panjar wang runcit
DESCRIPTION
pwrTRANSCRIPT
BBG 33103 – PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH
NAMA PELAJAR : GHAZALI B JAAFARCB 100009
BADRUL HISHAM BIN MD.KELING CB 100018
MHD & MOHD DARWAZI BIN ABD
WAHID CB 100024
PROGRAM : PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB)
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN(PENGURUSAN PENDIDIKAN)
PENSYARAH : PUAN HJH SAREBAH BINTI WARMAN
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PANJAR WANG RUNCIT(PWR)
PANJAR WANG RUNCIT
Pengenalan
Panjar wang runcit diwujudkan untuk memudahkan pihak sekolah melakukan
pembelian-pembelian runcit dengan segera. Seseorang Pengetua/Guru Besar haruslah
memahami pengendaliannya untuk mengelakkan daripada pembaziran dan
penyalahgunaan wang tunai.
Objektif
Selepas mengikuti topik ini diharapkan peserta akan dapat:
Memahami pengendalian panjar wang runcit
Mengenalpasti had perbelanjaan dan kawalan terhadap panjar wang runcit
Mengetahui proses mewujudkan panjar wang runcit
Menambahbaikan tatacara penyelenggaraan panjar wang runcit
Definisi
Adalah sejumlah wang diberi kepada pegawai perakaunan untuk
membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan
perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada
satu vot/mana-mana jenis kumpulan wang yang diselenggarakan.
PANJAR
i. Panjar Gaji - AP 3(a) sekolah-sekolah
ii. Panjar 1 / 12 / 3 / 12 - AP 3(b)
iii. Panjar Unit - AP 3( c)
iv. Panjar Wang Runcit - AP 3(d) dan TPKPS Bab 8
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM
PENJELASAN
Panjar Wang Runcit sekolah merupakan sejumlah wang pendahuluan yang
pada permulaannya dikeluarkan daripada Kumpulan Wang SUWA di
bawah butiran yang tidak dikhaskan untuk sesuatu tujuan tertentu seperti
kantin atau pelbagai. Bagi sekolah-sekolah yang tidak menyelenggarakan
Kumpulan Wang SUWA maka wang pendahuluan Panjar Wang Runcit
bolehlah dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Kerajaan butiran
LPBT/LPK.
Panjar Wang Runcit seboleh-bolehnya digunakan untuk pembelian runcit
yang kurang daripada RM50.00 secara tunai. Namun demikian bagi
pembelian yang melebihi RM50.00 boleh juga dilakukan secara tunai jika
praktik dan berfaedah.
Panjar Wang Runcit boleh dibelanjakan untuk semua jenis Kumpulan
Wang yang diselenggarakan oleh sekolah.
Dengan seberapa yang boleh semua pembayaran bil yang tidak melebihi
RM50.00 hendaklah dibuat daripada panjar wang runcit sekolah yang
melakukan perbelanjaan itu.
PROSES MEWUJUDKAN PWR
Kebenaran untuk mewujudkan PWR di sekolah hendaklah diperolehi
daripada PTJ masing-masing seperti yang berikut:
JENIS SEKOLAH PUSAT TANGGUNGJAWAB
Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sekolah Menengah Teknik Bahagian Teknik & Vokasional
Sekolah Rendah/ Menengah Jabatan Pendidikan Negeri
Sekolah Harian PTJ Sendiri Jabatan Akauntan Negara,
Negeri masing-masing
Permohonan panjar wang runcit hendaklah dibuat dengan menggunakan
boring seperti di lampiran PWR 1
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM
Selepas kelulusan diperolehi, sekolah perlu menyediakan satu baucar
bayaran untuk mengeluarkan wang daripada kumpulan wang yang telah
diluluskan. Amaun ini, hendaklah ditunjukkan sebagai pendahuluan dari
kumpulan wang SUWA/Kerajaan dan dicatatkan sebagai aset dalam
Lembaran Imbangan bagi akaun yang berkenaan.
Paras Panjar wang runcit boleh ditambah apabila perlu tertakluk kepada
kelulusan pusat tanggungjawab masing-masing. Setiap permohonan
tambahan hendaklah disertakan rekupmen PWR tiga (3) bulan berturutan
dengan menggunakan boring seperti di Lampiran PWR 2.
TATACARA PENYELENGGARAAN PANJAR WANG RUNCIT
Buku Tunai Panjar Wang Runcit
Segala urusniaga tunai hendaklah direkodkan ke dalam buku tunai PWR seperti di
Lampiran PWR 3.
Sebagai satu kawalan dalaman Pengetua/Guru Besar hendaklah
mengeluarkan satu surat penurunan kuasa secara rasmi bagi pegawai yang
mengendalikan PWR seperti di Lampiran PWR 4 (AP 69)
Merekodkan Penerimaan
Sebaik sahaja cek untuk panjar wang runcit dikeluarkan daripada
Kumpulan Wang berkenaan (Pendahuluan/Rekupmen) butir-butir berikut
hendaklah dicatatkan di bahagian penerimaan di buku Tunai PWR dengan
maklumat berikut:
i. Tarikh
ii. Perihal (Pendahuluan/Rekupmen)
iii. No. Baucer ( yang menyokong pengeluaran cek)
iv. No. Cek
v. Amaun
Pembayaran
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM
Sebelum sesuatu pembayaran di buat daripada panjar wang runcit, buku
tunai sekolah perlu dirujuk untuk memastikan peruntukan bagi butiran-
butiran perbelanjaan berkenaan adalah mencukupi.
Setiap pembayaran daripada panjar wang runcit hendaklah disokong
dengan baucer kecil yang bernombor siri berturutan ( sila rujuk Lampiran
PPWR 5 ). Setiap baucer kecil hendaklah disahkan dan diluluskan oleh
Pengetua/Guru Besar.
Bil-bil tunai boleh diterima sebagai baucer kecil, tetapi bil-bil ini perlu
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan diberikan nombor secara
berturutan mengikut siri baucer kecil.
Baucer asal rekupmen disimpan di dalam fail baucer kumpulan wang
berkaitan. Baucer salinan rekupmen berserta baucer kecil dan dokumen-
dokumen sokongan hendaklah disimpan dengan siri baucer yang sama
dalam fail PWR.
Merekod Pembayaran
Setiap pembayaran daripada panjar wang runcit hendaklah dicatatkan di
Bahagian Pembayaran Buku Tunai Panjar Wang Runcit seperti yang
berikut:
o Tarikh pembelian dibuat
o Perihal pembelian
o Nombor baucer kecil
o Jumlah pembayaran mengikut jenis-jenis peruntukan
o Jumlah Besar
o Jumlah pembayaran mengikut kumpulan wang (sila rujuk
Lampiran PWR 3).
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM
Rekupmen Rekupmen ialah proses mendapatkan semula wang yang telah
dibelanjakan melalui panjar wang runcit. Tujuannya adalah untuk
mencukupkan semula paras panjar wang runcit dengan mengenakan
perbelanjaan kepada butiran-butiran dalam kumpulan wang berkaitan
Pihak sekolah perlu mengawasi baki panjar wang runcit. Apabila baki
wang tersebut hampir habis, buku tunai panjar wang runcit hendaklah
diimbangkan dan jumlah yang telah dibelanjakan hendaklah direkupkan.
Recupmen boleh dibuat lebih daripada sekali dalam sesuatu bulan.
Perbelanjaan yang direkup itu, hendaklah dikenakan kepada butiran
perbelanjaan dibawah kumpulan wang berkaitan. Jika perbelanjaan
melibatkan lebih daripada satu kumpulan wang, maka rekupmen perlulah
dibuat dengan menyediakan baucer bayaran bagi setiap kumpulan wang.
Apabila cek-cek rekupmen ditunaikan, catatan perlu dibuat di Bahagian
Penerimaan Buku Tunai Panjar Wang Runcit.
KAWALAN TERHADAP PANJAR WANG RUNCIT
Pastikan Panjar Wang Runcit hanya digunakan untuk tujuan pembelian
runcit seperti setem, minyak mesin rumput, fotostat, dan lain-lain
perbelanjaan yang wajar dan tidak melebihi RM50.00 serta disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.
Pastikan pemeriksaaan terhadap kedudukan PWR dilaksanakan oleh
Pengetua/Guru Besar sama ada sebulan sekali atau semasa proses
rekupmen.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk mempastikan:
Baki wang dalam tangan bersamaan dengan baki yang dinyatakan di
dalam buku tunai PWR.
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM
Jumlah wang dalam tangan dicampur dengan semua baucer kecil
yang belum direkup hendaklah sama dengan paras panjar yang
diluluskan.
Pastikan tandatangan Pengetua/Guru Besar terdapat dalam Buku Tunai
PWR sebagai bukti semakan ini telah dijalankan.
