panduan pengurusan sekolah 2013

115
PANDUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN MALAWA, KOTA KINABALU. 1.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. 2.0 VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2.1 VISI Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang 2.2 MISI Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti 3.0 VISI DAN MISI JABATAN PELAJARAN SABAH 3.1 VISI Pendidikan Berkualiti Penjana Modal Insan Unggul. 3.2 MISI 1

Upload: sakinah-ahmad-shah

Post on 27-Nov-2015

126 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

PANDUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN MALAWA, KOTA KINABALU.

1.0FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

2.0VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2.1VISI

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

2.2MISI

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti3.0VISI DAN MISI JABATAN PELAJARAN SABAH

3.1VISI

Pendidikan Berkualiti Penjana Modal Insan Unggul.

3.2MISI

Membangunkan Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Berkualiti Ke Arah Melahirkan Modal Insan Unggul.4.0VISI DAN MISI SEKOLAH4.1 VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Malawa Cemerlang Di Antara Sekolah-Sekolah Daerah Kota Kinabalu Menjelang 2015. 4.2MISI : Sekolah Kebangsaan Malawa Menjadi Cemerlang Dalam Pengurusan, Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah.5.0SLOGAN

Usaha Disiplin Jaya

6.0MATLAMAT SEKOLAH i. Mengangkat dan memartabatkan kurikulum dan kokurikulum SK. Malawa, Kota Kinabalu setanding dengan sekolah-sekolah lain di Daerah Kota Kinabalu khasnya sebagai sekolah yang cemerlang.ii.Membentuk satu pengurusan yang cekap dan menyeluruh melibatkan penyertaan semua pihak dan diuruskan secara profesional serta mempunyai sasaran yang standard dan praktikal.iii.Meningkatkan prestasi pencapaian UPSR dan berupaya menghasilkan keputusan cemerlang untuk murid bersaing di peringkat yang lebih tinggi.7.0 OBJEKTIF SEKOLAH i. Mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR.

ii. Memastikan kejayaan dicapai mengatasi pencapaian sekolah-sekolah lain di daerah dalam semua bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.iii. Membasmi dan mengurangkan masalah buta huruf dan buta nombor.

iv. Melahirkan murid berperibadi mulia dan mampu menyumbang ke arah tuntutan alaf baru.

v. Merealisasikan konsep Sekolahku Rumahku.vi. Memastikan wujud suasana sekolah yang sopan, teratur dan selamat.

vii. Mewujudkan semangat setia kawan dalam kalangan guru, staf sokongan, murid dan ibu bapa.STRATEGI PELAKSANAAN VISI DAN MISIKe arah merealisasikan visi dan misi sekolah, maka kami warga Sekolah Kebangsaan Malawa Kota Kinabalu akan berusaha :

1.Cemerlang dalam bidang kurikulum.

2.Cemerlang dalam bidang kokurikulum.

3.Melahirkan pelajar yang berilmu dan memiliki sahsiah terpuji.4.Mewujudkan suasana kondusif dan mesra di dalam atau luar bilik darjah dan persekitaran sekolah.

5.Mempraktikkan pengurusan yang cekap, sistematik dan berintegriti.

6.Menjalinkan persefahaman dan kolaborasi dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.

9.0FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di Sekolah Kebangsaan Malawa Kota Kinabalu adalah satu proses yang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan asas kepercayaan bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh dikembangkan dan berhak untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Seiap guru berkewajipan untuk berusaha memberikan pendidikan yang bermutu. Segala keupayaan dan segala sumber yang ada akan digunakan dengan sepenuhnya dalam satu pengurusan yang cekap dan berkesan serta berteraskan semangat kerja berpasukan. 10.0PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH Bahawa kami warga Sekolah Kebangsaan Malawa Kota Kinabalu beriltizam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut :1. Memastikan agar pelajar menerima pendidikan yang bermutu, memupuk minat belajar yang tinggi dan melahirkan insan yang terpuji.

2. Membentuk golongan pelajar yang peka terhadap perubahan pendidikan semasa dan mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

3. Melahirkan generasi pelajar yang harmoni, bersatu padu dan taat setia kepada agama, bangsa dan negara serta memastikan wujudnya budaya penyayang.4. Memberikan perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan yang berurusan dengan pihak sekolah.5. Bersikap positif terhadap teguran membina demi mempertingkatkan prestasi pelajar dan pentadbiran sekolah.6. Memastikan setiap arahan dan maklumat yang dikehendaki oleh KPM/JPN/PPD diambil tindakan mengikut masa yang ditetapkan.10.0SEJARAH RINGKAS SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Malawa terletak di Jalan Sepanggar Menggatal, Kota Kinabalu (KKIP) iaitu 30km dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan 24 kilometer dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Dibina pada tahun 1964, Sekolah ini mempunyai keluasan 3.28 ekar di atas tapak tanah bergeran no. CL0155374517 terletak di tengah-tengah Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP). Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Sukarelawan Rakyat (SSR Malawa). Ia diasaskan oleh K.K Taliban dan diteruskan oleh K.K Gampupul Bin Konsodom. Nama Malawa diambil bersempena dengan nama sarang labah-labah iaitu Tempulalawa dalam Bahasa Kadazandusun. Penduduk kampung ketika itu sentiasa mengamalkan kehidupan yang aman, bersatu dan sering mengadakan gotong royong. Semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar perkampungan itulah mereka sering terserempak dengan sarang labah-labah lalu mereka sepakat menamakan tempat tersebut sebagai MALAWA. Bangunan sekolah yang pertama didirikan adalah bangunan kayu yang mengandungi tiga bilik darjah dengan keluasan 80 kaki X 25 kaki persegi. Terdapat juga sebuah rumah guru yang diperbuat daripada bahan-bahan kayu berdindingkan bambu. Guru Besar yang pertama ialah Encik Pangiran Sakunil dengan hanya empat orang sahaja tenaga pengajar dan muridnya seramai 38 orang.

Dalam tahun 1970, sekolah ini diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan nama Sekolah Sukarelawan Rakyat Malawa diganti dengan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Malawa Telipok, Kota Kinabalu. Pada tahun 1974, tambahan bangunan sekolah daripada bahan-bahan kayu mengandungi enam bilik darjah, satu bilik guru, satu unit pejabat am, tandas murid dan guru, rumah guru, pagar sekolah serta dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik. Pada tahun 2003, SK. Malawa Telipok Kota Kinabalu telah dinaiktaraf sebagai sekolah Gred A Kategori Luar Bandar dan Guru Besar pada masa itu ialah Encik Geoffrey Sinteh Geimin. Bilangan staf akademik ketika itu ialah seramai 34 orang, tujuh orang anggota kakitangan sokongan dan 572 orang murid. Kewujudan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dengan pembangunan perumahan dan kilang perindustrian yang meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan sekolah ini tidak dapat menampung kemasukan pelajar yang begitu meningkat secara mendadak. Untuk memenuhi keperluan pendidikan yang semakin meningkat maka dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010) sebuah bangunan sekolah baru daripada bahan konkrit dengan 30 bilik darjah dan lain-lain kemudahan telah dibina mulai 30 November 2010 dan siap fizikal pada 28 Disember 2012. Penyerahan kunci bangunan telah dilakukan pada tarikh tersebut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Sejak dibuka tahun 1964, Sekolah Kebangsaan Malawa Telipok, Kota Kinabalu beroperasi dalam dua sesi persekolahan iaitu sidang pagi dan petang disebabkan masalah kekurangan bilik darjah. Tiga blok bangunan sekolah daripada kayu dengan enam bilik darjah, sebuah bilik guru besar, sebuah bilik penolong kanan dan pejabat am, sebuah bilik guru dan bilik stor sekolah sudah kelihatan uzur tetapi masih digunakan untuk meneruskan usaha-usaha memartabatkan pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Wawasan Pendidikan Negara bertaraf dunia abad ke-21.

Bangunan Prasekolah yang pertama telah dibina pada tahun 2002 dan beroperasi pada awal tahun 2003. Pengambilan pertama murid ialah seramai 25 orang. Untuk menampung pertambahan pelajar Prasekolah yang begitu mendesak, maka Jabatan Pelajaran Negeri Sabah sekali lagi membina sebuah lagi tambahan bangunan Prasekolah pada tahun 2009 dengan pengambilan murid seramai 25 orang. Pada masa ini murid Prasekolah berjumlah 75 orang dengan tenaga pengajar seramai tiga orang dan tiga orang pembantu.

Pengurusan sekolah berpindah di bangunan baru secara rasmi pada 01 Mac 2013 setelah mendapat kelulusan beroperasi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat rujukan : KP.BPP.(S).P.00102/012/0480/12 JLD. II (53) bertarikh : 30 Januari 2013. Bangunan sekolah yang baru mengandungi 30 bilik darjah dan lain-lain kemudahan boleh menampung murid seramai 1050 orang.

Seramai 10 orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini. Nama-nama Guru Besar tersebut adalah seperti berikut :

1.Pengiran Sokunil dari tahun 1964 hingga tahun 19682.Andreas Bejium dari tahun 1969 hingga tahun 19763.Pantau Kawit dari tahun 1977 hingga tahun 19794.Haji Ekin Santung dari tahun 1980 hingga tahun 19835.Kion Hamzah Undang dari tahun 1983 hingga tahun 19866.Abdul Ghani Jaffar dari tahun 1986 hingga tahun 19877.Susin Gasah dari tahun 1988 hingga tahun 1997

8.Michael Dian Balu dari tahun 1997 hingga tahun 2001

9.Noorbiha Mohd. Said dari tahun 2001 hingga tahun 2002

10.Geimin @ Geoffrey Geimin Bin Sinteh dari tahun 2003 hingga tahun 2012

11.Achin bin Marudu mulai 01 Mac 2012 hinnga sekarang.

11.0LOGO DAN BENDERA SEKOLAH

11.1LOGO SEKOLAH

DEFINISI LOGO SEKOLAHi.Warna Biru melambangkan kesepaduan atau integrasi di mana akademik, kokurikulum dan sahsiah disatukan di bawah satu bumbung.ii.Warna Kuning melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.iii.Warna Hijau melambangkan warna rasmi dalam pelbagai aktiviti sekolah. Ia juga menggambarkan warna hati.iv.Gelung melambangkan kewujudan aliran teknikal di Sekolah Kebangsaan Malawa Kota Kinabalu dan seterusnya bersama-sama membantu melahirkan teknorat-teknorat bertaraf dunia.

v.Buku melambangkan budaya ilmu yang menjadi tunggak kerja SK. Malawa.vi.Obor melambangkan daya tahan seluruh warga SK. Malawa dalam mengharungi perjuangan yang belum selesai.

vii.Tabung Uji melambangkan perkembangan Informasi Teknologi Maklmuat (ICT) menjadi menjadi pemangkin kepada matlamat SK. Malawa dalam menempuh cabaran era globalisasi yang semakin canggih dan mencabar.

viii. Pensil melambangkan keutamaan ilmu yang bermula daripada (mata pena) yang menjadi nadi pembangunan ummah selaras dengan perintah Allah.

11.2BENDERA SEKOLAH

DEFINISI BENDERA SEKOLAHi.Warna Biru melambangkan kesepaduan atau integrasi di mana akademik, kokurikulum dan sahsiah disatukan di bawah satu bumbung.ii.Warna Kuning melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.iii.Warna Hijau melambangkan warna rasmi dalam pelbagai aktiviti sekolah. Ia juga menggambarkan warna hati.iv.Logo Sekolah di tengah bendera melambangkan hasrat bersepadu sekolah untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara melalui pengurusan berkualiti.12.0LAGU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Malawa

Kami setia menjaga namamu

Kami berjuang dengan satu harapan

Berjuang terus berjuang

Kami bersatu berjiwa teguh

Segala rintangan akan ditempuh

Kami generasi harapan wawasan

Pemimpin masa hadapan

Gunung tinggikan kami daki

Lautan luas kami renangi

Menimbah segala ilmuberguna

Usaha disiplin jaya 13.0IKRAR GURU

Bahawa sahnya kami

Guru-guru Sekolah Kebangsaan Malawa

Dengan ini berikrar

Akan menunaikan tugas dan tanggungjawab kami

Untuk mendidik murid-murid sekolah ini

Dengan penuh amanah, dedikasi serta Komited.

Kami berjanji akan berusaha

Bagi meningkatkan pencapaian akademikKokuriukulum serta sahsiah murid-murid

Ke arah kecemerlangan.

Kami juga berjanji

Akan melaksanakan tanggungjawab ini

Berdasarkan etika keguruan

Dan etika perkhidmatan awam

Bagi mencapai matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Dan Wawasan 2020.

Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab ini

Kami menawarkan perkhidmatan kami

Dengan penuh ikhlas

Kepada semua murid dan masyarakat.14.0IKRAR PELAJAR

Bahawasanya Kami

Murid-murid SK. Malawa

Berikrar Dan Berjanji

Akan Mematuhi

Peraturan Dan Undang-Undang Sekolah

Serta

Menghormati Ibu Bapa Dan Guru

Kami Juga Berjanji

Akan Belajar Bersungguh-Sungguh

Dan Menjadi

Insan Yang Berakhlak Mulia

Serta

Mengharumkan Nama Baik

Sekolah Kami.

15.0DASAR KUALITI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Malawa komited untuk menyedia dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan. Adalah menjadi komitmen pihak pengurusan dan semua anggota untuk mematuhi keperluan-keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, dasar kualiti berserta dengan objektifnya disemak semula dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan yang berterusan dan menyeluruh bersesuaian dengan keperluan organisasi untuk memenuhi dan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan. Dasar kualiti ini di sebar luas kepada seluruh anggota SK. Malawa melalui media cetak, taklimat pengurusan dan papan kenyataan untuk difahami dan dihayati.16.0OBJEKTIF DASAR KUALITI

Ke arah merealisasikan dasar kualiti sekolah, kami warga Sekolah Kebangsaan Malawa Kota Kinabalu dengan penuh tekad dan iltizam untuk melaksanakan Prosedur Kualiti (PK) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah melalui skop pengurusan seperti berikut :

PK 1: Pengurusan Kehadiran Guru dan Anggota Kakitangan Sokongan.

PK 2: Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

PK 3: Pengurusan Panitia

PK 4: Pengurusan Pencerapan Guru

PK 5: Semakan Hasil Kerja Murid

PK 6: Audit Dalam

PK 7: Tindakan Pembetulan

17.0AMALAN BUDAYA KERJA SEKOLAH 1. Setiap staf sekolah harus memahami dan menghayati:

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan.1.2 Misi, Visi, Matlamat dan Objektif Sekolah.2. Memelihara dan mempertingkatkan imej sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran setiap masa.3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan.4. Menentukan objektif (setiap tugas).5. Mengamalkan semangat kerja berpasukan dan bermusyawarah.6. Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah.7. Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil.8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang.9. Kepimpinan melalui teladan.10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.11. Berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.12. Kerja adalah ibadah.

18.0ETIKA KERJA Sentiasa Awal dan Mendahului.Sentiasa Bersemangat dan Bekerja Dalam Satu Pasukan.Sentiasa Tekun dan Rajin. Sentiasa Positif dan Optimistik. Kenal Potensi dan Kehebatan Diri. Sentiasa Cekal dan Tabah.

Kesimpulan 1. Perancangan pengurusan kakitangan profesional merupakan satu alat untuk memperkembangkan lagi potensi manusia sebenar.2. Sekolah tidak akan berjaya tanpa wujudnya kakitangan profesional yang mahir dan cekap mengendalikan sumber tersebut walaupun terdapat sumber kewangan dan peralatan di sekolah itu.3. Kejayaan program akademik di perngkat sekolah bergantung kepada guru dan pentadbir yang profesional.4. Profesional yang efektif bergantung kepada perancangan pengurusan kakitangan yang efektif.19.0PERATURANPERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN 1997)

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturanperaturan yang berikut: 1. Nama dan mula berkuat kuasa. Peraturanperaturan ini dinamakan PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.

2. Tafsiran. Dalam PeraturanPeraturan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain;

bahan kurikulum ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;

guru besar atau pengetua ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah;

jadual waktu ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahn dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu;

jadual waktu yang diluluskan ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri; dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah;

mata pelajaran ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;

mata pelajaran elektif ertinya mata pelajaran yang dipilih oleh murid di sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka;

mata pelajaran tambahan ertinya mata pelajaran yang diajar menurut Akta di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;

mata pelajaran teras ertinya mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta;

mata pelajaran wajib ertinya semua mata pelajaran selain daripada mata pelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;

sukatan pelajaran ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan atau manamana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu;

sukatan pelajaran yang diluluskan ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri. 3. Kurikulum Kebangsaan. (1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dan segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

(2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang berikut:

(a) mata pelajaran teras. (b) mata pelajaran wajib.

(c) mata pelajaran tambahan.

(d) mata pelajaran elektif.(e) mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan.

(f) mata pelajaran untuk peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam. (3) Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut: (a) penyertaan dalam sukan dan permainan;

(b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;

(c) penyertaan dalam badan beruniform; dan

(d) lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.

4. Bahan kurikulum dan kokurikulum. Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

5. Perubahan jadual, sukatan pelajaran, dan jadual waktu. Tertakluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar boleh mengubah atau meminda suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda hendaklah terpakai di sekolah itu.

6. Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu diadakan untuk pemeriksaan. (1) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah dengan sertamerta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran.

(2) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah dengan sertamerta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa.

(3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, melalui suatu notis secara bertulis, untuk mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/atau jadual waktu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu.

7. Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan, dan senarai muridmurid untuk pemeriksaan. Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan sertamerta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya. 8. Buku rekod guru. Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagianbahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan sertamerta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.

9. Jadual, sukatan pelajaran dan sebagainya dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan. Jika mana-mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau mana-mana salinannya yang diperlukan di bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendak mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan dalam tempoh 30 hari daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar.

10. Jadual waktu perlu dipamerkan. Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu.

11. Penalti. (1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan manamana guru yang mengajar murid atau manamana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda TIDAK MELEBIHI RM5,000.00 (LIMA RIBU RINGGIT) ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 3 BULAN (TIGA BULAN) ATAU KEDUADUANYA.

(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh DIDENDA TIDAK MELEBIHI RM500.00 (LIMA RATUS RINGGIT).

12. Pemansuhan. PeraturanPeraturan (KursusKursus Pengajian) Sekolah 1956 dan KaedahKaedah Sekolah Lepas-Rendah (KursusKursus Pengajian) 1962 adalah dimansuhkan.

20.0PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH KEBANGSAAN MALAWA, KOTA KINABALU UNTUK STAF AKADEMIK.Semua staf akademik di Sekolah Kebangsaan Malawa, Kota kinabalu adalah terikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah yang telah ditetapkan seperti berikut :20.1 Kehadiran Bertugas: 1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.

2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.

3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.

4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.

20.2 Kepatuhan Tugas: 1. Semua guru dan kakitangan hendaklah menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa sampai dan menurunkan tanda tangan. ATAU

2. Merakamkan waktu datang dan waktu pulang dengan menggunakan mesin perakam waktu/buku kedatangan staf.

3. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak mendapat keizinan Guru Besar terlebih dahulu.

4. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Guru Besar dengan memberi sebab musabab kelewatan itu.

5. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit dan kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Guru Besar apabila kembali bertugas semula.

6. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.

7. Kehadiran semua guru adalah wajib semasa kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Guru untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertang-gungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.

8. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum, mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

20.3 Tugas Akademik Guru: 1. Guru hendaklah menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang bermutu tinggi.

2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang diberikan oleh Guru Besar atau guru kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.

3. Ketua jabatan atau guru kanan mata pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.

4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.

5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.

6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang/rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Guru Besar boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.

7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.

8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

20.4 Buku Rekod Mengajar

1. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan peraturan mengenai pengisian Buku Rekod Mengajar. Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

2. Dalam Buku Rekod Mengajar itu mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian termasuk analisisnya, salinan sukatan pelajaran, salinan kertas soalan peperiksaan dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.

3. Pada tiap-tiap hari hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah siap diisi untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Guru Besar/PK Berkenaan. Buku Rekod Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Guru Besar memerlukan agar dia berbuat demikian.

20.5 Perhubungan Guru Dengan Pelajar: 1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar atau guru disiplin.3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin. Kesalahan yang berat sahaja hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan bagi pelaksanaan yang berkesan.4. Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah seperti menganggotai pertubuhan haram, membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat, memukul guru, mengancam keselamatan orang lain serta melanggar peraturan sekolah. Pelajar juga dilarang menulis kepada akhbar tanpa memberitahu pihak sekolah, merosakkan harta sendiri, guru, pelajar, dan sekolah, mencuri, menghisap rokok dan mengambil dadah, berjudi, meminum minuman keras dalam kawasan sekolah, membantah hukuman guru, bersifat bongkak dan menghina guru atau Guru Besar.5. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.6. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.7. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera.

20.6 Pakaian: 1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa bertugas di sekolah.2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar dan baju T walaupun pada waktu petang semasa berada di sekolah.3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

20.7 Potongan Rambut: 1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas. 20.8 Pelawat: 1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik darjah atau makmal.2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dulu.3. Perbincangan antara pelajar dan guru dengan pelawat atau jurujual hanya boleh dibuat di dalam bilik guru sahaja. 4. Kenyataan Akhbar: Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas nama Guru Besar atau pihak sekolah.

20.9 Surat Rasmi: 1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Guru Besar.

20.10 Lawatan: 1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar dan Jabatan Pendidikan Negeri.2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan Pendidikan Negeri melalui Guru Besar. Surat itu mesti dikirim sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan.

20.11 Kutipan Wang: 1. Guru penasihat yang dilantik untuk mengawas perjalanan persatuan dan kelab perlu mengawasi hal ini.2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan oleh persatuan dan kelab.3. Pembukaan akaun bank adalah perlu jika wang yang berkenaan itu dianggap besar jumlahnya.21.0PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH SK. MALAWA, KOTA KINABALU UNTUK MURID-MURID SEKOLAH.Semua murid SK. Malawa, Kota Kinabalu adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang sekolah seperti yang dikuatkuasakan di bawah ini :

1. Mesti memakai pakaian seragam yang kemas, dengan kasutkain putih, stokin putih dan tag nama.2. Murid-murid lelaki dilarang berambut panjang dan rambut mesti dalam keadaan kemas. Manakala murid-murid perempuan yang berambut panjang diwajibkan untuk mengikat rambut mereka dengan kemas.3.Jangan lewat ke sekolah atau balik awal.4.Sebaik sahaja loceng berbunyi, murid-murid mesti masuk ke kelas dengan segera, dan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran.5. Murid - murid harus duduk di tempat duduk yang ditetapkan oleh guru darjah. Jangan membuat bising dan jika perlu bergerak, bergeraklah dengan perlahan bila berada di dalam bilik darjah.6.Apabila guru masuk ke dalam kelas, semua murid dengan diketuai oleh ketua kelas, mesti berdiri tegak dan memberi hormat.7. Semasa guru mengajar, murid-murid dikehendaki menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran guru. Jangan berbual-bual, membaca bahan bacaan lain atau membuat latihan kerja yang tidak berkenaan.8.Semua murid mesti rajin berusaha dan tekun belajar. Mesti menghabiskan latihan atau kerja rumah dan menghantarnya kepada guru untuk disemak pada masa yang ditetapkan.9.Murid-murid tidak dibenarkan keluar atau masuk kelas sebarangan tanpa kebenaran guru. 10.Murid-murid harus mengangkat tangan jika ingin menanyakan sesuatu dan menanya hanya apabila dibenarkan oleh guru. 11.Murid-murid dilarang berada di dalam bilik darjah atau berkeliaran di dalam kawasan sekolah selepas tamat waktu persekolahan tanpa kebenaran guru.12. Murid-murid harus mengamalkan tabiat menggunakan tong sampah dengan baik dan sentiasa menjaga kebersihan sekolah. Jangan membuang sampah di merata-rata tempat atau menyimpan sampah di dalam laci, mana-mana sudut bilik darjah atau dalam pokok bunga. Sekiranya terjumpa sampah-sarap di atas lantai, tolong kutip dan buangkan ke dalam tong sampah.13.Mesti mengamalkan tabiat menggunakan sapu tangan. Jangan meludah di merata-rata tempat.14. Jangan mengoyak atau mengotorkan buku teks, buku kerja dan buku latihan. Jangan menghiris kerusi meja dengan pisau.15. Jangan merosakkan harta benda sekolah seperti pasu bunga, papan notis, tandas dan lain-lain, serta menconteng dinding.16.Semua murid mesti menjaga barang kepunyaan masing-masing seperti beg sekolah, bekas minuman, payung dan lain-lain dengan berhati-hati dan baik.17.Mesti meletak dan menyimpan balik semua alat-lat sekolah di tempat asal. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan, mesti dilaporkan kepada guru dengan segera.18.Jangan membawa alat pemain elektronik, mesin pengira, pita video, pita rakaman, gula batu getah, alat permainan dan telefon bimbit ke sekolah.19.Murid-murid tidak dibenarkan membawa pensel tekan, pembaris besi dan pemadam yang melebihi dua biji.20.Jangan membawa wang tunai yang banyak atau barang perhiasan yang mahal ke sekolah supaya tidak tercicir atau dicuri. Bagi mereka yang tidak mematuhinya, keciciran atau kehilangan adalah tangungjawab sendiri.21.Jangan mencuri atau merosakkan harta benda sekolah. Bagi mereka yang melangar peraturan itu, mereka akan dikenakan hukuman berat oleh pihak sekolah dan terpaksa membayar ganti rugi.22.Jangan merokok, berjudi, menghidu gam, menghisap dadah atau memiliki barang-barang tersebut.23.Jangan bergaduh, bertumbuk, menakutkan, mengugut atau meragut orang lain. Murid-murid yang melanggar peraturan ini akan dikenakan hukuman berat.24.Semasa ujian atau peperiksaan, murid-murid dilarang meniru atau melakukan perbuatan yang tidak jujur.25.Murid-murid dilarang mengadakan apa jua aktiviti jualan di kalangan murid.26.Di sekolah, murid-murid harus bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda pada masa yang sesuai.

27Murid-murid yang manjalankan tugas harian wajib melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Jika tidak, mereka akan dihukum.28.Murid-murid mesti berdisiplin, menghormati guru serta mematuhi arahan guru dan ketua darjah.29.Murid-murid tidak dibenarkan keluar untuk menelefon atau membeli barang semasa kelas dijalankan tanpa kebenaran. 30.Kenderaan orang luar atau ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.

22.0BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB STAF SEKOLAH22.1BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BESARA. Pengurusan Kurikulum Dan Kokurikulum1. Mengagihkan tugas-tugas akademik dan bukan akademik kepada staf.2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum atau Panitia Mata Pelajaran.3. Merancang Jadual Waktu.4. Menyediakan takwim akademik sekolah.5. Menyelia pengajaran dan pembelajaran (P&P).6. Menyemak buku rancangan pelajaran.7. Menyediakan panduan dan perincian tugas-tugas kepada staf.8. Merancang program sokongan akademik.9. Merancang pelbagai kegiatan berkaitan dengan kurikulum.10. Menyenarai utamakan pelbagai kegiatan berkaitan dengan kokurikulum.11. Menetapkan sasaran akademik untuk tahun semasa.B. Pengurusan Kewangan, Kemudahan dan Sumber1. Mengenalpasti keperluan-keperluan sekolah.2. Memastikan stok sentiasa kemaskini.3. Mengoptimumkan penggunaan segala kemudahan yang ada.4. Memastikan kemudahan dan kelengkapan diselenggarakan dengan baik.C. Pengurusan Tenaga Pengajar Dan Kakitangan1. Menggubal Carta Organisasi Sekolah.2. Menetapkan tugas-tugas staf.3. Menwujudkan budaya dan etika kerja yang cemerlang.4. Menyelia kemajuan dan prestasi staf.5. Merancang dan melaksanakan program pembangunan staf.D. Pengurusan Kebajikan Pelajar1. Menyediakan kemudahan asas akademik dan bukan akademik.2. Menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar.3. Mewujudkan perkhidmatan bimbingan dan kauseling.4. Menggunkan pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar.5. Meningkatkan disiplin dan sahsiah pelajarE. Pengurusan Perhubungan Dalaman Dan Luaran1. Mewujudkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum.2. Menubuh dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG).3. Menjalinkan perhubungan yang bermakna di antara sekolah dengan pelbagai institusi Kementerian Pendidikan atau agensi-agensi luar.22.2BIDANG TUGAS PENOLONG KANAN 1 - PENTADBIRAN

A. BIDANG TUGAS1. Melaksana dan menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah.2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga keselamatan.4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang (jika ada).5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah.

B. SENARAI TUGAS1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya berjalan dengan lancar dan berkesan.3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu dilaksanakan secara teratur dan baik.4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel.5. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik.6. Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.7. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan.8. Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan.9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di sekolah.10. Menyelaraskan segala program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.11. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya.12. Menyusun jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan.13.Membantu guru besar dalam membuat penyelidikan pendidikan terutamanya dalam bidang kajian tindakan untuk meningkatkan prestasi sekolah.

C. PENTADBIRAN 1. Membantu menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah dengan adil dan saksama.2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya.3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa.4. Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun.5. Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.6. Membantu dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi sekolahnya.8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama (jika ada), sukan dan permainan dan sebagainya.9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan.10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (untuk persatuan PIBG).D. KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH 1. Membantu dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah.2. Memastikan bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.E. KESELAMATAN 1. Merancang segala langkah keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar.2. Merancang dan melaksanakan bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

F. KANTIN1. Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

G. BUKU TEKS1.Menentukan pemilihan dan penggunaan semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah.

H. TUGAS-TUGAS LAIN1.Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Guru Besar sekolah dari semasa ke semasa.2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kemeterian Pelajaran atau pun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat.3.Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

I. KURIKULUM 1.Menyedia dan menyusun jadual waktu kelas, jadual waktu guru serta jadual waktu gantian.2.Pengajaran dan pembelajaran.3.Penyeliaan dan penilaian.4.Perlaksanaan kursus pengajian.5.Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan dan penggal.6.Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran sentiasa aktif.7.Bimbingan dan latihan kepada guru-guru baru.8.Kajian laporan kurikulum.9.Perancangan dan penyelarasan berkaitan dengan ujian / penilaian.10.Menyelaras program kurikulum anjuran sekolah / PPD / JPN UPSR.

J. PENGURUSAN 1.Membantu dalam penentuan tugas guru / kakitangan sokongan.2.Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan / kursus / latihan untuk guru / kakitangan.3.Membantu menyelenggara dan penyelaras kutipan data / maklumat dan perangkaan.4.Membantu merancang takwim sekolah.5.Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan sokongan.6.Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.7.Menyelaras semua jenis kutipan yuran.8.Menjadi ahli jawatankuasa pelaporan tatatertib sekolah.

K. PEMBANGUNAN DIRI MURID 1.Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah keceriaan / keindahan / kebersihan sekolah.2.Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.

3.Mengadakan kursus motivasi murid.

L. PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONEL DEVELOPMENT)

1.Menganggotai jawatankuasa pembangunan kendiri yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.2.Menghadiri kursus, seminar, bengkel dan lain-lain anjuran kementeriaan atau mana-mana pihak yang menberi manafaat kepada sekolah.M. PEMBANGUNAN ORGANISASI 1Hubungan ibu bapa / masyarakat. 2Mengadakan kursus / latihan untuk personel.

22.3TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN HEMA. Mengajar1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tututan Sukatan Pelajaran.2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan.3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan

B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kebajikan Dan Disiplin Pelajar1. Menyediakan khidmat bimbingan dan kauseling murid.2. Mengawal keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid.3. Mengurus bentuk bantuan kebajikan murid seperti:

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Pelbagai Biasiswa

Bantuan Khas Pakaian Seragam/kasut/beg tajaan Kementerian Pendidikan

Bantuan cermin mata tajaan Kementerian Pendidikan atau Persatuan Orang Buta.

Lain-lain bantuan khas bagi murid-murid miskin.4. Mengurus dan mengemaskinikan pelbagai rekod kebajikan murid.5. Membantu menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.6. Mengendalikan kes-kes disiplin murid.7. Mengurus hal-hal makanan, minuman dan kebersihan kantin sekolah.8. Menguruskan hal-hal projek susu.

C. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kemasukan dan Pendaftaran Pelajar1. Mengendalikan pendaftaran murid-murid Tahun Satu.2. Menempatkan pelajar yang baru berpindah dari sekolah lain.3. Menguruskan perpindahan murid

D. Membantu Guru Besar dalam Perhubungan Awam1. Mewujudkan hubungan harmonis dengan masyarakat umum.2. Mempergiatkan kegiatan-kegiatan Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG).3. Menjalainkan hubungan mesra dengan ahli-ahli staf kedua sesi pagi dan petang.E. Membantu Guru |Besar dalam Tugas Tugas Lain1.Menguruskan Hal Ehwal Murid/kebajikan murid.2.Menyelia kemudahan rawatan murid.3.Menyediakan peralatan teknologi pendidikan.4.Menentukan bahan Pusat Sumber dan bacaan murid.5.Mengganggotai jawatankuasa perbadanan dalam sekolah.6.Mewakili Guru Besar menghadiri mesyuarat, taklimat dan majlis rasmi.7.Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dan Kementerian Pendidikan dari semasa kesemasa.22.4TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.A. Mengajar1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan.3. Membimbing pelajar memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan

B. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum1. Merancang, menyelaras dan mengubal hal-hal kurikulum.2. Merancang, menyusun dan menyelia kerja-kerja akademik.3. Merancang dan menyelaras penyertaan pelbagai kegiatan akademik dengan pihak luar.C. Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kokurikulum1. Menentukan bekalan, persiapan dan kemudahan asas aktiviti-aktiviti kokurikulum.2. Menyelenggara dan merekod kelengkapan serta kemudahan kokurikulum.3. Mengoptimumkan penggunaan kelengkapan dan kemudahan sedia ada.4. Merancang dan menjadualkan kegiatan-kegiatan kokurikulum sepanjang tahun.5. Menyelaras aktiviti-aktiviti kokurikulum dengan institusi/perbadanan luar.6. Mempengerusikan mesyuarat yang berhubung kait dengan hal-hal kokurikulum.D. Membantu Guru Besar Dalam Perhubungan Awam1. Menjalinkan hubungan harmonis di antara pihak sekolah dengan masyarakat umum.2. Mempergiatkan aktiviti-aktiviti anjuran PIBG dengan pihak Ibubapa .3. Menjalinkan hubungan baik dengan ibubapa secara langsung.E. Membantu Guru Besar Dalam Pentadbiran Harian1. Menyemak kehadiran staf.2. Mengawal disiplin, keselamatan dan kebajikan pelajar.3. Melayan tetamu semasa ketiadaan Guru Besar.4. Mengurus maklumat dan data rasmi sekolah.F. Membantu Guru Besar Dalam Tugas-tugas Lain1. Menjalankan tugas-tugas rasmi semasa ketiadaan Guru Besar.2. Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya.3. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum.4. Beranggungjawab tentang lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.5. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.6. Melaksanakan tugas-tugas lain atas arahan Guru Besar atau Pejabat Pelajaran Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri dari semasa ke semasa.

22.5TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN PETANGGuru Penolong Kanan Petang bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam mentadbir sekolah bagi sidang petang.

1.BIDANG TUGAS1.1Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semassa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

1.2Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.1.3Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam mentadbir semua aspek pengurusan sekolah bagi sidang petang.

1.4Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru sidang pagi dan sidang petang.

1.5Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran.

1.6Membantu Guru Besar dalam aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. SENARAI TUGAS

2.1Kurikulum2.1.1Membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sidang petang.

2.1.2Menyusun jadual waktu kelas serta menyediakan jadual waktu gantian.

2.1.3Menyelaras penggunaan Pusat Sumber, Program Radio dan Televisyen dan sebagainya.

2.1.4Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan kelas-kelas bimbingan dan pemulihan.

2.1.5Menyelaras di dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah.

2.2Kokurikulum

2.2.1Menyelaras kegiatan pakaian seragam, persatuan dan kelab, sukan dan permainan bagi sidang petang.

2.3Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling

2.3.1Menyelaras semua jenis tindakan disiplin.

2.3.2Menyelaras bimbingan dan kaunseling.

2.3.3Melaksanakan Peraturan-Peraturan dan Undang-Undang Sekolah serta mengawas keselamatan murid sidang petang.

2.4Program Keselamatan dan Perlindungan Murid2.4.1Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

2.5Pentadbiran2.5.1Merekodkan segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sidang petang.2.5.2Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis-jenis lain pungutan wang.

2.5.3Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat dan pekerja am bagi sidang petang.

2.5.4Membantu merancang Takwim Sekolah.

2.5.5Membantu merancang penyediaan anggaran belanja mengurus (ABM) tahunan sekolah.

2.5.6Menyemak buku kedatangan murid-murid sidang petang.

2.5.7Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sidang petang.

2.5.8Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks (SPBT) yang berkaitan dengan pengagihan borang permohonan dan pemulangan.

2.5.9Membantu ddalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan sekolah bagi sidang petang.

2.6Tugas-tugas Lain2.6.1 Menganggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa seperti yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

2.6.2Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

22.6TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

A. Buku Daftar Kedatangan1. Melengkapkan Buku Jadual Kedatangan :(a) No pendaftaran (b) Nama penuh murid (c) Bangsa (d) Tarikh masuk kelas (e) No. Sijil beranak (f) tarikh lahir (g) Tempat lahir (h) Agama (I) Nama ibubapa (j) Pekerjaan bapa/penjaga (k) Alamat penuh (l) No. telefon rumah/pejabat (m) Layak/tidak layak SPBT.2. Menanda kehadiran harian murid.3. Merumus keselurhan kehadiran pada setiap hujung bulan pesrekolahan.4. Mencatat perpindahan atau kemasukan baru murid dari masa ke semasa.5. Menghubungi ibu bapa/penjaga sekiranya murid ponteng berturut-turut selama tiga hari.6. Menghubungi ibubapa/penjaga untuk pengesahan peribadi daripada doktor bagi murid yang tidak dapat hadir.B. Pengurusan Wang Rampai/Yuran Khas1. Mengutip wang rampaian untuk tujuan sesuatu hal khususnya seperti, derma jogathon, derma kilat seperti untuk badan-badan amal dari masa ke semasa.2. Merekod semua wang kutipan sebelum diserahkan kepada Pembantu Tadbir (PT).3. Mengendalikan pesanan buku teks atau buku kerja bagi pihak murid.

C. Perkara-Perkara Akademik1. Merekodkan keputusan setiap keputusan ujian di dalam Buku Rekod Persediaan Mengajar.2. Mengisi markah peperiksaan/ujian semesta dalam Borang Markah Besar.3. Mengemaskinikan Buku Penilaian Kemajuan Murid Berasaskan Sekolah (PKBS).4. Memastikan papan kenyataan di adalam kelas dimanafaatkan dengan sepenuhnya seperti mempamerkan jadual waktu, peraturan-peraturan sekolah, notis Guru Besar, jadual kegiatan KK, rooster tugas murid, dan sebagainya.5. Mengawasi kekemasan, kebersihan dan keselesaan di dalam kelas untuk P & P.D. Bantuan Kewangan Dan Biasiswa1. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan seperti KWAPM, RMTS, SBT, Biasiswa Yayasan Sabah (BYS) atau mana-mana pertubuhan lain.2. Memaklumkan kepada Penolong kanan (HEM) murid yang memerlukan bantuan pakaian seragam, kasut atau beg anjuran Pejabat Pelajaran Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri.3. Mengenalpasti murid yang layak atau tidak layak diberi pinjaman buku teks anjuran Jabatan Pendidikan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).E. Mengendalikan tugas-Tugas Lain1. Mengenalpasti dan melantik Ketua kelas/Pembantunya pada permulaan penggal.2. Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan khidmat bimbingan dan kauseling.3. Mengenalpasti murid yang ada masalah kesihatan, ekonomi, rumah tangga, yatim piatu, emosi dan mental.4. Melaksanakan tugas seprti yang diarahkan oleh JP/GB/PK/PP dari masa kesemasa.

22.7 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU AKADEMIKA. Mengajar1. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.2. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan.3. Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni.4. Membuat penilaian dan mengambil tindakan-tindakan susulan sewajarnya

B. Membuat Perancangan (P&P)1. Merancang P & P tahunan mengikut Sukatan Pelajaran anjuran Kementerian Pendidikan.2. Menyediakan rancangan pelajaran penggal, mingguan dan harian.3. Menyediakan rancangan mengajar bersaingan selain Buku Rekod Persediaan Mengajar.4. Merancang ujian berasskan tajuk bahan P & P, ujian mingguan, bulanan atau tahunan.5. Merekodkan penilaian dan keptusan ujian yang kemaskini di dalam Buku Kemajuan murid.6. Merancang tindakan-tindakan susulan terhadap penilaian/keputusan ujian berkenaan untuk meningkatkan prestasi akademik murid-murid.C. Melaksanakan Pelbagai Tugas Khusus1. Menghadiri kursus kemahiran anjuran Pusat Kegiatan guru atau seumpamanya.2. Mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli staf yang lain.3. Menjadi ahli pelbagai jawatankuasa dalaman yang ditubuhkan oleh Guru Besar.4. Mengendalikan kelas-kelas tambahan apabila dirancangkan oleh Guru Besar.5. Mengendalikan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti diagihkan oleh PK(KK)

D. Menjaga Disiplin, Keselamatan dan Kebajikan Murid1. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi oleh setiap murid.2. Mewujudkan suasana ceria dan kondusif bagi P & P3. Mengendalikan kes-kes disiplin, keselamatan dan kebajikan murid.4. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai dalam kalangan murid.E. Mentadbir dan Menguruskan Bilik Darjah.1. Mengutamakan disiplin di samping P&P.2. Mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan kelengkkapan yang sedia ada.3. Memastikan suasana bersih, kemas dan teratur.4. Mengambil tindakan segera terhadap kes-kes murid ponteng.

F. Mengendalikan Pelbagai Tugas Rasmi Lain1. Mengambilalih tugas-tugas rasmi bagi rakan yang lain semasa ketiadaannya.2. Menjadi guru pengganti atau guru sit-in dari semasa ke semasa.3. Mewakili pihak sekolah dalam jemputan-jemputan rasmi atas arahan Guru Besar.4. Menjalankan tugas-tugas khas yang diarahkan oleh JPN/PPD/GB/PK1/PK2/PK KK/PP.22.8 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS HARIANA. Persiapan Sebelum Memulakan Kerja1. Menghadirkan diri di sekolah sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pelajaran bermula.2. Mengenalpasti kawasan yang memerlukan perhatian utama.3. Mengenalpasti kumpulan murid yang kena giliran bekerja.4. Membahagikan kerja mengikut kumpulan murid.B Mengawas Murid Menjalankan Kerja1. Menunjukkan dengan jelas tugas yang diagihkan kepada murid.2. Memastikan tugas dijalankan dengan sempurna, cepat dan berkesan.3. Menentukan setiap murid yang bertugas bekerja dengan berdisplin.4. Mengarahkan murid berhenti bekerja dan masuk ke kelas dengan segera.C Mengawas Murid Semasa Rehat1. Memastikan semasa semua murid berada dalam kawasan sekolah.2. Mengawal disiplin murid-murid yang berebut-rebut membeli makanan/minuman di dalam kantin.3. Memastikan murid-murid makan/minum dengan beradab dan sopan.4. Menjaga kebersihan tempat/kawasan mereka minum /makan.D. Mengawal Disiplin Murid1. Mengendalikan kes-kes kemalangan dalam kawasan sekolah.2. Menyelesaikan perkelahian/pergaduhan/kehilangan barang, dsb.3. Menguruskan kes-kes murid sakit dan memerlukan tindakan segera.

E. Jenis-Jenis Kerja Tumpuan1. Memunggut sampah di luar bangunan sekolah.2. Menyapu sampah di dalam kelas/beranda/tangga/sekitar kantin, dsb.3. Membersihakan kawasan pembuangan sampah.4. Mengosongkan tong-tong sampah ke dalam tempat pembuangan sampah.5. Membersihkan tandas murid lekaalki dan perempuan, parit, dsb.6. Merumput tanam-tanaman di atas batas/dalam pasu bunga, dsb.7. Menyiram tanam-tanaman dalam pasu bunga/atas batas dan sebagainya.8. Membuat kerja-kerja seperti yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

22.9TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA MATA PELAJARAN 1. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini. 2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran / pembelajaran yang kemaskini.

3. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan penggal. 4. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-kertas jawapan. 5. Menganalisa keptusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengakaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari masa ke semasa seprti mengadakan:

a. Kelas tambahan

b. Ceramah menjawab soalan-soalan

c. Peraduan-peraduan tertentu

d. Kuiz

e. Bahas 6. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu ada di sekolhah untuk perpustakaan atau rujukan guru. 7. Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan. 8. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika diperlukan. 9. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap - tiap kelas, jika diperlukan. 10. Mengadakan tindakl balas kepada sertiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru, jika ada. 11. Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persertujuan pihak sekolah. 12. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi murid-murid. 13. Melaksanakan peraturan-peraturan panitianya. 14. Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepnggal sekali atau lebih kerap lagi, jika perlu. 15. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

22.10 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN 1. Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah. 2.Merekodkan segala kesalahan-kesalahan/hukuman-hukuman/denda yang dikenakan ke atas murid-murid.3.Menjadi Penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah.

4.Membantu Guru Besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepenuhnya.

5.Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga Pengawas Sekolah serta merujukkannya kepada Guru Besar, jika perlu.

6.Membantu Guru Besar dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara ataupun pembuangan sekolhah. Beliau juga dikehendaki mengesahkan kesalahan-kesalahan itu.7.Sentiasa berhubung rapat dengan guru bimbingan dan kauseling untuk menyelesaikan masalah-masalah murid dan juga dalam membantu menyelesaikan murid-murid yang bermasalah.8.Sentiasa berusha untuk menanamkan semangat patuh kepada arahan-arahan sekolah di kalangan murid-murid.9.Bekerjasama dengan guru-guru bertugas mingguan/harian dan Lembaga Pengawas Sekolah untuk tujuan menguruskan kawalan murid-murid pada hari perhimpunan dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.

10.Mencadangkan perlantikan pengawas-pengawas sekolah.11.Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

22.11TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS).A. Menyediakan peraturan:a. mengurus perlantikan pengawas perpustakaan.b. menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan.c. memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua murid.d. melatih pustakawan-perpustakawan yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan di perpustakaan.

B. Membuat Anggaran Perbelanjaan:a. menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.b. menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan.c. mengagihkan pembelian buku mengikut peruntukan yang ada, sama ada dari wang kerajaan (KWK) atau sumbangan wang awam (SUWA).C. Membuat Pesanan Buku:a. menyediakan senarai nama buku dan alatan peprpustakaan yang hendak dibeli.b. membuat pesanan buku-buku melalui Guru Besar.c. memeriksa buku-buku yang dibekalkan oleh pembekal untuk menentukan cukup bilangannya dan baik keadaannya.d. mengkelaskan buku-buku mengikut pengkelasan Perpuluhan Dewey.e. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku ke dalam stok.f. Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran dan guru-guru lain dalam memilih buku dan majalah-majalah.

