panduan teknikal dan penghakiman pesta pantun

7
PANDUAN TEKNIKAL & PENGHAKIMAN PESTA PANTUN PERINGKAT KELOMPOK & NEGERI KARNIVAL KOKURIKULUM AKADEMIK NEGERI PULAU PINANG FORMAT PERTANDINGAN Pertandingan Pusingan Pertama A 1 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT 1 A B 2 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT 2 B C 3 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT 3 C Pertandingan Pusingan Kedua A 2 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT 2 A B 3 MENJUAL 15 SAAT

Upload: sszma

Post on 06-Jun-2015

1.277 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN TEKNIKAL DAN PENGHAKIMAN PESTA PANTUN

PANDUAN TEKNIKAL & PENGHAKIMANPESTA PANTUNPERINGKAT KELOMPOK & NEGERIKARNIVAL KOKURIKULUM AKADEMIKNEGERI PULAU PINANG

FORMAT PERTANDINGANPertandingan Pusingan Pertama

A 1 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT

1 A

B 2 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT

2 B

C 3 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT 3 C

Pertandingan Pusingan Kedua

A 2 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT

2 A B 3 MENJUAL 15 SAAT 3 B MEMBELI 60 SAAT

C 1 MENJUAL 15 SAAT MEMBELI 60 SAAT 1 C

Page 2: PANDUAN TEKNIKAL DAN PENGHAKIMAN PESTA PANTUN

Pertandingan Pusingan Ketiga (Mereka cipta)

A 3 (MEREKA CIPTA & MENJUAL- 60SAAT)3 A (MEMBELI 60 SAAT)

B 1 (MEREKACIPTA & MENJUAL – 60 SAAT) 1 B (MEMBELI – 60 SAAT)

C 3 (MEREKACIPTA & MENJUAL – 60 SAAT)3 C (MEMBELI – 60 SAAT)

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

Isi - 20 markah Bahasa - 20 markah Persembahan - 10 markah

Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima oranghakim

Bahagian Isi - 2 orang hakim Bahagian Bahasa - 2 orang hakim Bahagian Persembahan - 1 orang hakim

Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan. Sekiranya berlaku perbincangan,sebanyak 50 markah daripada jumlah markah keseluruhan perlu dipotong.

Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan pasukannya semasa menyampaikan pantun dengan syarat tidak mengganggu pihak lawan.

Keputusan hakim adalah muktamad

Page 3: PANDUAN TEKNIKAL DAN PENGHAKIMAN PESTA PANTUN

PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA (Menghakimi Isi - Ketepatan soalan/belian/jawapan - Jelas dan sesuai dengan tema (8/20) ISI - JUMLAH MARKAH (8/20)

i. Ketepatan soalan/jawapan - jelas dan sesuai dengan tema

ii. Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas

iii. Jika lebih daripada satu soalan, markah tidak akan diberikan.

iv Jualan pantun yang merupakan pernyataan dan bukan soalan; markah tidak diberikan.

v. Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarang markah.vi. Pantun yang berupa pelarian , yakni yang tidak menjawab soalan tidak

diberikan markah.

vii. Jawapan bagi soalan yang tidak diberikan markah ( ii,iii dan iv) di atas, hendaklah diberikan pertimbangan markah mengikut budi bicara hakim antara 4-8 markah.

PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA

(Menghakimi isi – Padat & jitu serta bernilai susila – 12/20 markah)

ISI - Jumlah Markah (12/20 )

Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-

i. Padat dan jitu - 8 markah ii. Mempunyai nilai susila - 4 markah

Padat dan jitu bermaksud:

Pemilihan kosa kata yang indah Tanpa kesalahan bahasa Susunan kosa kata yang betul

Mempunyai nilai susila:-

Pantun dapat dijadikan panduan/pedoman dalam kehidupan seharian

Page 4: PANDUAN TEKNIKAL DAN PENGHAKIMAN PESTA PANTUN

PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KETIGA

Menghakimi Bahasa - Pola Rima & Suku kata (10/ 20 )- Bahasa (10/20)

1. Pola Rima ‘ abab’

Rima di hujung baris - 2 markah Rima di tengah - 2 markah Rima di pangkal - 1 markah

2. Suku kata dalam baris

8 hingga 12 suku kata - 5 markah

PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEEMPAT Menghakimi bahasa – pembayang maksud dan kesesuaian dengan

maksud ( 10 / 20 )

Pembayang maksud ( 2 markah )

a) Terdapat kesinambungan / hubungan dengan baris pertama dengan baris kedua.

Kesinambungan / hubungan keindahan alam semesta unsur alam semula jadi dan kerenah manusia dalam baris pertama dengan baris kedua.

b) Kesesuaian pembayang dengan maksud ( 3 markah )

( Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud ).

Pemilihan kata ( 5 markah )

a) Pembayang maksud dipetik daripada keindahan alam semesta unsure alam semula jadi termasuk kerenah hati manusia. ( 3 markah )

b) Sebutan baku dan jelas ( 2 markah )

Page 5: PANDUAN TEKNIKAL DAN PENGHAKIMAN PESTA PANTUN

PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KELIMA

Menghakimi persembahan – gerak fizikal dan intonasi / jeda serta kelancaran (10 markah)

a) Gerak-geri yang seimbang dengan pantun ( 4 markah )

( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi yang berlebihan, tiada markah yang diberikan ).

b) Intonasi dan jeda ( 4 markah )

( Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris ).

Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

c) Kelancaran ( 2 markah )

( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan ).

PEMANTUN YANG BAIK

Berpantun dalam keadaan biasa dan dalam suasana bersantai. Berpantun dengan sebutan dan pengucapan yang biasa, tidak

meleret-leret atau pengucapan yang mengada-ngada. Berdiri dengan tertib, sopan dan kelihatan ceria. Tidak menunjukkan diri dalam keadaan yang dipaksa-paksa,

dibuat-buat atau berlakon. Tidak banyak mengulang perkataan/frasa/rangkai kata yang sama

dalam setiap pantun yang dijual atau dibeli. Setiap jualan pantun jelas dan belian pantun tepat serta

bertepatan dengan tema. Pantun yang direka mengandungi perkataan, frasa dan istilah

bahasa yang indah dan mudah difahami. Pantun rekaan dan ciptaannya bernilai tinggi.

SENARAI SEMAK KEPERLUAN

Page 6: PANDUAN TEKNIKAL DAN PENGHAKIMAN PESTA PANTUN

FAIL-FAIL HAKIM MENGIKUT SUSUNAN (BORANG PENGHAKIMAN, ALATAN

MENULIS, KERTAS KOSONG) JAM RANDIK PAPAN TANDA HIJAU/MERAH- AKHIR MEJA PEMANTUN- BERTANDA ABC/123 LOCENG KALKULATOR-PEMERIKSA KIRA-KIRA PENJAGA MASA TERLATIH TEMA-TEMA UNTUK PUSINGAN KETIGA JADUAL PERTANDINGAN JURUPANTUN YANG PETAH DAN TERLATIH HAKIM YANG FAHAM AKAN PANTUN