pantun merdeka-1

Upload: amran

Post on 19-Jul-2015

169 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PANTUN MERDEKAIngatkah kamu hari itu, Sewaktu negaraku lahir merdeka, Ingatkah kamu hari itu, Titik permulaan negara kita Terkenang kembali saat gemilang, Sahutan 'Merdeka !!' berulang kali, Impian seluruh rakyat terjulang, Senyum di muka, Gembira di hati Berkobar kobar semangat membara, Membela rakyat, membina negara, Menjulang impian rakyat jelata, Membina martabat sebuah bangsa Kini hampir separuh abad berlalu, Semarak lagikah semangat merdeka, Ingatkah kamu hari itu, Sewaktu negaraku lahir merdeka Wahai saudaraku dari Malaysia, Ukirkanlah semangat merdeka dihati, Jangan persiakan perjuangan merdeka, Hasil merdeka bersama kita dinikmati Marilah bersama bersatu dihati, Bersama membina bangsa Malaysia, Impian merdeka belum dikecapi, Bangun rakyat Malaysia, bangun bersama

Masih banyak perjuangan kita, Ingatlah semangat ketika merdeka, Satukan hati dan kerahkan usaha, Agar tercapai jua impian merdeka Indah berseri cincin delima, bertatah permata elok dipakai, Malaysia kini 50 tahun merdeka, negara kita aman dan damai. Pakai baju baju kebaya. buat bersanding pengantin berseri, Bersatu padu rakyat sejahtera, sama-sama bersaing memantap ekonomi Pantun Rakyat Merdeka By Edmond R Tanah pasir gersang terbentang Anak pertiwi mencangkul tulang Merdeka apa yang sering dilaungkan? Terlepas kongkongan, masuk cengkaman? Bumi hijau warisan bonda Bencana insan rakus melanda Hilang begitu sekelip mata Tangisan sedih kampung ke kota

Pendekar palsu barisan negara Keris dijulang sorak membara Tatkala benak akal kemarau Sembunyi dibalik panji harimau Bulan tiga subuh menjelang Bulan lapan terang benderang Suara rakyat melambung angkasa Permatang diharungi wira perkasa Apakah ini babak kedua Hikayat bangsa negara Malaysia? Bebas dan adil terserlah di muka Merdeka! Merdeka! Merdeka! MERDEKA!!!

Dari Muar ke Surabaya Singgah sebentar di Kota Singa Kalau ada terkasar bahasa Ampun dan maaf yang kami pinta Sungguhlah cantik kota Jakarta Tempat orang bermain cinta Ogos bulan keramat tiga negara Bersama lah kita merayakannyaPANTUN KEMERDEKAAN Pagi-pagi berjalan ke pekan sambil mengunyah gula Sugus Kempen Merdeka selamat dilancarkan

di hari ini 17 Ogos Duduk bersembang bersama member jangan bercakap perkara sesia kempen tamat 16 September sempena penubuhan Negara Malaysia Jangan kita tersilap kata nanti susah hendak betulkan marilah kita turut serta Jalur Gemilang kita kibarkan Jumpa member terus disapa minta autograf hulurkan pena cara lain jangan dilupa meriahkan jua sepanjang kempen PANTUN KEMERDEKAAN II Meraut muka di awal pagi menutup mata duduk bersila musim merdeka datang lagi semangat kita membara semula Membaca mentera tangan ditepuk hidupkan bara di dalam ketur cintakan negara kita pupuk pelbagai acara kita atur Sirih pinang jadi pengeras duit dihulur jadi habuan kasih sayang jadikan teras semangat luhur bela watan

Orang ramai tak kira masa tunggu giliran di tengah laman aman damai sejahtera sentiasa itulah perjuangan sepanjang zaman