paperwork psk gotong royong

5
KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT 2015 PROJEK KECERIAAN SEKOLAH – MENGECAT TEMBOK-TEMBOK SEKOLAH 1.0 PENGENALAN Khidmat Masyarakat ialah komponen amali dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti. Melalui Khidmat Masyarakat ini pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Pelajar juga akan merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Setiap murid dikehendaki melaksanakan projek tertentu di luar waktu persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Projek ini memerlukan murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah. 1.1 NAMA PROGRAM Projek Keceriaan Sekolah Mengecat Tembok-tembok Sekolah 1.2 MATLAMAT 1. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah. 2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. 3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. 1.3 RASIONAL Projek ini dijalankan untuk membolehkan pelajar-pelajar Tingkatan Empat melibatkan diri secara langsung dalam kerja-kerja gotong-royong khidmat masyarakat di peringkat sekolah. 1

Upload: suzana

Post on 05-Feb-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Paperwork Psk Gotong Royong

KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT 2015

PROJEK KECERIAAN SEKOLAH – MENGECAT TEMBOK-TEMBOK SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Khidmat Masyarakat ialah komponen amali dalam Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan

dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini ialah dalam bentuk

projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah

dan komuniti.

Melalui Khidmat Masyarakat ini pelajar dapat mengaplikasikan

pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari

dalam bilik darjah. Pelajar juga akan merasakan bahawa mereka adalah

sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan

ini pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana

telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

Setiap murid dikehendaki melaksanakan projek tertentu di luar waktu

persekolahan sekurang-kurangnya 10 jam setahun. Projek ini memerlukan

murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam kerja khidmat kepada

komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah.

1.1 NAMA PROGRAM

Projek Keceriaan Sekolah – Mengecat Tembok-tembok Sekolah

1.2 MATLAMAT

1. Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan

kewarganegaraan di luar bilik darjah.

2. Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

3. Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab

terhadap masyarakat dan negara.

1.3 RASIONAL

1

Page 2: Paperwork Psk Gotong Royong

Projek ini dijalankan untuk membolehkan pelajar-pelajar Tingkatan

Empat melibatkan diri secara langsung dalam kerja-kerja gotong-

royong khidmat masyarakat di peringkat sekolah.

1.4 OBJEKTIF

(i) Membangunkan nilai murni dalam jati diri para pelajar dan

mengukuhkan pengamalan hidup.

(ii) Menanam rasa kecintaan terhadap sekolah dengan melakukan kerja-

kerja khidmat masyarakat di sekolah.

(iii) Menjadi warga sekolah yang sentiasa prihatin, bertanggungjawab dan

sedar akan kepentingan sekolah sebagai satu institusi untuk

menuntut ilmu.

(iv) Memupuk nilai-nilai murni dalam diri individu bagi menghasilkan insan

yang beriman, berilmu, berketrampilan, dan bertanggungjawab.

(v) Menunjukkan sikap setia terhadap sekolah dan melaksanakan

tanggungjawab sebagai pelajar sekolah ini.

(vi) Memceriakan kawasan sekolah agar menjadi satu tempat yang selesa

dan suasana pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan dengan

kondusif

1.5 TARIKH CADANGAN

25 April 2015 (Sabtu)

2 Mei 2015 (Sabtu)

9 Mei 2015 (Sabtu)

1.6 TEMPAT CADANGAN

Sekitar Blok A

1.7 SASARAN

Pelajar-pelajar tingkatan 4

1.8 BILANGAN PESERTA : 60 orang

1.9 KEWANGAN

2

Page 3: Paperwork Psk Gotong Royong

1.9.1 Sumber Kewangan

1. Peruntukan Panitia Sivik

dan Kewarganegaraan =RM784.00

1.9.2 Anggaran Perbelanjaan

1. Cat Jotun Majestic 5l ( RM150.00 x 3 ) = RM 450.00

2. Cat Jotun Majestic 1l ( RM50 x 2 ) = RM 100.00

3. Berus Biasa 2”( RM2.50 x 8 ) = RM 20.00

4. Berus Biasa 4” (RM4 x 5 ) = RM 20.00

5. Roller ( RM10 x 10 ) = RM 100.00

6. Tray ( RM8 x 10) = RM 80.00

7. Thinner ( RM7 x 2 ) = RM 14.00

__________JUMLAH KESELURUHAN =RM 784.00

=========

1.0 JAWATANKUASA Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Puan Zaitun bt ZainalPengetua SMK. Taman Keramat

Naib Pengerusi : Puan Julia bt HamzahPenolong Kanan

Penyelaras Projek / : Puan Suzana Bt Mohmad NayanSetiausaha Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan

AJK : Semua guru Tingkatan 4Semua guru mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

2.0 PERBELANJAAN MAKAN DAN MINUM60 ORANG X RM 6.00 = RM 360.00 (PERBELANJAAN OLEH

PIHAK PIBG).

3

Page 4: Paperwork Psk Gotong Royong

3.0 PENUTUP

Dengan komitmen pelbagai pihak, InsyaAllah projek gotong

royong ini akan dapat dijayakan dan mencapai objektif yang optima

bagi melahirkan individu-individu yang berketerampilan serta

mempunyai rasa cinta dan bangga terhadap sekolah. Harapan kami

agar program ini dapat memberikan manfaat dan ilmu kepada semua

pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Disediakan oleh ,

( SUZANA BT MOHMAD NAYAN )Penyelaras Program Gotong RoyongProjek Khidmat Masyarakat 2015

Disemak oleh,

( PUAN ROHANA BT MEGAT )Guru Kanan Kemanusiaan

Diluluskan oleh,

( PUAN ZAITUN BT.ZAINAL )Pengetua SMK. Taman Keramat

TENTATIF PROGRAM GOTONG ROYONG PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT

2015

8.00 pagi : Berkumpul, mengambil kehadiran

4

Page 5: Paperwork Psk Gotong Royong

dan pembahagian tugas

8.30 pagi : Gotong- royong bermula

11.30 pagi : Jamuan ringan

12.00 tgh : Gotong Royong berakhir

5