pelaksanaan penilaian sekolah

14
PELAKSANAAN PENILAIAN SEKOLAH

Upload: amalina-an-nur

Post on 20-Jul-2015

249 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaksanaan penilaian sekolah

PELAKSANAAN

PENILAIAN

SEKOLAH

Page 2: Pelaksanaan penilaian sekolah
Page 3: Pelaksanaan penilaian sekolah

MERANCANG

O Menentukan hasil pembelajaran yang

hendak dinilai, kaedah penilaian dan

instrumen penilaian yang perlu digunakan.

Page 4: Pelaksanaan penilaian sekolah

MEMBINA

INSTRUMENPembinaan instrumen penilaian.

1. Jadual Penentuan Ujian (JPU) boleh membantu guru

membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang

ditentukan.

2. Penentuan hasil pembelajaran atau aras-aras kemahiran

bergantung kepada :

• Mata pelajaran

• Tajuk yang dinilai

• Peringkat kebolehan murid yang dinilai

• Wajaran aras kesukaran (mudah, sederhana, dan sukar)

Page 5: Pelaksanaan penilaian sekolah

LANGKAH MENYEDIAKAN

JPU1. Pilih tajuk yang hendak dinilai.

2. Tentukan hasil pembelajaran.

3. Tentukan bilangan soalan mengikut aras.

4. Tulis bilangan soalan dalam petak

berkenaan.

5. Semak jumlah dan peratus semua soalan

dalam lajur menegak dan mendatar.

Page 6: Pelaksanaan penilaian sekolah
Page 7: Pelaksanaan penilaian sekolah

MELAKSANAKAN

PENILAIANO Hasil pembelajaran yang telah dikenalpasti

boleh dinilai dengan menggunakan kaedah :

1. Pemerhatian

2. Lisan

3. Penulisan

Page 8: Pelaksanaan penilaian sekolah

Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

• Mengesan serta-merta

Mengesan penguasaan hasil pembelajaran serta-merta dalam

pengajaran harian dan tidak memerlukan instrumen yang

khusus

• Mengesan kemajuan

Mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa

pembelajaran

Perlu dirancang secara individu atau kumpulan

• Mengesan pencapaian

Mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau

pada akhir program

Perlu dirancang secara individu

Page 9: Pelaksanaan penilaian sekolah

PENILAIAN SECARA

PEMERHATIANO Digunakan untuk menilai aspek yang sukar dikesan melalui

kaedah lisan dan penulisan seperti sikap, kemahiran kinestetik

dan kemahiran mereka cipta.

O Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku

skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai

sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.

O Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru

melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang

diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.

O Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan

skala kadar.

Page 10: Pelaksanaan penilaian sekolah

PENILAIAN SECARA lisan

O Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku

interaksi antara murid dengan guru, murid dengan murid, murid

dengan bahan pembelajaran.

O Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah penggunaan

bahasa yang tepat, kefasihan menghafaz, dan sebutan dalam

berbahasa.

O Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti bacaan

kuat, syarahan, perbahasan, dan bercerita

Page 11: Pelaksanaan penilaian sekolah

PENILAIAN SECARA

penulisanO Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan

memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti karangan,

dan ujian bertulis

O Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan

perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti

kemahiran menulis, menyusun idea, penggunaan tanda baca,

dan perbendaharaan kata.

Page 12: Pelaksanaan penilaian sekolah

merekod

O Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan

dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.

O Maklumat dalam rekod perlu dikemas kini dari masa ke semasa untuk

memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.

O Perlu dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan

pelaporan.

O Boleh dibuat dalam bentuk seperti memberi markah atau gred dan di

dokumentasikan dalam dokumen seperti buku rekod mengajar dan

laporan kemajuan murid.

Page 13: Pelaksanaan penilaian sekolah

melaporO Pelaporan ialah proses penyampaian maklumat penilaian dari

semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran,

nilai, sikap dan pencapaian murid.

O Maklumat untuk pelaporan diperoleh daripada rekod penilaian.

O Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut

keperluan untuk membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa

mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

O Guru melaporkan perkara yang relevan berkaitan murid merangkumi

kekuatan dan kelemahan pembelajaran.

Page 14: Pelaksanaan penilaian sekolah

Tindakan susulanO Tindakan susulan adalah aktiviti pemulihan, pengukuhan

dan pengayaan.

O Aktiviti pemulihan dirancang bagi membantu murid

mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid

tidak terus terhimpun.

O Aktiviti pengukuhan menyumbang kepada pengukuhan

pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai.

O Aktiviti pengayaan dirancang untuk memberi peluang

kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar.