panduan pendaftaran pelajar baharu (sijil) sesi 2/2020 22020/daftar... · 2020. 12. 11. · borang...

15
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (SIJIL) SESI 2/2020 ANJUNG ILP MUADZAM SHAH

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PANDUAN PENDAFTARAN

    PELAJAR BAHARU (SIJIL)

    SESI 2/2020

    ANJUNG ILP MUADZAM SHAH

  • PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2020

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------

    PENDAHULUAN

    Tahniah diucapkan kerana telah terpilih untuk mengikuti program latihan kemahiran di

    Anjung Institut Latihan Perindustrian (ILP) Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

    Anda dinasihatkan supaya membaca panduan pendaftaran ini dan semua arahan dengan

    teliti supaya urusan anda pada HARI PENDAFTARAN berjalan dengan lancar.

    PERATURAN PENDAFTARAN

    1. PERSEDIAAN SEBELUM MENDAFTAR

    i) Pelajar perlu melengkapkan semua borang yang dimuat turun dari laman web JTM

    dan seperti dalam senarai semak yang telah disertakan. Senarai borang –borang

    adalah seperti berikut:

    Borang Pemeriksaan Perubatan (Untuk yang masih belum buat sahaja)

    Borang Pengakuan Kebenaran Penjaga

    Borang Pendaftaran Asrama

    Borang Kad Matriks

    ii) Pelajar perlu membuat bayaran kelengkapan pelajar baharu dengan merujuk carta

    pada Lampiran 1 (Perkara 1, 2 dan 4). Pembayaran adalah secara TUNAI semasa

    hari pendaftaran pada :

    4 Januari 2021 (Isnin) – Bagi Kumpulan Pelajar Baharu Lepasan SPM

    Pelajar perlu merujuk tarikh pendaftaran secara fizikal seperti yang

    dinyatakan dalam surat tawaran

    iii) Pelajar perlu menyempurnakan pemeriksaan perubatan berdasarkan Borang

    Pemeriksaan Perubatan yang dilampirkan (Untuk yang masih belum buat

    sahaja).

    2. CARTA BAYARAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (Sila Rujuk Lampiran 1)

    3. HARI PENDAFTARAN

    Sila lapor diri di Dewan Besar, Anjung ILP Muadzam Shah ketetapan berikut:

    1: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2020

    TARIKH MASA KURSUS LOKASI

    4 Januari 2021 (Isnin)

    9.00 pagi – 12.00 tengah hari

    KUMPULAN PELAJAR LEPASAN SPM

    DEWAN BESAR

  • PANDUAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

    a) Saringan suhu akan dibuat di dalam kenderaan masing –masing di pondok pengawal

    keselamatan sebelum dibenarkan memasuki kawasan institut. Sekiranya pelajar yang

    didapati suhu badannya MELEBIHI 37.50, tidak sihat atau bergejala pelajar hendaklah

    mendapatkan rawatan doktor dan disahkan sihat sebelum datang ke institut.

    b) Semua pelajar DIWAJIBKAN mendaftar di aplikasi Health Visa JTM sebelum datang

    ke institut. Sila guna QR kod yang dilampirkan. Sila rujuk laman web berikut

    http://apps2.jtm.gov.my/healthvisa/faq.php untuk maklumat lanjut.

    c) Hanya SEORANG ibubapa / penjaga yang DIBENARKAN datang menghantar pelajar

    hari berkenaan. Ibubapa / penjaga DIWAJIBKAN memuat turun aplikasi MySejahtera

    dan mendaftar di aplikasi Myhealth Visa sebelum dibenarkan memasuki kawasan

    institut. Aplikasi ini perlu ditunjukkan kepada pengawal di pos keselamatan.

    d) Hanya pelajar sahaja yang akan menguruskan sesi pendaftaran di Dewan Besar.

    Manakala, ibu bapa/ penjaga hendaklah menunggu di tempat yang disediakan. Sila

    patuhi peraturan ini untuk memudahkan urusan pendaftaran pada hari tersebut.

    e) Semua pelajar diwajibkan memakai pelitup muka semasa berada di kawasan institut.

    Pilih pelitup muka yang mengikut piawaian WHO, pastikan sentiasa bersih bagi

    melindungi saluran pernafasan.

    4. PEMERIKSAAN PERUBATAN (Untuk yang masih belum buat sahaja)

    Pelajar perlu menjalani pemeriksaan perubatan di pusat Perubatan Kerajaan atau Pusat

    Perubatan Swasta sebelum hari pendaftaran. Bayaran pemeriksaan perubatan adalah di

    bawah tanggungan pelajar.

    5. ASRAMA

    Semua pelajar adalah DIWAJIBKAN tinggal di asrama yang telah disediakan oleh pihak

    Institut.

    2: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2020

    http://apps2.jtm.gov.my/healthvisa/faq.php

  • Muat turun Aplikasi Health Visa

    3: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2020

  • PENAMPILAN DIRI PADA HARI PENDAFTARAN

    PELAJAR LELAKI

    1. Berkemeja lengan panjang, berseluar slack hitam, berambut pendek serta kemas dan

    berkasut kulit serta bersarung kaki.

    2. Potongan rambut yang ditetapkan bagi pelajar lelaki adalah 2:2:2 (Atas:Sisi:Belakang)

    3. Pelajar lelaki yang bermisai dan berjanggut hendaklah sentiasa mengurusnya dengan

    kemas.

    PELAJAR PEREMPUAN

    1. Berbaju kurung, bertudung dan berkasut yang bertutup bagi pelajar beragama Islam

    manakala pelajar yang bukan beragama Islam mestilah memakai pakaian yang sopan dan

    berkasut.

    PENAMPILAN DIRI SEWAKTU HARI LATIHAN

    1. Semua pelajar mesti memakai pakaian seragam rasmi Institut iaitu baju t-shirt ILP

    Kuantan, jaket JTM, berseluar bengkel jenis khakis (berwarna biru tua/hitam, sisi berpoket

    dan perlu disediakan sendiri oleh pelajar dengan secukupnya), berkasut keselamatan

    serta memakai stokin.

    2. Seluar ‘jeans’ adalah tidak dibenarkan sama sekali dipakai sewaktu sesi latihan.

    3. Semua pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan memakai barang kemas seperti

    gelang tangan, subang, cincin atau rantai leher.

    4. Pelajar yang ingkar tidak akan dibenarkan memasuki kawasan bengkel atau mengikuti

    kuliah.

    PENAMPILAN DIRI SEWAKTU RIADAH/REKREASI

    Semua pelajar mesti memakai pakaian dan kasut sukan yang bersesuaian dan sopan.Sila

    patuhi SOP yang disediakan.

    KEPERLUAN ASRAMA/AKTIVITI LUAR

    1. Baju Melayu lengkap, songkok/kopiah – pelajar lelaki (beragama Islam sahaja), pakaian

    sopan dan kasut bertutup.

    1. Baju Kurung, pakaian sopan, tudung (pelajar beragama Islam sahaja) dan kasut bertutup.

    2. Lain-lain keperluan asrama yang difikirkan perlu (cth: selimut, selipar, baldi, set kunci

    loker, penyangkut baju dll)

    3. Selain itu, setiap pelajar mesti membawa kelengkapan solat sendiri seperti sejadah,

    telekung, songkok, kopiah dan selipar untuk kegunaan semasa di surau. Pelajar tidak

    dibenarkan berkongsi kelengkapan tersebuT.

    4: PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2/2020

  • LAMPIRAN 1

    SENARAI KEPERLUAN & BAYARAN BAGI PELAJAR BAHARU SESI 2/2020

    ANJUNG INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) MUADZAM SHAH, PAHANG

    Sila baca keperluan pelajar ini dan ambil tindakan yang sewajarnya semasa

    HARI PENDAFTARAN agar anda dapat memulakan pengajian di ILP Muadzam

    dengan selesa.

