panduan & tajuk tugasan kumpulan & individugc6493 panduan tugasan kumpulan & individu

2
LAMPIRAN A GGC6493: Panduan Tugasan Kumpulan & Individu Tugasan Kumpulan Setiap kumpulan (3-4 orang pelajar) Pelajar dikehendaki menjalankan kajian atau tinjauan secara sekunder atau primer mengenai konsep dan amalan pengurusan sumber manusia terutamanya dalam sektor pendidikan. Setiap kumpulan akan diundi untuk tugasan tajuk-tajuk berikut: 1. PSM di KPM & JPN. 2. Pelaksanaan sistem (proses) penilaian prestasi yang berkesan di sekolah/ institusi/ organisasi lain. 3. Tugas dan tanggunggungjawab Guru berkualiti dan profesional. 4. Insentif, ganjaran, penghargaan dan pengiktirafan guru. 5. Falsafah, dasar dan halatuju PSM pendidikan di Malaysia. 6. ICT/MIS dan PSM di sekolah. 7. Latihan dan pembangunan profesional guru. 8. Pengambilan dan pemilihan guru berkualiti & berkompetensi tinggi. 9. Kesatuan Guru (atau profesion lain) dan sistem pendidikan negara. 10. PSM berkesan: Hubungan dan komunikasi di sekolah/ institusi lain. 11. Menangani etika dan disiplin staf/ guru di sekolah/ institusi lain. 12. Peranan PSM dalam melonjakkan Kerjasama pintar: sekolah dengan pihak luar (public- private partnerships). Semua tugasan kumpulan perlu dibentangkan (10-12 minit/pelajar: ikut giliran) mengikut giliran yang telah ditetapkan melalui undian. Format bagi pembentangan dan penulisan adalah: (1) Pengenalan: Dasar, definisi, konsep; (2) kandungan: teori, sub-tema isi berkaitan tajuk; (3) mini kajian (jika ada), (4) Rumusan, dan (5) Rujukan. Selepas dibentangkan, dibahas, mendapat maklumbalas dan mengambilkira semua aspek untuk penambahbaikan, laporan penulisan tugasan kumpulan perlu diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk hard copy dan soft copy (i- folio) selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh pembentangan. Tajuk- tajuk tugasan adalah seperti di atas dan sebarang perubahan tajuk perlu dibincangkan dengan pensyarah terlebih dahulu untuk mendapat persetujuan. Tugasan hendaklah ditaip dengan jarak 1.5 langkau dan

Upload: casbenx

Post on 06-Feb-2016

267 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

NNN

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan & Tajuk Tugasan Kumpulan & IndividuGC6493 PANDUAN TUGASAN KUMPULAN & INDIVIDU

LAMPIRAN A

GGC6493: Panduan Tugasan Kumpulan & Individu

Tugasan Kumpulan

Setiap kumpulan (3-4 orang pelajar) Pelajar dikehendaki menjalankan kajian atau tinjauan secara sekunder atau primer mengenai konsep dan amalan pengurusan sumber manusia terutamanya dalam sektor pendidikan. Setiap kumpulan akan diundi untuk tugasan tajuk-tajuk berikut:

1. PSM di KPM & JPN.2. Pelaksanaan sistem (proses) penilaian prestasi yang berkesan di sekolah/ institusi/ organisasi lain.3. Tugas dan tanggunggungjawab Guru berkualiti dan profesional.4. Insentif, ganjaran, penghargaan dan pengiktirafan guru.5. Falsafah, dasar dan halatuju PSM pendidikan di Malaysia. 6. ICT/MIS dan PSM di sekolah. 7. Latihan dan pembangunan profesional guru. 8. Pengambilan dan pemilihan guru berkualiti & berkompetensi tinggi. 9. Kesatuan Guru (atau profesion lain) dan sistem pendidikan negara. 10. PSM berkesan: Hubungan dan komunikasi di sekolah/ institusi lain.11. Menangani etika dan disiplin staf/ guru di sekolah/ institusi lain.12. Peranan PSM dalam melonjakkan Kerjasama pintar: sekolah dengan pihak luar (public- private

partnerships).

Semua tugasan kumpulan perlu dibentangkan (10-12 minit/pelajar: ikut giliran) mengikut giliran yang telah ditetapkan melalui undian. Format bagi pembentangan dan penulisan adalah: (1) Pengenalan: Dasar, definisi, konsep; (2) kandungan: teori, sub-tema isi berkaitan tajuk; (3) mini kajian (jika ada), (4) Rumusan, dan (5) Rujukan. Selepas dibentangkan, dibahas, mendapat maklumbalas dan mengambilkira semua aspek untuk penambahbaikan, laporan penulisan tugasan kumpulan perlu diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk hard copy dan soft copy (i-folio) selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh pembentangan. Tajuk-tajuk tugasan adalah seperti di atas dan sebarang perubahan tajuk perlu dibincangkan dengan pensyarah terlebih dahulu untuk mendapat persetujuan. Tugasan hendaklah ditaip dengan jarak 1.5 langkau dan tidak kurang dari 10 rujukan terkini (2010 ke atas). Maksima halaman ialah 30 (tidak termasuk rujukan & lampiran).

Tugasan individu

Setiap pelajar perlu membentang (5-6 minit/pelajar: ikut giliran) dan membuat laporan berdasarkan 2 (BM & BI) artikel/ makalah Jurnal terkini (2012) berkaitan PSM. Format dan fokus tugasan (pembentangan & laporan) adalah aspek berikut: (i) Permasalahan kajian, (ii) persoalan kajian/ objektif kajian, (iii) metodologi dan (iv) dapatan kajian. Selepas dibentangkan, laporan penulisan tugasan individu perlu diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk hard copy dan soft copy (i-folio) selewat-lewatnya 2 minggu selepas tarikh pembentangan. Tugasan hendaklah ditaip dengan jarak 1.5 langkau dan tidak kurang dari 5 rujukan terkini (2010 ke atas). Maksima halaman ialah 6 (tidak termasuk rujukan & lampiran).

JAW Februari 2015