidak dapat tidakdilaksanakan kerana - rujukan abstrak

    Semasa berada di atas pokok ... Ekor tersebut juga digunakan sebagai***pelindung*** dari musuh - rujukan haiwan

    Manggis juga boleh ditanam dalam bentuk pepagar (hedge) untukmembentuk sempadan kepada ruang-ruang tertentu, dijadikan tabirsebagai ***pelindung*** daripada - rujukan tumbuhan

    16

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    17/33

    Pembunuh

    Tapi lelaki penipu, kejam dan seorang ***pembunuh***

    bersiri yang terkenal - rujukan manusia

    ada pengguna yang menganggap bahawa ubat***pembunuh*** serangga Ridsect mempunyai bau -rujukan alat/benda

    30 peratus daripada kematian yang disahkan di negaraini disebabkan penyakit kardiovaskular dengan penyakit

    jantung koronari sebagai ***pembunuh*** utama.rujukan abstrak

    pihaknya telah berkongsi maklumat dan datamengenainya dengan semua pihak yang terbabit dalamusaha mengesan virus ***pembunuh*** itu. - rujukanhaiwan

    17

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    18/33

    Pengesan

    Selain beberapa pasukan ***pengesan*** danpemusnah bom, satu pasukan pengurusan krisis - rujukan manusia

    peralatan sokongan bagi tugas itu ialah lebih20 set mesin X-Ray dan sejumlah alat***pengesan*** bahan letupan dan logam. -rujukan alat/benda

    selepas diperiksa dengan bantuan dua ekoranjing ***pengesan*** dadah, kenderaan itu - rujukan haiwan

    18

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    19/33

    Analisis

    Kata dasar yang menerima imbuhan peN-

    boleh menghasilkan sekurang-kurangnya duarujukan makna atau lebih.

    Pengelompokkan kepada beberapa polamengikut fitur-fitur tertentu (menggunakanfitur binari [+] dan [-]).

    Tiga fitur utama iaitu : [+/- nyawa]

    [+/- atribut]

    [+/-keterangan]19

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    20/33

    Boleh hadir sebelum dan selepas kata berimbuhan

    [+Atribut] Membentuk frasa

    Mengubah makna (membina konsep ad hoc)

    Hadir selepas kata berimbuhan

    Membentuk frasa

    [+keterangan]

    Tidak mengubah makna

    Hanya menyatakan sifat khusus atau spesifik

    20

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    21/33

    Data yang diperolehi membolehkan empat poladihasilkan untuk nilai fitur yang berbeza bagimenghasilkan fungsi makna tertentu bagi imbuhanawalan peN-. Berikut merupakan pola-pola terbabit :

    Pola 1 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [-atribut],[+ nyawa] = Manusia

    Pola 2 : peN- + Kata Dasar dengan fitur[+/-atribut],[-nyawa] = Alat/benda

    Pola 3 : peN- + Kata Dasar dengan fitur [-atribut],

    [-nyawa] = Abstrak

    Pola 4 : peN- + Kata Dasar dengan fitur[+/-atribut],[+nyawa] = Haiwan&Tumbuhan

    21

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    22/33

    Pola 1 : peN- + Kata Dasar dengan fitur[-atribut],[+nyawa] = Manusia

    Pelindung

    keberanian dan keikhlasan pasukan polis sebagaipenjaga keamanan dan ***pelindung*** orang ramaisemasa darurat

    Pembunuh

    Tapi lelaki penipu, kejam dan seorang***pembunuh*** bersiri yang terkenal

    Pengesan

    Selain beberapa pasukan ***pengesan*** danpemusnah bom, satu pasukan pengurusan krisis

    22

    P li d b h d j k

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    23/33

    Pelindung,pembunuh danpengesan merujukkepada manusia.

    Melalui rangka rujuk silang,pelindungdapat dipautkankepadapasukan polis. Leksikal yang dirujuk oleh katayang menerima imbuhan itu merupakan antesedenkepada kata terbabit dalam membina konteks yang jelasbagi ujaran tersebut.

    Pembunuh danpengesan pula, pendengar hanya perlumenginterpretasikannya pada makna harfiah diperingkat logik iaitu manusia.

    Kehadiran leksikal bersiri dan orang ramai dalamfrasapembunuh bersiri dan pelindungorang ramai bersifat keterangan ([+keterangan])kerana kehadirannya hanya menyatakan sifat khusus

    dan tidak menghasilkan bentuk proposisi lain. 23

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    24/33

    Bagi frasa pasukan pengesan pula,kehadiran leksikalpasukan sebelum

    pengesan sebenarnya telah menjimatkanusaha memproses maklumat. Di sini,pasukantidak bersifat keterangan ([-keterangan])sebaliknya kehadiran leksikalpasukan

    sebenarnya telah membolehkan kesan kognitifdibina cukup tinggi.

    Ini kerana berdasarkan pengetahuan latarbelakang manusia,pasukan biasanya akandigunakan bagi merujuk kepada sejumlah atausebilangan orang yang bersifat tidak tentu.

    24

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    25/33

    Pola 2 : peN- + Kata Dasar dengan fitur[+/-atribut],[-nyawa]=Alat/benda

    Pelindung

    peralatan perladangan seperti jentolak (untukmembajak tanah), plastik ***pelindung***, baja danbenih.

    Pembunuh ada pengguna yang menganggap bahawa ubat

    ***pembunuh*** serangga Ridsect mempunyai bau

    Pengesan

    peralatan sokongan bagi tugas itu ialah lebih 20set mesin X-Ray dan sejumlah alat ***pengesan***bahan letupan dan logam.

    25

    plastik ***pelindung***

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    26/33

    plastik ***pelindung***,

    ubat ***pembunuh*** serangga

    alat ***pengesan*** bahan letupan

    Kehadiran leksikal bersifat atribut ([+atribut])plastik, ubat dan alatyang masing-masing hadir sebelum katapelindung , pembunuh danpengesan membolehkan ia membentuk frasa yang merujuk kepadafungsi makna alat/benda.

    Ditafsir dengan cara menggabungkan maklumat konsep atribut dan katayang menerima imbuhan.

    Penggabungan makna konsep atribut dengan makna konsep kataberimbuhan telah membina konsep ad hoc dengan cara menyempitkankedua-dua makna konsep tersebut.

    Serangga dan bahan letupan berfungsi sebagai keterangan([+keterangan]) yang bertujuan menyatakan sifat khusus atau spesifik.

    Tanpa leksikal yang berfitur [+atribut], bentuk proposisi yang dihajati

    tidak akan dapat ditafsir. 26

    P l 3 N + K t D d fit

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    27/33

    Pola 3 : peN- + Kata Dasar dengan fitur

    [-atribut], [-nyawa] = Abstrak

    Islam yang menjadi payung dan***pelindung*** tidak dapat tidak

    dilaksanakan kerana

    30 peratus daripada kematian yang

    disahkan di negara ini disebabkan penyakit

    kardiovaskular dengan penyakit jantung

    koronari sebagai ***pembunuh***

    utama.

    27

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    28/33

    Dengan menggunakan rangka rujuk silang,

    pelindungdanpembunuh masing-masing

    dapat dipautkan kepada Islam danpenyakitjantung koronari.

    Leksikal Islam danpenyakit jantungkoronari ini merupakan anteseden kepada

    pelindungdanpembunuh yang menjadi

    sebahagian daripada konteks.

    28

    Pola 4 : peN + Kata Dasar dengan fitur

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    29/33

    Pola 4 : peN- + Kata Dasar dengan fitur[+/-atribut],[+nyawa] = Haiwan&Tumbuhan

    Semasa berada di atas pokok ... Ekor tersebut juga digunakan

    sebagai ***pelindung1*** dari musuh - rujukan haiwan

    Manggis juga boleh ditanam dalam bentuk pepagar (hedge)untuk membentuk sempadan kepada ruang-ruang tertentu,dijadikan tabir sebagai ***pelindung2*** daripada -

    rujukan tumbuhan

    pihaknya telah berkongsi maklumat dan data mengenainyadengan semua pihak yang terbabit dalam usaha mengesan virus***pembunuh*** itu. - rujukan haiwan

    selepas diperiksa dengan bantuan dua ekor anjing***pengesan*** dadah, kenderaan itu - rujukan haiwan

    29

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    30/33

    Rangka rujuk silang membolehkanpelindung1 dapat dipautkankepada ekormanakalapelindung2 dapat dipautkan kepada

    manggis.

    Leksikal ekordan manggis merupakan anteseden kepada

    pelindung1&2 tersebut.

    Maklumat ensiklopedia yang tersimpan di dalam memoripendengar membolehkan anteseden ekordan manggis tersebutdiinterpretasikan dengan sempurna iaitu haiwan dan tumbuhan.

    Ekormerujuk kepada haiwan kerana hanya haiwan yangmempunyai ekordan tinggal di atas pokok manakala manggis

    merupakan sejenis buah atau tumbuhan yang berbuah.

    30

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    31/33

    virus ***pembunuh***

    anjing ***pengesan*** dadah:

    Bagipembunuh danpengesan, terdapat leksikal yang mendahuluinya yangberfungsi sebagai atribut ([+atribut]) iaitu virus dan anjing. Tanpa atribut,rujukan haiwan tidak mampu untuk diinterpretasikan.

    Ditafsir dengan cara menggabungkan maklumat konsep atribut dan katayang menerima imbuhan.

    Penggabungan makna konsep atribut dengan makna konsep kataberimbuhan telah membina konsep ad hoc dengan cara menyempitkan

    kedua-dua makna konsep tersebut.

    Leksikal dadah yang hadir selepaspengesan berfungsi sebagai keterangan([+keterangan]) yang bertujuan bagi menyatakan maksud khusus atau

    spesifik. 31

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    32/33

    Pengkategorian Semula

    peN-

    MANUSIA BUKAN MANUSIA

    +Nyawa

    -Atribut [+nyawa] [-nyawa]+/- Keterangan

    Organisma Hidup

    (Haiwan dan Tumbuhan) Alat / Benda Abstrak+/- Atribut +/- Atribut - Atribut

    +/- Keterangan +/- Keterangan +/- Keterangan

  • 8/14/2019 Fungsi Makna Imbuhan PeN- Analisis Rangka Rujuk Silang

    33/33

    Kesimpulan Analisis sebelum ini telah menyatakan sebanyak 10

    fungsi makna yang berbeza. Kajian ini menawarkanfungsi makna yang lebih ringkas dan padat denganmengemukakan dua kategori iaitu manusia danbukan manusia.

    TR dan RRS telah berjaya menjelaskan fungsi maknapeN- dengan baik dan berpada.

    Data korpus mampu menawarkan kita kepadapemahaman yang lebih mendalam terutamanya bagi

    i i b h d l b h M l