    1. BAYARAN BAGI KEPERLUAN DAN AKTIVITI PELAJAR BAHARU SEPANJANG TEMPOH LATIHAN Berikut adalah senarai keperluan dan aktiviti pelajar baharu yang perlu dibayar semasa Hari Pendaftaran :

    BIL SENARAI KEPERLUAN & AKTIVITI PELAJAR BAYARAN (RM)

    1. Aktiviti Ko-Kurikulum 30.00

    2. Aktiviti Sukan / Riadah 30.00

    3. Aktiviti MPP / Pelajar 40.00

    4. Aktiviti Kebajikan Pelajar (Islam/Bukan Islam) 10.00

    5. Peperiksaan (RM20 per semester)

    (KECUALI pelajar Diploma & Diploma Lanjutan) 20.00

    JUMLAH BAYARAN (RM) 130.00

    Pembayaran adalah secara TUNAI semasa hari pendaftaran iatu pada:

    i. 4 Januari 2021 (Isnin) – Bagi Kumpulan Pelajar Baharu Lepasan SPM

    Pelajar perlu merujuk tarikh pendaftaran secara fizikal seperti yang

    dinyatakan dalam surat tawaran

    2. BAYARAN BUKU LOG UNTUK LATIHAN INDUSTRI

    Berikut adalah senarai bayaran Buku Log untuk Latihan Industri yang perlu

    dibayar semasa Hari Pendaftaran

    BIL BUKU LOG BAYARAN (RM)

    1. SIJIL (SEMUA KURSUS) 3.50

    2. SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIKAL 7.00

    3. DIPLOMA 7.00

    Pembayaran adalah secara TUNAI semasa hari pendaftaran iatu pada:

    i. 4 Januari 2021 (Isnin) – Bagi Kumpulan Pelajar Baharu Lepasan SPM

    Pelajar perlu merujuk tarikh pendaftaran secara fizikal seperti yang

    dinyatakan dalam surat tawaran

    PERHATIAN

    PERHATIAN

  • 3. KEPERLUAN / KELENGKAPAN PERIBADI Berikut adalah senarai keperluan / kelengkapan peribadi yang perlu disediakan secukupnya oleh setiap pelajar sepanjang pengajian : i) Pelitup muka secukupnya ii) Seluar track (lelaki & perempuan) iii) Baju T Shirt berkolar (lelaki & perempuan - lengan panjang) iv) Baju Melayu warna bebas dan songkok warna hitam / biru gelap (lelaki Muslim) v) Baju Kurung warna bebas (perempuan Muslim & Non-Muslim) vi) Tudung hitam tanpa corak/manik (perempuan Muslim) vii) Seluar slack warna hitam / biru gelap (lelaki & perempuan) viii) Kemeja lengan panjang (lelaki) ix) Kasut kulit/pvc/kanvas warna hitam (lelaki & perempuan) x) Kasut sukan xi) Peralatan sukan sekiranya ada seperti but bola, reket, dan lain-lain untuk aktiviti

    sukan dan riadah (lelaki & perempuan) xii) Barang-barang keperluan harian di asrama seperti bantal, cadar, tuala, selimut,

    penyangkut baju, baldi, barang kebersihan diri, mangga kunci dll. xiii) Keperluan semasa latihan seperti kalkulator saintifik, buku tulis, alat tulis, fail dll.

    4. KEPERLUAN PELAJAR UNTUK LATIHAN DAN ASRAMA Berikut adalah senarai keperluan pelajar yang juga boleh didapati di institut pada Hari

    Pendaftaran :

    PELAJAR KURSUS PERINGKAT SIJIL (Lepasan SPM)

    BIL

    SENARAI KEPERLUAN

    LAIN-LAIN KURSUS

    KURSUS CADD SENIBINA & KOMPUTER

    SISTEM SAHAJA

    HARGA (RM) HARGA (RM)

