panduan pelaksanaan khidmas

11
1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGENALAN KHIDMAT MASYARAKATSEBAGAI SYARAT GRADUAT SEKOLAH MENENGAH

Upload: mutiasyabiha-hamdan

Post on 20-Dec-2015

214 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

panduan pelaksanaan khidmas

TRANSCRIPT

Page 1: panduan pelaksanaan khidmas

1

GARIS PANDUAN PELAKSANAANPENGENALAN KHIDMAT

MASYARAKATSEBAGAI SYARATGRADUAT SEKOLAH MENENGAH

Page 2: panduan pelaksanaan khidmas

2

1.0 LATAR BELAKANG

o Kejayaan sesebuah negara kini tidak lagi diukur mengikut dimensiekonomi dan pembangunan fizikal semata-mata, malah ia turut didukungoleh pembangunan modal insan yang berkualiti. Menyedari hakikat ini,usaha-usaha yang menjurus kepada meningkatkan keupayaan modalinsan menerusi penguasaan ilmu, pemupukan masyarakat berbudaya danpemantapan aspek moral serta nilai-nilai murni yang tinggi terusdipergiatkan. Cadangan ini merupakan antara perancangan ke arahmemperkayakan modal insan sebagai teras utama pembangunan negaradalam menjayakan aspirasi Wawasan 2020.

o Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat,termasuklah kemusnahan alam sekitar dan konflik senjata. Kejayaanmengharungi segala cabaran ini bukan sahaja memerlukan murid yangmempunyai kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat sepertiintegriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing merekadalam membuat keputusan yang beretika. Pada masa yang sama,pembangunan identiti nasional yang kukuh perlu diimbangi denganpembangunan warga yang global.

o Mereka akan meninggalkan alam persekolahan sebagai warga globalyang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identitinasional yang kukuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalamkehidupan seharian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivikseperti dalam aktiviti sukarela, penerimaan individu berlainan agama,bangsa, keturunan dan etnik, amanah serta berintegrasi. Selain itu,setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagidiri dan keluarga mereka, atau kepada komuniti yang lebih besar sertanegara.

o Berteraskan Konsep “Masyarakat Membina Sekolah, Sekolah MembinaMasyarakat” , maka pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat inimerupakan pelengkap kepada Kurikulum Sekolah-Sekolah Malaysia(KSSM) yang mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selainberperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajarandalam bilik darjah, program yang dijalankan di luar bilik darjah jugaberperanan dalam membentuk perwatakan dan jati diri individu sertamemupuk semangat patriotisme dan perpaduan (seperti yang termaktubdalam Akta Pendidikan 1996 yang menitikberatkan kokurikulum sebagaiilmu yang wajib dipelajari oleh semua murid. Dalam ertikata lain, jikabidang akademik (dalam bilik darjah) sebagai sumber mengarap ilmu,kegiatan kokurikulum adalah makmal kepada murid-muridmempraktikkan ilmu tersebut). Oleh itu, bagi sekolah menengah, elemenkhidmat masyarakat akan dijadikan salah satu prasyarat untuk kelulusangraduan sekolah menengah.

o Cadangan perekayasaan program khidmat masyarakat menjurus kepadapelengkap dalam pembentukan Modal Insan yang Cemerlang dan Mantapdalam mentransformasikan Sistem Pendidikan Negara.

Page 3: panduan pelaksanaan khidmas

3

2.0 MATLAMAT

Program khidmat masyarakat menjurus kepada pelengkap dalampembentukan Modal Insan yang Cemerlang dan Mantap dalammentransformasikan Sistem Pendidikan Negara.

3.0 OBJEKTIF

o Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang

yang diperolehi semasa PdP.

o Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan

dikalangan murid.

o Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti khidmat

masyarakat.

o Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea,

masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.

o Penyediaaan ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) bagi murid-

murid dan warga sekolah.

o Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah transformasi

pendidikan yang dapat memenuhi aspirasi sistem dan aspirasi murid bagi

membentuk hala tuju yang jelas untuk menghasilkan modal insan yang

berkualiti.

o Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dapat

membentuk murid yang seimbang dari aspek jasmani ,emosi, rohani,

intelek dan sahsiah.

o Mengamalkan nilai perpaduan, kerjasama, bertolak ansur dan empati

melalui aktiviti pecah bendungan yang dijalankan.

Page 4: panduan pelaksanaan khidmas

4

4.0 TATACARA PELAKSANAAN

4.1 Kumpulan sasaran : Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima

4.2 Pemilihan aktiviti Program Khidmat Masyarakat yang akan dilaksanakanadalah berdasarkan

4.2.1 Lokasi dan keadaan geografi setempat.

4.2.2 Kemampuan kewangan

4.2.3 Keselamatan & kebajikan

4.2.4 Keperluan logistik

4.3 Aktiviti-aktiviti kesukarelawan

4.3.1 Pengelolaan

4.3.2 Penglibatan

4.3.3 Kempen

4.3.4 Menderma / Mengutip derma

4.4 Kategori Khidmat Masyarakat yang dicadangkan

4.4.1 Kejiranan / Komuniti

Contoh :

a) Gotong-royongb) Majlis Keraian

4.4.2 Alam Sekitar

Contoh :

a) Bumi Hijaub) Kesihatanc) Kebersihan

4.4.3 Bencana Alam

Contoh :

a) Banjirb) Kebakaranc) Tanah runtuh

Page 5: panduan pelaksanaan khidmas

5

4.4.4 Khidmat Jabatan / Agensi

Contoh :

a) Anti Dadahb) Anti Pontengc) Motivasi / Bengkel / Seminar/ Kolokium

4.4.5 Kebudayaan & Kesenian / Integrasi

Contoh :

a) Pertukaran pelajarb) Lawatanc) Sukan & Rekreasid) Persembahan kesenian

5.0 KAEDAH PENILAIAN

5.1 Berasaskan sekolah

5.2 Keseragaman format Pentaksiran Aktiviti, Jasmani, Sukan danKokurikulum (PAJSK) – memasukkan butiran perkara 4 denganpenambahbaikan.

5.3 Tempoh masa pelaksanaan : 40 jam bersamaa 10 jam kredit dalamtempoh lima tahun.

Tingkatan Satu : 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit Tingkatan Dua : 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit Tingkatan Tiga : 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit Tingkatan Empat : 10 jam bersamaan 2.5 jam kredit

5.4 Sekiranya murid masih tidak menyelesaikan 40 jam bersamaan 10 jamkredit dalam tempoh 4 tahun, bakinya hendaklah dilaksanakan semasadi Tingkatan Lima.

6.0 INSTRUMEN PENILAIAN (evident seperti berikut).

9.1 Rekod kehadiran / Penglibatan

9.2 Nama aktiviti

9.3 Ulasan Pencapaian / Hasil

9.4 Pengesahan / Perakuan

9.5 Contoh borang : Seperti di KhidMas 1, 2 dan 3.

Page 6: panduan pelaksanaan khidmas

6

7.0 PROSES PELAKSANAAN PROGRAM

*Pengelola – Sekolah (guru & murid) dan Agensi luar

Mula

Mesyuarat JK Kokurikulum

Cadangan & Penyelarasan

Aktiviti

Persediaan Aktiviti

Pengetua, Semua GPK, G8,

Penyelaras Sub Unit &

Ketua Guru Penasihat

GPK Kokurikulum, Guru

Penyelaras & Ketua

Guru Penasihat

Pengelola

PengelolaPelaksanaan Aktiviti

Penilaian / Maklumbalas

Objektif

tercapaiYa

Pelaporan +

DokumentasiPenambahbaikan

Tidak

SELESAI

Pengelola

Page 7: panduan pelaksanaan khidmas

7

8.0 PERANAN MURID

Mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Menghadiri sesi taklimat program pengenalan mengikut jadual yang telah

ditetapkan.

Membuat pemilihan aktiviti yang hendak disertai.

Melaksanakan aktiviti yang ditetapkan.

Sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi peraturan yang

ditetapkan semasa menjalankan aktiviti.

Memastikan peralatan/harta benda sekolah/agensi dikembalikan ke

tempat yang sepatutnya.

9.0 PERANAN GURU PENASIHAT

Memastikan pelajar mendapat kebenaran daripada ibu bapa ataupenjaga masing-masing sebelum menyertai program.

Menentukan persediaan sebelum aktiviti dijalankan (logistik, lokasi,kebenaran pihak berkaitan, urusan surat menyurat, kewangan,makan minum, pengangkutan dan lain-lain).

Menyampaikan taklimat program kepada murid-murid yang terlibat.

Melantik ketua kumpulan dan membuat pengagihan tugas.

Memantau pelaksanaan aktiviti murid.

Memastikan keselamatan murid sebelum, semasa dan selepasmenjalankan aktiviti.

Memastikan peralatan/harta benda sekolah dikembalikan ketempat yang sepatutnya.

Merekod dan mendokumenkan penglibatan murid untuk pelaporan.

Page 8: panduan pelaksanaan khidmas

8

9.0 PERANAN PENGETUA

Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan aktiviti

khidmat masyarakat.

o Pelantikan Jawatankuasa dan pengagihan tugas

o Mengkaji dan meluluskan kertas kerja aktiviti.

Memantau pelaksanaan aktiviti.

Menyemak dan mengesahkan penilaian.

Memastikan rekod dan laporan dibuat mengikut tempoh yang telah

ditetapkan.

Memastikan peraturan-peraturan tertentu dipatuhi.

Memastikan kebajikan dan keselamatan murid diberi keutamaan dalam

menjalankan aktiviti berkenaan.

Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan

bantuan khidmat terhadap pelaksanaan aktiviti.

10.0 MAKLUMBALAS PELAKSANAAN

Aktiviti pelaksanaan khidmat masyarakat murid boleh dibuat penambahbaikan hasildaripada maklumbalas pihak yang terlibat secara langsung di dalam aktivitiberkenaan. Menggunakan borang khas maklumbalas yang disediakan.(seperti diKhidMas 3)

Page 9: panduan pelaksanaan khidmas

9

KhidMas 1

BORANG PERAKUAN PENYERTAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Nama Aktiviti :.....................................................................

Tarikh :.....................................................................

Masa :.....................................................................

Tempat :.....................................................................

Bil. Nama Murid No. Kad Pengenalan Tingkatan

Ulasan pencapaian :..................................................................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................................................................

Disediakan oleh Setiausaha : Disahkan oleh Ketua Guru Penasihat:

................................................. .....................................................Nama : Nama :Tarikh : Tarikh :

Page 10: panduan pelaksanaan khidmas

10

KhidMas 3

BORANG MAKLUMBALAS PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Nama Aktiviti :.....................................................................

Tarikh :.....................................................................

Masa :.....................................................................

Tempat :.....................................................................

Sila tandakan ( / ) dalam ruang yang berkenaan :

Bil. Perkara 1 2 3 4 51. Pengurusan aktiviti teratur2. Peralatan yang disediakan mencukupi3. Murid menunjukkan kerjasama.4. Mengutamakan keselamatan murid5. Mengeratkan perpaduan dalam kalangan

murid6. Tempoh masa aktiviti bersesuaian7. Lokasi aktiviti sesuai8. Makanan yang disediakan mencukupi9. Murid mendapat pengalaman10. Meningkatkan kemahiran komunikasi11. Membina jatidiri12. Program ini perlu diteruskan

(1 – Sangat Tidak Setuju, 2 – Tidak Setuju, 3 – Kurang Setuju, 4 – Setuju, 5 –Sangat Setuju)

Ulasan dan cadangan (Jika ada) :

.......................................................................................................................................

.......................................................................................................................................

Page 11: panduan pelaksanaan khidmas

11

KhidMas 2

BORANG PERAKUAN PENYERTAANPROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN AGENSI LUAR

SMK ...............................................................

Nama Aktiviti :.....................................................................

Peringkat Penganjuran :.....................................................................

Pengelola / Agensi :.....................................................................

Nama Penuh Pegawai :.....................................................................

No. Tel. Bimbit :....................................... No. Tel. Pej. :..........................

Tarikh :.....................................................................

Masa :.....................................................................

Tempat :.....................................................................

Senarai murid yang terlibat :

Bil. Nama Murid No. Kad Pengenalan Tingkatan

Ulasan pencapaian :(sila tandakan / pada kotak berkenaan)

Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

Tandatangan : ............................................

Jawatan :.............................................

Tarikh : ............................................