D. Memproses Buku:a. menyediakan slid kerja iaitu mencatatkan mengenai cetakan, pengarang/penerbit dan butiran berkenaan.b. Membuat tanda hak milik dan pengenalan pada tiap-tiap buku.

E. Menyediakan Kad-Kad: Setiap buku hendaklah dilekatkan dengan:

a. Kocek buku

b. Kad buku

c. Slid tulang belakang

d. Kad katalogF. Galakan Penggunaan Perpustakaan Menyediakan aktiviti-aktiviti seperti:

a. menganjurkan pertandingan kuiz

b. mengadakan pameran

c. meneka buku

d. bercerita

e. perbincangan mengenai buku

f. ceramah

g. drama ringkas

h. seminarG. Rekod Penggunaana. mencatatkan bilangan pengguna perpustakaan, setiap kali perputskaan dibuka.b. senarai peminjam buku.c. senarai kekerapan murid meminjam buku.H. Rawatan Bukua. membaiki buku-buku yang rosak dengan cara menjilidkannya semula.b. menjilidkan majalah-majalah.c. menentukan dan menjamin keselamatan segala harta dan perabot dalam bilik perpustakaan daripada kehilangan.d. menjaga atrau menjamin kebersihan bilik peprpustakaan.e. mengadakan fail-fail tegak.f. menyimpan guntingan akhbar-akhbar dan kertas soalan-soalan peperiksaan untuk rujukan.I. Penyemakan/Hapus kira Buku Stoka. buku-buku yang berkedaan yang amat buruk dipilih dan dicadangkan untuk dihapuskira.b. menyemak/menutup stok pada akhir tahun.

22.12 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU SUMBER

A. Pembelian Alat/Bahana. membuat senari alat/bahan yang diperlukan oleh semua bahagian.b. mendapat sebutharga bagi barang-barang yang hendak dibeli.c. mendapatkan senarai Penender Pusat.d. memesan barang-barang setelah diluluskan.e. Menerima alat/bahan dan menyemak bilangan dan spesifikasinya.

B. Penyimpanan Stoka. memasukkan alat/bahan dalam stok.b. menyediakan buku rekod pinjaman.c. memastikan alat/bahan yang dikeluarkan itu dalam keadaan yang baik dan dikembalikan dalam keadaan yang sama.d. menyediakan tempat menyimpan alat/bahan.e. mengurus-rawat alat bahan yang rosak.f. mengawasi dan menyelenggarakan keselamatan alat/bahan.C. Penyediaan Kataloga. menyediakan katalog bagi semua bahan yang ada.b. menyimpan rekod penggunaan bahan-bahan ini oleh guru-guru.D. Penggunaan Radio Pendidikan.a. membuat rakaman bagi setiap tajuk yang sesuai.b. melabel/menjudul dan membuat ringkasan setiap siaran yang dirakamkan.c. menyenaraikan setiap yang dirakam dan mengedarkan kepada guru-guru yang berkenaan.d. menyediakan katalog rakaman pita kaset.e. menyelaraskan jadual waktu siaran dengan jadual waktu sekolah.

E. Penggunaan TV Pendidikana. membuat rakaman kaset video setiap tajuk yang sesuai.b. menyenaraikan dan menyediakan katalog setiap tajuk yang dirakamkan.c. menyelaraskan jadual waktu siaran dengan jadual waktu sekolah

F. Pengeluaran Alat/Bahana. memberi pimpinan kepada guru-guru dan murid-murid berhubung dengan pengeluaran alat/bahan media.b. menyelenggarakan alat perkakas yang digunakan.c. merancang dan menyelaraskan pengeluaran alat/bahan oleh guru-guru dan murid-murid.d. menilai kesesuaian alat/bahan dengan keperluan sekolah.G. Pentadbirana. menguruskan penggunaan bilik media dan bilik khas.b. merancang anggaran perbelanjaan tahunan.c. menyelia, menasihat dan merancang perkhidmatan yang sesuai melalui Perkhidmatan Sebaran Pendidikan.d. berhubung rapat dengan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (Ibu Pejabat Dan Negeri) dan agaensi lain yang berkaitan.e.Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

22.13 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT PERSATUAN1. Bertanggungjawab menasihati, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan persatuan supaya benar-benar teratur dan bergerak.2. Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada peraturan-peraturan berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli-ahli seperti:

a. menganjur/menyertai peraduan-peraduan.b. mengadakan kursus-kursus bimbingan dalam bidang yang sesuai.c. menganjurkan ceramah, seminar, forum.

d. mengadakan lawatan sambil belajar.e. kegiatan-kegiatan lain.3. Membimbing ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam memahami peraturan-peraturan persatuan.4. Menggiatkan lagi kecenderungan murid-murid dalam bidang pelajaran.5. Menentukan rancangan kegiatan tahunan dibuat dan disampaikan kepada Guru Besar pada awal penggal persekolahan yang pertama tiap-tiap tahun.

22.14 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN DAN PERMAINAN 1. Memajukan kemahiran dan minat murid-murid dalam permainan sukan yang dijagai.

2. Membnentu, membuat pemilihan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang dirangka.

3. Berusha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam permainan itu.

4. Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan untuk perlawanan antara rumah.

5. Menganjurkan perlawanan antara sekolah seberapa kerap yang mungkin.6. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar termasuk surat izin ibubapa dan memastikan murid-murid itu dilindungi insuran.7. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah dan pertandingnan-pertandingan peringkat sekolah.8. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permainan itu.9. Memastikan murid-murid pasukan sekolah memilik semangat kesukanan yang tinggi disamping menjunjung undang-undang dan disiplin sekolah.10. Menentukan peraatan/gelenggang permainan sentiasa dalam kaedaan sempurna dan selamat untuk digunakan.11. Merancang dengan guru-guru rumah tentang aktiviti-aktiviti tahunan pada awal penggal.12. Menilai prestasi pasukannya dalam permaianan itu.13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa kesemasa.22.15 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU TADBIR N17 A. Mengendalikan hal-hal kewangan dan akaun1. Menyediakan anggaran belanjawan dan mengawal perbelanjaan.2. Memohon peruntukan tambahan dan menjawab pertanyaan audit.3. Menyediakan pulangan bulanan.4. Mengendalikan wang runcit.5. Mengemasikinikan buku vot dan menyemak flimsi JAN.6. Mengendalikan pembayaran gaji dan elaun.7. Menyediakan Kew 8, baucer gaji dan elaun dan sijil gaji akhir.8. Membuat potongan bulanan (KWSP/pinjaman/cukai pendapatan/dll).9. mengemaskini pergerakan gaji tahunan.

10. Mengurus pembelian dan pembayaran.11. Menyediakan pesanan kerajaan/waran perjalanan udara, dan lain-lain.12. Mengesahkan penerimaan.13. Menyediakan daftar bil dan baucer bayaran.14. Mengurus sebutharga dan memproses tuntutan.15. Menyelia urusan pelbagai kutipan.16. Memasukkan kutipan ke dalam bank.17. Mengendalikan hal-hal biasiswa.

18. Merekod penerimaan cek biasiswa.19. Menghantar cek ke bank.B. Menyelia kakitangan Bukan Guru 1. Mengawasi kehadiran.2. Mengenmaskini rekod cuti.3. Memberi bimbingan dan mengawal disiplin.4. Membantu dalam penilaian prestasi

C. Menyimpan dan megawal stok/harta benda sekolah1. Merekod dan mengemaskinikan buku inventori/stok.2. Mengawal penggunaan alat/bahan.3. Menyelia pengurusan stor (keselamatan, kebersihan, dan lain-lain).4. Mengendalikan urusan hapus kira.5. Menyediakan laopran berkaitan dengan kehilangan/kecurian.

D. Menjalankan kerja-kerja perhubungan awam1. Melayan tetamu/ibu bapa/staf sekolah.2. Menerima dan menyelesaikan aduan.3. Menjadualkan temu janji dengan Guru Besar/Penolong Kanan22.16 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEKERJA AM RENDAH N1/ PENUNGGU PEJABAT/PELAYAN PEJABAT/PENCARI FAIL

A. Menjaga keselamatan pejabat1. Membuka dan menutup pintu dan tingkap bilik darjah dan pejabat.2. Mengunci semua pintu/tingkap selepas waktu rasmi sekolah.3. Mengawal pergerakan kunci.4. Melapor keroskan terhadap harta benda sekolah/bangunan.B. Menjalankan kerja-kerja percetakan dan pembungkusan1. Mencetak pelbagai dokumen.2. Menyusun, mengikat, membungkus dan mengedar bahan-bahan yang telah dicetak.3. Menyelenggarakan mesin cetak.4. Merekod penggunaan bahan cetak.C. Menjaga kebersihan pejabat dan stor percetakan1. Menyapu, membersih dan mengemaskan pejabat.2. Menyapu, membersih dan mengemas stor percetakan.D. Mencari, mengedar dan memungut fail/dokumen/bungkusan1. Mendapatkan fail yang diminta oleh pegawai.2. Memunggut dan menyimpan baik fail yang telah digunakan.3. Menghantar dokumen/bungkusan.4. Memunggut surat/dokumen dari pejabat pos atau dari tempat lain

E. Mencari khidmat sokongan1. Memanggil pelajar/guru/kakitangan bukan guru apabila diminta oleh Guru Besar.2. Melekatkan bahan-bahan bertulis/pekeliling di papan notis dan mengemaskinikan papan notis.3. Mengangkat dan menyusun barang/alat bila diperlukan.22.17 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEKERJA RENDAH AWAM R41. Menjamin kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah

memotong rumput dan mejaga kebersihan kawasan. menanam dan menjaga pokok-pokok/bunga/taman sekolah. menjaga kebersihan bangunan (contoh: tandas). mengecat bangunan

2. Menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan membaikpulih perabot

menjalankan pembaikan kecil

melaporkan kerosakan kemudahan

membuat kerja-kerja pertukangan kayu

3. Mengawal penggunaan mesin dan peralatan sekolah membersih mesin/alat

memastikan mesin/alat digunakan dengan betul

menyusun/menyimpan mesin dan alat selepas digunakan.

4. Menjaga stor mesin/alat menjamin keselamatan mesin/alat

menyimpan rekod penggunaan minyak petrol/minyak enjin, dll

memastikan stok sentiasa lengkap dan cukup

5. Memberi khidmat sokongan mengangkat barang/alat

menyusun barang/alat yang diangkat

membantu dalam urusan percetakan

menaik dan menurunkan bendera.

23.1 STRUKTUR PENGURUSAN PENTADBIRAN SEKOLAH

23.2STRUKTUR PENGURUSAN KURIKULUM

23.3STRUKTUR PENGURUSAN KOKURIKULUM

23.4STRUKTUR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

23.5STRUKTUR PENGURUSAN KUALITI SEKOLAH

24.0 PROSES PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

24.1Proses Kerja Pengurusan Pentadbiran SekolahProses KerjaPegawai Yang

Meluluskan/DirujukUndang-Undang/ Peraturan

1. Menerima arahan kerja pelaksanaan Pentadbiran daripada Pengarah.

Pengarah Pelajaran Negeri

2. Mewujudkan tugasan mengikut perjawatan staf sokongan.

3. Mengadakan mesyuarat Pengurusan Pentadbiran.

4. Mempastikan pelaksanaan aktiviti fungsi utama Pengurusan Pentadbiran :-

2.1 Perkhidmatan dan Perjawatan

2.2 Kewangan dan Akaun

2.3 Pengurusan Rekod dan Dokumen

5. Mempastikan pelaksanaan pengurusan perjawatan.

6. Mempastikan pelaksanaan Pengurusan Perkhidmatan

7. Mempastikan pelaksanaan Pengurusan Kewangan dan Akaun.

8. Menyelaras penyimpanan semua dokumen Pengurusan Pentadbiran.

24.2Carta Alir Pengurusan Pentadbiran Sekolah

24.3Proses Kerja Pengurusan Kurikulum SekolahProses KerjaPegawai Yang

Meluluskan / DirujukUndang-Undang / Peraturan

1. Merancang kegiatan P&P berdasarkan kedudukan staf/kelas/jadual waktu.

Pengarah Pelajaran Negeri/PPDSurat Pekeliling Ikhtisas/KPM/JPN/PPD

2. Membentuk pelantikan JK Kurikulum sekolah.

3. Mempastikan pelaksanaan aktiviti fungsi utama kurikulum.

4. Menyelaras pembinaan Takwim Kurikulum sekolah.

5. Mengadakan mesyuarat dan taklimat pelaksanaan Kurikulum sekolah

6. Mempastikan pelaksanaan pengurusan Panitia Mata Pelajaran.

7. Mempastikan pelaksanaan pengurusan Jadual Waktu.

8. Mempastikan pelaksanaan P&P.9. Mempastikan pelaksanaan pencerapan P&P.

10. Mempastikan pelaksanaan kurikulum sekolah.

11. Menyelaras penyimpanan semua dokumen Pengurusan Kurikulum Sekolah.

24.4Carta Alir Pengurusan Kurikulum

24.5Proses Kerja Pengurusan Kokurikulum Sekolah

Proses KerjaPegawai Yang

Meluluskan / DirujukUndang-Undang / Peraturan

1. Merancang kegiatan kokurikulum berdasarkan arahan daripada JPN/PPD.

Pengarah Pelajaran

Negeri

2. Membentuk pelantikan JK Kokurikulum sekolah.

3. Mempastikan pelaksanaan aktiviti fungsi utama Kokurikulum

4. Menyelaras pembinaan Takwim Kokurikulum sekolah.

5. Mengadakan mesyuarat dan taklimat pelaksanaan Kokurikulum sekolah

6. Mewujudkan dokumen penyelarasan aktiviti dan sumber

7. Mempastikan pelaksanaan program dan aktiviti :-

Sukan dan Permainan.

Sukan Tahunan

Persatuan dan Kelab

Unit Beruniform

8. Mempastikan pelaksanaan latihan untuk penglibatan dan penyertaaan murid dalam program dan aktiviti peringkat daerah/negeri/kebangsaan

9. Mempastikan pelaksanaan pemantauan dan impak

10. Mempastikan pelaksanaan laporan dan post mortem

11. Menyelaras penyimpanan semua dokumen Pengurusan Kokurikulum Sekolah

24.6Carta Alir Pengurusan Kokurikulum Sekolah

24.7Proses Kerja Pengurusan Hal Ehwal MuridProses KerjaPegawai Yang

Meluluskan / DirujukUndang-Undang / Peraturan

1. Menerima dan menyelaras arahan kerja bidang Hal Ehwal Murid daripada Pengarah/PPD.

Pengarah Pelajaran Negeri/PPD.

2. Membuat pelantikan JK HEM sekolah.

3. Menyelaras pembinaan Takwim HEM.

4. Mempastikan pelaksanaan aktiviti fungsi utama HEM :-

3.1 Pengurusan Disiplin

3.2 Bimbingan

3.3 Kesihatan dan Kebajikan Murid

3.4 Pengurusan SPBT

3.5 Keceriaan dan Kebersihan

3.6 Pendaftaran dan Pertukaran Murid

3.7 Keselamatan Sekolah

5. Mengadakan mesyuarat dan taklimat pelaksanaan Pengurusan HEM.

6. Mempastikan pelaksanaan program dan aktiviti HEM.

7. Mewujudkan dokumen penyelarasan aktiviti dan sumber.

8. Mempastikan pelaksanaan pemantauan dan impak.

9. Mempastikan pelaksanaan laporan dan post mortem.

10. Menyelaras penyimpanan semua dokumen Pengurusan HEM.

24.8Carta Alir Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM).

25.0SENARAI UNDANG-UNDANG PENGURUSAN SEKOLAHAkta Pendidikan 1996 (Akta 550): Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.15/1998: Bidang Kuasa Penempatan dan Pertukaran Guru Pendidikan Islam.Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 : Penyediaan Rekoh Pengajaran dan Pembelajaran

Perintah Bab A Bab G.Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 7 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK).Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 1991.Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1993.Pekeliling Perkhidmatan Bil.11 Tahun 1980Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1984Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 1981Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1984Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 1986Surat Pekeliling SPP Bil.2 Tahun 1993

SPI Bil 3/1971

Pakaian Seragam Sekolah-Sekolah.SPI Bil 1/1972

Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959.SPI Bil 4/75

Nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku.SPI Bil 6A/1975

Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok.SPI Bil 7/1975Salahguna Dadah Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar.SPI Bil 8/1975

1) Menyanyikan Lagu Kebangsaan /Lagu Negeri 2) Mengibarkan Bendera Persekutuan/Bendera Negeri-negeri Di Sekolah-Sekolah /Maktab-Maktab Perguruan .SPI Bil 9/1975Disiplin Di Sekolah.Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid- Murid.SPI Bil 2/1976

Potongan Rambut Murid-Murid.SPI Bil 3/1976

Pakaian Seragam untuk Murid-Murid Sekolah Rendah Pindaan.SPI Bil 4/1976Pakaian Seragam Sekolah Untuk Murid-Murid Sekolah Menengah Pindaan.SPI Bil 11/1976

Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi di Sekolah-Sekolah.SPI Bil 2/1977Pakaian Murid-Murid Perempuan di Sekolah-Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan.SPI Bil 9/1977

`Menganjur dan Menjual Loteri di Sekolah- Sekolah.SPI Bil 8/1997

Bacaan Doa Mengikut Agama Kristian di Sekolah-Sekolah Misyen.SPI Bil 12/1978

Pakaian Seragam Sekolah-Sekolah.SPI Bil 4/1982

Permainan Pin-table, Video Game, Gamewatch.SPI Bil 1/1983

Garis Panduan Kempen Anti Merokok di Sekolah-Sekolah.SPI Bil 3/1983

Pakaian Sragam Murid-Murid Sekolah-Sekolah.SPI Bil 6/1983

Larangan Bermain Bahan-Bahan Letupan.SPI Bil 8/1983Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan. Salahlaku Yang Tidak Dinyatakan Dalam peraturan-Peraturan Pelajaran.SPI Bil 4/1984

Perhimpunan Sekolah.SPI Bil 23/1966

Lagu Kebangsaan.SPI Bil 4/1984

Perhimpunan Sekolah.SPI Bil 8/1985

Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan).SPI Bil 7/1986

Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah.SPI Bil 8/1986

Penyalahgunaan Inhalan.SPI Bil 3/1992Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan.SPI Bil 6/1995

Menangani Masalah Ponteng di Sekolah.SPI Bil 7/1995Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah.SPI Bil 1/1996Sikap Mengutamakan Keceriaan dan Kebersihan di Kalangan Pelajar.SPI Bil 2/1996

Penampilan Diri Pelajar,Kekemasan dan Kerapian Berpakaian.SPI Bil 4/1997

Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok.SPI Bil 5/1997

Sekolah sebagai Kawasan Larangan Merokok.SPI Bil 16/1998

Menangani Kegiatan Gangster di Sekolah.SPI 11/2000

Membenteras Jenayah di Kalangan Murid Sekolah.SPI Bil 6/2001Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid-Murid Sekolah.SPI Bil 8/2001

Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah.SPI Bil 9/2001

Penglinatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif.SPI Bil 10/2001

Semua Guru Adalah Guru Disiplin.SPI Bil 7/2003

Kuasa Guru Merotan Murid.SPI Bil 8/2003Penggunaan Buku Log Bagi Tujuan Memantau laku Musnah (Vandalism) di Kalangan Murid-Murid Sekolah.

SPI Bil 5A/1975Kemasukan Murid-Murid Warganegara Ke Sekolah-Sekolah Sewa Yang Dikhaskan Untuk Murid-Murid Dagang (Expatriate)

SPI Bil 1/1976Pameran/Ceramah Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Di Sekolah-Sekolah.SPI Bil 5/1976Kemudahan Bilik Untuk Perkhidmatan Panduan Pelajaran Dan Kerjaya.SPI Bil 1/1985

Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah.

SPI Bil 8/1988

Keselamatan Diri Pelajar di Sekolah-Sekolah.SPI Bil 12/1989Garis Panduan dari Segi Pencegahan Kebakaran Bagi Bangunan Domitori dan Asrama.SPI Bil 13/1989

Pengurusan Hari Pertama Persekolahan.SPI Bil 8/1999Keselamatan Diri Murid Dalam perjalanan Pergi dan Balik Sekolah.SPI Bil 6/2000

Menangani Masalah Keselamatan Dadah dan Gengster.SPI Bil 7/2000

Mencegah Kebakaran Di Sekolah.SPI Bil 4/2002

Perlaksanaan Program Sekolah Selamat.

SPI Bil 6/1976Panduan Untuk Menjaga Kesihatan Murid dan Kebersihan di kantin Sekolah.SPI Bil 5/1988Penyakit-Penyakit Demam Kepialu(Tiroid),Taun(Kolera),Penyakit Kuning (Hep.A) dan Keracunan Makanan.SPI Bil 2/1989

Rancangan Kesihatan Sekolah.

SPI Bil 7/1976Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-Kantin Sekolah Untuk Murid-Murid Berbilang Agama.SPI Bil 6/1978Penambahan Syarat-Syarat Perlaksanaan Kepada Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1976 Mengenai Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-Kantin Sekolah Untuk Murid-Murid Berbilang Agama.

SPI Bil 4/1981

Kebersihan Di Sekolah-Sekolah.SPI Bil 2/1982

Kempen Anti Denggi di Sekolah-Sekolah.SPI Bil 14/1989

Kebersihan Sekolah.

SPI Bil 3/2003

Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih.

SPI Bil 5/1979

Perkhidmatan Kebajikan Sekolah.SPI Bil 8/2006Garis Panduan Perlaksanaan Borang Maklumat Murid Bagi Tujuan Agihan Bantuan Kepada Murid Warganegara Malaysia di Sekolah Kerajaan dan di Sekolah Bantuan Kerajaan.SPI Bil 7/1983Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid- Murid Sekolah.

AKTA PENDIDIKAN1.Akta Pelancongan 1957Pemberitahuan Undang-Undang L.N.326.2.Akta Pelajaran 1961 Peraturan-Peraturan (Kursus Pengajian Sekolah) 1956.

WARTA KERAJAAN1Warta Kerajaan 1950 Registration of Schools Ordinance 1950

2. Warta Kerajaan 1956 Schools Societies Regulations L.N.179-180

3. Warta Kerajaan 1967 Jil. 11, Bil. 27, bertarikh 28 Disember 1967

4. Warta Kerajaan 1997 Peraturan-Peraturan Kokurikulum Kebangsaan P.U. (A) 531 dalam Akta Pendidikan 1996 bertarikh 31 hb Disember 1996

5. Warta Kerajaan 1998 Pemberitahu Undang-Undang 196, Jil. 42, No.11

SURAT PEKELILING IKHTISAS

1.SPI Bil 23/1966

Lagu Kebangsaan

2.SPI Bil 1/1971 Perkhidmatan Masyarakat dan Muhibah di Sekolah-Sekolah.

3.SPI Bil 2/1971

Rukunegara

4.SPI Bil 8/1971

Permainan Catur di Sekolah-Sekolah Menengah

5. SPI Bil 4/1975 Nyanyian Lagu Kebangsaan Negaraku.

6. SPI Bil 8/1975 Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Persekutuan/Bendera Negeri di Sekolah-Sekolah/Maktab-Maktab Perguruan.

7. SPI Bil. 10/1976 Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP/LCE (termasuk Sabah/ Sarawak Junior Certificate Examination) bagi Murid-Murid Tingkatan III Garis Panduan.

8. SPI Bil. 4/1977

Hari Kelepasan Peristiwa P.U.326/62.

9. SPI Bil. 7/1977

Pengelolaan Walkathon Di Sekolah-Sekolah.

10. SPI Bil. 8/1978

Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah.

11. SPI Bil. 11/1978

Hari Kelepasan Peristiwa P.U.326/62.

12. SPI Bil. 2/1981

Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah. 13. SPI Bil. 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang (Free Period) Oleh Guru.

14. SPI Bil. 3/1982 Rancaangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan SRP dan SRP/LCE (Sarawak) bagi Murid-murid Tingkatan III Garis Panduan..

15. SPI Bil. 4/1982

Permainan Pin-table, Video Game, Game Watch.

16. SPI Bil. 4/1983

Iklan/Tajaan Dalam Majalah Sekolah.17. SPI Bil. 7/1983

Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah.

18. SPI Bil. 3/1984

Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan Di Sekolah-Sekolah.

19. SPI Bil. 4/1984

Perhimpunan Sekolah

20. SPI Bil. 4/1984

Perhimpunan Sekolah (Tambahan)

21. SPI Bil 1/1985

Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar sekolah.

22. SPI Bil. 4/1985 Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat

23. SPI Bil. 5/1985 Rancangan Mencantik dan Mengindahkan Sekolah dan Kawasannya (Landscaping)

24. SPI Bil 1/1986 Larangan ke atas Pemberian Cenderamata.

25. SPI Bil 2/1986Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar.

26. SPI Bil 3/1986 Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pengenalan Kepada Komputer Dan Kegiatan Kelab Komputer Sekolah.27. SPI Bil. 5/1986

Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah.

28. SPI Bil. 1/1988

Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Perekacipta Sekolah.

29. SPI Bil.3/1988

Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD).

30. SPI Bil. 6/1988 Panduan Tajaan Oleh Syarikat/Badan Perniagaan Di Sekolah.

31. SPI Bil. 7/1988

Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan.

32. SPI Bil. 8/1988

Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.

33. SPI Bil 10/1988

Senaman Beramai-ramai.

34. SPI Bil 14/1988Keberangkatan DYMM Sultan/Raja/TYT Yang Di Pertua Negeri Menghadiri Majlis-Majlis Rasmi Sekolah.

35. SPI Bil 1/1989 Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah.

36. SPI Bil 10/1989Aturcara Majlis Rasmi Sekolah.

37. SPI Bil. 1/1991

Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah.

38. SPI Bil. 3/1991 Mengundang Orang-orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/Institusi Pendidikan.

39. SPI Bil 4/1991

Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah

40. SPI Bil.7/1991

Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan Dan Persatuan Belia.

41. SPI Bil. 9/1991

Permohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/Institusi Pendidikan.

42. SPI Bil. 4/1992

Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Persatuan

Silat sekolah. 43. SPI Bil. 6/1994 Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah.44. SPI Bil. 1/199 Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.

45. SPI Bil. 3/1995

Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan.

46. SPI Bil.4/1995

Pelaksanan Kadet Remaja Sekolah (KRS).

47. SPI Bil.7/1995

Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah.

48. SPI Bil.8/1995 Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Badan Induk Sukan

49. SPI Bil 9/1995 Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-Murid Tahun 6.

50. SPI Bil.1/1996

Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar. 51. SPI Bil.2/1996 Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian.

52. SPI Bil.2/1997

Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.

53. PUP Bil. 2/1997Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab/Persatuan (PS.77280) Taekwando/Seni Mempertahankan Diri.

54. SPI Bil.3/1997

Program Dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar Dan/Atau Pungutan Wang.

55. SPI Bil.6/1997

Amalan Kebersihan Di Sekolah.

56. SPI Bil.2/1998 Mempergiat Dan Memperluas Program Dan Aktiviti Pertanian Di Sekolah.

57. SPI Bil.3/1998

Penggunaan Barang Permainan Elektronik Robot Kit Di Sekolah Menengah.

58. SPI Bil.5/1998 Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996.

59. SPI Bil.18/1998 Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan.

60. SPI Bil.24/1998

Penglibatan Guru dan Murid dalam aktiviti Pasukan Pakaian Seragam anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

61. SPI Bil.1/1999

Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah.

62. SPI Bil.2/1999

Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah.

63. SPI Bil.7/1999

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah Menengah.

64. SPI Bil.8/1999

Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah.

65. SPI Bil.7/2000

Mencegah Kebakaran Di Sekolah.

66.SPI Bil.8/2000

Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer/ Teknologi Maklumat Sekolah.

67.SPI Bil.9/2000

Panduan Keselamatan Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar Kawasan Sekolah.

68.SPI Bil. 12/2000

Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan.

71.SPI Bil. 13/2000

Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah.

72.SPI Bil. 14/2000

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah.73. SPI Bil. 16/2000Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/ Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan.

74.SPI Bil. 17/2000

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah.

75. SPI Bil. 18/2000Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah.76.SPI Bil. 19/2000 Pandua