panduan penamaan (nomenclature) program pengajian...

11
PANDUAN PENAMAAN (NOMENCLATURE) PROGRAM PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA Panduan bagi menjelaskan norma asas penamaan sesuatu program akademik untuk dijadikan panduan Pemberi Pendidikan Tinggi dalam menamakan program pengajian yang ditawarkan di institusi masing-masing. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Kementerian Pendidikan Tinggi November 2016

Upload: doanminh

Post on 08-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

PANDUAN PENAMAAN (NOMENCLATURE)

PROGRAM PENGAJIAN

TINGGI MALAYSIA

Panduan bagi menjelaskan norma asas penamaan sesuatu

program akademik untuk dijadikan panduan Pemberi

Pendidikan Tinggi dalam menamakan program pengajian

yang ditawarkan di institusi masing-masing.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Kementerian Pendidikan Tinggi

November 2016

Page 2: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi Malaysia 2016

Bhgn. Standard, MQA / 16.11.2016 1

PANDUAN PENAMAAN (NOMENCLATURE) PROGRAM PENGAJIAN TINGGI

MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) bertanggungjawab memastikan

keperluan kelayakan yang dianugerah serta penamaan sesuatu program

pengajian adalah selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan

Malaysia (Malaysian Qualifications Framework - MQF) dan Standard

Program serta berlandaskan prinsip penamaan yang jelas. Penamaan

kelayakan akademik untuk sesuatu program pengajian yang ingin

dianugerahkan oleh PPT perlulah tepat bagi memastikan penamaan

yang diguna pakai tidak mengelirukan pihak berkepentingan dan tidak

terkeluar daripada konteks akademik.

‘Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi

Malaysia’ ini bertujuan untuk menjelaskan norma asas penamaan sesuatu

program akademik. Dokumen ini diharap menjadi panduan kepada PPT

dalam menamakan program pengajian yang ditawarkan di institusi

masing-masing. Dokumen ini perlu dibaca bersama dengan Garis

Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum

(terbitan Agensi Kelayakan Malaysia, MQA) dan Garis Panduan

Permohonan Program Akademik Edisi Kedua (terbitan Kementerian

Pendidikan Tinggi, KPT).

Page 3: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi Malaysia 2016

Bhgn. Standard, MQA / 16.11.2016 2

2. PRINSIP UMUM PENAMAAN PROGRAM PENGAJIAN

2.1 Penamaan program pengajian seharusnya mencerminkan

kelayakan dengan tepat. Ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap

sesuatu kelayakan. Oleh yang demikian, penamaan program mesti

bertunjangkan prinsip berikut:

2.1.1 mematuhi ketetapan yang dinyatakan dalam MQF, standard

program, ketetapan oleh KPT serta badan profesional (mana

yang berkenaan);

2.1.2 jelas melambangkan tahap kelayakan yang diperoleh dan

berdasarkan tahap yang dinyatakan dalam MQF;

2.1.3 ringkas dan bermakna; dan

2.1.4 merangkumi bidang pengajian.

2.2 Memandangkan tidak semua disiplin/bidang mempunyai

standard programnya sendiri, PPT perlu akur kepada ketetapan KPT

(jika ada), contohnya, keperluan Mesyuarat Pendidikan Tinggi Negara

(MPTN) bagi pecahan komponen kursus dalam struktur program

pengajian.

3. KOMPONEN PENAMAAN PROGRAM/KELAYAKAN

3.1 Berdasarkan amalan di dalam dan luar negara, penamaan

sesuatu program/kelayakan seharusnya dibina dari tiga komponen

iaitu:

3.1.1 Tahap Kelayakan (Qualification Level);

3.1.2 Penunjuk Disiplin Umum (Broad Discipline Area); dan

3.1.3 Penunjuk Bidang/Pengkhususan (Qualifier/Specialisation).

Page 4: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi Malaysia 2016

Bhgn. Standard, MQA / 16.11.2016 3

3.2 Penerangan bagi setiap komponen tersebut diberikan dalam

Jadual.

Jadual: Penerangan mengenai komponen penamaan program

pengajian

Perkara

Huraian

Tahap Kelayakan

(Qualification Level)

Tahap kelayakan merujuk kepada tahap

program pengajian bagi sesuatu

kelayakan akademik seperti yang

dipetakan dalam MQF.

Penerangan tahap ini bergantung

kepada beberapa faktor seperti yang

dinyatakan dalam MQF iaitu hasil

pembelajaran, kredit bergraduat, beban

pembelajaran dan komposisi kemahiran.

Penunjuk Displin Umum

(Broad Discipline Area)

Menyatakan bidang umum sesuatu

program, contohnya, Sastera (Arts), Sains

Sosial (Social Sciences), Sains (Science),

Perniagaan (Business), Kejuruteraan

(Engineering) dan lain-lain.

Bidang yang digunakan haruslah

seumum yang boleh dan

melambangkan bidang umum

pengajian. Nama bidang yang diguna

pakai seharusnya:

i) tidak menjurus kepada sebarang

pengkhususan tetapi menyatakan di

mana pengkhususan bidang tersebut

boleh dikelompokkan (contohnya,

pendidikan dan sastera);

ii) bidang yang lazim diguna pakai

secara meluas sama ada di

peringkat tempatan, antarabangsa

mahupun profesional; dan

iii) mengelakkan terma yang

mengundang kekeliruan terhadap

Page 5: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi Malaysia 2016

Bhgn. Standard, MQA / 16.11.2016 4

Perkara

Huraian

maksud penganugerahan.

Penunjuk

Bidang/Pengkhususan

(Qualifier/Specialisation)

Penyataan tentang pengkhususan atau

bidang pengajian yang melambangkan

kurikulum sesuatu program pengajian.

Contohnya, Seni Persembahan dan

Bioteknologi.

3.3 Nama PPT tidak boleh dimasukkan dalam penamaan

program pengajian.

3.4 Nama program haruslah tanpa perkataan ‘ijazah’.

Contohnya, Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan bukan Ijazah

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Nama penganugerahan juga perlu

sama dengan nama program, maka perkataan ‘ijazah’ tidak boleh

diguna pakai.

3.5 Penggunaan perkataan ‘kepujian’ (honours) tidak

dibenarkan dalam penamaan program. Contohnya, bagi penamaan

program Bachelor of Arts (Hons) in Human Resource Management,

penggunaan perkataan (Hons) tidak dibenarkan.

3.6 Namun, bagi tujuan penganugerahan kelayakan, perkataan

(Kepujian) atau (Distinction) boleh digunakan dalam skrol akademik

yang membawa maksud pencapaian akademik yang diperoleh

adalah dengan ‘Kepujian’ atau ‘Distinction’ (Cemerlang). Contohnya,

Bachelor of Arts in Human Resource Management with Distinction dan

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian.

Page 6: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi Malaysia 2016

Bhgn. Standard, MQA / 16.11.2016 5

3.7 Program-program profesional pula boleh menggunakan

perkataan ‘kepujian’ dalam kedua-dua penamaan program dan

penganugerahan kelayakan, berpandukan penetapan penamaan

oleh badan profesional berkenaan.

3.8 Selain itu, penggunaan perkataan ‘kepujian’ juga boleh

digunakan bagi penamaan program sekiranya ia merupakan syarat

Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tujuan pelantikan ke sektor

perkhidmatan awam.

4. SUSUNAN PENAMAAN PROGRAM/KELAYAKAN

4.1 Kaedah susunan penamaan program/kelayakan lazimnya

adalah seperti turutan berikut:

4.1.1 tahap kelayakan – contohnya, Diploma / Bachelor (Sarjana

Muda) / Master (Sarjana);

4.1.2 kata depan (preposition) of;

4.1.3 penunjuk disiplin umum (broad discipline area) – contohnya,

Arts (Sastera) / Science (Sains);

4.1.4 kata depan (preposition) in (dalam); dan

4.1.5 penunjuk bidang / pengkhususan (Qualifier / Specialisation) –

contohnya, Accounting (Perakaunan) / Finance (Kewangan)

4.2 Maka berdasarkan kaedah susunan ini, contoh penamaan

penuh yang harus diguna pakai ialah Bachelor of Arts/Science/etc in

Linguistics/Biology/Sociology/etc (Sarjana Muda Sastera/Sains/etc

dalam Linguistik/Biologi/Sosiologi) dan Master of Science in Medical

Science (Sarjana Sains dalam Sains Perubatan).

Page 7: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi Malaysia 2016

Bhgn. Standard, MQA / 16.11.2016 6

4.3 Walau bagaimanapun, PPT boleh memilih untuk menamakan

program pengajian sama ada menggunakan kedua-dua penunjuk

disiplin umum dan bidang/pengkhususan atau hanya menggunakan

salah satu penunjuk. Contohnya, Bachelor of Science in Agriculture

(Sarjana Muda Sains dalam Pertanian) atau Bachelor in Agriculture

(Sarjana Muda Pertanian).

4.4 Bagi program/kelayakan tahap Sijil dan Diploma,

penamaannya tidak memerlukan penunjuk disiplin umum. Ia terus

kepada penunjuk bidang/pengkhususan kerana kandungan

kurikulumnya adalah lebih asas dan mengkhusus. Contoh penamaan

adalah seperti Diploma in Marketing (Diploma Pemasaran), Diploma

in Office Management (Diploma Pengurusan Pejabat), Certificate in

Computer Programming (Sijil Pengaturcaraan Komputer) dan

Certificate in Business (Sijil Perniagaan).

4.5 Bagi program/kelayakan pada tahap Sarjana Muda,

penamaan bidang hendaklah mengikut kesesuaian disiplin

pengajian. Sebagai contoh, Bachelor of Arts in Accounting (Sarjana

Muda Sastera dalam Perakaunan) dan Bachelor of Engineering in

Electrical Engineering (Sarjana Muda Kejuruteraan dalam

Kejuruteraan Elektrik).

4.6 Bagi penamaan program tahap Sarjana dan Kedoktoran

secara Kerja Kursus dan Mod Campuran, PPT boleh membuat pilihan

sama ada menggunakan penunjuk disiplin umum sahaja (contohnya,

Master of Education / Sarjana Pendidikan, Doctor of Education /

Doktor Pendidikan) atau kedua-dua penunjuk disiplin dan penunjuk

Page 8: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi Malaysia 2016

Bhgn. Standard, MQA / 16.11.2016 7

bidang/pengkhususan (contohnya, Master of Science in Business

Administration / Sarjana Sains dalam Pentadbiran Perniagaan, Doctor

of Musical Arts in Music Education / Doktor Seni Muzik dalam

Pendidikan Muzik) atau hanya menggunakan penunjuk

bidang/pengkhususan (contohnya, Master in Early Childhood

Education / Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak).

4.7 Manakala bagi penamaan program tahap Sarjana dan

Kedoktoran secara Penyelidikan, kebiasaannya, hanya penunjuk

disiplin umum yang digunakan seperti Master of Social Science /

Sarjana Sains Sosial, Doctor of Philosophy / Doktor Falsafah dan Doctor

of Engineering / Doktor Kejuruteraan. Namun, kedua-dua penunjuk

disiplin umum dan bidang/pengkhususan juga boleh digunakan

seperti Master of Science (Chemistry) / Sarjana Sains (Kimia) dan

Doctor of Philosophy (Mass Communication) / Doktor Falsafah

(Komunikasi Massa).

4.8 Bagi tujuan penamaan pada skrol, program tahap Sarjana

dan Kedoktoran secara Kerja Kursus dan Mod Campuran boleh

mengguna pakai penunjuk bidang/pengkhususan, manakala bagi

program/kelayakan pada tahap Sarjana dan Kedoktoran secara

Penyelidikan, hanya tahap kelayakan dan penunjuk disiplin umum

akan diguna pakai dalam skrol akademik. Penunjuk

bidang/pengkhususan pula akan dinyatakan dalam transkrip

akademik.

Page 9: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi Malaysia 2016

Bhgn. Standard, MQA / 16.11.2016 8

5. PENAMAAN PROGRAM DENGAN PENGKHUSUSAN DAN MINOR

5.1 Program yang mengandungi pengkhususan sebanyak 25-

30% dalam bidang teras, pengkhususannya dinyatakan dalam

kurungan, contohnya Bachelor of Science in Computing

(Programming) [Sarjana Muda Sains Komputer (Pengaturcaraan)].

5.2 Program/kelayakan yang mengandungi major – minor yang

mempunyai sekurang-kurangnya 25% komponen dalam bidang

pengajian lain dinamakan dengan kata penghubung ‘DENGAN’

(WITH) bagi menunjukkan komponen bidang minor. Contohnya,

Bachelor in Economy with Mathematics (Sarjana Muda Ekonomi

dengan Matematik).

5.3 Sekiranya peratusan suatu bidang pengetahuan tidak

mencapai 25% daripada bidang teras program, bidang ini tidak akan

dinyatakan pada penamaan program/kelayakan tetapi akan

dinyatakan dalam transkrip pelajar.

6. PENAMAAN PROGRAM DWIMAJOR

6.1 Struktur program dwimajor dibenarkan pada tahap Sarjana

Muda. Untuk program dwimajor yang mengandungi komponen asas

dalam dua bidang utama dengan peratus 50-50, program/kelayakan

dinamakan dengan menggunakan kata penghubung ‘DAN’ (AND),

sebagai contoh, Bachelor in Economy and Political Science (Sarjana

Muda Ekonomi dan Sains Politik).

Page 10: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi Malaysia 2016

Bhgn. Standard, MQA / 16.11.2016 9

6.2 Bagi program tahap Diploma, struktur program dwimajor

tidak dibenarkan, maka penamaan sedemikian tidak boleh diterima

pakai. Walau bagaimanapun, penamaan program yang bidangnya

berkait rapat seperti Diploma in Electrical and Electronics Engineering

(Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) dan Diploma in Banking

and Finance (Diploma Perbankan dan Kewangan) dibenarkan.

7. SINGKATAN (ABBREVIATION)

7.1 Singkatan yang digunakan haruslah menggambarkan norma

penamaan dan diterima pakai di peringkat antarabangsa.

7.2 Singkatan mestilah bermakna, mudah dikenal pasti, dan

bebas daripada konotasi negatif serta haruslah seringkas yang

mungkin.

7.3 Singkatan mestilah konsisten dengan bidang umum sesuatu

program pengajian, contohnya, dalam program Sains, ‘Science’ perlu

sentiasa disingkatkan sebagai 'Sc'.

7.4 Singkatan bagi sesuatu disiplin/bidang pengajian hendaklah

tidak melebihi enam huruf.

7.5 Pertindihan bentuk singkatan yang sama bagi bidang umum

yang berbeza sebolehnya dielakkan.

Page 11: Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian …mqa.gov.my/PortalMQAv3/garispanduan/2016/16112016 Panduan Pena… · pengajian. Sebagai contoh, ... Administration / Sarjana Sains

Panduan Penamaan (Nomenclature) Program Pengajian Tinggi Malaysia 2016

Bhgn. Standard, MQA / 16.11.2016 10

7.6 Tidak menggunakan jarak (contohnya, BSc dan bukannya B

Sc) atau tanda seperti titik, sempang, sengkang dan lain-lain

(contohnya, BSc dan bukannya B.Sc) antara huruf.

7.7 Huruf pertama setiap singkatan perlu menggunakan huruf

besar.