Apabila PWR dikendalikan sendiri oleh Pengetua/Guru Besar,
pemeriksaan ini hendaklah dijalankan oleh pegawai yang dilantik di
sekolah berkenaan
PENUTUPAN BUKU TUNAI PANJAR WANG RUNCIT
Pastikan buku Tunai PWR ditutup dan diimbangkan.
Pastikan rekupmen dibuat sebelum/pada 31 Disember supaya baki PWR
adalah bersamaan dengan pendahuluan PWR yang diluluskan.
Baki wang dalam tangan akan ditunjukkan sebagai asset/harta di
Lembaran Imbangan
bagi penyata kewangan kumpulan wang yang berkenaan.
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM
PENYATA KEDUDUKAN PANJAR WANG RUNCIT AKHIR TAHUN
Sediakan satu penyata/Sijil PWR seperti di bawah, disediakan sebelum
atau pada
31 Disember setiap tahun kewangan:
a. Baki wang dalam tangan RM XXX
b. Perbelanjaan Panjar Runcit yang belum
direkupkan mengikut jenis-jenis kumpulan wang
Kumpulan Wang Kerajaan RM XXX
Kumpulan Wang SUWA RM XXX
Kumpulan Wang Asrama RM XXX
RM XXX
Jumlah Panjar wang runcit seperti pendahuluan panjar RM XXX
dikeluarkan Yang dilulus oleh Pusat Tanggungjawab
TATACARA MEMPERAKUKAN PANJAR WANG RUNCIT YANG TIDAK
DIREKUPKAN PADA PADA 31 DISEMBER
Sekiranya wang pendahuluan panjar dikeluarkan daripada Kumpulan
Wang SUWA dan keseluruhan amaun yang belum direkup ialah
perbelanjaaan wang SUWA maka tindakan seperti yang berikut hendaklah
dilakukan.
o Baki wang dalam tangan hendaklah ditunjukkan sebagai aset di
Lembaran Imbangan Kumpulan Wang SUWA.
o Amaun yang belum direkup hendaklah diambilkira dalam penyata
pendapatan dan perbelanjaan sebagai perbelanjaan dalam tahun
semasa.
Sekiranya wang pendahuluan panjar dikeluarkan daripada Wang SUWA
dan amaun yang belum direkupkan merupakan perbelanjaan yang
melibatkan lebih daripada satu kumpulan, maka tindakan berikut perlulah
diambil:
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM
o Baki wang dalam tangan hendaklah ditunjukkan sebagai aset/harta
diLembaran Imbangan di kumpulan Wang SUWA.
o *Amaun yang belum direkupkan daripada kumpulan Wang
Kerajaan/Asrama (mengikut perbelanjaan yang telah dibuat)
o Jumlah perbelanjaan seperti di butiran atas (*) hendaklah
ditunjukkan sebagai ‘Akaun Belum Terima” dalam Lembaran
Imbangan di bawah aset/harta di kumpulan Wang SUWA daripada
Kumpulan Wang Kerajaan/Asrama.
o Jumlah ini perlu ditunjukkan sebagai ;akaun Belum Bayar”di
Lembaran Imbangan Kumpulan Kerajaan/Asrama di bawah
liabiliti/tanggungjawab kepada PWR di Kumpulan Wang SUWA
(sila rujuk Lampiran PWR 6)
MENYIMPAN SELAMAT WANG RUNCIT
Pengetua/Guru Besar/Pegawai yang diberi kuasa hendaklah menyimpan
wang tunai dengan selamat dalam peti besi/cabinet berkunci.
KESIMPULAN
Pengendalian panjar wang runcit memudahkan pihak sekolah
melakukankan pembelian-pembelian runcit yang segera dan kurang
daripada RM50.00 secara tunai.
Pengetua/Guru Besar hendaklah mengendalikan urusan panjar wang runcit
ini dengan teratur dan sempurna supaya mengelakkan daripada
penyalahgunaan supaya mengelakkan dariapada penyalahgunaan,
pembaziran, dan kehilangan wang tunai. Kegagalan mengendalikan akaun
panjar wang runcit dengan baik akan mengakibatkan dan memberi kesan
kepada penyediaan penyata kewangan tahunan sekolah. Untuk tujuan ini,
panjar wang runcit perlulah diimbangkan dan didapatkan semula
sepenuhnya sebelum atau pada 31 Disember.
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM
LAMPIRAN
Pengurusan Sistem Maklumat Dalam PendidikanPKPGB UTHM