    1. Beg Kuliah beserta Alat Tulis 40.00 40.00

    2. Baju-T ILP Kuantan (2 helai) 60.00 60.00

    3. Kad matrik pelajar 15.00 15.00

    4. Kad Asrama 15.00 15.00

    5. Baju Korporat ILP Kuantan (1 helai) 60.00 60.00

    6. Baju Ko-Kurikulum ILP Kuantan

    (1 helai)

    30.00 30.00

    7. Jaket JTM (1 helai) 58.00 58.00

    8. Kasut Keselamatan 65.00 -

    9. Kasut Kanvas - 43.00

    10. Bantal 35.00 35.00

    11. Fail Portfolio 50 mm (4 unit) 60.00 60.00

    12. Perkhidmatan Dobi Layan Diri 40.00 40.00

    13. Sarung Bantal & Cadar (2 set) 60.00 60.00

    14. Buku Nota 5.00 5.00

    JUMLAH 543.00 521.00

    Pembayaran adalah secara TUNAI semasa hari pendaftaran iatu pada:

    4 Januari 2021 (Isnin)) – Bagi Kumpulan Pelajar Baharu Lepasan SPM

    Pelajar perlu merujuk tarikh pendaftaran secara fizikal seperti yang

    dinyatakan dalam surat tawaran

    PERHATIAN

  • BORANG PENGAKUAN KEBENARAN PENJAGA

    Kepada ;

    Pengarah

    Institut Latihan Perindustrian Kuantan

    Lot 10, Kawasan Perindustrian Gebeng

    26080 Kuantan

    Pahang Darul Makmur

    Saya, __________________________________________ (nama penjaga) No K/P __________________

    * ibu / bapa / penjaga kepada ________________________________________________(nama pelajar)

    No K/P _______________________________ adalah dengan ini memberi kuasa kepada tuan untuk,

    1. KEBENARAN BIUS (ANAESTHESIA) DAN PEMBEDAHAN

    * Memberi / Tidak memberi kebenaran kepada pihak institut bagi pihak saya, jika pada nasihat doktor yang

    anak / tanggungan saya ini memerlukan rawatan bius (anaesthesia) dan/atau pembedahan, sekiranya saya

    tidak dapat hadir pada masa yang diperlukan.

    2. KEBENARAN MENYERTAI KEGIATAN PELAJAR

    *Membenarkan / Tidak membenarkan anak / tanggungan saya untuk menyertai sebarang kegiatan pelajar

    yang dianjurkan oleh pihak ILJTM dan saya faham bahawa saya tidak akan menuntut apa-apa kerugian

    keatas anak / tanggungan saya selain yang diperuntukkan oleh Institut Latihan Perindustrian Kuantan

    sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan tidak disengajakan sepanjang kegiatan tersebut

    berlangsung.

    3. KEBENARAN UJIAN AIR KENCING

    *Membenarkan /Tidak Membenarkan anak / tanggungan saya menjalani ujian air kencing dari masa ke

    semasa, yang diuruskan oleh Institut Latihan Perindustrian Kuantan untuk tujuan kesihatan dan

    keselamatan. Saya tidak akan menuntut apa-apa kerugian ke atas anak / tanggungan saya selain yang

    diperuntukkan oleh institut ini.

    Yang Benar,

    _________________________

    (Tandatangan ibu / bapa /penjaga)

    Nama :

    Tarikh :

    Catatan : * potong mana yang tidak berkenaan

  • BORANG PENDAFTARAN ASRAMA

    (Dilengkapkan oleh pelajar dan dikembalikan kepada Penyelia Asrama / Warden)

    NO. BILIK : NO. KATIL NDP : NAMA : ________________________________________________________________________________ NO. K/P : KOD KURSUS : SESI KEMASUKAN : TEMPOH KURSUS : _____________ Sila tandakan “/” pada petak yang berkenaan setelah dipastikan perkara berikut telah diperolehi.

