pantun nasihat

6
PANTUN NASIHAT Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu mati Walaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawah Ilmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuah Tumbuh melata si pokok tebu Pergi pasar membeli daging Banyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kena Jagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satu Murid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu

Upload: ibrahanis

Post on 04-Sep-2015

125 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pantun

TRANSCRIPT

PANTUN NASIHAT

Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain dipakai Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga sendudukElok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da Makan sekapur lalu matiWalaupun banyak ilmu di dada Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir Dibawa orang dari hulu Sebarang kerja hendak difikir Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan Dihembus angin jatuh ke bawahIlmu yang tidak diamalkan Bagai pohon tidak berbuahTumbuh melata si pokok tebu Pergi pasar membeli dagingBanyak harta tak ada ilmu Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap Ayatnya banyak yang tidak kenaJagalah diri jangan tersilap Jikalau silap awak yang bencana Hendak belayar ke Teluk Betong Sambil mencuba labuhkan pukatBulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru Pergi ke sekolah pukul satuMurid sentiasa hormatkan guru Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut Ditiup angin dari Selatan Layar dikembang kemudi dipaut Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu Sirih di hilir merekap junjunganKepalang duduk menuntut ilmu Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong Emak dan kakak sedang mencuciJangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semuaJika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti Tolong masukkan segala barangJikalau anak-anak bersatu hati Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang Arang dibakar memanaskan diriJangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga Selasih dimakan si anak kudaKasih ibu membaa ke syurga Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu Takut kena gigitan pacat Kalau kita selalu bersatu Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai Gunung Daik bercabang tigaHancur badan tulang berkecai Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi Pergi pagi kembali petangKalau Tuhan hendak membagi Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah Buah kurma berlambak-lambakPekerjaan guru bukanlah mudah Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggahDari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi Cahya memancar kepangkal kelapaHidup di dunia buatlah bakti Kepada ibu dan juga bapa

Kapal kecil jangan dibelok Kalau dibelok patah tiangnyaBudak kecil jangan di peluk Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang Dari benang dibuat kain Barang yang lepas jangan dikenang Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail Dapat seekor ikan tenggiriJangan amalkan sikap bakhil Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu Nampak dari Kuala AchehRosak iman kerana nafsu Rosak hati kerana kasih Tingkap papan kayu bersegi Sampan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budi Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja Suka berjalan di atas titi Orang yang malas hendak bekerja Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri Bulan purnama datang menerpaAjaran guru hendak ditaati Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu Buat menetak si pokok RuBila belajar tekun selalu Jangan ingkar nasihat guruHari malam gelap-gelita Pasang lilin jalan ke tamanSopan santun budaya kita Jadi kebanggaan zaman berzaman Pergi berburu sampai ke sempadan Dapat Kancil badan berjalurBiar carik baju di badan Asalkan hati bersih dan jujur

Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tigaHancur badan dikandung tanah Budi yang baik di kenang juga Ramai orang membeli jamu Di bawah pokok cuaca redupBersungguh-sungguh mencari ilmu Ilmu dicari penyuluh hidup

Apa guna berkain batik Kalau tidak dengan sucinya?Apa guna beristeri cantik Kalau tidak dengan budinya

Berakit-rakit ke hulu Berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar Ambil galah tolong jolokkanSaya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri Ayam kuning buat sarangOrang tamak selalu rugi Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi Takut mercik ke muka orangBiar pandai menjaga diri Takut nanti diejek orang

Ke hulu membuat pagar Jangan terpotong batang durianCari guru tempat belajar Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia Ambil sedikit buat juadahUsia muda jangan disia Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut Kalau dilurut pecah batangHati muda jangan diturut Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup Masakan boleh kembali terangBudi bahasa amalan hidup Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda Kuda dipacu deras sekaliBuat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan Membawa rokok bersama rempahKalau ilmu tidak diamalkan Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati Biar serpih tumbangnya janganKalau kita mencari ganti Biar lebih kurang jangan

Pinang muda dibelah dua Anak burung mati diranggahDari muda sampai ke tua Ajaran baik jangan diubah

Pantai Mersing kuala Johor Pantainya bersih sangat mashyurPohonkan doa kita bersyukur Negara kita aman dan makmur Orang tua patut disegani Boleh mendapat ajarnasihatUlar yang bisa tidak begini Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi Ambil buluh lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah Singgah sembahyang di tepi lorongKalau sudah kehendak Allah Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk Mari diletak di atas papanJika tahu ganja itu mabuk Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman Puas sudah orang memburuKalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru Berakit ke hulu dengan bergalah Buluh pecah terbelahduaOrang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pulaRusa betina berbelang kaki Mati terkena jerat sembat Orang yang muda kita sanjungi Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahuSuruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia Emak memesan membeli laksaJadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa