panduan umur sekolah

Upload: fiealya

Post on 07-Jul-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 Panduan Umur SEKOLAH

    1/2

      PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    PARAS 7, BLOK J

    PUSAT BANDAR DAMANSARA

    50604 KUALA LUMPUR  

    Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

    Tel : 03-2586900

    Fax : 03-2535150

    Laman Web : http://www.moe.gov.my

    KP(BS) 8591/Jld.XVII (3)

    22 Mac 2001

    Semua Pengarah Pendidikan Negeri 

    Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,

    SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/2001 :

    Pindaan Bagi Para 2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah danSekolah Menengah Serta Umur Menduduki Peperiksaan BagiSekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan Dan Sekolah Swasta

    Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

    2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Y.B. Menteri Pendidikan telahmengarahkan supaya tarikh larangan menerima murid baru di bawah umur, di Para 2Pekeliling Ikhtisas 10/1998 diubah daripada 1.1.1998 kepada 1.1.2000. Oleh itu perengganberkenaan hendaklah dibaca seperti berikut :-

    ”Mulai 1.1.2000, Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan SekolahSwasta dillarang menerima murid baru di bawah umur, sama ada didaftar ataumenumpang tanpa didaftarkan. Murid yang diterima belajar di sekolah rendahhendaklah dari umur 6 tahun ke atas. Pengiraan umur hendaklah dikira dari 1Januari tahun persekolahan semasa. Sebagai contoh, murid tahun 1 pada tahun

    2000 hendaklah dilahirkan antara 2.1.1993 hingga 1.1.1994. Ini bermakna bahawamurid yang genap berumur 6 tahun pada 1 Januari tahun yang berkenaan tidakperlu memohon kebenaran daripada Kementerian Pendidikan”.

    3. Oleh itu, semua murid di bawah umur yang sudah berada dan sedang belajar disekolah rendah, sekolah menengah Kerajaan dan Swasta pada tahun persekolahan 1999 dibenarkan untuk naik ke Tahun/Tingkatan seterusnya pada tahun 2000 dan tahun-tahunberikutnya.

    4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawahpentadbiran Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.

    Sekian. Terima kasih.

    “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

    ABDUL RAFIE BIN MAHATKetua Pengarah Pendidikan Malaysia

  • 8/18/2019 Panduan Umur SEKOLAH

    2/2

     

    Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

    s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin MohamadMenteri Pelajaran Malaysia

    2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin ShamsuddinTimbalan Menteri Pendidikan Malaysia

    3. Y.B. Dato’ Hon Choon KimTimbalan Menteri Pendidikan Malaysia

    4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd KhirSetiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia

    5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

    6. Timbalan-Timbalan Ketua SetiausahaKementerian Pendidikan Malaysia

    7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah PendidikanKementerian Pendidikan Malaysia

    8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

    9. Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia

    10. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

    11. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia

    12. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia