panduan mmm 2015

26
| MINGGU MESRA MAHASISWA

Upload: nur-afiqah

Post on 17-Feb-2016

61 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mmm

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

Page 2: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

KATA-KATA ALUAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya saya diberi kesempatan merakamkan sepatah dua kata di

dalam buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu UTM Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2015/2016 ini. Saya dan semua warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan saudara kerana telah berjaya melanjutkan pengajian di UTM. Kehidupan kampus merupakan cabaran baharu kepada saudara dalam proses menimba ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Seluruh warga kampus sentiasa bersedia memberi didikan, dorongan dan bimbingan kepada saudara dalam membentuk graduan berkualiti yang mampu mendukung wawasan negara. UTM telah menggariskan wawasan dan objektif yang jelas selaras dengan aspirasi negara, pastinya memerlukan penggemblengan usaha di antara tenaga akademik, pentadbiran dan juga para mahasiswa untuk bersama-sama memikul tanggungjawab ke arah wawasan dan objektif tersebut. Matlamat utama UTM adalah untuk menjadi institusi akademik yang berteraskan sains dan teknologi bertaraf dunia menerusi kreativiti. UTM sangat menggalakkan apa jua program mahasiswa bagi menjana penemuan idea, inovasi dan reka cipta. Saudara-saudari seharusnya memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk menghadapi cabaran ini. Tumpuan sepenuhnya harus diberikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. UTM berharap Program Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2015/2016 dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh saudara/saudari untuk mengenali UTM secara menyeluruh. UTM penuh yakin dengan dedikasi tinggi, keikhlasan serta semangat gigih, saudara akan mencapai kejayaan yang cemerlang. Selamat Maju Jaya! YBHG. PROF. DATUK IR. DR. WAHID BIN OMAR Naib Canselor UTM

i

Page 3: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

KATA-KATA ALUAN

TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEM & ALUMNI)

Assalamualaikum wm. wbt. dan Salam Sejahtera, Selamat datang ke kampus induk Universiti Teknologi Malaysia. Tahniah kepada saudara yang telah berjaya ditawarkan tempat pengajian di sini. Pihak Universiti yakin pemilihan UTM sebagai pusat

pengajian tinggi akan membawa kejayaan dan kecemerlangan baik kepada diri sendiri mahupun kepada keluarga. Kami di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA) mengalu-alukan kedatangan saudara sekalian. WE CARE merupakan moto Pejabat HEMA di mana kami sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik dari segi kemudahan dan perkhidmatan mahasiswa bagi menjadikan kembara ilmu saudara di kampus ini merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan serta membantu saudara dalam mengejar impian dan cita-cita murni negara. Sempena dengan kemasukan mahasiswa baharu, Universiti mengadakan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) bagi menyambut kedatangan mahasiswa baharu dengan suasana mesra, agar mahasiswa dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus dengan lebih kondusif. Peluang ini juga menggalakkan mahasiswa berkenalan dengan rakan baharu daripada berbilang kaum dan latar belakang yang berbeza agar dapat memperluaskan lagi konsep perkongsian dan pemahaman silang budaya. Selain itu, ia memberi satu pengalaman baharu untuk memupuk nilai berdikari di samping membantu menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan baharu di dalam kampus. Konsep ”Pengalaman Kampus Secara Menyeluruh” atau Total Campus Experiencemenekankan pengalaman mahasiswa untuk menggunakan segala peluang dan kemudahan yang disediakan bagi membentuk modal insan yang holistik, berdaya saing, berketrampilan, inovatif, mempunyai ciri-ciri keusahawanan serta penghayatan global berdasarkan nilai-nilai murni dan etika profesional. Saya berharap maklumat dalam buku ini dapat membantu saudara sebagai persiapan dalam menjalani minggu pertama semester dengan penuh bersemangat. Salam Mesra dan Selamat Maju Jaya! PROF. DR. MOHD. ISMAIL BIN ABD. AZIZ Timbalan Naib Canselor (HEM & Alumni)

ii

Page 4: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

Kandungan

1.0 Tawaran Pengajian ........................................................................................................... 1

2.0 Persediaan Sebelum Hari Pendaftaran ............................................................................. 1

3.0 Panduan Semasa Tiba di Universiti Teknologi Malaysia(Kampus Johor Bahru) ............ 1-2

4.0 Semasa Hari Pendaftaran ............................................................................................... 3-6

5.0 Kelengkapan Kolej Yang Perlu dan Boleh Dibawa .......................................................... 7-8

6.0 Minggu Mesra Mahasiswa .......................................................................................... 9-11

7.0 Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar Dan Semasa Program Minggu Mesra Mahasiswa ........................................................................ 12-13

8.0 Kemudahan-kemudahan Umum (UTM Johor Bahru) .............................................. 14-15

9.0 Kemudahan-kemudahan Umum (UTM Kuala Lumpur)............................................ 15-16

10.0 Bantuan Kewangan .................................................................................................. 16-18

11.0 Pertanyaan & Maklumat Lanjut .............................................................................. 19-20

12.0 Lagu Universiti: Keunggulan Terbilang .......................................................................... 21

iii

Page 5: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

1.0 TAWARAN PENGAJIAN

1.1 MAKLUMAT TAWARAN PENGAJIAN KE UTM Maklumat yang berkaitan dengan tawaran pengajian ke UTM boleh dimuat turun melalui laman web https://jpt.utm.my.

1.2 PERHATIAN!

Mahasiswa yang mendapat tawaran pengajian di UTM Kuala Lumpur dikehendaki mendaftar di KOLEJ TUN DR ISMAIL, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, KAMPUS JOHOR BAHRU bagi mengikuti program Minggu Mesra Mahasiswa Sesi 2015/2016 mulai 1 hingga 3 September 2015. Pelajar UTM Kuala Lumpur akan bertolak balik ke kampus UTM Kuala Lumpur pada 3 September 2015 (jam 2.00 petang) dengan menaiki bas yang akan disediakan.

2.0 PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

2.1 Sekiranya saudara membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan ini, saudara perlu membuat proses e-Daftar melalui laman web https://jpt.utm.my (Rujuk Carta Alir Proses e-Daftar yang disediakan dalam web tersebut).

*Maklumat kaedah pembayaran yuran pendaftaran terdapat dalam carta alir proses e-daftar.

2.2 Menyediakan keperluan peribadi seperti duit saku yang berpatutan untuk

membeli keperluan harian, peralatan kuliah, buku, kelengkapan kolej seperti langsir, cadar, sarung bantal, bantal dan selimut (sila rujuk perincian kelengkapan kolej di mukasurat 7-8).

3.0 PANDUAN SEMASA TIBA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(KAMPUS JOHOR BAHRU)

3.1 PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN KE UTM JOHOR BAHRU

3.1.1 Teksi Ke Kampus UTM a. Tambang teksi dari Pusat Bandaraya Ke UTM - RM30.00 (tertakluk

kepada perubahan)

b. Tambang teksi dari Lapangan Terbang Senai - RM44.00 (tertakluk kepada perubahan)

1

Page 6: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

3.1.2 Keperluan Kenderaan Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan

Stesen Bas Larkin, Johor Bahru

a. Pejabat HEMA hanya menyediakan perkhidmatan pengambilan dari

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Stesen Bas Larkin, Johor

pada 1 September 2015 SAHAJA.

b. Bagi mahasiswa yang memerlukan perkhidmatan ini, diminta untuk

menghubungi:

Nama : En Khairil Zaidi Mohd Zaki (Unit Perkhidmatan)

Talian : 07-5530262/ 5530263

Jangkamasa : 1 minggu sebelum hari pendaftaran

Hari/Masa : Ahad hingga Rabu,

8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.30 hingga

5.00 petang.

Emel : [email protected]

(Saudara diingatkan supaya tidak menggunakan perkhidmatan

teksi yang tidak berpermit (teksi haram) demi keselamatan

saudara.)

3.1.3 Kenderaan Sendiri

Bagi mahasiswa yang datang ke kampus dengan kenderaan sendiri, sila

perhatikan tanda arah meletak kenderaan yang disediakan oleh pihak

Universiti. Saudara diminta mematuhi arahan Pegawal Keselamatan

yang bertugas untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sepanjang

proses pendaftaran dijalankan. Kerjasama saudara dalam perkara ini

amatlah dihargai.

3.2 KEMUDAHAN PENGINAPAN

Sekiranya saudara sekeluarga memerlukan penginapan, berikut adalah di

antara senarai hotel, nombor telefon dan anggaran jarak hotel berikut dari

UTM bagi memudahkan proses penempahan anda:

Bil Nama Hotel No. Telefon Jarak dari UTM Lokasi

1 Scholar’s Inn UTM 07-5535197 -dalam kampus- -dalam kampus-

2 Tun Ghafar Baba Residence

07-5537711 -dalam kampus- -dalam kampus-

3 Hotel Seri Malaysia 07-2211002 20 km Larkin

2

Page 7: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

4 Hotel Mutiara 07-3300300 22 km Johor Bahru

5 Hotel Rasa Sayang 07-2248600 22 km Johor Bahru

6 Hotel Good Hope 07-5572828 6 km Taman Skudai Baru

7 Hotel Puteri Pacific 07-2199999 22 km Johor Bahru

8 Le Grandeur Palm Resort Johor

07-5996000 12 km Senai

9 Pulai Spring Resort 07-5212121 4 km Jalan Pontian

10 Thistle Hotel JB 07-2229234 22 km Johor Bahru

11 Rose Cottage 07-5211366 2 km Taman Universiti

Bagi pelajar yang tiba di kampus secara BERSEORANGAN sebelum hari pendaftaran, saudara bolehlah menghubungi kolej kediaman masing-masing (senarai no. telefon kolej kediaman adalah seperti di mukasurat 19-20 untuk terus mendaftar masuk SEHARI SEBELUM HARI PENDAFTARAN.

4.0 SEMASA HARI PENDAFTARAN

Sila mendaftar penginapan berdasarkan Kolej Kediaman seperti yang tertera dalam surat tawaran. Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran adalah seperti dalam senarai semak yang boleh dicapai melalui https://jpt.utm.my. 4.1 TINDAKAN SEMASA DI KAUNTER PENDAFTARAN

Tarikh pendaftaran : 1 September 2015 (Selasa) Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang Tempat : Kolej Kediaman seperti yang tertera dalam surat

tawaran

(Bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur, saudara dikehendaki mendaftar di Kolej Tun Dr Ismail, UTM Johor Bahru bagi mengikuti Minggu Mesra Mahasiswa bersama semua pelajar baharu di kampus UTM Johor Bahru).

* Bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur, urus setia dari UTM Kuala Lumpur akan

membuka kaunter di setiap checkpoint. Sila berurusan terus ke kaunter pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja di setiap checkpoint.

3

Page 8: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

KAUNTER YANG PERLU ANDA LALUI

Anda digalakkan menanda (/) di dalam kotak untuk semakan.

KAUNTER 1 (INFORMASI & SEMAKAN)

1. Pertanyaan dan semakan Dokumen

KAUNTER 2 (KOLEJ KEDIAMAN)

1. Pengesahan dan Semakan Surat Tawaran

2. Semakan nama pelajar baharu di dalam sistem e-daftar

(Petugas mengemaskini rekod pendaftaran bilik pelajar dan cenderamata dalam sistem e-daftar)

3. Pelajar UTM Johor Bahru : Penyerahan kunci setelah mendapat nombor blok

dan bilik pelajar (Pelajar menyemak nombor kunci dan menandatangani dokumen penyerahan kunci)

4. Pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja: Penyerahan kunci sementara setelah

mendapat nombor blok dan bilik pelajar (Pelajar menyemak nombor kunci dan menandatangani dokumen penyerahan kunci sementara) 5. Penyerahan Borang UTMP5 yang dicetak dari sistem e-daftar 6. Pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja : Pembayaran yuran Kolej Siswa Jaya

berharga RM50.00

4

Page 9: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

KAUNTER 3 (CENDERAMATA)

1. Pastikan Anda Mendapat:

a) Beg

b) Buku Panduan Mahasiswa Pejabat HEMA & Buku Peraturan Mahasiswa

c) Atur cara Minggu Mesra Mahasiswa 2015/2016

d) Cenderamata

KAUNTER 4 (AKUJANJI DAN OKU)

1. Pengesahan Surat Aku Janji Mahasiswa (2 salinan)

2. Serahkan Borang Orang Kelainan Upaya (OKU) (Jika berkaitan)

KAUNTER 5 (KLINIK)

1. Ujian Rabun Warna:

Bagi pelajar fakulti berikut di UTM Johor Bahru:

(Bagi Fakulti Kej. Elektrik, Fakulti Kej. Petroleum & Kej. Tenaga Diperbaharui, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Biosains & Kej. Perubatan (SMBE) dan Fakulti Alam Bina (SBEA/SBEL/SBEP).

2. Bagi pelajar UTM Kuala Lumpur sahaja:

Serahan borang Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthetic) dan Pembedahan

(1C)

PERHATIAN: Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan di Pusat Kesihatan Universiti UTM mengikut tarikh temujanji dalam slip e-daftar.

5

Page 10: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

PERINGATAN!

a. Semua mahasiswa baharu yang telah selesai proses pendaftaran dan telah

menandatangani Surat Aku Janji adalah dengan ini terikat dengan Akta

Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-Kaedah Universiti Teknologi

Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999.

b. Mahasiswa diingatkan supaya membaca Buku Peraturan Mahasiswa,

Universiti Teknologi Malaysia dan diminta untuk tidak melakukan apa-apa

perkara yang bertentangan dengan peraturan bertulis yang digunapakai oleh

Universiti.

c. Mana-mana mahasiswa yang telah disabitkan kesalahan akan dikenakan

tindakan yang setimpal dengan kesalahannya yang ditetapkan oleh Pihak

Berkuasa Tatatertib Mahasiswa. Kesalahan yang telah disabitkan ke atasnya

bersama tindakannya sekali akan dicatat ke Rekod Peribadi Mahasiswa yang

boleh menjejaskan masa depan mahasiswa (pesalah) selepas tamat pengajian

kelak.

d. Kenderaan Bermotor

Mahasiswa Tahun Satu TIDAK DIBENARKAN membawa/ menyimpan atau

memiliki kenderaan bermotor di dalam kampus.

e. Simpanan Wang

Mahasiswa digalakkan untuk menyimpan wang di dalam bank dan TIDAK

membawa tunai secara berlebihan ketika hari pendaftaran dan Minggu

Mesra Mahasiswa untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian. Universiti

tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kehilangan harta peribadi dan

wang tunai sepanjang pengajian mahasiswa.

6

Page 11: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

5.0 KELENGKAPAN KOLEJ YANG PERLU DAN BOLEH DIBAWA

5.1 KADAR SEWA KOLEJ KEDIAMAN (Tertakluk Kepada Jenis Bilik Yang

Ditawarkan)

Jenis Kadar Sewa (Hari)

Berdua RM3.50-RM5.00

5.2 KELENGKAPAN KOLEJ YANG PERLU DIBAWA

a. Langsir (Pelajar UTM Johor sahaja)

2 helai langsir (2 keping berukuran lebar: 72 inci (1.8meter), tinggi: 76 inci (1.9 meter), warna gelap, berpencangkuk dan boleh dilaraskan)

b. Cadar & Selimut (Pelajar UTM Johor Bahru & Kuala Lumpur)

2 helai cadar berukuran katil bujang,

2 helai sarung bantal, bantal dan selimut.

7

Page 12: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

5.3 Peralatan yang DIBENARKAN BAWA DAN PERLU DIDAFTARKAN Peralatan ini akan dikenakan bayaran penggunaan elektrik seperti berikut:

5.4 Peralatan yang DILARANG PENGUNAANNYA

Bil Nama Peralatan Kadar/Semester Catatan

1 Pengecas Telefon Percuma 2 Komputer/laptop Percuma 3 Seterika RM10

Pakej RM15 4 Cerek Elektrik RM10

5 Pembakar Roti RM10

6 Pengering Rambut RM5

7 Radio RM5

Bil. Nama Peralatan Bil. Nama Peralatan

1. Peti Sejuk 5. Dapur Pemanas

2. Periuk Nasi/ Serbaguna Elektrik

6. Pengisar

3. Ketuhar mikro 7. Pemanas Elektrik

4. Boiler 8. Dapur , Mesin basuh

8

Page 13: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

6.0 MINGGU MESRA MAHASISWA (MMM)

Kedatangan mahasiswa baharu setiap tahun memang dinanti-nantikan oleh Universiti. Minggu Mesra Mahasiswa adalah laluan pertama bagi mahasiswa baharu sebagai persediaan menjadi sebahagian daripada masyarakat Universiti. Pengharapan mereka terhadap kehidupan di Universiti digarap melalui perlaksanaan Minggu Mesra Mahasiswa supaya seiring dengan nilai dan budaya Universiti agar bersesuaian dengan kehendak mahasiswa dan seterusnya dapat mengikuti program pembelajaran Universiti dengan penuh yakin dan jayanya. Mahasiswa baharu yang menjejakkan kaki ke Universiti membawa bersama-sama mereka kepelbagaian latar belakang, sifat, fahaman, harapan dan pengalaman. Kepelbagaian ini adalah merupakan satu aset yang penting, bukan sahaja dapat menyatupadukan mahasiswa, memupuk perasaan saling memahami dan sikap toleransi antara satu sama lain malahan juga boleh dijadikan sumber kekuatan untuk memperkayakan diri melalui peluang pembelajaran yang berterusan antara satu sama lain. Minggu Mesra Mahasiswa dirancang bersesuaian dengan hasrat kedatangan mahasiswa baharu dapat disambut dengan penuh kemesraan supaya mereka tertarik dengan kehidupan di Universiti yang boleh mencetus semangat, motivasi dan daya saing bagi mencapai kecemerlangan akademik serta kehidupan yang harmoni. 6.1 OBJEKTIF

Minggu Mesra Mahasiswa diadakan dengan objektif berikut:

a. Memberi penerangan yang jelas kepada mahasiswa mengenai matlamat, fungsi dan hala tuju universiti.

b. Memberi motivasi kepada mahasiswa untuk berjaya dalam bidang

akademik dan kokurikulum semasa di universiti. c. Memupuk nilai berdikari di samping membantu mereka menyesuaikan

diri dengan sistem pembelajaran dan kehidupan baharu di dalam kampus.

d. Menanam dan menyuburkan nilai-nilai murni serta mengeratkan

perhubungan kaum menerusi pelbagai program pembangunan mahasiswa.

9

Page 14: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

6.2 PENGISIAN MINGGU MESRA MAHASISWA

6.2.1 MAJLIS BERSAMA PEMIMPIN Bagi membuka minda, fikiran dan menghidupkan budaya keintelektualan mahasiswa, majlis-majlis ucap utama seperti ucapan pemimpin negara seperti Menteri Besar Johor, Naib Canselor UTM, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) UTM dan Pengarah Kampus. Pendedahan kepada majlis sebegini rupa diharapkan memberi pengetahuan dan pengalaman yang baharu kepada mahasiswa serta memberi peluang kepada mahasiswa mempelajari perjalanan sesuatu majlis formal.

6.2.2 PROGRAM BERSAMA TETAMU PILIHAN UTM

Program yang memberi peluang kepada mahasiswa baru untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan berdialog bersama-sama dengan tetamu pilihan UTM yang merupakan Alumni UTM.

6.2.3 PROGRAM INTERAKSI DENGAN PEGAWAI KANAN UNIVERSITI

Program tertentu yang memberi peluang kepada mahasiswa berinteraksi dengan Pegawai Kanan Universiti seperti upacara perasmian Minggu Mesra Mahasiswa yang melibatkan seluruh pegawai kanan Universiti dan juga program berinteraksi di peringkat fakulti dan jabatan seperti bersuaikenal dengan Dekan Fakulti, Profesor dan Ketua-ketua jabatan akan diaturkan melalui program Minggu Mesra Mahasiswa tersebut. Program berinteraksi sebegini diharap dapat menambah keyakinan di dalam diri mahasiswa baharu bagi memulakan kehidupan di kampus.

6.2.4 PROGRAM PENGHAYATAN NILAI MURNI

Bagi menyemai dan menyuburkan sikap dan penghayatan, nilai murni berlandaskan kesedaran kepada Tuhan, program usrah, ceramah agama, ceramah motivasi dan solat berjemaah (bagi mahasiswa beragama Islam) akan diadakan di masjid atau surau kolej kediaman.

6.2.5 PROGRAM PENINGKATAN KETATANEGARAAN

Bagi mahasiswa yang bukan beragama Islam, program berbentuk tatasusila dan kesedaran sivik serta ceramah akan diadakan bermatlamat untuk memantapkan lagi nilai sosial, perhubungan dan budaya ilmu di kalangan mereka.

6.2.6 PROGRAM SUKAN DAN RIADAH & PAMERAN KELAB/ PERSATUAN &

KEUSAHAWANAN Bagi memberi peluang kepada mahasiswa menunjukkan bakat yang sedia ada, program sukan dan riadah akan diadakan. Mahasiswa akan diberikan ruang yang luas melibatkan diri secara menyeluruh di dalam sukan bagi merebut pengalaman yang berguna dan manfaat yang berterusan.

10

Page 15: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

Selain itu, Pameran Kelab/ Persatuan & Keusahawanan diadakan bagi mengeratkan semangat 1Malaysia antara mahasiswa baharu dan memperkenalkan kelab/ persatuan/ JKM untuk menarik minat mahasiswa berpersatuan di UTM.

6.2.7 TAKLIMAT PROGRAM-PROGRAM UNIVERSITI

Pengisian program terdiri daripada Taklimat Integriti, Taklimat PTPTN & Bantuan Kewangan, Taklimat 5 Excellent Track Programme dan taklimat dari beberapa bahagian/jabatan di UTM seperti Perpustakaan Sultanah Zanariah, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta UTM Campus Sustainability. Taklimat Bantuan Kewangan bertujuan untuk memberikan penerangan ringkas kepada mahasiswa baru berkaitan proses permohonan biasiswa/pinjaman, urusan temuduga, permohonan pelanjutan penajaan dan lain-lain yang berkaitan. Taklimat PTPTN yang diberikan oleh pegawai PTPTN pula bertujuan memberikan penerangan secara langsung kepada mahasiswa baru berkaitan permohonan pembiayaan PTPTN di samping mahasiswa boleh mengajukan soalan jika terdapat sebarang kemusykilan.

6.2.8 SESI BERSAMA MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA

Sesi ini memberi peluang kepada mahasiswa baru untuk mengenali dan berinteraksi dengan barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dan dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab MPM di dalam kampus.

11

Page 16: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

7.0 SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN SEMASA PROGRAM MINGGU MESRA MAHASISWA

7.1 KOD ETIKA PAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

7.1.1 Setiap mahasiswa yang datang mendaftar mestilah memakai pakaian

formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan. Pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa UTM.

Sahsiah Rupa Diri Mahasiswa

Sahsiah Rupa Diri Mahasiswi

Berpakaian formal, kemeja berlengan panjang (warna bebas), bertali leher, berseluar ‘slack’ gelap. Berkasut gelap. Tidak dibenarkan memakai selipar Rambut mestilah pendek, kemas, tidak diwarnakan, tidak berekor, fesyen rambut yang tidak keterlaluan tidak menutup telinga dan tidak menutup kening. Tidak memakai subang, anting-anting serta rantai leher

Berpakaian baju kurung (warna bebas) atau baju lengan panjang berkolar, berkain labuh berwarna gelap Pakaian mestilah tidak menjolok mata seperti pakaian ketat, jarang, pendek dan berbelah Tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka (purdah). Berkasut gelap dan berstokin gelap. Tidak dibenarkan memakai selipar. Rambut hendaklah berada dalam keadaan kemas dan tidak diwarnakan.

7.1.2 Mahasiswa yang tidak mematuhi peraturan di atas atau tidak

menuruti Tatacara Pakaian Pelajar yang telah ditetapkan TIDAK akan dibenarkan mendaftar.

7.1.3 Maklumat lengkap adalah seperti dalam Buku Peraturan Mahasiswa

UTM yang akan diedarkan pada hari pendaftaran.