    CATATAN

    1. Katil

    2. Tilam

    3. Bantal

    4. Meja

    5. Kerusi

    6. Almari dan Kunci

    7. Penyidai Baju

    8. Bakul Sampah

    9. Alas Kaki

    10. Lain-lain

    Tarikh : ________________ ______________________________ Tandatangan Pelajar Untuk kegunaan pejabat : Untuk diisi pada akhir kursus : No. Bilik : Kunci telah diserahkan pada :

    No. Katil : Cagaran telah dipulangkan pada : Cagaran telah dibayar : Ya / Tidak Tandatangan : _________________________ Tandatangan : _________________________ Tarikh : _________________________

    Gamba

    r

    - -

    /

  • INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUANTAN

    BORANG KAD MATRIK PELAJAR

    (Sila lengkapkan dengan jelas)

    1) Nama Penuh (Mengikut Kad Pengenalan)

    2) No Kad Pengenalan (Awam)

    - -

    No Kad Pengenalan (Tentera)

    3) Maklumat Kursus : Sila tanda (/) pada kotak yang berkenaan

    ZA01 SIJIL TEKNOLOGI PENYELENGGARAAN MEKANIKAL

    ZA08 SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN

    ZA09 SIJIL TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM

    QK15 DIPLOMA INTEGRASI TEK. PEMBUATAN PERKAKASAN (DIE)

    B19 SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK (3 FASA)

    ZC01 SIJIL TEKNOLOGI CADD SENIBINA

    ZF01 SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)

    K14 DIPLOMA TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM

    M03 DIPLOMA TEKNOLOGI CADD SENIBINA

    ZA02 SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN)

    4) Untuk diisi oleh Data Admin

    No Daftar Pelajar (NDP)

    Tarikh Dikeluarkan

  • SURAT AKUJANJI PELAJAR

    Saya, …………………………………………………..… Kad Pengenalan :………………………, pelajar INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUANTAN dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan belajar bersungguh-sungguh dengan mengikuti sepenuhnya pengajian di institut termasuk menyempurnakan sesi latihan industri dan segala aktiviti dan program yang diarahkan oleh pihak institut. Saya juga dengan sesungguhnya berjanji akan mematuhi Peraturan-peraturan yang terkandung dalam Buku Peraturan Tatatertib Pelajar, Panduan Sistem Penilaian CGPA Jabatan Tenaga Manusia serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan mahupun pihak institut. Maka dengan ini saya sesungguhnya faham dan rela : (i) Dikenakan hukuman penyingkiran dari institut sekiranya saya didapati tidak mematuhi

    peraturan institut yang telah ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Manusia sepertimana yang terkandung dalam Buku Peraturan Tatatertib yang terkini, akibat melakukan jenis-jenis kesalahan berikut;

    (a) didapati bersalah melakukan mana-mana satu (1) kesalahan berat; (b) didapati telah dikenakan melebihi tiga (3) kali amaran atau tiga (3) kali hukuman tatatertib kerana melakukan mana-mana kesalahan tatatertib; dan

    (c) melakukan mana-mana kesalahan lain yang menunjukkan saya tidak berminat

    meneruskan pembelajaran di institut. (ii) Ditamatkan latihan dari institut sekiranya saya didapati gagal di dalam penilaian

    akademik sepertimana yang terkandung dalam Panduan Sistem Penilaian CGPA Jabatan Tenaga Manusia;

    (iii) Ditamatkan latihan dari institut sekiranya saya berhenti dari pengajian tanpa mendapat kebenaran dari pihak pengurusan institut;

    (iv) Dikenakan hukuman tatatertib sekiranya saya didapati bersalah melakukan mana-mana kesalahan tatatertib sepertimana yang terkandung di dalam Buku Peraturan Tatatertib Pelajar serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Tenaga Manusia mahupun pihak institut; dan

    (v) Untuk menghadiri sesi bimbingan kaunseling bagi tujuan memperbaiki sikap dan perlakuan dan syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas.

    Dengan ini saya telah membaca, memahami, bersetuju dan berjanji akan mematuhi perkara dan syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas. Nama Pelajar : ………………………… Nama saksi * : ……………………………

    No Kad Pengenalan : ………………………… No Kad Pengenalan: ……………………………

    Tandatangan : ………………………… Tandatangan : ……………………………

    Tarikh : ………………………… Tarikh : ……………………………

    Pengesahan oleh Pengarah Institut; Tandatangan : …………………………………….. Tarikh : …………………………………….. Cop rasmi Jabatan : …………………….

    *Saksi hendaklah terdiri dari pengajar / Ketua Bahagian / Ketua Jabatan kursus yang diikuti di ILJTM

  • PEMERIKSAAN PERUBATAN/PERGIGIAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS KEMAHIRAN

    DI INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER

    MANUSIA

    Calon hendaklah mengisi borang ini dan menyerahkannya kepada Pegawai Perubatan ketika

    membuat pemeriksaan perubatan di Hospital/Klinik (KERAJAAN ATAU SWASTA). Calon

    adalah bertanggungjawab memberikan keterangan-keterangan yang betul dalam surat ini.

    Sekiranya dengan sengaja tiada memberikan keterangan yang betul, calon boleh ditarik balik

    tawaran latihan dan biasiswa/pinjaman latihan.

    Nama Penuh ……………………………………………………………………………………………..

    Alamat….……………………………………………………………………………………………………

    ………………………………………………………………………………………………………………….

    Tarikh Lahir ………………………………………………… Umur …………………………………..

    No. Kad Pengenalan ……………………………………….

    Nyatakan sama ada sudah kahwin atau bujang ………………………………………………

    Sudahkah tuan/puan ditanam cacar dengan sempurnanya?…………………….……….

    Jika sudah, sebutkan tarikh akhir di tanam cacar ……………………………

    (Ruangan ini perlu diisi oleh calon)

    Adakah tuan/puan mengidap: Ya/Tidak

    a) Air ludah berdarah, lelah, sakit menyucuk ………………………………

    (pleurisy), atau apa-apa penyakit.

    b) Sengal-sengal, bengkak kaki, pitam atau ………………………………

    burut?

    c) Sakit saraf, mereng atau gila babi .…………………………….

    d) Penyakit yang lain atau kecederaan diri ………………………………

    Yang mudarat?

    Adakah pernah tuan/puan diperiksa oleh Lembaga ………………………………

    Perubatan? Jika ada sila beri butir-butirnya.

    Saya dengan ini mengaku bahawa jawapan-jawapan yang diberi di atas ini benar dan lengkap.

    Tarikh : ………………………………….. Tandatangan : ……………………………………

    Borang Pemeriksaan Perubatan/ Pergigian Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ms 1 drpd 4

  • INGATAN: Jika tuan/puan pernah memakai cermin mata bagi sebarang kegunaan, tuan hendaklah

    membawanya bersama-sama untuk diperiksa oleh Pegawai Perubatan.

    PEMERIKSAAN PERUBATAN/PERGIGIAN (Diisi oleh Pegawai Perubatan)

    Pegawai-pegawai Perubatan yang memeriksa diminta memeriksa pemohon itu

    seluruhnya dan menyiapkan penyata yang di bawah ini:

    1. a) Adakah tuan kenal pemohon itu :

    b) Adakah pernah tuan mengubatinya?

    (Ya/Tidak)

    Jika pernah apa penyakitnya (Ya/Tidak)

    c) Tinggi calon ………………………

    d) Berat calon ………………………

    2. PEMERIKSAAN MATA

    a) Penglihatan (tiada memakai cermin mata) M. Kiri

    M. Kanan

    (Baik/Tidak)

    (Baik/Tidak)

    b) Penglihatan (memakai cermin mata)

    M. Kiri

    M. Kanan

    (Baik/Tidak)

    (Baik/Tidak)

    c) Periksa Bahagian Dalam Mata (jika perlu ) M. Kiri

    M. Kanan

    (Baik/Tidak)

    (Baik/Tidak)

    3. PEMERIKSAAN TELINGA

    a) Adakah telinganya bernanah ataupun

    keluar nanah (Ya/Tidak)

    b) Keadaan anak telinga

    (Baik/Tidak)

    c) Keadaan Pendengaran

    (Baik/Tidak)

