panduan pelaksanaan dan penilaian ukjk

2
PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN AMALI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (AKADEMIK) KURSUS PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) AMBILAN JULAI 2010 1.0 PENDAHULUAN Matlamat Kursus Persediaan bagi Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah ini adalah untuk melahirkan pelajar lepasan SPM yang kukuh asas pengetahuan akedamik dan kemahiran dalam bidang pengajian sebagai persedian untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani, kurikulum yang dibina adalah menekankan kepentingan pengekalan penjagaan kesihatan diri yang berterusan dan penguasaan kemahiran dalam bidang sukan dan permainan. Komponen amali bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah bertujuan mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dari segi teori untuk meningkatkan tahap profesionalisme agar lebih mantap dan mampan. 2.0 RASIONAL Ujian Amali adalah sebahagaian daripada kerja kursus. Panduan dan spesifikasi ujian amali ini digubal adalah bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan ujian amali bagi semua mata pelajaran akedamik yang meempunyai komponen amali. Dengan panduan dan spesifikasi ini diharapkan proses pentaksiran pencapaian pelajar dalam aspek amali dapat diselaraskan dan dilaksanakan secara sistematik bagi mencapai standard prestasi yang ditetapkan dan menjamin kesahan dan kebolehpercaayaan ujian yang dilaksanakan. 3.0 OBJEKTIF PANDUAN PELAKSANAAN DAN SPESIFIKASI UJIAN AMALI Penggubalan Buku Panduan dan Spesifikasi Ujian Amali ini adalah bertujuan mencapai objektif berikut: 3.1 Menjadi rujukan kepada penilai-penilai Ujian Amali dalam melaksanakan pentaksiran prestasi pelajar dalam kemahiran amali yang ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran. 3.2 Mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang jelas dan autenik mengenai penguasaan kemahiran amali dalam sesuatu mata pelajaran 3.3 Menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan sah dalam membuat pemerhatian dan pemarkahan ujian amali yang dilaksanakan. 3.4 Mengekalkan kesetaraan ujian amali bagi sesuatu mata pelajaran antara maktab. 3.5 Menjamin ujian amali yang dilaksanakan mempunyai ciri kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Upload: zairedin

Post on 01-Jul-2015

516 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN AMALIPENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (AKADEMIK)KURSUS PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Pelaksanaan Dan Penilaian Ukjk

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN AMALIPENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (AKADEMIK)

KURSUS PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN(SEKOLAH RENDAH) AMBILAN JULAI 2010

1.0 PENDAHULUAN

Matlamat Kursus Persediaan bagi Program Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah ini adalah untuk melahirkan pelajar lepasan SPM yang kukuh asas pengetahuan akedamik dan kemahiran dalam bidang pengajian sebagai persedian untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani, kurikulum yang dibina adalah menekankan kepentingan pengekalan penjagaan kesihatan diri yang berterusan dan penguasaan kemahiran dalam bidang sukan dan permainan. Komponen amali bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah bertujuan mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dari segi teori untuk meningkatkan tahap profesionalisme agar lebih mantap dan mampan.

2.0 RASIONAL

Ujian Amali adalah sebahagaian daripada kerja kursus. Panduan dan spesifikasi ujian amali ini digubal adalah bertujuan untuk menyelaraskan pelaksanaan ujian amali bagi semua mata pelajaran akedamik yang meempunyai komponen amali. Dengan panduan dan spesifikasi ini diharapkan proses pentaksiran pencapaian pelajar dalam aspek amali dapat diselaraskan dan dilaksanakan secara sistematik bagi mencapai standard prestasi yang ditetapkan dan menjamin kesahan dan kebolehpercaayaan ujian yang dilaksanakan.

3.0 OBJEKTIF PANDUAN PELAKSANAAN DAN SPESIFIKASI UJIAN AMALI

Penggubalan Buku Panduan dan Spesifikasi Ujian Amali ini adalah bertujuan mencapai objektif berikut:

3.1 Menjadi rujukan kepada penilai-penilai Ujian Amali dalam melaksanakan pentaksiran prestasi pelajar dalam kemahiran amali yang ditetapkan dalam Sukatan Pelajaran.

3.2 Mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang jelas dan autenik mengenai penguasaan kemahiran amali dalam sesuatu mata pelajaran

3.3 Menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan sah dalam membuat pemerhatian dan pemarkahan ujian amali yang dilaksanakan.

3.4 Mengekalkan kesetaraan ujian amali bagi sesuatu mata pelajaran antara maktab.

Page 2: Panduan Pelaksanaan Dan Penilaian Ukjk

3.5 Menjamin ujian amali yang dilaksanakan mempunyai ciri kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

4.0 OBJEKTIF PENILAIAN AMALI KURSUS PPISMP

Objektif Penilaian Amali Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

4.1 Menguji sejauh mana tahap pencapaian pelajar menguasai kemahiran yang telah dipelajari selaras dengan matlamat kurikulum

4.2 Menggalakkan pelajar berusaha untuk memperbaiki pencapaian dan memantapkan kemahiran dalam bidang Pendidikan Jasmani selepas melalui ujian ini.

4.3 Menjadi kayu pengukur untuk menilai pencapaian dalam bidang Pendidikan Jasmani sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Dapatkan Norma Ujian di http://www.ziddu.com/download/14407262/PANDUANPELAKSANAANDANPENILAIANAMALI-UNITK.doc.html