panduan seni dalam pendidikan

5
Salam semua, Saya baru membaca dan meneliti soalan tugasan SDP semester ini . Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan anda perlu dihantar secara online. Bila secara online tutor F2F hanya dapat membantu anda dari aspek isi kandungan dan cara penulisan yang betul. Selebihnya anda perlu berusaha mencari dan mengesan fakta-fakta yang berkaitan dengan tugasan anda. Dalam hal ini, akan ada nanti rakan-rakan guru "copy & paste" mana-mana petikan atau kandungan yang terdapat di internet. Sebaiknya sila elakkan kecuali ianya adalah fakta atau teori. Untuk itu saya seboleh mungkin akan memberikan panduan bagi membantu anda. Anda juga bersama membantu rakan-rakan lain supaya semua menjawab ke tahap cemerlang. Panduan 2 Huraikan bagaimana seorang guru yang imaginatif, kreatif dan kritis dapat menggunakan elemen- elemen Pendidikan Seni Visual dan Muzik bagi penghasilan satu bentuk karya dengan digabungjalin dengan Mata Pelajaran Sains, Sejarah dan sebagainya di sekolah. Teknologi digital pula boleh dijadikan media komunikasi bagi menyokong tugasan ini. Soalan:

Upload: anonymous-cje0piz2

Post on 22-Jul-2016

309 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

panduan tugasan HBEF1403

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Seni Dalam Pendidikan

Salam semua,

Saya baru membaca dan meneliti soalan tugasan SDP semester ini . Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan anda perlu dihantar secara online. Bila secara online tutor F2F hanya dapat membantu anda dari aspek isi kandungan dan cara penulisan yang betul. Selebihnya anda perlu berusaha mencari dan mengesan fakta-fakta yang berkaitan dengan tugasan anda. Dalam hal ini, akan ada nanti rakan-rakan guru  "copy & paste" mana-mana petikan atau kandungan yang terdapat di internet. Sebaiknya sila elakkan kecuali ianya adalah fakta atau teori.

Untuk itu saya seboleh mungkin akan memberikan panduan bagi membantu anda. Anda juga bersama membantu rakan-rakan lain supaya semua menjawab ke tahap cemerlang.

 

Panduan 2

Huraikan bagaimana seorang guru yang imaginatif, kreatif dan kritis dapat menggunakan elemen-elemen Pendidikan Seni Visual dan Muzik bagi penghasilan satu bentuk karya dengan digabungjalin dengan Mata Pelajaran Sains, Sejarah dan sebagainya di sekolah. Teknologi digital pula boleh dijadikan media komunikasi bagi menyokong tugasan ini.

Soalan:

Perhatikan kata kunci HURAIKAN.

1. Perlu huraikan apa?

    Elemen-elemen PSV dan Muzik.

2. Di mana anda boleh perolehi elemen tersebut?

     Berbincanglah dengan tutor F2F anda,

     Internet atau buku-buku PSV dan Muzik.

     Modul anda.

Page 2: Panduan Seni Dalam Pendidikan

3. Kenapa perlu huraikan?

    Huraian anda mencirikan seorang guru yang berimaginasi, kreatif dan kritis dalam PdP PSV  dan muzik.

4. Apakah tujuan bagi penghasilan satu bentuk karya"

    Penghasilan ialah satu proses menyediakan karya seni visual atau muzik, atau kedua-duanya sekali dan digabungjalin dengan mata pelajaran lain.

5.  Apakah kaitan dengan teknologi Digital?

     Teknologi masa kini yang perlu dikuasai oleh guru dan murid.

     Ianya sebagai alat komuikasi yang cepat dan pantas, merentasi sempadan.

Anda perlu fahamkan kehendak soalan terlebih dahulu. Buat kerangka penulisan apa yang patut anda sediakan atau cari. Setelah itu....bermula la episod penulisan anda bermula dengan Pengenalan.

Panduan 3

Huraikan bagaimana seorang guru yang imaginatif, kreatif dan kritis dapat menggunakan elemen-elemen Pendidikan Seni Visual dan Muzik bagi penghasilan satu bentuk karya dengan digabungjalin dengan Mata Pelajaran Sains, Sejarah dan sebagainya di sekolah. Teknologi digital pula boleh dijadikan media komunikasi bagi menyokong tugasan ini.

Pengenalan [4 markah]

Pengenalan yang terperinci dan amat memuaskan. Perbincangan secara kritis dan jelas mengenai definisi pengalaman dan hasilan kerja secara jelas dan memberi definisi atau penjelasan rapi.

Berikan difinisi yang jelas berkaitan:

-        Guru yang imaginatif, kreatif dan kritis. Nyatakan sifat atau ciri-ciri guru berkenaan

Page 3: Panduan Seni Dalam Pendidikan

-         Fahamkan apakan yang dimaksudkan elemen-elemen PSV dan Muzik.

-     Berikan contoh elemen berkenaan. Nyatakan satu proses penghasilan karya yang sesuai dengan menggabungjalinkan mana-mana mata pelajaran lain di sekolah.

-    Dalam hal ini sebagai contoh aktiviti PdP PSV dan Muzik digabungjalin dengan mata pelajaran Sains. Sains dapat diperjelaskan menggunakan Seni Visual dan Muzik.

-    Bagaimana anda mengadunya supaya ianya kreatif dan kritis.  

Panduan 4

(a) Pengalaman [12 markah]

·   Perbincangan yang memuaskan dan terperinci mengenai aspek mengapa perlu mengambil kira pengalaman dalam strategi pengajaran.

·   Perbincangan terperinci perlu berkaitan pengalaman anda sebagai guru tidak semestinya mengajar PSV dan Muzik. Pengalaman perlu seperti mengetahui elemen-elemen seni Visual seperti garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan dan ruang serta elemen muzik sedia ada. Anda perlu membaca modul sedia ada dan berbincang bersama tutor F2F.

·   Anda perlu menghuraikan juga strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif persoalan tugasan iaitu imaginasi, kreatif dan kritis.

·   Menjelaskan empat elemen teori Gardner serta diikuti dengan memberi senario dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatkan panduan Gardner sebagai strategi PdP anda.

·   Menunjukkan keupayaan menggunakan pengalaman kendiri (pengalaman anda sendiri) dan disertakan dengan huraian yang lengkap serta menunjukkan kematangan dalam penulisan (kematangan dalam penulisan bermaksud: elakkan mengambil mudah “copy & paste” dari penulisan orang lain. Itu sebabnya pengalaman kendiri anda begitu penting dimasukkan dalam penulisan ini)

·   Jika anda ikuti step panduan penulisan ini dengan baik. Saya percaya tugasan anda tidak menyimpang dari kehendak soalan tugasan.

Page 4: Panduan Seni Dalam Pendidikan