    4. PEMERIKSAAN GIGI

    a) Keadaan gigi

    (Baik/Tidak)

    5. PEMERIKSAAN DADA

    a) Adakah sifatnya yang luar biasa (Ya/Tidak)

    b) Bila tarik nafas adakah buku dadanya (Ya/Tidak)

    elok sebagaimana yang lazim

    c) Samakah besar kedua-dua belahnya (Ya/Tidak)

    Borang Pemeriksaan Perubatan/ Pergigian Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ms 2 drpd 4

  • d) Bunyi ketukan (Percussion) (Normal/Tidak)

    e) Bunyi jantung, paru-paru dan lain-lainnya (Ausculation)

    f) Penyata gambar x-ray

    (Normal/Tidak)

    (Normal/Tidak)

    7.

    KEADAAN JANTUNG

    a) Rentaknya (Rhythm) (Normal/Tidak)

    b) Bunyi di sebelah atas jantung (Normal/Tidak)

    c) Tempat berbunyi sebelah atas jantung (Normal/Tidak)

    d) Adakah berubah besarnya? (Ya/Tidak)

    e) Adakah apa-apa bunyi mendenyut di dalamnya

    (Ya/Tidak)

    f) Ujian tahan bersenam(jika perlu) (Normal/Tidak)

    8.

    NADI

    a)

    Berapa kadarnya …………………….

    b) Denyutnya (Normal/Tidak)

    c) Apa-apa tanda perubahan urat nadi (Ya/Tidak)

    9.

    TEKANAN DARAH

    (a) masa jantung itu kuncup (Systolic) …………………….

    (b) Masa jantung itu kembang (Diastolic) ………………………

    10.

    ADAKAH KEMBANG

    a) Hati (Ya/Tidak)

    b) Kura-kura (Ya/Tidak)

    c) Adakah apa-apa bengkak yang luar biasa dalam perut?

    (Ya/Tidak)

    11. PERIKSA AIR KENCING

    a) Dadah (Negatif/Positif)

    b) Albumin (Negatif/Positif)

    c) Gula (Negatif/Positif)

    d) Acetone (Negatif/Positif)

    Borang Pemeriksaan Perubatan/ Pergigian Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ms 3 drpd 4

  • 12. PERIKSA URAT-URAT SARAF

    a) Keadaan sentak lutut (Normal/Tidak)

    b) Keadaan sentak buku lali (Normal/Tidak)

    c) Keadaan sentak tapak kaki (Normal/Tidak)

    d) Adakah sama besar anak matanya (Normal/Tidak)

    e) Bolehkah anak matanya melihat cahaya (Normal/Tidak)

    f) Bolehkah anak matanya melihat benda

    yang dekat dan jauh?

    (Normal/Tidak)

    g) Adakah hilang apa-apa pancaindera? (Normal/Tidak)

    14. Jika perempuan, adakah hamil (Ya/Tidak)

    Lain-lain peperiksan lagi yang difikirkan mustahak oleh pegawai yang memeriksa untuk dijalankan dan

    keputusan peperiksaan itu.

    Saya dengan ini mengaku bahawa saya telah memeriksa:

    (Nama pelatih………………………………………………………………..No. K/P : ……………………………… …….)

    dan saya dapati beliau *sesuai / tidak sesuai mengikuti latihan di Institut Latihan Jabatan Tenaga

    Manusia dan tinggal di asrama serta boleh mengikuti sebarang aktiviti ko-kurikulum dan program

    amali yang dijalankan.

    * Potong mana yang tidak berkenaan

    Tandatangan : ……………………………..

    Nama : ………………………………………..

    Kelayakan: …………………………………..

    Jawatan : …………………………………….

    (BORANG PEMERIKSAAN PERUBATAN INI HENDAKLAH DIBAWA BERSAMA

    KETIKA MELAPOR DIRI )

    Borang Pemeriksaan Perubatan/ Pergigian Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ms 4 drpd 4