12

Page 17: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

7.2 KOD ETIKA PAKAIAN SEPANJANG MINGGU MESRA MAHASISWA

Bil Mahasiswa Minggu Mesra Mahasiswa

Pakaian Harian Pakaian Upacara Rasmi Universiti

1 Lelaki T-shirt berlengan pendek seluar panjang sukan (track bottom)

Pakaian sukan yang sesuai termasuk kasut sukan dan stokin

Tidak dibenarkan memakai kemeja "T" tidak berkolar, seluar jeans atau selipar.

Kemeja berlengan panjang (warna cerah), bertali leher dan berseluar Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi Beragama Islam. Keperluan untuk solat termasuk pakaian baju Melayu kebangsaan lengkap, bersamping dan songkok berwarna hitam atau biru tua gelap

2 Perempuan T-shirt berlengan panjang seluar panjang sukan (track bottom)

Pakaian sukan yang sesuai termasuk kasut sukan dan stokin

Berpakaian baju kurung (warna bebas) atau baju lengan panjang berkolar, berkain labuh berwarna gelap. Tidak dibenarkan memakai pakaian yang menutup muka (purdah).

Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi.

(Sebarang perubahan pemakaian akan dimaklumkan kemudian)

13

Page 18: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

MAKLUMAT UMUM

8.0 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM (UTM JOHOR)

8.1 PUSAT KESIHATAN

Pusat Kesihatan Universiti di Blok J01 memberi rawatan dan kemudahan perubatan kepada mahasiswa pada hari Ahad hingga Khamis dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

8.1.1 Rawatan Kecemasan Sila hubungi 07-5530999 bagi mendapatkan rawatan sekiranya berlaku kecemasan. Mahasiswa juga boleh mendapatkan bantuan daripada Pengetua/ Felo Kolej ataupun Krew-krew yang bertugas semasa Minggu Mesra Mahasiswa di kolej-kolej kediaman saudara untuk bantuan kecemasan.

8.2 BANK

Perkhidmatan Bank yang beroperasi di dalam UTM Kampus Johor adalah CIMB sahaja.

8.3 PERKHIDMATAN MESIN KAD AUTO-TELLER (ATM)- MEPS

Perkhidmatan mesin kad auto-teller ATM-MEPS yang boleh didapati di sekitar UTM kampus Johor adalah seperti berikut:

Bil Mesin Kad Auto-Teller ATM-MEPS

Lokasi

a. CIMB Aras 1 Bangunan Persatuan Mahasiswa

Arked Kolej Datin Seri Endon

Arked Cengal dan Arked Kolej 11

b. Maybank Arked Kolej Perdana

c. Bank Islam Malaysia Berhad Aras 1 Bangunan Persatuan Mahasiswa

Arked Cengal

d. Bank Simpanan Nasional Aras 1 Bangunan Persatuan Mahasiswa

8.4 PERKHIDMATAN BAS TRANSIT

Perkhidmatan bas transit ulang alik dari kolej kediaman mahasiswa ke fakulti disediakan seawal jam 7.15 pagi hingga jam 11.30 malam setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am. Saudara hendaklah menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan.

14

Page 19: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

8.5 KEMUDAHAN DI KOLEJ KEDIAMAN Berikut adalah kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolej-kolej kediaman

Kolej/Kemudahan Wi-Fi Kafe ATM Surau Mesin Basuh

Gelanggang Sukan

Bilik Aktiviti

Bas

Kolej Rahman Putra

/ / × / / / / /

Kolej Tun Fatimah / / × / / / / /

Kolej Tun Razak / / × / / / / /

Kolej Tun Hussein Onn

/ / × / / / / /

Kolej Tun Dr. Ismail

/ / / / / / / /

Kolej Tuanku Canselor

/ / × / / / / /

Kolej Perdana / / / / / / / /

Kolej 9 & 10 / / × / / / / /

8.6 Perkhidmatan Pejabat Pos terletak di Bangunan Persatuan Mahasiswa. 8.7 Kemudahan kafetaria lain boleh didapati di Bangunan Persatuan Mahasiswa,

Arked Cengal, Arked Meranti dan Scholar’s Inn, Bangunan Alumni, CICT, Laman Siswa dan Fakulti Kejuruteraan Kimia.

8.8 Masjid Sultan Ismail terletak berdekatan dengan Dewan Sultan Iskandar.

9.0 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM (UTM KUALA LUMPUR)

9.1 PUSAT KESIHATAN

Pusat Kesihatan Universiti memberi rawatan dan kemudahan perubatan kepada mahasiswa pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

9.2 PERKHIDMATAN MESIN KAD AUTO-TELLER (ATM)- MEPS

Bil Mesin Kad Auto-Teller ATM-

MEPS Lokasi

1. Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Dalam kampus UTM Kuala Lumpur

Kolej Siswa Jaya (KSJ)

2. Maybank Dalam kampus UTM Kuala Lumpur

15

Page 20: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

9.3 PERKHIDMATAN BAS TRANSIT

Perkhidmatan bas transit dari Kolej Siswa Jaya ke Kampus atau sebaliknya disediakan seawal jam 7.00 pagi hingga 10.30 malam setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am. Saudara digalakkan menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan.

9.4 Kemudahan fotokopi, kedai runcit dan mesin basuh berbayar disediakan di

Kolej Siswa Jaya (KSJ). 9.5 Kemudahan kafetaria terdapat di dalam kampus. 9.6 Masjid UTM terletak di kampus dan surau disediakan di Kolej Siswa Jaya (KSJ).

10.0 BANTUAN KEWANGAN

Pihak Universiti tidak menawarkan bantuan kewangan kepada mahasiswa. Oleh itu mahasiswa adalah dinasihatkan untuk memohon biasiswa/dermasiswa/pinjaman atau lain-lain bentuk bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun atau syarikat/agensi swasta melalui iklan yang dikeluarkan samada di akhbar tempatan atau melalui laman web yang berkaitan. Bagi tujuan ini, mahasiswa diminta untuk membuat persediaan awal dengan membawa bersama dokumen-dokumen ASAL dan salinan fotokopi yang telah DISAHKAN* seperti di bawah semasa hari pendaftaran : a. Salinan kad pengenalan; b. Salinan surat tawaran kemasukan ke UTM; c. Salinan sijil-sijil persekolahan/Matrikulasi/Asasi/Diploma d. Salinan surat beranak ; e. Gambar berwarna berukuran pasport; f. Salinan sllip gaji terkini ibu bapa/penjaga atau Borang ’J’ (bagi ibu bapa yang

bekerja) atau surat pengesahan pendapatan ibu bapa/ penjaga (bagi yang bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) ;

g. Salinan sijil kerakyatan (jika ada) ; dan h. Salinan maklumat nombor akaun Bank CIMB (bagi mahasiswa UTM Johor) atau

Bank Islam (bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur). * Pengesahan dokumen hanya boleh dibuat sama ada oleh Pengetua, Guru Besar Sekolah, (Sekolah Kerajaan sahaja), Penghulu/ Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Mukim, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 ke atas (dahulunya Kumpulan A), atau Jaksa Pendamai.

Selain dari itu, pihak Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa juga akan mempamerkan iklan/notis mengenai tawaran biasiswa/pinjaman daripada agensi kerajaan atau swasta untuk makluman mahasiswa dari semasa ke semasa. Sila rujuk papan notis di Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa/ fakulti/ kolej kediaman atau boleh menghubungi Unit

16

Page 21: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

Bantuan Kewangan di talian 07-5530185 (bagi kampus UTM Johor Bahru) dan 03-26154282/4762 (bagi kampus UTM Kuala Lumpur) untuk keterangan lanjut. 10.1 PINJAMAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Untuk permohonan pembiayaan pinjaman PTPTN, saudara dikehendaki membuka akaun CIMB Bank (bagi mahasiswa UTM Johor Bahru) dan akaun Bank Islam (bagi mahasiswa UTM Kuala Lumpur). Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk kepada laman sesawang PTPTN di alamat www.ptptn.gov.my.

10.2 BANTUAN ZAKAT PUSAT ISLAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mahasiswa yang tergolong dalam golongan fakir miskin dan sedang mengikuti pengajian diploma atau ijazah sarjana muda secara sepenuh masa boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada Unit Kebajikan dan Zakat, Pusat Islam UTM. Pemohon hendaklah mengisi borang secara atas talian pada tarikh yang telah ditetapkan atau hadir terus ke Pejabat Pusat Islam UTM. 10.2.1 Jenis-jenis bantuan zakat yang terdapat di Pusat Islam UTM ialah:

1. Bantuan zakat yuran pengajian (Tidak menerima tajaan atau pinjaman & jumlah yang diberikan maksima RM1000/sem).

2. Bantuan zakat sara diri (RM300-RM600).

3. Bantuan zakat sementara

(Wang tajaan atau pinjaman lewat masuk & jumlah yang diberikan maksima RM150/bulan).

4. Bantuan zakat bagi projek tahun akhir (RM100).

5. Bantuan zakat bagi menjalani latihan industri (RM100-

RM300).

6. Bantuan zakat kecemasan: i. Bantuan zakat tambang bas pulang ke kampung

(Sekali sahaja untuk setiap semester & jumlah yang diberikan RM50-RM150 atau mengikut pertimbangan pihak Pusat Islam UTM).

ii. Bantuan zakat bagi kes-kes seperti kecurian,

kemalangan, kesihatan, OKU dan lain-lain yang difikirkan perlu (RM50-RM200 atau mengikut pertimbangan pihak Pusat Islam UTM).

17

Page 22: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

Sebarang maklumat lanjut berkenaan bantuan kebajikan dan zakat, mahasiswa boleh hadir terus ke Pejabat Pusat Islam UTM atau menghubungi talian berikut:

Alamat : Unit Kebajikan & Zakat

Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru, Johor

No. Tel : 07-553 7508 / 07-553 7521

Alamat : Unit Kebajikan & Zakat Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia Jalan Sultan Yahya Petra 54100 Kuala Lumpur

No. Tel : 03-2203 1603

18

Page 23: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

11.0 PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

Segala pertanyaan berkaitan dengan pendaftaran, sila hubungi urus setia seperti berikut:

PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA UTM JOHOR

Bahagian Perkhidmatan & Kemudahan

Tuan Haji Harun bin Mohd Timbalan Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 07-5530279/5530265 Faks : 07-5530491 E-mel : [email protected] Pn Norsita binti Zakirai @ Zakaria Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 07-5530513 E-mel : [email protected] KOLEJ- KOLEJ KEDIAMAN UTM JOHOR: 1. Encik Seidi bin Mohamad Pengurus Asrama Kanan Unit Perumahan & Kolej Kediaman

Tel: 07-5532554 Faks: 07-5532553

Emel: [email protected] 2. Encik Zulkepli bin Jemain Kolej Rahman Putra (KRP) Tel: 07-5537246/5537242 Faks: 07-5532701 Emel: [email protected] 3. Puan Salmiah binti Salleh Kolej Tun Fatimah (KTF) Tel: 07-5537259/5537255/37256 Faks: 07-5532702 Emel: [email protected] 4. Encik Mohd Ismahadi bin Mohd Isa Kolej Tun Razak (KTR) Tel : 07-5537277/ 5530542 Faks: 07-5532703 Emel: [email protected]

5. Puan Noraishah binti Abdullah Kolej Perdana (KP) Tel : 07-5536610/5536609/36614 Faks: 07-5535000 Emel: [email protected]

6. Encik Hamdan Abd Ghani

Kolej 9 & 10 Tel : 07-5535016/5535008 Faks: 07-5535018 Emel: [email protected]

7. Encik Mohd Rasdan bin Jamian @

Raduan Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) Tel : 07-5532624/ 5532593 Faks: 07-5532704 Emel: [email protected]

8. Puan Norsidah binti Othman

Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) Tel: 07-5531952/5531951 Faks: 07-5532705 Emel: [email protected]

En Khairil Zaidi bin Mohd Zaki Penolong Pengurus Asrama Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 07-5530262 E-mel : [email protected]

19

Page 24: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

9. Puan Ema Razrina Ambayah Kolej Tuanku Canselor (KTC) Faks: 07-55335984 Tel : 07-5535657/5535658/35680 Emel: [email protected]

10. Puan Meery Zailina binti Ismail Kolej Datin Seri Endon

Tel : 07-5537701/5537702/37759 Faks: 07-5537700 Emel: [email protected]

PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWA UTM KUALA LUMPUR

Prof. Madya Ahmad bin Hj. Khalid Pengarah Pembangunan Mahasiswa Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 03-26154297 Faks : 03-26935488 E-mel : [email protected]

Unit Pentadbiran, Kebajikan & Aktiviti Mahasiswa

Encik Zurik Azaham bin Aris Timbalan Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 03-26154760 Faks : 03-26935488 E-mel : [email protected] Encik Noor Azam bin Samsudin Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 03-26154763 Faks : 03-26935488 E-mel : [email protected]

Kolej Kediaman Di UTM Kuala Lumpur (Kolej Siswa Jaya) 1. Prof. Madya Ahmad bin Hj. Khalid Pengetua Telefon : 03-26154117

E-mel : [email protected] 2. Puan Eva Sriaza binti Muhamad Ariff Penolong Pengurus Asrama Telefon : 03-26154136

E-mel : evasriaza.kl@ utm.my

Puan Hafizah binti Ahmad Pua’at Penolong Pendaftar (Biasiswa Dan Kebajikan) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Tel : 03-26154762 Faks : 03-26935488 E-mel : [email protected]

3. Puan Suhana bte Bahatin Penolong Pengurus Asrama (Kanan) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Telefon : 03-26154139 Faks : 03-26154139 E-mel : [email protected]

4. Puan Naimah binti Mohamed Penolong Pengurus Asrama Telefon : 03-26154142 E-mel : [email protected]

20

11. Encik Mohamad Hairil Abdul Ghani Kolej Dato’ Onn Jaafar Tel: 07-5537709-5537708-37746 Faks: 07-5537706 Emel: [email protected]

Page 25: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA

12.0 LAGU UNIVERSITI – KEUNGGULAN TERBILANG

Bersama kita menjulang Keunggulan terbilang

Ke mercu jaya kita usaha UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan

Cendekiawan beriman Cekal bersama taqwa

Menara cita-cita

Kami anak kandung UTM rimbun bernaung

Usaha kami bukti cintamu Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan

Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan Pengajaran penyelidikan Penulisan perundingan

Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri Setia pada janji

Bermaruah berbudi bahasa UTM sanjungan bangsa UTM sanjungan bangsa

21

Page 26: Panduan Mmm 2015

| MINGGU MESRA MAHASISWA